Sama ada loteri awam tanpa lesen tersebut dalam milikan OKT (c ) Sama ada OKT telah membantu menjalankan loteri awam tanpa lesen [8] Menurut Seksyen 180 (i) dan (iii) Kanun Tatacara Jenayah, pihak pendakwaan perlu membuktikan satu kes “prima facie” di akhir kes pendakwaan. Manakala menurut Seksyen 182 A Kanun Tatacara Jenayah pula, diperuntukkan bahawa di akhir perbicaraan, beban pembuktian adalah tahap tanpa keraguan munasabah. Tafsiran suatu kes “prima facie” ada dinyatakan di bawah Seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah yang mana “suatu kes prima facie adalah dibuat terhadap tertuduh di mana pendakwa telah mengemukakan keterangan kukuh yang membuktikan setiap satu faktor kesalahan yang jika tidak dijawab atau diterangkan akan mewajarkan satu sabitan”. S/N X5h9dloqfUevZsqmw2VHkg [9] Di dalam kes Balachandran v PP (2005) 1 CLJ 8 yang mana Mahkamah Persekutuan memutuskan: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be overthrown only by evidence in rebuttal”. The Phrase “prima facie” is defined in similar terms in Mozley and Whitelay’s Law Dictionary 11th Edition as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficient for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force if the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those fact exist or did happen. On the other hand, if the prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make finding either way the court must, at the close of the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.” [10] Oleh demikian, Mahkamah perlu menentukan keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan pada tahap penilaian positif terhadap kredibiliti keterangan semua saksi-saksi yang dikemukakan untuk menunjukkan bahawa fakta pertuduhan tersebut “so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those fact exist or did happen.” S/N X5h9dloqfUevZsqmw2VHkg Elemen Pertama Sama ada barang kes yang dirampas adalah tiket loteri [11] Bagi elemen pertama ini, barang kes yang dirampas adalah satu telefon bimbit eksibit P2 yang mana dalamnya terdapat aplikasi 28WIN di mana kesemua 12 muka surat nombor-nombor pertaruhan sepertimana eksibit P8 A-L dan P14 D – O ditemui oleh SP1. [12] SP4 telah menyerahkan telefon bimbit eksibit P2 kepada SP3 untuk dianalisa. SP3 melalui Laporan Pakar Judi eksibit P16 telah mengesahkan kesemua 12 mukasurat di dalam aplikasi 28WIN tersebut mengandungi sejumlah 74 nombor loteri awam tidak sah yang melibatkan pertaruhan keseluruhan sejumlah RM407. Keterangan SP3 memadai untuk membuktikan tiket loteri yang dirampas di dalam aplikasi 28WIN adalah tiket loteri awam tanpa lesen. Elemen Kedua Sama ada loteri awam tanpa lesen tersebut dalam milikan OKT [13] Berdasarkan keterangan SP1, SP1 dan pasukan telah membuat serbuan di sebuah premis kedai makanan dan minuman iaitu Naidu Corner di alamat No. 1D, Jalan Mahkamah Gemas, Negeri Sembilan. SP1 dan pasukan telah sampai ke lokasi tempat serbuan pada jam 6.05 petang. SP1 kemudian telah membuat pemerhatian sekitar 15 minit. Hasil pemerhatian SP1 memberitahu lokasi tempat serbuan adalah sebuah kedai makan dan minum dan terdapat beberapa orang di lokasi tersebut sedang makan. Keterangan SP1 dicatatkan seperti berikut oleh mahkamah ini; S; APA YANG BERLAKU PADA 8.12.2021 JAM 6.20 PETANG J ; PADA TARIKH TERSEBUT, JAM LEBIH KURANG 5 PETANG, DI BSJ IPD TAMPIN, SAYA KUMPUL SEJUMLAH ANGGOTA SAYA 10 ORANG TERDIRI DARIPADA 9 LELAKI DAN 1 PEREMPUAN SAYA TELAH MENGAMBIL TAKLIMAT DI BILIK BSJ IPD TAMPIN, BERKENAAN DENGAN SATU MAKLUMAT PERJUDIAN S/N X5h9dloqfUevZsqmw2VHkg DI KAWASAN GEMAS N9. KEMUDIAN, TAKLIMAT TERSEBUT SAYA AMBIL LEBIH KURANG 15 MINIT. PADA JAM 5.15 HRS SAYA BERSAMA PASUKAN TELAH BERGERAK DARI IPD TAMPIN DENGAN MENGUNAKAN DUA BUAH KENDERAAN 1 MOTOR VAN DAN KERETA PROTON WAJA PERJALANAN MENGAMBIL MASA 15 MINIT, SAYA TIBA DI LOKASI SASARAN PADA JAM 6.05 PETANG. KEMUDIAN, SAYA BERSAMA PASUKAN TELAH MEMBUAT PEMERHATIAN LEBIH KURANG 15 MINIT DI PREMIS NAIDU CORNER NO.1D, JALAN MAHKAMAH GEMAS, NEGERI SEMBILAN. SETELAH PEMERHATIAN DI BUAT LEBIH KURANG 15 MINIT, SAYA DAN PASUKAN TELAH BUAT SERBUAN KEATAS PREMIS TERSEBUT DAN TELAH PERGI KEPADA SATU PEREMPUAN CHINDIAN ANGGARAN UMUR PADA TARIKH KEJADIAN BERUMUR 38 TAHUN. KEMUDIAN SAYA TELAH PERKENALKAN DIRI SAYA DENGAN TUNJUKKAN KAD KUASA PADA PEREMPUAN TERSEBUT MENGATAKAN SAYA POLIS. KEMUDIAN SAYA ARAHKAN ANGGOTA DETEKTIF PEREMPUAN SAYA, KPL MISNAH MEMBUAT PEMERIKSAAN SEMASA PEMERIKSAAN PEREMPUAN TERSEBUT SERAHKAN DUA BUAH TELEFON BIMBIT BERSERTA WANG TUNAI SEBANYAK RM85, SAYA BUAT PEMERIKSAAN KEATAS KEDUA-DUA TELEFON BIMBIT TERSEBUT. TELEFON PERTAMA MILIK PERIBADI OKT. SATU LAGI JENIS SAMSUNG A30S BERWARNA BIRU SAYA TELAH MEMBUAT PEMERIKSAAN MENDAPATI DI DALAMNYA MENGANDUNGI APLIKASI 28WIN DAN DI DALAMNYA TERCATIT ANGKA-ANGKA DISYAKI LOTERI AWAM TIDAK BERLESAN SEBANYAK 62 NOMBOR 4D DAN 12 NOMBOR 6D BERTARIKH 8.12.2021. KEMUDIAN SAYA BERSAMA ANGGOTA, TELAH MEMBAWA PULANG OKT DARI PREMIS TERSEBUT KE BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH IPD TAMPIN UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS S/N X5h9dloqfUevZsqmw2VHkg [14] Mahkamah ini meneliti keterangan SP1 ini dalam memastikan barang kes ini ditemui dalam milikan OKT. Sebagaimana kes Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237, milikan perlu dibuktikan bersama-sama niat (intend to deal with it). Manakala di dalam kes PP v Badrulsham bin Baharom [1988] 2 MLJ 585 YA Lim Beng Choon turut memutuskan pengetahuan (knowledge) perlu juga dibuktikan untuk membuktikan elemen milikan. [15] Justeru itu, menilai fakta keterangan SP1 sewaktu barang kes ini ditemui. SP1 telah membuat pemerhatian selama 15 minit sebelum masuk ke dalam premis. Dalam tempoh 15 minit itu, pihak pendakwaan melalui SP1, gagal menjelaskan kepada mahkamah, apa yang SP1 lihat selain dari lokasi tempat serbuan adalah kedai makan. Tiada pergerakan OKT dijelaskan oleh SP1 dalam tempoh 15 minit pemerhatian tersebut. [16] Seterusnya, SP1 memberitahu, terus masuk ke dalam premis dan menuju kepada seorang perempuan chindian (OKT). Persoalannya kenapa OKT yang dituju oleh SP1? Apa yang membuatkan SP1 pergi kepada OKT dan bukan pada pekerja lain di dalam kedai tersebut. SP1 memberitahu, OKT berada di kaunter yang mana kaunter tersebut juga adalah tempat membuat air. Terdapat juga meja berserta laci disitu untuk tujuan pembayaran juga. Apa yang OKT buat di kaunter tersebut sebelum SP1 pergi ke OKT? Perkara ini tidak dijelaskan. [17] Selanjutnya, SP1 memberitahu pemeriksaan dibuat keatas OKT, dan OKT menyerahkan dua buah telefon bimbit kepada SP1. Persoalan yang mahkamah lihat disini adalah, dari mana telefon bimbit ini berada sebelum diserahkan oleh OKT kepada SP1. Keterangan SP1 ada dua telefon bimbit diserahkan, salah satu juga adalah telefon bimbit milik peribadi OKT yang dikembalikan kepada OKT. Jika kedua-dua telefon bimbit tersebut diserahkan dari gengaman tangan OKT, ditangan mana satu OKT pegang kedua-dua telefon ini? Wang rampasan RM85 juga diserahkan oleh OKT, masih persoalan yang sama, dari mana? Adakah dari laci meja, memandangkan tempat OKT ditahan adalah kedai makan yang menerima bayaran dari pelanggan? S/N X5h9dloqfUevZsqmw2VHkg Memandangkan tiada fakta keterangan ini dikemukakan kepada mahkamah, mahkamah ini tidak boleh membuat andaian sendiri, samada barang kes ini sebelum diserahkan memang berada dalam gengaman tangan OKT, di dalam poket, diatas meja atau mana-mana tempat lain, memandangkan fakta ini tiada dalam keterangan saksi pendakwaan. [18] SP1 turut memberitahu, ada beberapa orang lagi pekerja di kedai makan tersebut, persoalan samaada OKT ini, adalah pekerja atau pemilik kedai makan tersebut juga tidak dijelaskan. Lompong kosong ini juga gagal diperjelaskan di dalam keterangan SP4 sebagai pegawai penyiasat yang seharusnya menyiasat semua sudut ini. Walaupun, sepanjang perbicaraan, pihak pembelaan juga tidak pernah mencabar isu berkenaan OKT menyerahkan telefon bimbit tersebut, namun mahkamah ini, tidak boleh bersifat pegun dan menutup mata, memandangkan setiap keterangan perlu diteliti dan dinilai secara total. [19] Oleh yang demikian mahkamah ini merujuk semula nas undang-undang diatas, pihak pendakwaan gagal menjelaskan milikan berserta niat (to deal with) apabila gagal menjelaskan dimana keberadaan barang kes ini sebelum OKT serahkan pada SP1, justeru turut gagal membuktikan pengetahuan OKT keatas barang kes tersebut. Mengambil kira elemen pertama ini gagal dibuktikan, elemen ketiga samaada OKT membantu menjalankan loteri awam tanpa lessen juga tidak dapat diperjelaskan memandangkan adakah benar telefon tersebut berada dalam milikan OKT. Keputusan Di akhir kes Pendakwaan. [20] Memandangkan elemen kedua dan ketiga gagal dibuktikan pihak pendakwaan dan berdasarkan kepada alasan-alasan diatas, mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes Prima Facie terhadap tertuduh. Berdasarkan keterangan yang ada di hadapan mahkamah, adalah tidak selamat untuk memanggil tertuduh untuk membela diri terhadap pertuduhan tersebut dan mahkamah ini tidak bersedia untuk mensabitkan tertuduh jika pembelaan dipanggil dan tertuduh memilih untuk berdiam diri. S/N X5h9dloqfUevZsqmw2VHkg [21] Maka tertuduh adalah dengan ini, dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 , tanpa dipanggil membela diri. Berdasarkan keputusan ini, mahkamah juga memerintahkan supaya wang jaminan yang telah didepositkan di Mahkamah dikembalikan kepada tertuduh. Bertarikh 15 April 2024 KARTINI BINTI KASRAN MAHKAMAH MAJISTRET GEMAS NEGERI SEMBILAN Pihak-pihak di dalam kes; Timbalan Pendakwaraya –Muhammad Amirul Bin Noor Hashimi, Yap Tsu Sheng Peguam Tertuduh - Suresh Balakrishnan & Co Tarikh Bicara: 29.11.2022 Tarikh Keputusan : 19.2.2024