(D) Keterangan SP3, SP8, SP9 dan SP10 mengesahkan bahawa tempat di mana mayat si mati dijumpai adalah tempat tinggal tertuduh seorang sahaja, tiada orang lain yang tinggal di kontena tersebut. Pintu masuk ke lubang di mana tempat mayat si mati dijumpai hanya boleh di akses melalui bilik kontena tempat tinggal tertuduh. [46] Bagi memperjelaskan keterangan di atas ini, SP8 (Abdul Razak bin Jafar) yang ketika kejadian bekerja di syarikat Yu Win Motor Trading Sdn Bhd di dalam keterangannya semasa pemeriksaan utama (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2(1) m/s 129-133) menyatakan seperti yang berikut: Jadi bila tahu Madam tak ada tapi barang-barang handbag dia ada ini, seterusnya? Saya tanya Azura dah cari ke belum, dah call handphone madam ke? Dia kata tak dapat dihubungi, lepas tu tak syaki apa-apa permulaannya. Cuma pekerja mencari di kawasan kedai. Bila dah cari tak jumpa? Saya cuba hubungi suami Madam Goh dan ketika itu beliau baru pergi ke Bangkok, saya bagitahu Mr Chiew madam dah hilang. Kenapa pada masa tu kamu rasa pada masa itu madam dah hilang, sebab baru berapa jam. Sebab masa saya tidur tu saya rasa dia dah hilang yang sedar kerana lah, saya balik makan dah 2 jam lebih dia selalu keluar tak lewat. Tak pernah lewat. Kemudian seterusnya? Seterusya kami semua pekerja yang ada cuba mencari di bahagian belakang kedai. Kemudian? Kemudian masa kami mencari-cari, saya perhatikan gerak geri pekerja saya. Dan saya dapat rasakan dan dapat melihat bahawa Than macam gelisah macam sesuatu berlaku. Pada masa itu macam mana yang kamu kata kamu perhati gerak geri dan kamu dapat lihat? Masa itu Teoh salesman saya ada pergi naik bilik Than (tertuduh) masa dia naik itu saya lagi nampak perubahan pada diri Than seolah-olah ada merahsiakan sesuatu. Baik Than ini dia bekerja di situ bersama-sama dengan kamu? Than bekerja sebagai apa? Sebagai mekanik. Than ini bangsa apa? Orang Myanmar. Tadi kamu kata kamu nampak Than ini macam gelisah. Boleh jelaskan macam mana? Dia berubah setelah Teoh naik bilik dia. Kamu kata bilik Than, bilik Than ni di mana? Bilik Than di bahagian belakang kedai di tingkat atas kontena, belakang office. Bilik macam mana? Kontena 2 tingkat. Di bawah stor, atas bilik dia tempat tinggal. Jadi Than ini dia tinggal di situ dengan siapa? Yang saya tahu dia tinggal sendiri. Baik setelah kamu kata kamu perhatikan gerak geri pekerja dan nampak Than dalam keadaan gelisah kemudian selepas itu? Selepas itu dia cuba mengambil perhatian kita untuk mencari madam di kawasan lain di penjuru kedai. Cuba ambil perhatian mencari di kawasan lain itu di kawasan mana? Belakang dari kedai di pintu pagar zink. Macam mana tu cara kamu kata dia cuba alihkan perhatian? Dia cuba panggil kita untuk cari tempat lain dan bila tiba di penjuru kedai dia tunjukkan pada kami semua bahawa satu pagar dah terumpil dan selipar Madam Goh berada di tepi pagar tersebut. Adakah Encik Razak pergi ke arah pagar zink tu? Ya saya pergi. Setelah cari ini, dah pukul berapa? Masih tak jumpa lebih kurang jam 5 ke 5.30 petang. Jadi apabila dalam 5.30 masih cari tak jumpa apa tindakan kamu buat? Tindakan yang saya buat, saya minta Than untuk ambil anak madam di sekolah, anak kecil. Di sekolah mana? Saya tak pasti sekolah dekat mana, tapi dia sekolah private school. Jadi apabila minta Than ambil anak madam ini? Dari situ saya nampak daripada jawapan yang dia bagi itu memang dia menipu saya. Dia cakap tak tahu sekolah. Kenapa kamu kata dia tipu? Sebab dia pernah pergi ambil anak madam balik sekolah. [47] SP10 (Teo Zhi Wei) jurujual di Yu-Win Motor Sdn Bhd didalam keterangannya semasa pemeriksaan utama (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2 (1) m/s 179-185) menyatakan seperti yang berikut: Siapa yang pergi ke belakang kedai cari madam? Zura, Zila dan saya pergi belakang kedai cari madam tapi tak jumpa. Kemudian? Lepas itu saya suruh Zila tengok CCTV. Lepas itu saya pergi ke JPJ mengendalikan urusan saya. Lepas itu pukul 5 lebih saya pulang ke kedai. Lepas itu mereka nampak CCTV itu, gambaran terakhir CCTV adalah madam berjalan menghala ke arah tandas, itu arah ke kontena. Mereka ini siapa? Zila dan Zura. Teo, kamu ada lihat rakaman CCTV itu? Saya ada tengok. Kamu kata dalam rakaman terakhir CCTV madam berjalan ke arah kontena. Kontena ini tempat apa? Di bawah stor simpan tayar dan di atas tempat kediaman Ah Than. Seterusnya Teo tadi kamu kata polis telah merakam soal siasat kamu lepas tu polis dan kamu bersama dengan Zila dan Zura memberi rakaman percakapan. Lepas itu apa berlaku? Lepas tu kami tunggu di dalam pejabat. Kami tunggu sehingga pukul 8 lebih sehingga 9 malam. Lepas tu polis salah seorang polis ada bawa saya ke kontena tingkat atas tempat Ah Than cari lagi. Lepas tu nak naik tangga ke atas tempat Ah Than di atas tangga tu ada satu ruang ada satu sofa. Tingkat atas itu tempat apa? Untuk kediaman Ah Than seorang sahaja. Maksudnya bilik Ah Than? Benar Yang Arif. Kemudian? Lepas itu naik tangga tu ada ruang atas tu ada carpert. Lepas tu pihak polis alihkan sofa tu dan nampak sebidang carpet dan carpet tu ada curve tenggelam sedikit turun bawah, polis alihkan karpet nampak satu lubang macam secret punya tempat itu, lepas tu waktu itu Ah Than sedang memberi keterangan pada polis, polis suruh saya turun bawah bagitahu polis yang lain sudah dapat cari dan suruh gari Ah Than. [48] Selanjutnya SP10 di dalam keterangannya semasa pemeriksaan balas (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2(1) m/s 189-192) menyatakan seperti yang berikut: Setuju dengan saya kadang-kadang madam akan suruh Ah Than ambil anak dia di sekolah? Tidak ada. Kamu tahu atau tidak? Saya tahu Yang Arif. Saya katakan madam ada suruh Ah Than ambil anak madam. Setuju? Tidak setuju. En Teo kenal seorang bernama Turbo? Tidak kenal. Kontena Than selain Than siapa lagi tinggal? Dia seorang sahaja Kamu kenal teman wanita Ah Than? Kenal. Saya katakan teman wanita Ah Than juga kadang kala tinggal bersama di dalam kontena tersebut, kamu tahu? Saya tahu. Kenapa masa saya tanya selain Ah Than siapa yang tinggal, kamu kata tak ada orang lain? Sebab kontena itu untuk pekerja kami sahaja, kami cuma benarkan Ah Than seorang saja tinggal. Jadi kalau ada orang lain tinggal di sana kamu tak tahu, betul? Betul Jadi kalau ada orang lain tinggal di sana kamu tak tahu, betul? Betul So saya katakan kawan Than Turbo tinggal di sana kamu juga tak tahu? Benar Kamu tahu atau tidak tahu majikan madam suruh buat lubang untuk sembunyikan pekerja yang tiada dokumen sah? Tidak tahu. En Teo pernah pergi ke bilik Ah Than betul? Pernah. [49] Seterusnya, SP10 di dalam keterangannya semasa pemeriksaan semula (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2(1) m/s 197-199) menyatakan seperti yang berikut: Tadi masa di soal balas peguam katakan kepada kamu madam ada suruh Ah Than pergi ambil anak, kamu jawab tak setuju. Boleh kamu jelaskan? Sebab waktu tu kami ada mengesyaki madam dalam bilik Ah Than. Jadi kami kena pancing Ah Than tinggalkan tempat tu baru kami boleh masuk bilik Ah Than. Jadi maksudnya ada tak madam ini yang suruh Ah Than ambil anak dia? Tidak ada Pada hari itu? Benar. Tadi kamu kata ada syaki madam di bilik Ah Than, boleh jelaskan? Sebab kami lihat CCTV tu dapat lihat ketiga-tiga entrance orang keluar masuk, sebab CCTV kami lihat tak nampak madam keluar entrance tu tak ada orang keluar masuk ketiga-tiga entrance itu. Lepas tu baru kami pancing Ah Than keluar ambil anak madam so kami nak naik atas cari lepas tu kami tengok tak ada dalam bilik Ah Than, jadi half away tu kami call, sebab Fadli dia bawa kereta hantar Ah Than pergi ambil anak, bila kami tengok dalam bilik Ah Than madam tak ada jadi kami suruh mereka balik. Fadli itu siapa? Office boy. Jadi pada masa itu Ah Than itu pergi ambil anak madam ke? Kami tipu Ah Than keluar untuk ambil anak madam. Tadi kamu kata kamu telah pancing Ah Than untuk ambil anak madam supaya Ah Than keluar. Siapa yang pergi ke bilik Ah Than? Saya dan Zila masuk ke bilik Ah Than. Bilik Ah Than kunci tak? Tidak berkunci Jadi kamu dah Zila masuk bilik ah than? Benar Yang Arif, saya dan Zila masuk tak nampak apa-apa jadi kami turun. Tadi kamu kata semasa disoal balas kamu kata kamu tak tahu bagaimana madam boleh dijumpai di dalam lubang itu. Kamu setuju. Boleh jelaskan? Waktu saya nampak lubang itu, saya tak tengok dalam. Polis buka polis yang tengok dulu, lepas itu polis terus suruh saya turun bawah inform polis yang lain. Jadi tak tengok dalam lubang ya? Ya, saya tak tengok dalam lubang tu. [50] SP6 (Puan Wan Nur Zawani Binti Wan Mohd Samsudin) Pegawai Sains, Pusat Rujukan Analisis DNA Forensik Wilayah Selatan, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Negeri Johor di dalam keterangannya mengatakan bahawa terdapat penemuan DNA tertuduh dan DNA si mati dalam bilik kecil tersebut. Turut ditemui adalah DNA tertuduh dan si mati pada eksibit P10A iaitu karpet yang dijumpai dalam bilik kecil tempat si mati dijumpai, T-shirt bertanda S2, P9D(18)(a), sehelai seluar bertanda S3 P9D(19)(a) dan sebagainya. Keterangan yang dizahirkan oleh SP6 ini adalah suatu fakta material bagi membuktikan tertuduh berada bersama-sama si mati sebelum si mati menemui ajalnya. Tiada sebarang DNA SP9 dijumpai dalam bilik kecil tersebut. Dengan itu keterlibatan SP9 telah dikecualikan. [51] Bagi menjelaskan dengan lebih terperinci keterangan SP6 di atas, adalah wajar bagi kami perturunkan pernyataan bertulis SP6 (PS SP6) berkaitan analisis DNA yang dibuatnya itu. SP6 di dalam keterangannya (Kandungan 11 Rekod Rayuan Jilid 2(1) di m/s 70-73) menyatakan seperti yang berikut: “19. Berdasarkan perbandingan profil DNA yang diperolehi, saya mendapati: 1) Satu profil DNA perempuan yang sama telah diperolehi dari putik kapas "5", rambut "MF 6", rambut dijumpal pada kain "MF 10", "MF 11" dan "MF 13" dan kerusi "1", kesan disyaki kesan darah pada kain "MF 13", "MF 15" dan "g", kad "MF 17", permaidani "7" dan seluar dalam "g" and kesan disyaki kesan air mani pada kain "g" yang berpadanan dengan profil DNA diperolehi daripada spesimen darah "MF 24" (berlabel "Goh Geok Leng"), ini menunjukkan profil DNA yang diperolehi berasal dari sumber yang sama. 2) Satu profil DNA lelaki yang sama telah diperolehi dari kesan disyaki kesan darah pada baju-T "S2" dan kesan air mani pada seluar dalam "S4" dan keratan pelapik tilam "17" yang berpadanan dengan profil DNA diperolehi daripada spesimen darah "D1" (berlabel “Than Nwe Soe"), ini menunjukkan profil DNA yang diperolehi berasal dari sumber yang sama. 3) Satu profil DNA campuran sekurang-kurangnya daripada satu penyumbang lelaki dan satu penyumbang perempuan telah diperolehi dari kesan disyaki kesan darah pada seluar jeans "S3". Penderma spesimen darah "D1" (berlabel "Than Nwe Soe") dan "MF 24" (berlabel "Goh Geok Leng") masing-masing berpadanan sebagai penyumbang lelaki dan perempuan kepada profil DNA campuran tersebut. 4) Profil DNA yang diperolehi dari kesan air mani pada baju-T "S2" menunjukkan: a) Satu penyumbang DNA lelaki (dari sel-sel sperma) yang berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi daripada spesimen darah "D1" (berlabel "Than Nwe Soe"), ini menunjukkan profil DNA yang diperolehi berasal dari sumber yang sama. b) Satu profil DNA campuran (dari sel-sel bukan sperma), sekurang-kurangnya daripada dua penyumbang di mana penderma spesimen darah “D1” (berlabel “Than Nwe Soe") dan “MF 24” (berlabel "Goh Geok Leng") berpadanan sebagai penyumbang major dan minor kepada profil DNA campuran tersebut. 5) Profil DNA yang diperolehi dari kesan air mani pada permaidani 7% menunjukkan: a) Satu penyumbang DNA lelaki (dari sel-sel bukan sperma) yang berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi daripada spesimen daran "D1" (berlabel "Than Nwe Soe”) ini menunjukkan profil DNA yang diperolehi berasal dari sumber yang sama. b) Satu profil DNA campuran (dari sel-sel sperma) sekurang-kurangnya daripada dua penyumbang dimana penderma spesimen darah "D1" (berlabel "Than Nwe Soe") dan “MF 24” (berlabel "Goh Geok Leng") berpadanan sebagai penyumbang major dan minor kepada profil DNA campuran tersebut. 6) Satu profil DNA perempuan telah diperolehi dari rambut dijumpai pada permaidani "7" vang saya tandakan sebagai "7(A)" yang berpadanan dengan profil DNA diperolehi daripada spesimen darah "MF 24" (berlabel "Goh Geok Leng"), ini menunjukkan profil DNA yang diperolehi berasal dari sumber yang sama. 7) Satu profil DNA campuran sekurang-kurangnya daripada dua penyumbang tetah diperolehi dari rambut dijumpai pada permaidani "7" yang saya tandakan sebagai "7(B)" dimana penderma spesimen darah "D1" (berlabel "Than Nwe Soe") berpadanan sebagai penyumbang major kepada profit DNA campuran tersebut. Walau bagaimanapun, penyumbang minor adalah terlalu lemah untuk dikenalpasti. 8) Satu profil DNA campuran sekurang-kurangnya daripada dua penyumbang diperolehi dari kesatan DNA surihan pada kain "MF 10" dimana penderma spesimen darah "MF 24" (berlabel "Goh Geok Leng") berpadanan sebagai penyumbang major kepada profil DNA campuran tersebut. 9) Satu profil DNA campuran sekurang-kurangnya daripada tiga penyumbang telah diperolehi dari kesatan DNA surihan pada kain "MF 12" dimana penderma spesimen darah "MF 24" (berlabel "Goh Geok Leng") dan "D1" (berlabel "Than Nwe Soe") adalah merupakan salah satu penyumbang kepada profil DNA campuran tersebut. Walaubagaimanapun, penyumbang lain adalah terlalu lemah untuk dikenalpasti. 10) Satu profil DNA campuran sekurang-kurangnya daripada lebih tiga penyumbang telah diperolehi dari kesatan DNA surihan pada loket “S3” di mana penderma spesimen darah merupakan "MF 24" (berlabel "Goh Geok Leng") dan "D1" (berlabel "Than Nwe Soe") adalah merupakan salah sat penyumbang kepada profil DNA campuran tersebut. 11) Satu profil DNA campuran sekurang-kurangnya daripada dua penyumbang perempuan telah diperolehi dari kesan disyaki kesan darah pada kerusi "1". Penderma spesimen darah "MF 24" (berlabel "Goh Geok Leng") berpadanan sebagai salah satu penyumbang kepada profil DNA campuran tersebut. 12) Satu profil DNA campuran sekurang-kurangnya daripada dua penyumbang telah diperolehi dari kesan air mani pada seluar dalam "9". Walau bagaimanapun, penderma spesimen darah "MF 24" (berlabe) "Goh Geok Leng"), "D1" (berlabel "Than Nwe Soe") dan "D2" (berlabel "Aung Thein Lin") adalah dikecualikan sebagai penyumbang kepada profil DNA campuran tersebut. 13) Satu profil perempuan separa (pada 12 lokus) telah diperolehi dari rambut dijumpai pada kain "MF 14" yang konsisten untuk berasal dari sumber yang sama dengan spesimen darah "MF 24" (berlabel) "Goh Geok Leng"), ini menunjukkan profil DNA yang diperolehi berasal dari sumber yang sama.” [52] Di dalam kes PP v. Mansor Md Rashid & Anor [1996] 3 MLJ 233, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Chong Siew Fai CJ (Sabah and Sarawak) memutuskan seperti yang berikut: “Where the identity of a culprit is in question or is required to be proved, fingerprint evidence will be of a great significance and immense value.” [53] Berdasarkan kepada autoriti di atas, adalah jelas bahawa keterangan SP6 mempunyai nilai pergantunggan yang cukup kuat untuk disandarkan bagi menunjukkan keberadaan identiti tertuduh di tempat kejadian tersebut. Tambahan lagi mengikut SP6 ketetapan sesuatu ujian DNA adalah pada tahap padanan 99.999% (laporan kimia yang disediakan oleh SP6 ditandakan sebagai eksibit P13). Keterangan ini jelas menunjukkan tertuduh adalah orang terakhir bersama si mati.