a
(a) Kelewatan 22 rari oleh Pegawai Penyiasat Polis dalam mengemukakan laporan lengkap siasatan sebagai suatu ketidakpatuhan kepada subseksyen 3(3) Akta LLPK;
/akn/my/judgment/high-court/2026/5cb42ee2-5ff9-4fec-a0fb-f12fbb822d3c
High Court of Malaysia30 Apr 2026DA-44-5-01/2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“cle 79 shall not apply to a Bill for such and Act or any amendment to such a Bill." (Penekanan ditambah) [41] Manakala Tajuk Panjang (Long Title) Akta tersebut pula memperuntukkan seperti be-ikut: "An Act to provide for the preventive detention of persons associated with any activity relating to or involving the traffi”
“detained. This would as of necessity require a consideration by the court of the lawfulness or otherwise of a detention. As a matter of fact, this power of the court is enshrined in Art. 5(2) of the Federal Constitution which read as follows: "Where complaint is made to a High Court or any judge thereof that a person i”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
DA-44-5-01/2026 Kand. 41 31/05/2026 18:40:04 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO. DA-44-5-01/2026 ANTARA THANABAL A/L MANI (NO. K/P:860726-43-5143) ... PEMOHON DAN
section
1. MENTERI DALAM NEGERI, MALAYSIA
section
2. PENGARAH PUSAT PEMULIHAN AKHLAK SIMPANG RENGGAM, JOHOR
section
3. KETUA POLIS NEGARA ... RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Thanabal a/l Mani ("Pemohon") telah memfailkan permohonan melalui Notis Usul bertarikh 22.1.2026 bagi mendapatkan suatu writ habeas corpus ke atas penahanannya menurut satu perintah tahanan bertarikh 9.5.2025 ("Perintah Tahanan") yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia di bawah subseksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 ("Akta LLPK"), untuk tempoh selama 2 tahun mulai daripada 9.5.2025. [2] Pada 30.4.2026 setelah membaca dan meneliti semua afidavit yang telah difailkan dalam tindakan ini serta mengambil kira penghujahan oleh pihak Pemohon dan pihak Responden, Mahkamah ini mendapati hanya 1 daripada 3 isu yang dibangk tkan yang mempunyai merit, namun ia sudah memadai bagi Mahkamah ini memutuskan untuk membenarkan permohonan Pemohon untuk satu writ habeas corpus dikeluarkan dan Pemohon dilepaskan serta merta. [3] Terkilan dengan keputusan Mahkamah ini, pihak Responden telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 20.5.2026 menurut seksyen 374 Kanun Tatacara Jenayah. Latar Belakang Permohonan [4] Pemohon telah ditangkap di bawah subseksyen 3(1) Akta LLPK tersebut pada 17.3.2025. [5] Suatu laporan berkaitan dengan hal keadaan penangkapan dan penahanan Pemohon telah disediakan oleh ACP Abdul Hamid bin Allah Bukksh dan dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri ("Menteri") pada 28.3.2025 bagi tujuan pelanjutan masa penahanan ke atas Pemohon menurut subseksyen 3(2)(c) Akta LLPK tersebut. [6] Pada 7.4.2025, Insp. Tie Ngie Sieng ("Pegawai Penyiasat Polis") telah mengemukakan lapo-an lengkap siasatan berkaitan Pemohon kepada Menteri dan juga Pegawai Siasatan Kementerian Dalam Negeri menurut subseksyen 3(3) Akta tersebut. [7] Setelah menerima laboran lengkap siasatan daripada Pegawai Penyiasat Polis tersebut pada 7.4.2025, Ngio Kelly ("Pegawai Siasatan") Kementerian Dalam Negeri telah menjalankan siasatan fizikal ke atas Pemohon pada 11.4.2025 menurut subseksyen 5(2) Akta tersebut. [8] Seterusnya, pada 2.5.2025 Pegawai Siasatan telah mengemukakan laporan bertulisnya kepada Menteri menurut subseksyen 5(4) Akta tersebut. [9] Setelah menerima dar meneliti serta mempertimbangkan laporan-laporan yang dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat Polis dan Pegawai Siasatan, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengeluarkan Perintah Tahanan ke atas Pemohon untuk suatu tempoh selama 2 tahun mulai daripada 9.5.2025. [10] Pemohon telah diserahkan dan diterangkan oleh Pegawai Penyiasat Polis tentang Perintah Tahanan tersebut dan alasan-alasan serta pengataan-pengataan fakta yang atasnya Perintah Tahanan itu diasaskan serta menandatangani borang Representasi Berkaitan Dengan Perintah Tahanan ("Borang I") pada 9.5.2025. [11] Pemohon telah dibawa ke Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor, ("PPA Simpang Renggam") pada 10.5.2025. Pemohon telah diterangkan sekali lagi tentang hak untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat dan Borang I tersebut telah dikemukakan kepada Lembaga Penasihat. [12] Setelah persidangan mendengar representasi Pemohon dijalankan pada 28.7.2025, Lembaga Penasihat telah mengemukakan syor kepada Yang di-Pertuan Agong ("YDPA") pada 5.8.2025 menurut subseksyen 10(1) Akta tersebut yang mana kemudiannya telah diperkenan oleh YDPA pada 20.8.2025 supaya Perintah Tahanan tersebut diteruskan. Isu-lsu Yang Dibangkitkan [13] Peguam yang mewaki Pemohon telah membangkitkan tiga (3) isu atau alasan kepada permohonan tersebut seperti berikut:
a
(a) Kelewatan 22 rari oleh Pegawai Penyiasat Polis dalam mengemukakan laporan lengkap siasatan sebagai suatu ketidakpatuhan kepada subseksyen 3(3) Akta LLPK;
b
(b) Kelewatan 26 hari oleh Pegawai Siasatan dalam menjalankan siasatan dan mengemukakan laporan bertulis kepada Menteri sebagai ketidakpatuhan kepada subseksyen 5(2) Akta LLPK; dan
c
(c) Kegagalan menunjukkan penglibatan sekumpulan besar orang (substantial body of person) yang mengancam ketenteraman awam. Undang-Undang dan Prinsip Berkenaan Writ Habeas Corpus [14] Objektif sesuatu permohonan writ habeas corpus adalah untuk mendapatkan pembebasan seseorang yang ditahan secara salah dan tidak menurut undang-undang. Manakala antara lain fungsi mahkamah pula ialah untuk mentafsirkan undang-undang dan menjalankan fungsi kehakiman dalam memastkan badan eksekutif bertindak menurut undang-undang dan tidak mencerobohi sewenang-wenangnya hak kebebasan seseorang individu yang ditahan. [15] Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan bahawa "No person shall be deprived of his life or personal liberty save in accordance with law". [16] Manakala Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan umumnya dan Perkara 149 khususnya, memberi kuasa penggubalan perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mara peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13 Perlembagaan Persekutuan [17] Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316] merupakan satu daripada perundangan yang diperbuat menurut Perkara 149 Perler bagaan Persekutuan yang memperuntukkan tentang "the preventive detention of persons associated with any activity relating to or involving the trafficking in dangerous drugs". [18] Bab XXXVI Kanun Tatacara Jenayah ('KTJ") memperuntukkan tentang Directions of the Nature of a Habeas Corpus. Seksyen 365(a) KTJ menyatakan bahawa: "The High Court may whenever it thinks fit direct-
a
(a) that any person who:
i
(i) is detained ...; or
subparagraph
(ii) is alleged to be illegally or improperly detained in public or private custody within the limits of Malaysia, be set at liberty." [Penekanan ditambah] [19] Objektif dan tujuan utama untuk pertimbangan mahkamah sama ada membenarkan atau tidak pengeluaran sesuatu writ habeas corpus telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Muhammad Jailani Kasim v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors. [2006] 4 CLJ 687 seperti di bawah: [7] The very object of a writ of habeas corpus is to secure the release of a person who has been unlawfully detained. This would as of necessity require a consideration by the court of the lawfulness or otherwise of a detention. As a matter of fact, this power of the court is enshrined in Art. 5(2) of the Federal Constitution which read as follows: "Where complaint is made to a High Court or any judge thereof that a person is being unlawfully detained the court shall inquire into the complaint and, unless satisfied that the detention is lawful, shall order him to be produced before the court and release him." Needless to say, the lawfulness of a detention would be dependent on the law in force from time to time... One of the functions of the courts is to interpret the law. An inherent part of their function is to see that the executive acts within the law and does not encroach unnecessarily into the realm of liberty of the subject." [Penekanan ditambah] [20] Di dalam permohonan untuk suatu writ habeas corpus, sesuatu perintah tahanan di bawah Akta tersebut hanya boleh dicabar atas alasan ketidakpatuhan kepada apa-apa prosedur di bawah Akta tersebut. Seksyen 11C Akta tersebut memperuntukkan- "(1) There shall be no judicial review in any court of, and no court shall have or exercise any jurisdiction in respect of, any act done or decision made by the Yang di-Pertuan Agong or the Minister in the exercise of their discretionary power in accordance with this Act, save in regard to any question on compliance with any procedural requirement in this Act governing such act or decision." [Penekanan ditambah] [21] Dalam kes Lee Kew Sang v. Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors. [2005] 3 CLJ 914, Mahkamah Persekutuan telah menyatakan di muka surat 930 seperti berikut: "In our view, courts must give effect to the amendments. That being the law, it is the duty of the courts to apply them. So, in a habeas corpus application where the Detention Order of the Minister made under s. 4(1) of the Ordinance or, for the matter, the equivalent ss. in ISA 1960 and DD(SPM) Act 1985, the first thing that the courts should do is to see whether the ground forwarded is one that falls within the meaning of procedural noncompliance or not. To determine the question, the courts should look at the provisions of the law or the rules that lay down the procedural requirements. It is not for the courts to create procedural requirement because it is not the function of the courts to make law or rules. If there is no such procedural requirement then there cannot be non-compliance thereof. Only if there is that there can be non-compliance thereof and only then that the courts should consider whether, on the facts, there has been non-compliance." [Penekanan ditambah] [22] Seterusnya, memandangkan suatu tahanan pencegahan (preventive detention) seperi Perintah Tahanan dalam kes ini melibatkan pencerobohan yang serius ke atas hak kebebasan individu, pematuhan yang ketat ke atas mana-mana kehendak statutori hendaklah dijaga dan pemohon yang memohon writ habeas corpus mempunyai hak untuk menggunakan atau mengambil peluang di atas segala kecacatan teknikal yang boleh memberi kesan pembatalan penahanan ke atasnya. (Ng Hong Choon v. Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Lagi [1994] 4 CLJ 47 per Wan Yahya SCJ). "In cases of this nature the appellant is nevertheless entitled to take advantage of any technical imperfection which has the effect of invalidating the restrictive order; or to use the precise words of Regby J in Ex Parte Johannes Choeldi & Ors [1960] 1 MLJ 184 at 186: The distinction, no doubt, is a highly artificial one. But this is an application for a writ of habeas corpus, and the applicants in matters which concern their personal liberty, are entitled to avail themselves of any technical defects which may invalidate the order which deprives them of that liberty." (Penekanan ditambah) [23] Justeru, berasaskan kepada prinsip undang-undang dan nas-nas yang telah dinyatakan di atas, Mahkamah ini telah meneliti dan mempertimbangkan setiap alasan atau isu yang telah dibangkitkan oleh Pemohon. Analisis dan Dapatan Isu 1: Kelewatar. Pegawai Penyiasat Polis mengemukakan laporan lengkap siasatan [24] Pemohon mendakwa wujud kelewatan selama 22 hari oleh Pegawai Penyiasat Polis dalam mengemukakan laporan lengkap siasatannya kepada Pegawai Siasatan dan Menteri. Perkiraan jumlah hari kelewatan tersebut menurut Pemohon adalah berdasarkan tempoh masa daripada tarikh tangkapan Pemohon iaitu pada 17.3.2025 hinggalah tarikh mengemukakan laporan lengkap siasatan iaitu pada 7.4.2025. [25] Subseksyen 3(3) Akta tersebut memperuntukkan seperti berikut: "The police officer making an investigation pertaining to a person arrested and detained under this section shall cause a copy of the complete report of the investigation to be submitted-
a
(a) to an Inquiry Officer appointed under subsection 5(1); and
b
(b) to the Minister, within such period as may be prescribed by the Minister by regulations made under this Act." (Penekanan ditambah) [26] Dalam keadaan di mana Menteri tidak menetapkan (prescribed) melalui apa-apa perundangan subsidiari berkaitan sesuatu tempoh untuk tujuan tersebut, maka peruntukan subseksyen 54(2) Akta Tafsiran 1948 dan 1967 adalah terpakai yang mana dalam keadaan ketiadaan penetapan tempoh masa tertentu untuk melakukan sesuatu, maka ia hendaklah dilaksanakan "with all convenient speed". "Where no time is prescribed within which anything shall be done, that thing shall be done with all convenient speed and as often as the prescribed occasion arises." [Penekanan ditambah] [27] Di dalam kes Chua Kian Voon v. Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors. [2020] 1 CLJ 747, YA Mohd Zawawi Salleh HMP dalam menyampaikan penghakiman Mahkamah Persekutuan telah menyatakan yang berikut: [67] Section 5(4) of the Act allows the Minister to prescribe regulations stipulating time but as apparent from the above, the Minister has not done so. We then turned to s. 54(2) of the Interpretation Acts 1948 and 1967 which stipulates that where no time is prescribed within which anything shall be done, that thing shall be done with all convenient speed and as often as the prescribed occasion requires. Simply put, for any matter where time has not by law been prescribed, such matter ought to be completed as soon as practicable and without inordinate delay. [68] As the burden to prove the detention was lawful lies on the detaining authority, whether the report was completed with convenient speed or without inordinate delay remains the matter for the detaining authority i.e. the respondents, to establish. It is trite that where there is delay on the part of the respondents to complete the report with "convenient speed", it is incumbent upon the respondents to discharge the burden of proffering a satisfactory explanation for the delay. Thus, as we have alluded to earlier, if there is no explanation given, the court will assume that there are no reasons." [Penekanan ditambah] [28] Mahkamah telah meneliti perenggan 14(g) (i hingga xx) afidavit jawapan Pegawai Penyiasat Polis (kandungan 11) yang menjelaskan tentang perincian tugasan harian beliau daripada tarikh tangkapan ke atas Pemohon (17.3.2025) hinggalah tarikh beliau mengemukakan laporan lengkap siasatannya kepada Pegawai Siasatan dan Menteri (7.4.2025). Berdasarkan jadual tugasan harian Pegawai Penyiasat Polis tersebut, Mahkamah ini mendapati penjelasan yang diberikan adalah terperinci (on daily basis) merangkumi tindakan beliau dalam melengkapkan siasatan dan mengendalikan kes Pemohon. Malahan Pegawai Penyiasat Polis telah merakam percakapan Pemohon pada 20.3.2025 di IPD Klang Utara, Klang, Selangor. [29] Mahkamah ini berpuas hati dengan alasan serta penjelasan yang diberikan oleh Pegawai Penyiasat Polis tersebut dan mendapati tiada kelengahan melampau atau tindakan sambil lewa atau acuh tidak acuh oleh Pegawai Penyiasat Polis tersebut. [30] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa tempoh masa yang diambil tersebut adalah munasabah (reasonable) dan tiada kelewatan melampau (not inordinate delay) serta masih dalam tempoh kesegeraan yang sepatutnya (convenient speed). [31] Justeru, berdasarkan alasan-alasan dan nas-nas di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa isu kelewatan 22 hari dalam mengemukakan laporan lengkap siasatan sepertimana yang dibangkitkan oleh Pemohon ini adalah tidak bermerit. Isu 2: Kelewatan Pegawai Siasatan menjalankan siasatan dan mengemukakan laporan lengkap siasatan [32] Pemohon mendakwa wujud kelewatan selama 26 hari oleh Pegawai Siasatan dalam menjalankan siasatan terhadap Pemohon dan mengemukakan laporan bertulis kepada Menteri. Justeru, Pemohon mendakwa kelewatan ini adalah suatu ketidakpatuhan kepada subseksyen 5(2) Akta tersebut. [33] Perkiraan bilangan hari kelewatan tersebut dibuat berdasarkan tarikh beliau menerima laporan lengkap siasatan daripada Pegawai Penyiasat Polis iaitu pada 7.4.2025 dan tarikh beliau mengemukakan laporan bertulis beliau dikemukakan kepada Menteri hanyalah pada 2.5.2025. [34] Subseksyen 5(2) Akta tersebut memperuntukkan seperti berikut: "Upon receiving the report under subsection 3(3), the Inquiry Officer shall inquire whether there are reasonable grounds for believing that such person has been or is associated with any activity relating to or involving the trafficking in dangerous drugs." [35] Mahkamah ini telah meneliti perenggan 10(e) (i hingga xvii) afidavit jawapan oleh Pegawai Siasatan (kandungan 20) yang telah memberikan perincian harian tugasan beliau daripada tarikh terima laporan lengkap siasatan daripada Pegawai Penyiasat Polis iaitu pada 7.4.2025 hinggalah tarikh beliau mengemukaka laporan bertulisnya kepada Menteri iaitu pada 2.5.2025. [36] Berdasarkan jadual tugasan harian Pegawai Penyiasat Polis tersebut, Mahkamah ini mendapati penjelasan yang diberikan adalah terperinci (on daily basis) merangkumi tindakan beliau dalam melengkapkan siasatan. Mahkamah ini tidak mendapati suatu tempoh yang lama di mana beliau berada di luar daripada tugas hakiki atau tugasan khusus kes Pemohon ini melainkan sekadar cuti hujung minggu atau cuti umum sahaja. Mahkamah ini mendapati bahawa penjelasan yang diberikan adalah memuaskan (satisfactory explanation) yang mana tempoh masa yang diambil agak munasabah (practicable) dan tiada kelewatan yang melampau (inordinate delay). [37] Mahkamah ini terikat atas prinsip stare decisis dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang terkini dalam kes Sugenthiran a/l Paramasivam v. Deputy Minister of Home Affairs, Malaysia & Ors [2024] 3 MLJ 342 yang memutuskan bahawa berkenaan perkara pengiraan tempoh masa (computation of time) di bawah subseksyen 3(3) Akta LLPK, keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Timbalan Menteri Dalam Negeri & Ors v. Awang Sari bin Lasikan masih lagi terpakai yang mana menyokong prinsip pengiraan masa dalam kes Chua Kian Voon v. Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors. (supra). [38] Justeru, Mahkamah ini berpandangan bahawa isu kelewatan oleh Pegawai Siasatan ini adalah tidak mempunyai merit sebagai alasan menyokong permohonan ini. Isu 3: Kegagalan menunjukkan penglibatan sekumpulan besar orang (substantial body of person) yang mengancam ketenteraman awam [39] Pemohon telah menghujahkan bahawa menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan, tujuan utama Akta tersebut digubal adalah untuk mencegah dan menjaga ketenteraman awam yang diancam oleh sejumlah besar orang/sekumpulan orang yang substantial di dalam dan di luar Malaysia (substantial body of persons) dan bukannya digunakan terhadap individu yang disyaki menjalankan aktiviti dadah. [40] Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan seperti berikut: "149. Legislation against subversion, action prejudicial to public order, etc.
subsection
(1) If an Act of Parliament recites that action has been taken or threatened by any substantial body of persons, whether inside or outside the Federation-
a
(a) ...;
b
(b) ...;
c
(c) ...; any provision of that law designed to stop or prevent that action is valid notwithstanding that it is inconsistent with any of the provision of Article 5,9,10 or 13, or would apart from this Article be outside the legislative power of Parliament; and Article 79 shall not apply to a Bill for such and Act or any amendment to such a Bill." (Penekanan ditambah) [41] Manakala Tajuk Panjang (Long Title) Akta tersebut pula memperuntukkan seperti be-ikut: "An Act to provide for the preventive detention of persons associated with any activity relating to or involving the trafficking in dangerous drugs." [42] Selanjutnya Mukadimah (Preamble) Akta tersebut pula jelas memperuntukkan seperti berikut: "WHEREAS action which is prejudicial to public order in Malaysia has been taken and further similar action is being threatened by a substantial body of persons both inside and outside Malaysia; AND WHEREAS Parliament considers it necessary to stop such action; [43] Di dalam kes Selva Vinayagam Sures v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors. [2021] 2 CLJ 29, Mahkamah Persekutuan telah secara jelas menyatakan alasan dan ratio decidendi dalam mencapai keputusan bahawa: "[44] ... In the light of the foregoing, we think that the phrase 'a substantial body of persons' refer to a large number of individuals acting in concert or working together for a common purpose... [29] ... It is clear that the power under subsection 6(1) may only be exercised if the following three key ingredients are set out in the grounds of the detention order and allegations of fact. One, that the activity which has been taken or is being threatened by a substantial body of persons relates to or involves the trafficking in dangerous drugs. Two, that the detenu is a member of a substantial body of persons. Three, that the Minister is satisfied that it is necessary in the interest of public order that the detenu be subject to preventive detention." [44] Mahkamah ini telah meneliti pengataan-pengataan fakta yang atasnya Perintah Tahanan tersebut diasaskan di dalam kes semasa ini yang menyatakan seperti berikut: "1. Bahawa kamu merupakan sebahagian dari sekumpulan besar orang didapati terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine sejak awal bulan Januari 2023 sehingga 15 Mac 2025 secara tidak berterusan di sekitar kawasan tepi jalan, Jalan Mahkota 1, Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor.
section
2. Bahawa kamu merupakan sebahagian dari sekumpulan besar orang didapati menjual dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dalam bentuk peket (anggaran berat 0.5 gram) berharga RM50.00 sepeket dan dalam bentuk peket (anggaran berat 1.0 gram) berharga RM80.00, dalam bentuk peket (anggaran berat 1.0 gram) berharga RM100.00 sepeket.
section
3. Bahawa kamu merupakan sebahagian dari sekumpulan besar orang didapati membeli bekalan dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dalam bentuk peket (anggaran berat 0.5 gram) sebanyak lima (5) peket berharga RM200.00 daripada rakan sejenayah dengan kekerapan empat (4) kali seminggu bagi tujuan pengedaran.
section
4. Bahawa kamu merupakan sebahagian dari sekumpulan besar orang didapati mengendalikan aktiviti pengedaran dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan mengupah rakan sejenayah yang lain sebagai orang tengah (runner) untuk membantu kamu menghantar dadah jenis Syabu milik kamu kepada pelanggan-pelanggan kamu dengan membayar upah dadah jenis Syabu dalam bentuk peket (anggaran berat 0.5 gram) setelah selesai tugasan penghantaran." [45] Adalah menjadi hujahan pihak Pemohon bahawa pengataan-pengataan fakta yang atasnya Perintah Tahanan itu dibuat menunjukkan bahawa hanya penglibatan Pemohon seorang sahaja dan tidak ada menunjukkan atau menyatakan penglibatan sekumpulan besar orang (substantial body of persons). Oleh yang demikian dihujahkan bahawa wujud ketidakpatuhan kepada prosedur mandatori apabila alasan-alasan dan pengataan fakta yang menjadi asas Perintah Tahanan tersebut tidak menyatakan penglibatan Pemohon dengan sekumpulan orang yang substantial yang menjadi ancaman terhadap ketenteraman awam. [46] Pihak Responden pula menghujahkan bahawa transaksi antara Pemohon, pembekal bekalan dadah dan pembeli dadah telah membentuk suatu rantaian sekumpulan besar orang yang terlibat dalam menjalankan aktiviti pengedaran dadah. Fakta ini yang menjadi pertimbangan Menteri Dalam Negeri bahawa pemohon merupakan sebahagian daripada sekumpulan besar orang. [47] Walau bagaimanapun, Mahkamah ini mendapati bahawa sekadar kewujudan frasa 'rakan sejenayah' dan 'sebahagian dari sekumpulan besar orang' adalah tidak mencukupi untuk mencapai maksud penglibatan sekumpulan besar orang dalam aktiviti pengedaran dadah tersebut yang dikatakan memudaratkan ketenteraman awam. Pengataan-pengataan fakta kepada Perintah Tahanan ke atas Pemohon tersebut didapati tidak memenuhi elemen atau intipati yang digariskan dalam kes Selva Vinayagam Sures v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors. (supra) tersebut khususnya intipati pertama (penglibatan sekumpulan besar orang) dan intipati kedua (Pemohon sebagai seorang anggota kepada sekumpulan besar orang itu). [48] Justeru, berdasarkan prinsip stare decisis berkaitan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Selva Vinayagam Sures v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors. (supra) tersebut, Mahkamah ini berpendapat bahawa isu yang dibangkitkan bahawa kegagalan membuktikan aktiviti Pemohon melibatkan kumpulan orang yang besar (substantial body of persons) yang merupakan ketidakpatuhan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Mukadimah (Preamble) Akta tersebut adalah mempunyai merit. Keputusan [49] Kesimpulannya, setelah membaca dan meneliti semua afidavit yang telah difailkan dalam tindakan ini serta mengambil kira penghujahan oleh pihak Pemohon dan pihak Responden, Mahkamah ini telah mendapati hanya 1 daripada 3 isu yang dibangkitkan yang mempunyai merit, namun ia sudah memadai bagi Mahkamah ini memutuskan untuk membenarkan permohonan Pemohon untuk satu writ habeas corpus dikeluarkan dan Pemohon dilepaskan serta merta. Bertarikh: 31 Mei 2026 Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu (1) Kelantan Kaunsel: Bagi pihak Pemohon Datuk N. Sivananthan (bersama Wan Muhamad Yusuf) Tetuan Sivananthan Bagi pihak Responden - Nur Syahidah binti Mohd Kamil Peguam Persekutuan Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian Dalam Negeri Kes-Kes Yang Dirujuk: Muhammad Jailani Kasim v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors. [2006] 4 CLJ 687 Lee Kew Sang v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors. [2005] 3 CLJ 914 Ng Hong Choon v. Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Lagi [1994] 4 CLJ 47 Selva Vinayagam Sures v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors. [2021] 2 CLJ 29 Chua Kian Voon v. Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors. [2020] 1 CLJ 747 Muhammad Redzuan Omar v. Timbalan Negeri Dalam Negeri, Malaysia & Anor. [2023] 2 CLJ 859 Sugenthiran a/l Paramasivam v. Deputy Minister of Home Affairs Malaysia & Ors [2024] 3 MLJ 342 Perundangan Yang Dirujuk: Perlembagaan Persekutuan, Perkara 5(1), 43A(2), 149, 151 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316], S.3(2), 3(3), 5(2), 5(4), 6(1) Kanun Tatacara Jenayah, S.374, 365 Akta Tafsiran 1948 & 967 [Akta 388]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.