Lampiran
Lampiran 56, di perenggan 9. (vii) Kes rujukan tanah berkenaan didaftarkan sebagai DA-15-15- 11/2018 oleh bahagian pendaftaran Mahkamah Tinggi Kota Bharu dan menamakan MDKK sebagai Responden. Responden melalui affidavit sokongannya yang diikrarkan oleh Setiausaha MDKK dalam permohonan Lampiran 56, di perenggan 10 mengakui fakta ini. (viii) Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah mengeluarkan notis pemberitahuan pengurusan kes bertarikh 29.11.2018 dan menetapkan tarikh pengurusan kes pada 13.12.2018. (ix) Mahkamah Tinggi Kota Bharu selanjutnya mengeluarkan sepucuk surat bertarikh 3.12.2018 memaklumkan tarikh pengurusan kes kepada peguamcara Pemohon, dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan serta salinan kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Kelantan, Pentadbir PTJKK dan Yang di Pertua MDKK. Responden mengakui menerima salinan surat berkenaan yang di alamatkan kepada Yang di Pertua MDKK (perenggan 12 dalam affidavit sokongan yang diikrarkan oleh Setiausaha MDKK dalam permohonan Lampiran 56). (x) sepanjang prosiding perbicaraan rujukan tanah itu (26.11.2019 dan 11.1.2021), Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan telah hadir mewakili PTJKK dan tiada peguamcara hadir mewakili Responden. [15] Rentetan dari fakta tersebut, dalam permohonan di Lampiran 56 ini, Responden menyatakan bahawa mereka tidak pernah menerima notis pemberitahuan pengurusan kes dan surat Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang memaklumkan tarikh pengurusan kes. [16] Saya tidak dapat menerima alasan Responden ini kerana surat Mahkamah Tinggi Kota Bharu bertarikh 3.12.2018 adalah surat resmi dari sebuah institusi kerajaan kepada jabatan-jabatan kerajaan yang lain termasuk Responden iaitu sebuah Pihak Berkuasa Tempatan. Saya percaya kebiasaannya surat resmi sebegini akan sampai penyerahannya seperti kepada Responden kerana alamatnya amat jelas dan menjadi sebuah institusi yang sering dikunjungi awam. Malah Responden sendiri mengakui menerima salinan surat berkenaan yang di alamatkan kepada Yang di Pertua MDKK (perenggan 12 dalam affidavit sokongan yang diikrarkan oleh Setiausaha MDKK dalam permohonan Lampiran 56). [17] Namun begitu, jika pun benar surat berkenaan tidak diterima Responden (yang mana saya tidak bersetuju), kehadiran Responden sebagai ‘paymaster” tidak diperlukan kerana pengambilan balik dibuat oleh dan di awardkan oleh PTJKK. Kedudukan ini telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Tenaga Nasional Berhad v Unggul Tangkas Sdn Bhd & Anor & Oes Appeal [2020] 2 MLJ 72: “[43] For the reasons above-stated, we would answer question 1 posed in these appeals in the affirmative. Other than the land administrator, only a person who has properly objected to an award under s 37 of the Act is entitled to be a party to the land reference proceedings with all the rights that entails. Question 2 should be answered in the negative. A paymaster is not so entitled as a matter of course.” [Emphasis is ours] [18] Tiada alasan munasabah untuk Responden menghujahkan tidak mengetahui tentang award ini kerana dua orang wakil mereka hadir dalam siasatan di PTJKK. Melalui kedua-dua wakil ini, Responden telah mendapat tahu jumlah pampasan yang dituntut oleh Pemohon. Adalah tidak munasabah Responden berdiam diri sahaja dan tidak membuat follow up selepas award diberikan kerana Hartanah Berkenaan adalah dipohon oleh mereka dan melibatkan juga rakan usahasama mereka. [19] Berdasarkan peruntukan APBT, PTJKK sebagai pihak yang membuat pengambilan balik Hartanah Berkenaan dan sebuah jabatan kerajaan negeri, PTJKK diwakili oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan. Sepanjang persediaan kes (affidavit, eksibit, hujahan etc) dan perbicaraan, PTJKK telah diwakili oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan. Saya berpendapat hak dan kepentingan Responden sebagai paymaster tetap dijaga dan dilindungi melalui PTJKK. Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 37 APBT: Section 37. Application to Court. (1) Any person interested in any scheduled land who, pursuant to any notice under section 10 or 11 or any person interested pursuant to any compensation made under section 35 or Part VII who, has made a claim to the Land Administrator in due time and who has not accepted the Land Administrator’s award thereon, or has accepted payment of the amount of such award under protest as to the sufficiency thereof, may, subject to this section, make objection to— (a) the measurement of the land; (b) the amount of the compensation; (c) the persons to whom it is payable; (d) the apportionment of the compensation. (2) Where the total amount awarded in compensation does not exceed five thousand ringgit, the written award of the Land Administrator shall be final with regard to both the measurement of the land and the amount of compensation awarded, and no objection may be made under subsection (1) in respect thereof. (3) Where the total amount of any award exceeds thirty thousand ringgit, any Government or any person or corporation on whose behalf such land was acquired or being occupied or used pursuant to Part VII, shall be deemed to be a person interested and may make objections on any of the grounds specified in subsection (1). [20] Saya mendapati kesilapan memasukkan nama MDKK sebagai Responden dan bukannya PTJKK, dibuat oleh bahagian pendaftaran Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Kesilapan ini hanyalah merupakan suatu clerical mistake yang boleh dipinda oleh mahkamah melalui permohonan di bawah Aturan 20, Kaedah 11, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Stone World Sdn Bhd v Engareh (M) Sdn Bhd [2020] 12 MLJ 237: “[17] … the court may make a further order subsequent to its previous sealed order. These situations include: (a) an amendment of a previous order to reflect the original intention of the court …; (b)under the slip rule O 20 r 11 of the Rules of Court 2012 (‘the Rules’) to correct a clerical error or a similar form of slip;” … [19] Where is this jurisdiction to amend or supplement the original sealed order found? It is found in the inherent jurisdiction of the courts. The superior courts possess a residual inherent jurisdiction to, inter alia, clarify the terms of an order and to make ancillary orders primarily to give effect to the decision or judgment handed down. It is a necessary jurisdiction to enable a court to ensure that substantive justice between the parties is served, so as to give effect to its primary decision, through the dispensing of procedural justice.” Munusamy a/l Karrupiah v Sang Lee Co. Sdn Bhd & Ors [2010] 3 CLJ924 CA: “It is confined to cases where there has been clerical mistake or error arising from an accidental slips or omissions committed by the officers of the court as envisaged in In re Gist (A Person of Unsound Mind) [1904] 1 Ch. 398, as well as by the parties themselves as evidenced in the case of Armitage v. Parsons [1908] 2 K.B. 410, C.A…” Sang Lee Co. Sdn Bhd & Ors v Munusamy a/l Karrupiah (sole proprietor of MNN Consultancy Services, a firm) [2010] 5 MLJ 285 FC: “The Court of Appeal should not have set aside the order for amendment made by the High Court on 23 May 2007 as the purpose and intention for the amendment is merely to set the court records straight and to ensure that the actual terms pronounced by the High Court on 27 June 2006 have been properly authenticated and recorded. In law, the court can always amend an order which does not reflect what was actually pronounced.” [21] Berdasarkan kepada Lampiran 56 juga, MDKK memohon nama Responden digantikan dengan PTJKK, perintah mahkamah bertarikh 31.12.2021 diketepikan dan prosiding rujukan tanah di adakan semula. [22] Mengenai penggantian nama kepada PTJKK, Pemohon juga membuat permohonan yang sama di Lampiran 59. Bagi dua lagi butiran permohonan Responden, saya berpendapat ianya tiada merit kerana seperti yang saya ulaskan sebelum ini, kehadiran Responden tidak diperlukan semasa perbicaraan kerana hak dan kepentingannya telah dilindungi oleh PTJKK. [23] Dengan menggantikan nama Responden dan kemudiannya mengenepikan perintah 31.12.2021 serta mengadakan perbicaraan semula adalah tidak munasabah. Ini adalah kerana kesilapan memasukan nama Responden tidak menjadikan perbicaraan dan perintah mahkamah berkenaan tidak sah. Sepanjang perbicaraan dan keputusan, peranan PTJKK telah digunakan. Malah selepas keputusan pun, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan telah mengambil tindakan menasihatkan pembayaran dibuat setelah diminta oleh Pemohon. [24] Satu lagi hujahan Responden bahawa sepatutnya PTJKK bertanggungjawab membayar pampasan tambahan dan faedah bayaran lewat kerana PTJKK adalah pihak yang membuat pengambilan dan membuat keputusan memberikan award berkenaan. Saya tidak dapat menerima hujahan ini kerana bukanlah PTJKK yang mahukan atau mala fide membuat pengambilan balik Hartanah Berkenaan, tetapi dibuat atas permohonan dan untuk faedah Responden. Oleh yang demikian Responden adalah pihak yang bertanggungan. [25] Jelas diperuntukan di bawah Seksyen 36 APBT bahawa hanya Pentadbir Tanah sahaja yang boleh merujuk kes seperti ini ke mahkamah. Seksyen ini memperuntukan: Section 36. “Reference to Court. (1) No reference to Court under this Act shall be made otherwise than by the Land Administrator. (2) The Land Administrator may, at any time of his own motion by application in Form M refer to the Court for its determination any question…” [26] Selain dari itu saya juga tidak dapat menjustifikasikan affidavit sokongan kepada Lampiran 56 yang diikrarkan oleh Setiausaha MDKK. Saya percaya jawatan beliau di MDKK boleh bertukar-tukar ke Pejabat Tanah dan Jajahan lain atau Pihak Berkuasa Tempatan lain di negeri Kelantan. Seharusnya affidavit tersebut mestilah menunjukan suatu kefahaman kepada prosedur pengambilan balik tanah dan bukan berdasarkan kepada bare denials. [27] Dengan mengambilkira keseluruhan keterangan yang ada dalam kes rujukan tanah ini (in totality) dan atas imbangan kebarangkalian, saya menolak permohonan Responden di Lampiran 56. Manakala permohonan Pemohon di Lampiran 59 dibenarkan. [28] Responden diperintahkan membayar kos sebanyak RM6,000 kepada Pemohon dan tertakluk pada 4% alokatur. Bertarikh: 7 Februari 2023. (ROSLAN BIN ABU BAKAR) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu. PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Pemohon: Yeoh Cho Keong, Tetuan Ranjit Singh & Yeoh, D3-U5-12, Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas 1, 50480, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Bagi pihak Responden 1: Adam bin Mohamed, Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Tingkat Bawah, Blok 5, Kota Darulnaim, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Bagi pihak Responden 2: Noor Aini binti Ismail, Tetuan Aini & Azlina, 1st Floor, Office E7, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan.