Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (1) DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES NO: AA – 62ATIP-4-08/2021 PENDAKWA RAYA LAWAN THENMOLI A/P CHANDRAN ALASAN PENGHAKIMAN A.
AA-62ATIP-4-08/2021
Sessions Court of Malaysia5 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“diminta oleh SP6 berbuat demikian. SP1 juga akui semasa soal balas (Q87 dan jawapan serta Q88 dan jawapan) jika passport SP1 hilang, Tertuduh yang kena bertanggungjawab. Dalam kes PP v Boon Fui Yan [2015] MLJU 999 Mahkamah Tinggi memutuskan seperti yang berikut: “[51] The learned SCJ further came to the wrong conclusio”
“20. ATIPSOM 2007 tidak memberi tafsiran “forced labour atau “kerja paksa” dan dalam kes PP v Siti Madinah bt Ilias [2017] MLJU 879, Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut: “ [24] In Word, Phrases & Maxims” (Legally defined) by Anandan Krishnan volume 7 at page 366, the term “forced labour” is defined as-”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (1) DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES NO: AA – 62ATIP-4-08/2021 PENDAKWA RAYA LAWAN THENMOLI A/P CHANDRAN ALASAN PENGHAKIMAN A.
1
Tertuduh telah dituduh dengan satu pertuduhan di bawah seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 [Akta 270] dan pertuduhan adalah seperti yang berikut: “Bahawa kamu dari bulan Februari 2019 sehingga 30 Julai 2021, bertempat di alamat rumah No. 4B, Jalan Kg. Cina, 32040 Seri Manjung, di dalam Daerah Manjung, di dalam negeri Perak, didapati telah memperdagangkan Dedah Siti Saodah, No. passport: C2373878 (Indonesia) yang bukan merupakan seorang kanak-kanak bagi maksud eksploitasi kerja paksa. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. Hukuman: Penjara boleh sampai 15 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda. B.
2
Dalam kes jenayah, beban pembuktian pada tahap prima facie adalah terletak pada pihak pendakwaan di peringkat kes pendakwaan. Ia diperuntukkan di bawah subseksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah seperti berikut: “ …For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted would warrant a conviction…”. 3 Definisi “prima facie” telah dibincangkan dalam kes PP v. Dato’ Seri Anwar Ibrahim (No. 3) [1999] 2 CLJ 215; [1999] 2 MLJ 1 dan Hakim Augustine Paul (ketika itu) menyatakan: “ A prima facie case rises when the evidence in favour of a party is sufficiently strong for the opposing party to be called on to answer. The evidence adduced must be such that it can be overthrown only by rebutting evidence by the other side. Taken in its totality, the force of the evidence must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the Court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts existed or did happen. As this exercise cannot be postponed to the end of the trial, a maximum evaluation of the credibility of witnesses must be done at the close for the prosecution before the Court can rule that a prima facie case had been made out in order to call for the defence.”
4
Dalam kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, Balachandran v Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85: [2005] 2 MLJ 301, Augustine Paul JCA (pada ketika itu) menerangkan: “The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in affirmation then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the evidence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt: there can be no prima facie case. As the accused can be convicted on the prima facie or it must have reached a standard which is capable of supporting conviction.” C. ELEMEN-ELEMEN PERTUDUHAN S12 AKTA ANTI PEMERDAGANGAN ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN 2007 [AKTA 270] • Tertuduh telah memperdagangkan mangsa iatu Dedah Siti Saodah (SP1); • Mangsa kes ini, bukan kanak-kanak; • Tertuduh telah mengekspoitasi mangsa dengan kerja paksa; D. DEFINISI “EKSPLOITASI”, “ORANG YANG DIPERDAGANGKAN” DAN “PEMERDAGANGAN ORANG” DALAM AKTA 270
5
Seksyen 2 Akta 270 memperuntukkan tafsiran “eksploitasi” sebagai termasuklah segala bentuk eksploitasi seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian, apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia.
6
Seterusnya, Akta yang sama memberikan tafsiran “orang yang diperdagangkan” bererti mana-mana orang yang menjadi mangsa atau objek perbuatan pemerdagangan orang.
7
Tafsiran dalam Akta tersebut juga menyatakan “pemerdagangan orang” ertinya segala perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, memperoleh, mengekalkan, melindungi, menyediakan atau menerima, seseorang bagi maksud eksploitasi dengan cara yang berikut:
a
Ancaman atau penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan yang lain;
b
Pemelarian;
c
Fraud;
d
Perdayaan;
e
Penyalahgunaan kuasa;
f
Penyalahgunaan kedudukan orang yang mudah terdedah kepada bahaya perbuatan pemerdagangan orang; atau
g
Pemberian atau penerimaan bayaran atau faedah untuk memperoleh kerelaan seseorang yang mempunyai kawalan ke atas orang yang diperdagangkan. E. KES PIHAK PENDAKWAAN
8
SP1 tiba ke KLIA dengan menggunakan pas lawatan sosial pada 15.1.2019 bersama Dina dan seorang lagi wanita. SP6 pula sudah sedia ada menunggu mereka di tempat tersebut. SP6 adalah ejen SP1. SP1 menyatakan dia telah menandatangani satu perjanjian sebagai pembantu rumah di KLIA pada masa itu tetapi salinan perjanjian tidak diberikan kepadanya. Sebaliknya, SP6 yang menyimpan perjanjian tersebut tetapi semasa memberi keterangan di Mahkamah ini, SP6 menyatakan perjanjian tersebut telah hilang.
9
SP1 setuju dia menyerahkan pasportnya kepada Tertuduh apabila diminta berbuat demikian oleh SP6. Tidak ada sebarang paksaan dibuat oleh Tertuduh bagi penyerahan passport. Tertuduh telah menjemput SP1 di KLIA tersebut dan membawanya pulang ke rumah Tertuduh di Kg Cina, Manjung, Sitiawan.
10
SP1 setuju Tertuduh tidak pernah bercakap kepadanya secara terus (face to face) berkenaan dengan Tertuduh akan menyediakan dokumen dan menguruskan permit kerja SP1.
11
Tugas SP1 adalah mengemas, membersih rumah dan menjaga dua anak Tertuduh. Selain rumah Tertuduh, SP1 juga bekerja di rumah mak Tertuduh di Jalan Raja Muda Musa 6, Sitiawan. SP1 jelaskan mengemas rumah itu adalah menyapu lantai, mop lantai, cuci kain, sedia bahan untuk dimasak. SP1 tidak memasak, hanya mak Tertuduh atau Tertudug yang memasak. SP1 menjelaskan selanjutnya, tugas menjaga anak-anak Tertuduh bermaksud memandikan, menyiapkan baju, memakai baju, meneman anak-anak bila bermain di luar rumah, membancuh susu. Mak Tertuduh yang suapkan makanan pada anak-anak tersebut.
12
SP1 bangun pukul 6.00 pagi setiap hari. Tertuduh ada sediakan bilik untuk SP1 dengan keperluan asas tempat tidur. Anak Tertuduh bernama Prewin pergi ke sekolah pukul 7 pagi dan anak bernama Sujit ke sekolah pukul 1.30 petang. Sujit balik sekolah pukul 6.00 petang. Tertuduh mengambil SP1 dan dua anaknya pada 6 petang tetapi ada kalanya pukul 7 malam, balik ke rumah Tertuduh.
13
SP1 bebas makan apa saja makanan yang dimasak oleh mak Tertuduh, di rumah mak Tertuduh. SP1 mendakwa dia tidak dibenarkan solat, tidak boleh berpuasa dan tidak boleh memakai tudung. Perjanjian bertulis tidak dikemukakan di mahkamah.
17
PERKARA PENTING UNTUK DIBERI PERHATIAN SEBAGAI REKOD MAHKAMAH Penularan wabak Covid-19 berlaku pada 2020 di seluruh negara termasuk Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan dan ini menyebabkan orang yang berada di Malaysia tidak dibenarkan keluar negara atau merentas sempadan semasa tempoh yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.
18
F. ANALISIS KETERANGAN DAN DAPATAN MAHKAMAH Elemen 1 – Tertuduh memperdagangkan Dedah Siti Saodah.
Preamble
Menurut keterangan daripada SP1 dan SP6 (Danial) dan soal balas pihak pembelaan terhadap saksi-saksi ini, adalah jelas Tertuduh telah menjemput Dedah Siti Saodah (SP1) di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) pada 15/1/2019.
19
Bagi pertuduhan di bawah seksyen 12 Akta 670 ini, pihak pendakwaan masih bertanggungan membuktikan wujud paksaan terhadap SP1 bagi pengekalan tenaga kerjanya sebagai pembantu rumah dalam tempoh yang material. Tafsiran pemerdagangan orang adalah seperti mana yang dinyatakan dalam seksyen 2 Akta.
19
Seterusnya, bagi elemen paksaan, pendakwaan mendakwa seperti yang berikut: - Passport SP1 disimpan oleh Tertuduh tanpa kerelaan SP1; - Gaji SP1 tidak dibayar kecuali RM900 bagi bulan Feb 2019; - SP1 dikunci dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar atau bercakap dengan orang lain; - SP1 tak boleh bersolat dan berpuasa; - SP1 dicederakan oleh Tertuduh pada 29 Julai 2021. • Passport disimpan oleh Tertuduh SP1 menyatakan dia menyerahkan pasportnya dengan rela hati setelah diminta oleh SP6 berbuat demikian. SP1 juga akui semasa soal balas (Q87 dan jawapan serta Q88 dan jawapan) jika passport SP1 hilang, Tertuduh yang kena bertanggungjawab. Dalam kes PP v Boon Fui Yan [2015] MLJU 999 Mahkamah Tinggi memutuskan seperti yang berikut: “[51] The learned SCJ further came to the wrong conclusion at page 15, lines 10 to 13 of the GOJ that PW1 did not escape because her passport was kept by the Accused. The learned SCJ concluded that the retention of her passport amounted to exploitation. This conclusion begs the questions, did PW1 attempt to escape from her employment and did the Accused prevent PW1 from escaping?”. Mengguna pakai dapatan yang dibuat dalam otoriti di atas, berbalik kepada fakta bahawa passport SP1 berada dalam simpanan Tertuduh, ia tidak mencukupi untuk menunjukkan ada paksaan supaya SP1 bekerja dengan Tertuduh. SP1 langsung tidak cuba melarikan diri dan Tertuduh tidak menghalang SP1 berbuat demikian. Ketiadaan passport tidak menghalang SP1 melarikan diri. Penyiasatan yang tidak lengkap oleh pegawai penyiasat berkenaan dengan passport. Berdasarkan keterangan pegawai penyiasat (IO) kes ini, siasatan menjurus kepada IO cenderung mempercaya pada versi mangsa. Penyiasatan seharusnya adil bagi mangsa dan Tertuduh tetapi dalam kes ini menjurus kepada apa yang SP1 katakan sahaja. Perjanjian bertulis, langsung tidak ada tindakan bersungguh-sungguh dibuat untuk mendapatkannya dan SP6 menjawab dengan mudah ia sudah hilang. IO langsung tidak memberi keterangan tentang passport SP1 yang didakwa disimpan oleh Tertuduh sedangkan Tertuduh diperiksa dan rumahnya diselongkar. IO juga tidak merakam percakapan jiran rumah Tertuduh atau jiran rumah mak Tertuduh bagi membuktikan dakwaan SP1 dia dicederakan, dikurung atau tidak dibayar gaji. IO juga tidak rakam gambar pintu belakang dan kawasan belakang rumah Tertuduh bagi memberikan gambaran jelas kepada Mahkamah. Ini menimbulkan keraguan yang memihak tertuduh. Mahkamah mendapati passport SP1 yang disimpan oleh Tertuduh tidak cukup membuktikan elemen “paksaan” oleh Tertuduh. SP1 menyerahkan sendiri passportnya tanpa ada ugutan atau ancaman daripada Tertuduh dan tidak ada keterangan daripada pihak pendakwaan usaha mencari passport SP1. Jelas, pihak pendakwaan gagal mengemukakan keterangan yang mencukupi bagi menunjukkan simpanan passport SP1 adalah satu “paksaan”. • SP1 dikunci dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar SP1 memberikan keterangan semasa disoal balas oleh peguam (rujuk Q 120- 130 dan jawapan-jawapan nota keterangan (NK)), SP1 sendiri akui dia tahu dimana kunci rumah mak Tertuduh diletakkan dan SP1 keluar rumah setiap hari untuk menyidai dan mengangkat kain jemuran. SP1 juga bersetuju dengan peguam dia boleh keluar rumah untuk melakukan kerja di luar rumah dan meminta pertolongan orang jika perlu (rujuk Q133 dan jawapan dalam NK). SP1 menerangkan dia boleh meminta tolong orang lain tetapi takut. SP1 seterusnya menyatakan dia kadang kala bermain dengan anak-anak Tertuduh atau menemani mereka bermain di kawasan depan rumah. SP1 setuju pada tarikh-tarikh lain sebelum 29 Julai 2021, SP1 boleh melarikan diri dari rumah Tertuduh (rujuk Q149 dan jawapan dalam NK). SP1 setuju ada dibawa bercuti ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur oleh Tertuduh (rujuk Q150 dan 151 serta jawapan dalam NK). SP1 akui semasa soal balas Tertuduh ada membelikan SP1 baju baru untuk sambutan perayaan Deepavali. SP1 setuju telah (3) kali dibawa ke klinik oleh OKT kerana sakit gastrik. SP1 tidak menafikan ada banyak peluang untuk SP1 larikan diri sepanjang bekerja sebagai pembantu rumah Tertuduh. Mahkamah mendapati keterangan SP1 yang SP1 dikurung dan tidak dibenarkan keluar rumah tidak wajar Mahkamah terima berikutan SP1 sendiri mengesahkan semasa soal balas, SP1 keluar rumah menyidai kain dan mengangkat jemuran setiap hari, ada keluar bersihkan luar rumah, ada bermain dengan anak-anak Tertuduh di luar rumah dan beberapa peluang lain lagi untuk melarikan diri tetapi SP1 tidak berbuat demikian dengan alasan takut. Mahkamah ini membuat inferens berdasarkan keterangan yang ada, SP1 tidak berasa ada “paksaan” tetapi memilih untuk terus tinggal dengan Tertuduh sehingga 29 Julai 2021. • Gaji SP1 tidak dibayar SPI menyatakan tidak menerima gaji langsung kecuali RM900 sedangkan gaji mengikut perjanjian (perjanjian tidak dikemukakakan langsung di mahkamah) adalah RM1200 sebulan. Menurut SP1, terdapat kos ditanggung Tertuduh membawa SP1 ke Malaysia dan (4) bulan gaji SP1 akan ditolak untuk bayaran balik kepada OKT. SP1 tidak bersetuju dengan peguambela bahawa SP1 yang meminta Tertuduh menyimpan semua wang gajinya dan diberi kepada SP1 masa SP1 balik ke Indonesia kerana SP1 tidak percayakan suaminya (rujuk Q190 dan jawapan dalam NK) Berdasarkan keterangan berkenaan gaji, mahkamah membuat inferens SP1 sememangnya bekerja dengan Tertuduh dan Tertuduh tidak membayar gaji SP1. Pihak pembelaan dalam line of cross-examination, hanya menjurus kepada gaji akan diberi pada masa SP1 pulang ke Indonesia kelak tetapi pihak pembelaan tidak mempertikaikan gaji sebulan adalah RM1200. Oleh itu, Mahkamah menerima RM1200 adalah gaji sebulan walaupun tiada perjanjian bertulis yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan kerana pihak pembelaan langsung tidak mencabar nilai ini walau secara am pembelaan mengetengahkan dalam soal balasnya bahawa apabila perjanjian bertulis tidak dikemukakan sebagai ekshibit, terma khusus dan terperinci dalam perjanjian tidak diketahui semua pihak dalam prosiding perbicaraan di Mahkamah. Mahkamah membuat inferens bahawa SP1 bekerja sebagai pembantu rumah Tertuduh berdasarkan fakta yang SP1 mula tinggal dengan Tertuduh sejak tiba di rumah Tertuduh dan melakukan kerja rumah iaitu menyapu dan mop lantai, bantu memasak dan menjaga dua anak Tertuduh mulai 15 Jan 2019 hingga 29 Julai 2021. Fakta dan keterangan bahawa gaji SP1 tidak dibayar, tidak cukup untuk membuktikan wujud elemen paksaan. SP1 ada meminta kepada Tertuduh beberapa kali agar gajinya dibayar tetapi tetap tidak dibayar. SP1 masih terus bekerja dengannya. Inferens Mahkamah adalah SP1 memilih untuk terus berasa takut melarikan diri dan terus mempercayai Tertuduh akan membayar gajinya sedangkan SP1 boleh memilih keluar menyelamatkan dirinya lebih awal sebelum 29 Julai 2021. • SP1 tidak dibenarkan bersolat dan berpuasa Semasa pemeriksaan utama, SP1 menyatakan dia tidak diberikan ruang solat dan tidak dibenarkan bersolat oleh mak Tertuduh (rujuk Q 165-168 dan jawapan dalam NK) tetapi boleh bersolat di rumah Tertuduh (rujuk Q196 dan jawapan dalam NK). SP1 bersetuju semasa soal balas, di rumah Tertuduh, Tertuduh ada menyediakan satu bilik untuk SP1 tinggal dan SP1 dibenarkan bersolat bila-bila masa (rujuk Q181 – 183 dan jawapan dalam NK). Mahkamah mendapati keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan berkenaan dengan solat dilarang oleh mak Tertuduh adalah tidak mencukupi dan tiada keterangan kukuh dikemukakan. Hal perkara berkenaan solat dan puasa adalah perkara wajib bagi penganut agama Islam lakukan dan di Malaysia, sesiapa juga boleh mengamalkan kepercayaan agama masing-masing selagi tidak melanggar undang-undang Malaysia. Mahkamah membuat inferens bahawa jika benar perkara solat dan puasa dilarang oleh mak Tertuduh dan SP1 rasakan satu paksaan padanya, SP1 sepatutnya melarikan diri lebih awal bukan setelah dua tahun setengah berlalu iaitu sejak 15 Januari 2019. Bagi keterangan ini, pihak pendakwaan tidak mengemukakan bukti kukuh selain keterangan lisan SP1. Amat jelas, SP1 tidak merasa dipaksa dan dapat menerima perkara ini, apabila meneruskan kerjanya dgn Tertuduh. • SP1 dicederakan oleh OKT Elemen kesalahan bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dibincang secara terperinci dalam alasan penghakiman bagi no kes AA-85-129-11/21 yang turut dirayu oleh pihak pendakwaan. Elemen 2 – SP1 bukan kanak-kanak Elemen ini telah dipenuhi dan pihak pembelaan tidak menafikan SP1 bukanlah seorang kanak-kanak semasa kejadian. Elemen 3- Tujuan pemerdagangan mangsa adalah untuk eksploitasi Bagi elemen eksploitasi ini, pihak pendakwaan dikehendaki membuktikan bahawa mangsa telah dipaksa bekerja sebagai pembantu rumah mulai 15/1/2019 hingga 29 Julai 2021. SP1 tidak disuruh melakukan kerja lain selain kerja rumah walaupun perlu melakukannya di rumah mak Tertuduh dan rumah Tertuduh sendiri. Tertuduh masih dapat masa rehat yang munasabah, ada bilik disediakan untuknya, diberi makan dan minum secukupnya. Keperluan harian SP1 disediakan dan SP1 juga ada dibawa (3) kali ke klinik kerana sakit gastrik oleh Tertuduh sepanjang dua tahun setengah SP1 bekerja dengannya. (rujuk Q167 – Q170 dan jawapan dalam NK). SP1 juga memberi keterangan, telah meminta Tertuduh menghantarnya balik ke Indonesia apabila telah tamat kontrak dua tahun, tetapi Tertuduh tidak berbuat demikian. Semasa soal balas oleh peguambela, SP1 bersetuju dia tidak divaksin dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berkuatkuasa menyebabkan Tertuduh tidak boleh menghantarnya balik ke Indonesia. Kemudian, semasa pemeriksaan semula, SP1 mengemukakan keterangan baru dengan menerangkan “balik” yang dimaksudkan adalah dihantar kepada ejen di Malaysia. Pihak pendakwaan tidak langsung menyoal SP6 jika SP6 ada pengetahuan SP1 ingin balik kepadanya dalam masa PKP berkuat kuasa. Ketiadaan penelitian pihak pendakwaan dalam menyoal saksi-saksinya sendiri sudah pasti menjejaskan kes pihak pendakwaan. Jelas daripada keterangan SP1 yang tidak konsisten dan berubah-ubah serta tiada keterangan kukuh ini, ia tidak wajar diterima Mahkamah. Mahkamah juga mendapati keterangan SP1 yang meminta “balik” walau ke Indonesia atau ke ejen ini tidak mencukupi membuktikan “paksaan”. Mahkamah mengambil judicial notice bahawa pada masa SP1 meminta balik tersebut, PKP masih lagi berkuat kuasa dan penularan wabak tersebut menyebabkan Tertuduh tidak dapat menghantarnya “balik” sama ada ke Indonesia atau ke ejennya.
20
ATIPSOM 2007 tidak memberi tafsiran “forced labour atau “kerja paksa” dan dalam kes PP v Siti Madinah bt Ilias [2017] MLJU 879, Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut: “ [24] In Word, Phrases & Maxims” (Legally defined) by Anandan Krishnan volume 7 at page 366, the term “forced labour” is defined as- “ Any factor which deprives a person of a choice of alternatives and compels him to adopt one particular course of action may properly be regarded as “forced” and if labour or service is compelled as a result of such “force” it would be “forced labour”.
21
Analisis Mahkamah terhadap keterangan yang dikemukakan di Mahkamah bagi elemen ketiga kesalahan iaitu eksploitasi dengan cara kerja paksa adalah elemen ini tidak dipenuhi oleh pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan tidak mengemukakan keterangan kukuh berlaku eksploitasi SP1 oleh Tertuduh secara kerja paksa. SP1 semasa pemeriksaan utama bersungguh-sungguh menyatakan bekerja secara terpaksa apabila tidak dibayar gaji sejak bulan kedua bekerja tetapi apa yang dikata tidak selari dengan fakta bahawa SP1 mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri. Keterangan SP1 sendiri mengesahkan SP1 mempunyai banyak peluang melarikan diri dari rumah, tetapi masih memilih meneruskan pekerjaannya sebagai pembantu rumah Tertuduh sehinggalah mendakwa dicederakan. SP1 juga memberi keterangan tidak lari daripada rumah Tertuduh lebih awal dengan alasan SP1 rasa takut.
22
G.RUMUSAN Setelah Mahkamah menilaikan semua keterangan pada tahap penilaian maksimum didapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Disediakan oleh: Azizah binti haji Ahmad Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah (1) Ipoh Tarikh: 12 Feb 2025
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.