Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET(1) IPOH NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES TANGKAP NO:AA-83RS-113-04/2026 PENDAKWA RAYA LAWAN THIRUCHELVAN A/L KARUNAGARAN [ NO. K/P: 931124086551] ALASAN PENGHAKIMAN [A] Pengenalan
AA-83RS-113-04/2026
Magistrates Court of Malaysia9 Apr 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ngakuan salah OKT telah diterima berdasarkan prinsip undang-undang yang selamat di bawah seksyen 173 (b) Kanun Tatacara Jenayah. [21] Bagi isu (c), Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v. Sam Kim Kai [1960] CLJU 99; [1960] 1 LNS 99 yang menerangkan prinsip berikut yang perlu dipatuhi apabila melibatkan keadaan di mana OK”
“T (bantahan terhadap gambar ekshibit P 13A–B setelah hukuman penjara dijatuhkan) adalah tidak memuaskan atau cukup untuk mahkamah membenarkan permohonan tersebut. [23] Dalam kes PP v. Ismail Ibrahim [1998] CLJU 664; [1998] 1 LNS 664, pengakuan dan kebenaran fakta kes yang dibentangkan terhadap tertuduh telah diambil ki”
“11 terhadapnya sahaja. Dalam erti kata yang lain, OKT tidak boleh mengemukakan rayuan terhadap sabitan yang diputuskan terhadapnya. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Teoh Geok Chin v PP [2025] CLJU 3585 seperti berikut: “Justeru, adalah jelas bahawa seorang perayu tidak boleh membuat rayuan terhadap sabit”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET(1) IPOH NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES TANGKAP NO:AA-83RS-113-04/2026 PENDAKWA RAYA LAWAN THIRUCHELVAN A/L KARUNAGARAN [ NO. K/P: 931124086551] ALASAN PENGHAKIMAN [A] Pengenalan
1
Thiruchelvan A/L Karunagaran (selepas ini dirujuk sebagai “OKT”) pada 9 April 2026 telah dituduh di Mahkamah Majistret Jenayah 1 Ipoh di bawah satu kesalahan seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.
2
OKT telah diwakili oleh YBGK telah mengaku bersalah atas pertuduhan. OKT telah dijatuhkan hukuman sembilan bulan penjara dari tarikh tangkap 7 April 2026. Berasa terkilan, OKT melalui peguam yang dilantik memfailkan rayuan bagi sabitan dan hukuman. [B] Pertuduhan
3
Pertuduhan ke atas OKT seperti di berikut: BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA YANG TELAH DITUDUH DENGAN NOMBOR KES AA-83RS-108-04/2026 DAN (2) ORANG YANG MASIH BEBAS PADA 20/03/2026 JAM LEBIH KURANG 0500 HRS BERTEMPAT DI JALAN PAKATAN JAYA 12, TAMAN PAKATAN JAYA, DI DALAM DAERAH KINTA, DI DALAM NEGERI PERAK, TELAH DIDAPATI MELAKUKAN KESALAHAN MENCURI KABEL. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DAN BOLEH DIHUKUM DIBAWAH SEKSYEN 379 KANUN KESEKSAAN DAN DIBACA BERSAMA SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN. HUKUMAN:- HENDAKLAH DIHUKUM DENGAN PEMENJARAAN SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI TUJUH TAHUN ATAU DENGAN DENDA ATAU DENGAN KEDUA-DUANYA DAN BAGI KESALAHAN KALI KEDUA ATAU YANG KEMUDIAN BOLEHLAH DIHUKUM DENGAN PEMENJARAAN DAN HENDAKLAH JUGA DIKENAKAN DENDA ATAU SEBAT.
4
Setelah pertuduhan dibacakan, diterangkan dan dijelaskan terhadap OKT dalam Bahasa Melayu, OKT faham dengan pertuduhan tersebut dan OKT mengaku salah di atas pertuduhan yang dikemukakan. Setelah itu hukuman diterangkan kepada OKT, OKT faham sifat akibat pengakuan salah yang dibuat. OKT masih mengaku salah. [C] Fakta Kes
5
Setelah itu fakta kes dibaca dan diterangkan kepada OKT dalam Bahasa Melayu. OKT faham dan akui benar fakta kes tersebut, tanpa sebarang syarat adalah seperti berikut:
1
PADA 28/03/3036 JAM L/KURANG 1230 HRS, SEMASA PENGADU BERADA DI BALAI POLIS TAMBUN TELAH MELIHAT SATU HANTARAN VIDEO MELALUI APLIKASI TIKTOK YANG DIMUAT NAIK OLEH AKAUN UTUSAN MELAYU PLUS TENTANG RAKAMAN CCTV IAITU KEJADIAN DISYAKI KECURIAN KABEL DI NO.62, JALAN PAKATAN JAYA 12, TAMAN PAKATAN JAYA, 31150 ULU KINTA,PERAK. DI DALAM VIDEO TERSEBUT TELAH MEMAPARKAN SEBUAH PACUAN 4 RODA DAN SEBUAH MVP JENIS NO PENDAFTARAN AMU8787. BERDASARKAN RAKAMAN CCTV TERSEBUT, TERTUDUH BERSAMA 2 ORANG LAGI SEDANG MEMBUKA MANHOLE DI TEMPAT KEJADIAN DAN MENARIK KABEL MENGGUNAKAN PACUAN 4
2
BERTINDAK ATAS MAKLUMAT, PADA 07/04/2026 JAM LEBIH KURANG 1250 HRS PEGAWAI TANGKAPAN IAITU INSP PRABAKARAN A/L LAKSHMANAN BERSAMA SEPASUKAN ANGGOTA DARI CAWANGAN D4 IPK PERAK TELAH PERGI KE RUMAH BERALAMAT NO.4, LALUAN BERCHAM UTARA 21, TAMAN BERCHAM AMAN 31400 IPOH, PERAK TELAH TAHAN TERTUDUH, MEMBUAT RAMPASAN BARANG KES DARIPADA TERTUDUH SEPERTIMANA LAPORAN TANGKAPAN DAN RAMPASAN BERCHAM/1490/26. BERDASARKAN BARANG RAMPASAN IAITU SEHELAI BAJU DAN SELUAR, BARANG RAMPASAN ADALAH SELARAS DENGAN BAJU YANG DIPAKAI OLEH TERTUDUH DALAM RAKAMAN CCTV. [D] Prosiding di mahkamah [6] Selepas fakta kes dikemukakan dan ditanda sebagai P1, eksibit-eksibit berikut telah turut dikemukakan dan ditandakan oleh mahkamah ini: P2 –Laporan polis Tambun 917/26 P3 – Laporan polis Bercham 1490/26 P4 (A-F) – 6 Keping Gambar Tempat Kejadian P5 – Rajah Kasar P6 – Borang Bongkar bagi OKT ini P7 (A-J) – 10 keping Gambar Barang Kes P8 (A-D) – 4 keping Gambar Screenshot P9 (A-G) – 7 keping Gambar Pegun Rakaman CCTV P10 – 1 salinan Sijil Pemilikan Kenderaan P11 – satu sampul PDRM P12 — satu CD mengandungi rakaman CCTV P 13 (A–B) – 2 keping Gambar Acu Pakai [7] Kesemua eksibit telah ditunjukkan dan diterangkan kepada OKT dalam bahasa Melayu dan diakui olehnya tanpa sebarang syarat. [8] Setelah berpuas hati dengan akuan salah OKT, akuan ke atas fakta kes dan kesemua eksibit yang dikemukakan, mahkamah ini telah menerima dan merekodkan pengakuan salah OKT. [9] Kemudian mahkamah membenarkan OKT membuat rayuan mitigasi. OKT telah membuat rayuan melalui Peguam Puan Nor Afiqah dari YBGK. Perayu memaklumkan bahawa berusia 33 tahun, bekerja sebagai kelindan lori, pendapatan bulanan RM1200 sebulan dan OKT satu-satunya pencari nafkah di dalam keluarga. OKT menanggung seorang isteri suri rumah sepenuh masa dan mempunyai 5 anak masih kecil berusia diantara 2 hingga 12 tahun. OKT turut menanggung kedua orang tua yang uzur, bapanya baru patah kaki dan tiada pendapatan. OKT merayu untuk hukuman denda paling minima sekali. [10] Timbalan Pendakwa Raya sebaliknya memohon kepada mahkamah ini agar menjatuhkan hukuman setimpal bersifat pengajaran ke atas OKT dan juga masyarakat di luar sana supaya tidak ambil remeh tentang perkara dan kesalahan sebegini. Timbalan Pendakwa Raya mohon mahkamah mengambil kira bahawa barang-barang kes berjaya dirampas. Gambar rakaman CCTV menunjukkan kelakuan OKT mencuri kabel jelas menunjukkan perbuatan OKT dan kes ini juga telah jadi viral semasa kejadian. Timbalan Pendakwa Raya pohon supaya mahkamah ambil kira kejadian kecurian kabel sebegini makin berleluasa. [11] OKT didapati bersalah dan disabitkan sepertimana dalam pertuduhan setelah faktor mitigasi dan faktor pemberatan didengar. Oleh demikian Mahkamah menjatuhkan hukuman 9 bulan penjara terhadap OKT. [12] Kemudian OKT memohon menarik balik pengakuan salah setelah hukuman dijatuhkan. Alasan penarikan balik kerana OKT merayu untuk hukuman berbentuk denda minima dan bukan penjara serta OKT mempertikaikan bahawa gambar yang diekshibitkan adalah gambar yang ditangkap di IPD dan bukannya gambar di tempat kejadian. [13] Mahkamah menolak penarikan balik pengakuan salah OKT dan tetap mengekalkan hukuman 9 bulan penjara terhadap OKT. [E] Isu dan Undang-Undang [14] Isu yang wujud adalah sama ada :- a) OKT tidak faham sifat akibat pengakuan salah yang dibuat olehnya setelah pertuduhan dan hukuman dibacakan kepada OKT? b) OKT mengakui kesemua ekshibit yang ditunjukkan dan diterangkan kepada OKT dengan bersyarat sebelum hukuman dijatuhkan? c) tindakan Majistret berlandaskan undang-undang ketika enggan membenarkan OKT menarik balik pengakuan salahnya setelah hukuman dijatuhkan? d) OKT dibenarkan merayu terhadap sabitan? [15] Bagi isu (a) dan (b) , saya merujuk kepada seksyen 173(b) Kanun Tatacara Jenayah seperti berikut:
b
If the accused pleads guilty to the charge, whether as originally framed or as amended, the plea shall be recorded and he may be convicted on it and the Court shall pass sentence according to the law: Provided that before a plea of guilty is recorded the Court shall ascertain that the accused understands, the nature and consequences of his plea and intends to admit, without qualification, the offence alleged against him. [16] Mahkamah ini telah membacakan pertuduhan beserta hukuman dalam bahasa pliihan OKT iaitu bahasa Melayu. OKT mengakui faham sifat akibat pengakuan salah yang dibuat olehnya setelah pertuduhan dan hukuman dibacakan. [17] Mahkamah ini telah menunjukkan dan menerangkan segala ekshibit dalam bahasa Melayu termasuk gambar ekshibit P 13A–B. Ketika kesemua ekshibit ditunjukkan kepada OKT, OKT tidak memberi sebarang bantahan atau tidak mengakui dengan mana-mana ekshibit yang dikemukakan. Malahan OKT setuju dengan kesemua ekshibit dan diakui benar tanpa syarat. [18] OKT juga diwakili oleh Peguam YBGK ketika rayuan mitigasi. Semasa rayuan mitigasi, Peguam YBGK tidak menyatakan bahawa OKT tidak faham sifat akibat pengakuan salah yang dibuat olehnya atau tidak bersetuju dengan mana-mana ekshibit yang dikemukakan. [19] OKT hanya menyatakan bantahan terhadap gambar ekshibit P 13A–B setelah hukuman penjara dijatuhkan terhadapnya. [20] Mahkamah menolak tindakan OKT yang membantah gambar ekshibit P 13A–B setelah Mahkamah mensabitkan OKT dan menjatuhkan hukuman terhadap OKT. Ini kerana pengakuan salah OKT telah diterima berdasarkan prinsip undang-undang yang selamat di bawah seksyen 173 (b) Kanun Tatacara Jenayah. [21] Bagi isu (c), Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v. Sam Kim Kai [1960] CLJU 99; [1960] 1 LNS 99 yang menerangkan prinsip berikut yang perlu dipatuhi apabila melibatkan keadaan di mana OKT ingin menarik semua pengakuan bersalah seperti berikut: ... there is, however, one further matter, to which I would refer before leaving this case. The Respondent was originally charged with the main offence of housebreaking. To that charge he pleaded guilty. The learned President, before passing sentence upon him, perfectly properly remanded him in custody with a view to obtaining a report upon him from the Probation Officer. When the matter again came before him seven days later, the Respondent was represented by an advocate, Mr. Triptipal Singh, who informed the court that his client wished to withdraw his plea of guilty. The learned President thereupon permitted him to do so and to substitute therefor a plea of not guilty. Subsequently, the charge of housebreaking was withdrawn by the prosecution and the present charge of dishonestly retaining the stolen property substituted therefor... Now, there is, no doubt, a discretion vested in a trial court to allow an accused person, before sentence, to withdraw a plea of guilty and to substitute a plea of not guilty. But that discretion requires to be exercised judicially and for valid reasons. An accused person cannot be permitted merely at whim to change his plea, except upon valid and sufficient grounds which satisfy the Magistrate that it is proper in the interests of justice that he should be allowed to do so... In this case there is nothing upon the record to indicate that the Respondent did not understand the nature of the original charge of housebreaking which was read to him, and to which he pleaded guilty, nor is there anything to show upon what grounds he sought to change his plea seven days later, and why the learned President exercised his discretion in allowing him to do so. It is to be hoped that in future cases where a Magistrate thinks fit to exercise his judicial discretion in this manner, the grounds upon which the exercise of the discretion is sought, and the reasons which prompt the Magistrate to exercise it, will be fully stated upon the record... [22] Berdasarkan prinsip kes di atas, Mahkamah ini menolak permohonan OKT untuk menarik balik pengakuan salahnya kerana Mahkamah berpendapat bahawa alasan OKT (bantahan terhadap gambar ekshibit P 13A–B setelah hukuman penjara dijatuhkan) adalah tidak memuaskan atau cukup untuk mahkamah membenarkan permohonan tersebut. [23] Dalam kes PP v. Ismail Ibrahim [1998] CLJU 664; [1998] 1 LNS 664, pengakuan dan kebenaran fakta kes yang dibentangkan terhadap tertuduh telah diambil kira sebagai membantu pihak mahkamah bagi memastikan bahawa suatu pengakuan bersalah itu adalah tidak bersyarat (unconditional). Mahkamah ini mendapati bahawa semasa pengakuan bersalah dibuat oleh OKT adalah diwakili oleh peguam YBGK dan telah mendapat nasihat perundangan sewajarnya. Oleh yang demikian, Mahkamah telah menerima akuan salah OKT dan mensabitkannya berdasarkan prosedur yang jelas selamat untuk diterima berdasarkan prinsip undang-undang yang sedia ada. [24] Bagi isu (d), rujukan kepada seksyen 305 Kanun Tatacara Jenayah seperti berikut: When plea of guilty limited right of appeal When an accused person has pleaded guilty and been convicted by a Magistrate on that plea, there shall be no appeal except as to the extent or legality of the sentence. [25] Berdasarkan kepada peruntukan undang-undang di atas, adalah jelas bahawa apabila OKT yang disabitkan di atas apa-apa kesalahan akibat daripada pengakuan bersalahnya, hanya boleh mengemukakan rayuan terhadap takat atau keesahan hukuman yang dikenakan terhadapnya sahaja. Dalam erti kata yang lain, OKT tidak boleh mengemukakan rayuan terhadap sabitan yang diputuskan terhadapnya. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Teoh Geok Chin v PP [2025] CLJU 3585 seperti berikut: “Justeru, adalah jelas bahawa seorang perayu tidak boleh membuat rayuan terhadap sabitan apabila perayu tersebut mengaku salah. Mahkamah yang mendengar rayuan hanya boleh mengenepikan sabitan tersebut jika Mahkamah bicara tersebut tidak mematuhi kaedah yang ditetapkan dibawah Seksyen 173(b) KTJ. Jika Mahkamah bicara didapati tidak mematuhi kaedah yang dinyatakan, maka Mahkamah yang mendengar rayuan tersebut boleh mengenepikan sabitan dan mengarahkan supaya kes perayu tersebut dibicarakan semula oleh Mahkamah bicara.” [26] Seterusnya saya akan memberi alasan hukuman pemenjaraan kepada OKT atas faktor-faktor yang dinyatakan di perenggan seterusnya. [F] Alasan Hukuman Kepentingan Awam [27] Adalah penting untuk memulakan sebarang perbincangan mengenai hukuman dengan aspek penting iaitu kepentingan awam. Saya merujuk kepada kes Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 yang memtuskan seperti berikut: “One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v Kenneth John Ball as follows: In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest.”. [28] Pada hemat mahkamah ini, hukuman yang perlu dijatuhkan ke atas OKT perlulah mencerminkan keseriusan kesalahan yang telah dilakukan olehnya. Walaupun tiada statistik dikemukakan bagi kes kecurian kabel, namun kekerapan kesalahan ini hampir setiap hari dilaporkan dalam media sosial dan cetak. [29] Sepertimana kes yang melibatkan OKT ini, media sosial iaitu ekshibit P8(A-D) dengan tajuk Pukul 5 pagi buat OT Tarik Kabel telah melaporkan perbuatan OKT dan rakan-rakan sejenayahnya. Selain itu terdapat pernyataan di ruangan Facebook menyatakan “kejadian curi Cable semakin menjadi2 di Kawasan Taman Pakatan Jaya”. Ini menunjukkan kesan besar kepada keselamatan kejiranan perumahan tersebut yang tidak dapat dibendung oleh orang awam melainkan undang-undang bantu untuk mencegah jenayah tersebut. [30] Dalam media sosial tersebut menunjukkan aksi OKT bersama rakan sejenayah menarik kabel dari manhole di kawasan perumahan. Berdasarkan gambar rakaman CCTV di ekshibit P9(A-G) dapat dilihat OKT dan rakan sejenayah bukan menggunakan peralatan ringkas untuk mencuri kabel malahan menggunakan dua buah kenderaan iaitu sebuah pacuan roda 4x4 dan Nissan Serena. Ini menunjukkan cara pelaksanaan perbuatan OKT mencuri kabel adalah sangat terancang dan OKT mempunyai kemampuan untuk melakukan kecurian kabel berskala besar. [31] Ingin saya nyatakan bahawa sabitan dan hukuman ini adalah semata-mata berdasarkan pengakuan OKT serta keterangan kukuh yang menyokong pertuduhan kesalahan mencuri kabel di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan. Sabitan dibuat atas asas yang khusus dan terbukti di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan. [32] Mencuri kabel kini umpama perkara biasa dalam kalangan masyarakat, malah terdapat sebilangan masyarakat yang mempersenda-sendakan undang-undang berkaitan kecurian kabel dan memperolok-olok tindakan undang-undang yang dikenakan iaitu hanya denda minima terhadap pencuri kabel. Jika hukuman ringan diberikan maka sudah tentunya ianya tidak akan membantu mencegah kesalahan tersebut. Hal ini sedikit sebanyak telah menyebabkan pencuri kabel tidak serik atau risau untuk melakukan kesalahan ini. Pengakuan salah OKT [33] OKT mengaku bersalah terhadap pertuduhan dan mengetahui sebab dan akibat daripada pengakuan tersebut. Secara asasnya, jika OKT mengaku bersalah, Mahkamah wajar untuk mengambil kira pengakuan tersebut dan memberikan pengurangan atau diskaun atas hukuman yang bakal dijatuhkan kerana pengakuan salah OKT tersebut bukan sahaja menjimatkan masa pihak Mahkamah malah juga masa pihak pendakwaan. [34] Walau bagaimanapun, pengurangan hukuman atau diskaun tersebut bukanlah suatu yang automatik memandangkan hukuman bagi sesuatu kesalahan tersebut adalah masih di bawah budibicara Majistret yang mendengar pertuduhannya setelah menilai keseriusan kesalahan yang dipertuduhkan serta faktor-faktor lain yang menjadi aras pertimbangannya. [35] Augustine Paul, Hakim Mahkamah Rayuan telah memutuskan dalam Bachik Bin Abdul Rahman v. Pendakwa Raya [2004] 2 MLJ 534, [2004] 2 CLJ 572, seperti berikut: “One of the principles in sentencing is that a convicted person should be given a discount for pleading guilty. A reduction of about one third of the sentence that would otherwise have been imposed is normally given. This, however, is not a strict rule and the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount. The severity of the offence or the existence of a previous conviction may outweigh the mitigating effect of the guilty plea; so, may the demands of public interest for a deterrent sentence as well as the absence of a good defence or of other mitigating factors. The guilty plea does not automatically entitle the convict to a lesser punishment.” Rekod kesalahan lampau [36] Peguam YBGK dalam rayuan mitigasinya tidak menyatakan bahawa ini adalah kesalahan pertama OKT. Oleh itu saya telah semak di sistem CMS sebelum saya membuat keputusan. OKT ini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jenayah 2 Ipoh sebelum OKT dibawa kehadapan saya pada hari yang sama iaitu 9 April 2026. Mahkamah Majistret Jenayah 2 Ipoh telah memerintahkan bagi kes AA- 83D-396-04/2026 ialah denda RM2000 jika gagal bayar 5 bulan penjara dan pengawasan AADK selama 2 tahun dan bagi kes AA-83D-397- 04/2026 hukuman ialah denda RM2300 gagal bayar 6 bulan penjara dan pengawasan AADK selama 2 tahun. [37] Mahkamah ini telah mengambil kira faktor mitigasi berkenaan tiada rekod lampau OKT ini bagi kesalahan seksyen 379 Kanun Keseksaan. [38] Oleh demikian, mahkamah telah memerintahkan supaya OKT menjalani hukuman pemenjaraan bermula dari tarikh tangkapan kerana beliau telah berada dalam tahanan sejak ditangkap pada 7 April 2026 dan tempoh penjara yang minima. Hukuman berbentuk pemenjaraan [39] Saya membuat rujukan ke atas kes Abdul Karim v Regina [1954] 1 LNS 3, dimana antara lain menyatakan seperti berikut: "… the particular offence and the particular offender, are the concern of the Court, whose business is to decide what punishment is merited upon the facts of the individual case within the limits the legislative has provided..” [40] Saya juga telah mempertimbangkan rayuan OKT agar dikenakan hukuman denda sahaja. Namun dalam situasi ini, hukuman denda semata-mata dilihat tidak wajar dengan kesalahan yang telah dilakukan. OKT telah mencuri kabel dan barang rampasan kabel berjaya dijumpai dan OKT mengakuinya. Saya berpendapat hukuman setimpal perlu dikenakan bagi mencerminkan tahap keseriusan kesalahan dan memberi mesej pencegahan yang jelas kepada masyarakat. [41] Saya merujuk kepada kes PP v. Harkirath Singh Harbans Singh [2023] 4 CLJ 576: “[90] For the protection of the public interest, there is a need to impose a custodial sentence upon the Appellant to make clear that the Court abhors such behaviours or would not treat it lightly so as to deter any such behaviours. [91] A fine would not serve the purpose and would give an impression that such perverse behaviours and conducts for which the Appellant has been convicted of the offence is trivial. A mere fine imposed would also encourage corruption of mind of the would be offender to make-believe that he/she can buy out of such offence when caught.” [42] Hukuman penjara maksimum bagi kesalahan ini adalah 7 tahun, walau bagaimanapun Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman 9 bulan penjara sahaja. [43] Mahkamah ini mendapati bahawa hukuman tersebut adalah sangat setimpal, seimbang dengan kesalahan yang dilakukan. Ia juga dilihat bersesuaian dengan kepentingan awam selain mengimbangi kepentingan OKT dan rayuan mitigasi yang dikemukakannya. [44] Adalah menjadi harapan mahkamah ini agar hukuman penjara ini dapat memberikan peluang kepada OKT untuk mengubah corak hidup masa depannya. Saya berpendapat hukuman penjara untuk tempoh tersebut dapat memulihkan OKT sekaligus kepentingan awam akan lebih terpelihara. Bertarikh 17 Jun 2026 NORIZAN BINTI RIDUAN Majistret Mahkamah Majistret Jenayah 1 di Ipoh Perak Darul Ridzuan Pihak – pihak Yang Hadir Pendakwaan : TPR Puan S Nishaalini Pembelaan : Nor Afiqah YBGK dan Ahmed Faazil Rahman Bin Saiful Jaafar Sadik (Tetuan Ranjit Singh Sandhu & Co.)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.