(vi) Extensor digiforum of indexa, middle and ringfinger. Luka terdapat di bahagian belakang tangan dan terdapat tulang yang terdedah. Pesakit juga tidak dapat mengangkat ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah dan jari cincin (ring finger). Basically, there is a deformity di pergelangan tangan kiri. Maksudnya ia tidak mengikut anatomi yang asal. Selain itu, pesakit ada luka abrasion di bahagian lengan. Terdapat luka di bahagian kulit kepala tapi itu ada di bawah bahagian pembedahan am. Tulang yang patah ialah tulang radius di pergelangan tangan. Tulang tersebut dapat dipatahkan berdasarkan x-ray pesakit ini merupakan patah yang berbentuk oblique atau spiral. Secara amnya is disebabkan objek tajam jika patah itu berbentuk hancur Kebiasaannya oleh objek tumpul. Kemungkinan disebabkan oleh objek tumpul sebab ia patah di tempat yang sama, kemungkinan objek tajam. Yang tumpul itu jika kecederaan itu pecah ia disebabkan objek tumpul. Pesakit ini ada fracture patah kemungkinan objek tajam”. [45] Bersandarkan kepada keterangan yang dikemukakan oleh SP5, SP7 dan SP9 tiada keraguan di minda kami bahawa SP1 telah mengalami kecederaan parah seperti yang diperuntukan di bawah seksyen 320 (g) Kanun Keseksaan. [46] Bagi elemen ketiga dan yang terakhir, keterangan jelas membuktikan bahawa Perayu telah menggunakan senjata parang sehingga menyebabkan kecederaan parah ke atas SP1. [47] Menyentuh mengenai isu pertuduhan yang dihujahkan sebagai defektif, kami berpandangan bahawa isu ini tidak bermerit sama sekali. Perayu tidak mengalami apa-apa prejudis atau telah terpedaya atas kegagalan pihak pendakwaan menamakan Keerti dan Martin di dalam pertuduhan sebagai kedua-dua orang lagi yang terlibat di dalam melakukan kesalahan ini. Berdasarkan kepada nota keterangan peguam terpelajar Perayu telah pun mempunyai pengetahuan tentang identiti mereka kerana kedua - dua penama ini juga telah ditangkap dan lebih awal dituduh di mahkamah. Hanya Perayu sahaja yang ditangkap dan dituduh kemudiannya. Nama Keerti dan Martin ini seringkali disebut di dalam perbicaraan ini dan pembelaan juga telah memohon untuk memasukkan Nota Keterangan perbicaraan berlibatkan kedua - dua penama ini di dalam prosiding perbicaraan Perayu ini. Maka dengan itu, tidak bolehlah dikatakan bahawa Perayu dan peguamnya tidak mempunyai pengetahuan atau dikejutkan secara tiba-tiba berkenaan kewujudan identiti kedua - dua penama ini. Malah Seksyen 156 Kanun Acara Jenayah memperuntukkan bahawa tiada kesilapan atau peninggalan dalam menyatakan kesalahan atau butiran dalam pertuduhan adalah material melainkan tertuduh diperdayakan olehnya dan ia telah menyebabkan kegagalan keadilan. Di dalam kes ini, tidak ada apa-apa yang menunjukkan bahawa tertuduh telah diperdayakan. Rujukan dibuat kepada kes Zulkiflee bin Mohd Dom v PP [1997] 4 MLJ 161 di mana Augustine Paul JC (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “It follows that the object of s. 156 is to ensure that technical defects in the charge should not be allowed to defeat the ends of justice. In considering the application and object of this section the AIR Commentaries on The Code of Criminal Procedure 1973 Vol 2 says at p. 594. It is for the Court to decide in each case whether the defect in a charge has misled the accused. The question of prejudice to the accused is ultimately one of inference from all the facts and circumstances of the case.The Court will be slow to entertain the question of prejudice when the details are not furnished. In considering the question whether the accused has been prejudiced in his defence by the defect in the charge, regard must be had to the fact that the objection to the frame of the charge was not raised till a late stage of the proceedings. The section is aimed, among other things, at objections on the ground of variance between the charge and the evidence. But the fundamental principle in all criminal charges is that the accused should not be prejudiced in his defence and, therefore, where a charge expressed in vague terms has been understood in a certain sense and proceedings have gone on on such basis, it is not thereafter open to the prosecution to contend that the charge means something else. The object of the section is that technical defects in the charge should not be allowed to defeat the ends of justice.” [48] Susulan daripada itu, ketinggalan pihak pendakwaan untuk menyebut perkataan “lanjutan daripada niat bersama kamu” di dalam pertuduhan bagi penggunaan seksyen 34 Kanun Keseksaan tidak meruntuhkan kes pendakwaan. Ini adalah kerana peruntukan seksyen 34 Kanun Keseksaan telah disebut secara spesifik di dalam pertuduhan dan seksyen ini adalah berkaitan dengan niat bersama. Maka dengan itu, kami tidak nampak di mana wujudnya apa-apa unsur prejudis atau perdayaan yang dialami oleh Perayu akibat daripada ketinggalan barisan perkataan ini. Wajar juga ditekankan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi juga di dalam Alasan Penghakiman Bertulisnya (di muka surat 19 Kandungan 12 Rekod Rayuan Jilid 1) telah mengupas isu niat bersama ini dan selanjutnya membuat dapatan berkaitan isu tersebut berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Hakim Mahkamah Tinggi juga telah membincangkan peranan dan penglibatan Keerti, Martin dan Perayu di dalam perlakuan kesalahan ini. Keerti dan Martin bukanlah pemerhati sahaja di dalam kes ini. Mereka berdua hadir secara fizikal di tempat kejadian. Mereka juga turut terlibat secara langsung menyerang SP1. Jika perbuatan Keerti, Martin dan Perayu digabungkan bersama, jelas akan menunjukkan wujudnya niat bersama mereka untuk mencederakan Perayu walaupun nama mereka berdua tidak dizahirkan di dalam pertuduhan. Maka dengan itu, dapatlah kami rumuskan bahawa tidak apa-apa kelemahan di dalam pertuduhan yang dibuat terhadap Perayu ini. [49] Bagi melengkapkan isu berkaitan niat bersama ini, kami perturunkan beberapa nas undang-undang berkaitan seksyen 34 Kanun Keseksaan. [50] Menyingkap kembali pada tahun 1983, Hashim Yeop A Sani (beliau pada ketika itu) di dalam kes PP v. Dato' Mokhtar Hashim [1983] 1 CLJ 138; [1983] CLJ (Rep) 721 mengatakan (pada muka surat 749): “Under section 34 of the Penal Code, to succeed the prosecution must prove that the criminal act was done in concert pursuant to the prearranged plan or arrangement. In practice it is of course difficult to produce direct evidence to prove the intention of an individual. In most cases, however, it can be inferred from his act or conduct or other relevant circumstances of the case. (see Mahbub Shah v. King Emperor [1945] 72 I.A. 148,153). It is also a common-sense principle that if two or more persons intentionally do a thing jointly it is just the same as if each of them had done it individually. If two or more persons combine in injuring another in such a manner that each person engaged in causing the injury must know that the result of such injury may be the death of the injured person, it is no answer on the part of any one of them to allege and perhaps prove, that his individual act did cause death, and that by his individual act he cannot be held to have intended death. Every one must be taken to have intended the probable and natural results of the combination of acts in which he joined. Thus it is clear that the leading feature of section 34 of the Penal Code is the element of participation in action. Two preliminary elements are in fact necessary to fulfill the requirement of section 34. First, there must be evidence (direct or by inference) the accused was present at the scene of the crime. Secondly, there must be evidence to show that there was prior concert or prearranged plan involving the accused. This is logical because how can there be participation without physical presence. Even passive participation may require physical presence”. [51] Mahkamah Rayuan di dalam kes Ahmad Majmi Idris & Anor v. PP [2014] 1 LNS 148 menerangkan pemakaian undang-undang berkaitan seksyen 34 Kanun Keseksaan sepertimana berikut: “... In our judgment, when section 34 of the Code is invoked, there is no requirement to prove who actually or ultimately caused the death of the deceased as was held in Ong Chee Hoe v. PP [1999] 4 SLR 688 as follows: In any case, the effect of invoking section 34 made it unnecessary to determine who exactly the actual doer of the offence in question was”. [52] Di dalam situasi yang hampir sama juga, Mahkamah Agung di dalam kes Namasiyiam Doraisamy v. PP & Other Cases [1987] 1 CLJ 540; [1987] CLJ (Rep) 241; [1987] 2 MLJ 336 bercakap melalui Syed Agil Barakbah SCJ (beliau pada ketika itu) telah menggariskan undang-undang yang harus dipakai berkaitan persoalan niat bersama di mana beliau mengatakan (di m/s 251-252 (CLJ) seperti berikut: “In law, common intention requires a prior meeting of the minds and presupposes some prior concert. Proof of holding the same intention or of sharing some other intention, is not enough. There must be proved either by direct or by circumstantial evidence that there was (a) a common intention to commit the very offence of which the accused persons are sought to be convicted and (b) participation in the commission of the intended offence in furtherance of that common intention. Where the prosecution case rests on circumstantial evidence, the circumstances which are proved must be such as necessarily lead only to that inference. Direct evidence of a prior plan to commit an offence is not necessary in every case because common intention may develop on the spot and without any long interval of time between it and the doing of the act commonly intended. In such a case, common intention may be inferred from the facts and circumstances of the case and the conduct of the accused. (see the Supreme Court (of India) on Criminal Law 1950-1960 by J.K Soonavala page 188 to 193)”. [53] Menyentuh mengenai isu kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil Saravanan dan Shanmugi yang berada di tempat kejadian tersebut, kami berpandangan bahawa kegagalan berbuat demikian bukanlah sesuatu yang boleh meruntuhkan kes pendakwaan atau terjumlah kepada penyembunyian keterangan yang material. Malah tiada kelompangan yang wujud di atas kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil mereka berdua sebagai saksi pendakwaan. Ini adalah kerana terdapat saksi-saksi pendakwaan lain yang telah dipanggil untuk menyokong naratif dan keterangan kes pendakwaan. Oleh yang demikian tiada inferens bertentangan di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 yang boleh digunakan terhadap pihak pendakwaan. [54] Pada hemat kami tiada keperluan bagi pihak pendakwaan untuk memanggil kesemua orang terlibat atau yang dinamakan di dalam kes ini untuk membuktikan kes terhadap Perayu. Pihak pendakwaan mempunyai budibicara sepenuhnya untuk memilih saksi mana yang harus dipanggil semasa perbicaraan. Tugas pendakwaan hanyalah untuk memanggil saksi-saksi yang material sahaja bagi membentangkan naratif kes pendakwaan (lihat kes Ti Chuee Hiang v. PP [1995] 3 CLJ 1; [1995] 2 MLJ 433). Hanya di dalam kes-kes yang terdapat niat penyembunyian keterangan yang material sahaja barulah inferens bertentangan ini boleh digunakan PP v. Mansor Md Rashid & Anor [1997] 1 CLJ 233 di m/s 254). [55] Menyentuh mengenai pembelaan alibi yang telah dibangkitkan oleh Perayu, kami mendapati pembelaan yang dikemukakan ini hanyalah bersifat pemikiran terkemudian sahaja. Secara ringkasnya, di dalam pembelaannya Perayu menyatakan bahawa beliau tidak berada di tempat kejadian pada malam tersebut kerana berada di hospital. Namun begitu, Perayu gagal untuk mengemukakan sebarang Notis Alibi untuk menyokong pembelaannya itu yang boleh menunjukkan bahawa beliau tidak berada di tempat kejadian pada malam tersebut sebaliknya berada di hospital. Di dalam keadaan sedemikian, undang-undang adalah jelas dan mantap bahawa pihak pembelaan tidak boleh bergantung kepada keterangan yang menyokong alibi tersebut. Perayu hanya memanggil SD4 untuk menyokong pembelaannya ini. Hakim Mahkamah Sesyen telah menilai secara maksima keterangan-keterangan saksi pembelaan dan memutuskan bahawa pembelaan Perayu hanya bersifat pemikiran terkemudian dan penafian semata-mata dan menyimpulkan bahawa Perayu telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan bagi membolehkan beliau dibebaskan. [56] Sehubungan dengan itu juga, Mahkamah Persekutuan di kes Pathmanabhan Nalliannen v. PP & Other Appeals [ 2017] 4 CLJ 137 menyatakan seperti berikut: “[250] Alluding to the defence of the first accused as at para. 34 of this judgment, it was mere denial and one of alibi. The second accused at para. 38 of this judgment merely said that nothing happened at the farm on the day in question. The fourth accused in his defence merely testified that he saw Sosilawati and the three others being beaten up, but completely denied his involvement (as per paras. 42 and 43 of this judgment). We conclude that the defence evidence failed to raise any reasonable doubt on the prosecution case”. [57] Di dalam konteks ini juga, Hakim Hakim Mahkamah Tinggi di peringkat rayuan dalam menilai pembelaan Perayu melalui Alasan Penghakimannya di muka surat 30 Kandungan 12 RR Jilid1 memutuskan seperti berikut: “[49] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa pembelaan alibi perayu adalah tidak teratur di sisi undang-undang atas alasan tiada notis alibi diberikan oleh perayu mengikut kehendak s. 402A Kanun Tatacara Jenayah. Oleh itu, hakim bicara dan mahkamah ini juga tidak dapat menerima keterangan perayu dan juga keterangan saksi-saksi alibi pembelaan perayu. [50] Mahkamah ini juga mendapati bahawa semasa kes pendakwaan, tiada sebarang soalan ataupun cadangan kepada saksi-saksi pendakwaan mengenai pembelaan alibi perayu dikemukakan oleh pihak perayu. Tanpa notis alibi tersebut, pegawai penyiasat kes tidak dapat menjalankan siasatan lanjut untuk mengesahkan pembelaan alibi perayu. [51] Mahkamah ini telah menimbangkan pembelaan alibi perayu dan memutuskan isu pembelaan alibi yang dibangkitkan oleh perayu adalah merupakan suatu “afterthought” serta lebih merupakan penafian semata-mata oleh perayu ke atas keterangan saksi-saksi pendakwaan. Pembelaan alibi perayu tidak dapat diterima oleh hakim bicara dan mahkamah ini serta gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan”. [58] Berdasarkan kepada dapatan-dapatan di atas, kami sebulat suara berpandangan bahawa tiada asas bagi kami di peringkat rayuan ini untuk menganggu dapatan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi. Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Sabitan terhadap Perayu adalah selamat dan dikekalkan. Hukuman [59] Dalam menjatuhkan hukuman ke atas Perayu, kami ini mengambil panduan yang telah digariskan di dalam kes Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102, di mana Hakim Hashim Yeop Sani (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. Presidents and Magistrates are often inclined quite naturally to be over sympathetic to the accused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused is seen facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by a convicted person will also normally bring up problems of family hardship and the other usual problems of living. In such a situation the Courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This in my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused. Lord Goddard LG in Rex v. Grondkowski [1946] 1 All ER 560, 561 offered some good advice when he said: The Judge must consider the interests of justice as well as the interests of the prisoners. It is too often nowadays thought, or seems to be thought that the interests of justice means only the interests of the prisoners.” [60] Di dalam kes Veerian T Latchmanen v. PP [2001] 7 CLJ 466, Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: “It must be observed that every sentence passed by the court or a trial court is based on the nature of the offence, the evidence adduced on behalf of the prosecution and the defence, the facts presented by the prosecution, the circumstances in which the offence was committed whether with or without violence, provocation if any, the age, character, antecedents, the background of the offender, the plea in mitigation and the views given by the prosecution. This court is of the view that the power to impose sentence is a judicial discretion and unless and until the lower courts had erred in principle or that the sentence was manifestly excessive or manifestly low or upon considering the particular facts of the case, the High Court sitting in an appellate capacity ought not to disturb or interfere with that discretion just for the sake of pleasing public views. The sentence passed by the court must not only appear to be a judicial pronouncement but seen to be one.” [61] Hukuman maksimum yang diperuntukan di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan adalah pemenjaraan sehingga 20 tahun, denda atau sebatan. Walaupun Perayu pada ketika hukuman dijatuhkan berusia 28 tahun dan ini merupakan kesalahan beliau yang pertama, namun kami berpendapat bahawa kecederaan parah yang dialami oleh SP1 akibat perbuatan Perayu ini memerlukan suatu bentuk hukuman pemenjaraan dan sebatan yang boleh memberi pengajaran kepada beliau. Perbuatan menyerang dan menetak SP1 dengan parang adalah satu perbuatan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. [62] Berdasarkan alasan-alasan yang telah kami huraikan di atas dan ketiadaan rayuan balas atas hukuman yang difailkan oleh pihak Pendakwa Raya, maka kami mendapati tiada sebarang alasan atau merit untuk kami mengganggu hukuman yang telah dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi. [63] Justeru, kami sebulat suara menolak rayuan Perayu dan mengekalkan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi. Tarikh: 4 September 2023 - Sgd - Azmi bin Ariffin Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Bagi Perayu : Dato' Geethan Ram Vincent & Cik Lavanyia Raja; (Geethan Ram Petaling Jaya) Bagi Responden : TPR Khairul Aisamuddin bin Abdul Rahman; Timbalan Pendakwa Raya; Jabatan Peguam Negara, Malaysia.