(ix) that the IP was also conducted within a month after the incident." [43] Selain daripada itu juga, keterangan kes ini juga menunjukkan bahawa SP18, SP19 dan SP21 sudah pun mengenali Perayu Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima sebelum kejadian berlaku dan boleh mengecam serta menceritakan secara terperinci penglibatan setiap seorang daripada mereka sewaktu kejadian pembunuhan si mati berlaku. [44] Dalam kes Public Prosecutor v. Dato' Mokhtar Hashim & Ors [1983] CLJ Rep 721 (yang juga telah diiktiraf oleh Mahkamah ini dalam kes Chandran Paskaran v. PP [2011] 2 CLJ 585), Hashim Yeop Sani HMT (ketika itu) telah menyatakan seperti berikut: "As regards all these three witnesses it is important in my opinion to draw a distinction between recognition and identification. Recognition is more reliable than mere identification. Recognition of a person known to the witness would be more reliable than identification by a witness of a stranger. Some pertinent questions were put by the Lord Chief Justice in the judgment of the Court of Appeal in Raymond Turnbull & Ors. [1976] 63 Cr App R 132 appearing at page 137 as follows: Secondly, the judge should direct the jury to examine closely the circumstances in which the identification by each witness came to be made. How long did the witness have the accused under observation? At what distance? In what light? Was the observation impeded in any way, as for example, by passing traffic or a press of people? Had the witness ever seen the accused before? How often? If only occasionally, had he any special reason for remembering the accused? How long had elapsed between the original observation and the subsequent identification to the police?" [45] Selanjutnya, kami berpendapat bahawa walaupun Hakim Bicara tidak merujuk secara khusus kepada "Turnbull Guidelines" dan tidak memberikan amaran kepada dirinya berkenaan bahayanya sabitan atas keterangan pengecaman Perayu-perayu semata-mata dalam alasan penghakimannya, Hakim Bicara telah menerima keterangan SP18, SP19 dan SP21 setelah menimbangkan kualiti keterangan pengecaman mereka dengan teliti dan menyeluruh. Oleh itu, tiada sebarang kegagalan keadilan telah berlaku terhadap Perayu-perayu. [46] Dalam kes Arumugam Muthusamy v. PP [1998] 3 CLJ 597, Chong Siew Fai HB (Sabah & Sarawak)(ketika itu) dalam menyampaikan penghakiman Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: "As regards the guidelines in R v. Turnbull, supra, it would not be right to say that the trial magistrate had totally failed to comply with them. Indeed, in fairness to Mr. Karpal Singh acting for the applicant, this was not his contention. As a matter of fact, the trial magistrate did examine the circumstances in which PW1 and PW2 identified the applicant on 1 or 2nd April, 1986 eg, the area in that night was bright, that the meeting with the applicant was for some 15 minutes, etc. The only failure by the trial magistrate, as contended for the applicant, was the administration of caution to herself. In this regard, the guidelines in R v. Turnbull, supra, stated: A failure to follow these guidelines is likely to result in a conviction being quashed and will do so if, in the judgment of this court on all the evidence the verdict is either unsatisfactory or unsafe. (p. 554C) In the instant case before us, it would have been prudent to hold an identification parade. However, having regard to the cumulative effect of the evidence of both the prosecution and the defence as a whole, more particularly, the evidence of PW1 and PW2 which both courts below accepted, the supporting evidence respecting, inter alia, the recovery of the car-key from the applicant, the use of the car by the applicant, the removal of the car from the front of the shop where the applicant lived, as well as the stance of the applicant in his defence, which was an absolute denial, we see no failure of justice having occasioned nor do we see any ground for contending that the conviction is unsatisfactory or unsafe. This is not a case in which the witness's ability to make identification is in doubt. We see no reason to interfere with the trial magistrate's finding which was affirmed by the High Court. We are of the unanimous view that on the particular facts and circumstances of this case there had been no miscarriage of justice and that the concurrent findings of the trial magistrate and the High Court ought not be disturbed. We accordingly order the conviction and the 14 months imprisonment sentence do stand." [47] Maka, berdasarkan kepada kesemua yang telah dinyatakan di atas, kami mendapati tiada salah arah dilakukan oleh Hakim Bicara dalam dapatannya di atas. [48] Keduanya, Perayu-perayu juga membangkitkan isu bahawa laporan kawad cam yang berkaitan tidak dikemukakan di Mahkamah sekaligus menjejaskan keterangan pengecaman SP18, SP19 dan SP21 terhadap Perayu-perayu. [49] Setelah meneliti keseluruhan Rekod Rayuan termasuklah alasan penghakiman Hakim Bicara, kami mendapati bahawa isu ini telah pun dibangkitkan di hadapannya. Hakim Bicara dalam alasan penghakimannya telah memutuskan seperti berikut: [36] Kedudukan undang-undang adalah jelas iaitu pengecaman di dalam kandang orang salah merupakan keterangan substantif dan keterangan pengecaman dalam kawad cam merupakan keterangan sokongan, Lim Tiong Seng & Satu lg lwn PP [2011] 5 CLJ 1. Seperti yang telah mahkamah huraikan dalam kes ini SP18, SP19 dan SP21 sememangnya telah mengenali OKT2, OKT3, OKT4 dan OKT5 lama sebelum kejadian manakala mereka bukan nampak OKT1 dan OKT-OKT yang lain sekali imbas sahaja tetapi berulang kali pada malam kejadian dengan peranan yang berbeza-beza. Keadaan ini dan dengan bantuan cahaya dari tiang lampu, cahaya dari luar dan dalam rumah di taman dan api yang marak dari bawah kedai SP20 amat membantu SP18, SP19 dan SP21 mengecam OKT1 hingga OKT5. Oleh itu tidak ada isu mengenai kegagalan pihak pendakwa untuk mengemukakan laporan kawad cam seperti yang dibangkitkan oleh peguam bela. Mahkamah tidak boleh mengenepikan keterangan SP18, SP19 dan SP21 berkait dengan pengecaman ke atas kesemua OKT dalam kandang orang salah disebabkan pihak pendakwa tidak mengemukakan laporan kawad cam, Poovaneswaran Sellan v PP [2016] 10 CLJ 508. Pengecaman dalam kawad cam tidak mempunyai independent value langsung. Dengan itu kegagalan pihak pendakwa untuk mengemukakan laporan kawad cam tidak perlu diberikan keberatan yang berlebihan, PP v Nirmala Subramaniam & 8 yg lain [2017] 1 LNS 537." [50] Berkenaan isu ini kami bersetuju sepenuhnya dengan Hakim Bicara bahawa laporan kawad cam hanyalah bersifat keterangan sokongan (corroborative evidence) sahaja dan keterangan substantif adalah keterangan pengecaman saksi-saksi pendakwaan terhadap Perayuperayu di Mahkamah. [51] Kami bersetuju dengan apa yang telah dinyatakan oleh Ahmad Maarop HMR (ketika itu) dalam kes Lim Tiong Seng & Satu Lagi Iwn. PP [2011] 5 CLJ 1 ketika menyampaikan penghakiman Mahkamah ini seperti berikut: [21] Kedudukan undang-undang tentang pengecaman adalah jelas. Keterangan substantif adalah pengecaman ke atas orang kena tuduh sebagai orang yang telah melakukan kesalahan oleh saksi-saksi dalam mahkamah semasa perbicaraan. Keterangan pengecaman dalam kawad cam adalah relevan dan boleh digunakan sebagai keterangan sokongan kepada keterangan substantif yang dinyatakan tadi (lihat Budhsen v. State of UP [1970] Cri LJ 1149, Malkansingh v. State of Madhya Pradesh [2003] Cr LJ 3535 SC, Vaikuntam Chandrappa v. State of AP [1960] Cri LJ 1681, Arumugam Muthusamy v. PP [1998] 3 CLJ 597].” [52] Dalam kes Pendakwa Raya v Nirmala a/p Subramaniam & Ors [2017] MLJU 567; [2017] 1 LNS 537, Mahkamah ini melalui Ahmadi Haji Asnawi HMR telah menyatakan bahawa: [96] Ketiadaan Laporan Kawad Cam tidak memprejudiskan OKT-OKT kerana evidential value laporan tersebut hanyalah berbentuk corroborative sahaja. Keterangan substantive datang dari keterangan lisan SP-14 dan SP-15. Maka seharusnya pihak pembelaan menggunakan peluang dengan sebaik-baiknya untuk elicit keterangan yang berpihak kepada OKT-OKT dari kehadiran SP-14 dan SP-15 dalam kandang saksi dan tidak merengek-rengek meminta salinan Laporan Kawad Cam tersebut. [97] Selanjutnya seperti dinyatakan di atas, keterangan kawad cam bukanlah keterangan substantive. la hanya boleh digunakan untuk menyokong (corroborate) keterangan substantive yang diberikan oleh saksi-saksi berkaitan dengan pengecaman atau identiti orang kena tuduh sebagai pelaku kesalahan. Tambahan pula, pengecaman dalam kawad cam tidak mempunyai independent value langsung lihat ST Shind (supra) dan Arumugam s/o Muthusamy (supra ). Dengan itu kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan Laporan Kawad Cam tidak perlu diberikan keberatan yang berlebihan (exaggerated importance).” [53] Oleh itu, kami berpendapat bahawa ketiadaan laporan kawad cam, seperti yang dihujahkan oleh Perayu-perayu, langsung tidak menjejaskan kes pendakwaan. [54] lsu ketiga yang dibangkitkan oleh Perayu-perayu adalah terdapatnya beberapa percanggahan dalam keterangan SP18, SP19 dan SP21 yang menunjukkan bahawa saksi-saksi pendakwaan tersebut tidak boleh dipercayai. [55] Setelah meneliti percanggahan-percanggahan yang dibangkitkan oleh Perayu-perayu dalam hujahan mereka dan menyemak keseluruhan Rekod Rayuan, kami mendapati bahawa percanggahan-percanggahan yang dibangkitkan oleh Perayu-perayu adalah minor dan tidak material. Pada hemat kami, percanggahan-percanggahan tersebut timbul akibat daripada perbezaan sudut pandangan saksi-saksi yang melihat kejadian tersebut. Saksi-saksi ini juga telah melalui suatu proses pemeriksaan balas yang panjang dan memakan masa berhari-hari. Sungguhpun begitu, keterangan mereka adalah konsisten dan tidak bercanggah berkenaan intipati penting kes terhadap Perayu-perayu. Kami turut berpandangan bahawa hal ini menunjukkan bahawa saksi-saksi tersebut bercakap benar dan tidak diajar untuk memberikan keterangan. [56] Kami bersetuju dengan apa yang telah diputuskan oleh Raja Azlan Shah HMP (ketika itu) dalam kes PP v. Datuk Harun Haji Idris & Ors [1976] 1 LNS 184 seperti berikut: "In this case different witnesses have testified to different parts of what had happened or what had been said and also there are, in the evidence of the witnesses for the prosecution, some discrepancies, as would be expected of witnesses giving their recollections of a series of events that took place in 1971-1973. In my opinion discrepancies there will always be, because in the circumstances in which the events happened, every witness does not remember the same thing and he does not remember accurately every single thing that happened. It may be open to criticism, or it might be better if they took down a notebook and wrote down every single thing that happened and every single thing that was said. But they did not know that they are going to be witnesses at this trial. I shall be almost inclined to think that if there are no discrepancies, it might be suggested that they have concocted their accounts of what had happened or what had been said because their versions are too consistent. The question is whether the existence of certain discrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony of a witness must either be believed in its entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of the testimony of a witness and to reject the other. It is, therefore, necessary to scrutinize each evidence very carefully as this involves the question of weight to be given to certain evidence in particular circumstances." [57] Kami berpandu kepada prinsip yang telah digariskan oleh Mahkamah Persekutuan melalui Raus Sharif PMR (ketika itu) dalam kes Ong Teng For & Anor v. PP [2013] 1 CLJ 39 seperti berikut: [33] It is settled law that the credibility of a particular witness and the weight to be given to his other evidence is manifestly within the province of a trial judge. In Andy Bagindah v. PP [2000] 3 CLJ 289, Shaik Daud JCA said that: There is no dearth of authorities to say that in every case, there are bound to be contradictions and discrepancies. The question to be decided by the trial judge is whether those contradictions and/or discrepancies are material ones so as to strike at the very root of the charge. It is for the trial judge to consider this since he was the one who saw and heard the evidence. In the present case the learned judge concluded that there were discrepancies but those discrepancies were not material ones. Since this involved the credibility of witnesses, we held that the learned judge was a better person to decide and an appellate court ought not to interfere with such findings [34] Further, in PP v. Datuk Harun Haji Idris & Ors [1976] 1 LNS 184, Raja Azlan Shah FJ (as His Royal Highness then was) said: In my opinion discrepancies there will always be, because in the circumstances in which the events happened, every witness does not remember accurately every single thing that happened. It may be open to criticism, or it might be better if they took down a notebook and wrote down every single thing that happened and every single thing that was said. But they did not know that they are going to be witnesses at this trial. I shall be almost inclined to think that if there are no discrepancies, it might be suggested that they have concocted their accounts of what had happened or what had been said because their versions are too consistent. The question is whether the existence of certain discrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony of a witness must either be believed in its entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of the testimony of a witness and to reject the other. It is, therefore, necessary to scrutinized each evidence very carefully as this involves the question of weight to be given to certain evidence in a particular circumstances. [35] In the final determination of issues, it is incumbent on the trial court to decide, having regard to the probabilities of the case and based on contemporaneous facts and documents, whether the witnesses or set of witnesses are speaking the truth on matters of central importance." [58] Kami juga turut berpandu kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Puganeswaran Ganesan & Ors v. PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 326 melalui Abdul Rahman Sebli HMP (ketika itu) yang memutuskan seperti berikut: [82] The proper approach to deal with discrepancies in evidence is well settled by case law. In Khoon Chye Hin v. PP [1961] 1 LNS 41; [1961] MLJ 105b it was held that even where a witness demonstrably lies, it would be to go too far to say that his evidence must be rejected entirely. The proper way to deal with the evidence of such witness is to treat it with suspicion and caution. In considering them, what the court has to decide is whether they are of such a nature as to discredit the witness entirely and render the whole of his evidence worthless and untrustworthy: see De Silva v. PP [1964] 1 LNS 32; [1964] MLJ 81. [83] In Ugar v. State of Bihar AIR 1965 SC 277 the Supreme Court of India pointed out that one hardly comes across a witness whose evidence does not contain a grain of untruth or at any rate exaggerations, embroideries or embellishments...” [59] Kami juga bersetuju dengan apa yang telah diputuskan oleh Abdul Hamid HMT (ketika itu) dalam kes Chean Siong Guat v. PP [1969] 2 MLJ 63 yang telah menyatakan seperti berikut: "Discrepancies may, in my view, be found in any case for the simple reason that no two persons can describe the same thing in exactly the same way. Sometimes what may appear to be discrepancies are in reality different ways of describing the same thing, or it may happen that the witnesses who are describing the same thing might have seen it in different ways and at different times and that is how discrepancies are likely to arise. These discrepancies may either be minor or serious discrepancies. Absolute truth is I think beyond human perception and conflicting versions of an incident, even by honest and disinterested witnesses, is a common experience. In weighing the testimony of witnesses, human fallibility in observation, retention and recollection are often recognized by the court. Being a question of fact, what a magistrate need do is to consider the discrepancies and say whether they are minor or serious discrepancies. If, after conthem. On the other hand, if a magistrate finds that the discrepancies do not detract from the value of the testimony of the witness or witnesses, it would then be proper for him to regard the discrepancies as trivial and ignore them. On the other hand, if a magistrate finds that the discrepancies relate to a material point which would seriously affect the value of the testimony of the witness or witnesses, then it would be his duty to weigh the evidence carefully in arriving at the truth." [60] Kami turut bersetuju dengan apa yang telah dinyatakan oleh Wan Yahya HMT (ketika itu) dalam kes Pie bin Chin v. PP [1985] 1 MLJ 234 seperti berikut: "Discrepancies are no doubt present in this case, as they do ostensibly appear in most cases in evidence of witnesses for the prosecution as well as the defence. The transcripts of most evidence, when thoroughly toothcombed by any able lawyer, never failed to yield some form of inconsistencies, discrepancies or contradictions but these do not necessarily render the witness' entire evidence incredible. It is only when a witness's evidence on material and obvious matters in the case is so irreconcilable, ambivalent or negational that his whole evidence is to be disregarded. Forgetfulness and failure to recall exactly certain events, which did not seem to be important to the witness, do not necessarily shake his credibility or render other parts of his story unworthy of belief. Various persons are endowed with varying powers of cognition, attentiveness and perception, so that it is not uncommon for two witnesses to a common event to describe it in slightly differing versions." [61] Oleh itu, berdasarkan kepada kesemua yang dinyatakan di atas, kami mendapati bahawa kewujudan percanggahan-percanggahan dalam keterangan SP18, SP19 dan SP21 seperti yang dihujahkan oleh Perayuperayu tidak melemahkan kredibiliti SP18, SP19 dan SP21. [62] Akhir sekali, Perayu-perayu berhujah bahawa SP18, SP19 dan SP20 merupakan keterangan saksi berkepentingan dan keterangan mereka tidak boleh dipercayai serta seharusnya ditolak oleh Hakim Bicara. Menurut Perayu-perayu, SP18 adalah anak kepada SP20 dan anak saudara si mati, manakala SP19 merupakan jiran kepada "Geng Siva". [63] Isu mengenai keterangan saksi berkepentingan ini juga telah dijawab oleh Hakim Bicara dalam alasan penghakimannya seperti berikut: “[35] Peguam bela berhujah SP18 adalah saksi yang berkepentingan kerana beliau adalah anak kepada SP20 dan anak saudara kepada Simati oleh itu mahkamah perlu menolak keterangan SP18. Mahkamah memutuskan tidak ada anggapan undang-undang saksi yang berkepentingan tidak boleh dipercayai, Balasingham v PP [1959] MLJ 193. Pihak pembelaan gagal mengemukakan apa-apa bukti yang menunjukkan SP18 tidak boleh dipercayai dan mempunyai motif untuk menganiaya OKT-OKT. Tambahan pula, keterangan SP18 disokong oleh keterangan SP19 dan SP21. Mahkamah merumuskan SP18 memberikan keterangan kerana kebetulan beliau berada di tempat kejadian dan melihat kejadian yang berlaku pada malam tersebut. Keterangannya tidak berat sebelah dan tidak ada kecenderungan untuk menolong SP20 dan Simati. Jika pun benar hujahan peguambela OKT-OKT bahawa SP18 adalah saksi yang berkepentingan (dinafikan) kekuatan kes pihak pendakwa bukan hanya bergantung kepada keterangan SP18 sahaja. Terdapat keterangan langsung dari SP19 dan SP21 yang membuktikan OKT-OKT secara niat bersama telah melakukan pembunuhan ke atas Simati.” [64] Masih berkaitan isu yang sama, Perayu-perayu telah berhujah bahawa Hakim Bicara telah mengambil pendekatan yang berbeza dan berat sebelah apabila memutuskan untuk menolak keterangan SD9 dan SD10 atas alasan mereka adalah saksi berkepentingan. [65] Berkenaan keterangan SD9 dan SD10 pula, Hakim Bicara dalam alasan penghakimannya telah menyatakan seperti berikut: “[53] SD9 merupakan tuan rumah tempat SP18 dan SP21 berlindung dan melihat kejadian yang berlaku pada malam tersebut manakala SD10 adalah anaknya. Mereka mengakui tidak pernah memberikan statement kepada polis dan berusaha untuk memaklumkan kejadian pembunuh tersebut kepada pihak polis. Mereka hanya muncul sebagai saksi-saksi bagi kes pembelaan dan mengatakan orang yang membunuh Simati ialah seorang yang memakai baju petak dan ada tuala Good Morning di poket seluarnya. Semasa diperiksa balas SD9 mengakui OKT4 adalah saudaranya dan bil hotelnya di Temerloh untuk hadir perbicaraan dibiayai oleh adik OKT4, pernah tidur di hotel Mentakab dibiayai oleh adik OKT4 dan beberapa kali menumpang OKT4 balik ke Mentakab dari Kuala Lumpur. Mahkamah melihat keterangan SD9 dan SD10 dengan penuh kecurigaan dan keterangan mereka berat sebelah kepada pihak pembelaan sedangkan mereka ada bersama SP18 dan SP21 dalam rumah yang sama semasa kejadian menetak ke atas Simati. Jika SP18 dan SP21 dapat melihat OKT-OKT yang menetak Simati, mustahil SD9 dan SD10 tidak melihat perkara yang sama kerana mereka berada di tempat yang sama dan pada masa yang sama ketika berlaku kejadian. Berdasarkan kepada hubungan persaudaraan di antara SD9, SD10 dan OKT4 pada pendapat mahkamah adalah mustahil untuk seorang saudara rapat dan mempunyai hubungan yang baik dengan OKT4 tidak memaklumkan kepada polis perkara yang sebenar iaitu OKT4 yang ditangkap dan dituduh di atas kesalahan membunuh yang boleh membawa hukuman mati tidak terlibat dengan pembunuh tersebut dan pembunuh sebenarnya ialah seorang yang memakai baju petak dan ada tuala Good Morning di poket seluarnya. Mahkamah bersetuju dengan penghujahan TPR bahawa SD9 dan SD10 memilih untuk tidak memaklumkan atau mengelak untuk memaklumkan kepada pihak polis kerana mereka telah tahu perkara yang sebenar berlaku iaitu OKT4 dan OKT-OKT yang lain bersama-sama terlibat dengan pembunuhan tersebut bukan seorang yang berbaju petak atau orang lain. Jika OKT-OKT, SD9 dan SD10 telah memaklumkan kepada pihak polis sudah tentu mereka boleh menjalankan siasatan untuk mengesahkan alegasi pihak pembelaan bahawa seorang yang berbaju petak yang telah membunuh Simati. Oleh yang demikian mahkamah merumuskan SD9 dan SD10 merupakan saksi yang berkepentingan dan keterangannya ada kecenderungan untuk menyokong dan membantu OKT4 dan OKT-OKT yang lain bertujuan membantu OKT-OKT bebas dari pertuduhan. Oleh itu mahkamah telah menolak keterangan SD9 dan SD10. [54] Watak SD9 dan SD10 juga tidak pernah dicabar kepada saksi-saksi pendakwa walaupun pihak pendakwa telah mengemukakan keterangan SP18 dan SP21 berada dalam rumah SD9 ketika kejadian menetak berlaku. Seperti yang telah mahkamah nyatakan SD9 dan SD10 merupakan satu watak yang penting kerana mereka menyokong dakwaan OKT-OKT bahawa seorang yang berbaju petak yang menetak Simati dan OKT4 tidak ada di tempat kejadian pada masa Simati ditetak dan dibakar. Jika SP18 dan SP21 disoalbalas berhubung dengan tindakan SD9 dan SD10 semasa SP18 dan SP21 melihat kejadian tersebut mereka mungkin akan dapat menjelaskan apa yang SD9 dan SD10 lakukan ketika itu sama ada mereka melihat kejadian itu atau mungkin mereka berada dalam rumah tetapi tidak melihat kejadian itu. Kegagalan pihak pembelaan untuk menyoal balas saksi berhubung dengan peranan Vehtavelli menunjukkan pembelaan OKT hanyalah satu rekaan atau afterthought, Tan Kim Ho & Anor v PP [2009] 3 CLJ 236. Dari sudut yang lain keterangan SD9 dan SD10 secara tidak langsung menyokong keterangan kes pendakwaan bahawa SP18 dan SP21 yang berada dalam rumah SD9 boleh melihat dengan jelas apa yang berlaku di tempat kejadian pada malam tersebut." [66] Berdasarkan kepada kesemua di atas, kami mendapati bahawa Hakim Bicara telah menimbangkan isu kebolehpercayaan keterangan SP18, SP19 dan SP21 dengan teliti dan menyeluruh sebelum menerima keterangan mereka. Hakim Bicara juga telah menimbangkan isu kebolehpercayaan keterangan SD9 dan SD10 dengan teliti dan menyeluruh sebelum menolak keterangan mereka. [67] Kami berpendapat bahawa Hakim Bicara tidak tersalah arah dalam menimbangkan keterangan SP18, SP19, SP21, SD9 dan SD10 seperti yang dinyatakan di atas. Hal ini bertepatan dengan prinsip yang telah digariskan oleh Ismail Khan HMT (ketika itu) dalam kes Balasingam v. PP [1959] MLJ 193 (yang telah dirujuk oleh Hakim Bicara) seperti berikut: "After all there is no legal presumption that an interested witness should not be believed. He is entitled to credence until cogent reasons for disbelief can be advanced in the light of evidence to the contrary and the surrounding circumstances." [68] Kami bersetuju bahawa tiada prinsip undang-undang yang menyatakan bahawa keterangan saksi yang berkepentingan harus ditolak mentah-mentah oleh Mahkamah. Keterangan saksi berkepentingan masih boleh diterima oleh Mahkamah selagi mana tiada keterangan kukuh yang menunjukkan bahawa keterangan mereka ini tidak boleh dipercayai. [69] Pada hemat kami, Hakim Bicara yang mempunyai kelebihan audiovisual telah membuat penilaian yang menyeluruh terhadap keterangan saksi-saksi ini dan membuat dapatan fakta bahawa keterangan mereka adalah konsisten dan boleh dipercayai. Dapatan ini telah dikupas dengan teliti dan menyeluruh oleh Hakim Bicara sepanjang alasan penghakimannya. [70] Oleh itu, Mahkamah ini selaku Mahkamah yang mendengar rayuan seharusnya tidak mengganggu dapatan fakta Hakim Bicara tersebut secara sewenang-wenangnya melainkan terdapatnya sebab yang kukuh untuk melakukan sedemikian seperti penyalaharahan atau sebagainya. [71] Mahkamah ini melalui Azahar Mohamed HMR (ketika itu) dalam kes Davendar Singh Sher Singh v. PP [2012] 1 LNS 261 telah memutuskan seperti berikut: [9] To begin with, we are mindful of the principle of law as submitted by Puan Nurul Huda Nur A'ini, the learned Deputy Public Prosecutor that in respect of an appeal which really turns upon a question of fact, an appellate court is generally very reluctant to disturb a finding of fact by any trial judge for the reason that as trier of fact the trial judge has audio-visual advantage which we do not have. Nonetheless, it would be open to us to upset the findings made by a trial judge if such a finding is not supported by evidence or the decision is against the weight of the evidence or there is no proper judicial evaluation of the evidence or there is misdirection in law or the trial court has fundamentally misdirected itself. In this regard, judicial appreciation and evaluation of evidence is at the heart of the duty of the learned trial judge. It is the duty of the learned trial judge to undertake a positive evaluation of the evidence, which includes a careful analysis of the credibility and reliability of the witnesses for the prosecution (see: Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85). It is also his duty to consider the entire evidence presented before him, including the evidence which favours the defence. On what constitutes judicial appreciation of evidence, it is apt to bear in mind the following words of Gopal Sri Ram JCA (as he then was) in Lee Ing Chin & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19; [2003] 2 MLJ 97: A judge who is required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. He must, when deciding whether to accept or to reject the evidence of a witness, test it against relevant criteria. Thus, he must take into account the presence or absence of any motive that a witness may have in giving his evidence. If there are contemporary documents, then he must test the oral evidence of a witness against these. He must also test the evidence of a particular witness against the probabilities of the case. A trier of fact who makes findings based purely upon the demeanour of a witness without undertaking a critical analysis of that witness' evidence runs the risk of having his findings corrected on appeal. It does not matter whether the issue for decision is one that arises in a civil or criminal case: the approach to judicial appreciation of evidence is the same." [72] Secara keseluruhannya, kami bersetuju dengan dapatan Hakim Bicara bahawa keterangan pengecaman SP18, SP19 dan SP21 terhadap Perayu-perayu adalah kukuh dan konsisten, serta selamat untuk diterima oleh Mahkamah dalam menyabitkan mereka dengan pertuduhan kes ini. Kami tidak menjumpai sebarang sebab untuk mengganggu dapatan fakta Hakim Bicara seperti yang dinyatakan di atas [73] Kesimpulannya, kami mendapati tiada sebarang merit terhadap isu bersama yang dibangkitkan oleh Perayu-perayu dalam rayuan ini. R20 (Perayu Pertama) dan R21 (Perayu Kedua) [74] Perayu Kedua telah membangkitkan isu mengenai pemakaian seksyen 27 Akta Keterangan 1950 oleh Hakim Bicara terhadapnya berkenaan penemuan tiga bilah parang yang dikatakan sebagai senjata pembunuhan si mati. [75] Berkenaan isu ini, kami bersetuju dengan Perayu Kedua bahawa seksyen tersebut tidak terpakai terhadapnya memandangkan parang tersebut tidak ditemui hasil pandu arah Perayu Kedua tetapi dijumpai oleh SP15 di bawah katil SP12. SP15 telah menghubungi SP16 yang telah kemudiannya ke rumah tersebut untuk membuat rampasan terhadap parang tersebut. Tambahan pula, analisa DNA yang dijalankan terhadap parang tersebut tidak menemui kesan DNA Perayu-perayu mahupun si mati. [76] Selanjutnya, Perayu Pertama dan Perayu Kedua juga mendakwa bahawa si mati telah dibunuh oleh seorang yang memakai baju bercorak petak-petak dan kewujudan orang ini disokong oleh keterangan SD9 dan SD10 serta rakaman video yang dirakam SP18. [77] Namun begitu, Hakim Bicara telah menolak keterangan SD9 dan SD10 seperti mana yang telah dibincangkan di atas. Hakim Bicara juga telah menolak penerimaan masuk rakaman video tersebut sebagai ekshibit memandangkan rakaman tersebut adalah tidak jelas serta tidak dihantar untuk analisa forensik bagi menentusahkan keaslian dan ketulenannya. [78] Kami berpendapat bahawa penolakan masuk rakaman video tersebut atas alasan yang dinyatakan oleh Hakim Bicara adalah berlandaskan undang-undang seperti mana yang telah diputuskan sebelum ini oleh Mahkamah ini dalam kes Mohd Khayry Ismail v. PP [2014] 1 LNS 412 seperti berikut: [9] We have read the appeal record and submissions of the parties in detail. We are grateful for the comprehensive submissions. After much consideration of the submission of the learned counsel we are of the considered view the appeal must be dismissed. Our reasons inter alia are as follows: