Schedule
Jadual Pertama, ADB. [17] SP3 ketika memberikan keterangan telah mengemukakan Laporan Kaliberasi Ekshibit P17 setelah Pembelaan cuba membangkitkan isu bahawa mesin yang digunakan ketika SP2 tidak dikalibrasi. Dari laporan tersebut adalah dapatan Mahkamah ini bahawa mesin berkenaan telahpun dikalibrasi. b) TERTUDUH MEMPUNYAI PEMILIKAN SERTA PENGETAHUAN TENTANG DADAH TERSEBUT [18] Berdasarkan kepada keterangan SP3, adalah dapat dirumuskan bahawa terdapat percanggahan-percanggahan yang material yang menjadikan intipati jagaan dan kawalan terhadap barang kes dadah berbahaya tersebut oleh Tertuduh tidak terbukti. A. Percanggahan Lokasi Barang Kes Dijumpai [19] Semasa memberikan keterangan, terdapat percanggahan yang ketara berkenaan di mana sebenarnya barang kes dijumpai sewaktu rampasan dan tangkapan. [20] Semasa pemeriksaan utama melalui PSSP3, SP3 telah menyatakan bahawa barang kes dadah dijumpai di atas kedua-dua tangan Tertuduh dan Phua ketika proses penyerahan antara kedua-dua mereka mengambil tempat. Dalam borang bongkar P8 juga menunjul‹kan barang kes dadah tersebut telah dijumpai di atas kedua-dua tangan Tertuduh dan Phua dan Borang Bongkar P8 tersebut telah ditandatangani oleh mereka berdua. [21] Namun semasa pemeriksaan balas, SP3 telah memberikan keterangan yang bercanggah dan menyatakan bahawa ketika serbuan dilakukan ke atas Tertuduh dan Phua, kedua-dua mereka terkejut dan telah membaling barang kes dadah berbahaya dan jatuh ke atas lantai. Semasa pemeriksaan semula beliau mengatakan beliau sendiri yang telah mengambil barang kes dadah berbahaya tersebut dari lantai. Pendakwaan gagal mendapatkan penjelasan mengenai percanggahan ini semasa SP3 diperiksa semula. Baris 8 - senarai bongkar - tempat dijumpai - ditangan kedua-dua saspek B1 dan B2 - kenapa berbeza tempat dijumpai pada senarai bongkar dan laporan polis? J Semasa tangkapan bag plastik dalam proses penyerahan. Saya anggap milik kedua-dua saspek. Masa OKT serah pada Phua kami terus serbu Masa serbu, apa jadi pada plastik? J Plastik terjatuh. Yang ambil balik saya [22] Percanggahan tersebut adalah material memandangkan intipati jagaan dan kawalan terhadap barang kes dadah berbahaya tersebut menjadi asas pertuduhan terhadap Tertuduh. [23] Dalam kes Vinod Raj Uthayakumar v PP [2022] MLRAU 6 yang mana Mahkamah Rayuan mendapati seperti berikut: - ”(39] Akhirnya, kami juga memberikan perhatian ke atas satu lagi isu yang berhubung dengan Borang Senarai bongkar eksibit PIO. Di samping kaitannya dengan pemakaian anggapan bertentangan di bawah perenggan 114(g) AK 1950 dan beban pembuktian yang dipikul pihak Pendakwaan sepertimana yang dibangkitkan dalam hujahan peguam perayu, kami juga mendapati bahawa ekshibit P10 adalah suatu dokumen kontemporari yang boleh menimbulkan keraguan terhadap kes pihak Pendakwaan. Fakta yang tidak dipertikaikan menunujukkan bahawa ekshibit P10 telah pun ditandatangani oleh perayu dan Kesavan. Persoalannya mengapa SP3 meminta Kesavan menandatangani ekshibit P10 sekiranya Kesavan tiada kaitan dengan Cannabis tersebut? Kami berpandangan bahawa Kesavan ada kaitan dengan Cannabis tersebut sehinggalah pihak Pendakwaan membuktikan sebaliknya. Tanpa sebarang keterangan atau penjelasan yang dikemukakan pihak Pendakwaan berhubung dengan tandatangan Kesavan di atas ekshibit P10, kami mendapati bahawa adalah tidak selamat untuk menyatakan hanya perayu seorong sahaja yang ada kaitan dengan Cannabis tersebut.” [24] Berdasarkan itu adalah dapatan Mahkamah ini bahawa pihak Pendakwaan gagal untuk membuktikan elemen pemilikan barang kes dadah tersebut oleh Tertuduh. Keterangan SP3 yang tidak konsisten dan P8 yang menunjukkan barang dadah tersebut dijumpai di dalam tangan Tertuduh dan Phua masih belum dirungkai dan dibuktikan. [25] Malahan sekiranya benar SP3 mengatakan barang kes dadah tersebut adalah milik Tertuduh, maka tiada keperluan untuk meminta Phua menandatangani P8 untuk membuktikan ianya dijumpa di tangan beliau. Ini ditambah dengan kegagalan mendapatkan penjelasan berkenaan perkara ini semasa pemeriksaan semula. [26] Kepentingan pemeriksaan semula adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan oleh pihak Pendakwaan. Seksyen 138(3) Akta Keterangan 1950 memperuntukkan seperti yang berikut:- (3) The re-examination shall be directed to the explanation of matters referred to in cross-examination; and if new matter is, by permission of the court, introduced in re-examination, the adverse party may further cross-examine upon that matter. B. Percanggahan Lokasi Tangkapan Tertuduh [27] SP3 semasa pemeriksaan utama telah memberi keterangan bahawa lokasi tangkapan kedua-dua Tertuduh dan Phua adalah di P12(3) dan P12(4), iaitu di hadapan sebuah kedai di tempat kejadian. [28] Semasa dicabar pada pemeriksaan balas bahawa tangkapan Tertuduh dan Phua adalah di dua lokasi yang berbeza, dimana Tertuduh ditangkap di hadapan kedai ubat signboard merah sepertimana IDD13(2), SP3 telah tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. [29] Semasa pemeriksaan semula berkenaan isu ini, SP3 telah mengatakan bahawa semasa tangkapan dibuat, Tertuduh telah cuba untuk melarikan diri dan mungkin beliau tidak nampak. SP3 juga seterusnya mengatakan bahawa kemungkinan anak buah beliau yang telah melakukan tangkapan terhadap Tertuduh ketika Tertuduh cuba melarikan diri ke kedai ubat signboard merah sepertlmana IDD13(2). Selepas serahan - tangkapan dua masa berlainan OKT ditangkap kedai signboard merah? J Semasa tangkapan. Saspek cuba larikan diri. Anak buah saya kejar dan mungkin di ditangkap di kedai [30] Percanggahan lokasi tangkapan juga adalah sangat materíal memandangkan isu ini menjadi asas kepada intipati jagaan dan kawalan terhadap barang kes dadah tersebut. Ini kerana berdasarkan keterangan SP3 dan borang bongkar P8, barang yang dikatakan dadah tersebut dijumpai di dalam tangan kedua-dua Tertuduh dan Phua. Percanggahan material ini menggugurkan secara langsung intipati kawalan dan milikan Tertuduh terhadap barang dadah tersebut. [31] Tiada penjelasan yang memuaskan daripada berkenaan dengan kesemua percanggahan-percanggahan yang material ini. Pihak Pendakwaan juga telah gagal untuk menjalankan pemeriksaan semula yang sewajarnya untuk menjelaskan kesemua percanggahan tersebut. [32] Berdasarkan percanggahan di atas, timbul persoalan samada keterangan SP3 berkenaan dengan tangkapan Tertuduh dan rampasan barang kes dadah berbahaya boleh dipercayai ataupun tidak. [33] Justeru itu, kegagalan pihak Pendakwaan dalam mendapatkan penjelasan daripada SP3 berkenaan lokasi sebenar barang kes dadah berbahaya dljumpai telah menimbulkan keraguan dan menjejaskan kes Pendakwaan. [34] Dalam kes PP lwn Gunawan dan lain-lain [2025] MLJU 2919 telah didapati: “[18] Setelah mempertimbang semua keterangan, Mahkamah mendapati terdapat isu berkaitan percanggahan keterangan SP3 dengan keterangan dokumentar mengenai lokasi sebenar di mana serbuan dan tangkapan berlaku. Isu ini memberi kesan kepada isu-isu lain yang akan dibincang selanjutnya. Dalam dapatan Mahkamah, isu-isu ini mencukupi dalam menentukan sama ada pihak Pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap kesemua Tertuduh.” [35] Dalam kes Mahkamah Rayuan Kesavan Krishnan v PP [2015] 6 CLJ 135, Mahkamah telah mendapati seperti berikut:- “[26] Pada pandangan kami, set fakta dan keterangan mengenai tempat di mana tangkapan dibuat yang diputuskan oleh hakim bicara sebagai telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan berhubung dengan Tertuduh kedua dan Tertuduh ketiga adalah set fakta dan keterangan yang sama yang dikemukakan terhadap perayu pertama dan perayu kedua. Tempat sebenar mereka ditangkap adalah penting kerana tunjang/akar (root) kes Pendakwaan ialah bahawa perayu kedua dikatakan telah keluar daripada kereta dengan memegang eks. P10A dan kemudiannya telah menyerahkan eksibit itu kepada perayu pertama di tempat kejadian. SP3 dan pasukannya telah menyerbu dan menangkap mereka di Jalan Niaga 2 (di hadapan Plaza Kota Tinggi). Pada masa tangkapan, perayu pertama dikatakan masih memegang eks. P10A di tangan kanannya.” [36] Menurut kes Tai Chai Keh v. Public Prosecutor (1948- 1949) MLJ Supp 105b Mahkamah Tinggi melalui Spenser Wilkinson (HMT), pada ketika itu, telah memutuskan seperti berikut:- “When there is more than one inference which can reasonably be drawn from a set of facts in a criminal case, we are of the opinion that the inference most favourable to the accused should be adopted." [37] Dalam kes Public Prosecutor v. Kasmin bin Soeb [1974] 1 MLJ 230 Mohamed Azmi J, pada ketika itu, telah memutuskan seperti berikut:- "As far as leading the police to the place of discovery was concerned, there were at least two inferences that could be drawn in the absence of information given by the accused. Either the accused himself had hidden the stolen property there or he had come to know of its whereabouts through a third person” [38] Percanggahan-percanggahan di atas telah mewujudkan lebih dari satu inferens serta kelompangan yang menjejaskan kes Pendakwaan. C. Pengetahuan Tertuduh Mengenai Barang Kes Dadah [39] Semasa memberi keterangan SP3 dan SP4 mengatakan bahawa barang kes dadah berbahaya tersebut telahpun dibungkus dengan (4) lapisan plastik/bungkusan dan kesemuanya bertutup rapat dan berseal, iaitu P5A, P5A(1), P5A(2) dan P5A(3). [40] Mereka juga mengatakan bahawa melalui bungkusan P5A yang dibalut dengan beberapa lapisan plastik legap sehingga kandungannya tidak boleh dikenal pasti melalui pemerhatian biasa. Tiada keterangan dikemukakan bahawa Tertuduh pernah membuka bungkusan tersebut atau mengetahui kandungannya. [41] Tiada keterangan diberikan oleh mana-mana saksi Pendakwaan bahawa Tertuduh mempunyai sebarang pengetahuan bahawa di dalam bungkusan P5A tersebut mengandungi dadah berbahaya. [42] Dalam kes Romi Amora Amir v. PP [2011] 1 CLJ 870, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut:- [15] Making a statement that the appellant had possession of P9, just because it was under the driver seat and that he was the sole driver of the taxi, was a bare statement without more. Unless knowledge is proved, an item however close to a person, could just be miles away. The same argument applies pertaining to the handing over of the vehicle to the appellant by PW3 prior to the arrest. Handing over does not carry with it the knowledge of the complete items that goes with the vehicle especially the hidden ones. The last finding that P9 could be seen from the outside by the naked eye was confusing, as we were unsure whether the learned judge meant to say of the package, which was the content of the plastic bag, or the drugs. Having perused the grounds of judgment in its entirety, together with the notes of proceedings, we found nothing to indicate that the cannabis could be seen by the naked eye. This has to be about the only conclusion we could arrive at as PW5 had clearly stated that the cannabis could not be seen or known to be cannabis by a man on the street. [43] Reaksi Tertuduh yang terkejut dan menjatuhkan bungkusan putih tersebut ketika serbuan dijalankan adalah satu reaksi normal dengan dalam keadaan serbuan dilakukan oleh beberapa orang yang tidak dikenali secara tiba-tiba dan mengejut. Tiada sebarang inferens yang konklusif boleh dibuat mengenainya. Dalam isu ini kes Mahkamah Persekutuan Parlan bin Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717 adalah dirujuk. [44] Percanggahan-percanggahan di atas telah mewujudkan kelompangan dan menjejaskan kes Pendakwaan. D. Adakah Rantaian KeteranganTerputus? [45] SP3 memberikan keterangan bahawa selepas barang kes dijumpai dan dirampas, penandaan barang kes hanya dibuat di balai polis. Di perenggan 6 dan perenggan 7 pernyataan saksi PSSP3, SP3 telah memberikan keterangan bahawa tangkapan dan rampasan barang kes telah dibawa balik ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Kulai untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat SP4. [46] Namun ketika disoal balas dan disoal semula, SP3 menyatakan beliau tidak ingat di mana tangkapan dan rampasan dibawa pada tarikh kejadian. [47] SP4 pula memberi keterangan bahawa pada tarikh kejadian, beliau adalah pegawai penyiasat yang bertugas di lPD Johor Bahru Utara. Tiada sebarang keterangan dari SP4 bahawa beliau pernah bertugas di IPD Kulai. [48] Pihak Pendakwaan juga telah gagal untuk mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua SP3 dan SP4 berkenaan dengan percanggahan ini dan juga mengesahkan di mana tangkapan dan rampasan telah dibawa dan proses penyerahan dari SP3 kepada SP4 dilakukan selepas meninggalkan tempat kejadian. [49] Perkara ini adalah penting memandangkan SP3 secara jelas telah memberikan keterangan bahawa segala tandaan pada barang kes dan juga Borang Senarai Bongkar P8 dan Borang Serah Menyerah P9 hanya dibuat di balai polis dan bukannya di tempat kejadian. [50] Jelas tiada keterangan spesifik tersebut di mana tangkapan dan barang kes dibawa oleh SP3 dan diserahkan kepada SP4. Rantaian keterangan yang jelas perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan bermula dari masa barang kes dadah berbahaya tersebut dijumpai dan dirampas dan seterusnya diserahkan kepada pegawal penyiasat untuk dihantar untuk analisa, namun pihak Pendakwaan telah gagal untuk berbuat demikian. [51] Justeru itu, Mahkamah boleh membuat inferens bahawa barang kes dadah tersebut yang dijumpai dan dirampas di tempat kejadian bukanlah barang kes yang sama yang diserahkan kepada SP4 yang seterusnya diserahkan kepada SP2 untuk analisa Jabatan Kimia. [52] Dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. PP [2004] 4 CLJ 551 Mahkamah Rayuan melalui YA. Abdul Hamid Mohamad (HMR), pada ketika itu, memutuskan seperti berikut:- “First, by way of a general observation, I am of the view that, in a drug trafficking case what is important is that it must be proved that it is the substance that was recovered that was sent to the chemist for analysis and it is that same substance that is found to be heroin or cannabis etc. and it is in respect of that substance that an accused is charged with trafficking. So, the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist. Even then it does not necessarily mean that if the exhibit is passed from one person to another, every one of them must be called to give evidence of the handing over from one person to another and if there is a break, even for one day, the case falls. There should be no confusion between what has to be proved and the method of proving it. What has to be proved is that it is the substance that was recovered that was analysed by the chemist and found to be heroin, cannabis etc., and it is for the trafficking of that same substance that the accused is charged with.” [53] Adalah boleh dirumuskan bahawa rantaian keterangan terputus dalam keadaan berikut:- a) SP3 menyatakan bahawa barang kes dadah berbahaya dibawa balik ke IPD Kulai, sepertimana PSSP3; b) SP3 menyatakan Borang Bongkar P8 dan Borang Serah Menyerah P9 hanya dibuat di balai polis dan bukannya di tempat kejadian; c) SP3 menyatakan beliau tidak ingat balai polis mana yang dimaksudkan; d) SP4 menyatakan bahawa beliau menerima barang kes dadah berbahaya di IPD Johor Bahru Utara; e) SP3 mengatakan dadah dijumpai di kedua-dua tangan Tertuduh dan Phua, namun semasa pemeriksaan balas SP3 menyatakan dadah dijumpai di atas lantai dan beliau yang mengambilnya; f) Sepanjang masa yang material, tiada tandaan barang kes dibuat oleh SP3; dan g) Intergriti barang kes adalah tercabar semenjak ianya diragui dirampas di mana dan dari milikan siapa. E. Kredibiliti Keterangan SP3 [54] Semasa memberi keterangan, Mahkamah ini mendapati beberapa percanggahan dalam keterangan tersebut. [55] Selain daripada lokasi di mana barang kes dadah dijumpai dan lokasi tangkapan Tertuduh, Mahkamah juga telah mengamati percanggahan seperti berikut semasa pemeriksaan balas:- a) SP3 menjawab “Setuju, bahawa telah mendapat maklumat bahawa akan ada transaksi dadah di situ.” b) SP3 menjawab “Ketika serbuan dilakukan, saya di bahagian belakang. Tak ingat berapa meter di bahagian belakang. Tak ingat berapa orang yang melakukan tangkapan kepada Tertuduh” c) SP3 menjawab “Tidak ingat siapa yang bawa kereta balik ke balai selepas serbuan”. d) SP3 menjawab “Setuju, borang bongkar belum dibuat dan barang kes belum ditanda ketika dalam kereta dalam perjalanan ke balai” e) SP3 menjawab “Setuju, tidak membuat rampasan terhadap, telefon bimbit, kunci kereta, kereta, dompet dll barangan Tertuduh” f) SP3 menjawab “Tak ingat, lepas serbuan pulang ke balai polis mana” [56] Mahkamah ini mendapati sememangnya terdapat percanggahan yang material dalam keterangan SP3 yang telah menimbulkan tanda tanya dalam perkara yang dinyatakan diatas. [57] Dalam kes PP lwn. Syahrani lshak [2017] CLJU 503, Mahkamah Rayuan memutuskan berkenaan keterangan saksi polis (serbuan) yang tidak kredibel: 24] Jika kita melihat percanggahan tersebut secara berasingan dan terpisah, mungkin ia tidak menjejaskan kredibiliti SP6. Namun, jika dilihat aspek keterangan SP6 secara keseluruhan, kami berpendapat bahawa keterangan SP6 tidak boleh diterima begitu sahaja ("on its face value"). Banyak kesilapan yang dilakukan oleh SP6, termasuklah dalam perkara-perkara mudah, remeh dan rutin ("routine") seperti penyediaan dokumentasi eksibit yang dirampas. SP6 juga nampaknya tidak mendedahkan keseluruhan cerita mengenai apa yang terjadi di rumah tersebut, termasuklah penangkapan 2 (dua) orang lagi lelaki di rumah terebut pada hari kejadian. TPR menghujahkan bahawa penangkapan 2 (dua) orang lagi lelaki adalah merupakan satu kes yang berasingan dan tidak berkaitan dengan kes ini. Dengan hormat, kami tidak bersetuju kerana Mahkamah berhak untuk mendapatkan gambaran penuh mengenai peristiwa yang berlaku memandangkan tangkapan dibuat di rumah yang sama dan pada masa yang hampir sama. [58] SP3 juga telah melakukan beberapa kesilapan dalam perkara rutin termasuk penyediaan borang bongkar, tandaan barang kes, lokasi tangkapan, lokasi barang kes dijumpai, kegagalan membuat rampasan terhadap telefon bimbit Tertuduh dan barang kes lain yang berkaitan. [59] Selain itu, pihak Pendakwaan tidak memanggil anggota serbuan yang lain yang membuat tangkapan langsung terhadap Tertuduh dan Phua untuk mengesahkan apa yang sebenarnya telah berlaku memandangkan SP3 berada di barisan belakang ketika serbuan dilakukan. Keterangan dari anggota serbuan yang lain boleh memberikan pencerahan yang boleh membantu Mahkamah mendapatkan gambaran jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku semasa serbuan dan tangkapan. F. Siasatan Oleh SP4 [60] Tertuduh dalam kes ini menghadapi tuduhan pengedaran dadah berbahaya. Dari keterangan SP3, dadah tersebut dijumpai di atas lantai berdekatan Tertuduh dan Phua. [61] Untuk Mahkamah memanggil Tertuduh untuk membela diri di akhir kes Pendakwaan, Mahkamah perlu berpuashati bahawa satu kes prima facie telah dibuktikan terhadap Tertuduh bahawa beliau telah melakukan perbuatan pengedaran dadah. [62] Keterangan SP3 menunjukkan bahawa dadah berbahaya tersebut dijumpai di tangan kedua-dua OKT dan Phua semasa proses penyerahan dilakukan. Perlu ada kepastian siapa yang menyerah dan siapa yang menerima. [63] Kandungan telefon bimbit kemungkinan boleh merungkai persoalan ini. Mahkamah mengambil pengiktirafan kehakiman (judicial notice) bahawa pada zaman mutakhir ini komunikasi melalui khidmat pesanan ringkas adalah suatu amalan kebiasaan. SP3 gagal merampas telefon bimbit dari Tertuduh dan juga Phua. Sekiranya dirampas dan siasatan dilakukan, berkemungkinan boleh dikenalpasti siapakah yang mengedar dan siapakah yang menerima barang dadah berbahaya yang dirampas. [64] Lebih-lebih lagi dalam keadaan SP4 mengakui bahawa Phua mempunyai banyak rekod lampau yang melibatkan penyalahgunaan dan milikan dadah termasuk juga kes di bawah Seksyen 39B ADB 1952. Sekurang-kurangnya SP4 perlu meneliti kandungan telefon bimbit Tertuduh dan Phua sebelum berpuashati dan melepaskan Phua dari pertuduhan. Lebih-lebih lagi apabila SP3 tidak pasti lokasi sebenar rampasan. G. Samada ID-26 Boleh Diterima Masuk Dibawah Seksyen 32(1)(I) Akta Keterangan 1959? [65] SP4 telah memberi keterangan bahawa Phua tidak berada Malaysia hasil semakan rekod pergerakan yang diperolehi dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 07.07.2025 melalui P16. [66] Hasil siasatan SP4 melalui keluarga juga mendapati Phua telah lama tidak berada di Malaysia dan berada di Australia. [67] Dalam kes Tee Hock Keong v. Pendakwa Raya [2021] CLJU 497 Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: [25] In our case, apart from writing to the Immigration Department and getting their confirmation (P108) that Wulandari had been deported to her home country, the prosecution did not take any other steps to procure her attendance in court. The prosecution needs to do more if it wants to rely on the exception to the hearsay rule in s. 32(1)(i) of the Evidence Act. The prosecution did not use its best endeavour to locate Wulandari, nor did they take reasonably practicable steps to ensure the attendance of this witness from a neighbouring country. The law requires strict proof to explain the non-availability of the maker of a statement as a witness. See Mohamed Ghouse v. R [1910] 11 SSLR 31; Allied Bank (Malaysia) Berhad v. Yau Jiok Hua [1998] 2 CLJ 33; [1998] 6 MLJ 1. The circumstances that would bring a statement within any one of the exceptions in s. 32(1) of the Evidence Act must be established by the party desiring its admission as evidence. This was reiterated by the Federal Court in Sim Tiew Bee v. Public Prosecutor [1973] 1 LNS 138; [1973] 2 MLJ 200. See also Public Prosecutor v. Lam Peng Hoa & Anor [1996] 3 CLJ 747; [1996] 5 MLJ 405 (HC). [26] The police, and by extension the prosecution, ought to have fully utilised the prevailing and available provisions in the Criminal Procedure Code ("CPC") in order to secure the attendance of witnesses. The prosecution could have used the provisions of section 396 of the CPC and have Wulandari committed to civil prison until trial. See Public Prosecutor v. Lee Jun Ho & Ors [2009] 4 CLJ 90; [2009] 3 MLJ 400; Public Prosecutor v. Somasundram a/l Rajasegaran & Anor [2016] 1 LNS 1067; [2016] MLJU 619. In fact Wulandari's evidence could have been first recorded before she was deported to Indonesia. Additionally, the prosecution could have sought the assistance of the Indonesian authorities to procure her attendance in court. However, the prosecution did not do any of this. [68] Pada 05.02.2026, SP4 memaklumkan Mahkamah bahawa Phua sememangnya berada di Australia melalui P23 dan memohon ID26 diterima masuk sebagai keterangan. [69] Seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950 adalah peruntukan undang-undang yang memberi pengecualian kepada keterangan dengar-cakap ('exception to the hearsay rule’) dimana ianya hanya boleh dibenarkan dalam keadaan-keadaan yang tertentu dengan syarat yang ketat. [70] Seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950 adalah seperti berikut:- (1) Statements, written or verbal, of relevant facts made by a person who is dead or who cannot be found, or who has become incapable of giving evidence, or whose attendance cannot be procured without an amount of delay or expense which under the circumstances of the case appears to the court unreasonable, are themselves relevant facts in the following cases: (i) when the statement was made in the course of, or for the purposes of, an investigation or inquiry into an offence under or by virtue of any written law; [71] Antara pra-syarat yang harus dibuktikan adalah seperti berikut: (i) Penama tersebut telah meninggal dunia; (ii) Keberadaan penama tersebut tidak boleh dikesan; (iii) Penama tersebut tidak boleh lagi memberi keterangan; atau (iv) Kehadiran penama tersebut ke Mahkamah tidak boleh dibuat tanpa suatu masa atau kos, yang mana pada pandangan Mahkamah adalah tidak munasabah. [72] Keterangan SP4 tidak memenuhi mana-mana pra-syarat di atas sepenuhnya memandangkan P23 mengesahkan bahawa Phua berada di Australia dan bukannya langsung tidak boleh dikesan. [73] Sejak 07.07.2025 lagi SP4 sudah mempunyai pengetahuan bahawa Phua sudah meninggalkan Malaysia dan selepas mendapatkan pengesahan P23 sepatutnya sudah membuat permohonan kepada pihak berkuasa Australia untuk mengesan Phua untuk dibawa ke Malaysia untuk memberi keterangan. [74] Hebahan yang dibuat kira-kira 2 bulan sebelum perbicaraan melalui P18, P19, P20, P21, P22 dan P24(1-6) adalah usaha yang bersifat sambil lewa sahaja. [75] Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan gagal untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan dibawah s.32(1)(i) Akta Keterangan dan dengan itu Mahkamah menolak ID-26 dijadikan sebagai keterangan. [76] Tanpa keterangan daripada Phua, nyata wujud satu kelompangan dalam kes Pendakwaan di mana segala percanggahan yang dihujahkan di atas adalah tidak terjawab dalam keadaan dimana Phua telah ditangkap semasa bersama-sama Tertuduh kejadian. c) TERTUDUH PADA MASA, TARIKH DAN TEMPAT TERSEBUT YANG DINYATAKAN DALAM PERTUDUHAN MELAKUKAN KESALAHAN MENGEDAR DADAH BERBAHAYA [77] Dalam keadaan tiada pembuktian melangkaui keraguan munasabah bahawa Tertuduh mempunyai pemilikan iaitu kawalan dan jagaan terhadap barang kes dadah, dengan sendirinya tidak timbul persoalan bahawa Tertuduh telah melakukan kesalahan mengedar dadah berbahaya. Justeru itu, pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen ini. [78] Rujukan dibuat kepada kes Mahkamah Rayuan Soorya Kumar Narayanan v. PP [2009] 6 CLJ 257 dimana Y.A. Ahmad Maarop (HMR), pada ketika itu, telah memutuskan seperti berikut:- [17] We come to a more serious misdirection. This occurred when the learned judge found that the defence had failed to rebut the presumption of trafficking under s. 37(da)(vi) of the Act. On the basis of the law as stated in Muhammed b. Hassan v. PP (supra), this finding presupposes that the learned judge was satisfied that the said presumption had arisen in the first place. The question is when was he so satisfied? We have said earlier that before the presumption under s. 37(da) of the Act can arise, there must be an affirmative finding of possession. As we have demonstrated, the learned judge did not make any affirmative finding of possession at the close of the prosecution's case. So, his finding regarding the defence's failure to rebut the presumption under s. 37(da) of the Act is really bewildering. DAPATAN MAHKAMAH [79] Seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) menyatakan bahawa apabila kes pendakwaan ditutup, Mahkamah hendaklah menimbangkan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Suatu kes prima facie dibuktikan terhadap tertuduh jika pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan yang boleh dipercayai yang membuktikan setiap unsur kesalahan yang jika tidak disangkal atau tidak dijelaskan akan mewajarkan suatu sabitan. Manakala Standard pembuktian adalah melangkaui keraguan munasabah. [80] Jika Mahkamah mendapati bahawa Pendakwaan tidak membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh, Mahkamah hendaklah merekodkan perintah pelepasan dan pembebasan. Jika Mahkamah mendapati bahawa kes prima facie telah dibuat terhadap Tertuduh atas kesalahan yang didakwa, Mahkamah hendaklah memanggil Tertuduh untuk membela diri. [81] Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah hendaklah menjalankan penilaian maksimum terhadap keterangan yang dikemukakan oleh Pendakwaan pada peringkat perbicaraan apabila memutuskan sama ada untuk memanggil Tertuduh untuk membela diri atau tidak. PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, Ooi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734. [82] Fakta-fakta dan keterangan material yang telah dipertimbangkan oleh Mahkamah dalam membuat keputusan dalam kes ini adalah seperti berikut:- a) Adalah nyata bahawa keterangan SP3 tidak konsisten mengenai apa sebenarnya berlaku semasa serbuan memandangkan beliau berada di barisan belakang. Pihak Pendakwaan telah gagal mengemukakan anggota serbuan yang lain yang telah menangkap Tertuduh dan Phua untuk memberi gambaran jelas dadah yang dirampas berapa dalam milikan siapa. Kegagalan pihak Pendakwaan mengemukakan saksi ini untuk memberi keterangan menyebabkan kelompangan di dalam kes Pendakwaan yang memberi kelebihan kepada pihak pembelaan. Inferens di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan boleh digunakan atas pihak Pendakwaan. Mahkamah Rayuan di dalam Vinod Raj a/l Uthayakumar v. Pendakwaraya [2022] MLRAU 6, YA Che Mohd Ruzima bin Ghazali HMR memutuskan: "[34] Pada pandangan kami, walaupun pihak Pendakwaan berhak untuk milih saksi mana yang hendak dipanggil bagi mengemukakan keterangan dan menurut S. 134 Akta Keterangan 1950, tiada bilangan tertentu saksi dikehendaki untuk membuktikan sesuatu fakta, hakikatnya pihak Pendakwaan perlulah membuktikan tanpa keraguan bahawa perayu memiliki Cannabis semasa ditahan.” b) Dalam borang bongkar tidak dinyatakan siapakah di antara Tertuduh dan Phua yang memegang bungkusan berisi dadah P5A. Mahkamah Rayuan di dalam kes Vinod Raj a/l Uthayakumar v. PP [supra] ada menyatakan seperti berikut; "[32] Beralih pula kepada satu isu yang lain, undang-undang berhubung dengan beban pembuktian yang adalah jelas. Pihak Pendakwaan bertanggungan untuk membuktikan tuduhan terhadap perayu tanpa sebarang keraguan yang munasabah pada setiap peringkat iaitu di peringkat Pendakwaan ataupun di peringkat pembelaan. Lihat keputusan Mahkamah ini dalam kes Mohan Singh A/L Lachman Singh v. Public Prosecutor [2002] 3 CLJ 293; [2002] 3 MLJ 291. Dengan itu, pihak Pendakwaan perlulah mengambil segala langkah untuk mengetepikan sebarang kemungkinan lain berkait dengan pemilikan Cannabis tersebut, terutamanya kemungkinan bahawa Cannabis tersebut bukanlah milik perayu.” c) Adalah menjadi kemusykilan apabila Phua yang berada di lokasi yang sama dengan Tertuduh mengesahkan barang-barang yang dijumpai dan menurunkan tandatangan pada Borang Bongkar yang mana keadaan ini telah menimbulkan persoalan barang kes dadah berada di bawah kawalan dan jagaan siapa sebenarnya; Dalam kes Vinod Raj a/l Uthayakumar v PP (2022) 2 MLJ 789 diputuskan: [36] Dalam situasi tersebut, wujud dua versi yang sama sekali berbeza berhubung dengan penemuan cannabis tersebut. Dengan kata lain wujud situasi satu lawan satu. Timbul persoalan atau keraguan, versi mana yang perlu dipercayai? Kami dapati, dokumen kontemporari iaitu Borang Senarai bongkar eksh P10 yang dikemukakan pihak Pendakwaan melalui SP3 tidak dapat membantu. Ini kerana, di dalam kandungan eksh P10 tidak dinyatakan secara jelas bahawa beg plastik berwarna merah yang mengandungi cannabis tersebut dirampas daripada tangan perayu sama ada di ruangan ‘BARANG YANG DIJUMPAI/DIRAMPAS’ ataupun di ruangan TEMPAT DIJUMPAI’. d) Begitu juga dalam kes Low Ah Leck v Public Prosecutor [2012] 3 MLJ 531, Mahkamah Rayuan telah memutuskan: [13] In view of the fact that exh P5 (search list) is a contemporaneous document prepared by SP1 on 23 May 2008 after the joint search of and seizure from the appellant (accused) and one other suspect Kwong Peng Seng at the scene of the alleged trafficking, there is a serious doubt as to whether possession of the plastic bag was in fact at all material times in the hands of the accused as testified by SP1 and SP4 on 2 March 2010 and 4 March 2010, almost two years after the incident. [14] Further, as the other suspect, one Kwong Peng Seng, had also signed the document exh P5 jointly together with the accused as evidence and acknowledgement of the seizure of the several items listed therein (including the plastic bag), and the said Kwong Peng Seng was: (a)neither charged with any offence nor did he; (b)testify on behalf of the prosecution that the plastic bag was seized from the accused, It is unsafe to make a finding that the plastic bag was in fact seized from the accused or was in fact in the possession of the accused at any material time notwithstanding the oral testimony of SP1 and SP4 that the accused was seen carrying the plastic bag in his hand, having regard in particular to the following: (a)the defence that the plastic bag was found (by the police) beside the drain near the tyre of the car at the scene of the alleged trafficking and; (b)the contemporaneous document P5, with the two suspects’ signatures, was prepared by SP1 himself, with no evidence therein, direct or indirect, to incriminate the accused with possession of the plastic bag; and (c)the absence of any credible evidence tendered by the prosecution exculpating or exculpatory of Kwong Peng Seng, bearing in mind the contemporaneous document P5 could give rise to the inference that the plastic bag could very well have been in the possession of Kwong Peng Seng. [15] The conviction of the appellant for an offence carrying the mandatory death sentence is unsafe. [83] Dalam kes ini, adalah jelas bahawa pihak Pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan inferens bagi membuktikan milikan dadah oleh Tertuduh. Berkenaan isu ini saranan Mahkamah Agung dalam kes Choo Chang Teik v. PP [1991] 3 CLJ 2387; [1991] 1 CLJ (Rep) 54 perlu diambil perhatian di mana Mahkamah Agung telah berkata seperti berikut di ms. 2391 (ms. 59): “... we feel that in offences involving capital punishment such as trafficking in drugs, evidence by inference alone is not sufficient to support a conviction of the appellant without some proof of the element of control.” [84] Dalam kes Magendran a/l Mohan v Public Prosecutor [2011] 6 MLJ 1 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “Before parting with the case, it is necessary to state that from the facts and circumstances of this appeal, it would appear to us that the investigation had been somewhat shoddy. Undoubtedly, heinous crimes are committed under great secrecy and that investigation of a crime is a difficult and tedious task. At the same time the life and personal liberty of a citizen is a precious one guaranteed by art 5 of the Federal Constitution and its deprivation shall be only in accordance with law. Thus, before accusing an innocent person of the commission of a grave crime like the one punishable under s 302 of the PC, an honest, sincere and dispassionate investigation has to be made and to feel sure that the person suspected of the crime alone was responsible to commit the offence. Therefore, greater care and circumspection are needed by the investigating agency in this regard.” [85] Dari analisa fakta kes, adalah jelas terdapat banyak kelompangan dan persoalan dalam kes Pendakwaan yang memerlukan jawapan. Namun jawapan tersebut gagal dikemukakan melalui saksi-saksi Pendakwaan. Justeru itu Mahkamah ini mendapati pihak Pendakwaan gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh berdasarkan analisa fakta-fakta yang telah ditimbangkan sebelum dari ini. Mahkamah Persekutuan dalam kes Sia Soon Suan v PP [1966] 1 MLJ 116 telah merumuskan seperti berikut: “Nevertheless, the requirements of strict proof in a criminal case cannot be relaxed to bridge any material gap in the prosecution evidence. Irrespective of whether this court is otherwise convinced in its own mind of the guilt or innocence of an accused, its decision must be based on the evidence adduced and nothing else. This is axiomatic.” RUMUSAN / KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [86] Berdasarkan perkara-perkara di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh dan oleh yang demikian Mahkamah melepas dan membebaskan Tertuduh tanpa dipanggil membela diri. Bertarikh: 01hb Julai 2026 T.T. (Abdul Fareed bin Abdul Gafoor) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 3 (Jenayah) Johor Bahru PENDAKWA RAYA : Rashidah Binti Baharom Timbalan Pendakwa Raya Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad Kota Iskandar, 79100 Nusajaya Johor Darul Ta’zim PEGUAMBELA: Md Imran Md Sam & Jason Nazrin Tan No. 21-02, Jalan Perjiranan 4/4 Bandar Dato Onn 81100 Johor Bahru Johor Darul Ta’zim