Content
1 | P a g e DALAM MAHKAMAH SESYEN DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN (BIDANG KUASA SIVIL) GUAMAN SIVIL NO: AA-B52NCC-11-02/2025 THURGAS INDUSTRIES SDN. BHD. ...PLAINTIF(PERAYU) DAN CHANDRASEGARAN A/L VEERYAH (BERNIAGA SEBAGAI THURGAS AGENCIES) ...DEFENDAN(RESPONDEN) ALASAN PENGHAKIMAN KORUM: NORASHIMA BINTI KHALID HAKIM MAHKAMAH SESYEN MAHKAMAH SESYEN IPOH PERAK 03/07/2025 14:23:57 Kand. 56 2 | P a g e [1] PENGENALAN Ini adalah rayuan oleh pihak perayu Plaintif yang tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah pada 21hb Mei 2025 yang menolak permohonan pihak perayu Plaintif untuk meminda Writ Saman bertarikh 18 Februari 2016 menurut Aturan 20 Kaedah 5(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dengan kos RM2000.00 Notis permohonan pihak perayu Plaintif sepertimana Kandungan 13 memohon perintah Mahkamah ini seperti berikut: a. Plaintif diberi kebenaran dan lanjutan masa untuk membuat permohonan ini di luar jangka masa yang ditetapkan (jika perlu) b. Plaintif diberi kebenaran untuk meminda Writ Saman bertarikh 18 Februari 2016 dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 15 Februari 2016 termasuk kertas-kertas kausa lain yang telah difailkan di Mahkamah yang Mulia ini menurut Aturan 20 Kaedah 5(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang digariskan dengan dakwat merah dalam Cadangan Writ Saman dan Cadangan Pernyataan Tuntutan Terpinda yang dilampirkan dalam Lampiran A bersama-sama ini. c. Kos bagi permohonan ini dijadikan kos dalam kausa dan d. Lain-lain relief atau perintah yang dianggap suai manafaat oleh Mahkamah ini. 3 | P a g e Antara alasan-alasan bagi permohonan pihak perayu Plaintif adalah :