Except as provided by paragraph (1), nothing in these Rules or Any writ or order thereunder shall be construed as precluding a defendant from entering an appearance in an action after the time limited for appearing, but if a defendant enters an appearance after that time, he shall not, unless the Court otherwise orders, be entitled to serve a defence or do any other thing later than if he had appeared within that time”. [12] Didalam tindakan ini, didapati serahan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan atas Perayu adalah secara serahan pos berdaftar akaun berbayar dahulu pada 23.12.2021 dialamat akaun elektrik berdaftar dengan Responden dan juga berdasarkan alamat hasil carian di JPN. Akibat kegagalan serahan kertas kausa atas Perayu, maka Responden menyempurnakan serahan kertas kausa secara penyampaian ganti. Oleh itu, Mahkamah mendapati serahan kertas kausa atas Perayu adalah teratur. Ini selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan didalam Lai Yoke Ngan & Anor v Chin Teck Kwee & Anor [1997] 2 MLJ 565 dimana diputuskan: - “Accordingly, when such judgment is obtained irregularly, such irregularity would be a sufficient ground by itself for setting it aside. But where the default judgment has been obtained regularly, in order to succeed, the defendant must file an affidavit of merits, ie the defendant must disclose by affidavit evidence that prima facie he has a defence on merits. Put in another way, the affidavit must disclose that he has an arguable or triable issue on merits. [13] Isu seterusnya, adakah Perayu mempunyai pembelaan bermerit seperti yang diputuskan dalam Lai Yoke Ngan & Anor (supra). Tuntutan Responden adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 38(3) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Seksyen 37 (1), (3) dan (14) Akta yang sama. Ketika pemeriksaan dilakukan oleh Responden di premis tersebut, Perayu aalah pengguna berdaftar untuk bekalan elektrik di premis itu. Walaupun, premis dijual pada pihak ketiga pada tahun 2012, Perayu hanya meminta untuk menutup akaun bekalan elektrik pada Jun 2020 atas alasan premis tersebut telah dijual tetapi tidak memohon pernukaran nama pengguna berdaftar premis tersebut. [14] Dakwaan Perayu bahawa Responden dihalang dari membuat tuntuitan kepada Perayu kerana akibat penutupan akaun, Responden gagal memaklumkan adanya tuntutan ini, malahan memulangkan deposit dan lebihan bayaran sejumlah RM348.00. Ini adalah salah tanggapan kerana tuntutan Responden atas Perayu adalah untuk kerugian kerana pepasangan meter gagal merekodkan bacaan sebenar untuk tempoh yang dinyatakan akibat meter diusik. Pemulangan deposit kerana akaun TNB ditutup dan tidak bermakna tiada sebarang tuntutan boleh dibuat sekiranya Responden mengalami kerugian akibat pengusikan meter. Mahkamah menerima pakai otoriti yang dikemukakan oleh peguam Responden iaitu keputusan Mahkamah Persekutuan didalam Thomas Thomas v Tenaga Nasional Berhad [2017] 4CLJ 340: - “[1] TNB’s right to commence civil proceedings against its registered consumers for losses due to the commission of offences under s. 37(1), (3) and (14) of the Electricity Supply Act 1990 (“ESA”). For purposes of a claim under s.38(3) to