Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA KES JENAYAH: JA-81-36-02/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN AMYLIA BINTI ABDUL RAHMAN _________________________________________________________ ALASAN PENGHAKIMAN _________________________________________________________ 2 Pengenalan [1] Ini merupakan rayuan yang difailkan oleh orang kena tuduh (“selepas ini akan dirujuk sebagai “OKT”) terhadap keputusan Mahkamah yang diberikan pada 20.4.2021 di mana Mahkamah telah menolak permohonan jamin yang dibuat peguambela bagi pihak OKT. Latar Belakang Kes [2] OKT dalam kes ini telah dipertuduhkan atas suatu kesalahan di bawa Seksyen 302 Kanun Keseksaan (selepas ini akan dirujuk sebagai “KK”). Pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT pada 10.2.2021 di Mahkamah Majistret dalam Bahasa Melayu dan telah difahami oleh OKT. Selanjutnya, Timbalan Pendakwa Raya (selepas ini akan dirujuk sebagai “TPR”) telah memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan suatu tarikh bagi mendapatkan Laporan Post-Portem. Mahkamah telah menetapkan tarikh pada 20.4.2021 untuk status Laporan Post-Mortem. Selanjutnya, pada tarikh 20.4.2021 TPR memaklumkan kepada Mahkamah bahawa Laporan Post Mortem masih belum disediakan dan pohon tarikh selanjutnya untuk mendapatkan Laporan Post-Mortem. Di samping itu, peguambela OKT telah membuat permohonan jaminan berdasarkan Seksyen 388 (1) Kanun Tatacara Jenayah (selepas ini akan dirujuk sebagai “KTJ”) kepada Mahkamah untuk melepaskan OKT atas suatu jaminan Mahkamah. [3] Peguambela telah membuat hujahan lisan secara ringkas kepada Mahkamah berkenaan permohonan jaminan tersebut, Namun, permohonan jaminan tersebut telah dibantah oleh TPR. 3 Keputusan Mahkamah [4] Setelah mendengar hujahan-hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan jamin yang dibuat oleh OKT atas alasan bahawa Mahkamah Majistret tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberikan jaminan untuk kes-kes melibatkan “capital punishment” (jenayah berat) . Samada Mahkamah Majistret mempunyai bidang untuk mendengar dan memutuskan permohonan jamin bagi kes-kes melibatkan “capital punishment” (jenayah berat) ? [5] Bidang kuasa Mahkamah Majistret untuk mendengar kes-kes jenayah termaktub di bawah Seksyen 85 Akta Mahkamah Rendah 1950 (selepas ini akan dirujuk sebagai “AMR”) seperti berikut:- Subject to limitations contained in this Act a First Class Magistrate shall have jurisdiction to try all offences for which the maximum term of imprisonment provided by law does not exceed ten years imprisonment or which are punishable with fine only and offences under sections 392 and 457 of the Penal Code. [6] Manakala, hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret termaktub di bawah Seksyen 87 AMR seperti berikut :-