Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA WRIT SAMAN NO.: DA-22NCvC-56-11/2021 ANTARA TIMUR RAYA RESOURCES SDN BHD (NO. SYARIKAT: 723016-U) …PLAINTIF
DA-22NCvC-56-11/2021
High Court of Malaysia30 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“er will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20 them to perform their respective promises unless the performance is dispensed with or excuse under the law as in s 38 Contract Act 1950. In Anuar bin Abu Bakar v. Samsuri bin Booyman [2016] 6 MLRA 316; [2016] 6 MLJ 96; [2016] 8 CLJ 317 the”
“use under the law as in s 38 Contract Act 1950. In Anuar bin Abu Bakar v. Samsuri bin Booyman [2016] 6 MLRA 316; [2016] 6 MLJ 96; [2016] 8 CLJ 317 the Court of Appeal held that: “… under s 38 of the Contracts Act 1950, a party to a contract must unless excused under the Contracts Act or any other law, be bound by the t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA WRIT SAMAN NO.: DA-22NCvC-56-11/2021 ANTARA TIMUR RAYA RESOURCES SDN BHD (NO. SYARIKAT: 723016-U) …PLAINTIF
1
AHMAD KAMEL BIN HJ MAT
2
MAZLAN BIN HJ YUSOFF
3
ROSLI BIN SALLEH
4
MASJID AR-RAHMAH MUKIM CHEMPAKA DAERAH PANJI, JAJAHAN KOTA BHARU, KELANTAN …DEFENDAN-DEFENDAN 29/10/2025 13:49:58 DA-22NCvC-56-11/2021 Kand. 56
1
Kes ini melibatkan satu tuntutan oleh Plaintif (Plf) ke atas Defendan-defendan (Def) berkaitan satu kerja pembinaan yang dikenali sebagai “Membina dan menyiapkan Bangunan Baru Masjid ar-Rahman Kampung Chempaka Bagi Menggantikan Bangunan Lama”. Satu surat tawaran (P11) telah dikeluarkan oleh Def 4 kepada Plf untuk menyiapkan projek tersebut.
2
Pertikaian berbangkit apabila Plf mendakwa kerja-kerja pembinaan telah dilakukan oleh Plf sebagaimana persetujuan ke atas projek tersebut ke tahap 79.65% namun Def telah gagal melunaskan baki tuntutan kesiapan kerja sebanyak RM 694,218.88. Berlanjutan dari itu, Def telah dikatakan melantik kontraktor baru. Ini membawa kepada Pernyataan Tuntutan difailkan oleh Plf ke atas Def.
3
Def sebaliknya mendakwa bahawa Plf yang telah melakukan perbuatan pecah kontrak dan menyebabkan Def mengalami kerugian. Ini membawa kepada satu tuntutan balas difailkan oleh Def. Fakta kes
4
Pada 16/11/2018, Def 1 di atas nama Def 4 telah menandatangani Surat Tawaran (P11) di mana Plf telah dilantik sebagai kontraktor utama bagi projek Membina dan Menyiapkan Bangunan Baru Masjid Ar-Rahmah Kampung Chempaka Bagi Menggantikan Bangunan Lama (projek tersebut) dengan harga kontrak secara lump sum berjumlah RM3,825,000.00. Ia berdasarkan kepada dokumen berupa lukisan/pelan projek tersebut yang telah dilukis dan disediakan oleh arkitek yang dilantik oleh Def 4 iaitu Tetuan Arkitek Shukri
5
Plf telah diberi masa selama 36 bulan untuk membina dan menyiapkan pembinaan projek tersebut bermula dari 18/11/2018 sehingga 18/11/2021.
6
Plf selanjutnya telah memulakan kerja-kerja pembinaan di tapak projek tersebut mengikut spesifikasi pelan projek di atas pemantauan Def dan telah mengemukakan tuntutan berperingkat kemajuan kerja sebanyak 9 kali sehingga 9/7/2020 dengan kesemua jumlah tuntutan berjumlah RM3,046,612.50 dan menurut Plf kesiapan kerja telah mencapai tahap 79.65%.
7
Setakat 21/10/2020, Def telah membuat pembayaran kepada Plf sebanyak RM2,200,000.00 berdasarkan kepada tuntutan interim Plf tanpa apa-apa pertikaian.
8
Pada sekitar bulan November 2020, Def 1 telah bertindak melantik wakil mereka iaitu Mohd Muzani bin Mohamed Noor (SD2) untuk bertindak bagi pihak Def 4 bagi menyelia dan memberi arahan keseluruhan projek tersebut kepada Plf. SD2 adalah merupakan bekas pekerja Plf.
9
Pertikaian mula timbul setelah SD2 menyediakan bil kuantiti (Bill of Quantities) dan dokumen kontrak mengikut spesifikasi Jabatan Kerja Raya (JKR). Tindakan ini tidak dipersetujui oleh Plf. Akibat dari pertikaian ini, Def telah memberi notis mengambil alih kerja dan menamatkan kontrak Plf mengikut Fasal 51 dan Fasal 51(c) syarat-syarat kontrak yang disediakan oleh SD2. Tuntutan oleh Plf
10
Berdasarkan Pernyataan Tuntutan, Plf menuntut seperti berikut: a) mengisytiharkan penamatan kontrak kerja oleh Defendan-Defendan terhadap Plaintif mengikut Fasal 51 dan Fasal 51(c) syarat-syarat kontrak adalah tidak sah dan batal di sisi undang-undang; b) mengisytiharkan penamatan pengambilan kerja kontraktor di surat bertarikh 13/3/2021 oleh Def terhadap Plf adalah batal dan tidak sah disisi undang-undang; c) mengisytiharkan penolakan dokumen BQ Plf di surat bertarikh 14/2/2021 oleh Def adalah tidak sah dan batal di sisi undang-undang; d) mengisytiharkan harga item atau skop kerja di dokumen BQ Plf bertarikh 1/2/2021 di atas jumlah RM3,825,000.00 adalah sah; e) mengisytiharkan bahawa harga item, atau skop kerja di dokumen BQ baru – PHK Def di atas jumlah RM3,825,000.00 adalah tidak sah; f) Def membayar kepada Plf bayaran baki di tuntutan bayaran No.9 tuntutan kesiapan kerja sebanyak RM694,281.88 dan beserta faedah sebanyak 5% setahun dari tarikh pemfailan tindakan ini sehingga penyelesaian penuh; dan g) Def membayar kepada Plf ganti rugi am, ganti rugi teladan yang akan ditaksirkan oleh mahkamah di atas penamatan kontrak secara tidak sah berserta faedah sebanyak 5% setahun dari tarikh Penghakiman sehingga penyelesaian penuh. Tuntutan balas Def
11
Manakala Def menerusi Tuntutan Balas mereka menuntut seperti berikut: a) satu pengisytiharan bahawa tindakan Plf meninggalkan tapak bina adalah merupakan tindakan pecah kontrak; b) Plf hendaklah membayar kepada Def ganti rugi pecah kontrak yang perlu ditaksirkan oleh mahkamah; c) Plf hendaklah membayar kepada Def sepertimana berikut: i. RM489,756.73 (lebihan bayaran kepada Plf atas kerja-kerja yang disiapkan) atau apa-apa jumlah yang difikirkan patut dan sesuai oleh mahkamah dan/atau ditaksirkan; ii. RM191,250.00 (bon pelaksanaan atau jaminan bank yang gagal dikemukakan oleh Plf sebelum memulakan kerja-kerja/ atau wang jaminan pelaksanaan yang perlu dibuat potongan sebanyak 10% bagi setiap pembayaran tuntutan progres sehingga mencapai 5% daripada harga kontrak RM3,825,000.00) atau apa-apa jumlah yang difikirkan patut dan sesuai oleh mahkamah dan/ atau ditaksirkan; iii. RM382,500.00 (on cost charge untuk melantik kontraktor baharu bagi penyiapan projek tersebut) atau apa-apa jumlah yang difikirkan patut dan sesuai oleh mahkamah dan/ atau ditaksirkan; dan iv. RM500,000.00 (kos tambahan untuk menyiapkan projek yang telah ditinggalkan oleh Plf) atau apa-apa jumlah yang difikirkan patut dan sesuai oleh mahkamah dan/ atau ditaksirkan. Isu-isu untuk dibicarakan
12
Berdasarkan kepada pengurusan kes pra perbicaraan (PTCM) yang dijalankan oleh mahkamah bersama pihak-pihak, terdapat 3 isu yang perlu diputuskan oleh mahkamah seperti berikut: a) sama ada perjanjian di antara Plf dan Def 4 adalah sah memandangkan tiada kelulusan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berdasarkan Enakmen Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 (Enakmen No. 4/1994) untuk pembinaan Masjid Ar Rahmah; b) jika perjanjian sah, sama ada penamatan oleh Def adalah sah; dan c) jika penamatan tidak sah, berapakah jumlah yang masih tertunggak dan/atau ganti rugi serta jika penamatan sah sama ada Def berhak untuk tuntutan balas. Analisis dan dapatan mahkamah Isu (a) sama ada perjanjian di antara Plf dan Def 4 adalah sah memandangkan tiada kelulusan daripada MAIK berdasarkan Enakmen Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 (Enakmen No. 4/1994) untuk pembinaan Masjid Ar Rahmah
13
Adalah suatu fakta yang tidak dipertikaikan bahawa Def 4 adalah merupakan sebuah institusi masjid mukim yang berdaftar di bawah MAIK dan semua tugas tadbir urus Def 4 dikendalikan sepenuhnya oleh Ahli Jawatankuasa Def 4 di bawah pengawasan MAIK melalui No fail: D 231/365/8/1- 03/117.
14
Ahli Jawatankuasa Def 4 pada masa yang material adalah terdiri daripada Def 1 sebagai Pengerusi, Def 2 sebagai Setiausaha dan Def 3 sebagai Bendahari.
15
15.
1
P11 telah dikeluarkan di atas nama Def 4 dan ianya telah ditandatangani oleh Def Secara ringkasnya, P11 menyatakan: a) harga tawaran adalah sebanyak RM3,825,000.00; b) Para 2: dengan penerimaan tender ini maka wujud kontrak yang sah dan mengikat antara Def 4 dan Plf; c) Para 3: Plf perlu sediakan bon pelaksanaan 10% dari nilai kontrak sama ada dalam bentuk jaminan bank atau Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) 10% dengan tolakan 5% dari setiap bayaran interim/berperingkat; d) Para 4: tertakluk kepada syarat-syarat kontrak, Plf perlu serahkan kepada Jawatankuasa Pembinaan Masjid (a) bon pelaksanaan; (b) polisi tanggungan awam; dan (c) polisi insuran kerja; e) Para 5: sekiranya memilih kaedah para 3(i) atau tidak menyatakan mana-mana pilihan, Def 4 berhak secara automatik melaksanakan WJP jika pada tarikh milikan tapak, Plf tidak mengemukakan bon pelaksanaan; dan f) Def 4 juga ada masukkan perakuan sebagai terma /syarat di surat tawaran itu - tiada terma, syarat-syarat atau penetapan–penetapan tambahan telah dikenakan dengan terkeluarnya surat tawaran ini melainkan yang terkandung dalam Dokumen Cadangan serta komitmen yang telah diberi semasa mesyuarat rundingan harga.
16
Berdasarkan P12 iaitu surat oleh MAIK bertarikh 25/2/2021, Def 4 telah diiktiraf sebagai di bawah pentadbiran MAIK dan jawatankuasa Def 4 turut didaftarkan dengan MAIK mengikut sijil dikeluarkan no: D231/365/8/1-03/117. Semua fungsi dan pentadbiran masjid Def 4 itu dikendalikan sepenuhnya oleh Ahli Jawatankuasa Masjid mengikut Tauliah Perlantikan dan Garis Panduan dan Bidang Tugas Ahli Jawatankuasa Masjid yang dikeluarkan oleh MAIK.
17
Peguam Def menghujahkan bahawa Def 4 adalah sebuah institusi yang ditadbir sepenuhnya oleh MAIK. Namun telah memasuki kontrak pembinaan ini tanpa apa-apa kelulusan daripada pihak MAIK dan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) yang merupakan pihak berwajib dalam memberi apa-apa kelulusan pembangunan semasa P11 dikeluarkan. Hal ini diakui sendiri oleh saksi Plf iaitu SP3 bahawa mereka tahu projek pembinaan masjid tersebut tidak diluluskan oleh MAIK dan MPKB semasa itu.
18
Mahkamah mendapati bahawa Def 4 bertindak secara sendiri melalui pengeluaran P11 dan tawaran ini tidak langsung dikaitkan dengan MAIK. Ia hanya melibatkan Plf dan Def 4. Bayaran yang akan dikemukakan adalah melalui sumbangan kewangan orang ramai yang dikawal selia oleh Def 4 dari akaun atas nama Def 4. Dana ini langsung tidak melibatkan
19
Kewujudan akaun bank atas nama Def 4 menunjukkan bahawa Def 4 merupakan satu entiti yang diiktiraf serta berupaya mengumpul serta menyimpan wang sumbangan yang diterima.
20
Bukan sekadar itu, keterangan yang tidak dipertikaikan menunjukkan bahawa Plf telah membuat tuntutan kemajuan kerja bagi projek tersebut sebanyak 9 kali dan telah diterima sebagai fakta yang dipersetujui. Fakta ini turut dipersetujui oleh SD1 yang merupakan saksi Def.
21
Tuntutan bayaran kerja Plf telah diserahkan kepada Def 1 dan Plf telah membuat tuntutan bayaran kerja mengikut kaedah ini sebagaimana telah dipersetujui di antara kedua-dua pihak bermula dari tuntutan interim No.1 hingga No.9 sebagaimana ekshibit P61 – P69. Jumlah yang telah dibayar kepada Plf sebanyak RM2,894,281.88 selepas tolak WJP sebanyak 5% berjumlah RM152,330.63 sebagaimana terma dalam P11.
22
Selain itu, kedua-dua pihak pada masa material telah jelas dan bersetuju bayaran kemajuan kerja adalah mengikut kuantiti kerja yang ditentukan semasa kerja-kerja binaan dilaksanakan mengikut keadaan di tapak berpandukan kepada lukisan pelan. Pihak Def turut mengakui melantik wakil di pihak mereka untuk menilai kerja-kerja Plf tersebut (D79 dan D85) semasa mesyuarat AJK Masjid bersama kontraktor pada 21/12/2019 yang turut dihadiri oleh Pemantau Pembinaan, Ridzwan Yusoff (D85).
23
Dalam tempoh pembinaan sedang dijalankan, Def turut telah mengadakan mesyuarat tapak pada 1/12/2020 bersama Plf dan memutuskan untuk melantik SD2 untuk menyelia dan memberi arahan kerja kepada Plf di mana SD2 telah melantik konsultan Mokhnar & Associates untuk menyediakan dokumen perjanjian mengikut syarat-syarat kontrak standard JKR dan menyediakan BQ.
24
Peguam Plf menghujahkan bahawa berdasarkan keseluruhan keterangan-keterangan ini menunjukkan bahawa Def 4 adalah satu institusi yang berkemampuan bukan sahaja untuk mengeluarkan P11, malahan untuk mengawal selia projek tersebut termasuk dari aspek pengendalian dana. Sehubungan dengan itu, Def 4 dihujahkan merupakan orang juristik (juristic person) yang boleh bertindak sendiri atau dengan kata lain satu badan berkeperibadian undang-undang di sisi undang-undang.
25
Orang jurisdik adalah secara amnya satu entiti bukan manusia (seperti syarikat, pertubuhan bukan kerajaan, atau agensi kerajaan) yang diiktiraf undang-undang sebagai mempunyai hak dan tanggungjawab yang berasingan daripada individu yang menganggotainya. Ia mempunyai identiti sah tersendiri yang membolehkannya membuat kontrak, memiliki harta, dan menyaman atau disaman di bawah undang-undang. Ia memiliki hak dan tanggungjawab yang berasingan daripada individu tabii yang menjadi ahli atau jawatankuasanya.
26
Secara amnya, masjid umumnya tidak dianggap sebagai orang jurisdik dalam undang-undang, terutamanya dari sudut pandangan undang-undang sivil yang ketat. Ini kerana sukar untuk mengenal pasti nukleus fizikal bagi sebuah masjid dan undang-undang tidak mengiktirafnya sebagai kumpulan individu atau institusi yang diterima pakai. Apatah lagi, dalam kebanyakan kes, masjid diuruskan oleh individu atau pertubuhan yang mewakilinya, bukannya sebagai entiti undang-undang sendiri.
27
Bagi negeri Kelantan, pembinaan serta pengimarahan sesebuah masjid diperuntukkan secara perundangannya di bawah Enakmen 4/1994. Ia menafsirkan masjid sebagai suatu bangunan yang dibina atau digunakan atau yang menyebabkan supaya digunakan untuk sembahyang Jumaat.
28
28.
Part
Bahagian IV Enakmen 4/1994 memperuntukkan peruntukan berkaitan masjid. Secara amnya, ia menyatakan bahawa
Content
MAIK adalah merupakan pemegang amanah tunggal bagi semua masjid dalam negeri Kelantan.
29
Bidangkuasa MAIK terhadap setiap masjid dalam negeri Kelantan termasuk Def 4 hanyalah sebagai pemegang amanah tunggal bagi masjid. Ia menyatakan; “(1) Walau apapun peruntukan yang terkandung dalam mana-mana suratcara, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua masjid di dalam negeri dan setiap masjid bersama-sama dengan tanahnya, dan mana-mana tanah yang berhubungan dengannya dan digunakan bagi faedah masjid selain daripada tanah kerajaan atau tanah rizab bagi maksud awam, hendaklah sebaik sahaja didaftarkan di bawah Kanun Tanah Negara tanpa apa-apa penyerahanhak atau pindahmilik, terletakhak kepada Majlis bagi maksud Enakmen ini.”
30
Peruntukan undang-undang ini hanya membicarakan berkaitan pemegang amanah sama ada ke atas masjid atau tanahnya. Ia lebih khusus kepada pemilikan masjid tersebut. Tiada sebarang peruntukan lain dalam Enakmen 4/1994 yang menyatakan secara jelas siapakah yang secara perundangannya mempunyai tanggungjawab serta bidangkuasa perundangan untuk mentadbir sesebuah masjid dalam erti kata mempunyai bidangkuasa untuk bertindak bagi pihak masjid.
31
Dalam bidang kuasa undang sivil yang di amalkan di United Kingdom (UK), masjid tidak diiktiraf sebagai mempunyai bidangkuasa perundangan kerana masjid pada kebiasaannya ditadbir oleh satu pertubuhan. Undang-undang di UK hanya mengiktiraf sesuatu pertubuhan sebagai mempunyai bidangkuasa perundangan yang membolehkan pertubuhan tersebut mentadbir sesebuah masjid dalam penyeliaannya.
32
Namun situasi adalah berbeza dalam senario kes ini memandangkan secara perundangannya, pentadbiran sesebuah masjid adalah dilaksanakan oleh satu jawatankuasa yang diiktiraf oleh MAIK. Dalam masa yang sama sumber kewangan sesebuah masjid adalah dari sumber dana awam dan ia ditadbir serta diurus secara langsung oleh masjid tersebut.
33
Kebiasaannya pembinaan sesebuah masjid adalah melalui konsep wakaf atau sumbangan derma. Peranan jawatankuasa yang ditubuhkan adalah bertanggungjawab untuk memastikan dana awam yang terkumpul tersebut digunakan sebaiknya untuk pembinaan masjid sepertimana yang menjadi hasrat para pemberi sumbangan atau penderma.
34
Kesemua ini hanya dapat dilaksanakan hanya apabila masjid diiktiraf sebagai satu entiti yang terpisah dan mempunyai hak serta liabiliti undang-undang. Dalam konteks tersebut, mahkamah berpandangan bahawa ia mewajarkan masjid dianggap sebagai satu badan berkeperibadian undang- undang dalam konteks undang-undang yang membolehkan masjid membuat kontrak dan boleh disaman atau menyaman.
35
Dalam kes Shriomani Gurudwara Prabandhak Committee, Amritsar v Shri Som Nath Dass & Ors AIR 2000 SC 1421, pendirian yang sama telah diutarakan oleh Misra J yang menyatakan; “When a donor endows for an idol or for a mosque or for any institution, it necessitates the creation of a juristic person. The law also circumscribes the rights of any person receiving such entrustment to use it only for the purpose of such juristic person.” “In this background, we find that this court in Sarangadeva Periya Matam & Anr Vs Ramaswami Goundar (dead) by legal representatives, AIR 1966 SC 1603, held that a Mutt was the owner of the endowed property and that like an idol, the Mutt was a juristic person and thus could own, acquire or possess any property. In Masjid Shahid Ganj & ors Vs Shiromani Gurdwara Parbandhak Committee, Amritsar, AIR 1938 Lahore 369, a full bench of that High Court held that a mosque was a juristic person. This decision was taken in appeal to the Privy Council which confirmed the said judgement.”
36
Selain itu, masjid biasanya diasaskan di atas tanah yang diwakafkan untuk kegunaan awam. Setelah diwakafkan, ia bukan lagi harta persendirian sebaliknya hak masyarakat, yang membolehkannya berfungsi sebagai entiti yang kekal untuk manfaat masyarakat. Oleh itu, sebagai sebuah wakaf, masjid mempunyai status yang membolehkannya memegang harta dan menguruskan hal ehwal kewangan seperti tabung sumbangan secara berasingan daripada pengurus atau individu yang menyumbang.
37
Sesebuah masjid juga perlu didaftarkan sebagai badan sah untuk membolehkannya menguruskan kewangan, menerima geran, dan melaksanakan aktiviti lain. Ini membolehkan pihak pengurusan masjid, seperti jawatankuasa, bertindak sebagai wakil atau pemegang amanah yang menguruskan harta dan hal ehwal masjid. Oleh itu, wajar masjid diiktiraf untuk memberikan peranan undang-undang kepada entiti bagi membolehkan masjid memainkan peranannya.
38
Mahkamah berpandangan bahawa fungsi MAIK hanyalah untuk tujuan keseragaman dan pentadbiran MAIK dalam mengawal selia masjid-masjid dalam negeri Kelantan agar ianya mematuhi keperluan syariat. MAIK tidak dalam mana-mana keadaan akan menanggung apa-apa liabiliti ke atas sebarang kesalahan yang dilakukan oleh jawatankuasa masjid yang mewakili sesebuah masjid.
39
Dalam masa yang sama, tiada sebarang keperluan statutori maupun pentadbiran yang mengkehendaki mana-mana masjid untuk mendapatkan kelulusan daripada MAIK dalam menjalankan fungsinya. Oleh itu tidak ada sebarang keperluan ke atas Def 4 untuk mendapatkan kelulusan MAIK bagi megawalselia pembinaan masjid tersebut dari aspek pembinaannya seperti perlantikan Plf sebagai kontraktor dan mengeluarkan surat tawaran sepertimana di P11.
40
Begitu juga berkaitan kelulusan daripada MPKB. Walaupun mahkamah bersetuju sebagai sebuah kerajaan tempatan, MPKB berperanan untuk mengawal pembangunan di dalam daerahnya, maka sebarang kelulusan apa-apa pembangunan perlu terlebih dahulu mendapat kelulusannya. Namun ia tidak menjadikan Def 4 tidak mempunyai bidangkuasa untuk mengeluarkan P11. Ia lebih kepada tanggungjawab Def 4 untuk mendapatkan kelulusan MPKB.
41
Sehubungan dengan itu, mahkamah merumuskan bahawa berdasarkan P11, telah wujud kontrak yang sah dan mengikat antara Plf dan Def 4 apabila Def 1 sendiri mengakui bahawa beliau mempunyai kuasa menandatangani P11 tersebut bagi pihak Def 4. Keterangan saksi-saksi Def sendiri semasa perbicaraan tidak pernah membangkitkan isu keesahan kontrak antara Plf dan Def 4. Isu (b); jika perjanjian sah, sama ada penamatan oleh Def adalah sah
42
Secara amnya, pihak-pihak adalah terikat dengan perjanjian yang telah dimasuki oleh mereka. Bila wujud sebarang pertikaian, mahkamah perlu membuat keputusan berdasarkan klausa-klausa yang diperuntukkan dalam perjanjian dengan memberikan pengertian yang objektif (objective meaning) berdasarkan niat kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut.
43
Ini sepertimana yang dinyatakan oleh seksyen 38 Akta Kontrak 1950 (Akta 136) seperti berikut:
38
Kewajipan pihak-pihak kontrak. Pihak-pihak suatu kontrak wajib melaksanakan atau wajib menawarkan untuk melaksanakan janji mereka masing-masing, melainkan jika pelaksanaan sedemikian itu telah dilepaskan atau dimaafkan oleh peruntukan-peruntukan Ordinan ini atau mana-mana undang-undang lain.
44
Mahkamah Rayuan dalam kes Ng Yoke Har v. Pernod Richard Malaysia Sdn Bhd [2019] 4 MLRH 471 telah merumuskan tafsiran seksyen 38 Akta 136 seperti yang berikut: [23] it is also trite law that the parties to a contract are bound by the terms of the contract entered between them to perform their respective promises unless the performance is dispensed with or excuse under the law as in s 38 Contract Act 1950. In Anuar bin Abu Bakar v. Samsuri bin Booyman [2016] 6 MLRA 316; [2016] 6 MLJ 96; [2016] 8 CLJ 317 the Court of Appeal held that: “… under s 38 of the Contracts Act 1950, a party to a contract must unless excused under the Contracts Act or any other law, be bound by the terms of the contracts so entered between them. The parties are therefore estopped from denying what had been agreed between them. [25] I am reminded that the court must always construe APSA in its literal and ordinary meaning and is in no position to improve or to make the term fairer or reasonable and only be concerned with what it means (see Court of Appeal in The Government of Malaysia v. Imej Warisan Sdn Bhd [2018] 1 SSLR 166; [2018] 2 MLJ 791; [2018] 5 CLJ 436.”
45
Manakala Mahkamah Persekutuan dalam kes SPM Membranes Switch Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Selangor [2016] 1 MLRA 1 telah memutuskan seperti berikut; “[45]…the court does not make a contract for the parties. The court will not even improve the terms which the parties have made for themselves, however desirable the improvement might be. The courts’s function is to interpret and apply the contract which the parties have made for themselves. If the express terms are perfectly clear and free from ambiguity, there is no choice to be made between different possible meanings; the clear terms must be applied even if the court thinks some other terms would have been suitable. An unexpressed term can be implied if and only courts finds that the parties must have intended that term to form part of their contract.”
46
Peguam Plf menghujahkan bahawa Plf telah telah melakukan kewajipan dan pada semua keadaan telah mematuhi segala obligasi dan arahan di P11 tersebut. Pertamanya, Plf telah memenuhi terma yang dipersetujui dalam surat tawaran tersebut dengan bertindak membeli Insurans Tanggungan Awam dan Polisi Insurans Kerja sebagaimana di P53.
47
Seterusnya berkenaan dengan WJP yang dikenakan potongan sebanyak sepuluh peratus (10%) daripada setiap bayaran interim sehingga jumlah lima peratus (5%) harga kontrak sebagaimana dinyatakan di dalam P11 tersebut di mana Plf melalui keterangan SP3 telah membuktikan Plf telah membuat tolakan pada setiap kali buat tuntutan bayaran kemajuan interim.
48
Fakta yang tidak dipertikaikan menunjukkan Plf telah membuat tuntutan kemajuan kerja bagi projek tersebut sebanyak 9 kali dan telah diterima sebagai fakta yang dipersetujui. Surat tuntutan interim No.1 hingga No.9 kepada Def 4 dapat dilihat di P61 sehingga P69.
49
Kerja-kerja yang dibuat oleh Plf telah dikira berdasarkan pelan lukisan (as built on site plan) dan dilampirkan bersekali deskripsi kemajuan kerja di mana Def perlu membayar Plf sebanyak RM2,894,281.88. Walaupun begitu, Def hanya membayar sebanyak RM2,200,000.00 sebagaimana status bayaran kontraktor utama di P71.
50
Masalah berbangkit apabila P11 tersebut tidak diikuti dengan apa-apa perjanjian yang lebih lengkap. Berdasarkan kepada P11 tersebut, tempoh kontrak adalah pada 18/11/2018 sebagai tarikh milik tapak dan 18/11/2021 adalah tarikh penyiapan. Plf telah mengemukakan tuntutan-tuntutan bayaran kepada Def 1 berdasarkan BQ yang disediakan berdasarkan pecahan-pecahan harga kontrak tanpa sebarang persetujuan pihak Def dan tanpa pengesahan arkitek dan jurukur bahan bertauliah.
51
Sehinggalah pada satu peringkat di mana Def telah membayar kepada Plf sebanyak RM2,250,000.00 setakat 21/10/2020. Di peringkat ini, Def berpandangan bahawa kerja yang disiapkan berbanding dengan bayaran yang telah dibuat telahpun melebihi peratusan bayarannya. Pada masa itu Def telah meminta supaya satu kontrak rasmi ditandatangani dan pengiraan dibuat semula samada peratusan penyiapan kerja yang didakwa oleh Plf benar dan ini dapat dilihat daripada keterangan SP3.
52
Berikutan itu, Def telah mengadakan mesyuarat tapak No.1 pada 1/12/2020 bersama Plf dan memutuskan untuk melantik SD2 sebagai wakil Def 4 untuk menyelia dan memberi arahan kerja kepada Plf dan SD2 telah melantik konsultan Mokhnar & Associates untuk menyediakan dokumen perjanjian mengikut syarat-syarat kontrak standard JKR dan penyediaan BQ di atas alasan terma dan syarat di dalam P11 tersebut adalah tidak lengkap (D88).
53
Berlanjutan itu, pada 9/12/2020 melalui surat kepada Def di P4, Plf telah memberi persetujuan Def untuk menerima perlantikan wakil tersebut dan semua kos perbelanjaan akan ditanggung oleh Def 4 sepenuhnya dan apa-apa arahan daripada wakil Def hanya akan sah setelah dokumen kontrak ditandatangani. Namun, sementara dokumen kontrak ditandatangani, apa-apa arahan Wakil Def 4 kepada Plf hendaklah dengan persetujuan bersama.
54
Setelah perlantikan SD2 tersebut, terdapat siri mesyuarat tapak di antaranya Mesyuarat Tapak No.1 dan No.2. Namun telah berlaku pertikaian berkenaan kandungan minit mesyuarat kerana Plf menyatakan apa yang tercatit dalam minit mesyuarat tersebut tidak tepat dan bukanlah sebagaimana perbincangan dan persetujuan yang dicapai semasa mesyuarat. Minit mesyuarat tersebut juga tidak diserahkan kepada Plf terlebih awal untuk diluluskan. Dalam masa yang sama, sehingga perbicaraan, tiada sebarang dokumen perjanjian kontrak disediakan dan sebaliknya Def hanya mengeluarkan dokumen BQ dan BQ PHK sahaja.
55
Punca pertikaian di antara Plf dan Def disebabkan SD2 cuba memasukkan item baru yang di luar dari pelan lukisan ke dalam Dokumen Kontrak iaitu kelengkapan elektrikal seperti lampu, kipas dinding, kipas siling dan peralatan berkaitan sebagaimana di dalam minit mesyuarat 1/12/2020 di muka surat 194 di ekshibit D88. Pada asalnya di dalam pelan lukisan hanya dinyatakan Plf hanya perlu menyediakan punca elektrik sahaja.
56
Plf melalui surat bertarikh 21/02/2021 kepada Def 1 telah menyatakan bahawa Plf tidak akan menandatangani dokumen baru PHK kerana dibuat tanpa perundingan dan persetujuan Plf dan menuntut BQ Plf yang dihantar diterima semula oleh Def. Notis turut diberikan kepada Def bahawa Plf akan menyambung semula kerja selepas pertikaian selesai.
57
Meskipun begitu, Def 1 bagi pihak Def 4 telah mengeluarkan surat bertarikh 22/2/2021 kepada Plf memberi notis 14 hari untuk mengambil alih kerja atau menamatkan kontrak kerja Plf mengikut Fasal 51 dan Fasal 51 (c) syarat-syarat kontrak sekiranya Plf tidak mengembalikan dokumen PHK, tidak memulakan kerja dan tidak membaiki sepenuhnya kerja yang cacat. Ia sepertimana di D30.
58
Peguam Def sebaliknya menghujahkan bahawa hanya setelah kegagalan Plf mematuhi notis-notis amaran yang dikeluarkan oleh SD2 barulah notis penamatan di D30 dikeluarkan. Ini selari dengan ekshibit iaitu minit mesyuarat pada 1/12/2020 iaitu P19 di muka surat 16 hingga 19 dan P4 di muka surat 20 hingga 22, P23 di muka surat 36, P24 di muka surat 37, D25 di muka surat 38, D26 di muka surat 39, P10 di muka surat 40 hingga 45, D29 di muka surat 47 hingga 48 dan D30 di muka surat 52 hingga 54.
59
Ini dikatakan membawa kepada Plf meninggalkan tapak projek tersebut (abandoned the site) sejak akhir Januari dan seawal Februari 2021 sebagaimana dinyatakan di para 1.4 ekshibit D30 di muka surat 53 dan disokong oleh gambar-gambar di ekshibit D93. Ia turut disokong oleh keterangan saksi Plf sendiri iaitu SP2.
60
Peguam Def mengambil pendekatan bahawa di atas sebab itulah kontrak telah ditamatkan oleh Def pada 13/3/2021 sebagaimana ekshibit D33. Pendirian Def adalah penamatan kontrak masih boleh dibuat walaupun tempoh penyiapan kontrak masih lagi belum tiba jika sekiranya kerja-kerja tidak dilaksanakan dengan tekun dan teratur.
61
Penamatan kontrak diambil apabila Def berpuas hati bahawa kelewatan di pihak Plf telah mencapai suatu tahap yang mewujudkan suatu keadaan yang tidak munasabah untuk Def terus berharap yang Plf boleh menyiapkan projek tersebut. Konsep ini disebut sebagai pemungkiran terjangka (anticipatory breach) dan peguam Def berpegang kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Damansara Realty Berhad v Bungsar Hill Holdings Sdn Bhd & anor [2011] 6 MLJ 464 yang antara lain memutuskan; “... An anticipatory breach is where a fixed and exact date has been set for performance and one of the parties has indicated his refusal or displayed inability to perform his part of the bargain. Thus, in such circumstances, where it becomes apparent that a breach would be inevitable, the innocent party may be entitled to anticipate the said default and terminate the contract before it is due. This makes perfect commercial sense because the innocent party may proceed to make other necessary arrangements as may be required. .... It is therefore our considered opinion that a termination in anticipation of an inevitable breach is recognized under our law. It may be termed as termination upon an anticipatory breach (repudiation), or termination based upon a fundamental breach of an existing obligation (fundamental breach). For construction contracts, the latter would be more suited because it involves construction works over a period of time. The former is more suited for delivery of goods or contract for personal services. In any event, it is just a matter of terminology of which the modern day courts are not overly concerned with. In both circumstances, the innocent party is entitled to treat the contract as having been repudiated and may rightly treat itself as having been discharged from the contract. The innocent party has the option to rescind the contract (i.e, rescission for breach) or to affirm the contract.”
62
Peguam turut merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Sunshine Fleet Sdn Bhd v. Jabatan Kerja Raya Malaysia & Anor (GM Healthcare Sdn Bhd & Anor, third parties) [2017] 9 CLJ 114; [2018] 7 MLJ 530 yang memutuskan; “Procedurally, I find that the first defendant has followed the contract terms in bringing the contract to an end. And substantively, I am also satisfied that the defendants have established on a balance of probabilities that the plaintiff has failed to proceed regularly and diligently with the works.”
63
Mahkamah bagaimanapun berpandangan bahawa pendirian Def ini adalah bertentangan dengan surat D33 yang dikeluarkan olehnya. Tindakan Plf yang dikatakan meninggalkan tapak projek hanya berlaku selepas dari D33 dikeluarkan. Oleh itu adalah tidak wajar untuk menyatakan bahawa D33 dikeluarkan atas alasan Plf telah meninggalkan tapak projek.
64
Dalam masa yang sama, penelitian mahkamah ke atas D33 menunjukkan bahawa asas ke atas penamatan perjanjian tersebut adalah merujuk kepada: a) menandatangani dokumen PHK tersebut dan mengembalikan seberapa segera kepada pihak QS-MA; b) memulakan kerja semula; dan c) membaiki semula kerja-kerja cacat tersebut, menggantikan bahan dan barangan yang tidak sesuai tersebut.
65
Selain itu, mahkamah mendapati penamatan perjanjian menerusi D33 tersebut disebabkan oleh Plf dikatakan telah gagal mematuhi klausa-klausa yang dirujuk oleh Def iaitu mengikut syarat-syarat yang dinyatakan di dalam kontrak standard JKR dan gagal mematuhi terma-terma perjanjian apabila tidak mengemukakan bon jaminan pelaksanaan dan tidak mengemukakan sijil pengesahan arkitek untuk tuntutan kerja-kerja yang dilaksanakan dan gagal menyediakan perjanjian rasmi yang lengkap untuk ditandatangani.
66
Pada pemerhatian mahkamah, isu berkaitan syarat-syarat kontrak standard JKR baru sahaja dibincangkan pada mesyuarat tapak No.1 dan tiada sebarang dokumen perjanjian yang dipersetujui apatah lagi dimeterai antara kedua pihak. Apatah lagi menurut Plf, perkara-perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan semasa mesyuarat tapak No.1 namun telah dimasukkan dalam minit mesyuarat tersebut yang memaksa Plf untuk mengeluarkan surat bantahan pada 31/12/2020 sepertimana di P6.
67
Mahkamah turut mendapati Def ketika perbicaraan telah menyentuh berkaitan kegagalan Plf mengikut standard JKR dan sepanjang perbicaraan, saksi-saksi Def mahupun para Def sendiri tidak mengemukakan apakah standard JKR tersebut mahupun dokumen kotrak yang mengikut standard JKR secara khususnya Fasal 51 dan Fasal 51(c) yang perlu dipatuhi bagi projek tersebut. Sehubungan dengan itu, segala terma berkenaan syarat-syarat kontrak standard JKR termasuk Fasal 51 dan Fasal 51(c) tidak boleh digunakan oleh Def bagi tujuan menamatkan kontrak.
68
Mahkamah selanjutnya merumuskan bahawa ketika D33 dikeluarkan, Plf masih mempunyai tempoh masa untuk menyiapkan projek tersebut. Sebaliknya penamatan yang dibuat menggunakan fasal yang tidak wujud serta penamatan awal dari tempoh kontrak jelas adalah batal dan tidak sah disisi undang-undang.
69
Rumusan mahkamah adalah bersandarkan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Ganam Rajamany v. Somoo Sinniah [1984] 1 CLJ (Rep) 1239 yang telah memutuskan seperti berikut: “A wrongful repudiation by one party cannot, except by the election of the other party, so to treat it, put an end to an obligation; if the other party still insists on performance of the contract the repudiation is what is called brutum fulman that is, the parties are left with their rights and liabilities as before. A wrongful repudiation of a contract by one party does not of itself absolve the other party if he sues on the contract from establishing his right to recover by proving performance by him of conditions precedent.”
70
Sehubungan dengan itu mahkamah memutuskan bahawa penamatan kontrak oleh Def adalah tidak sah Isu (c); jika penamatan tidak sah, berapakah jumlah yang masih tertunggak dan/atau ganti rugi serta jika penamatan sah sama ada Def berhak untuk tuntutan balas
71
Apabila berlaku penamatan kontrak, seksyen 74 Akta 136 memperuntukkan;
74
Pampasan kerana kerugian atau kerosakan akibat dari pecah kontrak
1
Bila sesuatu kontrak telah dipecahkan, pihak yamg mengalami kerugian akibat dari pemecahan itu adalah berhak mendapat, daripada pihak yang telah memecahkan kontrak itu, pampasan kerana kerugian atau kerosakan yang dialaminya oleh sebab demikian, yang sendirinya timbul dalam keadaan biasa daripada pemecahan sedemikian itu, atau yang diketahui oleh pihak-pihaknya, bila mereka membuat kontrak itu, bahawa mungkin akan berakibat daripada pemecahan itu.
72
Mahkamah Persekutuan telah membincangkan kesan seksyen ini menerusi kes Tham Cheow Toh v. Associated Metal Smellters Ltd [1972] 1 MLRA 26 telah memutuskan; “The measure of damage recoverable … s 74 of the contracts … (1) damage arising naturally ie according to the usual course of things from the breach, and (2) when they are such as may reasonably be supposed to have been in the contemplation of both parties at the time they made the contract, as the probable result of the breach of it.”
73
Manakala Mahkamah Persekutuan dalam kes SPM Membrane Switch Sdn Bhd (supra) telah memutuskan seperti berikut; “[117] Section 74(1) and (2) in Hamdan Johan & Ors v. Felcra Bhd & Ors And Another Case [2010] 3 CU 474 was held to substantially affirm the common law rule laid down in Hadley v. Baxendale [1854] 9 Ex. 341; 165 ER 145 where in the general assessment of damages for breach of contract, the general rule is that the aggrieved party is to be put in the same position as they would be if the contract had been properly performed, so that normally he is entitled to recover from the contract breaker his loss of profit or the benefit of the bargain. The other cases cited by the appellant include Bank Bumiputera Malaysia Bhd Kuala Terengganu v. Mae Perkayuan Sdn Bhd & Anor [1993] 2 CU 495; [1993] 2 MU 76 and Nikmat Mashur Sdn Bhd v. Kerajaan Neger Johor Darul Ta'zim [2008] 9 CU 46 essentially set forth the same propositions i.e, that the damage or loss suffered must be within the contemplation of both parties whether actual or constructive, that the loss suffered was a natural and probable result of the defendant's breach and that it included loss of profits. We have no disagreement with the statements of principle in this case. It is clear that a rate of commission amounting to 20% was agreed for the collection of the arrears, and it therefore would be the natural and probable result, as well as have been in the contemplation of the parties that premature termination would result in the loss of those profits.”
74
Secara amnya, Plf menuntut bayaran berjumlah RM694,281.88 bagi kerja-kerja yang telah dilakukan sebagaimana borang kemajuan kerja di tuntutan interim No.9. Kesiapan kerja kontrak telah mencapai 79.65% dan baki kesiapan projek 20.35% dan tempoh masa kesiapan kontrak adalah 36 bulan bersamaan 1095 hari. Bayaran yang diterima setakat tindakan ini difailkan di mahkamah adalah RM2,200,000.00 dan baki yang belum dijelaskan adalah RM694,281.88. WPJ bagi 5% terkumpul adalah sebanyak
75
Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan, terdapat 9 tuntutan interim dikemukakan di mana jumlah sebenar adalah RM3,046,612.50 dan setelah membuat tolakan WJP sebanyak 5% iaitu berjumlah RM152,330.63, maka bayaran yang perlu dibayar kepada Plf adalah RM2,894,281.88 sahaja. Pada hakikatnya, Plf hanya menerima RM2,200,000.00 sahaja daripada Def dan berbaki sebanyak RM694,281.88 yang masih belum dijelaskan oleh Def. Bayaran terakhir yang diterima oleh Plf daripada pihak Def adalah pada 21/10/2020.
76
Def sebaliknya bergantung kepada laporan perakuan akaun dan bayaran muktamad (Ekshibit D91) yang disediakan oleh SD4 namun dipertikaikan oleh Plf. Secara mudahnya Def mendasarkan kepada kadar kesiapan sepertimana yang dinyatakan dalam D91. Namun mahkamah berpandangan sepatutnya sebelum D91 dikeluarkan, kesemua pihak terlibat termasuk Plf selaku kontraktor projek tersebut perlu hadir bersama ketika SD4 menjalankan penilaian fizikal tapak projek selain daripada perbincangan bersama perlu dilakukan diantara Plf.
77
Sebaliknya, SD4 bergantung sepenuhnya kepada dokumen BQ-PHK Def yang merupakan dokumen yang dipertikaikan oleh Plf dan menolak terus dokumen BQ Plf. Di atas kegagalan tersebut, perakuan muktamad yang dikeluarkan oleh Def bagi pandangan mahkamah adalah tidak tepat dan ia memprejudiskan Plf kerana Def menokok tambah item dan kos yang tidak wujud dalam kontrak tersebut.
78
Atas alasan itu, mahkamah memutuskan bahawa di atas imbangan keberangkalian Plf telah berjaya membuktikan tuntutannya dan Def wajar diperintahkan untuk membayar kepada Plf sejumlah RM694,281.88 yang masih belum dijelaskan oleh Def.
79
Berkaitan tuntutan-tuntutan lain, mahkamah memutuskan bahawa Plf tidak berjaya membuktikan sebarang kerugian yang berlaku di pihak Plf yang mewajarkan mahkamah ini untuk mengawardkan apa-apa ganti rugi kepada Plf.
80
Berkaitan tuntutan balas Def, mahkamah merumuskan bahawa apabila mahkamah memutuskan bahawa penamatan perjanjian oleh Def adalah tidak sah, maka sekaligus Def adalah tidak layak untuk diawardkan apa-apa ganti rugi.
81
Secara kesimpulannya mahkamah memutuskan bahawa Plf di atas imbangan keberangkalian telah berjaya membuktikan tuntutannya dan mahkamah memerintahkan seperti berikut: a) penamatan kontrak kerja oleh Def terhadap Plf mengikut Fasal 51 dan Fasal 51(c) syarat-syarat kontrak adalah tidak sah dan batal di sisi undang-undang; b) penamatan pengambilan kerja kontraktor di surat bertarikh 13/3/2021 oleh Def terhadap Plf adalah batal dan tidak sah disisi undang-undang; c) penolakan dokumen BQ Plf di surat bertarikh 14/2/2021 oleh Def adalah tidak sah dan batal di sisi undang-undang; d) harga item atau skop kerja di dokumen BQ Plf bertarikh 1/2/2021 di atas jumlah RM3,825,000.00 adalah sah; dan e) Def membayar kepada Plf bayaran baki di tuntutan bayaran No.9 tuntutan kesiapan kerja sebanyak
82
Memandangkan kes ini melibatkan dana awam bagi pembinaan masjid, maka tiada perintah berkaitan kos diberikan. Dalam masa yang sama, di atas persetujuan Plf, mahkamah turut tidak mengenakan apa-apa faedah ke atas jumlah yang perlu dibayar oleh Def kepada Plf. Bertarikh : 29hb. Oktober, 2025 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Pihak-Pihak: Bagi Pihak Plaintif : Abqary bin Abdul Aziz Siti Nur Zafikah binti Zulkifli Tetuan Abqary Aziz & Co. Peguambela & Peguamcara Pt 8038, Tingkat 2 Bandar Satelit Pasir Tumboh 16150 Kota Bharu Kelantan Darul Naim Bagi Pihak Defendan : Zainal Abidin bin Mustaffa Muhammad Habil bin Zainal Abidin Tetuan Zainal & Mariani Peguambela & Peguamcara Lot 356 & 357, Tingkat 1 Jalan Sultan Ibrahim 15050 Kota Bharu Kelantan Darul Naim Tarikh Keputusan : 30hb. Julai, 2025 Perundangan Yang Dirujuk: Enakmen Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 Akta Kontrak 1950 Kes-Kes Yang Dirujuk: Shriomani Gurudwara Prabandhak Committee, Amritsar v Shri Som Nath Dass & Ors AIR 2000 SC 1421 Ng Yoke Har v. Pernod Richard Malaysia Sdn Bhd [2019] 4 MLRH 471 SPM Membranes Switch Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Selangor [2016] 1 MLRA 1 Damansara Realty Berhad v Bungsar Hill Holdings Sdn Bhd & anor [2011] 6 MLJ 464 Sunshine Fleet Sdn Bhd v. Jabatan Kerja Raya Malaysia & Anor (GM Healthcare Sdn Bhd & Anor, third parties) [2017] 9 CLJ 114; [2018] 7 MLJ 530 Ganam Rajamany v. Somoo Sinniah [1984] 1 CLJ (Rep) 1239 Tham Cheow Toh v. Associated Metal Smellters Ltd [1972] 1
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.