Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH DALAM NEGERI PERAK MALAYSIA SEMAKAN KEHAKIMAN NO.: AA-25-23-07/2024 ANTARA TIRAM TRAVEL SDN BHD (NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: 081475-K) …PEMOHON
AA-25-23-07/2024
High Court of Malaysia19 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“thing badly wrong with our judicial system. To justify the courts' exercise of this role, resort I think is today no longer needed to Viscount Radcliffe's ingenious explanation in Edwards v. Bairstow [1956] AC 14, of irrationality as a ground for a court's reversal of a decision by S/N wPGFgwwKu06eiOkccRAR8w **Note : S”
“s not received fair treatment by the authority to which he has been subjected. Put differently, in the words of Lord Diplock in Council of Civil Service Unions & Ors v. Minister for the Civil Service [1985] AC 374, where the impugned decision is flawed on the ground of procedural impropriety. But Lord Diplock's other g”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH DALAM NEGERI PERAK MALAYSIA SEMAKAN KEHAKIMAN NO.: AA-25-23-07/2024 ANTARA TIRAM TRAVEL SDN BHD (NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: 081475-K) …PEMOHON
1
1.
2
NOORHIDAYAH BINTI RAMLI (NO. K/P: 850510-03-6144 …RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tiram Travel Sdn Bhd yang merupakan Pemohon telah memfailkan semakan kehakiman kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna yang telah mengeluarkan award atau keputusan bertarikh 29/4/2024 (Award tersebut) dan memerintahkan Pemohon membayar kepada Noorhidayah binti Ramli yang merupakan Responden Kedua S/N wPGFgwwKu06eiOkccRAR8w sebanyak RM7,200.00 dan kos sebanyak RM1,500.00 dalam tempoh 30 hari dari tarikh award tersebut.
2
Pemohon adalah suatu syarikat yang menjalankan perniagaan sebagai suatu agensi pelancongan yang menawarkan, antaranya pakej Umrah dan Ziarah.
3
Pada sekitar bulan 31/3/2023, Responden Kedua telah membuat tempahan bersama Pemohon suatu pakej Umrah untuk tempoh 12 hari dan 10 malam bermula dari dari 21/12/2023 sehingga 2/1/2024 untuk dirinya dan dua orang individu yang lain iaitu:-
i
Mastura binti Kusaini; dan
II
(ii) Muhamad Khairul Aswadi bin Hussin;
4
Harga pakej bagi setiap peserta adalah berjumlah RM8,790.00 seorang dan jumlah keseluruhan harga pakej adalah sebanyak RM61,530.00 mengikut terma-terma dan syarat-syarat Pemohon bagi pakej Umrah tersebut. Responden Kedua dan ahli keluarganya telah bersetuju dengan terma-terma pakej dan membuat bayaran deposit tempahan sebanyak RM3,000.00 pada 3/2/2023.
5
Pakej umrah yang ditempah oleh Responden Kedua adalah berdasarkan pakej yang dinamakan di dalam risalah pemasaran Pemohon sebagai “Pakej Safwah” dimana harga “fullboard” untuk setiap jemaah adalah sebanyak RM7,990.00 di bawah pakej S/N wPGFgwwKu06eiOkccRAR8w tersebut penerbangan adalah melalui Malaysia Airlines manakala penginapan hotel di Mekah adalah Hotel di Safwah Clocktower (Dorrar Al Eiman Royal Hotel) dan di Madinah adalah Hotel Royal Madinah atau setarafnya.
6
Namun begitu tarikh berlepas yang diminta oleh Responden Kedua iaitu pada 21/12/2023 adalah pada musim cuti sekolah. Oleh itu terdapat caj tambahan bagi musim cuti sekolah sebanyak RM800.00 seorang yang menjadikan harga pakej naik menjadi RM8,790.00. Pada setiap masa material caj tambahan dan kenaikan harga pakej bagi pakej Safwah tersebut adalah diketahui dan dipersetujui oleh Responden Kedua.
7
Pemohon telah mengeluarkan suatu Tax Invois No. TJMINV01174 bertarikh 31/3/2023 kepada Responden Kedua bagi tempahan pakej Umrah Responden Kedua dan ahli keluarganya.
8
Responden Kedua telah kemudian membuat bayaran-bayaran bagi tempahan pakej Umrah tersebut sehingga bayaran penuh pada 19/10/2023.
9
Berdasarkan tempahan pakej oleh Responden Kedua dan kumpulan jemaah-jemaah yang lain, Pemohon telah menempahkan tiket penerbangan bersama syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan menempah 150 bilik di Hotel di Safwah Clocktower bersama pihak agen iaitu Aerostar Alliance Sdn Bhd bagi penginapan jemaah pada bulan Disember 2023. Tempahan bilik-bilik hotel adalah dibuat secara “blok” berdasarkan jadual penerbangan dan ketibaan para Jemaah. S/N wPGFgwwKu06eiOkccRAR8w
10
Pemohon telah menguruskan kesemua 145 kumpulan jemaah yang melibatkan 5,484 orang jemaah sepanjang bulan Disember 2023 dengan beberapa syarikat penerbangan khususnya syarikat Malaysia Airlines dan syarikat Air Asia. Pemohon juga telah mendapat tempahan tambahan dari jemaah yang ingin menunaikan umrah pada cuti sekolah pada bulan Disember 2023.
11
Namun begitu syarikat-syarikat penerbangan telah menyusun semula dan merombak penerbangan ke Mekah dan Madinah disebabkan sambutan yang tidak mengalakkan pada awal musim bulan Disember 2023.
12
Rombakan penerbangan oleh syarikat-syarikat penerbangan tersebut telah menyebabkan jadual penerbangan dan tarikh pakej-pakej Umrah yang ditempah oleh Pemohon untuk kumpulan-kumpulan jemaah berubah sehingga menjadikan tempahan bilik hotel di Safwa Clocktower bagi 10 kumpulan jemaah bertindih dengan kumpulan-kumpulan yang lain.
13
Disebabkan tiada kekosongan lain di hotel tersebut, maka Pemohon telah mendapatkan bilik hotel ganti dari hotel-hotel lain yang mempunyai kekosongan bilik hotel pada tarikh-tarikh penginapan 10 kumpulan tersebut.
14
Memandangkan keterbatasan masa dan kekosongan bilik hotel yang terhad, Pemohon dapat menggantikan 9 dari 10 kumpulan dengan bilik hotel 5 bintang yang setaraf dengan hotel di Safwah S/N wPGFgwwKu06eiOkccRAR8w Clocktower iaitu seperti hotel Le Meridian Ajyad, Azka Al-Safa dan Olayan Ajyad.
15
Tetapi terdapat satu kumpulan jemaah termasuk kumpulan jemaah Responden Kedua yang tidak dapat ditempatkan dengan hotel yang sama taraf dengan Hotel di Safwah Clocktower kerana tiada kekosongan bilik dan terpaksa ditempatkan di hotel-hotel yang bertaraf di bawah 5 bintang.
16
Bagi kumpulan jemaah Responden Kedua mereka telah ditempatkan di Hotel Marsah Al Jariah yang jaraknya lebih kurang 1 kilometer dari dataran Masjidil Haram.
17
Untuk penginapan hotel di Madinah, Pemohon telah menempatkan kumpulan Responden Kedua di Hotel Arjwan Al Dahbi yang merupakan hotel yang kurang setaraf dengan Hotel Royal Madinah.
18
Sebagai gantirugi untuk perbezaan bilik hotel di bawah pakej Safwah bagi kumpulan yang telah ditempatkan di hotel yang tidak setaraf dengan Hotel di Safwah Clocktower yang dijanjikan, Pemohon telah menawarkan bayaran semula atau “refund” sebanyak RM600.00 secara tunai yang akan di bayar kepada jemaah semasa di Madinah. Bayaran ini adalah berdasarkan perbezaan harga di antara harga tempahan Hotel Safwah Clocktower dan harga tempahan hotel ganti. Tawaran ini telah diterima oleh kebanyakan jemaah di dalam kumpulan tersebut tetapi kumpulan Responden Kedua enggan menerima tawaran Pemohon. S/N wPGFgwwKu06eiOkccRAR8w
19
Responden Kedua tidak berpuas hati dengan tawaran bayaran semula Pemohon dan telah memfailkan tuntutan terhadap Pemohon di Tribunal Tuntutan Pengguna melalui Pernyataan Tuntutan (Borang 1) bertarikh 8/1/2024 untuk mendapatkan jumlah sebanyak RM7,200.00 berdasarkan kiraan RM2,400.00 seorang bagi tiga orang jemaah sebagai bayaran semula pakej Umrah.
20
Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna telah mengeluarkan award atau keputusan bertarikh 29/4/2024 (“Award tersebut”) dan memerintahkan Pemohon untuk membayar kepada Responden Kedua sebanyak RM7,200.00 dan kos sebanyak RM1,500.00 dalam tempoh 30 hari dari tarikh Award tersebut.
21
Pihak Pemohon berhujah bahawa Responden Pertama terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau membuat keputusan yang tidak rasional apabila membenarkan tuntutan Responden Kedua yang berdasarkan dakwaan tidak berasas bahawa kononnya pakej yang dibeli dan pakej yang diterima adalah berbeza. Walaupun Responden Pertama telah mengurangkan jumlah award namun begitu adalah jelas sebagaimana di dalam Alasan Penghakiman beliau bahawa Responden Pertama membuat keputusan bahawa Responden Kedua telah membuktikan tuntutannya bahawa pakej Umrah Responden Kedua telah di turun taraf.
22
Pihak Pemohon berhujah bahawa Responden Pertama terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau membuat keputusan yang tidak rasional apabila membuat dapatan fakta yang salah dan membuat keputusan berdasarkan dapatan fakta yang salah bahawa kononnya S/N wPGFgwwKu06eiOkccRAR8w Pemohon telah “mengakui” bahawa pakej diturun taraf kerana tempahan tambahan.
23
Pihak Pemohon seterusnya menegaskan bahawa Responden Pertama terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau membuat keputusan yang tidak rasional apabila gagal mempertimbangkan keterangan Pemohon berkenaan perbezaan harga tempahan hotel yang sebenar dan bayaran semula yang sepatutnya Responden Kedua dapat. Selain itu, Responden Pertama gagal mempertimbangkan bahawa Pemohon telah membuat tawaran bayaran semula kepada Responden Kedua yang munasabah dan memadai.
24
Manakala Responden Kedua membantah semakan kehakiman yang difailkan oleh Pemohon dan memohon kepada Mahkamah ini supaya mengekalkan award bertarikh 29.4.2024 yang diberikan oleh Responden Pertama.
25
Permohonan Semakan Kehakiman secara amnya adalah berkenaan dengan proses membuat keputusan oleh pihak berkuasa di mana keputusan yang dicabar adalah defektif disebabkan kekhilafan prosedur (“procedural impropriety”).
26
Namun begitu undang-undang kini telah berkembang untuk membolehkan suatu keputusan dicabar melalui semakan kehakiman di bawah penyalahan undang-undang (“illegality”) dan ketidakrasionalan (“irrationality”) yang membolehkan Mahkamah S/N wPGFgwwKu06eiOkccRAR8w untuk menyemak suatu keputusan bukan sahaja dari segi prosedur atau prosesnya tetapi juga mendalami secara substantif.
27
Apa yang dimaksudkan dengan “illegality” dan “irrationality” di dalam konteks semakan kehakiman adalah dipetik dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes AKIRA SALES & SERVICES
m
(M) SDN BHD v. NADIAH ZEE ABDULLAH & ANOTHER APPEAL [2018] 2 CLJ 513 sebagaimana berikut: [45] In the same appeal, Edgar Joseph Jr FCJ (Eusoff Chin in agreement) said that an award could be reviewed for substance as well as for process: It is often said that Judicial Review is concerned not with the decision but the decision-making process. (See eg Chief Constable of North Wales Police v. Evans[1982] 1 WLR 1155). This proposition, at full face value, may well convey the impression that the jurisdiction of the courts in Judicial Review proceedings is confined to cases where the aggrieved party has not received fair treatment by the authority to which he has been subjected. Put differently, in the words of Lord Diplock in Council of Civil Service Unions & Ors v. Minister for the Civil Service [1985] AC 374, where the impugned decision is flawed on the ground of procedural impropriety. But Lord Diplock's other grounds for impugning a decision susceptible to Judicial Review make it abundantly clear that such a decision is also open to challenge on grounds of 'illegality' and 'irrationality' and, in practice, this permits the S/N wPGFgwwKu06eiOkccRAR8w courts to scrutinise such decisions not only for process, but also for substance. In this context, it is useful to note how Lord Diplock (at pp. 410-411) defined the three grounds of review, to wit, (i) illegality, (ii) irrationality, and (iii) procedural impropriety. This is how he put it: By 'illegality' as a ground for Judicial Review I mean that the decision maker must understand directly the law that regulates his decision making power and must give effect to it. Whether he has or not is par excellence a justiciable question to be decided, in the event of a dispute, by those persons, the judges, by whom the judicial power of the state is exercisable. By 'irrationality' I mean what can by now be succinctly referred to as 'Wednesbury unreasonableness' (see Associated Provincial Picture Houses Ltd v. Wednesbury Corp [1948] 1 KB 223). It applies to a decision which is so outrageous in its defiance of logic or of accepted moral standards that no sensible person who had applied his mind to the question to be decided could have arrived at it. Whether a decision falls within this category is a question that judges by their training and experience should be well equipped to answer, or else there would be something badly wrong with our judicial system. To justify the courts' exercise of this role, resort I think is today no longer needed to Viscount Radcliffe's ingenious explanation in Edwards v. Bairstow [1956] AC 14, of irrationality as a ground for a court's reversal of a decision by S/N wPGFgwwKu06eiOkccRAR8w ascribing it to an inferred though undefinable mistake of law by the decision maker. 'Irrationality' by now can stand on its own feet as an accepted ground on which a decision may be attacked by Judicial Review. I have described the third head as 'procedural impropriety' rather than failure to observe basic rules of natural justice or failing to act with procedural fairness towards the person who will be affected by the decision. This is because susceptibility to Judicial Review under this head covers also failure by an administrative tribunal to observe procedural rules that are expressly laid down in the legislative instrument by which its jurisdiction is conferred, even where such failure does not involve any denial of natural justice. Lord Diplock also mentioned 'proportionality' as a possible fourth ground of review which called for development.
28
Apa yang dimaksudkan dengan kekhilafan undang-undang adalah tidak terhad kepada keputusan yang melanggar undang-undang. Ini adalah sebagaimana di dalam kes SYARIKAT KENDERAAN MELAYU KELANTAN BHD. v. TRANSPORT WORKERS UNION [1995] 2 CLJ 748 yang dimana Mahkamah Rayuan memutuskan (bold untuk diberikan penakanan): [8] It is neither feasible nor desirable to attempt an exhaustive definition of what amounts to an error of law, for the categories of such an error are not closed. But an error of law would be disclosed if the decision maker asks himself the wrong S/N wPGFgwwKu06eiOkccRAR8w question, or takes into account irrelevant considerations, or omits to take into account relevant consideration, or if he misconstrues the terms of any relevant statute, or misapplies or mis-state a principle of the general law.
29
Sebarang kesilapan oleh pembuat keputusan dari segi inferens atau dapatan fakta-fakta yang diakui atau dibuktikan dalam membuat keputusannya adalah suatu kekhilafan undang-undang dan bukan kekhilafan fakta sahaja. Ini adalah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes AIRSPACE MANAGEMENT SERVICES SDN BHD v. COL (B) HARBANS SINGH CHINGAR SINGH [2000] 4 CLJ 77 sebagaimana berikut: On the other hand, we accept, of course, that it is entirely competent for the High Court in certiorari proceedings to disagree with the Industrial Court on the conclusions or inferences drawn by the latter from the proved or admitted evidence on the ground that no reasonable tribunal similarly circumstanced would have arrived at such a conclusion or drawn such an inference. An erroneous inference from proved or admitted facts is an error of law; not an error of fact.
30
Responden Kedua telah membeli pakej Safwah Movenpick yang berharga RM8390 dan ditambah RM500 untuk “peak time” menjadikan harga keseluruhannya adalah RM8890 dan telah jelas dinyatakan bahawa hotel yang sepatutnya diterima adalah hotel Clock Tower Safwah dan Hotel Movenpick di Madinah. Responden Kedua menyatakan bahawa beliau bersetuju mengikut terma dan syarat jika hotel yang ditukarkan akibat “fully book” adalah setaraf, S/N wPGFgwwKu06eiOkccRAR8w seperti mana yang telah dinyatakan di dalam iklan. Responden Kedua membuat tuntutan pembayaran balik kerana hotel diturun taraf dari 5 bintang kepada 1 bintang.
31
Mahkamah ini telah memberi pertimbangan ke atas alasan penghakiman dan hujahan pihak-pihak. Mahkamah berpandangan bahawa Pemohon telah menyediakan hotel Arjuwan Al Dahbi yang tiada penarafan bintang langsung (Hotel bajet) dan bilik yang diberikan adalah untuk 5 orang, berjarak 1200 meter dari Masjid Nabawi. Sedangkan hotel yang dijanjikan adalah Royal Madinah/setaraf 5 bintang / 4 orang sebilik dan 150 meter dari Masjid Nabawi.
32
Pemohon telah menawarkan refund sebanyak RM600 kerana telah menukarkan hotel yang sepatutnya bertaraf 5 bintang kepada hotel bertaraf 1 bintang yang mana Mahkamah merasakan jumlah itu terlalu kecil berbanding harga yang sepatutnya. Pemohon tidak dapat menyatakan dengan jelas dari mana datangnya jumlah RM600 apabila ditanya oleh Responden Pertama semasa perbicaraan kerana hotel-hotel yang diberikan kepada Responden Kedua di Mekah dan Madinah adalah hotel yang sama atau setaraf sepertimana yang ditawarkan di dalam pakej ekonomi.
33
Mahkamah berpendapat bahawa Responden Kedua telah mendapat hotel sepertimana yang ditawarkan di dalam pakej ekonomi yang bertaraf satu bintang atau setaraf dengannya dan berkapasiti 5 orang sebilik, sedangkan Responden Kedua telah S/N wPGFgwwKu06eiOkccRAR8w membeli pakej “Safwah Movenpick” yang sepatutnya diberikan hotel bertaraf 5 bintang/setaraf dan 4 orang sahaja sebilik.
34
Hotel di Safwah Clock Tower adalah bertaraf 5 bintang sedangkan hotel Marsah Al Jariah adalah bertaraf 1 bintang dan perbezaan harga yang dikeluarkan oleh pihak Pemohon adalah tidak boleh diterima akal, antara 5 bintang dan 1 bintang di mana perbezaan harga RM305 sahaja antara hotel 5 bintang dengan hotel tiada penarafan bintang di Madinah dan hotel 1 bintang di Mekah untuk penginapan selama 4 hari. Pemohon juga tidak mengeluarkan perbezaan harga di Madinah, juga telah menurun taraf dari hotel 5 bintang (Hotel Movenpick) kepada hotel yang tiada bintang (Arjuwan Al Dahbi).
35
Mahkamah telah mengambil kira alasan-alasan Responden Kedua membuat permohonan tuntutan balik sebanyak RM2400 seorang dan Mahkamah berpendapat bahawa ia adalah satu amaun yang munasabah dan jauh lebih rendah dari sepatutnya sekiranya diambil kira kesusahan dan kerugian yang dialami oleh Responden Kedua di Mekah dan Madinah untuk menguruskan seorang warga emas berumur 70 tahun yang mempunyai kesukaran untuk berjalan jauh.
36
Setelah Mahkamah meneliti afidavit-afidavit yang telah difailkan dan setelah mempertimbangkan hujahan pihak-pihak, Mahkamah membuat keputusan bahawa permohonan semakan kehakiman S/N wPGFgwwKu06eiOkccRAR8w Pemohon adalah tidak bermerit dan ditolak dengan kos sebanyak RM2,000.00 dibayar oleh Pemohon kepada Responden Kedua. Bertarikh: 26.08.2025 S/N wPGFgwwKu06eiOkccRAR8w Pihak-Pihak: Tetuan Azmi Azahar bagi pihak Perayu Peguamcara & Peguambela No. 7, Jalan Padi Mahsuri 12, Bandar Baru UDA 81200 Johor Bahru, Johor
07
07.2348810 / 013.4555928 Emel: infor@azmiazahar.com Rujukan Fail: AA/LIT/24/104/TTSB Noorhidayah binti Ramli – Responden Kedua Lot 8757 Klant Halt 2, 35820 Slim River, Perak S/N wPGFgwwKu06eiOkccRAR8w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.