the converse is also true. In considering and determining whether the court shall hear an action, the high court shall consider and determine whether the applicant has satisfied the factors or any one of the factors.” [29] Defendan dalam memperkuatkan hujahan untuk memindahkan prosiding ke MTKL telah merujuk jua Aturan 4 kaedah 1 Kaedah-kaedah 2012 supaya tindakan ini didengar Bersama dan/atau didengar sebaik sahaja Guaman MTKL itu selesai. [30] Alasan utama Defendan untuk memindahkan prosiding Guaman MT Klang untuk didengar bersama dan/atau dicantumkan dan/atau untuk didengar selepas Guaman MTKL adalah kerana Guaman MTKL wujud atas isu konspirasi adalah berpunca dari urusniaga PKS antara Plaintif dan Defendan yang menjadi kausa tindakan dalam MT Klang. [31] Dalam menjawab kepada hujahan Defendan, peguam Plaintif menghujahkan Defendan sepatutnya memohon di dalam Guaman 8 MTKL untuk memindahkan Guaman MT Klang dan didengar bersama dan/atau digabungkan dengan Guaman MTKL. Ini adalah kerana Guaman MTKL adalah prosiding yang masih tergantung (pending) dan sewajarnya permohonan ini di buat di MTKL dan bukan di MT Klang. [32] Plaintif bergantung kepada Seksyen 25 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan keputusan didalam Selising Mining Sdn Bhd v Selinsing Gold Mine Manager Sdn Bhd [2017] 2 CLJ 610 diputuskan:- “(b) that based on the drafting of the said provision, as between the High Court the power to transfer can only be exercised in way of “to transfer to” the other High Court. In short, what this means is that an application who wishes to transfer a case must make the application in the High Court “where the case is pending “and that the application cannot be made to the other High Court for a case to be transferred to it. For example, where an applicant wishes to make an application for a case that is pending in Shah Alam to be transferred to the Johor Bharu High Court, the application has to be made in the Shah Alam High Court and not the Johor Bharu High Court…. See Lian Mong Yee v Abdul Rashid Maidin & Ors [2001] 3 CLJ 905; [2001] 4 MLJ 38 where the Court of Appeal held at p. 47 that “paragraph 12 of the Courts of Judicature Act 1964 empowers a High Court to transfer a suit before it to another court, but it does not confer jurisdiction in the opposite direction”. [33] Adalah jelas tindakan Defendan untuk memindahkan Guaman MT Klang kepada Mahkamah Tinggi KL untuk didengar bersama dengan Guaman MTKL adalah dari arah yang berlawanan dan 9 bertentangan dengan Seksyen 25 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan harus ditolak berdasarkan alasan ini sahaja. [34] Berkenaan dengan hujahan Defendan untuk memindahkan Guaman MT Klang selaras dengan Aturan 57(1) dan (4) kaedah-kaedah Mahkamah 2012, adalah didapati dari dari relif yang dipohon oleh Defendan didalam permohonan Lampiran 7, ianya bukan pemindahan prosiding secara terus. Apa yang Defendan pohon adalah menangguhkan prosiding di Guaman MT Klang sehingga Guaman MTKL dimana Defendan dalam posisi Plaintif 2 dilupuskan terlebih dahulu. Ini seperti yang dihujahkan Peguam Plaintif satu penyalahgunaan proses yang diletakkan dibawa penyamaran sebagai pindahan prosiding. Ianya bukan permohonan dibawah Aturan 57 Kaedah 1 KKM 2012 yang sebenarnya. [35] Defendan telah menyalahgunakan permohonan untuk pemindahan prosiding ini bukan sahaja dengan meminta Mahkamah ini memberikan perintah untuk guaman ini didengar bersama dengan Guaman MTKL tetapi juga supaya Guaman MT Klang diputuskan selepas Guaman MTKL diputus dan dilupuskan. Ini adalah satu permohonan yang tidak bona fide dan ultra vires (Rujuk Selising Mining Sdn Bhd v Selising Gold Mine Manager Sdn Bhd [2017] 2 CLJ 610] [36] Didalam Selising Mining Sdn Bhd, YA Hakim Ahmad Nasfy (kini Hakim Mahkamah Rayuan) dengan tegas menyatakan seperti berikut: “[27] In my judgment and at the risk of repetition, para 12 of the Schedule to the CJA clearly revealed that in the case of a transfer 10 to or from two High Courts of concurrent jurisdiction, one High Court can only effect a transfer of proceedings, it cannot give any directions as to the future conduct thereof. [37] Atas alasan ini jua permohonan pindahan prosiding ini adalah sesuatu yang diluar bidang kuasa Mahkamah ini kerana permohonan Defendan tidak hanya terhenti setakat memohon untuk Mahkamah ini memindahkan prosiding ke MTKL tetapi ianya juga memohon untuk Mahkamah ini memberikan arahan-arahan untuk waktu ke hadapan kepada Mahkamah Tinggi KL dan ianya jelas bertentangan dengan perenggan 12 kepada Jadual Akta Mahkamah Kehakiman 1964. [38] Berkenaan dengan hujahan Peguam Defedan bahawa alasan utama untuk memindahkan Guaman MT Klang ke MTKL dan didengar bersama dengan Guaman MTKL atau selepas Guaman MTKL dilupuskan adalah kerana kausa tindakan didalam Guaman MTKL yang dibawa oleh Defendan sebagai Plaintif 2 adalah berpunca dari transaksi yang wujud di Guaman MT Klang. Defendan juga menghujahkan ianya untuk memastikan kedua-dua prosiding dapat diputuskan bersama dan untuk mengelakkan kecelaruan dari segi keputusan dan pertindihan prosiding. [39] Guaman MTKL dimulakan oleh Defendan sebagai Plaintif 2 bersama-sama dengan 2 pihak lain keatas Ong Boon Tiong (Defendan 1) dan 2 syarikat lain milik Defendan 1. Kausa tindakan adalah Defendan (Plaintif 2) menuntut gantirugi terhadap Defendan-defendan termasuk Plaintif (Defendan 7) dimana Plaintif mendakwa wujudnya konspirasi Defendan-defendan terutamanya dengan Defendan 1 (Ong Boon Tiong) untuk merosakkan 11 Defendan (Guaman MT Klang) dan mengakibatkan kerugian pada pihak ketiga iaitu Kumpulan Smart Glove dimana Plaintif dalam MT Klang bukan privy kepada kontrak diantara Defendan dan Kumpulan Smart Glove. [40] Tuntutan Plaintif didalam Guaman MT Klang adalah atas kausa tindakan pecah kontrak dimana Defendan gagal dan/atau enggan menjelaskan baki bayaran bagi barangan PKS yang telah dihantar serah kepada Defendan. Selain itu Plaintif juga memberi perkhidmatan pengangkutan kepada Defendan bayaran ini juga gagal dijelaskan oleh Defendan kepada Plaintif. [41] Mahkamah ini berpendapat, rasional untuk sesuatu tindakan itu didengar bersama dan/atau digabungkan selain ianya mempunyai kausa tindakan yang sama, ianya akan menjimatkan masa Mahkamah kerana saksi-saksi yang sama akan diguna pakai. Selain itu keputusan kedua-dua kes juga akan sama dan mengikat satu sama lain. [42] Dalam konteks tindakan di hadapan Mahkamah ini, hanya kerana fakta kes yang sama tidak menjadikan ianya berkaitan. Guaman MT Klang dan Guaman MTKL mempunyai 2 kausa tindakan yang berlainan walaupun mempunyai latar belakang fakta yang sama iaitu penjualan dan pembelian PKS oleh pihak-pihak yang terlibat didalam kedua-dua guaman. [43] Asasn kepada tuntutan Plaintif didalam Guaman MT Klang adalah untuk mendapatkan baki bayaran bagi pembelian PKS oleh Defendan dan juga bayaran untuk perkhidmatan pengangkutan yang diberi oleh Plaintif kepada Defendan. Asas tuntutan 12 Defendan (Plaintif 2) didalam Guaman MTKL adalah isu konspirasi yang mana Plaintif telah dijadikan pihak sebagai Defendan 7 dan didakwa Plaintif telah berkonspirasi bersama-sama Defendan 1 (Ong Boon Tiat) dan Defendan-defendan lain untuk merosakkan perniagaan Defendan yang mengakibatkan kerugian kepada pihak ketiga iaitu kilang dibawah Kumpulan Smart Glove. Plaintif disini bukan privy kepada sebarang transaksi dengan Kumpulan Smart Glove tersebut. [44] Defendan bergantung kepada Aturan 57 kaedah 1 (4) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk permohonan pemindahan prosiding ini. Mahkamah merujuk kepada Aturan 57 kaedah 1 (4)