the exclusive use and enjoyment of so much of the column of airspace above the surface of the land, and so much of the land below that surface, as is reasonably necessary to the lawful use and enjoyment of the land [16] Mahkamah selanjutnya berpandangan bahawa apabila tiadanya kepatuhan ke atas Akta 447 tersebut, maka tindakan Perayu tersebut adalah terjumlah kepada pencerobohan. Ini seperti mana garis panduan yang dinyatakan di dalam kes Tan Wee Choon v. Ong Peck Seng & anor [1985] 1 CLJ 478 apabila Hakim Wan Yahya HMT menjelaskan maksud pencerobohan seperti berikut: “Trespass to land unlike criminal trespass is completed once a person wrongfully, albeit peaceably, intrudes into the land in the possession of another, even where no damage is done. Trespass to land covers all unlawful entry and includes taking possession, pulling down or destroying anything permanently fixed to the land. [47] Dalam kes ONE VISA SDN BHD v. TELEKOM MALAYSIA BHD [2015] 10 CLJ 569, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa memandangkan defendan Telekom Malaysia telah diberikan kebenaran untuk memasang alat komunikasi sebelum plaintif menjadi pemilik tanah di mana alat komunikasi itu dipasang, defendan bukan penceroboh. Ini bermakna, jika defendan memasang alat komunikasi di tanah plaintif selepas plaintif menjadi pemilik, sebarang pemasangan alat komunikasi di atas tanah plaintif perlu kepada kebenaran plaintif. Tanpa kebenaran, defendan dianggap sebagai penceroboh. Diperturunkan petikan berkaitan di perenggan 44 seperti berikut: [44] I am of the opinion that whilst the plaintiff has every right to assert its proprietary rights on the lands, in view of the fact that the State Government, and the previous proprietors of the lands, had from historical days since the 1960s not taken any action for trespass against the defendant by way of acquiescence, it is unconscionable for the plaintiff to now file this action for such a huge claim of RM221,472,061. The principle in Oakfield Enterprises (supra) should apply here. [48] Plaintif bersandarkan kepada seksyen 215 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membolehkan plaintif untuk memasuki dan menduduki mana-mana tanah dan di permukaan samada di atas atau di bawah tanah untuk melakukan apa-apa perkara yang wajar termasuklah membina mendirikan dan meletakkan apa-apa tiang atau kemudahan rangkaian. Oleh yang demikian, pihak plaintif berhujah bahawa mahkamah boleh mengambil notis kehakiman bahawa plaintif mempunyai hak di bawah Akta ini untuk menanam kabel di bawah tanah. Diperturunkan seksyen 215 seperti di bawah untuk memudahkan rujukan: