2 Sama ada Defendan bertanggungjawab untuk membayar jumlah tuntutan tersebut. DAPATAN MAHKAMAH Isu Pertama Sama ada Plaintif berhak untuk menuntut terhadap Defendan bagi caj-caj penggunaan Perkhidmatan tersebut yang telah dibekalkan kepada Defendan untuk jumlah sebanyak RM111,092.00. [14] Mahkamah mendapati terdapat perjanjian yang sah diantara Plaintif dan Defendan dimana Plaintif adalah pembekal Perkhidmatan tersebut dan Defendan adalah pelanggan dan pengguna Perkhidmatan tersebut. Berdasarkan hubungan kontrak diantara Plaintif dan Defendan, Plaintif telah membekalkan perkhidmatan tersebut dan Defendan telah menikmati Perkhidmatan tersebut sejak Jun 2018 dan tidak dipertikaikan bahawa Defendan telah meneruskan pembayaran penggunaan Perkhidmatan tersebut, walaupun tidak penuh, sehingga Perkhidmatan tersebut ditamatkan disebabkan kegagalan Defendan untuk memastikan tunggakan bagi caj-caj penggunaan diselesaikan. [15] Berdasarkan perjanjian tersebut, Plaintif sebagai pembekal Perkhidmatan tersebut secara nyata mempunyai hak untuk menuntut terhadap Defendan sebagai pelanggan dan pengguna Perkhidmatan tersebut untuk jumlah tunggakan yang tidak berbayar sebanyak RM111,092.00. Sebahagian besar tunggakan adalah daripada tunggakan bagi caj penggunaan Perkhidmatan tersebut untuk bulan September 2019. [16] Jumlah tuntutan sebanyak RM111,092.00 melibatkan bukan sahaja caj-caj bulanan dan penggunaan untuk bulan September 2019 tetapi juga melibatkan baki tunggakan bulanan yang tidak dijelaskan seperti mana yang dinyatakan di dalam pernyata akaun. Plaintif juga telah mengemukakan rekod-rekod panggilan yang dibuat melalui IPPBX Defendan bagi akaun no. 1039099136 semasa perbicaraan yang menunjukkan panggilan-panggilan yang dibuat melalui IPPBX Defendan adalah panggilan yang sah, iaitu sememangnya dibuat tanpa manipulasi. [17] SP3, Encik Mohd Hazlan Bin Omar dan SP4, Puan Norazlina Abu Hassan telah memberi keterangan bahawa berdasarkan rekod sistem Plaintif, panggilan-panggilan yang dipertikaikan oleh Defendan adalah panggilan yang sah memandangkan sistem Plaintif telah menangkap rekod panggilan-panggilan tersebut dibuat dan sistem tersebut tidak boleh diganggu dengan manipulasi manusia. [18] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa berdasarkan dokumen-dokumen dan juga keterangan-keterangan yang dikemukakan, Plaintif telah mengemukakan bukti-bukti yang mencukupi dan munasabah untuk membuktikan bahawa terdapat kewujudan caj-caj penggunaan daripada akaun Defendan dan Plaintif berhak untuk menuntut terhadap Defendan tunggakan sebanyak RM111,092.00. Isu Kedua Sama ada Defendan bertanggungjawab untuk membayar jumlah tuntutan tersebut. [19] Defendan dalam pembelaannya membangkitkan bahawa Defendan tidak seharusnya dipertanggungjawabkan untuk membayar tunggakan yang melibatkan caj-caj penggunaan panggilan yang dibuat ke luar negara kerana Defendan tidak membuat panggilan-panggilan tersebut atas alasan terdapat penggodaman. [20] Walaupun Defendan menyatakan tidak membuat panggilan-panggilan ke luar negara dan tidak seharusnya dipertanggungjawabkan terhadap caj-caj penggunaan tersebut, Mahkamah mendapati berdasarkan terma klausa 5 Permohonan tersebut, Defendan sebagai pelanggan atau pengguna Perkhidmatan tersebut perlu bertanggungjawab terhadap sebarang caj penggunaan tidak kira sama ada caj penggunaan tersebut adalah disebabkan dengan aktiviti penipuan atau penggunaan yang tidak dibenarkan, termasuk penggodaman. "klausa 5) Customer shall be fully responsible for any usage and charges notwithstanding any claim if fraudulent activities or unauthorised use of the Multi-Line SIP Services by the Customer." [21] Unit teknikal Plaintif iaitu SP1 dan SP2 telah menjalankan siasatan terhadap aduan yang dibuat oleh Defendan berkenaan penggodaman dengan membuat lawatan tapak dan pemeriksaan pada perinti dan kabel sambungan Plaintif di bangunan syarikat Defendan dan hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak Plaintif mendapati bahawa tiada pengodaman atau tapping berlaku pada kabel sambungan Plaintif. [22] Berdasarkan laporan Technical Inspection Report yang disediakan oleh SP1 menunjukkan, antara lainnya, jenis kabel dan juga keadaan kabinet Plaintif dimana adalah berkunci, keadaan baik dan selamat. Tiada tanda atau kesan kecurian dan sambungan dijalankan serta tiada kesan tapping pada port Plaintif. Saksi-saksi Plaintif telah secara konsistennya memberi keterangan bahawa adalah mustahil untuk godaman atau tapping berlaku pada kabel sambungan Plaintif yang jenis fiber optik kerana tindakan sedemikian akan menyebabkan sambungan perkhidmatan terputus serta-merta dan sebarang penggunaan tidak boleh dilaksanakan. [23] Berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan, Plaintif mendapati bahawa tiada pencerobohan atau penggodaman pada perkhidmatan rangkaian Plaintif. Jika Defendan mendakwa bahawa terdapat penggodaman atau penggunaan yang tidak dibenarkan, ianya telah berlaku atau dibuat melalui IPPBX Defendan dan bukannya rangkaian Plaintif. [24] SP3 telah memberi keterangan bahawa tindakan Plaintif untuk meneruskan menuntut caj-caj penggunaan terhadap Defendan walaupun Defendan mendakwa bahawa terdapat penggodaman pada rangkaian Plaintif. SP3 telah menjelaskan bahawa disebabkan panggilan-panggilan yang didakwa dibuat melalui penggodaman telah dibuat melalui IPPBX Defendan dimana Plaintif telah mengalami caj-caj bagi carier penggilan antarabangsa. Defendan adalah bertanggungjawab terhadap caj-caj bagi penggunaan tersebut dan SD1 sendiri telah bersetuju semasa pemeriksaan balas bahawa caj penggunaan yang dikenakan oleh Plaintif adalah daripada penggunaan telefon Defendan. [25] Mahkamah dirujuk kepada klausa 2 Permohonan tersebut, IPPBX adalah peralatan Defendan sebagai pengguna Perkhidmatan tersebut dan adalah dibawah tanggungjawab Defendan. "2) Internet Protocol Private Branch Exchange (IPPBX) being one of Customer's Equipment and other related equipment must be provided and installed by Customer at its own cost and expenses and compatible with TM's [26] Pihak Defendan juga telah mengakui bahawa telefon IPPBX yang digunakan bagi tujuan Perkhidmatan tersebut adalah peralatan Defendan dan bersetuju untuk menerima segala tanggungjawab terhadap IPPBX tersebut dan bukannya tanggungjawab Plaintif. [27] Defendan telah bersetuju untuk terikat pada terma-terma Permohonan tersebut, khususnya klausa 2 dan 5 apabila Defendan menandatangani Permohonan tersebut dan melanggani Perkhidmatan tersebut. Berdasarkan klausa tersebut Mahkamah mendapati Plaintif berhak untuk menuntut tunggakan bagi caj-caj penggunaan yang dikatakan tidak digunakan oleh Defendan dan/atau disebabkan oleh penggodaman. [28] Mahkamah dirujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan dalam CIMB Bank Berhad v. Anthony Lawrance Bourke & Anor [2019] 2 CLJ 1 dimana diputuskan bahawa:- [26] We agree with the defendant that parties are bound by the terms of the contract which they entered into and that it is the court's duty to give effect to the clear and plain meaning of the words in the said clause. That is quite trite." [29] Apabila Defendan telah menandatangani Permohonan tersebut maka Defendan tidak boleh kini mendakwa tidak mempunyai pengetahuan berkenaan klausa 2 dan 5 Permohonan tersebut. Mahkamah dirujuk kepada kes Mahkamah Rayuan dalam Ajwa For Food Industries Co (MIGOP), Egypt v. Pacific Inter-Link Sdn Bhd & Another Appeal [2013] 2 CLJ 395 dimana Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa:- [17] The legal position is very clear: that parties are bound by the terms of the contract which they had executed and this includes reference to another incorporated document where those terms can be found whether they take the trouble of reading them or not. There is imputed knowledge that the terms of the document incorporated are binding as if it was written into the contract itself. [18] The Indian court in the case of TN Rao v. Balabhadra AIR 1954 Mad 71, supports the above proposition. Venkatarama Aiyar J in that case ruled as follows: When a contract in writing is signed by parties, they are bound by the terms contained therein whether they take the trouble of reading them or not. This principle has been extended to cases where the contract does not actually contain the terms but a reference is made to another document or contract where those terms are to be found. The reason for holding that those terms must be taken to have been incorporated by reference in their signed agreement is that it was possible for any of them to look into that document and ascertain the terms. An examination of the authorities in which this view has been adopted shows that they are either cases in which the other contract is one between the same parties and therefore the terms including the arbitration clause might be taken to have been within the knowledge of the parties; or cases in which there is a reference to a specific document which was in existence and whose terms could easily be ascertained if the parties wanted to. It is reasonable to hold that when the parties had referred to a document which was in existence they had knowledge or what comes to the same thing, could have had knowledge, of all the terms contained in that document and an arbitration clause contained in that document must, therefore, be held to be binding on them exactly as if it had been incorporated in extenso in the signed contract. The foundation of this reasoning is the existence of another specific document containing an arbitration clause. It is essential that the terms of an agreement must be precise and definite. This applies as much to an arbitration agreement as to other agreements. Before holding that the parties have agreed in writing to refer their dispute to arbitration and in the absence of such a clause in the agreement actually signed by the parties there must at least be a specific contract or document containing such a clause in respect of which it might be said that it has been incorporated in the agreement of the parties by reference. [19] In the present case, the respondent's standard terms and conditions were circulated to all buyers and additional copies were made available at all their branch offices. The appellant having bought from the respondent over a lengthy period of time had full knowledge and had done business throughout on the basis of the said respondent's standard terms and conditions. Therefore the sales contracts constitute the concluded contracts between the parties, the said standard terms and conditions clearly referred to and incorporated there, would be effective and binding upon the appellant regardless of its denials of having seen them. [30] Kegagalan Defendan untuk mengambil langkah-langkah berjaga jaga., walaupun telah dinasihati oleh Plaintif untuk mengambil langkah-langkah berjaga-jaga melalui risalah yang dibekalkan bagi mengelakkan godaman ataupun penipuan pada IPPBX daripada berlaku,Mahkamah mendapati Defendan tidak mengikuti nasihat yang diberikan oleh Plaintif. [31] Semasa perbicaraan Defendan juga telah gagal untuk membuktikan bahawa langkah-langkah berjaga-jaga telah diambil oleh Defendan untuk mengelakkan penggodaman daripada berlaku walaupun Defendan mengetahui bahawa ada keperluan. Walaupun Defendan telah mengemukakan satu dokumen untuk menunjukkan kononnya terdapat satu sistem firewall namun Defendan gagal untuk mengemukakan saksi untuk memberi penjelasan atau pengesahan bahawa dokumen tersebut menunjukkan hasil dapatan daripada satu sistem firewall yang diletakkan untuk melindungi IPPBX Defendan. Malah SD1 sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak tahu untuk membaca kandungan dokumen tersebut. [32] Malah Defendan juga tidak mengambil sebarang langkah untuk menghalang sebarang panggilan dibuat ke luar negara atau antarabangsa walaupun dikatakan tidak mempunyai kebiasaan untuk membuat panggilan tersebut. Ini adalah selepas dinasihati oleh Plaintif bahawa terdapat aktiviti penipuan PABX yang meningkat. Jika sememangnya Defendan tidak membuat panggilan-panggilan tersebut dan ianya adalah disebabkan oleh penggunaan yang tidak dibenarkan atau godaman, ianya juga boleh berlaku melalui fungsi call forward IPPBX Defendan. [33] SD1 juga telah mengesahkannya semasa pemeriksaan balas bahawa IPPBX Defendan mempunyai fungsi call forward. Plaintif dalam hujahannya menyatakan apaabila IPPBX Defendan mempunyai fungsi call forward, panggilan-panggilan luar yang masuk ke IPPBX Defendan boleh diterima, apabila tidak dijawab, boleh dipindahkan ke telefon yang lain untuk dijawab dimana caj untuk memindahkan panggilan tersebut akan dikenakan. Ini juga dipersetujui oleh SD1 sendiri. [34] Mahkamah juga diberitahu bahawa caj-caj penggunaan IPPBX Defendan boleh dikenakan walaupun pada hari minggu atau cuti umum melalui fungsi call forward asalkan IPPBX tidak ditutup dan tidak dicabut. SD1 melalui pemeriksaan balas telah memberi pengesahan bahawa IPPBX tidak ditutup pada sepanjang masa. [35] Mahkamah merujuk kepada Seksyen 74(1) Akta Kontrak 1950 yang memperuntukkan seperti berikut:- "74. Compensation for loss or damage caused by breach of contract.