Content
1
AC-87-123-05/2025
Magistrates Court of Malaysia10 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“e witnesses.” [19] Walaubagaimanpun, pengakuan salah hendaklah diseimbangkan dengan fakta kes yang ada di hadapan mahkamah bicara sepertimana yang diputuskan di dalam kes Melvani v Public Prosecutor [1971] CLJU 78: "In principle I consider it proper that where an accused person pleads guilty the court in assessing sent”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1
1
Orang Kena Saman (OKS) sebagai pengendali berlesen kenderaan barangan bernombor pendaftaran DBY 4888 yang telah dilesenkan di Lesen Pengendali SPAD: 200803081579(LC), No Rujukan Permit: 2A0227872-6/18 telah dituduh dibawah seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (selepas ini disebut sebagai “APAD”) yang dihukum di bawah seksyen 57(3) Akta yang sama bagi kesalahan membenarkan pemandu Rau A/L Ramudu (No KP : 810107-08-6591) memandu kenderaan tersebut di atas jalanraya dengan membawa muatan baja sebanyak 52,100 kg melebihi muatan sebanyak 22,100 kg (73.67%) dari Berat Dengan Muatan sepertimana yang dibenarkan di dalam lesen atau Permit sebanyak 30,000 kg.
2
Sebaik sahaja pertuduhan dibacakan kepada wakil OKS yang hadir pada 10.06.2025, wakil OKS telah mengaku salah ke atas pertuduhan dan mengakui fakta kes serta eksibit-eksibit yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan. Mahkamah telah mendapati OKS bersalah dan mensabitkan OKS ke atas pertuduhan. OKS telah didenda denda RM30,000 dan motoloribernombor pendaftaran DBY 4888 pula dilucuthak kepada Ketua Pengarah JPJ Malaysia di bawah seksyen 80(4) APAD.
3
Di dalam kes ini, wakil OKS telah memohon untuk denda dibayar secara ansuran dan Mahkamah telah membenarkan denda dibayar secara ansurans sebanyak 3 kali dalam tempoh 3 bulan iaitu RM10,000 bagi setiap ansuran dan ansuran pertama hendaklah dibayar pada 10.06.2025. S/N vdZy6epVmUiHhexltNXhZg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2
4
Pembayaran denda secara ansuran telah dibenarkan selaras dengan seksyen 283(1)(b)(ii) Kanun Prosedur Jenayah. OKS telah menjelaskan denda RM10,000 sebanyak 3 kali pada 10.06.2025, 10.07.2025 dan 21.08.2025.
5
Terkilan dengan keseluruhan Keputusan Mahkamah, OKS telah memfailkan rayuan ke atas hukuman tersebut pada 26.08.2025. Adalah dimaklumkan bahawa tempoh pemfailan bagi Notis Rayuan terhadap hukuman Mahkamah Majistret telah tamat pada 24.06.2025 dan sehingga ke hari ini tiada sebarang Kebenaran Lanjutan Lebih Masa difailkan oleh OKS.
6
Mahkamah telah mempertimbangkan faktor-faktor berikut semasa memberikan hukuman dan perintah yang bersesuaian kepada OKS iaitu: i. kepentingan awam; ii. keseriusan kes; iii. pengakuan salah OKS; dan iv. kesalahan pertama OKS.
7
Kepentingan awam merupakan faktor utama yang perlu diambil kira oleh mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman atau perintah. Di dalam kes Rex v. Kenneth John Ball 35 Cr App R 164, mahkamah telah mumutuskan: “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but S/N vdZy6epVmUiHhexltNXhZg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.”
8
Sepertimana yang dihujahkan oleh Pegawai Pendakwa, hukuman yang setimpal dengan kesalahan perlu dijatuhkan sebagai pengajaran. Tambahan lagi, tindakan segelintir pemain industri yang mengejar keuntungan dan sanggup mengabaikan undang-undang dengan membenarkan pemandu melanggar syarat lesen yang dikeluarkan juga menunjukkan pengabaian terhadap tanggungjawab sebagai pengendali komersial yang sepatutnya lebih sedar dan prihatin tentang implikasi undang-undang dan keselamatan jalan raya.
9
OKS di dalam kes ini telah membenarkan pemandu membawa muatan baja secara berlebihan sebanyak 73.67% daripada berat yang dibenarkan seperti mana didalam permit. Sepertimana yang dinyatakan di dalam fakta kes dan eksibit P2 iaitu sijil tiket timbang, berat muatan yang dibenarkan adalah 30,000 kg dan berat lori yang membawa muatan sewaktu ditahan adalah 52,100 kg yang menjadikan lebihan berat adalah sebanyak 22,100 kg atau 73.67%.
10
Seksyen 57 APAD menyatakan bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengenakan pada satu lesen pengendali apa-apa syarat yang difikirkan patut dan peruntukan undang-undang ini juga menyatakan terdapat syarat khusus bagi pengendali dan syarat ini termasuklah bahawa berat dengan muatan bagi mana-mana kenderaan barangan tidak boleh melebihi maksimum yang dinyatakan.
11
Jika dilihat pada eksibit P3C iaitu gambar motolori, dapat dilihat pada motolori telah dinyatakan bahawa berat dengan muatan yang dibenarkan adalah 30,000 kg. Jelas di sini bahawa pemilik dan pemandu mengetahui perkara ini disebabkan selain daripada dinyatakan di dalam permit, berat ini dinyatakan secara terang-terangan pada badan motolori. S/N vdZy6epVmUiHhexltNXhZg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
12
Kesalahan membawa muatan lebih berat bukan sekadar pelanggaran undang-undang dan teknikal tetapi ia berisiko tinggi dan boleh menyebabkan kemalangan maut yang mana sekaligus membawa kepada risiko keselamatan yang tinggi kepada pengguna jalan raya.
13
Muatan berlebihan juga boleh menyebabkan dan mengakibatkan kegagalan sistem brek, tayar pecah, kehilangan kawalan pada kenderaan, dan boleh menyebabkan kemalangan maut, khususnya apabila melibatkan kenderaan berat. Berita tentang kemalangan maut yang melibatkan kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan juga sering disiarkan di media massa namun kejadian yang sama masih berlaku disebabkan sikap tidak ambil berat oleh pengendali dan pemilik kenderaan berat.
14
Selain itu, had muatan berlebihan merupakan antara punca utama kerosakan jalan raya di negara ini. Mahkamah ini merujuk kepada kenyataan-kenyataan oleh Timabalan Menteri Kerja Raya bertarikh 12 Jun 2023, kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) bertarikh 14 Januari 2024 dan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Awam Negeri Perak bertarikh 26 Disember 2024 yang kesemuanya membincangkan mengenai kesan had muatan berlebihan.
15
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad semasa menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim berkata kenderaan muatan berat melebihi had juga mengakibatkan daya tahan jalan terkesan meskipun pelbagai inovasi telah digunakan termasuk dari segi turapan bagi memastikan ketahanan permukaan jalan. (sumber:https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/kenderaan-muatan berat-lebih-had-antara-punca-jalan-persekutuan-kerap-rosak)
16
Jabatan Kerja Raya (JKR) pula semasa mengulas mengenai kerosakan jalan di tiga kawasan di negara ini yang rosak teruk telah menyatakan kepada Metro Harian pada 14 Januari 2024 seperti berikut: i. jika sesuatau kenderaan melalui sesuatu jalan dengan membawa muatan melebihi 10 peratus daripada berat dengan muatan (BDM), S/N vdZy6epVmUiHhexltNXhZg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 jangka hayat jalan raya itu dijangka menurun sehingga 50 peratus daripada jangka hayat asal; ii. sekiranya kenderaan itu membawa muatan melebihi 20 peratus daripada BDM dibenarkan, jangka hayat jalan raya akan menurun sehingga 100 peratus daripada jangka hayat asal sekali gus menyebabkan kerosakan berlaku dalam tempoh singkat; iii. ini bermakna jika jalan raya yang direka bentuk dengan jangka hayat 10 tahun dilalui dengan kerap oleh kenderaan bermuatan melebihi 10 peratus daripada BDM, ia hanya akan dapat bertahan untuk lima tahun Sahaja; dan iv. apabila kenderaan membawa muatan melebihi BDM dibenarkan, jalan akan cepat rosak dan kerja-kerja pembaikan perlu dilaksanakan lebih awal dari tempoh sepatutnya. (sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/2024/01/1050657/tiga-jalan-paling-rosak-di-malaysia)
17
Pada 26 Disember 2024, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, Datuk Ho Cheng Wang berkata, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), kerosakan banyak berlaku pada jalan dari arah Gerik menuju Jeli kerana kenderaan mengenakan cengkaman yang lebih ketika menaiki bukit. Ini kerana apabila mendaki bukit, kenderaan akan mengenakan cengkaman yang lebih dan ini bermakna beban berat juga lebih tinggi berbanding ketika menurun. Keadaan ini diburukkan lagi jika kenderaan berat membawa lebih muatan kerana cengkaman yang dikenakan lebih kuat sedangkan jalan tersebut dibina dengan mengambil kira had berat yang mempu ditampung oleh kenderaan. (sumber: https://www.kkr.gov.my/ms/node/102348)
18
OKS telah mengaku salah pada kali pertama sebaik sahaja pertuduhan dibacakan. Mahkamah telah mengambil kira pengakuan salah OKS diperingkat awal telah menjimatkan masa dan kos kesemua pihak sepertimana yang dinyatakan di dalam kes Sau Soo Kim v Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 134 di mana telah diputuskan seperti berikut: S/N vdZy6epVmUiHhexltNXhZg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.”
19
Walaubagaimanpun, pengakuan salah hendaklah diseimbangkan dengan fakta kes yang ada di hadapan mahkamah bicara sepertimana yang diputuskan di dalam kes Melvani v Public Prosecutor [1971] CLJU 78: "In principle I consider it proper that where an accused person pleads guilty the court in assessing sentence ought to consider such a plea as a mitigating factor. What weight ought to be given by the court depends on the other facts made known to the court at the time the sentence is considered."
20
Kesalahan yang dipertuduhkan ke atas OKS merupakan kesalahan kali pertama bagi OKS. Pihak pendakwaan pada sepanjang masa tidak pernah mengemukakan sebarang rekod lampau kesemua penama. Walaupun faktor bahawa ini merupakan kesalahan pertama OKS mewajarkan hukuman atau perintah ringan diberikan ke atas OKS, Mahkamah ini berpendapat bahawa fakta kes di dalam kes ini tidak mewajarkan sedemikian.
21
Fakta kes di dalam kes ini menunjukkan bahawa pada masa ditahan, barangan yang dibawa oleh pemandu kenderaan motoloribernombor pendaftaran DBY 4888 adalah muatan baja dengan jumlah muatan 73.67% melebihi jumlah yang dibenarkan di dalam permit. Keadaan ini berisiko tinggi kepada pengguna jalan raya dari segi faktor keselamatan dan juga boleh menyebabkan kerosakan jalan raya.
22
Kesalahan yang dipertuduhkan ke atas OKS boleh dikenakan hukuman tidak kurang dari RM 1,000 tetapi tidak lebih dari RM 500,000 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. Mahkamah di dalam kes ini telah S/N vdZy6epVmUiHhexltNXhZg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 mengenakan denda RM 30,000 bagi jumlah muatan 73.67% dariapada yang dibenarkan.
23
Jumlah ini pada pendapat Mahkamah adalah wajar dan memadai memandangkan walaupun berat muatan adalah melebihi daripada separuh daripada jumlah yang dibenarkan tetapi memandangkan ini adalah kesalahan pertama OKS, maka hukuman yang dikenakan ke atas OKS adalah diringankan.
24
Pegawai Pendakwa telah memohon agar kenderaan motolori bernombor pendaftaran DBY 4888 dilucuthak kepada Ketua Pengarah JPJ Malaysia di bawah seksyen 80(4) APAD. Seksyen 80(4) APAD adalah seperti berikut: 80 Kuasa untuk menyita kenderaan yang berkaitan bagi kesalahan tertentu
1
Mana-mana kenderaan yang berkaitan yang berkenaan dengannya terdapat atau ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan terhadap seksyen 16, 28, 36, 46, 51 atau 63, subseksyen 22(3), 41(3) atau 57(3), atau perenggan 23(1)(b), 42(1)(b) atau 58(1)(b) boleh disita oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat, di mana-mana tempat.
2
Apabila suatu kenderaan yang berkaitan telah disita di bawah subseksyen (1), seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, seorang pegawai pengangkutan jalan atau seorang pegawai pengangkutan awam darat, boleh, mengikut budi bicaranya, mengembalikan kenderaan itu secara sementara kepada pemunyanya, apabila jaminan yang memuaskan hati pegawai itu diberikan bahawa kenderaan itu akan diserahkan balik kepada pegawai itu apabila diminta. S/N vdZy6epVmUiHhexltNXhZg
3
Sesuatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan yang berkaitan dengan perkara itu telah dilakukan.
4
Sesuatu perintah bagi pelucuthakan suatu kenderaan yang berkaitan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan yang disebut di bawah subseksyen (1) telah dilakukan dan bahawa kenderaan itu ialah hal perkara bagi kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
5
Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1), kenderaan itu hendaklah dilepaskan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan itu melainkan jika kenderaan itu telah dilepaskan sebelum itu. [25] Di dalam kes di hadapan Mahkamah, sepertimana yang dinyatakan di dalam fakta kes yang mana telah diakui oleh OKS, suatu Notis Penyitaan ke atas kenderaan motoloribernombor pendaftaran DBY 4888 telah diisu ke atas OKS dan kenderaan telah disita di Jabatan Pengangkutan Jalan Teluk Intan. Fakta ini telah diakui oleh OKS sendiri semasa fakta kes dibacakan kepadanya, [26] Apabila Mahkamah mendapati bahawa OKS telah melakukan suatu kesalahan yang dihukum di bawah seksyen 57(3) APAD, Mahkamah hendaklah melucuthak kenderaan yang terlibat dalam melakukan kesalahan tersebut. Mahkamah tidak mempunyai budi bicara untuk memilih sama ada boleh melucuthak atau melepaskan kembali kenderaan kepada OKS dan wajib melucuthak kenderaan tersebut mengikut kehendak undang-undang. [27] Di dalam kes REZA KIANMEHR v. PP [2013] 7 CLJ 265, Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: S/N vdZy6epVmUiHhexltNXhZg “On a bare reading of s. 80(4) of Act 715, this court has no hesitation in concluding that the Magistrate shall order the forfeiture if it is proved to the satisfaction of the court that an offence against specified subsection (1) has been committed and that the vehicle was the subject matter of the offence. “ [28] Selaras dengan dapatan Mahkamah bahawa OKS telah melakukan kesalahan yang dihukum di bawah seksyen 57(3) APAD sepertimana yang dipertuduh ke atasnya, Mahkamah telah melucuthak kenderaan tersebut kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan. [29] Berdasarkan alasan-alasan yang telah dikemukakan di atas dan setelah Mahkamah ini mengambil kira kesemua faktor yang telah dinyatakan, maka hukuman denda RM 30,000 dan perintah pelucuthakan motolori DBY 4888 kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan yang dikenakan ke atas OKS adalah setimpal dan wajar dengan kesalahan yang dilakukakan olehnya serta selari dengan peruntukan undang-undang. Bertarikh 21 Oktober 2025 Disediakan oleh, ………………………………………….. (NAIDATUL ATHIRAH BINTI AZMAN) Majistret Mahkamah Majistret Teluk Intan S/N vdZy6epVmUiHhexltNXhZg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.