Lampiran
LAMPIRAN A. Transkrip Penceramah: Haris Fathillah Bin Mohamed Ibrahim Lokasi: Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Maharajalela Tarikh: 13/5/2013 Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warhmatullahi wabarokatuh. Salam sejahtera. Nihao? Vanakam. 5hb 5 kena tipu tak? Boleh terima tak? Betul? Jadi, kita sudah setuju, tak ada jalan lain, kita turun jalan raya dan mengambil balik Putrajaya. Betul atau tidak? Ini jangan cakap olok-olok di sini ya? Kita sudah sudah setuju ya? Kawan-kawan. Kalau kita betul-betul berhasat untuk tumbangkan UMNO barisan Nasional, ya memang tia ada cara lain, tetapi perkara yang amat diperlukan, rakyat perlu brsatu. Kita lihat baru-baru ni, sejak 5hb 5, usaha daripada Najib, semalam bekas Hakim Mat Nor Abdullah, tujuan dia adalah untuk mencetuskan kebencian antara kaum. Bulan Ogos tahun 2007, saya ada menghadiri ceramah di Bentong, Pahang di mana Dato Seri Anwar berucap pada malam itu. Pada malam itu saya dengar, saya dengar Dato‘ Seri berucap sebegini, dia kata anak melayu anak kita, anak cina anak kita, anak india anak kita, mengapa harus kita beza? Saya mencadangkan dan saya minta izin untuk menambah anak melayu anak kita, anak cina anak kita, anak india anak kita, anak orang asli anak kita, anak kadazan, anak murut, anak dayak, anak orang iban, anak dayak, kesemua anak kita, mengapa harus kita beza? Saya mencadangkan tuan-tuan puan-puan, ini harus dijadikan jiwa rakyat. This must be soul of this nation. We are one people, satu bangsa, satu Negara, Insyallah, kita akan kuburkan UMNO Barisan Nasional, Insyallah. Tetapi tuan-tuan dan puan-puan, rakyat kena gagah, rakyat kenal berani rakyat perlu menghadapai musuh di jalan raya. Ya, memang, kita mungkin menghadapai kekerasan, mungkin. Tugas kita dalam beberapa hari ini sebelum kita turun ke jalan raya sampaikan mesej kepada anggota keselamatan. Perjuangan kita jugak untuk anak- 5 anak mereka jugak. Untuk masa depan mereka juga. Kalau ada SB Special Branch di sini, siala ambil perhatian, saya juga berjuang untuk anak kamu. Tuan tuan dan puan puan. Kita sudah sampai satu simpang. Sudah jelas, kalau kita menunggu PRU 14, lagi 5 tahun, lagi penipuan kita akan menghadapi. Rakyat sudah tak sabar lagi, betul? Betul? Ini kalilah! Insyallah tuan-tuan dan puan-puan, 17 – 18 haribulan, kita akna turun ke jalan raya dan kali ini, rakyat ambil Putrajaya! Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh! Takbir! Fakta kes pendakwaan. 6. Keterangan saksi utama pendakwaan ialah pengadu SP3 Inspektor Awang Jaafar Bahagia bin Awang Salihin adalah Ketua Polis Balai Tun H.S.Lee, IPD, Dang Wangi, Kuala Lumpur. Pada hari kejadian 13.03.2013, SP3 telah mendapat makluman dari Pusat Kawalan DCC bahawa terdapat ceramah akan berlangsung pada sebelah malam di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia dan Solidariti Mahasiswa Malaysia. 7. SP3 diarahkan untuk membuat selian dan kawalan untuk mengelak sebarang kekecohan. Pada sebelah petang SP3 telah membuat taklimat penugasan kepada semua anggota polis yang terlibat. Terdiri 6 dari SM Zulkarnian, Kpl Khairudin, L/Kpl Mohd Fuad, Kpl Zaini, L/Kpl Mohd Shahril, L/Kpl Hadi dan Kons. Suhazwan. 8. Jam 8.00 malam hari yang sama SP3 dan pasukannya sampai di dewan berkenaan dan SP3 arahkan anggota polis berkawal di luar dan dalam dewan. Terdapat seramai lebih kurang 1000 orang hadir. Pada 8.50 malam juruacara majlis Cik Gu Bad menjemput penceramah naik ke pentas dan mereka memberi ucapan seorang demi seorang termasuk tertuduh. 9. Semasa ucapan digunakan skrin tayangkan ucapan secara langsung di dalam dan di luar dewan. Pembesar suara dan speaker juga di dalam dan di luar dewan. 10. Pengadu SP3 ada membuat Laporan Polis P3 THS Lee U13471/13 keesokan harinya. Namun di dalam P3 tidak dinyatakan oleh SP3 bahawa tertuduh turut sama berucap. Seramai 9 nama disenaraikan tetapi tiada nama tertuduh. 7 11. Semasa disoal balas oleh peguam tertuduh, SP3 mengakui bahawa ucapan tertuduh adalah berkisar kepada mendesak perletakan jawatan Pengerusi SPR selepas seminggu Pilihanraya Ke13. SP3 mengakui akan soalan peguambela bahawa maksud 17 dan 18 haribulan Mei yang dirujuk di Lampiran A ucapan tertuduh di baris Kedua akhir. 12. SP3 hampir bersetuju kesemua soalan balas oleh peguambela akan kandungan di dalam ucapan tertuduh, yang mana; i) Terdapat pendapat bahawa pilihanraya tersebut tidak adil disebabkan isu-isu yang berkaitan dengan piliharaya adalah diluar aturan dan cara. ii) Ada cadangan dari NGO agar Pengerusi SPR dan Pegawai-pegawainya meletak jawatan. iii) Cadangan adakan perarakan di tempat awam oleh beberapa NGO. iv) Perhimpunan awam dalah terjamin di bawah Perlembagaan Malaysia dengan syarat aman ianya dibenarkan. v) Pertukaran kerajaan dengan mengadakan piliharaya semula adalah salah satu cara yang sah menurut undang-undang. 8 13. Namun SP3 tidak pasti sama ada tertuduh tidak melakukan suatu kesalahan dibawah hasutan jika melalui ucapan beliau sebab seruan tertuduh agar orang ramai turun ke jalanraya acara berhimpun telah telah cadangkan pada tarikh 17 dan 18 Mei. 14. Semasa pemeriksaan semula, pihak pendakwaan bertanyakan akan apa yang SP3 fahami dari ucapan tertuduh, mengajak untuk turun ke jalan raya dan ―kali ini rakyak ambil Putrajaya‖. Menurut SP3, dari fahamannya tertuduh menyeru orang ramai supaya bersama-sama untuk turun dan seterusnya menawan Putrajaya. Rakaman video 15. Terdapat 3 anggota polis dari Cawangan Foto IPD Dang Wangi yang bergilir-gilir membuat rakaman sepanjang majlis di dewan tempat kejadian. Mereka terdiri dari SP1 L/Klp Thomas dan SP2 Insp. Mohd Kamal Faridi dan SP4 L/Kpl Kasmir bin Luntuk di bawah selianya Insp Kamal Faridi. 16. Mereka menggunakan video cam dari jenis Canon Legeria dengan ‗memory card‘ yang telah dikosongkan sebelum rakaman dan 9 berfungsi dengan baik. SP1 merakamkan ucapan tertuduh dari 2 minit 20 saat ianya dirakam pada jam 11.15 malam. Lain-lain rakaman oleh SP1 termasuk ucapan tertuduh pada malam tempat kejadian tersebut telah dimuat turun ke dalam CD[P2]. Dicamkan catitan tarikh, Dewan Perhimpunan Jalan Maharajalela, RF/174322 dan No. Rpt 17471. 17. Soal-balas, peguambela tertuduh mempertikaikan alatan perakam video yang SP1 gunakan berfungsi dengan baik atau tidak. Mahkamah ini mendapati bahawa dari P2 yang dimuat turun dari alat perakam menggunakan komputer ke CD adalah memadai. Melainkan boleh dinyatakan terdapat rakaman mana yang disangsikan akan ketulinannya. 18. Soal-balas peguam akan siapa memberi ucapan dan turutannya jika SP1 tidak dapat mengingatinya bukan boleh mencabar penerimaan masuk rakaman dan muat turun ke P2. 10 19. Semasa disoal semula SP1 mengakui jika komputernya tidak berfungsi beliau tidak boleh memuat turun ke dalam VCD sebanyak 14 salinan seperti diarahkan oleh pegawai penyiasat. 20. Keterangan kedua dari pegawai polis SP2-Inspektor Mohd Kamal Faridi yang mengarahkan jurugambar dan video dihari kejadian. Tiga anggota terlibat Konstabel Mike, L/Kpl Kasmir [SP4] dan L/Kpl Thomas [SP1]. SP2 mengesahkan beliau sendiri mempastikan video dari jenis Canon Legria adalah berfungsi dengan baik sebelum ke tempat kejadian. Terdapat dua perakam video yang digunakan secara bergilir-gilir. 21. SP2 mengesahkan rakaman tersebut apabila dimainkan DVD P2 yang dirakamkan oleh SP1 dan L/Kpl Kasmir ada serahkan 2 DVD. P2 di mainkan dan dicamkan tertuduh adalah orang yang sedang memberi ucapan. 22. SP2 ada menyediakan transkrip ucapan tertuduh dan 3 DVD dan serahkan kepada pegawai penyiasat ASP Redzaime. 11 23. Dari keseluruhan keterangan kes pihak pendakwaan, Tuan HMS telah putuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie atas penelitian maksima. 24. Mahkamah Tinggi ini berpuas hati atas keputusan Tuan HMS memanggil tertuduh membela diri dan memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie atas penelitian maksima. Ini dapat dilihat pada muka surat 186 Rekod Rayuan. 25. Tuan HMS telah memutuskan sebagai berikut dengan tepat dan betul bahawa; [ms 186] ―Berdasarkan kepada penelitian keterangan keterangan saksi-saksi pendakwaan secara maksimum dan penelitian keperluan pembuktian terhadap segala elemen pertuduhan, Mahkamah mendapati seperti berikut; 1) Bahawa Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan yang OKT telah menyebut kata-kata seperti di dalam Lampiran A di dalam satu program ceramah yang diadakan di Dewan 12 Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13.05.2013 di antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam. 2) Bahawa OKT telah menyebut kata-kata menghasut seperti tettera di Lampiran A pertuduhan yang mana kata-kata tersebut pada pendapat Mahkamah mempunyai kecenderungan menghasut seperti ditakrifkan oleh Seksyen 3(1) Akta Hasutan 1948.‖ Dibuktikan tertuduh membuat ucapan tersebut. 26. Di dalam alasan penghakiman Tuan HMS di perenggan 10-11/ Jilid 1 dinyatakan; ―[10] SP1, SP2, SP3 dan SP4 mengesahkan bahawa tertuduh adalah salah seorang penceramah di dalam perhimpunan tersebut dan SP1 telah merakam ceramah tertuduh manakala SP2 telah menyediakan transkrip ceramah yang disampaikan oleh tertuduh sepertimana terdapat pada Lampiran A pertuduhan. [11] Rakaman ceramah tersebut telah dipindahkan ke dalam beberapa cekera padat [CD] iaitu barang kes P2, P4 dan P5. 13 Ceramah yang disampaikan oleh tertuduh disimpan di CD P2. Kesemua CD ini telah ditayangkan dan diperdengarkan kepada semua pihak di dalam prosiding ini. Semua rakaman ceramah di dalam CD telah diubah dalam bentuk transkrip oleh P2. Rakaman CD P2 telah dipasang, dipertontonkan dandiperdengarkan di dalam Mahkamah terbuka dan telah dibandingkan dengan transkrip [Lampiran A] yang disediakan oleh SP2.‖ 27. Tuan HMS sekali lagi pada perenggan 22-30 mengulangi akan keterangan SP1 hingga SP4 dan CD-CD membuktikan ucapan yang diperturunkan ke dalam transkrip Lampiran A dan rantaian barang kes yang tidak putus dan utuh. 28. Ulasan kepada dapatan Tuan HMS ini di dalam Alasan Penghakimannya boleh diberi kepujian kerana beliau telah mengambil langkah meneliti semua sudut undang-undang akan dapatan beliau membenarkan penerimaan dan kemasukan rakaman video khususnya di Lampiran A transkrip sebagai keterangan yang diterima secara betul dan tepat. 14 29. Mahkamah Tinggi ini memutuskan bahawa tidak dipertikaikan ungkapan di Lampiran A pertuduhan telah diucapkankan oleh tertuduh pada masa dan tempat seperti mana pertuduhan. Manakala isi kepada ucapan Lampiran A sama ada secara prima facie terjatuh kepada pertuduhan dibawah s.41(b) Akta. 30. Tuan HMS di dalam alasan penghakimannya telah merujuk kepada kes yang betul untuk panduan diakhir kes pendakwaan iaitu antaranya PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85, Looi Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ 734 dan DSAI (No.3) [1999] 2 CLJ 215. Tuan HMS dengan tepat sekali memetik arahan-arahan oleh Yang Arif Hakim di dalam kes Looi Kow Chai & Anor [lihat perenggan 21]. Intipati kedua sama ada perkataan tertuduh bersifat menghasut. 31. Tuan HMS di dalam alasan penghakimannya dari perenggan 31 hingga berikutnya telah memberi alasan kepada intipati kedua sama ada perkataan tertuduh bersifat menghasut. 15 32. Dengan tepat Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Tuan HMS telah merujuk dua kes yang terbaharu untuk kesalahan s.4(b) Akta iaitu keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia didalam kes PR v Karpal Singh [2012] 5 CLJ 580. Ini dapat dilihat pada perenggan 33 apabila Tuan HMS merujuk kepada keputusan YA Ahmad bin Maarof [Hakim Mahkamah Rayuan ketika itu]; ―[55] Jadi, untuk membuktikan kesalahan di bawah seksyen 4(1)(b) pihak pendakwaan mestilah membuktikan orang kena tuduh itu menyebut perkataan-perkataan menghasut. Untuk membuktikan perkataan-perkataan tersebut menghasut, pihak pendakwaan hanya perlu membuktikan bahawa perkataan-perkataan tersebut mempunyai kecenderungan menghasut sepertimana yang dijelaskan di bawah mana-mana satu atau lebih dari 6 perenggan di bawah seksyen 3(1)(a) hingga (f). Pihak pendakwaan juga tidak perlu membuktikan bahawa perkataan-perkataan orang kena tuduh itu telah menyebabkan keganasan sebenar atau reaksi adverse sebenar. Pandangan saksi-saksi yang mendengar perkataan-perkataan yang didakwa menghasut itu juga bukan penentu dan adalah tidak relevan dalam pertimbangan sama ada perkataan- 16 perkataan tersebut menghasut. Mahkamahlah yang mesti memutuskan sama ada perkataan-perkataan tersebut menghasut atau tidak. Hal ini dijelaskan dalam kes PP v. Mark Koding (1983) 1 MLJ III di mana dalam penghakimannya Mohamed Azmi H. (pada masa itu) menyatakan: "In this case, it is the contention of learned Defence Counsel that the two passages of Accused's speech, as contained in Appendix "A", are not seditious on the ground that t here is no evidence of violence or adverse reaction to the speech. Under cross-examination, Mr, Chan, the complainant, admitted that he was not enraged by the speech, but he felt hurt. It seems to be suggested that the Prosecution must lead evidence to prove that there was actual violence or adverse reaction to the speech before they can become seditious. It is also the contention of Defence Counsel that without any explanation given by Mr. Chan or Datuk Pathmanaban as to why they thought the speech was seditious, the Prosecution cannot be said to have proved their case. It is further contended that under section 6(1) of the Act, Mr. Chan's opinion that the speech was seditious must be corroborated, and since Datuk Pathmanaban does not testify, the Accused should not be found guilty. In my view, for the 17 Prosecution to succeed in this case, there is no necessity to prove that the Accused's speech has caused actual violence or or actual adverse reaction. The Prosecution need only prove under the second ingredient that the words uttered bv the Accused have one or more of the six tendencies enumerated in section 3(1) to render the words uttered as having a seditious tendency. Thus, all the Prosecution need to prove is that the Accused has made a speech or uttered words which qualify the speech or words as one having a seditious tendency. In this case, it is sufficient if the words or speech impugned have a tendency to raise discontent or disaffection amongst the inhabitants of Malaysia: or a tendency to promote feelings of ill-will and hostility between the different races in Malaysia; or a tendency to question any matter, right, status or position established or protected by the provision of Article 152of the Federal Constitution ". [56] Kemudian, setelah merujuk kepada kes PP v. Ooi Kee Saik, Y.A Hakim tersebut menyambung: "Although His Lordship was dealing with "seditious tendency" under paragraph (a) of section 3(1), it is clear law that, the opinion of Mr. Chan or Datuk Pathmanaban is irrelevant in determining whether the impugned words are seditious. It is for the court to decide and, as 18 such, the question of corroboration does not arise. In my view, section 6(1) of the Sedition Act which provides that no person shall be convicted of an offence under section 4 on the uncorroborated testimony of one witness, refers to the actus reus. Thus, in the present case, the fact that the Accused made the impugned speech must be corroborated, but no corroboration is required on the mens rea, since the intention of the Accused is immaterial by virtue of subsection 3(3) of the Act. Thus, it is immaterial whether the Accused's intention or motive was honourable or evil when making the speech". [57] Bagi kesalahan menghasut di bawah Akta 15 juga tidak ada keperluan untuk membuktikan niat untuk membangkitkan keganasan, kekacauan atau ketidaktenteraman. Ini dijelaskan dalam kes PP v. Ooi Kee Saik (supra) di mana Raja Azlan Shah H. (pada masa itu) menyatakan: "Although it is well to say that our sedition law had its source, if not its equivalent from English soil, its waters had, since its inception in 1948, flowed in different streams. I do not think it necessary to consider the matter in great detail because I have been compelled to 19 come to the conclusion that it is impossible to spell out any requirement of intention to incite violence, tumult or public disorder in order to constitute sedition under the Sedition Act. The words of subsection (3) of section 3 of our Sedition Act and the subject-matter with which it deals repel any suggestion that such intention is an essential ingredient of the offence". [58] PP v. Ooi Kee Saik juga menjelaskan bahawa adalah tidak material sama ada perkataan-perkataan yang didakwa menghasut itu boleh mengakibatkan atau pada hakikatnya mengakibatkan mana-mana satu akibat yang disenaraikan di bawah seksyen 3(1)Akta 15. Adalah juga tidak material sama ada perkataan-perkataan yang didakwa itu benar atau palsu. Orang kena tuduh tidak dibolehkan memberi alasan bahawa dia tidak berniat supaya perkataan-perkataannya itu membawa maksud semula jadinya. Ini jelas dari penghakiman dalam kes PP v. Ooi Kee Saik tersebut: "I my view what the prosecution have to prove and all that the prosecution have to prove is that the words complained of. or words equivalent in substance to those words, were spoken bv accused No. 1 at the dinnerparty. Once that is proved the accused will be 20 conclusively presumed to have intended the natural consequences of his verbal acts and it is therefore sufficient if his words have a tendency to produce any of the consequences stated in section 3(1) of the Act. It is immaterial whether or not the words complained of could have the effect of producing or did in fact produce any of the consequences enumerated in the section. It is also immaterial whether the impugned words were true or false. (See Queen Empress v. Ambru Prasad). And it is not open to the accused to say that he did not intend his words to bear the meaning which they naturally bear. (See Maniben v. Emperor). [59] Walaupun pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan apa-apa yang dinyatakan dalam perkataan-perkataan yang didakwa menghasut itu benar atau tidak, keterangan yang menunjukkan perkataan-perkataan tersebut tidak benar sama ada disengajakan atau tidak disengajakan, akan meningkatkan kemungkinan perkataan-perkataan tersebut menghasut. Ini dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam PP v. Oh Keng Seng (1977) 2 MLJ 206 di muka surat 211: 21 "Again whilst we would with respect agree that the prosecution is not obliged to prove that anything said in the speech was true or false, evidence to show that the allegations made were false whether wilfully or inadvertently so, would increase the likelihood that such utterances would have a seditious tendancy." 33. Tuan HMS telah dengan tepat dan betul pafa perenggan 35 alasan penghakimannya merujuk kepada perenggan 67 kes PR v Karpal Singh [supra] akan niat tertuduh adalah tidak penting dibuktikan iaitu; [67] Pada hemat kami itu adalah satu salah arahan yang serius kerana seperti yang telah kami huraikan, bagi kesalahan menghasut di bawah seksyen 4(1)(b) Akta 15, niat responden bukanlah keperluan yang perlu dibuktikan. Jadi persoalan sama ada responden meniatkan perkataan-perkataan dalam kenyataan akhbarnya sebagai satu hasutan bukanlah persoalan yang betui dan perlu untuk diputuskan [lihat PP v. Ooi Kee Saik (supra)]. Dalam kes PP v. Mark Koding Mahkamah menyatakan: "Thus, it is immaterial whether the accused's intention or motive was honourable or evil when making the speech". 22 34. Mahkamah Tinggi ini ingin menarik perhatian kepada Lampiran A Pertuduhan yang dirujuk oleh Tuan HMS dengan mana ucapan tertuduh menyeru orang ramai ―turun ke jalan raya dan mengambil balik Putrajaya‖ ―Jadi, kita sudah setuju, tak ada jalan lain, kita turun jalan raya dan mengambil balik Putrajaya. Tuan-tuan dan puan-puan. Kita sudah sampai satu simpang. Sudah jelas, kalau kita menunggu PRU 14, lagi 5 tahun, lagi penipuan kita akan menghadapi. Rakyat sudah tak sabar lagi, betu? Betul? Ini kalilah! Insyaallah tuan-tuan dan puan-puan, 17-18 haribulan, kita akan turun ke jalan raya dan kali ini, rakyat ambil Putrajaya!‖ 35. Adalah jelas bahawa bukan sekali tertuduh tertuduh menyebut ayat-ayat yang memberi makna kefahaman bahawa oleh kerana pilihanraya ke13 adalah melalui penipuan dengan itu rakyak hendaklah turun ke jalanraya untuk mengambil balik Putrajaya. Mengambil balik kerajaan melalui demostrasi jalanan adalah suatu yang menyalahi undang-undang. Menyeru orang ramai berbuat demikian adalah suatu kecenderungan menghasut [seditious tendency] yang terjatuh di dalam s.31 (a) hingga (f); 23 3. Seditious tendency (1) A "seditious tendency" is a tendency— (a) to bring into hatred or contempt or to excite disaffection against any Ruler or against any Government; (b) to excite the subjects of any Ruler or the inhabitants of any territory governed by any Government to attempt to procure in the territory of the Ruler or governed by the Government, the alteration, otherwise than by lawful means, of any matter as by law established; (c)to bring into hatred or contempt or to excite disaffection against the administration of justice in Malaysia or in any State; (d) to raise discontent or disaffection amongst the subjects of the Yang di-Pertuan Agong or of the Ruler of any State or amongst the inhabitants of Malaysia or of any State; (e) to promote feelings of ill will and hostility between different races or classes of the population of Malaysia; or (f) to question any matter, right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative established or protected by the provisions of PartIII of the Federal Constitution or Article 152, 153 or 181 of the Federal Constitution. (2) Notwithstanding anything in subsection (1) an act, speech, words, publication or other thing shall not be deemed to be seditious by reason only that it has a tendency— 24 (a) to show that any Ruler has been misled or mistaken in any of his measures; (b) to point out errors or defects in any Government or constitution as by law established (except in respect of any matter, right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative referred to in paragraph (1)(f) otherwise than in relation to the implementation of any provisionrelating thereto) or in legislation or in the administration of justice with a view to the remedying of the errors or defects; (c) except inrespect of any matter, right, status, position, privilege, sovereigntyor prerogative referred to in paragraph(1)(f)—(i) to persuade the subjects of any Ruler or the inhabitants of any territory governed by any Government to attempt to procure by lawful means the alteration of any matter in the territory of such Government as by law established; or (ii) to point out, with a view to their removal, any matters producing or having a tendency to produce feelings of ill will and enmity between different races or classes of the population of the Federation, if the act, speech, words, publication or other thing has not otherwise in fact a seditious tendency. (3) For the purpose of proving the commission of any offence against this Act the intention of the person charged at the time he 25 did or attempted to do or made any preparation to do or conspired with any person to do any act or uttered any seditious words or printed, published, sold, offered for sale, distributed, reproduced or imported any publication or did any other thing shall be deemed to be irrelevant if in fact the act had, or would, if done, have had, or the words, publication or thing had a seditious tendency. 36. Ternyata kecenderungan ucapan tersebut terjatuh sekurang-kurangnya pada sub-seksyen ―(a) to bring into hatred or contempt or to excite disaffection against any Ruler or against any Government;‖ ―(b) to excite the subjects of any Ruler or the inhabitants of any territory governed by any Government to attempt to procure in the territory of the Ruler or governed by the Government, the alteration, otherwise than by lawful means, of any matter as by law established‖; dan ini sudah cukup untuk memanggil tertuduh membela diri. Dimana ucapan beliau mempunyai kecenderungan menghasut supaya orang ramai mendengarnya seramai 1000 orang membenci kerajaan dan menguling kerajaan semestinya dengan cara yang haram [kita akan turun ke jalan raya dan kali ini, rakyat ambil Putrajaya‖]. 26 37. Tuan HMS telah menyatakan hal ini di perenggan 44, 45 dan diperenggan 46 Tuan HMS telah merujuk kepada kes PP v Oh Kheng Seng [1979] 2 MLJ 174; merujuk kepada ms 177 dan 178 penghakiman Hakim Ajaib Singh akan pemakaian sub-seksyen 3(3) Akta; ―Bona fide and fair criticism of government policies and of opposition political parties is not within the mischief of the Sedition Act so long as the speaker does not exceed the bounds allowed to him under the law. The question here is whether the speech delivered by the accused on June 23, 1972 is seditious within the ambit of the Sedition Act or whether it is a bona fidediscourse on political and social matters and on the contemporary political situation. The intention of the accused when he made the speech and used words which are alleged to be seditious is not material or relevant for it is provided in section 3(3) of the Sedition Act that the intention of the speaker shall be deemed to be irrelevant if in fact the words have a seditious tendency. Therefore if the speech of the accused comes within the provisions of the Act as having a seditious tendency he commits the offence of uttering seditious words whether or not he intended his 27 speech to have a seditious tendency. Also to establish its case against the accused the prosecution is not obliged to prove that anything said in his speech was true or false or that it caused any disturbance or a breach of the peace. So it is in the light of these observations that the second ingredient has to be considered. The Federal Court has held that the prosecution had made out a prima facie case against the accused. The question to be answered now is whether the evidence adduced by the defence has rebutted the prosecution case or has at least raised a reasonable doubt in the prosecution case. I have given due consideration to the evidence of the accused and that of his witness and I have come to the conclusion that the defence has in no way raised any reasonable doubt in the prosecution case. Nor do I think that the defence has succeeded in establishing even on a balance of probabilities (for here the onus lies on the defence) that the speech delivered by the accused came within any of the permissible limits as set out in section 3(2) of the Sedition Act. The evidence of the accused was to the effect that he merely criticised government policies and that he had no intention of causing any racial trouble. Intention of the speaker as the Sedition Act provides is irrelevant. Fair 28 criticism of government policies is not unlawful and is not seditious per se but in criticising government policies or those of opposite political parties utmost care must be taken to ensure that the words uttered or published do not otherwise have a seditious tendency as defined in the Sedition Act. In this case the accused might well have meant to criticise government policies and opposition political parties but as the Federal Court has held his speech contained words which had seditious tendencies as defined in the Sedition Act. The defence having failed to rebut this finding or to raise any reasonable doubt in the prosecution case I have no alternative but to find the accused guilty and to convict him on the amended charge.‖ 38. Hujahan peguambela tertuduh bahawa mengajak untuk berhimpun secara aman adalah tidak menyalahi undang-undang. Ini adalah kerana kenyataan itu ditujukan kepada Pengerusi SPR supaya meletakan jawatan. Peguam menghujahkan ucapan tertuduh hanya sekadar mengajak kawan-kawannya supaya memberi sokongan dengan hadir ke jalanraya dan ini tidak menjadi kesalahan. 29 39. Mahkamah Tinggi ini mendapati bahawa fakta di dalam hujahan pihak peguambela hanya sebahagian, peguambela gagal menyebut akan ucapan tertuduh menyeru supaya ‗rakyat ambil Putrajaya‘ yang mana perlu dibaca keseluruhan tujuan ke jalanraya untuk menukar kerajaan. Apakah cara menukar kerajaan selepas pilihanraya selain dari menyeru suatu yang menyalahi undang-undang. 40. Malah pegumbela menghujahkan tidak perlu mendapat kebenaran untuk berhimpun menurut Akta Perhimpunan Awam 2012 sekadar memberi notifikasi sahaja, oleh itu ‗public place‘ termasuk jalanraya. Syarat sebenar di dalam Akta Perhimpunan Awam 2012 bukan sekadar memberi notis dan boleh berhimpun ianya tertakluk kepada Ketua Polis Daerah berkenaan memberi kebenaran dan syarat-syaratnya ini dapat dilihat pada s. 15 Akta 736. 41. Isu kegagalan memanggil pegawai penyiasat kes, tidak menyebabkan pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie selagi isu-isu penjagaan barang-barang kes tidak terputus. Di dalam kes ini saksi-saski mata yang melihat tertuduh membuat ucapan adalah saksi-saksi yang merakam ucapan tertuduh. Oleh itu barang- 30 barang kes hanya berkisar kepada pembuktian ucapan oleh tertuduh dibuat dan isi ucapan kecenderungan menghasut. 42. Isu Perlembagaan juga dibangkitkan oleh peguambela, atas isu ini ianya dibawah bidangkuasa Mahkamah Persekutuan yang boleh menentukan sama ada berpelembagaan ataupun tidak. Oleh itu hujahan peguambela akan Per. 162 Fasal 6 dan Per 10(2)(a) adalah tidak berasas sehingga diputuskan Akta Hasutan 1948 ini tidak berpelembaan. 43. Dengan ini Mahkamah Tinggi ini berpuas hati atas dapatan oleh Tuan HMS bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie atas penelitian maksima dan tertuduh dipanggil membela diri atas pertuduhan keatasnya.` PEMBELAAN TERTUDUH 44. Tertuduh memberi keterangan pembelaan di dalam Bahasa Inggeris dan didalam mukadimah pembelaannya mengakui faham pertuduhan keatas dirinya dan mengakui membuat ucapan seperti mana di dalam pertuduhan tersebut. 31 45. Pada masa kejadian tertuduh tidak lagi pengamal undang-undang dan hanya menumpukan kepada Jawatankuasa Memandu Bersih 2.0 semenjak 2007 yang mana tumpuan tertuduh di Lembah Klang. ―I‘m aware of the charge. I was present at the event as per charge…… Charge contain Lampiran A. I made the speech.‖ 46. Malangnya tertuduh hanya memberi penjelasan untuk rakyat hadir pada 17 dan 18 haribulan berkumpul di luar Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya untuk menuntut mereka meletakkan jawatan. 47. Namun tertuduh gagal menyatakan apakah maksud sebenar ‗rakyat ambil Putrajaya‖ ditafsirkan oleh tertuduh sebagai; ―Free and fair election of EC. That is what I meant rakyat ambil Putrajaya Starting point is through removel of EC‖ 48. Tertuduh juga semasa disoal balas mengakui tidak membuat sebarang laporan polis atas apa yang dikatakan terdapat penipuan di dalam piliharaya. Tertuduh juga sebagai peguam mengetahui 32 sebarang ketidakpatuhan semasa pilihanraya boleh dibuat melalui Petisyen Pilihanraya. 49. Tertuduh menafikan penggunaan perkataan seperti ‗musuh‘ merujuk kepada ―rakyat perlu menghadapi musuh di jalanraya‖ Tertuduh menafikan maksud ucapan beliau adalah menghasut rakyat ke jalanraya dan menukar kerajaan. PEMBELAAN TERTUDUH GAGAL MENIMBULKAN KERAGUAN MUNASABAH. 50. Tuan HMS di dalam alasan penghakimannya secara betul dan tepat merujuk sekali lagi kepada penghakiman Mahkamah Rayuan di dalam kes PR v Karpal Singh [supra], Majlis Peguam Malaysia & Ors v Raja Segaran a/l Krisnan [2005] 1 MLJ 15 dan kes PP v Ooi Kee Saik & Ors dirujuk [1971] 2 MLJ 108. 51. Tuan HMS telah meneliti keseluruhan pembelaan tertuduh dan tertuduh walaupun menyatakan niatnya tidak bermaksud dan berniat untuk menghasut supaya untuk dilakukan kacau-bilau dan menentang pihak berkuasa [musuh] dan menyeru orang ramai 33 menukar kerajaan dengan cara jalanan secara tidak sah namun niat tertuduh adalah tidak penting di bawah Akta ini. 52. Tuan HMS telah memutuskan bahawa ucapan tertuduh itu tidak terjatuh dibawah kecualian atau yang dibenarkan di bawah s.3(2) Akta. Di mana ucapan tertuduh adalah secara terang-terangan mempunyai kecenderungan menghasut dengan mengajak rakyat turun ke jalan raya seterusnya menukar kerajaan yang sedia ada secara tidak sah dan menunjukkan perasaan tertuduh yang marah terhadap kerajaan yang memerintah dan mempromosikan bantahan. ―(a) to bring into hatred or contempt or to excite disaffection against any Ruler or against any Government;‖ ―(b) to excite the subjects of any Ruler or the inhabitants of any territory governed by any Government to attempt to procure in the territory of the Ruler or governed by the Government, the alteration, otherwise than by lawful means, of any matter as by law established‖; 53. Sekiranya tertuduh menyatakan beliau mempunyai maksud yang terjatuh dibawah bukan kesalahan dibawah s.3(2) Akta sudah tentu 34 tertuduh tidak akan menggunakan perkataan-perkataan yang keras lagi menghasut. Perkataan ―Ini kalilah! Ini kalilah! Ini kalilah!‖ yang diulang-ulang dan di sambung dengan mengajak rakyat turun ke jalanraya pada 17 dan 18 haribulan turun ke jalanraya dan rakyat ambil Putrajaya‖ Malah sebelum pada itu menghasut rakyat supaya berani dengan musuh di jalan raya. 54. Tertuduh menjelaskan perkataan ‗musuh‘ sebagai bermaksud; ―TPR: I put it to you the word ‘musuh’ is a strong as it apply that anybody who did not agree with you is a ‘musuh’ and should be fought. OKT: I disagree YA. As I said the context for it‘s understanding is the sentence that follows. We have had numerous occasion where our peaceful rolliess have been dealt with very brutally. So, if you are peacefully assembling in the exercise of your constitutional rights, and you are brutalized by authorities, how do you see then the authority YA. I think it must be understood in it‘s context. ‗Kita mungkin menghadapi kekasaran‘. This is save on our experience in the past‖. 35 55. Ternyata tertuduh cuba memberi maksud yang berlainan dari apa yang tertuduh menjenamakan polis sebagai musuh oleh kerana menentang perhimpunan jalanan mereka. 56. Tertuduh apabila ditanya akan tertuduh mengahsut rakyat untuk menukar kerajaan atas alasan tidak mempunyai undi popular, tertuduh menjawab sebagai berikut seolah-oleh beliau menyeru melalui jalan yang mematuhi undang-undang. ―TPR: But if you go to Lampiran A, you are advocating and also inciting people to go to the street and take Putrajaya. OKT: To assemble YA is guaranteed under the constitution as long as peaceful and without bering arms, it is lawful‖ 57. Tertuduh berdalih bahawa ucapannya menyeru ‗rakyat mengambil Putrajaya‘ selepas pilihanraya umum baru selesai sebagai satu perhimpunan yang dijamin oleh perlembagaan. Jika untuk menunjukan rasa tidak puas hati keatas Suruhanjaya Pilihanraya tidaklah menggunakan perkataan ‗rakyat mengambil Putrajaya‖ iaitu pusat pemerintahan kerajaan persekutuan. 36 Sabitan bersalah selamat dikekalkan. 58. Mahkamah Tinggi ini berpuas hati akan dapatan dan sabitan oleh Tuan HMS adalah selamat dikekalkan. Tuan HMS telah memutuskan tertuduh didalam pembelaannya suatu penafian semata-mata dan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah keatas kes pendakwaan yang berjaya membuktikan kesnya melampaui sebarang keraguan munasabah seperti mana pertuduhan. Hukuman. 59. Hukuman yang terlampau berat [manifestly excessive] bolehlah dikurangkan hukumannya manakala terlampau ringgan pula [manifestly inadequate] bolehlah ditambah hukumannya agar lebih berat. Didalam rayuan kes ini kedua-dua pihak merayu atas hukuman. 60. Didalam kes PP v. Ling Leh Hoe [2015] 4 CLJ 859 dinyatakan nasihat bagaimana sepatutnya rayuan atas hukuman dari Mahkamah Rendah ditangani; 37 [14] The appellate court can and will interfere in the sentence imposed by the lower court if it is satisfied that any of the following four grounds are made out: (a) The sentencing judge had made a wrong decision as to the proper factual basis for the sentence; (b) There had been an error on the part of the trial judge in appreciating the material facts placed before him; (c) The sentence was wrong in principle; or (d) The sentence imposed was manifestly excessive or inadequate. 61. Hukuman penjara dibatalkan dan digantikan dengan hukuman denda sahaja.Di dalam kes ini tertuduh adalah pesalah pertama tiada rekod jenayah lampau. Dibandingkan hukuman 8 bulan untuk kesalahan pertama dibawah seksyen 4(1) Akta adalah terlampau berat. Mahkamah Tinggi ini menggantikan hukuman 8 bulan penjara kepada denda sehaja sebanyak RM4000.00 atau gagal membayarnya dipenjara selama 4 bulan hampir dengan denda maksima RM5000.00 adalah memadai. 38 62. Seksyen 4(1) memperuntukan hukuman bagi pesalah pertama untuk kesalahan 4(1) (a) hingga (d) bermula dengan hukuman denda RM5000.00 dan barulah hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Bagi pesalah kali kedua dikenakan hukuman yang berat iaitu pemenjaraan sehingga lima tahun dan tiada lagi hukuman pilihan denda. 4. Offences (1) Any person who— (a)………………….. (b)………………….. (c)…………………. (d)………………….. shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable for a first offence to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both, and, for a subsequent offence, to imprisonment for a term not exceeding five years; and any seditious publication found in the possession of the person or used in evidence at his trial shall be forfeited and may be destroyed or otherwise disposed of as the court directs. 63. Peguambela tertuduh di dalam mitigasinya juga memohon hukuman denda dan memohon jangan dikenakan hukuman pemenjaraan. Kepentingan awam perlu diutamakan lebih dari kebajikan tertuduh namun jika peruntukan hukuman di bawah s.4(1) Akta ini dengan nyata mengutamakan hukuman denda untuk pertama kali didapati 39 bersalah atas hukuman ini maka itulah sepatutnya hukuman denda dikenakan buat pesalah pertama seperti tertuduh. 64. Walaupun di dalam kes R v. Hammar [1957] 1 LNS 77;; [1958] 24 MLJ 4 HC, diputuskan bahawa sesuatu hukuman sekadar ibarat gigitan semut tidak akan menghindar jenayah tersebut dari berulang ―punishment which amounts to a pin prick does not deter‖ namun Mahkamah hanya mentafsirkan apa yang dimahukan oleh Parliamen. 65. Dengan itu rayuan ke atas sabitan oleh tertuduh ditolak dan rayuan keatas hukuman penjara 8 bulan keatas tertuduh ditukarkan kepada denda sahaja. Manakala rayuan atas hukuman oleh pihak pendakwaan ditolak Bertarikh: 30 Julai 2018 ( AZMAN BIN ABDULLAH ) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur. 40 Pihak-pihak: Bagi Pihak Perayu ... En. Gobind Singh Deo bersama dengan En. Haijan Omar, Cik Joanne Chua & Cik Michelle [Tetuan Gobind Singh Deo] Bagi Pihak Pendakwaan … Tn. Muhammad Azmi Mashud bersama dengan Pn. Norinna Bahadun Timbalan Pendawa Raya [Jabatan Peguam Negara]