Content
1 NEGERI KEDAH DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2) DI SUNGAI PETANI KES TANGKAP NO: 62RS-35-11/2017 DI ANTARA PENDAKWA RAYA …. PIHAK MERAYU DAN MOHAMAD HISHAM BIN YAKHIN …. PIHAK MENENTANG ALASAN PENGHAKIMAN Di dalam kes ini, pertuduhan terhadap Pihak Menentang iaitu OKT adalah seperti berikut: Pertuduhan :- “Bahawa kamu bersama-sama 5 orang yang telah dihukum, pada 22hb. Jun 2016 jam lebih kurang 9.00 malam bertempat di Kedai Kopi dan Makanan Tai Seng, No. 126M Pekan Tikam Batu, 08600 Tikam Batu, di dalam Daerah Kuala Muda, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah melakukan rompak berkawan bersenjatakan pisau dan pistol tiruan ke atas mangsa Heng Teck Cheng, No. Kp: 921123-14-6717 dan Choo Tai Yi, No. Kp: 880623-02-5211 dengan mengambil 1 telefon bimbit jenama Iphone 6 Plus, Telefon bimbit jenama Samsung A8, 4 bentuk cincin emas, 2 utas rantai leher, dompet mengandungi dokumen penting, wang tunai lebih kurang RM14,000 dan beberapa kotak rokok pelbagai jenama dengan jumlah kerugian bernilai lebih kurang RM34,000. 2 Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun yang sama. Seksyen 395 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat. Seksyen 397 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman sebatan sebagai tambahan terhadap hukuman sekiranya pada masa kejadian OKT melakukan atau mencuba melakukan rompak dengan bersenjatakan atau menggunakan apa-apa senjata maut, atau menyebabkan cedera parah kepada mana-mana orang, atau mencuba menyebabkan kematian, atau cedera parah kepada mana-mana orang. OKT pada mulanya telah dituduh bersama 5 orang yang lain dimana 5 orang yang lain telah mengaku salah terhadap pertuduhan. OKT telah minta dibicarakan dan beliau diwakili oleh seorang peguam. Seramai 6 orang saksi Pendakwaan telah memberi keterangan. Pada salah satu tarikh sambung perbicaraan, oleh kerana saksi-saksi Pendakwaan tidak hadir, OKT telah dilepaskan tanpa dibebaskan. OKT kemudiannya telah dituduh semula melalui kes ini. Apabila OKT dituduh semula, OKT telah mengaku salah ke atas kesalahan seperti pertuduhan tersebut. Pihak Pendakwaan iaitu Pihak Merayu di dalam kes ini kemudiannya telah mengemukakan fakta kes dan barang-barang kes dan apabila rayuan selesai didengar, saya telah mengenakan hukuman seperti berikut: 3 “OKT dilepaskan dibawah Bon Jamin untuk berkelakuan baik dibawah Seksyen 294 (1) Kanun Prosedur Jenayah dengan wang jaminan RM4,000/- dengan seorang penjamin selama 2 (dua) tahun.” Pihak Pendakwaan tidak berpuashati dengan perintah tersebut dan kini merayu terhadap hukuman tersebut. Faktor-faktor yang diambilkira / dipertimbangkan Di dalam kes Zaidon Shariff v. PP [1996] 4 CLJ 441, Augustine Paul JC (as he then was) di muka surat 446 telah memutuskan seperti berikut (dengan izin):- “A plea of guilty is a mitigating factor as it not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses (see Sau Soo Kin v. PP[1975] 2 MLJ 134). ” Saya telah mengambil kira Pengakuan Salah OKT dan rayuan yang dikemukakan sebagai salah satu faktor utama dalam mempertimbangkan hukuman keatasnya. Di dalam kes Winston Rajah v PP [1999] 1 CLJ 315, Mahkamah menyatakan (dengan izin): “The learned deputy in accord with the highest tradition of the Bar cited several authorities indicating that the existence of a minimum sentence does not deprive this court from exercising its discretion under s.294. I have no reason to doubt the correctness of such a principle of law. The remaining question is whether the 4 E. given facts and circumstances in the instant case justify such exercise” Oleh yang demikian, saya mempunyai budibicara untuk mengenakan suatu hukuman dibawah Seksyen 294(1) Kanun Prosedur Jenayah terhadap OKT. Isu seterusnya adalah samada kehendak-kehendak dibawah Seksyen 294 (1) Kanun Prosedur Jenayah telah dipenuhi. Tarikh kejadian kes ini adalah pada 22.6.16. OKT pada masa ini berusia 36 tahun. Beliau seorang bujang dan tinggal bersama emaknya dan menjaga emaknya yang menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. OKT bekerja sebagai penjual buah-buahan dengan pendapatan sehari RM30/-. OKT hanya bekerja selama 15 hari dalam sebulan. Peguambela telah mengemukakan laporan perubatan bertarikh 11.1.2018 dari Hospital Kepala Batas yang mengesahkan bahawa OKT menghidapi penyakit “Alcoholic hepatitis with obstructive jaundice”. OKT kini mengalami pendarahan pendalaman („internal bleeding‟), najis berdarah dan alami „liver failure‟. Dari mulanya OKT dituduh di Mahkamah bagi kes pertama sehingga selesainya kes ini, OKT telah sering kali tidak dapat hadir ke Mahkamah kerana telah dimasukkan ke hospital. Keadaan kesihatan OKT dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini semakin teruk. Daripada pemerhatian saya, rupa wajah 5 OKT juga tidak kelihatan seperti seorang berumur 36 tahun tetapi lebih berumur akibat masalah kesihatannya. Matanya kelihatan kuning dan berat badan OKT semakin turun.