Lampiran
Lampiran 1 bagi mendapatkan perintah berikut, antaranya – (a) kesemua bahagian ke atas hartanah yang dikenali sebagai Geran 437982 Lot 37201 (dahulu dikenali sebagai H.S.(D) 91344), Mukim Plentong, Johor Bahru beserta dengan rumah teres dua tingkat yang didirikan di atasnya yang dikenali sebagai No. 15 Jalan Anggerik 52, Taman Johor Jaya (“Hartanah”) dijual pada harga pasaran semasa atau pada harga jualan terbaik yang boleh diperolehi (the best possible selling price) di mana satu laporan penilaian perlu disediakan oleh penilai professional yang berdaftar sebelum Hartanah tersebut dijual; (b) hasil jualan Hartanah yang diperolehi selepas ditolak dengan semua perbelanjaan dan kos yang timbul berkaitan dengan penjualan dan pindahmilik Hartanah tersebut termasuk kos peguam dalam penyediaan perjanjian jual beli Hartanah tersebut hendaklah dibahagi sama rata antara Plaintif dan Defendan; (c) Defendan dikehendaki membayar kepada Plaintif setengah (1/2) bahagian daripada jumlah cukai harta dan cukai tanah yang dikenakan ke atas Hartanah tersebut bermula dari tahun 2019 sehingga Hartanah tersebut berjaya dijual di mana jumlah setengah (1/2) bahagian daripada cukai harta dan cukai tanah yangh perlu dibayar oleh Defendan tersebut hendaklah ditolak dari baki hasil jualan yang diperolehi oleh Defendandalam perenggan (b) di atas; S/N n/HVslb/p0KAjziNEnmlGA (d) kos penyediaan laporan penilaian untuk Hartanah tersebut oleh penilai professional yang berdaftar perlu dibayar oleh Plaintif dan Defendandalam bahagian sama rata di mana bahagian yang perlu dibayar oleh Defendan tersebut hendaklah ditolak dari baki hasil jualan yang diperolehi oleh Defendan dalam perenggan (b) di atas; dan (e) Defendan dikehendaki membayar kepada Plaintif setengah (1/2) bahagian daripada jumlah sewa bulanan Hartanah tersebut yang diperolehi/ dikutip bermula dari bulan September 2019 sehingga penyewaan ditamatkan. [2] Sebagai latar belakang ringkas, Plaintif dan Lim Foo Sim telah berkahwin pada 18.1.1989. [3] Semasa dalam tempoh perkahwinan tersebut, Plaintif dan Lim Foo Sim telah membeli Hartanah tersebut. [4] Pada 3.11.1999, Lim Foo Sim telah membuat wasiat yang berikut: S/N n/HVslb/p0KAjziNEnmlGA S/N n/HVslb/p0KAjziNEnmlGA [5] Dalam wasiat tersebut perkara penting yang dinyatakan adalah – (a) Defendan dilantik sebagai pelaksana dan pemegang amanah wasiat Lim Foo Sim (perenggan 1); (b) semua harta Lim Foo Sim akan ditadbir oleh Defendan bagi tujuan dijual dan hasilnya digunakan bagi maksud pengkebumian, perbelanjaan harta dan pendapatan daripada harta itu dipindahkan kepada Tiong Ah Chik @ Teo Swee Hoon iaitu ibu kepada Lim Foo Sim dan Defendan (perenggan 2 & 3); dan (c) sekiranya Tiong Ah Chik @ Teo Swee Hoon meninggal dunia semasa hayat Lim Foo Sim atau dalam masa 2 bulan dari tarikh kematian Lim Foo Sim, maka pemberian Lim Foo Sim kepada Tiong Ah Chik @ Teo Swee Hoon diberikan kepada Defendan sepenuhnya (perenggan 4). [6] Pada 8.7.2003 Plaintif telah dihukum bankrap oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru. Bagaimanapun beliau teah dilepaskan pada 4.6.2018. [7] Pada 7.2.2007 Plaintif dan Lim Foo Sim telah bercerai dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tarikh tersebut telah membuat perintah dikri nisi antara lain memerintahkan bahagian Plaintif dalam Hartanah tersebut dipindahkan sepenuhnya kepada Lim Foo Sim. S/N n/HVslb/p0KAjziNEnmlGA [8] Pada 11.5.2011 Tiong Ah Chik @ Teo Swee Hoon telah meninggal dunia. Tidak lama selepas itu, pada 10.9.2011 Lim Foo Sim pula telah meninggal dunia. Ekoran itu pada 27.4.2012 Mahkamah telah memberikan geran probet kepada Defendan sebagai pelaksana dan pemegang amanah wasiat Lim Foo Sim. [9] Dalam permohonan ini Plaintif memberikan alasan yang berikut bagi menyokong permohonannya: (a) Plaintif masih merupakan pemilik berdaftar sebahagian daripada Hartanah tersebut kerana – i. perintah dikri nisi tidak berkuat kuasa disebabkan ia dikeluarkan selepas Plaintif diisytiharkan bankrap pada 8.7.2003 dan sebagai seorang bankrap, Plaintif tidak boleh memiliki harta; dan ii. Defendan pernah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan perintah supaya Ketua Pengarah Insolvensi (“KPI”) memindahkan bahagian Plaintif kepada Defendan sebagaimana perintah dikri nisi, namun permohonan itu telah ditolak pada 24.9.2013. (b) Plaintif membayar semua cukai harta dan cukai tanah Hartanah tersebut; (c) pemilikan Hartanah tersebut perlu ditamatkan kerana Plaintif tidak menikmati Hartanah tersebut. Hartanah tersebut pada masa kini dihuni oleh abang kepada Defendan tanpa membayar apa-apa kepada Plaintif. S/N n/HVslb/p0KAjziNEnmlGA Sama ada Plaintif pemilik setengah bahagian Hartanah tersebut [10] Isu utama yang perlu diputuskan oleh mahkamah ini ialah sama ada Plaintif adalah pemilik setengah bahagian Hartanah tersebut. [11] Plaintif secara jelas tidak mempertikaikan keesahan perintah dikri nisi yang diperolehi oleh Lim Foo Sim. Namun apa yang dipertikaikan oleh Plaintif adalah semasa perintah dikri nisi dikeluarkan oleh Mahkamah, Plaintif adalah seorang bankrap dan oleh itu beliau telah terhenti menjadi pemilik setengah bahagian Hartanah tersebut. Menurut Plaintif lagi semua hartanya termasuk Hartanah tersebut diletak hak pada KPI. Justeru, menurut Plaintif, perintah dikri nisi tidak boleh dikuatkuasakan terhadap beliau. [12] Dalam hal ini saya mendapati perenggan (a) perintah dikri nisi tersebut menyatakan – (a) Bahagian Responden (Tong Hwa Yee) di dalam rumah teres dua tingkat yang beralamat di No. 15, Jalan Anggerik 52, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru di bawah No. Lot PTD 53820 HS(D) 91344, Mukim Plentong, Daerah Johor Bahru dipindahkan sepenuhnya ke atas nama Pempetisyen Isteri, Lim Foo Sim, [13] Melalui perintah dikri nisi tersebut, hak pemilikan Plaintif pada setengah bahagian Hartanah tersebut telah tamat. [14] Apabila Lim Foo Sim meninggal dunia, melalui geran probet yang diperolehi Defendan pada 27.4.2012, Defendan telah dilantik sebagai pentadbir dan pemegang amanah harta Lim Foo Sim termasuklah Hartanah tersebut. Oleh yang demikian, melalui geran probet tersebut, S/N n/HVslb/p0KAjziNEnmlGA Defendan adalah pemegang amanah Hartanah tersebut dan jelas, Plaintif tidak lagi mempunyai hak terhadap Hartanah tersebut. [15] Mengenai permohonan Defendan bagi mendapatkan perintah supaya KPI memindahkan bahagian Plaintif kepada Defendan sebagaimana perintah dikri nisi yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24.9.2013, saya mendapati tiada alasan penghakiman disertakan bagi membolehkan saya meneliti alasan mahkamah menolak permohonan tersebut. Oleh yang demikian adalah sukar untuk saya memberi ulasan terhadap penolakan mahkamah tersebut adakah selepas merit dihujahkan atau disebabkan isu teknikal. Permohonan perintah lain oleh Plaintif [16] Disebabkan pada pandangan saya Plaintif bukan pemilik setengah bahagian Hartanah tersebut, maka permohonan Plaintif yang lain seperti perintah bagi menjual Hartanah tersebut dan keuntungannya dibahagikan antara Plaintif dan Defendan serta perintah bagi mendapatkan sewa bulanan Hartanah tersebut sudah tidak relevan lagi dan wajar ditolak. Kesimpulan [17] Berdasarkan kepada alasan di atas, saya mendapati permohonan Plaintif tidak berasas sama sekali. Justeru saya menolak permohonan Plaintif dalam Lampiran 1 dengan kos. Tarikh: 17.12.2024 (SHAMSULBAHRI BIN HAJI IBRAHIM) Hakim, Mahkamah Tinggi Malaya, Johor Bahru S/N n/HVslb/p0KAjziNEnmlGA Peguam: Bagi pihak Plaintif – Norliza binti Ibrahim; Tetuan T.S. Chong & Co Bagi pihak Defendan – K. Barathi; Tetuan K. Barathi & Co. S/N n/HVslb/p0KAjziNEnmlGA