Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR KES JENAYAH NO: CA-83-399-07/2018 ANTARA PENDAKWARAYA LAWAN MOHD FAUZIE BIN OMAR [NO. KAD PENGENALAN: 861207-33-5719] ***************************************** ALASAN PENGHAKIMAN ***************************************** 2 PENDAHULUAN Di dalam kes ini, Orang kena tangkap (OKT) telah dituduh di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja telah mendatangkan cedera ke atas mangsa dengan menggunakan batang besi vacuum. Pertuduhan telah dibacakan kepada OKT. OKT memilih untuk mengaku bersalah dan Mahkamah berpuashati OKT faham sifat dan akibat pengakuannya. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM3,500.00 kalau tak bayar penjara 6 bulan. Pendakwa telah tidak berpuashati dengan hukuman yang dikenakan ke atas OKT dan mengemukakan rayuan ini. Berikut adalah alasan-alasan Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman ke atas OKT: