Content
[CA-83-623-12/2017 (kes 2)] 1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR KES JENAYAH NO: CA-83-623-12/2017 ANTARA PENDAKWARAYA
CA-83-623-12/2017
Magistrates Court of Malaysia16 Apr 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“uman sebagai pengajaran. Hukuman yang dikenakan ke atas OKT Pertama juga cukup untuk memberi pengajaran berguna dan keinsafan serta kesedaran kepada OKT Pertama dan pesalah lain (Yap Teng Chai v. PP [1959] MLJ 205) agar tidak mengulangi lagi kesalahan sama di masa akan datang. Hukuman yang dikenakan ini juga merupakan”
“alasan-alasan di atas, Mahkamah adalah terikat untuk mengambilkira segala perkara dan faktor yang dinyatakan (Joginder Singh v. PP [1984] 2 MLJ 133) terutama keseriusan kes ini (Lee Yoke Choong v. PP [1964] MLJ 138), Mahkamah percaya dan yakin bahawa hukuman yang dikenakan ke atas OKT Pertama adalah wajar, adil dan mun”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
[CA-83-623-12/2017 (kes 2)] 1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR KES JENAYAH NO: CA-83-623-12/2017 ANTARA PENDAKWARAYA
1
MAHANI BINTI MOHAMED [No. Kad Pengenalan: 730714-06-5100]
2
HASNAH BINTI NGAH [ No. Kad Pengenalan: 680607-11-5480] ***************************************** ALASAN PENGHAKIMAN ***************************************** [CA-83-623-12/2017 (kes 2)] 2 PENDAHULUAN Ini adalah kes Kedua yang dibacakan kepada kedua-dua OKT (Orang Kena tangkap). Di dalam kes ini, kedua-dua OKT telah dituduh di bawah pertuduhan berikut: “Bahawa kamu bersama-sama Hasnah binti Ngah, kpt: 680607-11- 5480,pada 27/10/2017, jam lebih kurang 04:00 petang, di Kedai Makan Ikhlas Tom Yam Sungai Karang, di dalam daerah Kuantan, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dapati dengan curangnya telah menipu penama Norzahisyam bin Mohamad Nor, kpt:740907-06-5245 dengan menawarkan satu projek membekalkan makanan yang tidak wujud hingga mendorong penama menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 kepada Hasnah binti Ngah di mana penama tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian oleh kamu dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 420 kanun keseksaan dan dibacakan bersama seksyen 34 kanun yang sama”. OKT Pertama diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). Pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan kepada kedua-dua OKT dalam bahasa yang mudah difahami. OKT Pertama memilih untuk mengaku bersalah pada tarikh kali pertama OKT Pertama dihadapkan ke Mahkamah ini manakala OKT Kedua mohon dibicarakan. Mahkamah berpuashati OKT Pertama faham sifat dan akibat pengakuannya. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan selepas tamat hukuman pertama (CA-83-617-12/2017) ke atas OKT Pertama. [CA-83-623-12/2017 (kes 2)] 3 OKT Pertama telah tidak berpuashati dengan hukuman yang dikenakan ke atasnya dan mengemukakan rayuan ini. Notis rayuan hanya difailkan pada tarikh 24/06/2019 iaitu selepas 1 tahun 6 bulan OKT Pertama menjalani hukuman pemenjaraan. Berikut adalah alasan-alasan Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman ke atas OKT Pertama.
1
Definisi hukuman. Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang diperuntukkan ialah hendaklah di seksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari (1) satu tahun dan tidak lebih dari (10) sepuluh tahun, dan dengan sebat, dan bolehlah juga di kenakan denda. Hukuman pemenjaraan yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini masih lagi di dalam lingkungan kehendak dan maksud hukuman itu sendiri (PP v. Au Hurairah Abu Samah dan Satu Lagi [2010] 1 LNS 308). Tambahan pula penjara (1) satu tahun yang dikenakan oleh Mahkamah ini adalah hukuman paling minimum berbanding (10) sepuluh tahun yang diperuntukkan oleh Akta ini. OKT Pertama adalah seorang wanita dan hukuman sebatan rotan tidak terpakai ke atas OKT Pertama. Tidak timbul isu OKT Pertama tidak faham pertuduhan atau hukuman kerana sepanjang prosiding dijalankan, Mahkamah telahpun menerangkan pertuduhan, sifat dan akibat pengakuan juga hukuman yang diperuntukkan oleh Akta ini dalam bahasa yang mudah difahami oleh OKT Pertama. Tambahan pula OKT Pertama diwakili oleh peguam YBGK dan OKT Pertama sendiri memilih untuk mengaku salah tanpa syarat. [CA-83-623-12/2017 (kes 2)] 4
2
Usia OKT. OKT Pertama berusia 44 tahun sewaktu kejadian. Ini adalah satu usia yang matang dan OKT Pertama sepatutnya sudah boleh membezakan buruk baik akibat daripada sesuatu perbuatan itu sebelum OKT Pertama sendiri memilih untuk melakukan perbuatan salah tersebut (PP v. Hairuldin Bin Zainal Abidin [2001] 6 CLJ 480; [2001] 6 MLJ 146).
3
Kesalahan serius. Walaupun OKT Pertama memilih untuk mengaku bersalah di awal kes, namun Mahkamah haruslah memberikan kredit kepada keseriusan kes ini (PP v. Au Hurairah Abu Samah dan Satu Lagi [2010] 1 LNS 308). Mahkamah mendapati kesalahan OKT Pertama ini adalah satu kesalahan yang serius kerana ianya merupakan perlakuan yang telah dirancang lebih awal, maka hukuman berat patut dikenakan ke atas OKT Pertama (PP v. Nazmi Ganih [2010] 1 LNS 1168, Sia Ah Kew & Ors v. PP[1974] 1 LN S154). Kesalahan yang dilakukan oleh OKT Pertama juga bukan sahaja kesalahan yang melibatkan transaksi dengan orang lain malah ia juga melibatkan kerugian harta. OKT Pertama telah menggunakan jalan singkat untuk mengejar kemewahan tanpa memikirkan kesulitan yang dialami oleh pengadu yang mana OKT Pertama sememangnya tahu kesan dan akibat perbuatannya di sisi undang-undang. Maka, hukuman berat adalah hukuman yang selayaknya dikenakan ke atas OKT Pertama. [CA-83-623-12/2017 (kes 2)] 5
4
Jumlah kerugian. Fakta kes menunjukkan bahawa hasil perdayaan OKT Pertama ke atas Pengadu, Pengadu telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM500.00 kepada OKT Pertama. Nilai kerugian yang dialami oleh Pengadu ini walaupun kecil tapi besar nilainya di sisi Pengadu. Tambahan pula Pengadu tidak memperolehi semula wang berjumlah RM500.00 tersebut, maka hukuman berat patut dikenakan ke atas OKT.
5
Hukuman berasingan dan/atau serentak. Mahkamah tidak mengenepikan prinsip ”one transaction rule and the totality principle” (Jayaraman & Ors v Public Prosecutor [1979] 2 MLJ 88; [1979] 1 LNS 36) dalam menentukan hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT Pertama sama ada hukuman penjara berjalan serentak atau berasingan dengan kes-kes lain yang telah dipertuduhkan ke atas OKT Pertama. Apa yang dimaksudkan dengan ‘one transaction rule and the totality principle’ juga dipanggil ‘the same transaction’ telah dihuraikan di dalam kes SA Jamil bin MD Yusof v Public prosecutor [2002] 6 MLJ 106 iaitu: “They are proximity of time, unity or proximity of place, continuity of action and community of purpose or design” Berdasarkan kepada fakta kes dan laporan polis yang dibuat terhadap OKT Pertama, Mahkamah menemukan fakta bahawa kesalahan ini dilakukan oleh OKT Pertama pada tarikh, masa dan tempat yang berbeza dengan pertuduhan sebelum ini. Kesalahan bagi kes ini bukanlah dilakukan dalam satu transaksi yang sama dengan kes sebelum ini, ia dilakukan berasingan terhadap mangsa yang berlainan. Maka sewajarnya hukuman yang dikenakan ke atas OKT [CA-83-623-12/2017 (kes 2)] 6 Pertama juga perlu berbeza atau berasingan dengan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas OKT sebelum ini kerana kesalahan ini bukan termasuk dalam kategori ’one transaction rule’. Ini sekaligus telah merampas hak OKT untuk mendapat peringanan hukuman sebagaimana dinyatakan dalam Public Prosecutor v Elwan bin Abd Rahim [2011] 3 MLJ 861; John Ko Wai Seng JC merujuk kepada kes Crowley and Garner v R (1991) 55 A Crim R 201: ’It is well established that sentences must have regard to the total length of sentence passed, particularly where consecutive sentences have been imposed, to ensure that the sentence properly reflects the overall seriousness of the behaviour. There will be cases properly described as crushing the hope in the offender of reformation and a return to a desirable life but in which the offender has, by his criminal acts, forfeited any right to have his sentence reduced on that account”. Maka hukuman berturut adalah bersesuaian untuk dikenakan ke atas OKT Pertama.
6
Rekod lampau. Dikemukakan oleh pihak Pendakwaan bahawa OKT Pertama tiada rekod lampau. Maka, hukuman minimum penjara satu (1) tahun yang dikenakan ke atas OKT Pertama adalah wajar bagi memberi kesan ke atas keseriusan kes ini.
7
Latar belakang OKT. Dimaklumkan oleh peguam bahawa OKT Pertama bekerja sebagai peniaga cendol dengan pendapatan RM700.00 sebulan. OKT Pertama mempunyai seramai 11 orang tanggungan. Dengan pendapatan RM700.00 ini digunakan [CA-83-623-12/2017 (kes 2)] 7 oleh OKT Pertama untuk menanggung seorang ibu yang uzur, seorang ayah yang menghidap penyakit strok, 4 orang anak yang masih bersekolah, seorang adik yang mempunyai 2 orang anak kecil, seorang adik ipar yang kelainan upaya (OKU) dan seorang suami yang tidak bekerja. OKT Pertama menyatakan bahawa kejadian ini berlaku atas desakan hidup yang dialami oleh OKT Pertama. Pada hemat Mahkamah, walaupun OKT pertama mempunyai tanggungan yang ramai, ia bukanlah satu alasan yang munasabah untuk menarik ehsan Mahkamah agar hukuman penjara minimum dan serentak diberikan. Ini kerana, dengan nilai kerugian yang dialami oleh Pengadu iaitu RM500.00, Pengadu juga semestinya mengalami desakan hidup yang menekan akibat nilai kerugian ini hilang begitu sahaja tanpa diperolehi kembali oleh Pengadu. OKT memperolehi faedah sendiri atas perdayaan yang dibuat ke atas Pengadu. Maka dengan itu, perbuatan OKT Pertama ini mewajarkan Mahkamah menjatuhkan hukuman yang lebih berat ke atas OKT Pertama dan ianya berjalan secara berturut.
8
Mitigasi OKT. OKT Pertama merayu melalui peguam YBGK yang dilantik, memohon agar dikenakan hukuman penjara paling minima dari tarikh tangkap dan berjalan serentak. Hukuman yang Mahkamah berikan ini iaitu satu (1) tahun adalah hukuman minima yang diperuntukkan oleh Akta ini. [CA-83-623-12/2017 (kes 2)] 8
9
Permohonan Pendakwa. Pendawaan dalam kes ini menggesa satu hukuman berat dapat dikenakan ke atas OKT Pertama dan ianya dijalankan secara berasingan. Pada hemat Mahkamah, hukuman yang dikenakan adalah cukup berat dan setimpal tanpa mengenepikan faktor-faktor peringanan dan pemberat hukuman yang wajar dikenakan ke atas OKT Pertama.
10
Hukuman sebagai pencegahan. Hukuman berbentuk pencegahan dan pengasingan daripada masyarakat umum ini dikenakan ke atas OKT Pertama agar dapat mencegah OKT Pertama dan orang lain daripada mengulangi kesalahan yang sama, mahupun apa-apa kesalahan jenayah di masa hadapan.
11
Hukuman sebagai pengajaran. Hukuman yang dikenakan ke atas OKT Pertama juga cukup untuk memberi pengajaran berguna dan keinsafan serta kesedaran kepada OKT Pertama dan pesalah lain (Yap Teng Chai v. PP [1959] MLJ 205) agar tidak mengulangi lagi kesalahan sama di masa akan datang. Hukuman yang dikenakan ini juga merupakan satu peringatan tegas kepada OKT Pertama dan orang awam agar lebih menghormati undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
12
Melindungi kepentingan awam. Hukuman yang Mahkamah kenakan adalah bersesuaian demi melindungi kepentingan awam dan kemaslahatan umum agar gejala penipuan ini tidak terus [CA-83-623-12/2017 (kes 2)] 9 berleluasa. Masyarakat umum dapat dilindungi daripada terus menjadi mangsa penipuan oleh OKT Pertama. Melihat kepada banyaknya kesalahan yang dipertuduhkan ke atas OKT Pertama ini telah menimbulkan kebimbangan bahawa OKT Pertama mempunyai potensi dan keupayaan untuk melakukan kesalahan yang sama kepada mangsa-mangsa lain di luar sana pada masa hadapan dan ini akan memberi kesan yang lebih buruk kepada kehidupan masyarakat umumnya. Hukuman berat ini juga sekaligus dapat mencerminkan bahawa Negara ini benar-benar telah mengambil serius dalam memerangi jenayah. KESIMPULAN Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, Mahkamah adalah terikat untuk mengambilkira segala perkara dan faktor yang dinyatakan (Joginder Singh v. PP [1984] 2 MLJ 133) terutama keseriusan kes ini (Lee Yoke Choong v. PP [1964] MLJ 138), Mahkamah percaya dan yakin bahawa hukuman yang dikenakan ke atas OKT Pertama adalah wajar, adil dan munasabah di sisi undang-undang. Disediakan oleh: NURUNAIM BINTI ABDULLAH Majistret, Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang Darul Makmur. [CA-83-623-12/2017 (kes 2)] 10 Tarikh : 16 Ogos 2019 Pendakwaraya : Puan Khalijah binti Mohd Khalid Timbalan Pendakwa Raya Negeri Pahang. Tertuduh : Norhafidzah binti Baharudin. Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Negeri Pahang.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.