Content
[CA-83-619-12/2017 (kes 4)] 1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR KES JENAYAH NO: CA-83-619-12/2017 ANTARA PENDAKWARAYA LAWAN MAHANI BINTI MOHAMED [No. Kad Pengenalan: 730714-06-5100] ***************************************** ALASAN PENGHAKIMAN ***************************************** [CA-83-619-12/2017 (kes 4)] 2 PENDAHULUAN Ini adalah kes Keempat yang dibacakan kepada OKT (Orang Kena tangkap). Di dalam kes ini, OKT telah dituduh di bawah 3 pertuduhan sepertimana berikut: “Pertuduhan pertama. Bahawa kamu pada 23/08/2017 jam lebih kurang 02:22 petang bertempat di alamat 2/483 Lorong Pantai Batu Hitam 32 Beserah, di dalam daerah Kuantan, di dalam Negeri Pahang, didapati telah melakukan penipuan terhadap penama Yusniza binti Yusof, k/p: 690626- 04-5130, dengan memperdayakan beliau bagi urusan pembekalan makanan di Malaysia China Kuantan Industrial Park (MCKIP) dan oleh itu kamu telah dengan curangnya mendorong penama tersebut menyerahkan kepada kamu wang tunai berjumlah RM5,000.00 kepada kamu yang mana beliau tidak akan menyerahkan wang tunai tersebut sekiranya tidak di perdayakan sedemikian oleh kamu, maka kamu dengan ini telah melakukan suatu kesalahan yang boleh di hukum di bawah seksyen 420 kanun keseksaan”. “Pertuduhan kedua. Bahawa kamu pada 23/08/2017 jam lebih kurang 0830 malam bertempat di alamat 2/483 Lorong Pantai Batu Hitam 32 Beserah, di dalam daerah Kuantan, di dalam Negeri Pahang, didapati telah melakukan penipuan terhadap penama Yusniza binti Yusof, k/p: 690626- 04-5130, dengan memperdayakan beliau bagi urusan pembekalan makanan di Malaysia China Kuantan Industrial Park (MCKIP) dan oleh itu [CA-83-619-12/2017 (kes 4)] 3 kamu telah dengan curangnya mendorong penama tersebut menyerahkan kepada kamu wang tunai berjumlah RM1,000.00 kepada kamu yang mana beliau tidak akan menyerahkan wang tunai tersebut sekiranya tidak di perdayakan sedemikian oleh kamu, maka kamu dengan ini telah melakukan suatu kesalahan yang boleh di hukum di bawah seksyen 420 kanun keseksaan”. Pertuduhan ketiga. Bahawa kamu 29/08/2017 jam lebih kurang 0414 petang bertempat di kawasan Pantai Pelindung, di dalam daerah Kuantan, di dalam Negeri Pahang, didapati telah melakukan penipuan terhadap penama Yusniza binti Yusof, k/p: 690626-04-5130, dengan memperdayakan beliau bagi urusan pembekalan makanan di Malaysia China Kuantan Industrial Park (MCKIP) dan oleh itu kamu telah dengan curangnya mendorong penama tersebut menyerahkan kepada kamu wang tunai berjumlah RM5,000.00 kepada kamu yang mana beliau tidak akan menyerahkan wang tunai tersebut sekiranya tidak di perdayakan sedemikian oleh kamu, maka kamu dengan ini telah melakukan suatu kesalahan yang boleh di hukum di bawah seksyen 420 kanun keseksaan”. OKT diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). Pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT dalam bahasa yang mudah difahami. OKT memilih untuk mengaku bersalah pada tarikh kali pertama OKT dihadapkan ke Mahkamah ini. Mahkamah berpuashati OKT faham sifat dan akibat pengakuannya. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman berikut: [CA-83-619-12/2017 (kes 4)] 4