Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR KES JENAYAH NO: CA-83-405-07/2018 ANTARA PENDAKWARAYA LAWAN SAIFUL BAHARI BIN MOKHTAR [ NO. KAD PENGENALAN: 770113-06-5259 ] ***************************************** ALASAN PENGHAKIMAN ***************************************** 2 Di dalam kes ini, Orang Kena Tangkap (OKT) telah dituduh di bawah Seksyen 407 Kanun Keseksaan sebagaimana berikut: “Bahawa kamu, pada 16/07/2016 jam lebih kurang 12.30 tengahari, bertempat di alamat Kilang Baja FPM SDN BHD, Pelabuhan Kuantan, di dalam daerah Kuantan, di dalam Negeri Pahang, sebagai pemandu lori pendaftaran WYL 8042 di Syarikat Felda Transport Services Sdn. Bhd. yang diamanahkan untuk menghantar baja nk 11.6/27 berjumlah 55 matrik tan (1100 beg) bernilai RM59,565.00 ke ladang FGVPM Felda Selendang 4, Kuala Rompin, Pahang, tetapi kamu dengan curangnya tidak hantar baja tersebut dan menjualnya bagi kegunaan kamu sendiri, maka kamu dengan ini telah melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen 407 kanun keseksaan” . Pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT. OKT memilih untuk mengaku bersalah dan Mahkamah berpuashati OKT faham sifat dan akibat pengakuan salahnya. Setelah Mahkamah mendengar rayuan OKT melalui Peguambela yang dilantik olehnya dan permohonan Pendakwaan, Mahkamah mendapati OKT bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan tersebut. Seterusnya Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bermula dari tarikh tangkap (10 Julai 2018) dan 1 sebatan ringan. Pendakwaan telah tidak berpuashati dengan hukuman yang dikenakan ke atas OKT dan mengemukakan rayuan ini. 3 Berikut adalah alasan-alasan Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman ke atas OKT: