Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN NO. KES: DA-82D-8-07/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN NOOR HISHAM BIN MD NAWI ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN Tertuduh (OKT) di dalam kes ini telah di tuduh di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dengan 2 pertuduhan. Di akhir kes pendakwaan mahkamah dapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. Oleh itu OKT telah di lepaskan dan di bebaskan daripada kedua - dua pertuduhan yang di kenakan. 2 PERTUDUHAN PINDAAN PERTAMA “bahawa kamu pada 17/5/2019 jam lebih kurang 2.00 pagi bertempat di sebuan kedai makan Tomyam Block C, Jalan Bayam Lama, di dalam Daerah Kota Bharu Di dalam Negeri Kelantan telah ada dalam milikan kamu racun berbahaya jenis Etizolam 18.06 gram. Oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 30 (5) Akta yang sama.” PERTUDUHAN PINDAAN KEDUA “bahawa kamu pada 17/5/2019 jam lebih kurang 2.00 pagi bertempat di sebuan kedai makan Tomyam Block C, Jalan Bayam Lama, di dalam Daerah Kota Bharu Di dalam Negeri Kelantan telah ada dalam milikan kamu racun berbahaya jenis Etizolam 0.71 gram. Oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 30 (5) Akta yang sama.” KES PENDAKWAAN 3 Rentetan penangkapan OKT adalah bermula daripada maklumat berkaitan penebusan motorsikal milik Mohd Harif Bin Ali (SP6) dan penama Mohd Zubaer yang hilang pada 13.5.2019 semasa mereka berada di rumah Mohd Faizal Bin Ismail (SP5) di alamat No 49 Kampung Derdap,16800 Pasir Putih, kelantan. Pada masa tersebut telah datang 2 buah kereta jenis Preve dan telah berhenti dengan mengejut di rumah SP5. Melihat kereta tersebut yang di sangkakan pihak polis SP5, SP6 dan Mohd Zubaer yang berada di situ telah melarikan diri ke kawasan semak kerana mereka takut ditangkap kerana pada masa tersebut mereka terlibat dengan aktiviti meminum air ketum. Terdapat 5 lelaki telah keluar dari 2 buah kereta Preve tersebut tersebut dan mengelilingi rumah SP5. Dan selepas itu sekumpulan lelaki tersebut telah mengambil motorsikal SP6 dan Mohd Zubaer. Seterusnya pada 15.5.2019 SP6 dan Mohd Zubaer telah membuat report berkenaan kehilangan motorsikal tersebut. Selepas itu SP5 telah dihubungi oleh suspek yang mengambil motorsikal tersebut melalui panggilan telefon dan applikasi ‘whatsapp’ dan mereka telah berjanji untuk berjumpa di sebuah kedai makan Tomyam Block C, Jalan Bayam Lama, Kota Bharu. Suspek tersebut juga telah meminta SP6 dan Mohd Zubaer 4 menyediakan duit RM 2000 untuk menebus motorsikal yang di ambil tersebut. Pada 17.5.2019 bertindak di atas report oleh SP6 dan Mohd Zubaer, dan juga maklumat perjumpaan untuk penebusan motorsikal, pengadu dalam kes ini Inspektor Hafizi (SP3) dari I.P.D Pasir Puteh bersama-sama dengan SP5, SP6 dan Mohd Zubaer telah membuat perancangan untuk menangkap suspek tersebut di kedai makan tersebut. Mereka semua kemudiannya telah ke kedai tersebut dengan menaiki kenderaan masing-masing. Apabila sampai di kedai makan tersebut SP5, SP6 dan Zubaer telah masuk ke kedai tersebut dan mereka telah duduk di sebuah meja di bahagian luar kedai tersebut untuk menunggu suspek tersebut. Selepas itu suspek telah datang ke kedai tersebut dengan menaiki motorsikal dan membawa sebuah beg. Suspek tersebut kemudiannya telah ke tempat meja mereka bertiga berada dengan membawa beg tersebut. Suspek tersebut telah duduk di meja tersebut dengan beg yang di bawanya di letakkan di atas kerusi bersebelahannya. SP3 dan pasukannya telah tiba di kedai tersebut lebih kurang jam 2.00 pagi. SP3 telah membuat pemerhatian dari luar kedai tersebut dan telah 5 Nampak 4 lelaki iaitu SP5, SP6, Mohd Zubaer dan suspek tersebut berada di sebuah meja di kedai tersebut. SP3 kemudiannya telah ke meja tersebut dan telah menangkap suspek tersebut iaitu OKT ini. SP3 telah membuat pemeriksaan ke atas badan OKT dan telah dapati di pinggang sebelah kanan OKT satu beg berzip kecil warna hitam jenama ‘xiang long’ (P23) di dalamnya berisi satu foil aluminium berwarna merah silver bertulisan “eremin 5” di dalamnya berisi 4 biji pil di syaki dadah, wang tunai RM 1200 dan 2 biji telefon jenama iphone. Turut di jumpai di pinggang sebelah kanan OKT juga sepucuk pistol bersarung berserta satu kelopak peluru berisi 15 butir peluru. SP3 juga telah membuat pemeriksaan di kerusi tempat OKT ditahan dan telah menemui satu beg berwarna hitam jenama ‘superdry’ (P22). Hasil pemeriksaan di dalam P22 di dapati mengandungi 1 beg kad (card holder) berisi sekeping mykad atas nama Noor Hisham Bin Md Nawi No. Polis RF/157926 pangkat Lans Koperal, satu buku saku POL 5. Polis Diraja Malaysia atas Nama Noor Hisham Bin Md Nawi dan juga satu sarung kepala berwarna hitam (P24). Di dalam P24 tersebut pula telah di jumpai satu plastik cerah yang mana di dalamnya terdapat 10 keping foil aluminium merah/silver di mana dalam setiap keping foil berisi 10 biji pil di syaki dadah dengan jumlah keseluruhan adalah 100 biji pil. 6 OKT dan barang-barang kes kemudiannya telah di bawa oleh SP3 ke IPD Pasir Puteh. Pada hari yang sama jam 6.00 petang SP3 telah menyerahkan barang kes kepada pegawai penyiasat Inspektor Tineshwary