Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM DI DALAM KES BICARA JENAYAH NO: 45A-06-07/2017 DI ANTARA PENDAKWA RAYA
45A-06-07/2017
High Court of Malaysia9 Nov 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM DI DALAM KES BICARA JENAYAH NO: 45A-06-07/2017 DI ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh telah dituduh pada asalnya dengan satu pertuduhan mengedar dadah berbahaya iaitu heroin seberat 18.7 gram, satu kesalahan dibawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mati dibawah Sesyen 39B(2) Akta yang sama.
2
Tertuduh juga telah dituduh dengan satu lagi pertuduhan iaitu memiliki dadah berbahaya iaitu heroin seberat 1.88 gram iaitu satu kesalahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan boleh dihukum dibawah Seksyen 12(3) Akta yang sama. 2
3
Bagi pertuduhan pertama iaitu dibawah Seksyen 39B pihak Pendakwaan telah menawarkan satu pertuduhan pilihan dibawah Seksyen 12(2) yang boleh dihukum dibawah 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu memiliki dadah-dadah tersebut.
4
Tertuduh telah menerima tawaran tersebut dan telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan (P15) dan pertuduhan kedua tersebut dan telah dijatuhkan hukuman masing-masing 11 tahun penjara dari tarikh tangkap iaitu (8/1/2017) bagi kesalahan pertama dan 2 ½ tahun penjara dari tarikh tangkap bagi pertuduhan kedua. Kedua-dua hukuman berjalan serentak. Memandangkan tertuduh adalah seorang wanita, tiada hukuman sebat dikenakan.
5
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, melalui pihak penjara tertuduh telah menfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap sabitan walaupun telah mengaku bersalah dan juga hukuman. Ini merupakan alasan-alasan kepada keputusan tersebut.
6
Pertuduhan terhadap tertuduh adalah seperti berikut: “1. Pertuduhan Pertama (Asal) Bahawa kamu pada 8/1/2017, jam lebih kurang 10.45 pagi, bertempat di Tan Chong Express Auto Servis Sdn Bhd, di dalam Jajahan Kota Bharu, di dalam Negeri Kelantan telah mengedar dadah 3 berbahaya iaitu 18.70 gram Heroin dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” “2. Pertuduhan Pilihan Bahawa kamu pada 8/1/2017, jam lebih kurang 10.45 pagi, bertempat di Tan Chong Express Auto Servis Sdn Bhd, di dalam Jajahan Kota Bharu, di dalam Negeri Kelantan telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu 18.70 gram Heroin. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.” “3. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu pada 8/1/2017, jam lebih kurang 10.45 pagi, bertempat di tepi jalan berhadapan Tan Chong Express Auto Servis Sdn Bhd, di dalam Jajahan Kota Bharu, di dalam Negeri Kelantan telah ada dalam milikan kamu dadah jenis Heroin seberat 1.88 gram. Oleh itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.” 4 C. FAKTA KES
7
Fakta kes seperti mana yang telah dikemukakan oleh Pihak Pendakwa Raya dan ditanda sebagai P16 adalah seperti berikut: 1) Pada 08.01.2017 jam lebih kurang 10.45 pagi bertindak atas maklumat pengedaran dadah, Insp. G/19240 Muhammad Taufik bin Alias (Pengadu) bersama sepasukan anggota JSJN IPK Kelantan telah menahan Tertuduh dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan berhadapan dengan Tan Chong Express Auto Servis Sdn Bhd, Lot 5731, Jalan Sultan Yahya Petra, Kawasan Perindustrian Lundang 15150, Kota Bharu, Kelantan. 2) Pemeriksaan dilakukan ke atas Tertuduh dan didapati terdapat satu (1) bungkusan surat khabar bertulisan cina berada dalam genggaman tangan kanan Tertuduh. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 2 botol cerah berpenutup kuning yang setiap satu mengandungi serbuk putih disyaki dadah. 3) Pengadu telah mengarahkan tertuduh untuk mengeluarkan apa-apa barang yang berada dalam poket seluar warna biru jenama PEACE yang dipakai. Tertuduh telah mengeluarkan segugus anak kunci dan diserahkan kepada pengadu. 4) Pengadu kemudian telah membacakan kata-kata amaran di bawah sek. 37B(1)(b) ADB 1952 kepada Tertuduh. Pengadu ada bertanyakan kepada Tertuduh “ada kamu menyimpan apa-apa 5 barang salah lagi?”. Tertuduh menjawab “ada” sambil menggangukkan kepala. Pengadu tanya “apa yang kamu simpan?” Tertuduh jawab “pokteh”. Pengadu tanya lagi “di mana kamu simpan pokteh?” Tertuduh jawab “saya simpan dalam laci di bilik tempat saya bekerja. Pengadu tanya “di mana tempat kamu bekerja?”. Tertuduh jawab “saya bekerja dengan Tan Chong Ekpsres Auto Servis”. 5) Selanjutnya Pengadu bersama-sama dengan anggota pasukan yang lain telah pergi ke dalam premis Tan Chong Express Auto Servis Sdn Bhd, Lot 5731, Jalan Sultan Yahya Petra, Kawasan Perindustrian Lundang, 15150 Kota Bharu, Kelantan dengan dipandu arah oleh Tertuduh. Setibanya di sebuah bilik di dalam premis Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd, Tertuduh telah menunjukkan laci miliknya. 6) Pengadu kemudiannya telah membuka laci tersebut dengan menggunakan kunci yang diserahkan dan dirampas dari Tertuduh. Hasil pemeriksaan ke dalam laci tersebut didapati terdapat satu
1
bungkusan surat khabar bertulisan cina berikat satu (1) gelang getah berwarna kuning dan di dalamnya terdapat sepuluh (10) botol cerah berpenutup kuning, setiap satu mengandungi serbuk putih disyaki dadah. 7) Tambahan daripada itu, satu (1) bungkusan surat khabar bertulisan cina berikat satu (1) gelang getah berwarna kuning dan di dalamnya terdapat sepuluh (10) botol cerah berpenutup kuning, 6 setiap satu mengandungi serbuk putih disyaki dadah turut dijumpai di dalam laci tersebut. 8) Jumlah keseluruhan botol cerah berpenutup kuning yang mengandungi serbuk putih disyaki dadah yang dirampas adalah dua puluh dua (22) botol kesemuanya. 9) Turut dirampas adalah satu (1) resit rasmi JPN Negeri Kelantan atas nama Tertuduh, satu (1) salinan resit rasmi kerajaan Jabatan Insolvensi Malaysia atas nama Tertuduh, slip gaji atas nama Tertuduh dan satu (1) beg warna merah jenama ‘chanel’ yang mana di dalamnya mempunyai kad pengenalan atas nama Tertuduh. 10) Selepas rampasan Pengadu telah memasukkan kesemua barang kes ke dalam beg ‘chanel’ yang dirampas dan dikawal olehnya sendiri sebelum ianya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat iaitu Insp. Lim Choong Wei setibanya di Pejabat JSJN IPD Kota Bharu. 11) Pengadu telah membuat tandaan ke atas barang kes semasa berada di pejabat JSJN IPK Kelantan. 12) Hasil analisa Ahli Kimia terhadap kandungan bungkusan kertas surat khabar yang diikat dengan gelang getah (bertanda B) adalah dadah berbahaya iaitu 9.18 gram Heroin manakala kandungan bungkusan kertas surat khabar yang diikat dengan gelang getah (bertanda C) adalah dadah berbahaya iaitu 9.52 gram Heroin. 7 Jumlah keseluruhan setelah dicampur adalah seberat 18.70 gram Heroin. 13) Hasil analisa Ahli Kimia terhadap kandungan bungkusan kertas berisi dua bekas plastik masing-masing mengandungi serbuk warna putih adalah dadah berbahaya iaitu 1.88 gram Heroin. 14) Tertuduh melalui pertuduhan pilihan telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) akta yang sama. 15) Tertuduh telah dituduh dengan pertuduhan pilihan tersebut dan mengaku salah sebagaimana pertuduhan yang dihadapkan ke atasnya. D. DAPATAN MAHKAMAH Mengenai sabitan [8] Kedua-dua pertuduhan iaitu Pertuduhan Pilihan dan Pertuduhan Kedua telah dibacakan dan diterangkan kepada tertuduh oleh Jurubahasa Mahkamah. Mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh faham dan telah mengaku bersalah terhadap kedua-dua kesalahan tersebut. Sifat dan akibat pengakuan bersalah telah diterangkan kepada tertuduh dan mahkamah telah berpuas hati bahawa tertuduh akui faham dan masih ingin mengekalkan pengakuan bersalahnya. 8 [9] Fakta kes telah dibacakan kepada tertuduh dan tertuduh akui faham dan telah mengakuinya. Mahkamah telah berpuas hati dan menerima masuk ‘fakta kes’ ini sebagai ekshibit P16. Seterusnya mahkamah telah mensabitkan tertuduh ke atas kedua-dua pertuduhan tersebut. [10] Sebelum mensabitkan tertuduh mahkamah telah memastikan dan berpuas hati bahawa pengakuan bersalah tertuduh adalah tanpa syarat dan di atas kerelaan tertuduh sendiri. Mahkamah telah mengambil maklum mengenai beberapa nas-nas mengenai perkara ini. Di dalam kes PP v Cheah Chooi Chuan (1972) 1 MLJ 215, mahkamah menyatakan “Its is a cardinal principle that any plea of guilty must be completely unreserved, unqualified and unequivocal”. Lihat juga kes PP v Yusoff (1964) MLJ 264, PP v Margarita B. Cruz (1988) 1 MLJ 539 dan Seah Ah Chiew v PP
2007
1 MLJ 377. Mengenai hukuman [11] Sebelum menjatuhkan hukuman, mahkamah telah menjemput kedua-dua pihak membuat hujahan. Di dalam mitigasinya peguam tertuduh memaklumkan bahawa tertuduh adalah pesalah pertama, mempunyai 3 orang anak dan pencari nafkah utama keluarga memandangkan suaminya sedang di dalam penjara. Tertuduh juga menjaga ibunya yang berumur 71 tahun, berpenyakit barah perut yang tinggal bersama dan dibela oleh tertuduh. Tertuduh terlibat dengan kesalahan ini di atas desakan hidup kerana dengan pendapatan yang amat kecil, perlu menanggung ramai orang seperti yang telah dinyatakan. 9 [12] Di atas sebab-sebab di atas peguam tertuduh memohon kepada mahkamah supaya menjatuhkan hukuman yang seringan mungkin. [13] Timbalan Pendakwa Raya telah menghujahkan bahawa ini adalah satu kesalahan yang serius. Ini dilambangkan melalui hukuman yang diperuntukan dimana tertuduh boleh dihukum penjara dari 5 tahun sehingga ke 30 tahun penjara (seumur hidup). Bagi pertuduhan kedua pula hukuman yang boleh dikenakan ialah denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali. [14] Justeru itu Timbalan Pendakwa Raya memohon supaya satu hukuman setimpal perlu diberikan supaya mesej yang sewajarnya disampaikan kepada orang awam (public). Pertimbangan kepentingan awam perlu mengatasi kepentingan tertuduh. [15] Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah telah menjatuhkan hukuman 11 tahun penjara dari tarikh tangkap bagi pertuduhan pilihan pertama dan 2 ½ tahun penjara bagi pertuduhan kedua. Kedua-dua hukuman berjalan serentak. Sebagai seorang wanita, tertuduh dikecualikan daripada dikenakan hukuman sebatan. Alasan [16] Di dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah telah mematuhi prinsip-prinsip hukuman dimana kepentingan awam diberi pertimbangan utama seperti mana diputuskan oleh mahkamah di dalam kes R vs Ball (1951) 35 10 CR APP 164 dan PP vs Low Choon Fatt (1976) 2 MLJ 256. Namun mahkamah tidak boleh abaikan kepentingan tertuduh juga [Tan Sri Abdul Rahim Mohd Nor vs PP (2001) 1 CLJ 645]. [17] Justeru itu mahkamah telah membuat satu pendekatan imbangan (balancing act) untuk memastikan keadilan dilaksanakan kepada orang awam (public) dan juga kepada tertuduh. Ke arah itu mahkamah telah membuat pertimbangan diantara kepentingan awam yang memandang serius kesalahan ini dan kepentingan tertuduh iaitu tertuduh adalah seorang wanita, ibu kepada 3 orang anak, pencari nafkah utama keluarga memandangkan suami berada di dalam penjara, menanggung juga ibu yang uzur, telah insaf dan tertuduh merupakan pesalah pertama. [18] Tertuduh telah mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan pilihan ditawarkan. Pengakuan salah ini dapat menjimatkan banyak masa mahkamah kerana tiada keperluan untuk membicarakan kes ini. Faktor ini telah dipertimbangkan oleh mahkamah. [19] Mahkamah juga telah mengambil kira trend hukuman bagi kesalahan ini yang melibatkan pengakuan bersalah. Daripada nas-nas, mahkamah mendapati trend hukuman adalah diantara 11 tahun ke 15 tahun penjara dan sebatan minima sebanyak 10 sebatan bagi kesalahan pertama (bagi pesalah lelaki), bergantung kepada fakta kes, berat dan jenis dadah dan keadaan sekeliling. Sebagai contoh bagi kesalahan yang sama, di dalam kes PP v Sasi Kumar a/l Sasi Naidu dan satu lagi (2017) MLJU 150, tertuduh dikenakan 14 tahun penjara dan 10 sebatan. Di dalam kes Lai Chee Seng & Ors (2016) MLJU 1269, tertuduh dikenakan penjara selama 11 15 tahun penjara dan di dalam kes PP v Mohd Nazri Mansor (J-05-19- 2/2014), Mahkamah Rayuan mengenakan hukuman 15 tahun penjara dan 10 sebatan. [20] Bagi kesalahan pertama ini, tertuduh dikenakan hukuman hanya 11 tahun penjara diambil kira daripada tarikh tangkap. Tertuduh masih lagi tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan. [21] Mahkamah berpendapat hukuman yang diberikan adalah wajar dan adil kerana ianya adalah yang paling rendah jika dilihat daripada trend hukuman di atas. Malahan tertuduh perlu sedar bahawa beliau amat bernasib baik kerana sebagai seorang wanita tertuduh terlepas daripada dikenakan hukuman 10 sebatan minima yang mandatori yang dikenakan kepada pesalah lelaki. Tertuduh juga bernasib baik kerana mahkamah walaupun boleh ‘menambahkan’ hukuman penjara untuk menggantikan hukuman sebatan yang tidak dikenakan tersebut, namun mahkamah setelah mengambil kira mitigasi tertuduh, mengekalkan dengan 11 tahun penjara sahaja. [22] Mahkamah juga ingin menekankan disini bahawa faktor kekuatan sesuatu kes itu juga perlu diambil kira oleh mahkamah. Mahkamah mendapati bahawa kes Pendakwaan terhadap tertuduh adalah ‘water-tight’. Ini adalah kerana tertuduh telah membuat pengakuan terhadap kepunyaan dadah tersebut seperti mana dirakamkan secara bertulis di P9 semasa polis membuat soal siasat terhadapnya. Ini adalah satu faktor pemberatan yang memihak kepada Pendakwa Raya – lihat kes Bachik bin 12 Abdul Rahman (infra). Namun di atas mitigasi tertuduh, mahkamah tidak mengambil kira faktor pemberatan ini. [23] Seperti mana yang telah dinyatakan mahkamah sebelum ini, pengakuan bersalah telah diambil kira oleh mahkamah. Namun sesuatu pengakuan bersalah tidak secara otomatik melayakkan tertuduh kepada diskaun, bergantung kepada fakta kes. [24] Di dalam kes Kesavan Baskaran v PP (2008) 6 CLJ 390, Mahkamah Rayuan berkata: “(1) Generally speaking, a plea of guilt is a strong mitigating circumstance operating in favour of an accused. However, there may be cases where the offence is so serious and the circumstances in which it was committed so heinous that a plea of guilt need be given little or no weight. The need to protect the public is another factor that may prevail over a plea of guilt.” [25] Di dalam kes Bachik bin Abdul Rahman (2004) 2 MLJ 534, Mahkamah Rayuan berkata: “One of the principles in sentencing is that a convicted person should be given a discount for pleading guilty. A reduction of about one third of the sentence that would otherwise have been imposed is normally given. This, however, is not a strict rule and the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount. The severity of the offence or the existence of a previous conviction may outweigh the mitigating effect of the guilty plea; so may the demands of public 13 interest for a deterrent sentence as well as the absence of a good defence or of other mitigating factors. The guilty plea does not automatically entitle the convict to a lesser punishment.” [26] Berlandaskan nas di atas dan diambil kira faktor pemberatan seperti kekuatan kes Pendakwaan yang bermaksud pembelaan yang lemah, keseriusan kes, dadah yang terlibat adalah ‘hard drugs’ tertuduh sewajarnya dikenakan hukuman penjara selama 13 hingga 15 tahun. [27] Oleh hal yang demikian, jumlah 11 tahun penjara bagi kesalahan pertama ini adalah amat berpatutan, apatah lagi hukuman penjara ini diambil kira daripada tarikh tangkap. [28] Tertuduh bernasib baik lagi kerana hukuman penjara bagi kesalahan kedua selama 2 ½ tahun penjara berjalan secara serentak dengan pertuduhan pertama. E. KESIMPULAN [29] Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, mahkamah ini mendapati bahawa dapatan mahkamah terhadap sabitan dan hukuman adalah betul dan selamat. 14 Tarikh: 30 Januari 2018 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu Kelantan. Pendakwa Raya/ TPR Shaharaliza binti Ab. Razak Responden: Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Blok 5, Tingkat Bawah, Kota Darulnaim, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Peguamcara/Perayu: Puan Latifah binti Ariffin Tetuan Latifah Ariffin & Co, Lot 1105, Seksyen 52, Jalan Dato’ Lundang, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.