Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KUALA KUBU BHARU DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BF-87-256-06/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN TRANS CARRIER SDN BHD (Company No.: 824692P) ALASAN PENGHAKIMAN
BF-87-256-06/2023
Magistrates Court of Malaysia27 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“nafikan bahawa pengakuan salah OKS pada peringkat awal merupakan antara faktor utama yang perlu dipertimbangkan di dalam mitigasi hukuman. 20. Di dalam kes Mohd Sulaiman bin Miskon b Pendakwa Raya [2020] MLJU 1222 di mana YA Tuan Awang Aramadajaya telah memutuskan sebagaimana berikut:- S/N XbXUp3zYckCbZOkMpacdxg **Note”
“00.00 . Majistret telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 9,000.00 gagal byr 4bulan penjara dan kederaan tersebut dilepaskan semual kepada pemilik. 27. Dalam kes ZAINAL BIN JIDON v PENDAKWA RAYA [2020] MLJU 1815, Mahkamah telah menjelaskan kepentingan awam seperti berikut: Suatu pertimbangkan penting ialah kepentin”
“kernel sebanyak 40,550kg melebihi muatan sebanyak 13,550kg (50.2%) dari Berat Dengan Muatan (BDM) yang dibenarkan di dalam lesen iaitu sebanyak 27,000kg. 26. Di dalam kes PP v Yewan Maju Enterprise [2024] MLJU 669 tertuduh telah dituduh kerana membawa muatan premix tar sebanyak 43,630kg melebihi muatan sebayak 18,630kg”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KUALA KUBU BHARU DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BF-87-256-06/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN TRANS CARRIER SDN BHD (Company No.: 824692P) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Mahkamah di dalam kes ini, di atas pengakuan salah Orang Kena Saman ( OKS) telah mendapati OKS bersalah dan disabitkan di atas pertuduhan. OKS telah dihukum dengan denda sebanyak RM 50,000 dan kenderaan yang telah disita hendaklah dipulangkan kepada pemilik asal dalam masa 14 hari dari tarikh ini.
2
Pendakwaraya tidak berpuas hati dengan perintah pemulangan kenderaan yang disita kepada pemilik.
3
Pertuduhan adalah seperti berikut; PENGENDALI BERLESEN : TRANS CARRIER SDN BHD S/N XbXUp3zYckCbZOkMpacdxg Pertuduhan Bahawa kamu pada 31.05.2023 lebih kurang jam 10.00 malam bertempat di Plaza Tol Bukit Tagar di dalam daerah Hulu Selangor dalam Negeri Selangor sebagai Pengendali Berlesen Kenderaan Barangan bernombor pendaftaran BQR9313 / T/WC2165 yang dilesenkan di bawah Lesen Pengendali SPAD: 824692P Nombor Rujukan Permit 2B0245873-6/21 / 2B0245881-6/21 menggunakan kenderaan tersebut di atas jalan raya, dan telah dipandu oleh Pavalan A/L Ravichanthiran No. KP: 910106025381 dengan membawa muatan batu kapur sebanyak 121,540kg iaitu lebih muatan sebanyak 70,540kg (138.31%) dari Berat Dengan Muatan yang dibenarkan di dalam lesen pengendali sebanyak 51,000kg. Oleh yang demikian, kamu telah didapati melanggar syarat peruntukan di bawah Seksyen 57(1)(a) dan (b), (vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 57(3) Akta yang sama. b.p. Timbalan Pendakwaraya HUKUMAN: Seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) Denda tidak kurang daripada RM 1,000 tetapi tidak melebihi RM 500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya. DAN: Seksyen 80(3) dan (4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) Kenderaan yang berkaitan hendaklah dilucuthakan
4
OKS telah dihadapkan ke Mahkamah pada 27 Jun 2023. Pada asalnya OKS di dalam kes ini mohon untuk dibicarakan dan 3 saksi telah dipanggil untuk perbicaraan tersebut. Pada 13 Ogos 2025 OKS telah menukar pengakuan kepada mengaku bersalah dan tarikh fakta perintah telah ditetapkan pada 27 Ogos 2025.
5
Pada tarikh 27 Ogos 2025, Pertuduhan telah dibacakan semula ke atas OKS dan diterangkan semula kepada beliau di dalam Bahasa Melayu, OKS faham terhadap pertuduhan tersebut dan telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan dan faham sifat dan akibat pengakuan beliau.
6
Pihak Pendakwaan telah mengemukakan ekshibit-ekshibit dan telah ditanda seperti berikut;
1
LA – Izin Dakwa
2
LB – Surat Pemberian Kuasa
3
LC – Fakta kes
4
P1- Sijil Tiket Timbang
5
P2- Notis Penyitaan Kenderaan
6
P3 – Permit Kenderaan
7
P4 – Lesen Pengendali
8
P5 - Gambar Kenderaan ( A-D)
7
Bagi Lampiran C, iaitu fakta kes bertulis telah dibacakan kepada OKS di dalam Bahasa Melayu, diterangkan juga di dalam Bahasa Melayu dan ianya telah diakui benar oleh OKS di dalam kes ini. Berikut merupakan fakta kes iaitu Lampiran C yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan. FAKTA KES Pada 31.05.2023 anggota penguatkuasa Ibu Pejabat JPJ Putrajaya yang diketuai oleh Pegawai Penguatkuasa Mohd Ali Farihan Bin Abdullah bersama dua (2) anggota iaitu KPP Saleman Bin Mat Som (Pegawai Penahan) dan PP Mohd Nazirul Bin Kamaruzaman (Pegawai Pemeriksa) telah menjalankan Operasi Khas Lebih Muatan melibatkan kenderaan yang membawa lebih muatan. Pada jam lebih kurang 10.00 malam bertempat di Plaza Tol Bukit Tagar, pasukan ini telah mengesan sebuah kenderaan jenis Tipping Trailer nombor pendaftaran BQR9313 / T/WC2165 yang disyaki membawa lebih muatan. Setelah diperiksa, kenderaan itu dikenal pasti membawa muatan batu kapur. Notis Penentu Berat Kenderaan Di BawahSeksyen 82(1) AKTA 715 telah dikeluarkan kepada pemandu, Pavalan A/L Ravichanthiran No. KP: 910106025381 oleh PP Mohd Nazirul Bin Kamaruzaman. Kenderaan BQR9313 / T/WC2165 telah ditimbang menggunakan mesin penimbang gandar mudah alih Nikko di Hentian S/N XbXUp3zYckCbZOkMpacdxg Rehat Rawang oleh KPP Mohammad Firdaus Baharudin dan didapati jumlah muatan batu kapur yang dibawa sebanyak 121,540kg berbanding had maksimum yang dibenarkan ke atas lesen pengendali, nombor rujukan permit 2B0245873-6/21 І 2B0245881-6/21 iaitu 51,000kg. Terdapat jumlah lebihan muatan sebanyak 70,540kg (138.31%) sepertimana yang tercatat pada tiket timbang nombor 77. Oleh yang demikian, pengendali berlesen (Trans Carrier Sdn Bhd) telah melanggar syarat di bawah seksyen 57(1)(a) dan (b), (vi) APAD 2010 dan dengan itu boleh dihukum di bawah seksyen 57(3) akta yang sama dan di bawah Seksyen 80 APAD 2010.Pada 22/10/2024 Jam Lebih kurang 300 petang (A4) dipanggil untuk membuat pengecaman barang kes . dalam pengecaman barang tersebut ( A4) telah dapat mengecam barang berkenaan iaitu kabel TNB UG Cabel 11KV XLPE CU IC 500MM adalah milik TNB berdasarkan no kontrak tertera pada kulit kabel.
8
Mahkamah berpuas hati OKS telah memahami fakta kes tersebut dan mengakuinya. Fakta-fakta yang telah dinyatakan sebagaimana
Lampiran
Lampiran C tersebut telah menghimpunkan kepada suatu kesalahan sebagaimana yang terkandung di dalam pertuduhan ke atas OKS. 9. Mahkamah sedar sekiranya fakta kes ini tidak diakui secara keseluruhan atau sebahagiannya akan menyebabkan pengakuan OKS yang pada awalnya tadi tidak boleh diterima pakai dan Mahkamah seterusnya perlu meneruskan dengan perbicaraan penuh. 10. Secara tuntasnya, melalui penelitian Mahkamah pengakuan salah OKS pada hari ini merupakan pengakuan yang teratur, tidak bersyarat dan mengikut prosedur sebagaimana ditetapkan. Mahkamah ini berpuas hati bahawa OKS ini telah mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas OKS di S/N XbXUp3zYckCbZOkMpacdxg dalam kes ini dan telah memahami sifat dan akibat pengakuan, maka pengakuan salah OKS diterima. HUJAHAN MITIGASI HUKUMAN HUJAHAN MITIGASI OLEH PEGUAM OKT MUHAMMAD DARSHAN. 11. OKS di dalam kes ini diwakili oleh peguambela memaklumkan beliau telah berusia 60 tahun, mempunyai sakit jantung dan mendapatkan rawatan di IJN. Seksyen 83 APAD memberikan kuasa kepada Mahkama h untuk melepas kenderaan yang telah disita. OKS mohon untuk mempertimbangkan pengakuan salah ini sebagai faktor mitigasi, kenderaan ini telah disita sejak 31/5/2023. Peguam memaklumkan bahawa OKS masih terikat dengan pembayaran perbankan sebanyak RM 5010.00 sebulan. Pembayaran ini akan tamat pada Disember 2025. 12. Penyitaan ini menyebabkan bebanan tinggi kepada OKS dan beliau telah mengalami kerugian yang besar, OKS juga dalam proses untuk menutup perniagaan beliau dan dalam usaha untuk menjual syer beliau. 13. OKS juga berjanji untuk tidak mengulangi lagi kesalahan yang telah dilakukan. Pengakuan OKS juga telah menjimatkan masa Mahkamah dan ini merupakan kesalahan pertama OKS. Peguambela memohon agar hukuman yang ringan dapat diberikan kepada OKS. S/N XbXUp3zYckCbZOkMpacdxg HUJAHAN PEMBERATAN HUKUMAN OLEH PENDAKWAAN 14. Pihak pendakwaan memohon agar hukuman berat dijatuhkan dalam kes ini demi kepentingan awam dan sebagai pengajaran supaya kesalahan sebegini tidak berulang. Muatan yang dibawa oleh OKS adalah tinggi iaitu sebanyak 121540 KG iaitu lebih muatan sebanyak 70,540KG (138.31%) dari berat yang dibenarkan 15. Pihak pendakwaan juga telah menghujahkan pada tahun 2024 sejumlah 17000 kemalangan maut dan 17 adalah kemalangan yang melibatkan kenderaan berat dan kemalangan maut. Pendakwaan mohon hukuman berat dikenakan ke atas OKS. SABITAN DAN HUKUMAN 16. Mahkamah mendapati OKS di dalam kes ini adalah bersalah dan disabitkan sebagaimana pertuduhan. Mahkamah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman ke atas OKS dengan hukuman denda sebanyak RM 50,000 dan kenderaan diperintahkan untuk dipulangkan kepada pemilik asal dalam masa 14 hari dari tarikh ini. 17. Dalam mempertimbangkan hukuman samaada berpatutan telah dinyatakan di dalam kes berikut; P V. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] 1 LNS 864 diputuskan seperti berikut: “It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a)the gravity or S/N XbXUp3zYckCbZOkMpacdxg severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender’s previous record; (e) the offender’s contribution and support to his family members; (f) the offenders means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities;(h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc. All these factors where applicable need to be addressed by the defense to secure a just sentence. It is equally important for the prosecution to rebut the facts adduced by the accused if they are not bona fide, as ultimately the power to sentence is placed on the trial judge and the judge had to rely on the facts adduced in court…” 18. Berdasarkan kepada nas kes di atas, berikut merupakan faktor-faktor yang diambil kira oleh Mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman yang sewajarnya kepada OKT1 dan OKT 2: (a) Graviti Fakta Kes (b) Keadaan Dan Situasi Semasa Kesalahan Dilakukan. (c) Pengakuan Bersalah OKS (d)Rayuan Mitigasi OKS 19. Adalah tidak dinafikan bahawa pengakuan salah OKS pada peringkat awal merupakan antara faktor utama yang perlu dipertimbangkan di dalam mitigasi hukuman. 20. Di dalam kes Mohd Sulaiman bin Miskon b Pendakwa Raya [2020] MLJU 1222 di mana YA Tuan Awang Aramadajaya telah memutuskan sebagaimana berikut:- S/N XbXUp3zYckCbZOkMpacdxg Once convicted, a trial court must start with the maximum sentence allowed by law. It must then consider the facts and circumstances of the case, giving "discounts" for less than the most serious manner of commission. The word "discount" is found in the case of MOHD ABDULLAH ANG SWEE KANG v. PUBLIC PROSECUTOR [1987] CLJ Rep 209 where it was held that "A sentencer must give sufficient discount for all extenuating circumstances pertaining to the degree of culpability or criminality involved, which must necessarily vary from case to case apart from other mitigating factors. Unless there is a proper reason for withholding such credits, failure to do so may result in the sentencer not exercising his or her discretion judicially in assessing the level of custodial sentence." 21. Di mana di dalam kes ini juga telah menjelaskan bahawa pengakuan salah OKS mewajarkan pengurangan 1/3 daripada hukuman sekiranya OKS membuat pengakuan salah, seperti berikut: - “It is generally accepted that the extent of reduction on account of a plea of guilty would be between ¼ and 1/3 of what otherwise would have been the sentence.” 22. Berbalik kepada kes di hadapan Mahkamah ini, hukuman penjara maksima yang diperuntukkan iaitu denda tidak kurang daripada RM 1,000 tetapi tidak melebihi RM 500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya. Berpandukan nas kes di atas, pengurangan 1/3 daripada RM 500,000.00 adalah RM 166,700.00. Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman denda RM 50,000 dan kenderaan adalah dipulangkan kepada pemilik asal 14 hari dari tempoh perintah ini. Ini adalah memadai memandangkan OKS telah mengaku salah pada peringkat awal yang mana telah menjimatkan masa dan kos Mahkamah ini. S/N XbXUp3zYckCbZOkMpacdxg RAYUAN OLEH PENDAKWAAN DI DALAM KES INI 23. Rayuan di dalam kes ini adalah hanya mengenai perintah pemulangan kenderaan kepada pemilik asal dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah dibuat. (i) Syarat yang dikenakan kepada pengendali adalah sebagaimana berikut di dalam seksyen 57(1)(b)(vi) Akta pengangkutan Awam Darat 2010; (b) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan, hak, obligasi atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh Suruhanjaya, termasuk — (vi) bahawa berat dengan muatan bagi mana-mana kenderaan barangan tidak boleh melebihi maksimum yang dinyatakan; (ii) Seksyen 57(3) Akta yang sama juga memperuntukkan bahawa; (3) Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (iii) Seksyen 80 Akta yang sama pula memperuntukkan seperti berikut; 80. Kuasa untuk menyita kenderaan yang berkaitan bagi kesalahan tertentu (1) Mana-mana kenderaan yang berkaitan yang berkenaan dengannya terdapat atau ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan terhadap seksyen 16, 28, 36, 46, 51 atau 63, subseksyen 22(3), 41(3) atau 57(3), atau perenggan 23(1)(b), 42(1)(b) atau 58(1)(b) boleh disita oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai dilantik, di mana-mana tempat. (3) Sesuatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan yang berkaitan dengan perkara itu telah dilakukan. S/N XbXUp3zYckCbZOkMpacdxg (4) Sesuatu perintah bagi pelucuthakan suatu kenderaan yang berkaitan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan yang disebut di bawah subseksyen (1) telah dilakukan dan bahawa kenderaan itu ialah hal perkara bagi kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu. (5) Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1), kenderaan itu hendaklah dilepaskan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan itu melainkan jika kenderaan itu telah dilepaskan sebelum itu. 24. Adalah menjadi undang-undang yang mampan di mana panduan telah diberikan mengenai prinsip undang-undang yang perlu dipatuhi dalam menjatuhkan hukuman terhadap seorang pesalah. Antara kes yang boleh dirujuk ialah kes Rex v Kenneth John Ball, In the case of R v Ball (1951) 35 Cr App Rep 164 Hilbery J stated the purpose of punishment as follows: “In deciding the appropriate sentence, a Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the Court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the Court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.” 25. Mahkamah ini juga merujuk beberapa kes antaranya di dalam kes Pendakwa Raya lwn Chop Sin Huat Heng [2022] MLJU S/N XbXUp3zYckCbZOkMpacdxg 2666, Majistret yang sama telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 5500 gagal bayar 6 bulan penjara. Tertuduh di dalam kes ini telah membawa muatan kernel sebanyak 40,550kg melebihi muatan sebanyak 13,550kg (50.2%) dari Berat Dengan Muatan (BDM) yang dibenarkan di dalam lesen iaitu sebanyak 27,000kg. 26. Di dalam kes PP v Yewan Maju Enterprise [2024] MLJU 669 tertuduh telah dituduh kerana membawa muatan premix tar sebanyak 43,630kg melebihi muatan sebayak 18,630kg (74.52%) dari berat dengan muatan (BDM) yang dibenarkan di dalam lesen sebanyak 25,000.00 . Majistret telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 9,000.00 gagal byr 4bulan penjara dan kederaan tersebut dilepaskan semual kepada pemilik. 27. Dalam kes ZAINAL BIN JIDON v PENDAKWA RAYA [2020] MLJU 1815, Mahkamah telah menjelaskan kepentingan awam seperti berikut: Suatu pertimbangkan penting ialah kepentingan awam, yang semestinya mengatasi pertimbangkan lain. Persoalan yang timbul ialah apakah yang dimaksudkan dengan frasa “Kepentingan Awam”? Di dalam kamus “The Random House Dictionary of the English Language: The Unabridged Edition (1994 edition) mentakrifkan “kepentingan awam” (Public Interest) sebagai “kepentingan atau kesejahteraan masyarakat secara am” (the welfare or well-being of the general public and society) Terdapat berapa peringkat dalam konsep kepentingan awam. Yang paling Utama ialah keselamatan negara Tanpa jaminan terhadap keselamatan negara kesemua perkara seperti “kedaulatan undang-undang”, “hak asasi manusia”, “pemerentahan yang adil dan saksama” serta “pengaturan kendiri oleh masyarakat dan norma am yang diterma” adalah impian indah semata-mata. Keduanya adalah ketenteraman awam dimana kedaulatan undang-undang, prosedur yang betul dipatuhi dan tidak dibimbangi berlakunya keadaan dimana seseorang tidak terkeliru dengan keadaan huru hara yang menyerupai undang-undang rimba. Ketiga ialah perhatian orang yang timbul kerana perhatian masyarakat atau ahli masyarakat terutama warga yang berhemah dan ia menyumbang kepada perasaan S/N XbXUp3zYckCbZOkMpacdxg ingin tahu warga masyarakat. Pelaporan yang bersifat sensasi bukanlah terjumlah dalam kategori ini. Semestinya perlu wujud sebab yang munasabah serta penting untuk masyarakat am ingin mengetahui mengenai sesuatu isu yang diperkatakan secara hangat dalam masyarakat samada ia telah membangkitnya minat warga masyarakat yang berhemah kerana telah menyentuh sensitiviti masyarakat atau pegangan masyarakat atau adat semasa dan setempat atau norma universal. Jika berlaku pertembungan diantara kepentingan awam dan hak individu, kepentingan awam hendaklah mengatasi segalanya. Ini tidak bermakna berlakunya penafian hak individu tetapi kewujudan individu dalam dunia bertamaddun bergantung kepada kewujudan masyarakat dan dunia secara keseluruhan. Bukan sebarang dunia tetapi dunia yang mendaulatkan undang-undang, melaksanakan keadilan, mempertahankan hak warganya dari diceroboh, pentadbiran urusan manusia secara teratur dan pemerkasaan jiwa kemanusiaan dalam setiap insan yang ada. Hak asasi individu telah secara terang dan nyata dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan dicerminkan dalam Perkara 5 sehingga Perkara 13. 28. Berbalik kepada kes ini, OKS di dalam kes ini telah mengaku salah, faktor pemberatan oleh pihak Pendakwaan juga dipertimbangkan oleh Mahkamah ini, di mana Mahkamah ambil maklum berkenaan kejadian lebihan muatan yang di bawa oleh kenderaan-kenderaan berat ini menyebabkan kemalangan jalanraya yang serius dan merbahayakan pengguna jalan raya yang lain. 29. Faktor ini menyebabkan Mahkamah ini mengambil kira dengan teliti dan membawa kepada pengamatan penting bahawa kepentingan awam seharusnya menjadi faktor utama dalam Mahkamah ini menjatuhkan hukuman. Oleh yang demikian, setelah pertimbangan dibuat di atas faktor-faktor sebagaimana dinyatakan oleh kedua - dua pihak, hukuman denda sebagaimana jumlah yang dikenakan adalah wajar dan munasabah bagi memberi pengajaran kepada OKS dan sekaligus dapat dilihat sebagai menjaga kepentingan awam. S/N XbXUp3zYckCbZOkMpacdxg 30. Nas peruntukan hukuman yang diterangkan kepada OKS di atas kesalahan yang dipertuduhkan ini boleh dikenakan dengan denda minima RM 1000.00 dan maksimum adalah sebanyak RM 500,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun. 31. Berkaitan dengan perintah lucuthak kenderaan yang tidak dibenarkan oleh Mahkamah di dalam kes ini. Rujukan dibuat kepada Seksyen 80(3) APD 2010 yang mana jelas memperuntukan kuasa Mahkamah ini untuk mengeluarkan perintah perlepasan atau lucuthak jika dibuktikan sehingga memuaskan hati Mahkamah bahawa satu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan yang disebut di bawah Subseksyen (1) telah dilakukan. Mahkamah telah menggunakan kuasa di bawah Seksyen 80(3) APAD 2010 untuk memulangkan kenderaan kepada pemilik iaitu OKS. Jesteru itu perintah perlepasan ini adalah selari dengan kehendak dan nas undang-undang yang termaktub. 32. Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman denda yang tinggi kepada OKS iaitu denda RM 50,000.00 dan adalah berpatutan yang mana adalah berpadanan dan munasabah sebagai amaran dan pengajaran kepada OKS untuk tidak melakukan kesalahan yang sama lagi. Keadaan OKS yang bagai telah jatuh ditimpa tangga tidak seharusnya ditambah lagi dengan kehilangan aset yang menyebabkan beliau hilang punca pendapatan. S/N XbXUp3zYckCbZOkMpacdxg KESIMPULAN. 33. Akhir kalam, Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman denda RM 50,000 dan perintah kenderaan dipulangkan kepada pemilik adalah memadai dan berpatutan di dalam kes ini. Mahkamah telah mengambil kira kesemua faktor, fakta kes, dokumen-dokumen yang telah dikemukakan, faktor mitigasi dan pemberatan dengan sewajarnya. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan prinsip nas undang-undang yang sebagaimana ditetapkan. 34. Mahkamah ini berpendapat bahawa kepentingan awam memerlukan OKS ini dikenakan hukuman denda yang berat kerana ia dapat memberikan mesej yang jelas kepada masyarakat bahawa Mahkamah memandang serius kepada kesalahan-kesalahan jenayah yang dilakukan dan berharap ia akan memberikan pengajaran kepada OKS dan kepada masyarakat secara keseluruhan untuk tidak sesekali melakukan kesalahan dan hukuman yang berat akan menanti bagi kesalahan yang sebegini 35. Oleh yang demikian, saya memohon agar hukuman yang dijatuhkan terhadap OKS dan perintah berkenaan kenderaan tersebut adalah dikekalkan. S/N XbXUp3zYckCbZOkMpacdxg Bertarikh 4/12/2025 Nurul Izzah binti Hasan Basri Majistret Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu Encik Mohd Hafizudin bin Mohd Lutfi Pegawai Pendakwa bagi JPJ Selangor Dayang Nor Emilia Binti Azman Shah Naht, Guna & Partners (Ipoh) Peguam Bagi Orang Kena Saman ( OKS) S/N XbXUp3zYckCbZOkMpacdxg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.