Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: W-02(IM)(NCVC)-1549-10/2020 ANTARA TRITON EQUITY SDN. BHD. ( NO. SYARIKAT : 958701-A) … PERAYU DAN CITYPOINT STRATEGIES SDN. BHD. (NO. SYARIKAT : 986817-U) … RESPONDEN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO : WA-22NCVC-943-12/2019 ANTARA TRITON EQUITY SDN. BHD. ( NO. SYARIKAT : 958701-A) … PLAINTIF DAN CITYPOINT STRATEGIES SDN. BHD. (NO. SYARIKAT : 986817-U) … DEFENDAN 2 ALASAN PENGHAKIMAN (KANDUNGAN 6) RAYUAN [1] Perayu/Plaintif tidak berpuashati dengan keputusan saya yang diberikan pada 18.9.2020 yang membenarkan permohonan Defendan bertarikh 5.2.2020 (Lampiran 6) yang membatalkan Writ bertarikh 16.12.2019 dan Pernyataan Tuntutan Terpinda bertarikh 15.5.2020 dengan kos sebanyak RM3,000.00 dan merayu ke Mahkamah Rayuan. Kertas Kausa [2] Kertas kausa ini untuk merujuk kepada dokumen yang telah difailkan dalam tindakan ini iaitu:- i. Writ Saman bertarikh 16.12.2019 dan Penyata Tuntutan terpinda bertarikh 15.5.2020Lampiran 1 dan Lampiran 2 ii. Penyata Pembelaan Defendan bertarikh 20.01.2020 Lampiran 5 iii. Notis Permohonan bertarikh 5.2.2020 Lampiran 6 iv. Afidavit Sokongan bertarikh 3.2.2020 Lampiran 7 v. Jawapan Kepada Pembelaan bertaraikh 17.2.2020 Lampiran 8 vi. Afidavit Balasan bertarikh 26.2.2020 Lampiran 10 vii. Afidavit Jawapan bertarikh 12.3.2020 Lampiran 12 viii. Pernyataan Tuntutan Terpinda bertarikh 18.5.2020 Lampiran 18 ix. Afidavit Jawapan Kedua Defendan bertarikh 1.6.2020 Lampiran 19 3 Kes Plaintif [3] Plaintif adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan dibawah undang-undang Malaysia yang mempunyai alamat perkhidmatan di Unit 13-02 13-02 Amcorp Tower, Level 13, Pusat Perdagangan Amcorp 18, Jalan Persiaran Barat,46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan .