Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MELAKA DALAM NEGERI MEAKA, MALAYSIA NO KES:MA-72NCC-105-03/2024 TSA INDUSTRIES SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 199301025961 (280699-W) … PLAINTIF
MA-A72NCC-105-03/2024
Magistrates Court of Malaysia11 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MELAKA DALAM NEGERI MEAKA, MALAYSIA NO KES:MA-72NCC-105-03/2024 TSA INDUSTRIES SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 199301025961 (280699-W) … PLAINTIF
1
JY ENGINEERING & MARKETING SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 201601034954
2
NG JIAN YUAN (NO. K/P: 890807-04-5101) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Plaintif telah memfailkan satu writ saman dan pernyataan tuntutan bertarikh 4.3.2024 terhadap Defendan-defendan bagi satu tuntutan berjumlah RM48,415.00 yang mana menurut Plaintif jumlah tersebut adalah satu jumlah terhutang oleh Defendan-defendan setelah Plaintif menghantar pelbagai jenis barang-barang kepada Defendan-defendan.
2
Selanjutnya pihak Plaintif telah memasukkan satu notis permohonan di bawah Aturan 27 Kaedah 3 dan / atau di bawah Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini disebut sebagai KKM2012) di Kandungan 25 terhadap Defendan-defendan.
3
Pada 11.10.2024 Mahkamah Majistret telah memutuskan bahawa permohonan Plaintif di bawah Kandungan 25 tersebut adalah ditolak. Pihak Plainitif tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut telah merayu kepada Mahkamah Tinggi melalui satu notis rayuan bertarikh 24.10.2024
4
Undang-undang mantap bagi Aturan 27 k 3 KKM 2012 adalah disalin seperti yang berikut: - Judgment on admission of facts (O. 27, r. 3)
3
(1) Where admissions of fact are made by a party to a cause or matter either by his pleadings or otherwise, any other party to the cause or matter may apply to the Court for such judgment or order as upon those admissions he may be entitled to, without waiting for the determination of any other question between the parties, and the Court may give such judgment, or make such order, on the application as it thinks just.
5
Pihak Plaintif melalui hujahannya menyatakan secara ringkasnya asas notis permohonan di bawah Aturan 27 kaedah 3 KKM2012 yang difailkan adalah berdasarkan satu surat jaminan bertarikh 9.8.2019 yang telah ditandatangani oleh Defendan Kedua, surat bertarikh 10.1.2024 dan surat bertarikh 24.1.2024 yang mana menurut Plaintif ia merupakan satu pengakuan fakta yang telah diakui oleh Defendan-defendan bahawa Defendan-Defendan telah terhutang kepada Plaintif terhadap jumlah tuntutan RM 48,514.00.
6
Walaubagaimanapun, Defendan-Defendan menyangkal bahawa terdapatnya pengakuan Defendan-defendan pada surat jaminan tersebut terhadap keberhutangan Defendan-Defendan sepertimana yang di dakwa oleh pihak Plainit. Mahkamah telah memutuskan untuk menolak notis permohonan di bawah Aturan 27 kaedah 3 KKM2012 adalah kerana Mahkamah berpandangan bahawa pengakuan fakta yang kononya dikatakan oleh pihak Plaintif adalah dipertikaikan keabsahannya. Malah surat jaminan tersebut juga dipertikaikan oleh pihak Defendan-defendan yang mana tiada pengakuan yang jelas dibuat oleh Defendan-defendan atas tuntutan plaintif tersebut.
7
Mahkamah merujuk kes Kawan Lama Builders Sdn Bhd & Anor v. Syarikat Lumut Quarry Sdn Bhd [2021] 1 CLJ 313 di mana prinsip berkenaan Aturan 27 k3 telah jelas diputuskan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan tersebut “A court can pass a judgment under O. 27 r. 3 on the basis of the statements made by the parties on any documents. The only condition was that they must be clear, unequivocal and unambiguous. It was therefore necessary that the facts or facts admitted be identified with clarity. The admission must be clear and not simply evidence of facts upon which the plaintiff would have to rely on to establish his cause of action”.
8
Selanjutnya, Mahkamah ini juga merujuk kes Perwira Habib Bank (M) Bhd v. Hj Abdullah Hj Sulaiman & Anor [1985] 2 CLJ yang mana telah memutuskan prinsip di bawah Aturan 27 k3 KKM2012 dengan amat jelas seperti yang berikut: - [28] As to what is an admission upon which the court will be prepared to act on an application under O. 27 r. 3, the most useful case is the decision of the High Court in the case Perwira Habib Bank (M) Bhd v. Hj Abdullah Hj Sulaiman & Anor [1985] 2 CLJ concerns a question whether what was stated was an admission of fact and if so whether that admission entitled the applying party to a judgment or order. The facts of the case are as follows. The defendants were sued as guarantors of a customer of the plaintiff bank. Judgment in default was entered against the second-named defendant. The first defendant entered an appearance and filed a statement of defence. Thereafter, the first defendant’s solicitors wrote a letter to the plaintiff’s solicitors which was not marked “without prejudice”, proposing that the first defendant be allowed to pay the judgment sum by monthly instalments of RM10,000. The plaintiffs then sought to obtain summary judgment on the basis that pursuant to O. 27 of the Rules of the High Court 1980 (RHC 1980) the letter amounted to an admission of the plaintiffs’ claim. This application was dismissed with costs by the Senior Assistant Registrar. [29] VC George J (as he then was) held as follows:
1
Whether the letter was written before or after the statement defence was filed is not the point. The question is whether what is state is an admission of fact and if so whether that admission entitles the applying party to a judgment or order.
2
The admission must amount to an unequivocal admission before the judgment by the summary procedure provided by O. 27 r. 3 can be granted.
3
The admission may be implied from all the circumstances.
4
In the instant case, “I will pay” does not necessarily imply “as I am legally obliged to do”, hence there was no unequivocal admission for it to pronounce judgment by the summary
9
Berdasarkan nas-nas undang-undnag yang dinyatakan di atas setelah Mahkamah meneliti surat jaminan bertarikh 9.8.2021, surat bertarikh 10.1.2024 dan 24.1.2024 sepertimana yang terkandung dalam Affidavit Sokongan Plaintif, Mahkamah ini mendapati tiada pengakuan yang jelas dan tiada pengakuan yang tidak berbelah bahagi (unequivocal) bagi Mahkamah ini memberikan penghakiman terus terhadap Defendan-defendan.
10
Sepertimana dalam kes Perwira Habib Bank (M) Bhd v. Hj Abdullah Hj Sulaiman & Anor [1985] 2 CLJ, perkataan yang digunakan oleh Defendan-defendan dalam kes ini iaitu suratnya bertarikh 24.1.2024 “we just have an ability to make payment” tidak jelas berkaitan pengakuan di bawah Aturan 27 k3 KKM 2024 sepertimana yang dinyatakan dalam Perwira Habib Bank (M) Bhd v. Hj Abdullah Hj Sulaiman & Anor (supra). Pada pandangan Mahkamah ini perkataan yang digunakan “we just have an ability to make a payment” tidak langsung membolehkan Mahkamah ini memberikan satu penghakiman terus terhadap permohonan di bawah Aturan 27 k 3 KKM2012. Pada pandangan Mahkamah keterangan ini harus dibuktikan melalui satu perbicaraan penuh di Mahkamah ini kelak.
11
Selanjutnya Mahkamam ini juga berpandangan selain daripada surat bertarikh 10.1.2024 dan 24.1.2024, tiada juga pengakuan jelas di bawah Aturan 27 kaedah 3 KKM2012 dalam surat jaminan bertarikh 9.8.2021. Mahkamah ini tidak dapat memberi sebarang justifikasi berkenaan dengan mana-mana perkataan dalam surat jaminan tersebut yang menjurus kepada pengakuan Defendan-defendan terhadap tuntutan Plaintif.
12
Mahkamah ini merujuk kepada kes Muhammad Faiz Smj Dulkaman & Yang Lain Lwn. Zubicon Sdn Bhd [2023] 1 LNS 1183 yang mana Mahkamah Tinggi telah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan, Kawan Lama Builders Sdn Bhd & Anor v. Sykt Lumut Quarry Sdn Bhd [2021] 3 MLJ 242 yang menyatakan pertikaian mengenai jumlah tuntutan tidak membolehkan Mahkamah memberikan penghakiman menurut Aturan 27
13
Dalam kes ini terdapat pertikaian berkenaan jumlah tuntuan yang dituntut oleh Plaintif. Apabila terdapat pertikaian mengenai jumlah tuntutan tersebut. bagaimanakah Mahkamah ini boleh memberikan satu penghakiman terus di bawah Aturan 27 KKM 2012 sedangkan jumlah tuntutan itu sendiri adalah satu isu yang harus di selesaikan dengan memanggil saksi-saksi plaintif dan saksi-saksi defendan untuk Mahkamah menilai bagaimanakah plainitf boleh mendapat jumlah tuntutan tersebut. Ini adalah adalah isu-isu yang harus diteliti oleh Mahkamah secara berhati-hati dan dengan sangat cermat dan tidak boleh dihakimi secara terus kerana kes ini melibatkan isu “goods sold delivered”
14
Justeru itu berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini berpuas hati bahawa tiada pengakuan yang jelas dan unequivocal oleh Defendan-defendan serta terdapat pertikaian berkenaan jumlah tuntutan pihak Plaintif yang membolehkan Mahkamah ini memberikan satu penghakiman terus di bawah Aturan 27 kaedah 3 KKM 2012.
15
Oleh itu Mahkamah ini menolak notis permohonan yang difailkan oleh pihak Plaintif di bawah Aturan 27 kaedah 3 KKM2012 bagi kandungan 25 dengan kos sebanyak RM 500 dibayar oleh Plaintif kepada Defendan-defendan. Bertarikh 17hb Disember 2024 t.t ___________________________ Nabilah Nizam Majistret Mahkamah Majistret 1 Melaka Peguamcara bagi Plaintif: T/n Ho, Loke & Koh Peguamcara bagi Defendan: T/n A.B. Ng & Associates
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.