Semasa saksi (SP3) memberikan keterangan lanjutan dan rakaman video CCTV dipasangkan didalam mahkamah, saya berpeluang untuk meneliti keseluruhan video (P32)(P33) dan diulang beberapa kali. DPP: YA, untuk memulakan saya memohon supaya exhibit (P33) 3 keping CD ini di pasang di mahkamah. DPP: Dengan izin YA untuk memulakan saya akan membacakan YA 4 segmen. Untuk tujuan dipasang di mahkamah pada petang ini, YA. YA, dengan izin YA, ada 4 segmen pada petang ini, itu adalah yang pertama pohon untuk direkodkan. Segemen pertama: CH08-2016-05-01-20-19-27. Avi, 89080 KB. 5/52016, 5.15 am. Segmen Kedua: CH09-2016-05-01-20-02-00. Avi, 27154 KB. 5/5/2016, 5.18 am Segemen Ketiga : CH09-2016-05-01-20-18-29. Avi, 96601KB. 5/5/2016, 5.18 am Segmen Keempat: CH10-2016-05-01-20-16-50 Avi. 109258KB. 5/5/2016, 5.19 am 93 Mahkamah : Diperhatikan DVD yang dipasang adalah dengar dan terang. Melalui pemerhatian mahkamah, terdapat seorang perempuan yang berada di kaunter sedang duduk dimeja kaunter. Terapat satu lagi kerusi yang kosong, dihadapan peremapuan itu terdapat satu lorong. Terdapat satu lelaki sedang masuk dan keluar semula dari tempat itu. Lelaki itu sedang memegang talipon. Lelaki itu masuk semula dan keluar semula dari tempat itu. Terdapat seorangn perempuan itu melalui kaunter itu. Lelaki itu sedang memegang talipon dan berhenti di kaunter dan berpusing di sekitar kaunter dan sedang bercakap talipon dan keluar semula dari tempat itu. Terdapat 3 lelaki melalui tempat itu dan 3 lelaki itu berpusing semula dan satu lelaki masuk semula ketempat itu. Kemudian satu lelaki masuk dan kelu r semula. Satu lelaki sedang pegang talipon keluar. Kemudian masuk 3 lelaki dan 3 lelaki masuk . Saksi terangkan. Gambar perempuan dalam segmen ini adalah saya. Gambar sebelum ini adalah gambar arwah suami. Saksi menunjukkkan yang pakai seluar pendek warna putih adalah arwah suami saya. Sebelah itu adalah OKT 1 (saksi menunjukkan OKT 1 di dalam kandang). 94 DPP: YA pohon saksi ini kepada klip 20.26.42…… Terdapat satu lelaki di sebelah arwah suami kamu, kamu cam dia sebagai OKT 1. Kenapa kamu boleh cam itu adalah OKT 1. Dia berbangsa India, saya pernah tengok dalam kejadian itu. Wannisa kalau kita tengok pada gambar ini, ini apa yang berlaku pada masa ini. Masa ini telah di pukul, tengah hendak keluar dari kedai. Wannisa kamu tengok pada klip ini. Kamu cam itu diri kamu kan. Apa yang berlaku masa ini. Kamu tengah buat apa itu. Saya hendak ikut suami saya, saya minta tolong budak Suresh report Polis. Segmen kedua dipasangkan dalam mahkamah. Saksi memberitahu bahawa beliau seorang berada di dalam video ini. Terdapat meja yang berkelip-kelip dan terdapat 95 kerusi yang berwarna merah di hadapan juga terdapat beberapa video terpasang, terdapat seorang lelaki yang terdapat di situ. Terdapat lelaki datang kepada saksi ini. Saksi ini sedang duduk dan lelaki itu berada disebelahnya. Kemudiannya lelaki ini beredar. Dan pergi ke tempat seorang lelaki, datang seorang lelaki bertopi. Saksi memberitahu terdapat seroang lelaki t-shirt gelap dan memakai topi dan dicamkan sebagai OKT 5 (saksi menunjukkan OKT 5 sebagai OKT 5 dalam video). OKT 5 itu beredar dan kemudian ada seorang lelaki itu pergi ke tempat lelaki Datang OKT 5 melalui tempat itu dan 3 lelaki. Saksi memberitahu dalam video ini terdapat OKT 2, OKT 3 dan OKT 4 (saksi sedang bangun untuk bergerak dan kemudianya di datangi oleh 3 lelaki, saksi menunjukkan Dalam Video OKT 2 Memakai Topi, Dan Di Sebelahnya Adalah OKT 3 Dan Yang Datang Di Belakang Adalah OKT 4, OKT 3 Dan OKT 4 Dicamkan Sebagai OKT 2 dalam Mahkamah. Saksi memberitahu sada seorang lelaki sedang mengangkat tangan adalah OKT 5, yang merupakan OKT 5 daalam mahkamah). 96 Tadi kamu camkan 4 orang lelaki masuk OKT di mahkamah ini kan. Macam mana kamu boleh cam itulah OKT pada hari tersebut. Saya ingat dalam kejadian dia orang ada. Segmen ketiga dipasangkan dalam mahkamah Terdapat seorang lelaki baju hijau sedang memijak sesuatu dan kemudian ada seorang lelaki sedang angkat kerusi. Lelaki hijau itu sedang tarik sesuatu dan libas. 4 orang berkumpul dan sedang tarik sesuatu. Lelaki itu sedang menendang pijak sesuatu. 4 lelaki sedang berkumpul. Dan lelaki itu sedang memijak beberapa kali. Saksi memberitahu terdapat OKT 3 yang memakai topi pegang cawan dan disebelahnya adalah OKT 2. OKT 2 sedang memusing-musingkan tali dan kemudian pergi semula untuk tunduk dan terdapat OKT 4 sedang memijak. Pada masa itu OKT2 sedang memukul dengan tangan beberapa kali, terdapat seorang lelaki iaitu OKT baru memasuki tempat ini. saksi menunjukkkan kedudukan OKT 2, OKT 3, OKT 4 dan OKT 5 berada dekat dengan arwah suami saya, pada masa OKT 1 masuk ini, dia suruh arwah suami saya keluar. Dia ajak suami saya bincang di luar. Dalam video ini, semasa kejdian itu ada kedudukan saya dan suami saya dalam video ini. Mereka sedang pijak dan pukul 97 dan sedang tarik saya semasa kejadian ini, mereka sedang menarik kaki saya untuk dipisahkan dengan suami saya. Terdapat kedudukan OKT 1 berada dalam kejadian tarik kaki saya dan berdekatan dengan OKT 5 daalm video ini. Terdapat OKT 4 sedang tunduk dan memukul arwah suami saya. Pada masa OKT 1 sedang memanggil saya untuk bincang di luar, pada masa ini, arwah suami saya beritahu bahawa saya sedang mengandung. Kedudukan OKT 1 sedang bercakap dengan saksi dan arwah di dalam video ini, saya minta tolong dengan kaunter. OKT 1 apabila hendak keluar dan kelihatan OKT 2 masuk dan OKT 1 ikut OKT untuk masuk ke dalam kawasan itu. Apabila hendak keluar, OKT 1 mengambil arwah dengan memegang di leher dari belakang. Setelah itu semua keluar dari tempat itu. Terdapat pekerja-pekerja tempat kejadian itu sedang membetulkan kedudukan meja dan kerusi di kawasan tersebut. DPP: Dengan izin YA. mohon bantuan pergi ke 20.22.50 Wannisa lihat kepada gambar ini sahaja pada lelaki yang paling depan sekali mengadap kamu ini pakai topi tu kan kamu cam siapa dia. OKT 5. 98 Seterusnya YA pohon pergi ke 20.25.33 Wannisa tengok pada gambar ini arwah suami kamu dan kamu, apa yang sedang berlaku masa ini. Saya tengah minta tolong. Apa yang arwah suami kamu buat pada kamu tu. Pegang saya sebab saya dah tak larat. Ada satu lelaki di hadapan kamu dan arwah suami yang kamu cam sebagai OKT 1, apa yang OKT sedang buat kepada kamu berdua. Dia tengah cakap dengan arwah suami saya. DPP: YA, seterusnya YA, pohon bantu untuk pergi ke 20.19.26 Wannisa lihat kamu pada hujung layar terdapat satu benda warna putih tersebut, nampak benda itu bergerak, kamu boleh cerita apa benda itu. Itulah yang saya cakap nyamuk tu. Wannisa tengok sikit pada tempat nyamuk itu dia bergerak-gerak apa yang sedang dia buat. Hentak kepada suami saya. 99 YA, seterusnya merujuk kepada 20.19.30 Wannisa focus pemerhatian kamu kepada 2 baju hijau itu, kamu nampak Ye. Yang dipegang oleh lelaki baju hijau itu apa dia. Tali pinggang. Wannisa kamu tengok, dia memukul ke arah siapa, melibas Suami saya. DPP : YA, seterusnya merujuk kepada saksi ini 20.20.41 Wannisa tengok lelaki yang baru masuk ini, kaki dia itu dia membuat ke arah siapa. Ke arah suami saya. Tadi kamu kata ada menggunakan cawan, mana. Itu yang pakai cap. Cap yang mana, yang mana cawan dia. Dengan tangan dia. Cawan itu dia gunakan ke arah siapa, macam mana dia pukul guna cawan itu. Atas kepala. 100 DPP : Pagi ini untuk dipasang DVD segmen ke empat. Saksi memberitahu bahawa OKT 5 berjalan masuk dan terus memukul arwah suami yang sedang duduk di meja game. Selepas itu datang lagi OKT 2, OKT 3, OKT 4 dan terus meluru ketempat dimana OKT 5 sedang memukul arwah suami saya. Pada masa yang sama semua keempat-empat OKT sedang memukul arwah suami saya. Terdapat juga keempat-empat mereka sedang memijak-mijak lelaki tersebut sehingga terduduk dilantai. Saksi memberitahu, mereka terus pukul tanpa berhenti. Terdapat seorang lelaki mengangkat kerusi dan terus memukul. Saksi memberitahu pada masa itu mereka sedang menarik saya untuk memisahkan saya dengan suami. Pada masa saya bersama suami saya terus memeluk suami saya. Saksi memberitahu ada diantara empat OKT itu sedang menghentak arwah suami saya dengan bekas nyamuk empat segi. Saksi memberitahu yang hentak itu adalah OKT 3. Pada masa itu yang libas arwah suami saya adalah OKT 2. Libas itu dibuat beberapa kali. Saksi memberitahu yang sedang sepak dalam video itu adalah OKT 4. Yang sedang sepak suami saya adalah OKT 5. Yang sedang pegang tali pinggang itu adalah OKT 2. Pada masa yang sama, OKT 3 sedang hentak suami saya dengan 101 cawan. Pada masa itu juga OKT 2 sedang memukul arwah suami saya lagi. Pada masa itu OKT 5 sedang menarik arwah suami saya. Pada masa itu okt 1 baru masuk ketempat itu. Terdapat pada masa itu OKT 4 sedang memijak kepala suamai saya. Pada masa yang sama, keempat-empat OKT sedang memukul arah kepala suami saya. OKT 5 sedang menarik saya, OKT 3 sedang menarik keluar suami saya tetapi OKT 4 sedang memukul suami saya. Pada masa itu saya sedang peluk arwah suami saya. Selepas itu OKT 4 keluar dahulu, diikuti OKT 3 dan setelah itu OKT 4 dan OKT 3 masuk semula. Pada masa itu OKT 1 ada berkata untuk bincang diluar. Mereka semua hendakan saya dan suami keluar dari tempat itu. Dalam video itu adalah saya dekat dengan suami. Dalam video ini OKT 1 sedang membawa suami saya untuk keluar dari tempat itu, pada masa ini semua OKT 2, OKT 3 dan OKT 5 telah keluar. Pada masa itu saya sedang duduk dekat dengan kaunter. OKT 1 bawa suami saya dan suruh bincang diluar. Saksi memberitahu OKT 1 dalam kumpulan OKT yang lain yang memukul suami saya. 102 Jadi tidak ada kepala besi dan hanya melibas kepada kaki dan punggong, setuju tak, mengikut gambar ini. Saya setuju tapi memang kena kat badan. Dan juga gambar ini menunjukkan tali pinggang tak pernah kena pada kepala simati, setuju. Tengok gambar. Saya cakap pukul kat badan. Cik Wannisa kalau saya terlepas, Wannisa boleh bagi tahu mahkamah tak ada segmen-segmen yang lain yang digunakan kepala besi yang dikatakan di pukul dikepala ada segmen yang lain. Takda. Saya tidak setuju, mengikut gambar ini OKT pukul pada punggung dan kaki. Di tali pinggang itu tiada kepala besi yang saya sebutkan dahulu. Saya setuju mengenai tiada kepala besi pada tali pinggang. Saya ada kata talipinggang itu dipukul dibadan. 103 Tiada dalam mana-mana segmen yang menyatakan suami saya dipukul dengan kelapa tali pinggang besi. Peguam pohon rujuk 20.20.57 Tunjuk di gambar bila masa di hentak dengan cawan. Sebelum gambar ini ada yang dihentak. Bila masa dia hentak dengan cawan. Hari itu ada. Tengok gambar sekarang. Takda. Tak nampak. Bila masa hentak dengan cawan, ada hentak dengan cawan. Takda Dalam video ini tiada terdapat suami dipukul dengan cawan. Peguam pohon rujuk 20.20.53 Bila masa hentak dengan cawan, ada hentak dengan cawan. Takda. Jadi semua keterangan kamu tidak benar, setuju. Tak setuju. 104 Tiada dalam video ini suami dihentak dengan cawan. Saya tidak setuju, semua keterangan saya tidak benar. Peguam pohon rujuk 20.19.18 Tadi katakan ini bekas nyamuk, nampak tak bekas nyamuk tu merupakan satu plastic yang ringan dan nipis Bukan plastic, besi. Saya tanya, itu nampak tak. Nampak Tunjuk di gambar hentak di kepala. Tak dengar Di gambar ada hentak di kepala. Ada. Saya menyatakan dia mengetuk tangan suruh lepas. Tidak setuju. Cik Wannisa kalau ini adalah besi hentak di kepala tentu kepala koyak. Setuju tak. Memang besi, saya yang nampak. Pada hari itu kepala memang tak koyak, setuju. Itu saya tak pasti. 105 Kalau koyak mesti ada darah. Cik Wannisa bagi keterangan memang takda darah. Takpa itu keterangan saya ingatkan. Keadaan macam itu tak sempat hendak tengok apa-apa. Betul la itu saya kata Wannisa tak sempat tengok apa-apa tak tahu kena kepala. Macam darah kat kepala ke apa ke. Memang tak sempat, nak tengok kat situ alert hanya orang yang buat sahaja. Jadi tak betulla pukul dengan cawan, dengan kepala besi, kerusi besar, semua tak betul. Saya tak setuju. Cik Wannisa ikut gambar ini kejadian berlaku pada masa 2016 bulan 5. Hanya satu tumbuk, tak tau kena dimana, benar. Dari OKT 5. Gambar ini tunjukkan tak taupun dimana. Muka. 106 Bahagian mana muka, pipi. Saya ingat lepas itu takda lagi tumbukan dari dia. Memang ada, tapi time kalut macam itu Dalam gambar ini ada hentakan bekas nyamuk di kepala. Dalam gambar ini suami dihentak dikepala. Saya tidak setuju, OKT suruh lepaskan. Memegang besi. Saya tidak pasti samada kepala suami saya telah koyak. Saya hanya ingat yang penting sahaja. Saya tidak setuju, cerita saya tidak betul mengenai kerusi, cawan dan tali pinggang kepala besi. Tumbukan itu mengenai dimuka. Pada masa itu semuanya kalut dan tidak tahu apa berlaku. Peguam pohon rujuk 20.22.12 Semalam cik. Wannisa cakap inilah masa suami saya bagi tahu isteri saya mengandung, benar. Lepas ini pergelutan tiba-tiba berhenti serta merta, setuju tak. Tak setuju. 107 Pada 20.22.12 suami bagi tahu isteri saya mengandung, lepas itu pergerlutan berhenti, ada juga orang tarik kerusi suruh duduk, duduk, duduk, ada kan. Suruh saya duduk. Peguam pohon rujuk: 20.24.07 Pandang betul-betul apa lelaki yang sebelah ini yang tengah-tengah itu buat. Dia mengambil secawan air untuk bagi minum, ada tak. Bagi saya. Itu bukan cawan itu beg saya, beg duit saya. Dalam gambar itu orang tersebut memberikan beg duit kepada saya. Dalam video ini OKT 3 pakai topi. Semuanya dalam CCTV. Peguam pohon rujuk 20.22.44 Ikut kepada CCTV, tapi ada yang sambung kat luar lagi, itu sahaja. Cik Wannisa kalau kamu ingat semasa ulang balik apa yang saya nampak semasa satu lelaki yang mula-mula masuk, tumbuk dipipi suami dia jatuh apa yang kita tahu yang dilihat Cik Wannisa dan arwah suami tidak bangun sehingga penghujung, setuju tak. 108 Tak bangun Cik Wannisa sepanjang Cik Wannisa bagi tahu cerita tentang pijak kepala setuju tak. CCTV ini tidak menunjukkan Tak setuju. Ada. Saya tidak setuju, pergelutan berlaku dari awal hingga habis. tidak setuju, pergelutan berlaku 5 hingga 6 minit Saya tidak ingat ada DVD tumbuk di kepala. 4 orang macam-macam cara dia buat. Selepas itu kelihatan pekerja-pekerja sedang membersihkan . Pemeriksaan Semula. Rujuk klip 20.19.36…. Seterusnya Klip yang sama minit. Video ini telah ditunjukkan oleh peguam. Tadi rakan bijaksana peguam ada mencadangkan kepada kamu. Tali pinggang yang digunakan oleh lelaki itu mungkin digunakan hanya untuk pukul kaki dan punggung sahaja. Kamu kata tak setuju. Kenapa kamu tak setuju. Sebab kena badan. 109 Bahagian mana. Bahagian belakang. Wannisa ini pun tadi peguam ada tunjukkan kepada kamu. Peguam cadang kepada kamu bahawa tali pinggang di pegang oleh lelaki ini sebenarnya tiada kepala besi. Kamu setuju takda kepala besi. Dalam keterangan asal dulu masa mula-mula datang 2 bulan lepas kata ada kepala besi jadi yang mana satu ini ada ke takda. Takda, macam inilah keadaan dia. Tali pinggang itu juga dikenakan dibadan dan belakang suami saya. Tali pinggang yang saya maksudkan dahulu adalah tali pinggang seperti begini dalam video. Rujuk klip 20.20.44…. Kamu pun telah ditunjuk tadi oleh peguam. Peguam cadang kepada kamu kalau lihatlah kepada klip ini takda dihentak pun menggunakan cawan tapi kamu tak setuju. Ok, kenapa. Ada. Tapi cawan itu memang ada ya. Ada cawan. 110 Pada masa kejadian itu cawan digunakan untuk menghentak kepala suami saya. Rujuk 20.19.18…. Ok. Wannisa klip ini pun ada tunjukkan tadi oleh peguam. Satu objek yang warna putih itu kamu camkan dimahkamah sebagai bekas nyamuk. Peguam cadang kepada kamu bekas nyamuk itu sebenarnya dibuat daripada plastic dan cukup ringan. Kamu tak setuju. Sebenarnya di buat daripada apa. Besi. Klip ini pun ditunjukkan oleh peguam tadi, nampak pergerakkan, seolah-olah atas ke bawah, atas kebawah. Peguam bijaksana cadang kepada kamu sebenarnya bekas nyamuk itu diguna untuk ketuk dilengan tapi kamu tak setuju. OK, kenapa kamu tak setuju. Memang ketuk kepala. Kepala siapa. Arwah suami saya. Tempat bekas nyamuk itu sebenanrya dibuat dari besi. Tempat bekas nyamuk itu dikenakan pada bahagian kepala. 111 Rujuk klip 20.20.12… Wannisa jika lihat pada klip ini kamu bersetuju inilah saat suami arwah suami kamu bagi tahu kamu mengandung. Peguam cadangkan sebaik sahaja diberitahu kamu mengandung pergelutan ini pun stop serta merta. Kamu tak setuju, kenapa kamu tak setuju. Sebab ada lagi sambungan. Dimana Kat luar. Sambung itu sambungan apa. Pukul lagi kat luar. Pukul siapa. Arwah suami saya. Selepas diberitahu suami bahawa saya mengandung dan pukulan berhenti, mereka ada pukul suami saya lagi di luar. Rujuk klip 20.24.01…. Dan tadi peguam ada mencadangkan selepas pergelutan ini berlaku arwah suami kamu kalau kita tengok pada klip-klip video ini boleh berjalan dengan normal tanpa rasa sakit, terhencut-hencut. Itu cadangan 112 peguam bijaksana. Kamu tak setuju, kenapa kamu tak setuju. Sebab dia ada sakit. (saksi menangis dalam mahkamah). Dan lagi satu peguam cadangkan kalau kita tengok video yang kita tengok dari semalam dan hari ini pergerlutan ini berlaku antara 6 ke 7 minit itu sahaja, tapi kamu tak setuju, kamu kata satu jam. OK, apa maksud kamu. Sebab ada sambungan lagi. Sambungan lagi kat mana. Kat luar. Dan sambungan itu kamu rujuk kepada apa. Pukul lagi kat luar. Sebelum kejadian ini, saya letak beg duit diatas meja. Lelaki OKT 4 bagi saya beg duit tersebut. Selepas dipukul, suami ada sakit dan berjalan terhencut-henyut. Pergelutan itu tidak berlaku 6 atau 7 minit tetapi satu jam kerana ada sambungan kejadian pukul lagi diluar. Sambungan itu pukul lagi diluar. 113 Rujuk 20.17. 20……. Klip ini pun kamu ditunjuk tadi, tadi peguam mencadangkan bahawa keterangan kamu, cerita kamu dulu, kamu dan arwah suami kena pukul semasa berdiri tu tak jadi, tapi tak berlaku, tapi kamu tak setuju kan. Apa yang kamu boleh ceritakan daripada klip ini, ini ke maksud kamu. Ya, pukul time berdiri tu, first berlaku. Suami saya telah dipukul semasa berdiri lagi.