Tuntutan Plaintif adalah penyalahgunaan proses Mahkamah yang Mulia ini kerana Plaintif cuba mendapatkan remedi atau relif daripada Mahkamah yang Mulia ini sedangkan tiada kerugian yang pernah di alami oleh Plaintif akibat daripada kegagalan Defendan membayar balik pinjaman mesra yang didakwa wujud berlaku di antara mereka pada tahun 2020 oleh Plaintif. Sebaliknya Plaintif yang telah meminta bantuan serta pertolongan daripada Defendan untuk membantu syarikat milik Plaintif yang sedang mengalami kesulitan pada tahun tersebut. [21] Mahkamah memutuskan bahawa Tuntutan Plaintif tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah dan hak (Locus Standi) untuk membawa kes ini ke Mahkamah untuk menuntut sebagaimana Pernyataan Tuntutan. [22] Plaintif tidak mempunyai hak (locus) untuk mendakwa Defendan memandangkan tiada apa-apa perjanjian mesra yang pernah dimasuki oleh kedua-dua pihak untuk membuktikan bahawa terdapat kegagalan di pihak Defendan untuk membayar balik pinjaman berjumlah RM63,000.00 yàng didakwa oleh Plaintif telah diberikan kepada Defendan. [23] Plaintif juga tidak memberikan butiran yang jelas mengenai Perjanjian Pinjaman Mesra yang didakwa wujud tersebut seperti tarikh tepat pinjaman tersebut diminta dan tarikh bayaran balik yang sepatutnya dibuat oleh Defendan kepada Plaintif yang merupakan elemen penting dalam tuntutan kontrak. [24] Seksyen 30 Akta Kontrak 1950 memperuntukan bahawa perjanjian-perjanjian yang mana maknanya tidak tentu atau atau tidak boleh ditentukan, adalah batal. [25] Mahkmaah merujuk kepada kes TAN POH YEE V. TAN BOON THEIN & OTHER APPEALS [2018] 2 MLRA 514, Idrus Harun JCA telah memutuskan:- "We pause to observe at this point that the cause of action available to the respondent arose upon his allegation of the existence of the purported 2004 Agreement (oral agreement). It is of some significance to mention S/N wnaqZ4OJfkrmbGn/xnmwg that such allegation could not stand because the respondent had failed to establish the existence of such purported agreement when the respondent could not provide or specify the precise date upon which it was entered into. A point of importance that had emerged from this serious omission was that if the purported 2004 Agreement ever existed, the respondent ought to have remembered the exact date of the alleged meeting in Singapore in 2004 which led to the conclusion of the agreement in question. In any event, the respondent quite firmly averred that he was also present at the alleged meeting in Singapore. Accordingly, given the importance of the agreement to the respondent and his presence at the alleged meeting, we were left with the feeling that there should be no reason that he could not remember or specify the exact date to which the purported 2004 Agreement was made. Needless to say, it is the respondent's obligation to ensure that all material particulars and facts necessary to establish his case had been acquired before the filing of the claim and it was not the duty of the appellants to ask for better particulars in order to assist the respondent to sustain his claim ..." [26] Plaintif juga dengan jelas menunjukkan bahawa kewujudan kontrak yang sah antara Defendan dan Plaintif tidak pernah wujud malahan ia adalah dakwaan semata-mata. [27] Mahkamah merujuk kepada kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan: DEUTSCHE BANK (MALAYSIA) BHD V. MBF HOLDINGS BERHAD & ANOR [2015] 6 MLRA 583 yang membincangkan berkenaan dengan Consensus ad idems yang menjadi inti pati penting dalam mewujudkan sesuatu kontrak tetapi ia sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan kontrak tersebut mengikat pihak-pihak. Jeffrey Tan FCJ telah menjelaskan seperti berikut:- "The SA, which was executed by one but not the other, might have been a complex and intricate agreement. But yet this appeal only involves a question of basic contract law. One issue is whether or not the parties were at ad idem, which Lord Diplock explained, in Paal Wilson & Co. A/S v. Partenreederei Hannah Blumenthal (1983) 1 AC 854, in the following terms; To the formation of the contract of abandonment, the ordinary principles of the English law of contract apply. To create a contract S/N wnaqZ4OJfkrmbGn/xnmwg by exchange of promises between two parties where the promise of each party constitutes the consideration for the promise of the other, what is necessary is that the intention of each as it has been communicated to and understood by each other (even though that which has been communicated does not represent the actual state of mind of the communication) should coincide. That is what English lawyers mean when they resort to the Latin phrase consensus ad idem and the words that I have italicized are essential to the concept of consensus ad idem, the lack of which prevents the formation of a binding contract in English law. But consensus ad idem on the terms alone is not enough to form a binding contract." ... in order for a promise to be legally enforceable as a contract, it must be intended to be legally binding, or, as it is more often put, the parties must intend to enter into legal relations..." [28] Mahkamah berpandangan bahawa transaksi yang didakwa oleh Plaintif sebagai pinjaman itu juga adalah sebenarnya merupakan bayaran upah kepada Defendan bagi tugas-tugas yang telah dibuat oleh Defendan dalam membantu perniagaan Plaintif. Perkara tersebut juga telah dibuktikan sendiri oleh Plaintif dalam Afidavit Plaintif (No.3), Ekshibit "P-3" nombor 11 di mana butiran bayaran untuk transaksi yang telah dibuat kepada Defendan adalah "allowance acta" yang menunjukkan bayaran elaun yang telah dibuat oleh Plaintif. [29] Merujuk kepada Afidavit Balasan Defendan dalam Notis Permohonan ini, di mana Defendan telah mengekshibitkan di Eksibit NNS-6 salinan tangkap layar screenshot perbualan di antara Plaintif dan Defendan berkenaan dengan urusan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh Defendan dalam urusan syarikat Plaintif. Maka adalah dihujahkan bahawa berdasarkan kepada ekshibit-ekshibit tersebut Defendan telah melakukan kerja-kerja untuk syarikat Plaintif di mana perkara tersebut juga dalam pengetahuan pihak Plaintif sendiri. [29] Plaintif gagal membuktikan bahawa wujudnya Perjanjian Pinjaman Mesra di antara Plaintif dan Defendan. Malahan, bayaran-bayaran yang didakwa oleh Plaintif adalah sebagai bayaran pinjaman merupakan dakwaan kosong semata-mata memandangkan bayaran-bayaran tersebut adalah merupakan transaksi bayaran yang dibuat bagi pinjaman di antara Defendan dengan Ahmad Faizal Bin Husain serta bayaran bagi kerja-kerja yang telah dilakukan oleh Defendan. S/N wnaqZ4OJfkrmbGn/xnmwg KEPUTUSAN MAHKAMAH [30] Berdasarkan kepada hujahan-hujahan dan bersandarkan otoriti-otoriti di atas, adalah di atas imbangan kebarangkalian bahwa Plaintif tidak mempunyai "Locus" untuk memulakan kes ini terhadap Defendan memandangkan tiada Perjanjian Pinjaman Mesra yang telah dimasuki oleh kedua-dua pihak untuk mengikat mereka secara sah di sisi undang-undang. [31] Berdasarkan penelitian ke atas afidavit-afidavit, hujahan pihak-pihak dan Mahkamah memutuskan untuk membenarkan permohonan Defendan di bawah Aturan 18 Kaedah 19, KKM 2012 untuk membatalkan tuntutan Plaintif dengan kos RM3000.00. Bertarikh : 25 MEI 2025 (AMIN RASHIDI BIN RAMLI) Majistret Mahkamah Majistret Kota Bharu S/N wnaqZ4OJfkrmbGn/xnmwg