as contrasted with the result of an irregularity, as to which Abdul Rahman v. Emperor 's case (2) is an authority.” [28] Rumusan ini pada pandangan Mahkamah adalah dibuat di atas premis apabila Mahkamah ingin membuat sesuatu keputusan bagi sesuatu pencantuman perbicaraan, Mahkamah perlu memahami bahawa sesuatu keputusan pencantuman perbicaraan yang salah boleh menjadi satu perbicaraan yang tidak sah yang tidak boleh dipulihkan. [29] Persoalannya adakah situasi yang sama berlaku di dalam kes ini. Yang jelas, kesemua pertuduhan yang dikenakan adalah memenuhi kehendak pengecualian bagi setiap pertuduhan perlu dibicarakan secara berasingan. Mahkamah turut bersetuju bahawa Perayu tidak pernah membangkitkan bantahan ke atas perkara ini sepanjang perbicaraan. [30] Persoalan lebih besar adalah sama ada ia telah menyebabkan salah laku keadilan ke atas Perayu. Bagaimana hendak menentukan sama ada berlakunya salah laku ini, Mahkamah merujuk kepada apa yang dinyatakan di dalam buku Criminal Litigation Process, Third Edition, Sweet & Mazwell (2015) oleh Baljit Singh Sidhu yang menyatakan seperti berikut: Thus, in simple term, the concept of failure of justice is an idea that, in the judging of a question of prejudice, as of guilt, the court must act with a broad vision and look to the subtances not technicalities. Further, the principal concern is that the accused is entitled to a fair trial where the court must be satisfied that the accused knew what he was being tried for and the court must also explain clearly and fairly to the accused the main facts in issue sought to be established against him in that particular trial. In short, the accused must be afforded a full and fair chance to defend himself. [31] Berdasarkan kepada pendekatan yang dinyatakan, Mahkamah perlu untuk menimbang keseluruhan faktor di dalam kes ini serta menentukan sama ada wujud situasi yang telah memberi kesan prejudis kepada Perayu. [32] Setelah menimbang keseluruhan perbicaraan yang telah berlangsung, Mahkamah berpuashati bahawa Perayu memahami pertuduhan-pertuduhan yang telah dikenakan ke atasnya dan Perayu telah diberi peluang seluasnya serta seadilnya untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, Mahkamah tidak teragak untuk memutuskan bahawa Perayu tidak diprejudiskan oleh ketidak akuran ini dan oleh itu Mahkamah memutuskan bahawa tidak wujud sebarang salah laku keadilan ke atas Perayu. [33] Secara rumusannya, Mahkamah memutuskan bahawa walaupun terdapat kesilapan di dalam perbicaraan ke atas Perayu, namun ianya tidaklah sehingga menyebabkan berlaku satu salah laku keadilan. Ia hanya menjadikan wujudnya ketidakaturan di dalam tatacara perbicaraan dan berdasarkan seksyen 422 KTJ, ianya boleh dipulihkan dan tidak menjadikan perbicaraan ke atas Perayu sebagai cacat dan tidak sah. Isu (a); sama ada Tuan Majistret telah menggunakan darjah pembuktian yang betul di sisi undang-undang di dalam membuat dapatan prima facie [34] Peguam Perayu telah menghujahkan bahawa Tuan Majistret di dalam penghakimannya telah menggunakan darjah pembuktian yang salah apabila Tuan Majistret di dalam Alasan Penghakimannya menyatakan: “Oleh itu, dengan keterangan saksi pendakwaan yang sudah lebih dari mencukupi, saya mendapati wujudnya prima facie dan saya memerintahkan OKT dipanggil membela diri.” [35] Penggunaan perkataan “keterangan saksi yang sudah lebih dari mencukupi” adalah dihujahkan bertentangan dengan seksyen 173(h)(ii) dan (iii) KTJ yang menyatakan seperti berikut: “If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged, the Court shall call upon the accused to enter on his defence.” [36] Peguam Perayu telah merujuk kepada nas-nas duluan berkaitan apa yang dimaksudkan sebagai prima facie. Di dalam kes PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman Hakim Gopal Sri Ram HMP telah menggariskan tanggungjawab Mahkamah Perbicaraan di akhir kes pendakwaan seperti berikut: “[11] In our respectful view, Arulpragasan is authority for the proposition that the test to be applied under the former ss. 173(f) and 180 of the CPC is that the prosecution must establish its case beyond a reasonable doubt before an accused could be called upon to enter his defence. It is not authority for the proposition that it is incumbent for a court to make a finding at the close of the prosecution's case that he was satisfied that the prosecution had proved its case beyond reasonable doubt. The failure by the trial court either to make or to record such a finding does not in our judgment occasion a miscarriage of justice. It is sufficient for the judicial arbiter - be he judge or magistrate - to give his reasons in his written grounds of judgment for requiring an accused to make his defence. [penekanan ditegaskan] [37] Terdahulu di dalam kes Looi Kow Chai & anor v PP [2003] 1 CLJ 734, Hakim Gopal Sri Ram telah menjelaskan tanggungjawab seseorang hakim yang bersidang secara sendirian di akhir kes pendakwaan, adalah untuk menentukan, selaku pengadil fakta, sama ada pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh. [38] Manakala di dalam kes Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman Hakim Augustine Paul HMR (pada ketika itu) telah menegaskan beban pembuktian PR di akhir kes pendakwaan seperti berikut: “Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case while s. 182A(1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms. The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase"prima facie case"in s. 180. Section 180(2) provides that the court shall record an order of acquittal if a prima facie case has not been made out while s. 180(3) provides that if a prima facie case has been made out the accused shall be called upon to enter his defence. A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase"prima facie case"is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that aprima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be noprima facie case. As the accused can be convicted on the prima facie evidence it must have reached a standard which is capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt. [penekanan ditegaskan] [39] Nas-nas duluan ini menjelaskan bagaimana suatu tahap prima facie boleh dicapai oleh Mahkamah perbicaraan. Ia meliputi pertimbangan maksimum ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh PR termasuk menilai kredibiliti keterangan-keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan. Ia bukan sama sekali berkenaan perkataan yang perlu digunakan oleh Mahkamah perbicaraan semasa mencapai keputusan prima facie. [40] Di dalam kes semasa, Tuan Majistret semasa membuat dapatan di akhir kes pendakwaan telah dengan nyata menyatakan secara verbatim di dalam Nota Keterangan bahawa “pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dan OKT diarahkan untuk dipanggil membela diri”. [41] Penggunaan perkataan-perkataan tersebut di peringkat tersebut bagi pandangan Mahkamah ini adalah memadai bagi menunjukkan tahap penilaian Tuan Majistret ke atas keterangan yang telah dikemukakan. Ini diperkuatkan lagi dengan Alasan Penghakiman yang disediakan bagi kes ini apabila Tuan Majistret telah membuat dapatan positif berdasarkan keterangan saksi pendakwaan yang lebih dari mencukupi bahawa wujudnya prima facie. [42] Perkataan “lebih dari mencukupi” yang digunakan oleh Tuan Majistret adalah untuk mengambarkan penilaian yang telah beliau laksanakan ke atas keterangan-keterangan yang telah dikemukakan. Ini dapat dilihat melalui penghakimannya di peringkat awal Alasan Penghakiman seperti berikut: Di peringkat kes pendakwaan, seramai 7 saksi pendakwaan telah dipanggil. Di peringkat kes pendakwaan, saya mendapati keterangan saksi-saksi pendakwaan yang melibatkan serbuan dan rampasan barang kes adalah sudah memadai serta mencukupi, dan tidak menyalahi antara satu sama lain. Tiada percanggahan yang material antara saksi-saksi dan saya mengambilkira ingatan saksi terhadap kejadian yang berlaku sudah pasti tidak sempurna dan tepat dapat mengingati satu persatu apa yang telah lama berlaku. [43] Bagi Mahkamah, seksyen 173(h)(ii) dan (iii) KTJ tidak meletakkan syarat penggunaan ayat yang spesifik ke atas Mahkamah ketika memutuskan sesuatu kes prima facie. Peruntukan tersebut secara jelas meletakkan ujian yang perlu dilaksanakan dalam menentukan satu kes prima facie. Meneliti apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Majistret di dalam Alasan Penghakimannya, Mahkamah berpuashati bahawa Tuan Majistret telah melaksanakan ujian tersebut ke tahap yang sewajarnya serta selari dengan nas-nas duluan yang mengetengahkan ujian-ujian yang perlu di dalam penentuan satu kes prima facie. [44] Sehubungan dengan itu, Mahkamah tidak nampak sebarang kekhilafan oleh Tuan Majistret di dalam penggunaan darjah pembuktian yang betul di sisi undang-undang ke atas analisis serta dapatan yang telah dibuat olehnya. Isu (b); sama ada terdapat salah nyata yang fatal oleh Tuan Majistret apabila membuat dapatan prima facie untuk 4 pertuduhan terhadap Perayu [45] Bagi isu ini, peguam Perayu menghujahkan bahawa Tuan Majistret adalah terkhilaf apabila membuat dapatan bagi keempat-keempat pertuduhan secara umum dan ringkas sedangkan ia melibatkan 2 kes yang berbeza serta ia melibatkan dadah yang berbeza yang dijumpai di tempat yang berbeza. Peguam menghujahkan bahawa Tuan Majistret adalah bertanggungan untuk menjelaskan dapatan beliau berkaitan elemen pemilikan iaitu berkenaan jagaan, kawalan serta pengetahuan iaitu sama ada ianya dibuat melalui keterangan langsung ataupun dengan menggunakan anggapan undang-undang (rujuk; PP v Lin Lian Chen [1992] 1 CLJ Rep 285). [46] Kekhilafan ini dihujahkan oleh peguam sebagai satu yang fatal dan tidak dapat diperbaiki walaupun menerusi seksyen 422 KTJ dengan merujuk kepada penghakiman Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v Ishak bin Hj Shaari & other appeals [2003] 4 MLJ 585. [47] Mahkamah telah meneliti Alasan Penghakiman Tuan Majistret dan mendapati bahawa Tuan Majistret mengasaskan dapatan prima facie berdasarkan kepada perkara-perkara seperti berikut: