Content
NEGERI KEDAH DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2) DI SUNGAI PETANI KES TANGKAP NO: 62RS-17-06/2017 DI ANTARA PENDAKWA RAYA
62RS-17-06/2017
Sessions Court of Malaysia11 Jul 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ngsa dan menyebabkan kecederaan terhadap mangsa telah dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. Perkara yang sama pernah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes MARIAPPAN A/L VALIATHAM V PUBLIC PROSECUTOR [2016] MLJU 1164 dimana dalam alasan pengahakiman telah dinyatakan: “ ii) Common intention [44] SP1 had testified that bo”
“robbery on the part of both the said second accused and the appellant.” Perkara yang sama juga telah dibincangkan dalam kes terbaru oleh Mahkamah Tinggi iaitu KANNAN A/L SIVARAMAN LWN PENDAKWA RAYA [2017] MLJU 1213 dimana pertuduhan adalah seperti berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 18 Julai 2015, jam lebih kurang”
“berkenaan motosikal adiknya yang diambil oleh mangsa. Perkara-perkara di atas merupakan suatu afterthought dan tidak dapat dipercayai. Di dalam kes Muhammad Faizal bin Dzulkifli v Public Prosecutor [2017] MLJU 4, Mahkamah Rayuan telah memutuskan: “[34] So, an afterthought defence is a defence that smacks of a recent in”
“ersebut. OKT2 juga telah menolak mangsa dari bahagian stor hingga ke bawah dan mangsa telah jatuh ke bahagian lantai pada ketinggian 1 meter. Di dalam kes Public Prosecutor v Cheah Chong Tatt & Anor[2017] MLJU 579, diputuskan seperti berikut: “[94] Intention, being a state of mind, can only be inferred from the act or”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
NEGERI KEDAH DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2) DI SUNGAI PETANI KES TANGKAP NO: 62RS-17-06/2017 DI ANTARA PENDAKWA RAYA
2
DEVAN A/L KUPUSAMY ALASAN PENGHAKIMAN Pertuduhan terhadap Orang kena tuduh (OKT) 1 dan 2 adalah seperti berikut: Pertuduhan Pindaan: “Bahawa kamu bersama-sama pada 27 Mei 2017 jam lebih kurang 7.15 petang bertempat di Kebun Getah Syarikat Peladang Kinta Sdn. Bhd., Kampung Sungai Puntar, 08300 Gurun di dalam Daerah Kuala Muda di dalam Negeri Kedah telah melakukan rompakan keatas harta yang dimiliki oleh Koo Kwang Yew (No Kp: 790629-08-5451) iaitu sebuah telefon bimbit jenis Samsung Note 3, Power Bank dan wang tunai berjumlah RM1000/- dan bahawasanya kamu telah secara sengaja telah menyebabkan kecederaan kepada Koo Kwang Yew (No Kp: 790629-08-5451). Dengan ini kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” OKT1 dan OKT2 telah diwakili oleh seorang peguam dan telah minta dibicarakan. Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai lapan (8) orang saksi. Pada akhir kes Pendakwaan, OKT 1 dan OKT 2 telah dipanggil untuk membela diri. Selepas mendengar keterangan saksi pembelaan, saya telah mendapati pihak Pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah keatas kes Pendakwaan dan Pihak Pendakwaan telah berjaya untuk membuktikan kes melampui keraguan munasabah terhadap kedua-dua OKT. OKT1 dan OKT2 didapati bersalah dan disabit dengan kesalahan dan dihukum penjara tiga belas (13) tahun dari tarikh jatuh hukum (11.7.2018) dan dikenakan enam (6) sebatan rotan. OKT1 kini merayu terhadap sabitan dan hukuman tersebut. Pihak Pendakwaraya pula tidak berpuashati terhadap hukuman yang tidak memadai keatas kedua-dua OKT.
1
Fakta Kes dan Keterangan 1.1 Saksi–Saksi Pendakwaan adalah seperti berikut: a) SP1: Muhamad Husen - Keterangan SP1 seperti di dalam para 1.2 b) SP2: ASP Md Razif bin Ibrahim – SP2 adalah pegawai polis yang telah membuat tangkapan keatas OKT 1 dan OKT 2 c) SP3: Jurufoto – SP3 telah merakam gambar kecederaan mangsa [Eksibit P4(A)-(F)] dan tempat kejadian [Eksibit P1(A)-(I)] d) SP4: Koo Kwang Yew (Mangsa) - Keterangan SP4 seperti di dalam para 1.3 e) SP5: Doktor – Keterangan SP5 seperti di dalam para 1.4 f) SP6: Jurufoto – SP6 telah merakam gambar tempat kejadian [Eksibit P1(J)-(L)] pada waktu siang g) SP7: Insp Ismail Fahmi – Pegawai yang telah melakukan pembarisan kawad cam. SP 1 dan SP4 telah camkan OKT 1 dan OKT 2. h) SP8: Insp Ilham bin Haji Sahir - Keterangan SP8 seperti di dalam para 1.5
1
1.2 SP1 bernama Muhamad Husen. Dia adalah seorang penoreh getah yang bekerja di Syarikat Peladang Kinta di Kebun Sungai Puntar. Beliau telah bekerja selama 3 tahun dengan syarikat ini. Beliau tidak tahu nama majikannya dan panggil beliau dengan nama panggilan ‘Boss’. Boss adalah seorang lelaki Cina (SP4). Pada 27.5.2017, jam lebih kurang 7.15 malam, SP1 berada di Stor di Sg Puntar di tempat kerja bersama Boss. Mereka hendak ambil air pada masa itu. Dua orang telah datang menaiki motosikal. SP1 tidak berapa kenal dua orang yang datang itu tetapi beliau pernah jumpa mereka sebelum tarikh kejadian di kampung mereka iaitu di Kampung Sg Puntar. Dalam satu bulan, SP1 jumpa mereka lebih kurang 1 kali. Mereka ini lelaki berbangsa India. Yang menunggang motosikal namanya Guru. SP1 tidak kenal nama pembonceng. SP1 camkan OKT1 sebagai Guru dan OKT2 sebagai pembonceng motosikal. OKT2 ialah adik kepada OKT1. SP1 nampak OKT1 dan OKT2 datang apabila mendengar jeritan Boss. Boss menjerit ‘Hoi’. Semasa Boss menjerit, SP1 berada di dalam stor. Semasa OKT1 dan OKT2 datang, mereka tidak pakai apa-apa untuk tutup muka dan tidak memakai helmet. SP1 dapat lihat muka mereka dengan jelas. OKT2 telah membawa cangkul dan OKT1 membawa besi. OKT1 telah tunjukkan tangan kepada SP1 (pointing a finger), dan SP1 lari dari tempat itu kerana takut dipukul. Cangkul adalah jenis besi, panjang kira-kira 4 kaki. Besi itu bentuk bulat, panjang 4 kaki. Semasa SP1 larikan diri, Boss ada di stor. Stor adalah tempat ambil air dan letak barang. SP1 telah lari meninggalkan Boss. Masa itu Boss ada dengan dua orang ini. SP1 telah lari pergi ke kongsi. Kongsi jauh dan ia adalah tempat tinggal SP1. SP1 telah camkan OKT1 dan OKT2 semasa pembarisan kawad cam.
1
1.3 SP4 adalah mangsa di dalam kes ini. Beliau bekerja di Syarikat Peladangan Kinta Sdn Bhd, Lot 26, Sg Puntar, Gurun sebagai Pengurus ladang lebih daripada tiga (3) tahun. Beliau dipanggil sebagai ‘Boss’ di tempat kerja. Pada 27.5.2017, jam lebih kurang 7.15 malam, SP4 bersama pekerjanya benama Husen (SP1) pergi ke stor Lot 26 untuk mengisi air. Tiba-tiba dua orang berbangsa India datang menaiki motorsikal dan berhenti motorsikal di belakang kereta SP4. SP4 sentiasa lihat mereka berdua sebelum ini kerana mereka tinggal di Kampung Sg Puntar, di ladang SP4. SP4 tidak tahu nama orang yang menunggang motosikal tetapi semua orang panggil dia Guru. Guru adalah OKT1 di dalam kes ini. SP4 tidak tahu nama OKT2 tetapi kenal beliau kerana OKT2 telah masuk penjara sebab SP4. OKT2 telah masuk ke ladangnya dan mencuri barang SP4 dan SP4 telah membuat laporan polis banyak kali. SP4 nampak OKT2 turun dari motosikal dan berjalan dekatnya. SP4 nampak OKT2 pegang cangkul yang ada batang besi lebih kurang 4 kaki panjang. SP4 pun menjerit ‘Oi’ dan pekerja Husen (SP1) keluar tengok. SP4 telah menjerit ‘Oi’ sebab beliau nampak OKT2 pegang cangkul. OKT1 pula memegang besi dan tunjuk tangan kepada Hussen memberi amaran (pointing finger). SP4 kemudian nampak Husen larikan diri. Waktu itu keadaan cahaya terang dan lampu semua dibuka di dalam stor. Masa itu baru 7.15 petang dan terang. OKT1 dan OKT2 tidak memakai apa-apa di muka dan tidak memakai topi keledar. OKT2 berjalan dekat SP4, tangan pegang cangkul dan terus memukul SP4 di bahagian kiri belakang dengan menggunakan cangkul. Masa itu OKT1 berada di motorsikal, duduk sahaja. Jarak motosikal dengan SP4 lebih kurang 2. 3 meter sahaja. Tempat SP4 mengisi air adalah satu meter tinggi dari lantai. OKT2 memukul SP4 dengan menggunakan cangkul dan kemudian menolak SP4 ke lantai dari ketinggian satu meter itu. SP4 jatuh ke atas lantai di hadapan keretanya. Selepas SP4 jatuh, SP4 bangun dan lari. OKT2 telah mengejar SP4 dengan berlari juga. OKT1 pula menggunakan motosikal untuk mengejar SP4. SP4 telah lari lebih kurang 200meter. OKT1 dan OKT2 tidak dapat menangkap SP4. Selepas itu mereka berjalan ke arah kereta SP4. Kereta jenis Isuzu Tmex, warna Silver No AHG 8911. SP4 pun mengikut OKT1 dan OKT2 pergi ke arah keretanya kerana beliau takut mereka akan merosakkan keretanya. SP4 nampak OKT2 mengangkat cangkul dan pecahkan cermin keretanya. OKT2 telah buka pintu kereta, sebelah kiri penumpang depan dan mengangkat beg SP4 dari kereta dan buang barangnya semua ke atas lantai. Jarak SP4 dengan kereta masa itu dalam 10meter. SP4 nampak telefonnya jenis Samsung Note 3, Power Bank dan wang jatuh ke atas lantai. Sebelum SP4 masuk ke ladang, dia telah pergi ke ATM Public Bank dan mengeluarkan RM1000/-. Oleh itu terdapat RM1000/- di dalam beg. OKT2 telah mengangkat semua barang SP4 dan bagi kepada OKT1. OKT1 meletakkan semua barang tersebut di belakang motosikalnya. Selepas itu SP4 pun berjalan dekat mereka dan tanya kenapa merosakkan keretanya dan mengambil barang-barangnya. OKT2 terus angkat cangkul dan pukul SP4 di bahagian kiri kepala dan kepalanya berdarah. Masa itu mata SP4 sudah gelap dan tidak nampak apa-apa. OKT2 terus memukul lagi belakang kepala SP4 dan SP4 menggunakan tangannya untuk jaga kepala beliau. Kepala SP4 kena pukul enam (6) kali. Tiga (3) daripada pukulan itu kena tangan sebab SP4 menjaga kepalanya dan tiga (3) kali terkena belakang kepalanya. SP4 sudah rasa hendak pengsan dan duduk di atas lantai. Mukanya berdarah dan dia tidak nampak apa-apa. Selepas itu ada orang membawa SP4 ke Balai Polis Gurun. Di Balai Polis Gurun, ambulans sudah berada di sana. Apabila sampai di sana, SP4 tidak dapat membuat lapuran polis kerana berasa pening. Pihak polis telah minta SP4 pergi ke Hospital dahulu. SP4 telah pergi ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani. SP4 mendapat lapan
8
jahitan di kepala. Kemudian SP4 telah pergi ke Balai Polis Kuala Muda unutk membuat lapuran polis (Eksibit P 6 – Gurun Repot 2996/17). Selepas beberapa hari, SP4 telah pergi ke Balai Polis untuk pembarisan kawad cam dan telah mencamkan OKT1 dan OKT2.
1
1.4 SP5 adalah Doktor yang telah merawat SP4 di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani pada 27.5.2017, jam lebih kurang 8.58 malam semasa beliau bertugas di Zon Kuning Jabatan Kecemasan. Kecederaan SP4 adalah: a) swollen right wrist b) 2 laceration wound left forehead c) longitudinal mark left upper back 20cm x 1cm, erythematous Senjata tajam atau senjata tumpul boleh mengakibatkan kecederaan sebegini kepada pesakit. SP5 telah menyediakan Lapuran perubatan bertarikh 5.10.2017 (Eksibit P 7). Soal jawap terhadap SP5 adalah seperti berikut: Q: Adakah kecederaan pada pesakit konsisten dengan senjata cangkul? A: Kemungkinan boleh Q: Jelaskan mengapa nyatakan kemungkinan boleh? A: Bengkak di bahagian pergelangan tangan kanan dengan luka di bahagian belakang boleh disebabkan senjata tumpul. Luka di bahagian kepala mungkin disebabkan oleh senjata tajam kerana kulit di di bahagian kepala kiri terkoyak. Q: Jelaskan berkenaan bahagian Diognosis A: Yang pertama Cerebral concussion ialah hentakkan kepala kerana pesakit mengalami loya dan pening. Yang kedua soft tissue injury, luka di bahagian tisu badan Pada tahap Pemeriksaan balas, SP5 setuju dengan cadangan peguambela bahawa kecederaan yang dialami oleh SP4 juga boleh terjadi kalau SP4 terjatuh semasa bergaduh. Kecederaan di bahagian kepala boleh terjadi kalau terhantuk di tembok simen yang tajam dan bukannya tumpul. Simen boleh dikategori sebagai tajam. Peguambela cadangkan seperti berikut: Q: Pergaduhan tersebut berlaku dan kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah disebabakan terjatuh dari tembok simen yang tinggi dan kepala terhantuk di bucu simen tersebut A: Boleh juga kalau situasinya begitu Pada tahap pemeriksaan semula, SP5 ditanya seperti berikut: Q: Pada pemeriksaan utama, Doktor kata kecederaan pada left forehead manakala abrasion wound pada bahagian belakang. Berdasarkan injuries pada mangsa, adakah possibility seperti yang dicadangkan oleh peguam boleh jadi?
1
1.5 Saksi terakhir pihak Pendakwaan adalah Pegawai Penyiasat (SP8). Hasil siasatan beliau adalah pada tarikh 27.5.2017 jam lebih kurang 7.15 petang, Mangsa (SP4) dan Mohd Hussen (SP1) berada di Kebun Getah, Syarikat Pelandang Kinta Sdn. Bhd. OKT1 dan OKT2 telah datang ke kawasan tersebut menaiki motosikal. OKT1 telah membawa batang besi manakala OKT2 telah membawa cangkul. Mangsa telah dipukul oleh OKT2 di bahagian badan, kepala dan tangan. Barang mangsa telah diambil oleh OKT2 iaitu sebuah telefon bimbit jenis Samsung Note 3, power bank dan wang berjumlah RM1,000/- yang mana OKT2 telah menyerahkan barang tersebut kepada OKT1. OKT2 telah memcahkan tingkap motokar mangsa menggunakan cangkul. Mangsa telah megnalami kecederaan di bahagian kepala, badan dan tangan akibat dipukul oleh OKT2 dengan menggunakan cangkul. Mangsa dan Muhamad Husen (SP1) telah cam OKT1 dan OKT2 dalam kawad cam yang dilakukan.
1
1.6 Pada akhir kes Pendakwaan, saya telah memanggil kedua-dua OKT untuk membela diri. OKT1 merupakan Saksi Pembelaan pertama (SD1). Keterangan beliau adalah pada 27.5.17 jam lebih kurang 7 malam, beliau melihat orang ramai berkumpul di Ladang Sg. Puntar dan berpendapat ada ‘function’ (upacara) yang berlangsung di sana. Semasa beliau sampai di tempat penduduk berkumpul, SD1 mendapati sebuah kereta yang sedang diberhentikan di tempat itu pecah cermin. Keseluruhan cermin kereta tersebut telah pecah. Beliau tidak nampak seorang Cina bernama Koo Kwang Yew (SP4) atau OKT2 di tempat itu. SD1 telah melihat OKT2 di rumah selepas balik dari tempat kejadian. SD1 tidak hadir sekali dengan OKT2 di tempat kejadian Pada tahap Pemeriksaan balas, SD1 menyatakan nama panggilannya bukan Guru tetapi Bucket kerana giginya tinggi sikit dan terkeluar. OKT2 ialah adik kandungnya. Mereka tinggal sekali dalam satu rumah. Sebelum ke tempat kejadian, SD1 berada di rumah bersama isteri, dua orang anaknya dan ibunya. OKT2 tidak ada di rumah ketika itu. Di tempat kejadian, SD1 telah tanya kepada salah seorang yang berada di situ apa terjadi dan dia beritahu ada pergaduhan di situ. SD1 tidak tahu nama orang tersebut. Orang itu bukan penduduk di ladang itu dan datang bekerja di ladang tersebut SD1 kenal mangsa sebelum kejadian ini dan menjumpanya setiap hari. SD1 setuju sebelum kejadian, OKT2 pernah dituduh dan dihukum sebab mangsa ada melapor bahawa OKT2 telah menceroboh ke dalam kawasan ladang itu. Selepas balik ke rumah dari tempat kejadian, OKT2 telah pun berada di rumah. SD1 tidak tanya OKT2 pergi ke mana dan beliau tidak bercakap dengan OKT2. OKT2 telah baru keluar dari penjara waktu itu akibat kes yang mangsa buat lapuran polis. OKT1 tidak setuju dengan cadangan Pendakwaraya bahawa semasa OKT 2 keluar dari penjara, OKT 2 sangat marah dengan mangsa sebab buat dia masuk ke penjara. Sewaktu kejadian rompak dan pukul terhadap mangsa berlaku, SD1 berada di rumah di alamat No E60, Ladang Sungai Puntar, Bedong, Kedah. SD1 tidak setuju dengan cadangan Pendakwaraya bahawa SD1 telah pergi ke ladang itu dengan OKT 2 dan telah bawa batang besi dan OKT2 telah bawa cangkul dan kemudian OKT2 telah memukul mangsa. SD1 juga tidak setuju bahawa OKT2 telah mengambil barang mangsa daripada kereta tersebut dan berikan kepada SD1. Pendakwaraya telah cadangkan OKT2 telah pecahkah cermin kereta dan SD1 teragak-agak untuk menjawap soalan ini. Soalan diulang banyak kali dan akhirnya SD1 setuju. SD1 setuju bahawa bukannya SD1 yang memukul mangsa pada waktu kejadian tetapi OKT2 telah memukul mangsa. Beliau juga setuju mangsa telah cedera akibat dipukul oleh OKT2. SD1 juga menyatakan selepas dipukul, mangsa duduk di sana dan SD1 telah nampak kecederaan dia. SD1 tidak setuju bahawa OKT2 dan beliau telah merompak dan memukul mangsa pada pada 27.5.17 jam lebih kurang 7 malam tetapi beliau setuju OKT2 yang telah merompak dan memukul mangsa. Pada tahap pemeriksaan semula, SD1 menyatakan dia tidak nampak OKT2 memecahkan cermin kereta dan orang yang berkumpul di sana yang memberitahunya.
1
1.7 Saksi pembelaan yang terakhir ialah OKT2 di dalam kes ini. Keterangan beliau adalah pada 27.5.17 jam lebih kurang 7 malam, beliau telah keluar ke kedai untuk membeli rokok. Semasa beliau pergi ke kedai, OKT2 telah jumpa dengan seorang lelaki Cina (SP4) yang melibatkan OKT2 masuk ke penjara. OKT2 nampak sebuah kereta Hilux diberhentikan di jalan tersebut. OKT2 nampak SP4 sedang buat kerja iaitu mengambil air. OKT2 telah tanya dia di mana motosikal OKT2 kerana semasa kejadian yang lepas, mereka yang ambil motosikalnya. Semasa OKT2 pergi tanya di mana motosikalnya, SP4 membuat bising. OKT2 nampak SP4 membawa keluar dari tepi kereta sebilah pisau. Semasa SP4 membawa keluar pisau, OKT2 nampak sebatang kayu di atas tanah dan OKT2 ambil dan pegang. Tempat itu seperti ada tangga, tinggi sedikit. Masa itu ada tiada sesiapa selain SP4 dan OKT2. Oleh kerana dia ambil pisau dan datang ke arah OKT2, dan utk melindungi dirinya, OKT2 mengambil kayu tersebut dan memukul orang Cina itu. Semasa OKT2 memukul lelaki Cina tersebut dia menjerit dan sebelum dipukul pun dia ada menjerit ‘Oi, Oi’. Selepas OKT 2 memukulnya, penduduk kampung datang menolong. Selepas OKT2 memukul orang Cina itu, dia ambil pisau dan lari dari tempat itu ke arah rumah pertama. Rumah itu terletak di jalan hendak masuk ke tempat kejadian, rumah pertama. Orang Cina itu masuk ke dalam rumah itu. Semasa dia lari, OKT2 pun lari mengekori orang Cina tersebut. Orang kampung datang untuk menghalang OKT2 dari memukul lelaki Cina itu. Oleh kerana orang Cina telah masuk ke dalam rumah tersebut, OKT2 tidak memukul dia. OKT2 tidak masuk ke dalam rumah. OKT2 keluar dari kawasan rumah dan pergi ke tempat kereta orang Cina itu. Oleh kerana OKT2 naik marah, OKT2 telah pecahkan cermin kereta tersebut menggunakan sebatang kayu yang beliau ambil dari atas tanah tadi. OKT2 tidak mengambil barang – barang lelaki Cina itu dari dalam kereta tersebut. OKT2 telah ditangkap oleh pihak polis selepas 2 ke 3 hari selepas kejadian. Sejurus selepas kejadian pada 27.5.17, OKT 2 telah balik ke rumah. Semasa di rumah, OKT2 ada jumpa abang beliau (OKT1) saya. OKT2 tidak menceritakan kejadian kepada abangnya. Pada tahap Pemeriksaan balas, Pendawaraya telah bertanya seperti berikut: Q: Abang kamu telah pohon bicara untuk kes ini, berapa kes yang abang kamu telah dituduh untuk kejadian ini? A: Ada satu kes di Gurun untuk pecah kereta dan tiada IC Q: Kes pecah kereta di Gurun, Kumaraguru (OKT1) dituduh? A: Saya dan Kumaraguru Q: Bagi kes pecah kereta Hilux dalam kes ini, abang kamu dihukum utk kes pecah kereta Hilux ini? P1E dirujuk? A: Ya Q: Setuju bahawa abang kamu telah mengaku salah dan dihukum utk kes pecah kereta Hilux? A: Ya Q: Setuju kamu dan abang kamu Kumaraguru telah pergi ke ladang itu pada 27.5.17 jam lebih kurang 7 malam bersama-sama? A: Tidak setuju Q: Setuju bahawa kamu dan abang kamu bersama-sama telah memukul dan samun Koo (SP4)? A: Tidak setuju
2
Isu dan Pendapat (Findings of Fact) 1 Elemen yang perlu dibuktikan terhadap OKT-OKT untuk pertuduhan di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan adalah seperti berikut: (dirujuk juga Pendakwaan Jenayah Di Mahkamah Rendah Edisi Kedua, 2008 oleh YA Teo Say Eng) a) Tertuduh atau seorang yang lain secara bersama atau cuba melakukan rompakan. b) Ketika melakukan rompakan tertuduh atau mana-mana orang lain telah menyebabkan kecederaan. c) Kecederaan tersebut disebabkan dengan sengaja.
2
2.2 SP1 dengan jelasnya telah mengecamkan OKT1 dan OKT2 sebagai orang yang telah datang ke stor iaitu tempat beliau dan SP4 sedang mengisi air. SP1 telah nampak OKT2 membawa cangkul dan OKT1 membawa besi. Pada ketika itu, OKT 1 telah menunjukkan tanda amaran kepada SP1 dan SP1 telah melarikan diri akibat ketakutan. Walaupun SP1 tidak melihat apa yang telah berlaku selepas itu, namun keterangan beliau menyokong keterangan mangsa (SP4) bahawa OKT1 dan OKT2 telah datang bersama ke tempat tersebut dengan memiliki senjata. Mangsa telah alami kecederaan ‘swollen right wrist, two laceration wound left forehead dan longitudial mark left upperback 20cmx1cm and erythematous’ akibat dipukul oleh OKT2. Mengikut keterangan Doktor (SP5), senjata tajam atau senjata tumpul boleh mengakibatkan kecederaan sebegini kepada mangsa. Versi pihak pembelaan adalah kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah disebabkan terjatuh dari tembok simen yang tinggi dan kepala terhantuk di bucu simen tersebut. Doktor menyatakan bahawa keadaan ini boleh juga berlaku kalau situasinya begitu tetapi kebarangkalian ianya berlaku sebegitu adalah rendah. Kecederaan mangsa diakibatkan dengan sengaja kerana OKT2 telah membawa cangkul ke tempat kejadian dan kemudian telah memukul mangsa dengan menggunakan cangkul tersebut. OKT2 juga telah menolak mangsa dari bahagian stor hingga ke bawah dan mangsa telah jatuh ke bahagian lantai pada ketinggian 1 meter. Di dalam kes Public Prosecutor v Cheah Chong Tatt & Anor[2017] MLJU 579, diputuskan seperti berikut: “[94] Intention, being a state of mind, can only be inferred from the act or conduct of an accused from facts or circumstances proven before and after the incident, unless there is an express admission by the accused. [95] Jeffrey Tan J (as his Lordship then was), had in the case of PP v Abdul Razak Dalek [2006] 4 CLJ 129 (HC) referred to a passage from Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes 25th edition on intention. The following extract from the passage concerned is most instructive:- “….. It has been rightly said that the devil himself knows not the thought of man. A man’s intention is a question of fact and it can be gathered from his acts. In deciding the intention of the accused, the court may consider the nature of the weapon used, the part of the body of the victim chosen by the accused for attack, the number of blows administered, the force used by the assailant, etc.”
2
2.3 Saya berpendapat OKT1 mempunyai niat bersama dengan OKT2 dalam melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan ke atas mangsa. Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan: “Each of several persons liable for an act done by all, in like manner as if done by him alone
34
When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone.” Daripada keterangan SP1 dan mangsa, dapat dilihat bahawa OKT1 telah menunggang motosikal dan membawa OKT2 ke tempat kejadian. OKT1 telah membawa senjata iaitu sebatang besi. Dia telah menunjukkan tanda amaran kepada SP1 menggunakan tangan dan SP1 telah melarikan diri. OKT1 juga telah mengejar mangsa menaiki motosikal dan kemudian telah pergi ke kereta mangsa. OKT1 juga telah mengambil barang-barang milik mangsa apabila OKT2 menyerahkan barangan tersebut kepada OKT1. OKT1 telah menerima dan menyimpan barangan tersebut. OKT1 telah berada bersama OKT2 sepanjang waktu kejadian. Oleh yang demikian, niat bersama OKT1 dan OKT2 untuk melakukan rompakan ke atas mangsa dan menyebabkan kecederaan terhadap mangsa telah dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. Perkara yang sama pernah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes MARIAPPAN A/L VALIATHAM V PUBLIC PROSECUTOR [2016] MLJU 1164 dimana dalam alasan pengahakiman telah dinyatakan: “ ii) Common intention [44] SP1 had testified that both the appellant and the other male Indian namely, Viknesparran who was the second accused at the trial before the Sessions Court, had entered the house that day. He was categorical when he said that the second accused whom he described had an infirmity in his hand had stood outside. The specific words he used in respect of the role played by Viknesparan when giving evidence was “sebagai permerhati daripada luar”. [45] From the circumstances of the case as a whole, notwithstanding the word “permerhati” or “observer” used, it was evident and indeed an irresistible inference from the circumstances that the second accused, namely, Viknesparan, had acted as a lookout outside the house in order to facilitate the commission of robbery by the appellant inside the house. [46] SP2 had also testified that while the robbery was being committed, the said Vikknesparan had entered the house and observed what was going on but did not touch him. [47] The second accused at the trial before the Sessions Court also did nothing in order to restrain the appellant from carrying out the robbery in the said house. In any event, with regard to evidence of planning and design, there is established case law to the effect that common intention can also arise on the spur of the moment and at that very instant. [48] There was therefore ample evidence that the both of them had acted with design and in concert with each other to commit the offence and thus evidenced common intention to commit the offence of robbery on the part of both the said second accused and the appellant.” Perkara yang sama juga telah dibincangkan dalam kes terbaru oleh Mahkamah Tinggi iaitu KANNAN A/L SIVARAMAN LWN PENDAKWA RAYA [2017] MLJU 1213 dimana pertuduhan adalah seperti berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 18 Julai 2015, jam lebih kurang 10 malam di Jalan 3/91A Taman Shamelin Dalam Daerah Cheras Dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melakukan Rompak Bersenjatakan 2 Bilah Pisau keatas Ponnusamy a/l Muthiah, No. KPT: 740327-01-6463 dengan mengambil Telefon Bimbit Jenama LeNovo dan Wang Tunai lebih kurang RM500. Oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh diHukum dibawah Seksyen 395/ 397 dan boleh dihukum dibawah Seksyen Yang Sama.” Mahkamah Tinggi dalam kes ini telah memutuskan kedua-dua Perayu (OKT) mempunyai niat bersama melakukan rompakan berkumpulan walaupun Perayu kedua hanya menunggu di bahagian tepi kedai dan datang dan beredar bersama Perayu Pertama adalah cukup untuk menunjukkan niat bersama kedua-dua Perayu. Dalam alasan penghakiman Mahkamah Tinggi telah dinyatakan: “… Sungguhpun dikatakan bahawa Perayu Kedua (terdahulu) yang mengambil wang RM500 dan turut mengenakan pisau kepada (SP1), tetapi kehadiran Perayu dan bersama-sama beredar dari tempat kejadian bersama-sama dengan Perayu terdahulu, jelas menunjukkan Perayu mengetahui perlakuan jenayah yang berlaku. Mahkamah ini ingin merujuk kepada kes yang dikemukakan oleh pihak peguam: Tan Boon Teck v. Public Prosecutor (1949)1 MLRH 599,; (1950) 16 MLJ 44, Laville J menyatakan bahawa: “..........mere juxta position is not enough to constitute possession. There must be something more, a nexus that establishes in the accused a power of controlling the thing said to be possessed..........the word “knowingly in sec. 39(i)(e), as I have said, is redundant as far as mere possession is concerned, for there can be no criminal possession without the consciousness of the fact of possession........ [26] Sekiranya dikatakan bahawa Perayu tiada mengetahui apa yang berlaku dan dilakukan oleh Perayu terdahulu, persoalannya, mengapakah Perayu berada ditepi peti sejuk dalam kedai tersebut?? Mengapakah Perayu perlu menunggu Perayu terdahulu sebelum berlepas dari tempat kejadian?? Pada hemat saya semestinya ujud kaitan yang sangat rapat diantara Perayu terdahulu dengan tindakan Perayu membawa kereta ketempat kejadian tersebut. Dalam kes Public Prosecutor v. Azilah bin Hadri & Anor (2015) 1 MLJ 617 (FC) yang menerangkan mengenai Seksyen 34 Kanun Keseksaan dimukasurat 649 menyatakan: “.....(98) Section 34 of the Penal code provides that when a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act was done by him alone. The Supreme Court in (1) Namasiyiam (2) Rajindran (3) Goh Chin Peng, and (4) Ng Ah Kiat v. Public Prosecutor (1987) 2 MLJ 336 at page 344 observed that: In law, common intention requires a prior meeting of the minds and presupposes some prior concert. Proof of holding the same intention or of sharing some other intention, is not enough. There must be proved either by direct or by circumstantial evidence that there was (a) a common intention to commit the very offence of which the accused persons are sought to be convicted and (b) participation in the commission of the intended offence in furtherance of that common intention. Where the prosecutions case rest on circumstantial evidence, the circumstances which are proved must be such as necessarily lead only to that inference. Direct evidence of a prior plan to commit an offence is not necessary in every case because common intention may develop on the spot and without any long interval of time between it and the doing of the act may be inferred from the facts and circumstances of the case and the conduct of the accused (The Supreme Court of India on Criminal Law 1950 - 1960 by JK Soonavala at page 188-193)
99
It is trite that when Section 34 of the Penal code is alluded to in a charge for murder, there is no requirement to prove who actually or ultimately caused the death of the deceased(Ong Chee Hoe & Anor v. Public Prosecutor (1999) 4 SLR 688). In that case the court opined, In any case, the effect of invoking Section 34 made it unnecessary to determine who exactly the actual doer or the offence in question was. In the Privy Council decision of Barenda Kumar Ghosh v. Emperor AIR 1925 PC 1, the court stated: Section 34 deals with the doing of separate acts, similar or diverse, by several persons, but if all are done in furtherance of a common intention, each person is liable for the result of them all, as if he had done them himself........... Berdasarkan kepada tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Perayu terdahulu dan tatakelakuan Perayu yang menunggu ditepi peti ais dikedai tersebut bagi melihat dan mempastikan tiada orang lain berada ditempat kejadian dan bersama-sama melarikan diri dengan Perayu terdahulu sejurus selepas kejadian rompakan berlaku, pada hemat saya, Perayu sebenarnya mempunyai Niat Bersama dalam melakukan Rompakan Berkumpulan dan Bersenjata tersebut…” Oleh itu, saya berpendapat OKT1 memunyai niat bersama (common intention) dengan OKT 2 di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan.
2
2.4 Keterangan pihak OKT1 adalah satu penafian semata-mata. Beliau mengatakan dia tidak berada di tempat kejadian sewaktu kejadian telah berlaku. Apabila dia melihat orang kampung berkumpul di suatu tempat, dia telah pergi ke sana dan mendapat tahu dari orang kampung bahawa OKT2 telah memecahkan cermin kereta mangsa. Pada masa itu dia tidak nampak mangsa atau OKT2 di situ. Selepas dia balik ke rumah, OKT2 telah pun berada di rumah tetapi OKT1 tidak bertanyakan apa-apa kepada OKT2. Saya berpendapat adalah agak mustahil untuk seseorang tidak bertanyakan adiknya (OKT2) mengenai sesuatu insiden yang serius apabila dia baru mendapat tahu mengenai insiden tersebut dari orang kampung. OKT1 juga tidak memberi apa-apa Notis Alibi untuk memaklumkan kepada Mahkamah bahawa beliau berada di rumah semasa kejadian telah berlaku. A-Sila taip ms 7, 8, 9 dan 10 Pada peringkat pemeriksaan balas, OKT1 maklum bahawa apabila dia melihat orang kampung berkumpul di tempat kejadian, dia telah melihat mangsa yang telah alami kecederaan di situ. Keterangan beliau bercanggah dengan keterangannya semasa pemeriksaan utama apabila beliau menyatakan dia tidak nampak mangsa apabila beliau sampai di tempat penduduk kampung berkumpul. B-Sila taip ms 16 Di dalam kes D.A Duncan v. PP [1980] 2 MLJ 195 dinyatakan: “The defence was, in effect a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant”. Di dalam kes Tan Hon Tong [1993] 3 CLJ 232 dinyatakan :- “Kes pembela adalah satu penidakan semata-mata (a bare denial) yang mana segi undang-undang tidak boleh diterima sebagai satu pembelaan yang membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan”. .
2
2.5 OKT2 pula mengaku bahawa beliau telah memukul mangsa dengan sebatang kayu dan juga telah memecahkan cermin kereta mangsa dengan sebatang kayu juga. Senjata yang digunakan untuk mencederakan mangsa tidak dijumpai tetapi mengikut keterangan Doktor (SP5) dan juga lapuran perubatan yang disediakan, saya berpendapat kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah konsisten dengan senjata seperti yang diterangkan oleh SP1 dan mangsa.
2
2.6 OKT2 telah beri keterangan bahawa OKT1 tidak berada di tempat kejadian dan hanya beliau seorang telah memukul mangsa dan pecahkan cermin keretanya. Akan tetapi pada peringkat pemeriksaan balas oleh pihak Pendakwaraya, OKT2 telah setuju bahawa OKT1 telah mengaku salah di Mahkamah Majistret Gurun, Kedah untuk kesalahan memecahkan cermin kereta mangsa.
2
2.7 Pembelaan OKT1 dan OKT2 adalah suatu afterthought yang tidak pernah dikemukakan semasa peringkat kes pendakwaan. Pihak pembelaan tidak pernah membangkitkan isu berikut: a) OKT1 tidak berada di tempat kejadian semasa kejadian berlaku b) OKT2 menyatakan kejadian berlaku diantara jam 4 petang hingga 5 petang dan tidak berlaku seperti di dalam pertuduhan iaitu pada jam 7.00 malam c) OKT2 juga telah menyatakan dia telah nampak mangsa dan pergi kepadanya untuk bertanyakan berkenaan motosikal adiknya yang diambil oleh mangsa. Perkara-perkara di atas merupakan suatu afterthought dan tidak dapat dipercayai. Di dalam kes Muhammad Faizal bin Dzulkifli v Public Prosecutor [2017] MLJU 4, Mahkamah Rayuan telah memutuskan: “[34] So, an afterthought defence is a defence that smacks of a recent invention on the part of an accused person. It is a defence that was never revealed during investigation, nor confronted to the relevant prosecution witnesses during their cross-examination in the prosecution stage. Such being its nature, it is quite incapable, or difficulty of belief. Indeed, it arouses suspicion as to its veracity....” Juga di dalam kes Alcontara A/L Ambross Anthony v Public Prosecutor [1996] 1 MLJ 209, Mahkamah Persekutuan telah menjelaskan bahawa: “Speaking generally, in a criminal trial, the whole point and purpose of the defence having to put its case to such of the prosecution witnesses as might be in a position to admit or deny it, is to enable the prosecution to check on whether an accused's version of the facts is true or false, and thus avoid the adverse comment, that the defence is a recent invention — in other words, 'kept up its sleeve', as it were — and revealed for the first time when the accused makes his defence from the witness box or the dock, thus detracting from the weight to be accorded to the defence. However, failure on the part of the defence to put its case, as aforesaid, can never, by itself, relieve the prosecution of its duty of establishing the charge against the accused beyond any reasonable doubt.” Saya telah meneliti keterangan OKT1 dan OKT2 dan mendapati keterangan mereka langsung tidak dapat dipercayai.
3
Alasan
3
3.1 Di dalam kes Mahadzir bin Yusof & Anor v Public Prosecutor [2011] 1 MLJ 297, Mahkamah menyatakan “It is settled law that the duty of accused person at the defence's case is merely to cast a reasonable doubt on the prosecution's case. Saya berpendapat, pihak Pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes Pendakwaan. Dalam menjatuhkan hukuman ke atas OKT 1 dan OKT 2, saya telah mengambil kira beberapa faktor seperti berikut:
a
(A) Latarbelakang OKT1 dan OKT 2 telah datang mencari mangsa di tempat kerjanya dengan bersenjatakan cangkul dan batang besi dan telah menyebabkan kecederaan serius keatas mangsa dan juga telah merompak barang kepunyaannya.
b
(B) Faktor Kepentingan Awam Di dalam kes Public Prosecutor v. Amir Hamzah bin Amir Mydin (2003) 3 AMR 626 di muka surat 635 di mana Hakim Augustine Paul (as he then was) berkata (dengan izin) :- “Dalam memilih hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukan perkara yang utama yang saya perlu pertimbangkan adalah soal kepentingan awam dan penekanan utama adalah melunaskan kepentingan awam (lihat R v Ball Cr App R 164). Sebarang hukuman yang dijatuhkan mestilah dineracai dengan membuat imbangan antara keperluan kepentingan awam dan kehendak seseorang pesalah. Undang-undang jenayah ditegakkan bertujuan bukan sahaja untuk menghukum pesalah yang melanggar ketetapan undang-undang tetapi juga berhasrat untuk menghalang pelanggaran undang-undang dari terus berlaku. Mudah-mudahan masyarakat secara amnya tidak tergerak hati melakukan kesalahan yang sama atau apa jua kesalahan lain setelah memikirkan natijah yang bakal diterima akibat pelanggaran sedemikian.” Oleh yang demikian, hukuman berbentuk pencegahan atau ‘deterence’ adalah merupakan asas utama yang digunakan dalam menjatuhkan hukuman bagi kes ini. C) Faktor-Faktor Lain. Di dalam kes Public Prosecutor v. Mohd. Azmi bin Ja’afar (2003) 2 MLJ 189, Hakim Jeffrey Tan telah berkata (dengan izin) :- “It is definitely not in the public interest to be lenient and merciful in the present case. The accused may be a first offender. The accused may have saved much judicial time. Yet due weight must be given to the fact that the accused had committed a most serious offence. And in the opinion of the court, the right and proper sentence was imprisonment for a term of eight years with effect from the date of arrest and ten strokes of the rotan (see p 192E). ” Seterusnya untuk menentukan hukuman tersebut, prinsip-prinsip berkaitan dengan menjatuhkan hukuman harus dilihat. Mahkamah Agung dalam kes Mohd Abdullah Ang Swee Kang v Pendakwa Raya (1987) 2 CLJ 405 di mukasurat 410 ke arah maksud ini telah menetapkan prinsip-prinsip berikut:- 1) Graviti kesalahan tersebut. Sekiranya tiada hukuman setimpal dijatuhkan ianya akan berulang; 2) Cara kesalahan dilakukan; 3) Kehadiran faktor-faktor mitigasi; 4) Bandingan hukuman dalam kes-kes yang telah diputuskan untuk kesalahan yang sama. Hukuman yang diperuntukkan dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan ialah hukuman penjara yang tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan rotan. Saya telah mengambil kira semua faktor seperti yang dibincang diatas dan telah mengenakan hukuman penjara tiga belas (13) tahun dari tarikh hukuman dan enam (6) sebatan rotan. Berdasarkan alasan seperti yang dikemukakan di atas, saya berpendapat bahawa prinsip pencegahan dan kepentingan awam yang menjadi pertimbangan saya dalam menjatukan hukuman yang tersebut adalah wajar serta bersesuaian dengan fakta kes ini apabila dipertimbangkan secara keseluruhan. Saya juga telah mengenakan hukuman yang sama keatas kedua-dua OKT kerana walaupun OKT2 yang telah menyebabkan kecederaan keatas mangsa, namun OKT1 telah mempunyai ‘common intention’ seperti yang telah dibincangkan tadi. Oleh yang demikian, saya berpendapat hukuman yang dikenakan keatas OKT1 haruslah sama dengan hukuman yang dikenakan keatas OKT2. Bertarikh pada 10 September, 2018 (PRISCILLA HEMAMALINI NADARAJAN) HAKIM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (2) SUNGAI PETANI KEDAH
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.