kes Pemunya Kargo Atas Kapal ‘Istana Vi’ V Pemilik Kapal Atau Vesel ‘Filma Satu’ Dari Pelabuhan Jakarta Indonesia And Other Actions [2011] 7 MLJ 145, Nallini Pathmanathan J memutuskan – “(6) ...The fact that there was no delivery order in existence did not alter the fact that the cargo was released to Mewah...”. [32] Berkenaan dengan isu pembayaran yang telah dibayar oleh Perayu (Defendan) kepada Responden (Plaintif) adalah suatu kesilapan/kekhilafan di pihak Perayu (Defendan), Mahkamah ini memutuskan “pengakuan” Defendan (Perayu) tidak wajar ditimpakan kepada Responden (Plaintif). [33] Sebagai sebuah syarikat yang dihadkan oleh syer dan jenis perniagaan ialah construction, project management, building and civil engineering contractors, & general trading, sudah pasti projek yang diperoleh Perayu (Defendan) bukanlah suatu projek pertamanya. Bab pembayaran dalam apa-apa amaun sama ada besar atau kecil terletak di pihak pembayar iaitu Perayu (Defendan). [34] Mahkamah mendapati “pengakuan” Perayu (Defendan) bahawa tersilap bayar dinyatakan oleh salah seorang pengarah Perayu (Defendan). Tiada apa-apa dokumen kewangan di pihak Perayu (Defendan) dilampirkan dalam afidavitnya untuk mensahkan berlakunya kesilapan/kekhilafan pembayaran. [35] Peguam cara Responden (Plaintif) menangkis pernyataan Perayu (Defendan) dengan memetik keputusan dalam kes – • Galvapole Industries Sdn Bhd (supra), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di mana Y.A Liza Chan Sow Keng JC (Y.A ketika itu) memutuskan – “Adalah mustahil bagi sesebuah syarikat untuk membenarkan sejumlah wang yang besar dikeluarkan tanpa semakan yang telus dan teliti dibuat dan sekiranya benar pembayaran oleh Perayu ini telah tersalah seperti yang didakwa.”. • Giga Engineering & Construction Sdn Bhd v. Hercules Structural Systems Sdn Bhd [2021] MLJU 1882, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di mana Mohd Arief Emran Arifin JC (Y.A ketika itu) memutuskan – “ …Court finds that even the final part payment was made after the Plaintiff’s letter of demand dated 13.11.2017. Then there was a cessation of the payment. As such, this Court finds that the Defendant’s denial on the outstanding sum is a bare denial and an afterthought. The denial goes against the contemporaneous documents adduced before this Court and the conduct of the Defendant at the material time. Apparently, in a previous suit instituted by the Plaintiff against the Defendant, Yeoh Wee Siam J (as her Ladyship then was) in Rainbow Enterprise Co. Ltd v. Yamud Enterprise Sdn Bhd [2015] 1 LNS 692 held: “It is to be noted the Defendant had been making part payments to the Plaintiff for the used vehicles received by the Defendant (see Statement of Accounts in exh. DK-3 and DK-7). As pointed out by learned Counsel for the Plaintiff, in fact, the Defendant made 7 further part payments from the date of service of the Writ on 8.12.2014 on the Defendant until the last day of payment on 2.3.2015. The outstanding sum due and owing as at 18.6.2015 is ¥216,179,993.00 Japanese Yen. In the present case, as submitted by learned Counsel for the Plaintiff, the Defendant continued to make part payment to the Plaintiff If there was any complaint against the Plaintiff in relation to the Invoices and Bills of Lading, such complaint would have been made at the outset, and no part payment would be made by the Defendant until the issue is resolved. At the very least, the Defendant could have placed it on record that part payment was made under protest. In the absence of any documentaryproof of the same, it is highly probable that the Defendant’s Defence has no merits and is a sham defence raised to avoid liability. From the entire circumstances of the case and the evidence adduced, this Court finds the Defendant has failed to satisfy the Court of a fair or reasonable probability of a real or bona fide issue defence. The issues raised by the Defendant are equivocal, lacking in precision and inconsistent with undisputed contemporaneous documents. The issues raised herein are devoid of merits and must be rejected outright. The Defendant cannot be allowed to raise so called triable issues in the face of their admission in the form of part payment being made earlier and their failure to protest at the first available opportunity against the Plaintiff’s claim as endorsed by all the relevant contemporaneous documents.”. [36] Pembayaran yang dibuat oleh Perayu (Defendan) kepada Responden (Plaintif) adalah bagi pembayaran barang binaan yang telah dibekalkan dan dihantarserah oleh Responden (Plaintif) mengikut terma yang dipersetujui oleh pihak-pihak. Mahkamah ini mendapati lokasi tapak projek dan alamat pejabat pihak-pihak bukanlah menghalang pihak-pihak khususnya Perayu (Defendan) untuk turun ke tapak melihat sendiri bahan binaan yang dipesan daripada Responden (Plaintif) telah dihantar atau tidak? Mengapa Perayu (Defendan) bergantung harap kepada seorang sahaja iaitu pengurus projek iaitu Encik Muhammad Ali Paiman? [37] Jika “the sole verification” mengenai penerimaan barang binaan ialah kepada pernyataan pengurus projek iaitu Encik Muhammad Ali Paiman, maka dalam pembelaan dan afidavit membantah penghakiman terus ada menunjukkan kronologi nyata dan jelas daripada pengurus projek mengenai ketidakterimaan barang binaan yang dipesan daripada Responden (Plaintif). [38] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam cara Responden (Plaintif) terpelajar bahawa bukan menjadi tanggungjawab Responden (Plaintif) untuk memastikan bahawa Perayu (Defendan) telah menyemak dengan pengurus projek Encik Muhammad Ali Paiman sebelum pembayaran dibuat dan kegagalan, kecuaian dan/atau keengganan Perayu (Defendan) berbuat demikian tidak boleh diletakkan di atas bahu Responden (Plaintif). [39] Peguam cara Responden (Plaintif) terpelajar menghujahkan mengenai isu percanggahan tarikh penerimaan wang RM10,000.00 pada ekshibit KHA3 dan Pernyataan Tuntutan, kesilapan catatan tarikh yang dinyatakan oleh Perayu (Defendan) ialah tarikh penerimaan wang RM10,000.00 iaitu pada Pernyataan Tuntutan dan Afidavit Balasan Perayu (Defendan) menyatakan pembayaran adalah pada 8-12-2020, walau bagaimanapun pada eksibit KHA3 yang dikemukakan, tarikh yang tertera adalah 30-12-2020, kesilapan ini adalah merupakan kesilapan pihak Responden (Plaintif) sendiri human error, innocence mistake dan bona fide error. Tiada percanggahan dari segi amaun iaitu RM10,000.00 yang dibayar oleh Perayu (Defendan). [40] Dalam kes Mahkamah Tinggi, Mohd Shafiee Bin Arshad & Anor V District Officer Sibu [2021] MLJU 487 Mahkamah memutuskan – “[28] In addition, this Court is also aided by O.1A of the ROC which provides that regard shall be to justice. An irregularity shall not render the proceedings, any step taken in proceedings, or any documents, judgment or order therein. The Court should treat the rules as a procedural code and subject to the overriding objective of enabling the Court to deal with cases justly. [29] Mohtar Abdullah FCJ (as he was then) made observation in the case of Megat Najmuddin bin Dato’ Seri (Dr) Megat Khas v Bank Bumiputra (M) Bhd [2002] 1 MLJ 385 that – ‘A judge should not be so besotted by the rules that his sense of justice and fairness becomes impaired because of his blithered fixation on technicalities of the rules and the cold letter of the law’. [41] Mahkamah ini mendapati percanggahan pembayaran yang dikatakan oleh Perayu (Defendan) tidak menjejaskan keseluruhan tuntutan Plaintif untuk memperoleh penghakiman terus. Kesahihan bahawa Responden (Plaintif) ada menerima pembayaran lanjut daripada Perayu (Defendan) tidak boleh dipertikaikan. [42] Selepas meneliti dan menganalisa alasan penghakiman PN HMS yang bijaksana, Mahkamah ini memutuskan bahawa penemuan fakta material dan pemakaian undang-undang ke atas fakta adalah tidak khilaf. [43] Pn HMS yang bijaksana telah mengaplikasikan prinsip perundangan yang benar (correct application of trite law) dalam mencapai keputusannya bagi penghakiman terus. [44] Nas undang-undang kes yang dipetik dan dirujuk oleh peguam cara Perayu (Defendan) aiaitu kes Koh Siak Poo v. Perkayuan OKS Sdn Bhd & Ors [1989] 3 MLJ 164 [TAG-A] keputusan Supreme Court; Enco Systems Sdn Bhd v Soon Hin Hardware Sdn Bhd (2009) 9 CLJ 218; Ng Hee Thoong & Anor v. Public Bank Sdn Bhd [1955] 1 CLJ 609; dan Wong Nget Thau & Anor v Tay Choo Foo [1994] 4 CLJ 617, adalah berpandukan kepada peruntukan undang-undang di bawah O. 14. [45] Mahkamah ini dalam pendengaran semula kes ini melalui rayuan, bersetuju dengan pendapat dan keputusan Pn HMS yang bijaksana bahawa isu yang dibangkitkan oleh Perayu (Defendan) adalah suatu afterthought untuk mengelak daripada bertanggungan kepada tuntutan Responden (Plaintif). [46] Walaupun Perayu (Defendan) membangkitkan isu mengenai ketidakterimaan barang binaan, kesilapan pembayaran, dan keperluan untuk memanggil pengurus projek, Mahkamah ini mensahkan keputusan Pn HMS yang bijaksana bahawa isu tersebut adalah non-issues. [47] Tuntutan Responden (Plaintif) terhadap Perayu (Defendan) adalah suatu tuntutan yang jelas dan terang untuk mengaplikasikan penghakiman terus dan muktamad dimasukkan terhadap Perayu (Defendan). [48] Pendengaran tuntutan Responden (Plaintif) terhadap Perayu (Defendan) melalui perbicaraan penuh adalah suatu pembaziran dari segi masa, tenaga dan kos Mahkamah. Kesimpulan [49] Berdasarkan alasan yang dinyatakan, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak rayuan Perayu (Defendan) dengan kos. [50] Penghakiman saya memutuskan bahawa keputusan Pn HMS yang bijaksana adalah tidak khilaf. Beliau membuat keputusan dengan menurut lunas undang-undang. [51] Pada peringkat rayuan di hadapan Mahkamah ini, saya telah menjalankan appellate role. Oleh itu, Mahkamah ini would slow to interfere with findings of facts. The findings and interpretation of the law by the learned Sessions Court judge are correct. Bertarikh: 16 Julai 2023. ( Rozi binti Bainon ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam (NCvC12) Peguam cara: Bagi Perayu (Defendan): Heather Marie Anthony Tetuan Zaidi & Partners, Petaling Jaya Bagi Responden (Plaintif): Suzanawati binti Ismail Tetuan Suzana Ismail & Partners, Shah Alam