Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-21NCvC-92-12/2022 ANTARA TUNJIAH BINTI HASSAN (No. K/P: 620102-10-7376) − PLAINTIF
BA-21NCvC-92-12/2022
High Court of Malaysia27 Mar 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“zakan dengan kes semasa. Mahkamah Tinggi dalam kes How Kem Chem memutuskan seperti berikut: “[85] Therefore, based on the English common law on trespass which is applicable in Malaysia based on the Civil Law Act 1956 (Revised 1972) (Act 67) which provides for the reception of the principles of the English common law un”
“tanian. [73] Peguam cara terpelajar Plaintif menghujahkan bahawa Plaintif berhak kepada ganti rugi yang berikut: “Exemplary Damages 67. The Plaintiff’s rights are protected by Article 13(1) of the Federal Constitution. In fact, Section 44 (1) of the National Land Code47 had also makes it clear that a registered proprie”
“guam cara terpelajar Plaintif ialah − “16. As the registered proprietor, the Plaintiff is statutorily entitled by virtue of Article 13 of the Federal Constitution7 as well as Section 44(1)(a) of the National Land Code 19658 to the exclusive use and enjoyment of the said Land. Without a doubt, the protection of such a r”
“lang oleh doktrin of laches. Maka adalah dihujahkan bahawa tuntutan Gantirugi Teladan ini juga seharusnya ditolak dengan kos. 86. Dalam kes Ng Chooi Aw and Anor v. Eng Ah Jam @ Ng Kim Piau and Anor [2008] MLJU 210 Mahkamah memutuskan seperti berikut: “As regards, to the Appellants' claim for exemplary damages I refused”
“e wrongdoing or the manner or circumstances in which it was committed particularly appalling’. 91. Merujuk kes Mohammad Shafiq Dollah lwn Sarjan Mejar Abdul Manaf Jusoh & yang lain dan satu kes lagi [2012] MLJU 1793 Mahkamah di dalam kes ini telah mengawadkan gantirugi teladan dan kepada Plaintif atas sebab-sebab berik”
“dia nak beri sebelum itu tapi pindah milik dibuat, dapat geran itu 2010.”. [53] Peguam cara terpelajar Plaintif merujuk kepada keputusan kes How Kem Chin v. L&L Glass Aluminium Trading Sdn Bhd & Ors [2016] MLJU 180710 di mana Mahkamah memakai Penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Sin Heap Lee– Marubeni Sdn Bhd v Yip Sh”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-21NCvC-92-12/2022 ANTARA TUNJIAH BINTI HASSAN (No. K/P: 620102-10-7376) − PLAINTIF
1
PENGARAH KESIHATAN NEGERI
2
KETUA PENGARAH KESIHATAN
3
KERAJAAN MALAYSIA − DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Plaintif iaitu tuanpunya tanah, pemilik berdaftar dan mempunyai kepentingan ke atas hartanah yang dipegang di bawah No. Hakmilik PM 695, Lot 5698, Mukim Labu, Tempat Tepi Sg. Labu, Daerah Sepang, Negeri Selangor Darul Ehsan (“Hartanah”). [2] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan ialah mengenai tindakan Defendan-Defendan, yang tanpa kebenaran dan/atau keizinan membina dan/atau mentadbir dan/atau mengoperasi sebuah klinik desa 22/06/2024 21:32:03 BA-21NCvC-92-12/2022 Kand. 68 iaitu Klinik Desa Kampung Giching yang beroperasi memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitarnya di atas Hartanah tersebut. [3] Maka suatu tindakan undang-undang diambil terhadap Defendan-Defendan di Mahkamah Tinggi ini bagi relief dan perintah yang berikut:
a
untuk menghalang Defendan-Defendan daripada terus memasuki dan menceroboh Hartanah tersebut atau mana-mana bahagian Hartanah tersebut.
b
Defendan-Defendan dikehendaki mengeluarkan struktur Klinik Desa Kampung Giching dari Hartanah tersebut dan memulihkan /mengembalikan Hartanah tersebut seperti asal (“restore the land”) dalam masa 3 bulan dari tarikh Penghakiman ini.
c
secara alternatifnya, Plaintif menuntut ganti rugi untuk menggantikan perintah di perenggan (b) di atas sebanyak RM1,823,700.00 yang dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif untuk merangkumi perkara yang berikut: i. sebagai nilai sewa tapak Hartanah tersebut dikira dari bulan Januari 2002 sehingga April 2023 yang berjumlah RM1,485,000.00. ii. sebagai tuntutan ke atas kos pembersihan tapak yang diceroboh secara total termasuklah untuk merobohkan segala struktur yang ada yang berjumlah sebanyak RM111,000.00. iii. sebagai penafian hak penggunaan tanah dikira dari bulan Januari 2002 sehingga April 2023 yang berjumlah sebanyak RM177,000.00. iv. sebagai tuntutan ke atas kos pengendalian tuntutan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada hal berkaitan pengurusan tanah serta yuran penilaian yang berjumlah RM50,700.00.
d
Ganti rugi kehilangan pendapatan masa hadapan dan/atau hasil yang Plaintif sepatutnya dapat terima daripada pengusahaan pertanian di atas Hartanah tersebut dikira dari tahun 2021 dan berterusan sehingga pencerobohan ditamatkan beserta faedah jumlah kadar sewaan sebanyak 5% setahun.
e
Ganti rugi teladan di atas pencerobohan yang dilakukan oleh Defendan-Defendan ke atas Hartanah tersebut.
f
suatu perintah bahawa Defendan-Defendan berliabiliti terhadap pencerobohan dan kerosakan terhadap Hartanah tersebut.
g
tindakan Defendan-Defendan menceroboh Hartanah tersebut tanpa sebarang sebab diiktiraf atau dibenarkan undang-undang adalah terjumlah kepada “conversion and detinue” yang mewajarkan ganti rugi diberikan kepada Plaintif.
h
faedah pra-penghakiman pada kadar 8% setahun ke atas jumlah Penghakiman dari tarikh pemfailan tindakan ini sehingga tarikh Penghakiman selaras dengan seksyen 11 Akta Undang-Undang Sivil 1956.
i
faedah pasca-penghakiman pada kadar 8% setahun ke atas jumlah Penghakiman dari tarikh Penghakiman ini sehingga penyelesaian penuh jumlah Penghakiman.
j
kos.
k
relief seterusnya dan selainnya yang dianggap sesuai dan wajar oleh Mahkamah ini. [4] Sejurus sebelum perbicaraan penuh bermula, peguam-peguam ingin berjumpa dengan Pesuruhjaya Kehakiman bagi tujuan jika kes/tindakan dapat diselesaikan secara aman di luar Mahkamah. Menurut peguam cara terpelajar Plaintif, Pn Tunjiah binti Hassan (Plaintif) hanya ingin mendapatkan ganti rugi kewangan sebagai “berapa-berapa sahaja” dan dengan itu beliau tidak perlu melalui “kesusahan” dalam perbicaraan penuh. Manakala, Peguam Kanan Persekutuan tidak dapat bersetuju dengan jumlah ganti rugi yang dituntut oleh Plaintif dan menyatakan bahawa Defendan-Defendan telah menetapkan bagi pengambilan tanah Plaintif menurut proses dan tatacara undang-undang. Maka, perbicaraan penuh diteruskan oleh Mahkamah Tinggi ini di mana Plaintif ada 2 orang saksi dan Defendan-Defendan ada 4 orang saksi. Fakta yang Dipersetujui yang difailkan oleh Defendan-Defendan: [5] Defendan Pertama merupakan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan dan merupakan entiti yang boleh menyaman dan disaman menurut Akta Prosiding Kerajaan 1956 yang mempunyai alamat penyampaian di Tingkat 9, 10, 11, 14, 17 & 18, No 1 Wisma Sunway, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C 9/C, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. [6] Defendan Kedua merupakan Kementerian Kesihatan Malaysia dan merupakan entiti yang boleh menyaman dan disaman menurut Akta Prosiding Kerajaan 1956 yang mempunyai alamat penyampaian di Aras 11, Blok E7, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya. [7] Defendan Ketiga adalah Kerajaan Malaysia dan merupakan entity yang boleh menyaman dan disaman menurut Akta Prosiding Kerajaan 1956 yang mempunyai alamat penyampaian di Jabatan Peguam Negara, Bahagian Guaman, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya. Defendan Ketiga adalah pada semua masa yang material bertanggungjawab dalam pentadbiran Defendan Pertama dan Defendan Kedua. [8] Sebuah klinik desa iaitu Klinik Desa Kampung Giching telah dibina, dioperasi dan ditadbir di atas Lot 5698, PM 695 Mukim Labu. [9] Defendan-Defendan telah menerima Notis Tuntutan bertarikh 9/9/2021 daripada peguam cara Plaintif. Ringkasan Kes Kes Plaintif−Sebagaimanana Lampiran 18 yang difailkan vide eFiling dan ditanda sebagai “E1”: [10] Plaintif adalah seorang individu yang mempunyai alamat kediaman di Lot 805, Jalan Sempadan, Kampung Bukit Bangkong, 43950 Sungai Pelek, Selangor Darul Ehsan. [11] Plaintif merupakan tuanpunya tanah, pemilik berdaftar dan mempunyai kepentingan ke atas hartanah yang dipegang di bawah No. Hakmilik PM 695, Lot 5698, Mukim Labu, Tempat Tepi Sg. Labu, Daerah Sepang, Negeri Selangor Darul Ehsan (“Hartanah”). [12] Defendan-Defendan telah tanpa kebenaran dan/atau keizinan Plaintif membina dan/atau mentadbir dan/atau mengoperasi sebuah klinik desa iaitu Klinik Desa Kampung Giching yang beroperasi memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitarnya di atas Hartanah tersebut. [13] Defendan-Defendan telah menceroboh hartanah tersebut dalam jangka yang lama tanpa mendapat kebenaran dan/atau keizinan daripada Plaintif sebagai tuanpunya hartanah tersebut bagi kegunaan tapak Klinik Desa Kampung Giching yang telah pun diduduki dan beroperasi. [14] Plaintif percaya pembinaan dan pengoperasian Klinik Desa Kampung Giching oleh Defendan-Defendan di atas Hartanah tersebut adalah dijalankan tanpa kebenaran dan/atau keizinan daripada Plaintif sehingga menyebabkan perubahan fizikal kekal adalah jelas suatu bentuk pencerobohan (“trespass”) dan/atau kacau ganggu (“encroachment”) yang mana butir-butir lanjut adalah dalam pengetahuan penuh Defendan-Defendan. [15] Dengan itu, Plaintif melalui peguam caranya Tetuan Abu Zahar, Syed Mohd Fuad & Partners (“peguam cara Plaintif”) telah menghantar Notis Tuntutan bertarikh 12/01/2021 kepada Klinik Desa Kampung Giching (“Notis Tuntutan Pertama Plaintif”) supaya memberhentikan pencerobohan yang dilakukan oleh Defendan Pertama ke atas Hartanah tersebut dengan merobohkan dan/atau mengalihkan segala binaan di atas Hartanah tersebut dalam masa yang ditetapkan. [16] Walau bagaimanapun, Defendan-Defendan telah gagal dan/atau enggan dan/atau abai untuk memberikan sebarang maklum balas berhubung Notis Tuntutan Pertama Plaintif tersebut. [17] Seterusnya, peguamcara Plaintif telah sekali lagi menghantar Notis Tuntutan bertarikh 9/9/2021 kepada Defendan-Defendan (“Notis Tuntutan Kedua Plaintif”) memandangkan tiada sebarang maklum balas yang diberikan oleh Defendan-Defendan terhadap Notis Tuntutan Pertama Plaintif tersebut. [18] Walau bagaimanapun, Defendan-Defendan masih tetap gagal dan/atau enggan dan/atau abai untuk memberikan sebarang maklum balas berhubung Notis Tuntutan Kedua Plaintif tersebut mahupun untuk memperbetulkan pencerobohan yang telah dilakukan termasuk untuk mengeluarkan segala binaan tapak Defendan Pertama atas Hartanah tersebut dan/atau untuk membayar ganti rugi kepada Plaintif bagi kerosakan yang telah dilakukan ke atas hartanah tersebut. [19] Akibat daripada perkara-perkara yang dinyatakan di atas, Plaintif menyatakan bahawa Plaintif tidak dapat mengusahakan Hartanah tersebut yang merupakan satu tanah pertanian dan/atau menggunakan Hartanah tersebut untuk apa tujuan sekalipun. Justeru, telah mengalami kerugian yang besar disebabkan oleh pencerobohan yang dilakukan oleh Defendan-Defendan tersebut yang mana tuntutan Plaintif ini adalah diasaskan. Kes Defendan-Defendan−Sebagaimanana Lampiran 34 yang difailkan vide eFiling dan ditanda sebagai “E2”: [20] Melalui surat bertarikh 6-9-2001, Pejabat Kesihatan Daerah Sepang memohon kepada Pejabat Daerah/Tanah Sepang untuk diberikan tapak baharu bagi pembinaan Klinik Desa Kampung Giching (untuk dinaiktaraf dari rumah bidan kepada klinik desa) kerana tapak tanah sedia ada tidak mencukupi untuk dinaikkan taraf kepada klinik desa. Kawasan tanah yang diperlukan ialah seluas 1 ekar dan tapak yang dipohon telah ditandakan dan dilampirkan. [21] Melalui surat bertarikh 6-9-2001, Pejabat Kesihatan Daerah Sepang memohon kepada Pejabat Daerah/Tanah Sepang untuk diberikan tapak baharu bagi pembinaan Klinik Desa Kampung Giching (untuk dinaiktaraf dari rumah bidan kepada klinik desa) kerana tapak tanah sedia ada tidak mencukupi untuk dinaikkan taraf kepada klinik desa. Kawasan tanah yang diperlukan ialah seluas 1 ekar dan tapak yang dipohon telah ditandakan dan dilampirkan. [22] Melalui surat bertarikh 24-9-2001, Pentadbir Tanah Sepang mencadangkan tapak klinik desa tersebut dipinda ke hadapan 9pelan dilampirkan). Keluasan tapak tanah yang dicadangkan adalah sebanyak 0.9 ekar. Pentadbir Tanah Sepang turtut menasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengemukakan permohonan pemberimilikan tanah secara rasmi dengan segera. [23] Melalui surat bertarikh 24-9-2001, Ketua Kampung Giching bersetuju dan membenarkan untuk mendirikan Klinik Desa. [24] Melalui surat bertarikh 15-10-2001, Pejabat Kesihatan Daerah Sepang bersetuju dengan tanah yang ditawarkan oleh Pejabat Tanah Sepang. [25] Melalui surat bertarikh 10-11-2001, Pejabat Kesihatan Daerah Sepang mengemukakan borang permohonan pemilikan tanah bagi pembinaan Klinik Desa tersebut beserta dengan pelan tapak tanah. [26] Jabatan Kerja Raya (JKR), Selangor telah memasuki tapak tanah pada 10-2-2002. [27] Bangunan Klinik Desa Kampung Giching siap dibina pada 1-12- 2003 dan diambil milik oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sepang pada 23- 12-2003 dan beroperasi sehingga kini. [28] Pada 3-6-2016, Plaintif membuat aduan kepada Pejabat Daerah/Tanah Sepang bahawa terdapat klinik desa dibina di atas tanah milik Plaintif. [29] Melalui surat bertarikh 28-6-2016, Pejabat Tanah Sepang memaklumkan kepada Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengesahkan kebenaran aduan Plaintif tersebut. [30] Semakan pada geran Hartanah tersebut oleh Defendan-Defendan mendapati bahawa tarikh pemberimilikan tanah tersebut kepada Plaintif ialah pada 15-11-2002. [31] Defendan-Defendan memulakan prosiding pengambilan tanah bagi Hartanah Plaintif di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. [32] Pewartaan menurut seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 dibuat dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 30-3-2023 untuk mengisytiharkan bahawa tanah tersebut akan diambil bagi tujuan tapak Klinik Desa Kampung Giching. [33] Pewartaan menurut seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 dibuat dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 20-4-2023 untuk mengisytiharkan bahawa tanah tersebut akan diambil bagi tujuan tapak Klinik Desa Kampung Giching. [34] Siasatan untuk mendengar semua tuntutan pampasan mengenai semua kepentingan mengenai Hartanah tersebut diadakan pada 15-2-
2024
[Nota: Perbicaraan penuh ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 1-2-2024 dan 2-2-2024 iaitu 2 minggu sebelum siasatan didengar. Manakala, keputusan kes ini diberikan pada 27-3-2024]. Keputusan & Penghakiman Mahkamah Tinggi ini pada 27-3-2024 [35] Pada 27-3-2024, keputusan Mahkamah 4 ialah − KEPUTUSAN SELEPAS BICARA PENUH Mahkamah ini telah meneliti, mempertimbangkan, menilai dan memperhalusi keterangan yang ada dan dengan itu memutuskan seperti yang berikut: a) sama ada pembinaan, pengoperasian dan pentadbiran Klinik Desa Kampung Giching di atas tanah milik Plaintif adalah dengan keizinan dan/atau kebenaran dan/atau pengetahuan Plaintif? Keputusan: Berdasarkan keterangan di hadapan Mahkamah ini dan atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah mendapati dan memutuskan bahawa Plaintif berjaya membuktikan isu (a) ini. b) sama ada sepanjang masa yang material, Defendan-Defendan bertanggungan untuk mendapatkankan kebenaran dan/atau keizinan Plaintif untuk mengguna pakai tanah Plaintif bagi kependudukan Klinik Desa Kampung Giching? Keputusan: Berdasarkan keterangan di hadapan Mahkamah ini dan atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah mendapati dan memutuskan bahawa Plaintif berjaya membuktikan isu (b) ini. c) keputusan bagi isu (a) dan (b) adalah dipersetujui maka Defendan-Defendan telah menceroboh tanah Plaintif. d) sama ada tindakan Plaintif melebihi 12 tahun dan di luar had masa yang ditetapkan oleh Akta Had Masa 1953? Sekiranya jawapan kepada isu (d) adalah dipersetujui, sama ada Plaintif masih berhak untuk mendapatkan relief yang dipohon dalam Pernyataan Tuntutan Terpinda? Keputusan: tindakan sivil Plaintif terhadap Defendan-Defendan bagi kausa tindakan pencerobohan dibenarkan dan diteruskan. e) sama ada Plaintif berhak mendapat relief yang dipohonnya sebagaimana dinyatakan dalam Pernyataan Tuntutan Terpinda? Keputusan: Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif berhak kepada sebahagian sahaja daripada keseluruhan tuntutannya. Mahkamah ini telah meneliti dan mempertimbangkan Laporan Penilaian oleh jurunilai/penilai bagi Plaintif dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Sepang. Mahkamah memutuskan bahawa – a) sewa pasaran setahun yang dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Sepang adalah terlalu rendah. b) sewa pasaran setahun yang dinilai oleh firma Fadzillah & Fikri Sdn Bhd, Property Consultancy & Valuation Surveyors adalah dibenarkan tertakluk kepada sewa pasaran setahun dikira dari tahun 2010 hingga tahun 2022 iaitu bagi tempoh 13 tahun penuh sahaja pada kadar RM41,500.00 setahun. Selanjutnya, Mahkamah memutuskan bahawa – a) Klinik Desa Kampung Giching dan/atau Defendan-Defendan dibenarkan terus memasuki, mengoperasikan dan mentadbirkan Klinik Desa Kampung Giching. b) Defendan-Defendan tidak dikehendaki untuk mengeluarkan struktur Klinik Desa Kampung Giching dari tanah tersebut dan tidak dikehendaki untuk memulihkan/mengembalikan tanah tersebut seperti asal (restore the land). c) tanah Plaintif yang dimasuki oleh Defendan-Defendan bukanlah untuk dirosakkan. Pembinaan Klinik Desa Kampung Giching adalah untuk kegunaan awam termasuk Plaintif. Oleh yang demikian, Mahkamah ini memutuskan untuk mengawardkan – a) sewa pasaran setahun dikira dari tahun 2010 hingga tahun 2022 iaitu bagi tempoh 13 tahun penuh sahaja pada kadar RM41,500.00 setahun dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif. b) faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah dalam perenggan (a) Penghakiman ini dari tarikh Penghakiman ini sehingga tarikh penyelesaian penuh. c) tuntutan lain oleh Plaintif adalah ditolak. d) kos sebanyak RM10,000.00 dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif. Notis Rayuan Plaintif ke Mahkamah Rayuan: [36] Plaintif tidak berpuas hati dengan sebahagian daripada keputusan Mahkamah Tinggi ini mengenai points yang berikut dan merayu ke Mahkamah Rayuan: NOTIS RAYUAN AMBIL PERHATIAN bahawa Perayu yang dinamakan di atas tidak berpuas hati dengan keputusan YA Puan Rozi binti Bainon yang diberikan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27 haribulan Mac 2024 merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap sebahagian keputusan yang memutuskan bahawa −
a
Klinik Desa Kampung Giching dan/atau Defendan-Defendan dibenarkan terus memasuki, mengoperasikan dan mentadbirkan Klinik Desa Kampung Ginching;
b
Defendan-Defendan dikehendaki membayar kepada Plaintif sewa pasaran setahun dikira dari Januari 2010 hingga Disember 2022 iaitu bagi tempoh 13 tahun penuh pada kadar RM 41,500.00 setahun yang mana keseluruhannya adalah berjumlah RM 539,500.00;
c
Ganti rugi kehilangan pendapatan masa hadapan dan/atau hasil yang plaintif sepatutnya dapat terima daripada pengusahaan pertanian di atas hartanah tersebut dikira daripada 2021 dan berterusan sehingga pencerobohan ditamatkan berserta faedah jumlah kadar sewaan sebanyak 5% setahun tidak dibenarkan;
d
Faedah pra-penghakiman pada kadar 8% setahun ke atas jumlah penghakiman daripada Mahkamah Yang Mulia ini dari tarikh pemfailan tindakan ini sehingga tarikh penghakiman selaras dengan Seksyen 11 Akta Undang-Undang Sivil 1956 tidak dibenarkan; dan
e
Gantirugi teladan di atas pencerobohan yang dilakukan oleh Defendan ke atas hartanah yang dipegang di bawah No. Hakmilik PM 695, Lot 5698, Mukim Labu, Tempat Tepi Sg. Labu, Daerah Sepang, Negeri Selangor Darul Ehsan tidak dibenarkan. Analisis dan Dapatan Mahkamah [37] Berdasarkan keterangan di hadapan Mahkamah ini, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah berpuas hati dan bersetuju dengan Plaintif bahawa tanah/Hartanah milik Plaintif telah digunapakai oleh Defendan-Defendan bagi pembinaan Klinik Desa Kampung Giching. [38] Perkara yang harus diputuskan oleh Mahkamah adalah mengenai −
a
tarikh Plaintif didaftarkan sebagai pemilik berdaftar Hartanah tersebut?
b
bilakah kepentingan Plaintif terhadap Hartanah tersebut bermula?
c
sama ada tuntutan Plaintif ini telah dihalang disebabkan terdapat in action, laches, acquiescence, waiver, estoppel dan/atau abandonement? [39] Klinik Desa Kampung Giching yang pastinya menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat khususnya di Negeri Selangor dan/atau kawasan berhampirannya adalah untuk, demi dan kerana rakyat. [40] Kaedah feqah yang masyhur iaitu “Semua wasilah atau cara baginya berdasarkan hukum yang hendak dicapai.”. Kaedah ini memberi maksud segala cara atau jalan mempunyai hukum-hukum yang dimaksudkan. Jika sekiranya maksud yang hendak dicapai adalah buruk dan jahat, maka sebarang bentuk wasilah atau cara adalah ditegah. Begitu juga, sebarang bentuk maksud dan tujuan sekalipun baik tetapi tidak harus digunakan untuk mencapai ke arah itu kecuali dengan cara-cara harus. (Rujuk: laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 15-12-2018). [41] Menggunapakai maksud kaedah feqah ini kepada kes/tindakan undang-undang oleh Plaintif terhadap Defendan-Defendan Mahkamah mendapati bahawa pembinaan dan pengoperasian Klinik Desa Kampung Giching di atas tanah Plaintif secara tanpa kebenaran dan/atau keizinan Plaintif adalah terangkum kepada suatu pencerobohan (“trespass”) dan/atau kacau ganggu (“encroachment”) ke atas tanah milik Plaintif tidak boleh sama sekali membenarkan niat baik untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. [42] Fakta yang dibentangkan oleh Defendan-Defendan berkenaan dengan tanah tersebut boleh digunakan dan dipersetujui untuk digunakan bagi membina dan seterusnya beroperasi memberikan perkhidmatan kesihatan sebagaimana dinyatakan oleh ketua kampung adalah suatu fakta yang tidak melepaskan tanggungan Defendan-Defendan daripada kebertanggungjawaban merkea yang telah menceroboh dan/atau kacau ganggu ke atas tanah milik Plaintif. Siapa ketua kampung yang memberikan kebenaran dan keizinan tersebut? Tiada ketua kampung yang dikatakan itu dipanggil menjadi saksi. Sekiranya dipanggil sekali pun, ketua kampung bukanlah pemilik tanah berdaftar di bawah Kanun Tanah Negara 1965 yang mempunyai kuasa berbuat demikian. [43] Keterangan saksi-saksi Defendan-Defendan khususnya − SD-1 iaitu Puan Jeevadarshini A/P Pilayanthran, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan & Pengurusan Projek, Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor; SD-2 iaitu Dr. Mohd Nasir bin Habib, Pegawai Kesihatan di KLIA; SD-3 iaitu Pn Nur Aiena binti Othman, Timbalan pengarah Hospital Kajang; dan SD-4 iaitu En. Othman bin Mat Husain, Penolong Pengarah di JKPTG Selangor, adalah menceritakan mengenai latar belakang kepada pembinaan Klinik Desa Giching dan keterangan saksi-saksi Defendan-Defendan gagal menangkis keutuhan pemilikan tanah tersebut ialah hakmilik Plaintif (Tunjiah binti Hassan). [44] Apabila aduan Plaintif disahkan benar maka proses dan tatacara undang-undang diambil untuk mengambil tanah Plaintif secara teratur menurut lunas undang-undang di mana selepas segala proses selesai Plaintif akan memperoleh pampasan bagi tanah/Hartanah tersebut. [45] Seterusnya, apabila Mahkamah ini mencapai dapatan bahawa suatu pencerobohan telah dilakukan oleh Defendan-Defendan, maka isu lain yang perlu dibicarakan ialah sama ada relief/perintah Plaintif yang berikut boleh dibenarkan dan keputusan ganti rugi yang dibenarkan oleh Mahkamah ini adalah khilaf?
a
Klinik Desa Kampung Giching dan/atau Defendan-Defendan dibenarkan terus memasuki, mengoperasikan dan mentadbirkan Klinik Desa Kampung Giching;
b
Defendan-Defendan dikehendaki membayar kepada Plaintif sewa pasaran setahun dikira dari Januari 2010 hingga Disember 2022 iaitu bagi tempoh 13 tahun penuh pada kadar RM41,500.00 setahun yang mana keseluruhannya adalah berjumlah RM539,500.00;
c
Ganti rugi kehilangan pendapatan masa hadapan dan/atau hasil yang Plaintif sepatutnya dapat terima daripada pengusahaan pertanian di atas hartanah tersebut dikira daripada 2021 dan berterusan sehingga pencerobohan ditamatkan berserta faedah jumlah kadar sewaan sebanyak 5% setahun tidak dibenarkan;
d
Faedah pra-penghakiman pada kadar 8% setahun ke atas jumlah penghakiman daripada Mahkamah ini dari tarikh pemfailan tindakan ini sehingga tarikh penghakiman selaras dengan Seksyen 11 Akta Undang-Undang Sivil 1956 tidak dibenarkan; dan
e
Ganti rugi teladan di atas pencerobohan yang dilakukan oleh Defendan-Defendan ke atas Hartanah tersebut tidak dibenarkan. [46] Hujahan bertulis peguam cara terpelajar Plaintif mengenai liabiliti Defendan-Defendan bagi pencerobohan tanah Plaintif adalah teratur dan dapatan Mahkamah memutuskan bahawa berlaku pencerobohantanah milik Plaintif. [47] Berkenaan dengan sama ada “Plaintiff is the registered proprietor of the land and Plaintiff’s legal proprietorship and possession over the Land”, hujahan peguam cara terpelajar Plaintif ialah − “16. As the registered proprietor, the Plaintiff is statutorily entitled by virtue of Article 13 of the Federal Constitution7 as well as Section 44(1)(a) of the National Land Code 19658 to the exclusive use and enjoyment of the said Land. Without a doubt, the protection of such a right is beyond dispute as the Plaintiff is the registered and beneficial owner and has every rights, interest and benefits vested by the law.
17
In any events, we submit that the Land has been in the Plaintiff’s possession even before the transfer from ‘Sawarah binti Hassan’ to the Plaintiff is duly registered at the land office.”. [48] Sawarah binti Hassan tidak dipanggil menjadi saksi untuk menyokong keterangan Plaintif. [49] Dalam keterangan Plaintif semasa diperiksa semula oleh peguam caranya, Plaintif menyatakan bahawa pindahmilk daripada Sawarah binti Hassan kepada Plaintif ialah pada bulan Mac 2010 atas dasar kasih sayang. Pendaftaran dibuat lewat sebab proses ambil masa. [50] Mahkamah ini telah meneliti Laporan Penilaian yang disediakan oleh juru nilai Plaintif, Fadzilah & Fikri Sdn Bhd bagi tujuan tuntutan pampasan ke atas pencerobohan tanah bagi Hartanah tersebut, di mana jurunilai menyatakan bahawa “setelah menjalankan kerja lawat periksa serta menjalankan analisa ke atas butiran perbandingan serta perkara berkaitan kami mendapati Jumlah Nilai Keseluruhan Tuntutan adalah sebanyak RM1,823,700.00/ Satu Juta Lapan Ratus Dua Puluh Tiga Ribu Tujuh Ratus Sahaja.”. [51] Dalam kandungan Laporan Penilaian tersebut bagi item “Maklumat Hakmilik”, juru nilai memperoleh maklumat butir-butir hakmilik Hartanah sebagaimana yang diperoleh melalui semakan hakmilik di Pejabat Tanah dan Daerah Sepang pada 11-4-2023, pemilik berdaftar Hartanah tersebut adalah Tunjiah binti Hassan (1/1 bahagian) dan juru nilai melampirkan
Lampiran
Lampiran G (Catatan Salinan Persendirian) di mana nama Sawarah binti Hassan dan tarikh pindahmilik didaftarkan ialah pada 19-3-2010. Juru nilai tidak memperincikan secara lanjut mengenai Sawarah binti Hassan dan tarikh pindahmilik didaftarkan ialah pada 19-3-2010. [52] Dalam hujahan bertulis peguam cara terpelajar Plaintif yang mengemukakan keterangan Plaintif semasa disoal balas oleh peguam cara terpelajar Defendan-Defendan iaitu − “PD: Puan boleh beritahu Mahkamah kenapa Puan nak cakap Puan layak tuntut walaupun Puan hanya menjadi pemilik berdaftar pada 19 Mac 2010. Kenapa Puan? SP1: Ini perbincangan antara kami saja lah. Maknanya dia nak beri sebelum itu tapi pindah milik dibuat, dapat geran itu 2010.”. [53] Peguam cara terpelajar Plaintif merujuk kepada keputusan kes How Kem Chin v. L&L Glass Aluminium Trading Sdn Bhd & Ors [2016] MLJU 180710 di mana Mahkamah memakai Penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Sin Heap Lee– Marubeni Sdn Bhd v Yip Shou Shan [2005] 1 MLJ 515 yang memutuskan − “[87] In Yip Shon Shan v Sin Heap Lee-Marubeni Sdn Bhd, supra, the Court held that legal ownership of land is different from the right to possession of the land and that legal ownership of land is not a defence to an action for trespass. The Court said as follows: “To my mind, this is not a defence to an action for trespass because trespass is essentially an interference with the possessory rights and not ownership, since ownership does not usually connote legal possession.”. [54] Mahkamah ini telah membaca dan meneliti hujahan balas peguam cara terpelajar Defendan-Defendan mengenai isu sama ada Plaintif berjaya membuktikan beliau mempunyai hak ke atas Hartanah Tersebut sejak tahun 2001? [55] Peguam cara terpelajar Defendan-Defendan menghujahkan − “2. Plaintif mendakwa bahawa beliau memperolehi Hartanah Tersebut daripada kakak kandungnya (Sawarah Binti Hassan), melalui kasih sayang pada tahun 2001 (Rujuk Perenggan 6 Hujahan Bertulis Plaintif). Oleh itu, Plaintif mendakwa beliau mempunyai hak kepentingan ke atas Hartanah Tersebut sejak tahun 2001. 3. Adalah dihujahkan bahawa fakta ini tidak pernah diplidkan oleh Plaintif di dalam Pernyataan Tuntutannya. Perkara ini hanya timbul semasa pemeriksaan balas setelah SP1/Plaintif dirujuk dengan dokumen yang dikemukakan oleh Plaintif iaitu Ikatan B1 di m/s 31-32. Plaintif tidak pernah menunjukkan Borang 14A untuk membuktikan Hartanah Tersebut telah diserahkan kepada Plaintif sejak 2001. 4. Plaintif tidak pernah memanggil Sawarah Binti Hassan untuk memberi keterangan bagi menyokong keterangan Plaintif tersebut dan legal document yang boleh dilihat adalah dokumen Ikatan B1 di m/s 31-32 yang jelas menunjukkan hanya pada 19.3.2010 nama Plaintif didaftarkan di atas Hartanah Tersebut. 5. Adalah ditegaskan, tiada apa-apa dokumen dan keterangan yang boleh menyokong dakwaan Plaintif bahawa beliau mempunyai hak kepentingan di atas Hartanah Tersebut sejak tahun 2001.”. [56] Bagi rujukan kepada keputusan kes How Kem Chem dan Desa Samudra untuk menyokong hujahan Plaintif bahawa Plaintif mempunyai hak untuk menuntut gantirugi berkenaan pencerobohan daripada Defendan yang telah berlaku sejak 2001, peguam cara terpelajar Defendan-Defendan menghujah balas bahawa, pada tahun 2001 Klinik Desa Giching belum dibina dan kontraktor hanya memasuki tapak pada 10.2.2003 dan Klinik Desa Giching siap dibina pada tahun 23.12. 2003 [Rujuk Penyata Saksi SD1 di J10 dan J11]. 9. Seterusnya dihujahkan bahawa kes How Kem Chem boleh dibezakan dengan kes semasa. Mahkamah Tinggi dalam kes How Kem Chem memutuskan seperti berikut: “[85] Therefore, based on the English common law on trespass which is applicable in Malaysia based on the Civil Law Act 1956 (Revised 1972) (Act 67) which provides for the reception of the principles of the English common law unless provided otherwise by statute law, this Court found that even though the said land was a piece of vacant agricultural land before the unlawful encroachment by L&L, HKC as the registered proprietor of an 11/20 undivided share of the said land, and who was not in occupation of the said land at all material times can maintain the main action for trespass against L&L. [86] Since trespass is essentially an interference with the possessory rights of the land owner and not with the ownership of the land (see Yip Shon Shan v Sin Heap Lee-Marubeni Sdn. Bhd., supra), the Court found that HKC’s possessory rights over the land are not restricted by the terms and conditions in the agreement between HKC and the nine other co-proprietors. Hence, at all material times, HKC was not only entitled to utilise the 12 demarcated lots but also the rest of the demarcated lots on the said land.”. Oleh itu, peguam cara terpelajar Defendan-Defendan menghujahkan bahawa dalam kes di hadapan Mahkamah ini, Plaintif tidak dapat menunjukkan beliau mempunyai hak milikan ke atas Hartanah Tersebut sejak tahun 2001 kerana geran tanah menunjukkan Plaintif didaftarkan sebagai pemilik tanah pada 19.3.2010. Plaintif juga tidak dapat menunjukkan apa-apa bukti beliau pernah mengusahakan tanah tersebut sejak tahun 2001, membayar cukai berkaitan tanah sejak 2001 atau apa-apa perjanjian antara Plaintif dengan Sawarah untuk menunjukkan Plaintif mempunyai hak milikan ke atas Hartanah Tersebut sejak 2001. [57] Mahkamah ini tiada halangan dengan petikan takrif “proprietor” atau “tuan punya” di bawah seksyen 5 Kanun Tanah Negara/National Land Code 2020 (NLC 2020) [TAB-1 Ikatan Autoriti Defendan (IAD)] iaitu “proprietor” means any person or body for the time being registered as the proprietor of any alienated land;”. [58] Mahkamah ini telah meneliti Rekod Ketuanpunyaan Hartanah tersebut di mana Sawarah binti Hassan iaitu kakak kepada Plaintif (Tunjiah binti Hassan) telah memindahmilik tanah 1/1 bahagian kepada Plaintif dan tarikh pindahmilik ialah 19-3-2010. Mahkamah mendapati tahun bagi pengiraan ganti rugi ialah dari bulan Januari 2010 hingga Disember 2022 iaitu bagi tempoh 13 tahun penuh pada kadar RM41,500.00 setahun yang mana keseluruhannya adalah berjumlah RM539,500.00. [59] Mahkamah ini mendapati tindakan undang-undang ini dibawa oleh Plaintif seorang sahaja dan bukan bersama-sama dengan Sawarah binti Hassan yang merupakan pemilik berdaftar 1/1 bahagian pada tahun 2002. Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati tuntutan ke atas pencerobohan tanah hendaklah dikira dari bulan Januari 2010 hingga Disember 2022 iaitu bagi tempoh 13 tahun penuh sahaja iaitu dari tahun Plaintif didaftarkan sebagai tuanpunya berdaftar 1/1 bahagian Hartanah tersebut. Apa jua alasan untuk tidak menjadikan Sawarah binti Hassan sebagai plaintif kedua tiada dinyatakan oleh Plaintif mahupun oleh peguam cara terpelajar Plaintif. [60] Dalam kes ini juga fakta berkaitan dengan pemilikan Sawarah binti Hassan yang merupakan pemilik berdaftar 1/1 bahagian pada tahun 2002 tidak diplidkan. Pihak-pihak adalah teriikat dengan pliding dan bukan tanggungjawab Mahkamah ini untuk memperbaiki kecacatan pliding pihak-pihak dalam sesuatu tuntutan. [61] Dalam kes Samuel Naik Siang Ting v Public Bank Bhd [2015] 8 CLJ 944 bahawa pihak-pihak terikat dengan pliding dan tidak boleh mengemukakan fakta dan isu yang tidak dipilidkan. [62] Mahkamah Rayuan dalam kes Teo Sui Chin & Ors v Lim Siok Lian [2019] 10 CLJ 313 pada perenggan 14 menyatakan penerimaan keterangan bagi fakta yang tidak diplidkan bukan sahaja merupakan perlanggaran kepada asas prinsip pliding malah tidak boleh dibenarkan jika pihak-pihak hendak mencabar fakta yang tidak diplidkan. Berdasarkan nas-nas di atas, Mahkamah tidak boleh melayan apa-apa fakta yang tidak diplidkan dalam pembelaan pihak Defendan-Defendan. [63] Juga bukanlah menjaditanggungjawab Mahkamah ini memutuskan di luar daripada pliding. Dalam kes Lee Ah Chor v Southern Bank Bhd [1991] 1 MLJ 428; [1991] 1 CLJ 667 di mana YA Mohd Jemuri Serjan HMA ada menukilkan pandangannya seperti berikut: “A judgment should be based upon the issues which arise in the suit and if such a judgment does not dispose of the questions as presented by the parties it renders itself liable not only to grave criticism but also to a miscarriage of justice. It becomes worse and is unsustainable if it goes outside the issues. Such a judgment cannot be said to be in accordance with the law and the rules of procedure. It is the duty of the courts to follow the rules of procedure and practice to ensure that justice is done. These rules are meant to be observed and respected. The faith and the confidence of the public in the law, the constitution and the government depend to a fairly large extent on the way the machinery of justice functions and it is the duty of the those who man that machinery to realise that what they do does not in any way tend to diminish that faith. Everyone is, no doubt, liable to make mistakes but it would have been better if the learned magistrate had acted in less haste and had taken a little time to look up the law on the matter.”. [64] Berkenaan dengan jumlah ganti rugi bagi pencerobohan Hartanah tersebut, perenggan 14 dalam Laporan Penilaian tersebut memberikan pertimbangan bagi jumlah tuntutan sebanyak RM1,823,700.00/ Satu Juta Lapan Ratus Dua Puluh Tiga Ribu Tujuh Ratus Sahaja di mana tuntutan ke atas pencerobohan tanah selama lebih kurang 21 tahun 4 bulan (dari Januari 2002 sehingga April 2023), Mahkamah ini menolak tempoh pencerobohan ialah 21 tahun 4 bulan. [65] Mahkamah ini bersetuju dan menerimapakai jumlah setahun kadar sewa tapak dan sewa dikompaunkan (compounded rental) yang dinyatakan oleh juru nilai Plaintif iaitu pada kadar RM41,500.00 setahun. [66] Bagi tuntutan pemulihan Hartanah Plaintif kembali pulih sebagaimana keadaan asal, peguam cara terpelajar Plaintif memetik keterangan SD-2 iaitu Pegawai Kesihatan di KLIA untuk menunjukkan bahawa jika Klinik Desa Kampung Giching dirobohkan, tiada alternatif lain bagi klinik Kerajaan beroperasi di kawasan tersebut kerana Klinik Kesihatan Salak akan ditutup pada bulan Mei atau Jun 2024. Seterusnya, peguam cara terpelajar Plaintif menghujahkan bahawa − “In any events, we submit that at this juncture, the restoration of the said Land is impossible due to the permanent structures erected on it. For this reason, the Plaintiff suffered an irrepairable damages over her property. We submit that the Plaintiff should be compensated fairly for the loss she suffered due to Defendants’ violation of her property.”. [67] Mahkamah ini memetik hujahan peguam cara terpelajar Defendan-Defendan mengenai hak/kelayakan Plaintif untuk “mengeluarkan Defendan-Defendan” dari Hartanah tersebut dan seterusnya untuk Plaintif memperoleh ganti rugi sebagaimana yang dipohonnya. “GANTI RUGI Sama ada Plaintif boleh memohon Perintah untuk menghalang Defendan-Defendan daripada memasuki Hartanah Tersebut dan mengeluarkan struktur Klinik Desa Giching daripada Hartanah tersebut? 61. Adalah dihujahkan bahawa pada peringkat ini, prosiding Pengambilan Tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah telah pun dimulakan terhadap Hartanah Tersebut. Setakat tarikh perbicaraan dijalankan (1 hingga 2 Februari 2024), Warta di bawah Seksyen 4 dan 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 telah pun diterbitkan [Rujuk m/s 87 dan 89 Ikatan B2] serta Borang E untuk menjalankan siasatan tanah bagi tujuan mendengar tuntutan pampasan mengenai kepentingan tanah ditetapkan pada 15.2.2024 [Rujuk m/s 119 Ikatan B2]. 62. Seksyen 3 APT 1960 memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk mengambil tanah bagi tujuan yang dinyatakan di bawah subseksyen 3(1) APT 1960 [TAB-17 IAD] seperti berikut: “(1) The State Authority may acquire any land which is needed- (a) for any public purpose; (b) by any person or corporation for any purpose which in the opinion of the State Authority is beneficial to the economic development of Malaysia or any part thereof or to the public generally or any class of the public; or (c) for the purpose of mining or for residential, agricultural, commercial, industrial or recreational purposes or any combination of such purposes.”. 63. Oleh itu berdasarkan peruntukkan di atas jelas memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk mengambil Hartanah Plaintif dengan sejumlah wang pampasan yang akan ditentukan melalui siasatan tanah sebagaimana peruntukkan di bawah Akta Pengambilan tanah. Memandangkan terdapat prosiding pengambilan tanah yang telah dimulakan terhadap Hartanah tersebut, adalah dihujahkan bahawa Perintah untuk menghalang Defendan-Defendan daripada memasuki Hartanah Tersebut dan/atau mengeluarkan struktur Klinik adalah tidak wajar. Tambahan pula, Hartanah tersebut sedang digunakan sebagai Klinik Desa yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat. [Rujuk PSD2 di J15, J16, J17 dan J18] 64. Oleh yang demikian dihujahkan Perintah yang dipohon oleh Plaintif untuk menghalang Defendan-Defendan daripada memasuki Hartanah Tersebut dan mengeluarkan struktur Klinik Desa Giching daripada Hartanah tersebut adalah tidak wajar memandangkan sebuah klinik desa telah dibina dan beroperasi untuk memberi khidmat kesihatan kepada masyarakat serta prosiding pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 sedang dijalankan. 65. Sebagaimana keterangan SD4, Plaintif berhak untuk mendapatkan pampasan kerugian yang ditanggung akibat pengambilan tanah di mana siasatan tanah akan dijalankan sebagaimana yang tercatat pada Borang E (Rujuk m/s 119 Ikatan B2) untuk mendengar semua tuntutan pampasan mengenai semua kepentingan tanah.”. [68] Mahkamah ini dalam menilai keterangan berkenaan dengan isu untuk menghalang Defendan-Defendan daripada memasuki Hartanah tersebut dan mengeluarkan struktur Klinik Desa Giching daripada Hartanah tersebut adalah tidak wajar memandangkan sebuah klinik desa telah dibina dan beroperasi selama sekian lama untuk memberi khidmat kesihatan kepada masyarakat. Bangunan yang didirikan ialah sebuah struktur bangunan yang banyak berjasa kepada penduduk yang sakit dan ketiadaan perkhidmatan kesihatan yang bakal dihadapi oleh rakyat tidak boleh diabaikan oleh Mahkamah ini. Tambahan pula, adalah jelas dan nyata bahawa prosiding pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 sedang dijalankan untuk memampas Plaintif. [69] Oleh yang demikian, keputusan Mahkamah ini bahawa “Klinik Desa Kampung Ginching dan/atau Defendan-Defendan dibenarkan terus memasuki, mengoperasikan dan mentadbirkan Klinik Desa Kampung Ginching; Defendan-Defendan tidak dikehendaki untuk mengeluarkan struktur Klinik Desa Kampung Giching dari tanah tersebut dan tidak dikehendaki untuk memulihkan/mengembalikan tanah tersebut seperti asal (restore the land); tanah Plaintif yang dimasuki oleh Defendan-Defendan bukanlah untuk dirosakkan. Pembinaan Klinik Desa Kampung Giching adalah untuk kegunaan awam termasuk Plaintif” adalah suatu keputusan yang wajar dan adil. [70] Plaintif juga pada akhirnya tidak mempertikaikan tujuan pengambilan tanah ini dan bahawa pengambilan tanah adalah sah berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965 terapi hanya mempertikaikan bahawa pampasan yang diberikan adalah tidak memadai. Setelah pengambilan lengkap, ianya telah menjadi tanah milik Kerajaan dan dengan pembayaran pampasan tiada lagi isu pencerobohan atau pembinaan bangunan tidak sah, iaitu Klinik Desa Kampung Giching. [71] Tiada sebab untuk bangunan tersebut (Klinik Desa Kampung Giching) dirobohkan lagi kerana pemilikan tanah tersebut bukan lagi tanah Plaintif. [72] Kerugian Plaintif berkenaan dengan pencerobohan Hartanah tersebut boleh dipampas dengan wang dan setakat aduan serta tindakan undang-undang ini diambil Hartanah tersebut masih berstatus tanah rizab Malayu dan adalah suatu pajakan selama 99 tahun yang mana tempohnya akan berakhir pada 14-11-2101. Kategori Penggunaan Tanah ialah pertanian dan tiada apa-apa bukti dikemukakan oleh Plaintif bahawa Hartanah tersebut diusahakan bagi pertanian. [73] Peguam cara terpelajar Plaintif menghujahkan bahawa Plaintif berhak kepada ganti rugi yang berikut: “Exemplary Damages 67. The Plaintiff’s rights are protected by Article 13(1) of the Federal Constitution. In fact, Section 44 (1) of the National Land Code47 had also makes it clear that a registered proprietor of land has exclusive use and enjoyment of his land. 68. It is also made clear in the case of ASMTH Sdn Bhd that without power of acquisition, any act of possession of a land without the permission of the landowner would be an act devoid of legal authority and consequently, illegal. The public authority has the obligation to act within its power and not to act in contradictory to the law. 69. Nevertheless, in the current case, what makes the trespass reprehensible is that the trespass was committed by the Defendants knowingly, deliberately and blatantly with utter disregard to the law and rights of the Plaintiff. 70. We reiterate Paragraph 32 above and state that right from the start, the Clinic was wrongly constructed on the Plaintiff’s land and not the land designated and approved by the government. Nevertheless, no proactive steps were taken to remedy the said mistake although PTD Sepang had notified the Defendants since 2016 that the said Land belongs to the Plaintiff. 71. Evidence shows that even after complaints were made by the Plaintiffs, the Defendants had taken at least 4 years to COMMENCE active steps to remedy the trespass. In fact, no single effort was ever made throughout the material times to contact the Plaintiff and provide any justifications or explanations pertaining to the trespass. 72. When this matter is brought before this Honourable Court, the Defendants showed no remorse when the Defendant attempted to defend themselves by proving that the acquisition is in process. We submit hereby that in any events, the acquisition of the said Land is not a justifiable excuse for the trespass by the Defendants which has been committed from 2001. Acquisition is a separate cause of action which shall be determined on a separate platform, i.e. before the Land Administrator. 73. We submit here that any contention and/or allegation that the Clinic is for the benefit of the mass population should not be treated as a justification or defence for the Defendants to violate the Plaintiff’s rights over the said Land. 74. The Defendants must be taught a lesson that it cannot break the law with impunity especially when the Defendant had put a scant regard to the due process of law. The effective way to teach the Defendants a lesson is by granting maximum exemplary damages to the Plaintiff to reflect the gravity of tort and to express disapproval in the cavalier manner which the Defendants had treated the law. 75. The Defendant’s act of trespass is clearly an abuse of power. For that reason, this matter should be taken seriously by this Honourable Court. Loss of future earnings or profit. 76. The Court in the case of Mohamad Rambli bin Kawi has defined the rights to property enriched in Article 13 of the Federal Constitution to include every possible interest which a person can have in a particular property owned. This includes rights to full enjoyment of the said Land including but not limited to use, access, dispose, develop or make profit out of the same. 77. In the current case, we reiterate here that the Defendants had erected immovable structures on the said Land including the clinic building and fences. As such, the Plaintiff is deprived of her rights to full enjoyment of the said Land. 78. We emphasize here that the Plaintiff is not even able to access the said Land freely. Thus, the deprivation of her rights to use, develop or dispose the said as she wishes therefore goes without saying. 79. For the said reason, the Plaintiff should be entitled to loss of future earnings or profits over the said Land, calculated from 2021 and such obligation should persist until the tort of trespass ceases.”. [74] Mahkamah ini telah merujuk dan meneliti Laporan Penilaian oleh juru nilai Plaintif dan mendapati analisis juru nilai tidak memperihalkan apa perusahaan yang membawa kerugian hasil pendapatan oleh Plaintif. Sekadar maklumat mengenai kedudukan Hartanah tersebut yang terletak 5 kilometer ke baratdaya Bandar Baru Salak Tinggi dan 13 kilometer ke timurlaut KLIA; pembangunan sekitar Hartanah tersebut yang merupakan sebidang Tanah Pembangunan iaitu tanah bersyarat pertanian yang dizonkan sebagai kegunaan kediaman; dan Hartanah tersebut berada dalam kawasan Majlis Perbandaran Sepang, adalah didapati tiada apa-apa bukti dapat menunjukkan bahawa Plaintif telah mengusahakan Hartanah tersebut untuk menjana pendapatannya. [75] Seterusnya, juru nilai Plaintif telah melampirkan Pelan Perancangan di mana Klinik Desa Kampung Giching tertera pada Pelan Perancangan. [76] Mahkamah ini telah meneliti hujahan peguam cara terpelajar Defendan-Defendan yang menegaskan bahawa Plaintif tidak berhak untuk mendapatkan ganti rugi atau kos bermula tahun 2002 kerana sudah terang lagi bersuluh Plaintif adalah tuan punya tanah bermula 19.3.2010 dan laporan penilaian yang dibuat oleh SP2 disediakan dan dinilai dari tahun 2002 hanya kerana tanah tersebut adalah tanah keluarga adalah tidak tepat dan misleading. [77] Selain itu, dihujahkan oleh peguam cara terpelajar Defendan-Defendan − “sebagai tuan punya tanah mereka bertanggungjawab ke atas tanahnya dari segi membayar cukai seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 93 Kanun Tanah Negara 2020 [TAB-3 IAD]. 28. Oleh yang demikian, keterangan/dakwaan Plaintif bahawa beliau masih layak untuk menikmati kepentingan Hartanah sebelum 19.3.2010 tidak dapat disokong dengan apa-apa keterangan lain. Plaintif juga tidak dapat menunjukkan apa-apa resit bayaran cukai berkenaan Hartanah Tersebut. [Rujuk Nota Keterangan m/s 12] PD: Puan setuju saya cadangkan selagimana nama Puan tak didaftarkan di atas sebagai pemilik berdaftar tanah, Puan tak perlu pun bayar apa-apa cukai terhadap tanah tersebut sebelum nama Puan didaftarkan? Apa-apa cukai, apa-apa cukai lah yang dikenakan terhadap tanah itu Puan tak perlu bayar pun selagi mana Puan bukan lah nama orang yang didaftarkan dalam geran. Puan setuju. Puan tak ada tanggungjawab nak bayar pun. Puan setuju? SP1: Tak. PD: Tak setuju. Puan ada tak dokumen di hadapan Puan hari ini yangmenunjukkan Puan ada bayar apa-apa cukai berkenaan tanah tersebut sebelum 2010? YA: Peguam Plaintif boleh bantu. Mana resit dia ada bayar cukai? PP: Resit bayar cukai tak ada dilampirkan Puan.”. [78] Peguam cara terpelajar Defendan-Defendan menghujahkan bahawa sebagaimana yang diplidkan oleh Plaintif yang menuntut hak penafian penggunaan tanah bermula Januari 2022, Plaintif tidak mengambil apa-apa tindakan (even pemfailan ke Mahkamah Tinggi) walaupun mendakwa haknya untuk menggunakan tanah sejak Januari 2002 telah dinafikan. Sedangkan pada tahun 2002, pembinaan Klinik Desa Kampung Giching belum dimulakan lagi. Berdasarkan keterangan SD1, pembinaan Klinik Desa Desa Kampung Giching hanya dimulakan pada 10-2-2003. 34. Setelah Klinik Desa Kampung Giching siap dibina dan beroperasi pada 23-12-2003, Plaintif juga tidak mengambil apa-apa tindakan ke Mahkamah Tinggi atau ke KKM untuk menuntut haknya. [79] Memetik keterangan Plaintif semasa diperiksa balas, peguam cara terpelajar Defendan-Defendan menghujahkan bahawa Plaintif menyatakan bahawa Plaintif tidak tahu bahawa bangunan Klinik Desa Kampung Giching telah siap dibina dan beroperasi pada 23-12-2003. Kali pertama Plaintif mengetahui terdapat sebuah klinik desa didirikan di atas Hartanah tersebut adalah setelah mendapat geran pada tahun 2010. [80] Peguam cara terpelajar Defendan-Defendan menghujahkan bahawa adalah mustahil bagi Plaintif sebagai pemilik tanah tidak sedar kewujudan sebuah klinik desa berada di tanah beliau. Inferens yang dapat dibuat adalah sekiranya pemilik tanah tidak mengetahui kewujudan klinik desa di bina di atas tanah beliau menunjukkan pemilik tanah tersebut tidak mengendahkan haknya. Tambahan pula Plaintif juga bersetuju semasa pemeriksaan balas bahawa beliau tidak pernah mengusahakan apa-apa di atas Hartanah tersebut. [Rujuk Nota Keterangan m/s 14-15]. Peguam cara terpelajar Defendan-Defendan memetik nota keterangan − “YA: Bukannya jauh sangat. So, masa Sawarah bagi tanah itu pada awak, tak pernah tengok ke? SP1: Kita orang pun tak tahu. YA: Tak tahu apa? Tak tahu ada tanah? SP1: Ya, tanah itu ada, apa-apa lah dekat situ. Cuma tahu tanah sajalah. PD: Puan tak tahu tanah tersebut ada apa-apa, jadi saya cadangkan Puan dengan Sawarah memang tidak pernah mengusahakan tanah tersebut lah. Kan setuju? Sebab, Puan tak tahu apa-apa yang ada dekat tanah itu. Puan tak pernah pergi. Lepas itu, saya cadangkan bahawa Puan tidak mengusahakan apa apa di atas tanah tersebut. Puan setuju atau tidak dengan cadangan saya? SP1: Setuju.”. [81] Berdasarkan keterangan semasa pemeriksaan balas juga, peguam cara terpelajar Defendan-Defendan menyatakan bahawa Plaintif bersetuju bahawa jarak antara rumah Plaintif dengan Hartanah tersebut lebih kurang sejam dan tiada apa-apa yang menghalang Plaintif untuk pergi ke Hartanah tersebut. “PD: Tak ke, tak setuju, tak tahu. Puan jangan pandang peguam. YA: Tak boleh tengok peguam ya. Jawapan tak boleh dengar peguam. Tak pernah tengok ke klinik itu? Berapa jauh klinik ini dengan rumah awak ya? SP1: Dengan rumah satu jam lebih lah. YA: Satu jam lebih. SP1: Ya. YA: Kawasan yang sama lah, cuma dia jauh lah sikit. SP1: Jauh lah.”. [82] Hak Plaintif sebagaimana termaktub dalam Perkara Perlembagaan Persekutuan tidak dinafikan dan tidak diabaikan oleh Mahkamah ini. Mahkamah ini membenarkan tuntutan Plaintif untuk memperoleh haknya menurut undang-undang. tetapi, di sini, Plaintif gagal membuktikan kerugian kehilangan pendapatan masa hadapan dan/atau hasil yang Plaintif sepatutnya dapat terima daripada pengusahaan pertanian di atas hartanah tersebut dikira daripada 2021 dan berterusan sehingga pencerobohan ditamatkan berserta faedah jumlah kadar sewaan sebanyak 5% setahun bagi kegunaan Hartanahnya. [83] Tujuan pampasan bukanlah untuk menghukum atau mengkayakan mana-mana pihak. Dalam kes Johandra Realty Sdn Bhd dan satu lagi lwn Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan satu lagi [2021] 2 MLJ 738 adalah diputuskan − “[22] Perlu juga ditekankan bahawa satu jumlah ganti rugi yang wajar dan munasabah tidak sepatutnya mengandungi elemen keuntungan kepada pihak yang menuntut. Di dalam hal ini, Mahkamah Persekutuan di dalam kes Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v Plenitude Holdings Sdn Bhd [1994] 3 MLJ 777 telah buat pemerhatian seperti mana berikut: It goes without saying that if the effect of allowing a plaintiff’s claim is to put him in a better position than he would have been if there had been no breach, then this would be contrary to the principles enunciated in the cases cited above. This means that any profit which he stands to make because of the breach, must be deducted from the damages awarded — a point aptly put by Mr Hugh Beale in his most useful book on Remedies for Breach of Contract: The basis of assessment In outline, the victim of a breach of contract is entitled to compensation for any loss which results from the breach and which is neither too ‘remote’, or unlikely, a consequence nor one which he could have avoided by taking reasonable steps in ‘mitigation’. He is ‘to be placed in the same situation as if the contract had been performed’ (Robinson v Harman (1848) 1 Ex 850 at p 855). This involves considering his overall position. The damages should compensate him for the performance which he should have received but has not, with deductions for any savings he has or should have made through not having to perform himself or by other action, such as entering a substitute transaction with someone else. Any profit which he is only able to make because of the breach of contract should also be deducted. These deductions are made in accordance with the general principle that an award of damages should not put the victim in a better position than if the contract had been performed; he should recover no more than he has lost. Punitive or exemplary damages might be awarded where a breach of contract was also a tort, but in English law they are not awarded for a mere breach of contract (Perera v Vandiyar [1953] 1 WLR 672).”. Walaupun keputusan kes Tan Sri Khoo Teck Puat melibatkan isu taksiran ganti rugi akibat pemecahan suatu kontrak, prinsip yang sama harus terpakai kepada taksiran ganti rugi di bawah tort. [84] Aduan Plaintif apabila mengetahui bahawa Hartanahnya telah digunakan bagi Klinik Desa Kampung Giching tidak diabaikan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan dan pengoperasi Klinik Desa Kampung Giching iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia telah dirujuk dan perbincangan telah diadakan untuk memastikan isu yang dibangkitkan Plaintif dalam aduannya diselesaikan. [85] Prinsip undang-undang bagi ganti rugi teladan: Mahkamah ini merujuk kepada hujahan bertulis peguam cara terpelajar Defendan-Defendan yang menghuraikan mengenai ganti rugi teladan iaitu − “Ganti rugi teladan di atas pencerobohan yang dilakukan oleh Defendan ke atas Hartanah tersebut: 85. Plaintif turut menuntut Ganti rugi Teladan terhadap Defendan-Defendan. Defendan-Defendan menghujahkan bahawa Plaintif tidak berhak menuntut Gantirugi Teladan atas sebab telah terhalang oleh doktrin of laches. Maka adalah dihujahkan bahawa tuntutan Gantirugi Teladan ini juga seharusnya ditolak dengan kos. 86. Dalam kes Ng Chooi Aw and Anor v. Eng Ah Jam @ Ng Kim Piau and Anor [2008] MLJU 210 Mahkamah memutuskan seperti berikut: “As regards, to the Appellants' claim for exemplary damages I refused the same primarily on the grounds that the said claim was not specifically pleaded by the Appellants in their Statement of Claim. The Supreme Court Practice (Vol. 1) Para 18/8/7 provides − “A claim for exemplary damages must be specifically pleaded, together with the facts relied on, (see Para (3)) negativing the contrary ruling of the Court of Appeal in Broome v. Cassell & Co. Ltd [1971] 2 Q.B 354 and restoring [1971] 1 A11E.R. 262 (Lawton J). Paragraph (3) has the effect of requiring that − (1) the claim for exemplary damages be specifically pleaded in the body of the Statement of Claim (or counterclaim), not merely in the prayer and in addition to any other claim for damages. (2) the facts on which the party relies to support his claim for exemplary damages be pleaded with proper particularity". 87. Adalah suatu undang-undang yang mantap bahawa ganti rugi teladan hanya akan diberikan sekiranya Plaintif berjaya membuktikan bahawa tindakan Defendan-Defendan adalah termasuk di bawah tiga (3) kategori atau keadaan yang berikut: (a) Where there is oppressive, arbitrary or unconstitutional action by the servants of the Government; (b) Where the defendant's conduct had been calculated to make a profit; dan (c) Where expressly it is authorized by statute. 88. Dihujahkan dalam konteks kes Plaintif ini, dakwaan-dakwaan yang dibuat dan diplidkan oleh Plaintif adalah tidak menjurus kepada mana-mana kategori di atas. 89. Pemberian ganti rugi teladan bukanlah satu kemestian tetapi ianya hanya akan diberikan apabila Mahkamah berpendapat pampasan yang telah diberikan (ganti rugi am dan/atau ganti rugi khas) adalah tidak mencukupi untuk menghukum Defendan-Defendan atas tindakan berbentuk ‘oppressive’, ‘arbitrary’ atau ‘unconstitutional’ yang telah dibuat. Prinsip ini dinyatakan di dalam kes Rookes v. Barnard And Others [1964] 1 All ER 367 di mana Lord Devlin membuat pemerhatian berikut: “In a case in which exemplary damages are appropriate, a jury shouId be directed that if, but only if, the sum which they have in mind to award as compensation (which may, of course, be a sum aggravated by the way in which the defendant has behaved to the plaintiff) is inadequate to punish him for his outrageous conduct, to mark their dissapproval of such conduct and to deter him from repeating it, then it can award some larger sum.”. 90. Privy Council di dalam kes A v Bottrill [2003] 1 AC 449 mengariskan ujian untuk menentukan ‘outrageous conduct’ seperti berikut: ‘…cases satisfying the test of outrageousness will usually involve intentional wrongdoing with, additionally, an element of flagrancy or cynicism or oppression or the like: something additional rendering the wrongdoing or the manner or circumstances in which it was committed particularly appalling’. 91. Merujuk kes Mohammad Shafiq Dollah lwn Sarjan Mejar Abdul Manaf Jusoh & yang lain dan satu kes lagi [2012] MLJU 1793 Mahkamah di dalam kes ini telah mengawadkan gantirugi teladan dan kepada Plaintif atas sebab-sebab berikut: [7] Semasa di Balai Polis Pandan Indah, Shafiq telah dibawa masuk ke dalam stor di mana Shafiq telah dipaksa untuk mengaku mencuri motosikal. Apabila Shafiq enggan membuat demikian, Shafiq telah dipukul, dipijak-pijak, diterajang dan ditendang oleh defendan pertama sehingga menyebabkan Shafiq terjatuh. [8] Pada masa itu, Shafiq telah merayu kepada defendan pertama supaya tidak dipukul kerana Shafiq pernah menjalani pembedahan membuang limpa, dan luka pembedahan masih dalam proses penyembuhan dan perkara ini telah diberitahu defendan pertama dan anggotanya semasa Shafiq diarahkan masuk ke dalam stor tetapi tidak dihiraukan. [9] Shafiq kemudiannya disoal siasat di dalam stor di Balai Polis Pandan Indah dengan tangan Shafiq bergari dan Shafiq juga telah diarahkan duduk di atas lantai dengan meluruskan kedua-dua belah kaki. [10] Beberapa anggota polis yang tidak diketahui identitinya termasuk defendan pertama telah menyerang dan menghentam Shafiq. KakiShafiq telah dipijak-pijak dan dipukul dengan getah paip kuning yang bersimpul dan badan Shafiq telah dipukul dan ditendang berkali-kali. Ini dilakukan untuk mendapatkan pengakuan daripada Shafiq bahawa Shafiq terlibat dengan aktiviti mencuri motosikal. [11] Shafiq cuba mengelak dari pukulan dan akibatnya Shafiq telah dipukul dengan lebih teruk dan terkena di tempat pembedahannya dan Shafiq juga telah dihentam dan dipukul di seluruh badan. [12] Serangan dan hentaman mengakibatkan kecederaan di seluruh badan terutamanya di bahagian kaki Shafiq sehinggakan Shafiq telah membuang air besar di dalam seluarnya kerana tidak dibenarkan oleh defendan pertama pergi ke tandas. Selepas itu barulah defendan pertama menyuruh Shafiq membersihkan seluarnya dan sekembalinya dari tandas Shafiq telah dipukul lagi sehingga pitam dan separuh sedar dan barulah kemudiannya Shafiq telah dihantar ke Hospital Ampang oleh anggota polis pada malam tangkapan tersebut untuk mendapatkan rawatan. [13] Shafiq berada di hospital selama enam hari (tiga hari daripada enam hari tersebut Shafiq telah direman dengan tangan digari di katil hospital) untuk menerima rawatan akibat kecederaan dan kesakitan akibat pukulan dan hentaman tersebut.”. 92. Dalam kes Rosli Mohd Amin & Yang Lain Lwn. Pengarah Hospital Segamat & Yang Lain [2011] 5 CLJ 97 Mahkamah telah menolak tuntutan Ganti rugi Teladan dan Ganti rugi Teruk kerana Plaintif telah gagal membuktikan berhak menuntut kedua-dua gantirugi tersebut. 93. Oleh yang demikian, Defendan-Defendan menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan di mahkamah ini dan prinsipundang-undang yang telah dihuraikan di atas, Plaintif telah gagal membuktikan ganti rugi teladan yang dituntut maka tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan seharusnya ditolak dengan kos.”. [86] Mahkamah ini mendapati berdasarkan fakta kes, keterangan lisan dan keterangan dokumentar yang dibentangkan dalam perbicaraan penuh bagi tort pencerobohan tanah, Defendan-Defendan tidak perlu dihukum dengan mengenakan ganti rugi teladan. Tindakan Defendan-Defendan yang menggunakan Hartanah Plaintif bagi membina sebuah klinik desa tanpa kebenaran dan izin Plaintif adalah suatu yang tidak mengikut lunas undang-undang. Namun, tindakan Defendan-Defendan yang akan memampas Plaintif “buat kali kedua” iaitu selepas kemenangan kes ini, melalui prosiding pengambilan tanah adalah memadai di mana sebagai tuanpunya dan pemilik berdaftar tanah tersebut, Plaintif telah dan akan dibayar dengan wang bagi kerugian atas tort pencerobohan ini. Kesimpulan [87] Berdasarkan penelitian Mahkamah ini, selepas meneliti semua keterangan, dokumen dan hujahan bertulis yang dibentangkan oleh pihak-pihak di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah ini membenarkan sebahagian sahaja perintah yang dipohon oleh Plaintif. Bertarikh: 22 Jun 2024. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi pihak Plaintif: Nuril Muhaniza dan Nor Albina Alleseana bt Mohd Jaib Tetuan Abu Zahar Syed Mohd Fuad & Partners, Petaling Jaya. Bagi pihak Defendan-Defendan: Nur Aifaa binti Che Abdullah Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Shah Alam
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.