Defendan telah menerima permintaan Plaintif untuk menjalankan TSS di tapak HSTW. Defendan telah menerima TP Plaintif untuk tapak HSTW. [19] Tindakan-tindakan Plaintif tersebut adalah semasa pihak-pihak masih berbincang berkenaan terma dan syarat lesen.. [20] Defendan telah membuat laporan polis terhadap Plaintif dan memaklumkan kepada Plaintif bahawa perlakuan Plaintif tidak dapat diterima dan Defendan akan meninggalkan perbincangan berkaitan lesen. [21] Walau bagaimanapun perbincangan telah berjalan sehingga Jun 2020 tetapi gagal dan 11 bulan dari Jun 2020 Plaintif telah memfailkan tuntutan guaman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap Defendan dan Defendan pula telah memfailkan tuntutan balas. Guaman tersebut akan didengar oleh Mahkamah Sesyen. PERTIKAIAN-PERTIKAIAN [22] Melalui surat bertarikh 29.7.2019, Defendan mendakwa bahawa Plaintif telah menceroboh dan telah menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang di Tapak-Tapak USP dan Tapak-Tapak EBB. Defendan juga mendakwa bahawa Plaintif telah menceroboh masuk ke Tapak-Tapak USP dan Tapak-Tapak EBB dan memasang peralatan Plaintif tanpa pengetahuan dan kelulusan Defendan. Plaintif menafikan dakwaan-dakwaan Defendan tersebut. [23] Melalui surat bertarikh 28.4.2021, peguamcara Plaintif telah menuntut supaya Defendan menyerahkan peralatan Plaintif di Tapak-Tapak EBB. Melalui surat tersebut, Plaintif juga menuntut pembayaran jumlah RM362,622.00 untuk kehilangan dan ganti rugi yang dialami oleh Plaintif. DAPATAN MAHKAMAH [24] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Puan Hakim Mahkamah Sesyen bertarikh 8.2.2022 dan berpendapat tiada keperluan untuk Mahkamah ini mengubah keputusan tersebut dan menolak rayuan pihak Plaintif / Perayu dengan kos. [25] Undang-undang berkaitan injunksi adalah jelas seperti yang diperuntukan dibawah:- “ Section 53 Specific Relief Act 1950 [Tab 1 RBOA]: “When, to prevent the breach of an obligation, it is necessary to compel the performance of certain acts which the court is capable of enforcing, the court may in its discretion grant an injunction to prevent the breach complained of, and also to compel performance of the requisite acts”. ii) Dalam kes Tinta Press Sdn Bhd v Bank Islam Malaysia Berhad [1987]CLJ Rep 396 at page 389 para E to G Supreme Court [Tab 2 RBOA] menyatakan seperti berikut:- “ By judicial process, and powers extended to the granting of an interlocutory mandatory injunction before trial. Such discretion however must be exercised and an injunction granted only in exceptional and extreme rare cases...” “ The case must be unusually strong and clear in that the court must feel assured that a similar injunction would probably be granted at the trial on the ground that it would be just and equitable that the plaintiff's interest be protected by immediate issue of an injunction, otherwise irreparable injury and inconvenience would result.” iii) Mahkamah Rayuan dalam kes La-Kaffa International Co Ltd v Loob Holding Sdn Bhd & Anor Appeal [2018]9 CLJ at pages 614 to 616 para 32 to 36 [Tab 3 RBOA]: “ [32] It is trite that the threshold to grant interlocutory mandatory injunction is very high. It is usually granted when the plaintiff has an unusually strong and clear case against the defendant ”. [26] Plaintif memohon suatu injunksi memaksa Defendan sama ada bertindak secara kediri, pekerja-perkerjanya, ejen-ejen, wakil-wakil, pemegang-pemegang lesen atau sesiapa yang mengawal tapak-tapak di Lorong Berkerly, Taman Berkerley, 91000 Tawau, Sabah (BEKY) dan Hospital Tawau, Jalan Tanjung Batu, 91000 Tawau, Sabah (HSTW), atau sesiapa-siapa atau jika tidak walau bagaimanapun, dalam 7 hari dari servis Perintah ini, membenarkan Plaintif, sama ada kediri, ejen-ejennya, pekerja-pekerja, wakil-wakil, kontraktor-kontraktor bebas atau sebaliknya, akses kepada tapak-tapak untuk mengambil posesi, menurunkan, dimobilisasi dan mengeluarkan peralatan Plaintif yang dipasang di atas menara-menara telekomunikasi Defendan dan kawasan-kawasan bersebelahan di Tapak-Tapak BEKY dan HSTW, dalam 3 bulan daripada Plaintif, ejen-ejennya, pekerja-pekerja, wakil-wakil, kontraktor-kontraktor bebas atau sebaliknya diberi akses. [27] Mengambilkira kes-kes di atas permohonan Plaintif tidak terjatuh dibawah “exceptional and extreme rare cases” yang mana injunksi boleh diberikan. [28] Dalam kes ini Letter Of Offer belum di muktamadkan dan juga belum ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan tidak mengikat mana-mana pihak. [29] Mahkamah berpendapat bahawa memandangkan tiada kontrak diantara kedua pihak, tiada wujudnya obligasi di pihak Defendan terhadap Plaintif. [30] Mahkamah juga mengambilkira bahawa Defendan pada setiap masa telah bersetuju untuk membenarkan Plaintif untuk mengambil kembali peralatan mereka dengan syarat Plaintif harus memuaskan terma-terma dan kewajiban (undertakings) yang ditetapkan oleh Defendan sepertimana dalam surat yang ditandakan sebagai Eksibit AS-4. Defendan tidaklah menghalang Plaintif mengambil kembali peralatan mereka tersebut. [31] Berkenaan permohonan Plaintif supaya Defendan dihalang daripada mengeluarkan, memusnahkan, mengusik atau sebaliknya peralatan Plaintif sehingga penentuan Plaintif mengambil posesi, menurunkan, dimobilisasi dan mengeluarkan peralatan yang dipasang di atas menara-menara telekomunikasi Defendan dan kawasan-kawasan bersebelahan di Tapak-Tapak BEKY dan HSTW. Mahkamah dapati atas pengakuan Defendan bahawa Defendan-Defendan tidak pernah menggunakan barangan Plaintif untuk kelebihan mereka mahupun mengambil tindakan ke atas barangan Plaintif. Peralatan Plaintif berada di kawasan-kawasan, dimana Plaintif telah memasangnya, pada setiap masa. [32] Pertimbangan fakta-fakta oleh Mahkamah seperti berikut:- 1) tiadanya letter of offer yang ditandatangani antara kedua pihak selepas perbincangan; 2) tiada gangguan terhadap barangan Plantif oleh Defendan; 3) peralatan Plaintif berada di kawasan dimana Plaintif telah memasangnya; 4) pada setiap masa Plaintif telah menceroboh kawasan Defendan tanpa izin dan telah memasang peralatan tanpa izin, (ini dengan mengambilkira LOO tidak muktamad); 5) tiada halangan oleh Defendan untuk mengambil peralatan mereka dengan syarat bahawa Plaintif harus memenuhi terma-terma dan kewajipan (undertaking) yang ditetapkan oleh Defendan. [33] Mengambilkira fakta-fakta di atas, tiada special and exceptional circumstances yang ditunjukkan oleh Plaintif secara bona fide untuk Mahkamah ini mempertimbangkan injunksi interlokutori sehingga kes didengar. [34] Oleh itu, Mahkamah menolak rayuan Plaintif dan mengekalkan keputusan Puan Hakim Mahkamah Sesyen pada 8.2.2022 dengan kos RM