Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN NO : 12B-143-07/2015 ANTARA UMEN HOLDINGS SDN BHD ….PERAYU DAN KAMSO CONSTRUCTION SDN BHD ….RESPONDEN
12B-143-07/2015
High Court of Malaysia1 Dec 2015
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN NO : 12B-143-07/2015 ANTARA UMEN HOLDINGS SDN BHD ….PERAYU DAN KAMSO CONSTRUCTION SDN BHD ….RESPONDEN
1
Rayuan ini telah difailkan oleh Perayu (Defendan) terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) Shah Alam yang telah membenarkan tuntutan (Responden) Plaintif sebanyak RM478,261.02 selepas satu perbicaraan penuh dijalankan. Latar Belakang Kes [2] Plaintif (Umens Holdings Sdn Bhd) adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan 2 mempunyai pejabatnya di No. 45-1, Jalan Puteri 2/3, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.
3
Manakala, Defendan (Kamso Construction Sdn Bhd) pula adalah juga sebuah Syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai pejabat berdaftarnya di No.16-1, Tingkat Satu, Jalan Remia 4/KS6, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan dan alamat perniagaannya di No.17A, Jalan SS 21/56B, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan).
4
Melalui Surat Award bertarikh 24.5.2011 (“Surat Award tersebut”) Defendan telah melantik Plaintif untuk melaksanakan kerja-kerja pembekalan, penghantaran dan pemasangan kerja-kerja aluminium di Projek Politeknik Banting bernilai RM302,995.00.
5
Adalah fakta yang dipersetujui bahawa pihak Defendan telahpun menjelaskan pembayaran sebanyak RM302,995.00 bagi skop kerja-kerja pembekalan dan pemasangan aluminium yang disenaraikan di dalam Surat Award tersebut. 3
6
Plaintif telah mendakwa selain daripada skop kerja-kerja yang dinyatakan atau terkandung di dalam Surat Award tersebut, pihak Defendan telah mengarahkan Plaintif untuk membekalkan bahan barangan dan membuat/melaksanakan kerja-kerja tambahan kuantiti serta kerja-kerja tambahan pelbagai (“kerja-kerja tambahan tersebut”) bernilai RM561,830.68.
7
Defendan enggan membayar Plaintif atas kerja-kerja tambahan tersebut. Atas keengganan Defendan membayarnya, Plaintif telah memfailkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan terhadap Defendan di Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi menuntut pembayaran berjumlah RM478,261.02.
8
Defendan telah menafikan tuntutan Plaintif tersebut. Di dalam Penyataan Pembelaan Terpindanya antara lain Defendan telah membangkitkan pembelaan-pembelaan berikut: i. menafikan terdapatnya arahan untuk kerja-kerja tambahan yang berjumlah RM561,830.68 sepertimana dakwaan Plaintif. ii, Defendan telah telah membuat pembayaran wang berjumlah RM386,564.66 kepada Plaintif untuk kerja-kerja yang telah 4 disempurnakan dan diluluskan di bawah Surat Award tersebut, melebihi nilai kontrak yang dipersetujui atas dasar suci hati “goodwill”. iii. tuntutan Plaintif tersebut adalah pra-matang kerana kerja-kerja tambahan tersebut masih belum diperiksa, diluluskan dan dipersetujui serta dibuat bayaran oleh Uni Integrated Construction Sdn Bhd (“main contractor”), pemilik projek tersebut kepada Defendan dan Defendan tidak berkewajipan membayar Plaintif bagi kerja-kerja tambahan tersebut. v. kerja-kerja tambahan tersebut adalah tidak berkualiti, cacat dan defektif dan gagal untuk mematuhi arahan kerja-kerja pembaikian dan baik pulih dan oleh itu Defendan terpaksa menanggung perbelanjaaan untuk memperbaiki segala kerja-kerja yang defektif tersebut.
9
HMS telah membuat dapatan yang memihak kepada Plaintif dengan membenarkan tuntutan Plaintif dan Defendan diperintahkan juga membayar kos tindakan kepada Plaintif sebanyak RM16,809.00. 5
10
Di dalam Memorandum Rayuan yang difailkan Defendan, Defendan telah mengemukakan 18 alasan merayu terhadap keputusan HMS dan menyatakan bahawa HMS telah khilaf daripada segi fakta dan undang-undang di dalam pemutusannya.
11
Namun, apabila rayuan ini dibicarakan di hadapan Mahkamah ini, peguam Defendan di dalam hujahan bertulisnya telah menyatakan bahawa isu-isu yang perlu ditentukan oleh Mahkamah ini adalah sepertimana yang telah disenaraikan di dalam ISU-ISU YANG HARUS DIBICARAKAN di hadapan HMS.
12
Bagi Mahkamah ini, pada dasarnya alasan-alasan Defendan merayu terhadap keputusan boleh dirangkumkan seperti berikut: a. bahawa HMS khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila memutuskan terdapatnya arahan daripada Defendan kepada untuk kerja-kerja tambahan tersebut dan Defendan bertanggungan untuk membayar jumlah RM 478,261.02 atas kerja-kerja tambahan tersebut. b. bahawa HMS khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila memutuskan bahawa tiada kelulusan daripada 6 “main contractor” diperlukan sebelum pembayaran dilbuat kepada Plaintif bagi kerja-kerja tambahan dan tuntutan Plaintif bukanlah satu tuntutan pra-masa. c. HMS khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila memutuskan bayaran sebanyak RM83,569.66 adalah sebahagian bayaran untuk kerja-kerja tambahan tersebut dan bukan merupakan bayaran lebihan yang dibayar oleh Defendan kepada Plaintif atas goodwill. d. HMS khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila tidak memutuskan bahawa terdapat kerja-kerja Plaintif yang tidak berkualiti, cacat dan defektif dan Defendan terpaksa menanggung perbelanjaaan untuk memperbaiki segala kerja-kerja yang tidak berkualiti, cacat dan defektif tersebut. e. samada terdapatnya arahan daripada Defendan kepada untuk kerja-kerja tambahan tersebut dan Defendan bertanggungan untuk membayar jumlah RM478,261.02 atas kerja-kerja tambahan tersebut. 7
13
Defendan kononnya menafikan terdapatnya arahan secara lisan atau bertulis daripada Defendan kepada Plaintif bagi membuat kerja-kerja tambahan tersebut selain daripada kerja-kerja yang di dalam skop Surat Award tersebut.
14
Mahkamah ini tidak nampak di mana HMS telah khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila memutuskan bahawa berdasarkan keterangan-keterangan yang ada di hadapannya terdapatnya arahan Defendan kepada Plaintif bagi kerja-kerja tambahan tersebut.
15
Mahkamah ini bersetuju dengan penemuan fakta oleh HMS berdasarkan fakta-fakta dan keterangan yang berikut: i. saksi Defendan sendiri (SD 2) telah mengakui kerja-kerja tambahan tersebut telah diarahkan oleh Defendan sewaktu Plaintif melakukan kerja-kerja seperti dinyatakan dalam Surat Award tersebut. ii. kesemua Progressive Claim di muka surat 232 hingga 235 Rekod Rayuan telah ditanda sebagai Eksibit P-3 tanpa sebarang bantahan oleh Defendan. 8 iii. Plaintif juga telah menghantar invois bagi kerja-kerja tambahan dan Defendan juga tidak membantah kemasukan invois-invois ini. (muka surat 222-231 Rekod Rayuan). iv. Defendan juga tidak pernah mempertikaikan jadual & plan bagi kerja-kerja tambahan di muka surat 258-297 Rekod Rayuan dan juga kemasukkan Summary Claim di muka surat 255-257 Rekod Rayuan.
16
Mengambil kira keterangan-keterangan dan fakta-fakta kes, Mahkamah ini berpendapat bahawa imbangan kebarangkalian lebih memihak kepada Plaintif bahawa memang benar terdapat arahan daripada Defendan kepada Plaintif untuk melaksanakan kerja-kerja tambahan tersebut. b. samada kelulusan daripada “main contractor” diperlukan sebelum pembayaran boleh dibuat kepada Plaintif bagi kerja-kerja tambahan dan samada tuntutan Plaintif adalah tuntutan pra-masa.
17
Persoalan yang timbul adakah pengataan Defendan itu benar bahawa sebelum Defendan boleh membuat bayaran kepada 9 Plaintif, kelulusan daripada “main contractor” adalah diperlukan terlebih dahulu.
18
Untuk itu, Mahkamah ini merujuk kepada Perenggan 1 Surat Award tersebut dan ianya menyatakan berikut: “You are required to submit all specifications and sample of material to us and we shall onward submit to our client Uni Integrated Construction Sdn Bhd for approval. The letter of award is only valid when our client Uni Integrated Construction Sdn Bhd approve all material you submitted and specifications of the products.” …
19
Bagi menyokong pembelaannya, Defendan telah cuba bergantung sepenuhnya dengan Perenggan 1 tersebut. Mahkamah ini perlu menekankan di sini beberapa perkara; pertamanya, jika Defendan mahu bergantung kepada perenggan 1 ini, Defendan mestilah juga memainkan peranan dengan menasihati Plaintif untuk “submit” segala spesifikasi dan sampel bahan kepada Defendan sebelum Defendan ‘submit’ kepada “main contractor”. Tetapi di dalam kes ini Defendan sendiri tidak berbuat demikian, maka adalah tidak adil untuk Defendan kini cuba meletakkan kesalahan ke atas 10 Plaintif yang kononnya tidak mendapat kelulusan daripada “main contractor” dan tidak boleh dibayar setelah Plaintif melaksanakan segala kerja-kerja tambahan yang diminta oleh Defendan. Bagi Mahkamah ini pembelaan yang ditimbulkan Defendan ini adalah jelas tidak bona fide. Kedua; adakah Defendan dan Plaintif terikat dengan Perenggan 1, Surat Award sedangkan kerja-kerja tambahan yang diminta dilaksanakan oleh Defendan tidak termasuk di dalam skop kerja yang dinyatakan Surat Award. Mahkamah ini telah membuat penelitian terperinci akan kandungan Surat Award tersebut dan mendapati tidak ada sebarang terma di dalam Surat Award tersebut yang memperuntukkan apa-apa kerja tambahan yang dilaksanakan berkaitan projek tersebut Surat Award adalah terpakai. Justeru, ianya adalah jelas bahawa Surat Award tersebut tidak mengikat pihak Plaintif dan Defendan bagi kerja-kerja tambahan yang dilaksanakan. Ketiga; Saksi Defendan sendiri iaitu SD 2 di dalam keterangannya telah menyatakan bahawa Surat Award tersebut tidak mengikat pihak-pihak bagi kerja-kerja tambahan. 11 Keempat; kedudukan adalah lebih jelas lagi apabila saksi yang dipanggil Defendan dari Uni Integrated Construction Sdn Bhd (main contractor) telah memberi keterangan bahawa Defendan tidak pernah mendapatkan apa-apa kelulusan daripada Uni Integrated Construction Sdn Bhd bagi bayaran Surat Award sebanyak RM302,995.00 dan juga bayaran bagi kerja-kerja tambahan sebanyak RM83,569.66 yang telah dibayar kepada Plaintif.
20
Dakwaan Defendan bahawa Plaintif perlu mendapat kelulusan daripada Uni Integrated Construction Sdn Bhd bagi kerja-kerja tambahan berdasarkan Perenggan 1,Surat Award adalah tidak dapat dipertahankan dan sewajarnya ditolak. Oleh yang demikian pengataan atau dakwaan Defendan bahawa tuntutan Plaintif bagi kerja-kerja tambahan pra-matang juga tidak boleh dipertahankan. c. samada bayaran sebanyak RM83,569.66 adalah merupakan bayaran lebihan yang dibayar oleh Defendan atas goodwill dan bukan sebahagian bayaran untuk kerja-kerja tambahan tersebut. 12
21
Defendan telah mendakwa bahawa ia telah membuat bayaran sebanyak RM83,569.66 kepada Plaintif atas dasar ‘goodwill’. Pengataan ini adalah satu yang sukar dipercayai dan bagi Mahkamah ini ia adalah satu yang dakwaan yang yang tidak masuk akal langsung atau mustahil. Mahkamah berpendapat begitu atas alasan-alasan berikut: i. melihat kepada perbuatan dan tindak-tanduk Defendan sendiri. Defendan tidak pernah mempertikaikan invois-invois yang dihantar oleh Plaintif bagi kerja-kerja tambahan tersebut. Defendan dengan ini telah mengenepikan haknya untuk mempertikaikan amaun yang dituntut bagi kerja-kerja tambahan. Defendan dengan ini adalah diestop untuk membangkitkan isu tentang keperluan kelulusan daripada Uni Integrated Construction Sdn Bhd setelah membuat pembayaran bagi kerja-kerja tambahan. (Sila lihat: Orix Factoring Malaysia Sdn Bhd v E-Furnishings International Sdn Bhd & Ors [2010] 9 MLJ 65 - “The first Defendant chose not to refute any of the monthly statements issued regularly by the Plaintiff. As it stood, the first Defendant was estopped from denying the existence of the debt as well as the quantum claimed by the Plaintiff”). Bagi tindak-tanduk dan perlakuan Defendan 13 juga, Mahkamah ini mesti merujuk kepada kes Boustead Trading (1985) Sdn Bhd v Arab Malaysian Merchant Bank Bhd [1995] 3 MLJ 331 yang telah merujuk kepada keputusan Lord Denning di dalam kes Amalgamated Investment and Property Co. Ltd (In Liquidation) v Texas Commerce International Bank Ltd [1982] 1 QB 84 yang menyatakan berikut: “The width of the doctrine has been summed up by Lord Denning in the Amalgamated Investment case (at p 122) as follows: The doctrine of estoppel is one of the most flexible and useful in the armoury of the law. But it has become overloaded with case. That is why I have not gone through them all in this judgment. It has evolved during the last 150 years in a sequence of separate developments: proprietary estoppel, estoppel by representation of fact, estoppel by acquiescence, and promissory estoppel. At the same time, it has been sought to be limited by a series of maxims: estoppel is only a rule of evidence, estoppel cannot give rise to a cause of action, estoppel cannot do away with the need for consideration, and so forth. All these can now be seen to merge into one general principle shorn of limitations. When the parties to a transaction proceed on the basis of an underlying assumption either of fact or of law – whether due to misrepresentation or mistake makes no difference – on which they have conducted the 14 dealings between them – neither of them will be allowed to go back on the assumption when it would be unfair or unjust to allow him to do so.” ii. Jumlah RM83,569.66 adalah suatu jumlah yang besar untuk dikatakan bayaran goodwill. Lebih-lebih lagi kalau diukur daripada kerja-kerja yang diberikan di dalam Surat Award adalah hanya RM302,995.00. Pembayaran goodwill sebanyak RM83,569.66 iaitu sebanyak lebih kurang 30% daripada jumlah Surat Award, menjadikan ianya suatu yang tidak munasabah. Mahkamah ini bersependapat dengan HMS bahawa alasan yang diberikan oleh Defendan bagi pembayaran tersebut atas dasar ‘goodwill’ adalah sesuatu ‘afterthought’. iii. Tambahan lagi pula, saksi Defendan sendiri iaitu SD-2, Lim Ee@Lim Bol Tiek telah mengaku semasa pemeriksaan balas bahawa Defendan telah membuat lebihan bayaran kerana Plaintif ada membuat kerja-kerja tambahan dengan Defendan. 15 “Q 31 : I put to you that you paid exceed from the actual amount because the Plaintiff had done the variation work with you, agree or not? My question you agree or not you paid more than actual amount because the Plaintiff had done the variation work or additional work with you, do you agree? J : Yes Q 32 : So do you agree that because the Plaintiff already done the variation work and the additional work because of that you had paid more than RM302,995 right? J : Yes.” iv. Keterangan SD-2 ini juga disokong oleh seorang lagi saksi Defendan iaitu SD-3. SD-3 telah mengakui bahawa adanya kerja-kerja tambahan yang telah dilaksanakan oleh Plaintif atas arahan Defendan. Justeru, alasan pembayaran lebih yang dilakukan oleh Defendan atas dasar “goodwill” mestilah ditolak sama sekali.
22
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa bayaran sebanyak RM83,569.66 yang dibayar oleh Defendan kepada Plaintif adalah untuk kerja-kerja tambahan dan tuntutan Plaintif adalah suatu tuntutan yang sah dan berasas. 16 Pembelaan Defendan yang mendakwa tuntutan Plaintif adalah pra-masa tidak boleh berdiri dan tidak boleh diterima sama sekali. d. samada terdapat kerja-kerja Plaintif yang tidak berkualiti, cacat dan defektif dan Defendan terpaksa menanggung perbelanjaaan untuk memperbaiki segala kerja-kerja yang tidak berkualiti, cacat dan defektif tersebut
23
Dakwaan Defendan bahawa terdapat kerja-kerja Plaintif yang tidak berkualiti, cacat dan defektif dan Defendan terpaksa menanggung perbelanjaaan untuk memperbaiki segala kerja-kerja yang tidak berkualiti, cacat dan defektif tersebut adalah pengataan kosong semata-mata. Defendan telah gagal membuktikan dakwaan ini. Malahan, saksi-saksi Defendan sendiri tidak mempunyai pengetahuan langsung berkaitan kerja-kerja Plaintif yang dikatakan tidak berkualiti, rosak,cacat dan defektif. Tambahan lagi, Plaintif juga tidak pernah dimaklumkan oleh Defendan tentang apa-apa kerja Plaintif yang tidak berkualiti, rosak,cacat dan defektif.
24
Prinsip undang-undang berkenaan campur tangan rayuan (appellate intervention) bagi rayuan-rayuan selepas perbicaraan 17 penuh adalah jelas dinyatakan di dalam kes Lee Ing Chin & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19 yang mana Mahkamah Rayuan menyatakan seperti: “Very recently, this Court in Arab Malaysian Finance Bhd v. Steven Phoa Cheng Loon & Ors [2003] 1 CLJ 585 CA, reviewed some of the leading authorities on appellate intervention and identified the general rule of appellate non-interference. We also considered some of the categories in which appellate interference is warranted. We find it unnecessary to repeat what we there said. Suffice to say that we re-affirm the proposition that an appellate court will not, generally speaking, intervene unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. But appellate interference will take place in cases where there has been no or insufficient judicial appreciation of the evidence. It is, we think appropriate that we say what judicial appreciation of evidence involves. A judge who is required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. He must, when deciding whether to accept or to reject the evidence of a witness test it against relevant criteria. Thus, he must take into account the presence or absence of any motive that a witness may have in giving his evidence. If there are contemporary documents, then he must test the oral evidence of a witness against these. He must also test the evidence of a particular witness against the probabilities of the case. A trier of fact who makes findings based purely upon the demeanour of a witness without undertaking a critical analysis of that witness’ evidence runs the risk of having 18 his findings corrected on appeal. It does not matter whether the issue for decision is one that arises in a civil or criminal case: the approach to judicial appreciation of evidence is the same. There are a number of important and leading cases in which the point has been considered. (emphasis added) (Sila lihat: i.Conlay Construction Sdn Bhd V. Perembun (M) Sdn Bhd [2013] 9 CLJ 828; ii. Dr Jayadevan A/L Arayan & Anor V. Sharon Simon & Ors [2000] 3 MLJ)
25
Berdasarkan alasan-alasan di atas, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini, rayuan ini bukanlah satu kes yang mana HMS telah terkhilaf di dalam pemutusan fakta mahupun undang-undangnya yang memerlukan campur tangan Mahkamah ini. Mahkamah ini dengan itu menolak rayuan Defendan dengan kos sebanyak RM5000.00. t.t. ...................................................... (DATUK AZIMAH BINTI OMAR) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor Darul Ehsan Bertarikh 1 haribulan Disember 2015 19 Peguam Perayu - Tetuan H.S. Chew & Co Encik C.K. Chew Peguam Responden - Tetuan K.Francis & Varghese Encik Varghese Onny & Cik Anis Syazween
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.