Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-22NCC-22-04/2019 ANTARA UNITED OVERSEAS BANK (CHINA) LIMITED, CHENGDU BRANCH …PLAINTIF
JA-22NCC-22-04/2019
High Court of Malaysia12 Jun 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-22NCC-22-04/2019 ANTARA UNITED OVERSEAS BANK (CHINA) LIMITED, CHENGDU BRANCH …PLAINTIF
1
Ini adalah permohonan Defendan@Perayu untuk penggantungan pelaksanaan perintah sehingga pelupusan rayuan di Mahkamah Rayuan Rayuan Sivil J-02(NCC)(W)-1838-11/2023 atas penghakiman Mahkamah ini bertarikh 10.10.2023 yang membenarkan tuntutan Plaintif@ Responden terhadap Defendan bagi sejumlah wang beserta faedah atas jaminan peribadi yang diberikan oleh Defendan kepada Plaintif.
2
Jaminan peribadi ini adalah terhadap kemudahan perbankan yang diberikan oleh Plaintif kepada Foh Chong (Guangxi) Chemical Co. Ltd. (“FCGC”) sebanyak 92.5 juta di dalam nilai “RMB” iaitu nilai matawang China, di mana jaminan diberikan Defendan atas dasar indemnity sepenuhnya. Bantahan awal Plaintif [3] Pihak Plaintif membangkitkan bantahan awal terhadap permohonan Defendan ini kerana tidak lengkap dan tidak mematuhi kaedah yang ditetapkan atas kegagalan pihak pemohon menyatakan peruntukan yang disandarkan dalam membuat permohonan ini sama ada di dalam tajuk intitulement atau kandungan permohonannya.
4
Mahkamah ini berpendapat ia bukanlah suatu yang memprejudiskan pihak-pihak kerana kausa tindakan Defendan memohon penggantungan pelaksanaan ini jelas diperuntukkan oleh undang-undang melalui Akta Mahkamah Kehakiman dan Kaedah Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan difailkan untuk diadjudikasikan, malahan Peguam Plaintif sedia maklum akan peruntukan ini. Oleh itu, bantahan awal Plaintif ditolak kerana isu ini adalah jelas, nyata dan tidak rumit.
5
Semasa pendengaran permohonan ini, Mahkamah telah dimaklumkan bahawa rayuan 1838 ini akan hanya didengar pada Mei 2025 di Mahkamah Rayuan. Beberapa alasan telah dikemukakan oleh Defendan untuk membawa perhatian Mahkamah ini tentang kenapa terdapat keperluan untuk permohonan lampiran 234 ini dibenarkan dan Mahkamah membenarkan permohonan ini dengan mengambil langkah berhati-hati apabila mendapati bantahan awal Plaintif untuk mahkamah 3 tidak bergantung atas deposisi saksi Defendan bernama ‘Mr. Li’ berhubung “Total Assets Overview” “TAO” iaitu nilai aset-aset Defendan yang digadai janji (mortgage) kepada Plaintif yang kesahihannya jelas dipertikaikan oleh Plaintif dan “TAO” ini tidak ada dilampirkan kepada affidavit ‘Mr. Li’. Merits permohonan [6] Di antaranya ialah Plaintif@Responden telah memfailkan prosiding kebenaran memulakan prosiding kebankrapan terhadap Defendan sebagai penjamin menerusi Permohonan Kebankrapan No. JA-29NCC- 91-02/2024 di Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan jika prosiding kebankrapan ini dibenarkan untuk diteruskan, Defendan akan hilang kelayakan untuk meneruskan kapasitinya sebagai pengarah syarikat sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 38(1)(d) Akta Insolvensi 1967.1 1 Section 38. Duties and disabilities of bankrupt
1
Where a bankrupt has not obtained his discharge—
a
the bankrupt shall be incompetent to maintain any action (other than an action for damages in respect of an injury to his person) without the previous sanction of the Director General of Insolvency;
b
the bankrupt shall once in every six months render to the Director General of Insolvency an account of all moneys and property which have come to his hands for his own use during the preceding six months, and shall pay and make over to the Director General of Insolvency so much of the same moneys and property as have not been expended in the necessary expenses of maintenance of himself and his family; (ba) notwithstanding paragraph (b), the bankrupt shall immediately report to the Director General of Insolvency the receipt of any moneys, property or proceeds in any form from property the value of which exceeds five hundred ringgit and which moneys, property or proceeds do not form part of his usual income and the bankrupt shall, as soon as may be required by the Director General of Insolvency, pay or make over such moneys, property or proceeds to the Director General of Insolvency; (bb) the bankrupt shall immediately inform the Director General of Insolvency if there is any change of his home address;
c
the bankrupt shall not leave Malaysia without the previous permission of the Director General of Insolvency or of the court; [7] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak Defendan bahawa jika ini berlaku, menjadikan Defendan dihukum lebih awal sebelum rayuan Defendan di Mahkamah Rayuan didengar dan boleh mengakibatkan ia menjadi sia-sia. Ini juga akan menjurus kepada satu penemuan dibuat bahawa Mahkamah ini telah menumpukan kepada isu merit yang berbangkit dalam kes ini sedangkan isu merit adalah lebih wajar untuk diputuskan oleh mahkamah atasan yang mendengar rayuan ini. [8] Di dalam kes Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2004] 1 MLJ 257 (FC) di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan: “The merits of a party’s case in a stay application is not a relevant matter for consideration”. [9] Mengambil saranan Mahkamah Persekutuan ini sebagai panduan, isu terdapat lebih daripada seorang penjamin dalam pinjaman FCGC ini sama ada sewajarnya dipertimbangkan untuk manfaat Plaintif ataupun
d
the bankrupt shall not, except with the previous permission of the Director General of Insolvency or of the court, enter into or carry on any business either alone or in partnership, or become a director of any company or otherwise directly or indirectly take part in the management of any company;
e
the bankrupt shall not, except with the previous permission of the Director General of Insolvency or of the court, engage in the management or control of any business carried on by or on behalf of, or be in the employment of, any of the following persons, namely—
i
his spouse;
II
(ii) a lineal ancestor or a lineal descendant of his or a spouse of such ancestor or descendant; or
III
(iii) a sibling of his or a spouse of such sibling.
1A
In granting permission under paragraph (c), (d) or (e) of subsection (1), the Director General of Insolvency or the court may impose such conditions as he or it may think fit.
2
A bankrupt who makes default in performing or observing this section or a condition imposed pursuant to subsection (1A) shall be deemed guilty of a contempt of court, and shall be punished accordingly on the application of the Director General of Insolvency. Defendan, tidak harus membuka ruang untuk permohonan penggantungan perintah ini ditolak kerana ia adalah lebih isu atas merit dan Mahkamah Persekutuan dalam Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd jelas menyatakan pendiriannya isu atas merit bukan suatu yang relevan. [10] Tambahan pula berdasarkan penyata tuntutan Plaintif di dalam kes ini, Plaintif merupakan satu entity luar yang menjalankan perniagaan perbankannya di Unit 8, 9, 10, 21F Office Tower 1, Chengdu IFS, No. 1, Section 3, Hongxing Road, Jinjiang District, Chengdu Sichuan Province, China. Oleh itu, wujud keadaan yang tidak dapat menjamin pemulangan semula wang yang diperintahkan oleh Mahkamah untuk dibayar oleh Defendan kepada Plaintif yang berada di luar bidangkuasa Mahkamah, bersandarkan nas otoriti Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd yang merujuk dan bersetuju dengan dicta dalam The Annot Lyle (1886) 11 PD 114 yang memutuskan seperti berikut: “If in any particular case there is a danger of the appellants not being repaid if their appeal is successful, either because the respondents are foreigners, or for other good reason, this must be shewn by affidavit, and may form a ground for ordering a stay”. [11] Mahkamah ini turut bergantung kepada fakta bahawa kesegeraan dalam tempoh masa untuk rayuan didengar yang tidak dinafikan Plaintif akan didengar pada Mei 2025, turut menjadi sebahagian faktor yang menjadi asas pertimbangan Mahkamah ini dalam membenarkan permohonan penangguhan, meskipun faktor kesegeraan rayuan boleh didengar bukanlah asas utama (primary factor). Dapatan ini juga selari dengan berlandaskan prinsip dalam kes Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd yang bersetuju bahawa “there are myriad circumstances that could constitute special circumstances …” . [12] Mahkamah ini, di dalam memutuskan seperti di atas turut mengambil kira perniagaan Plaintif yang menjalankan transaksi perbankan dan semestinya kitaran wang dalam RMB hasil daripada keputusan Mahkamah ini membenarkan tuntutan Plaintif, semestinya akan berlaku pusingan wang ini di platform pinjaman dan perbankan dan ia bukan hanya untuk disimpan dalam tabung Plaintif. [13] Oleh itu, jika penangguhan pelaksanaan perintah tidak dibenarkan, tiada jaminan yang wang ini akan kekal berada dalam kawalan Plaintif dan tidak diusik atau terjejas. Ini ditambah dengan fakta bahawa Plaintif tidak berlengah dalam memulakan tindakan kebankrapan terhadap Defendan yang membawa maksud Defendan akan dikenakan tindakan penguatkuasaan jika perintah Mahkamah yang membenarkan tuntutan Plaintif diambil sambil lewa. [14] Atas alasan ini, Mahkamah membenarkan permohonan Defendan untuk suatu penggantungan pelaksanaan perintah bertarikh 10.10.2023 yang diberikan oleh Mahkamah ini. -Tandatangan- (NURULHUDA NUR’AINI BTE MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Bertarikh: 5.12.2024 KAUNSEL Bagi pihak Plaintif: Nicola Tang Zhan Ying (Chris Lim Yen Hao, Jeremia Majantim Goh bersamanya) Tetuan Lee Hishamuddin Allen & Gledhill Peguambela & Peguamcara Aras 6, Menara 1 Dutamas, Solaris Dutamas No. 1, Jln. Dutamas 1 50480 Kuala Lumpur Bagi pihak Defendan: Dato’ Yeo Yang Poh (Chok Chin You bersamanya) Tetuan Yeo Chambers Peguambela & Peguamcara 30.06, Tkt 30, Johor Bahru City Square Office Tower, No 106 Jln Wong Ah Fook 80000 Johor Bahru
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.