Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: CB-22NCC-1-03/2022 ANTARA UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD … PLAINTIF (No. Syarikat: 271809-K)
/akn/my/judgment/high-court/2022/61cb058c-9704-4b09-ae31-73f49fd0728e
High Court of Malaysia30 Jun 2022CB-22NCC-1-03/2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“for the purpose of securing a benefit to the debenture holders was irrevocable as a power given to the debenture holders themselves. It was further held that the sale did not contravene s 227 of the Companies Act 1948 (equivalent to the Malaysian s 223) since although made in the name of the company, it was a sale of p”
“tion by a plaintiff to be met by a cross-claim of the defendant against the plaintiff. The Court simply left the defendant to commence a separate action. It was only by virtue of the Supreme Court of Judicature Act 1873, s. 24(3) that enabled the defendant's counterclaim to be added to the plaintiff's suit. In so far a”
“ing the debenture-holders have been paid: see, on the general position, Parsons v Sovereign Bank of Canada ([1913] 3 AC 160, 168 and 170–172) and per Lord Atkinson in Moss Steamship Co Ltd v Whinney ([1012] AC 254 at 263, [1911–13] All ER Rep 344). In both these cases, as in Biggerstaff's case, the receiver was appoint”
“akta yang material yang dinyatakan dalam kes Bruce v Odhams Press Limited (supra) ini telah dirujuk oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes YKL Engineering Sdn Bhd v Sungei Kahang Palm Oil Sdn Bhd & Anor [2022] MLJU 1504, [2022] 1 LNS 1531 seperti berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of th”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: CB-22NCC-1-03/2022 ANTARA UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD … PLAINTIF (No. Syarikat: 271809-K)
1
MENTAKAB STARMALL SDN BHD (Dalam Penerimaan) (No. Syarikat: 834068-D)
2
PHENG YIN HUAH (No. K/P: 480702-06-5091/2505742)
3
PHENG CHIN KIAT (No. K/P: 700906-06-5167/A1622948)
4
SISTEM DUTA SDN BHD (No. Syarikat: 389686-A) … DEFENDAN-DEFENDAN (mengikut tuntutan asal)
1
MENTAKAB STAR MALL SDN BHD (Dalam Penerimaan) (No. Syarikat: 834068-D)
2
PHENG YIN HUAH (No. K/P: 480702-06-5091/2505742)
3
PHENG CHIN KIAT (No. K/P: 700906-06-5167/A1622948) … PLAINTIF-PLAINTIF
1
UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (No. Syarikat: 271809-K)
2
CHAN SIEW MEI (No. K/P: 660710-08-5306) (PENGURUS DAN PENERIMA SYARIKAT MENTAKAB STAR MALL SDN BHD. [NO. SYKT 834068-D]) … DEFENDAN-DEFENDAN (mengikut tuntutan balas) ALASAN PENGHAKIMAN [1] Kes ini pada mulanya difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuantan melalui nombor CA-22NCC-11-10/2020 dan telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Malaya di Temerloh melalui perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Kuantan pada 29.10.2021. [2] Di dalam kes ini terdapat pelbagai permohonan yang dikemukakan oleh pihak-pihak. Ia adalah terdiri daripada:
i
(i) Permohonan Penghakiman Terus (Kandungan 6);
Subparagraph
(ii) Permohonan Defendan Kedua dalam tuntutan balas untuk dibatalkan (Kandungan 28);
Subparagraph
(iii) Permohonan Plaintif dalam tuntutan asal untuk tuntutan balas dibatalkan (Kandungan 24); dan
Subparagraph
(iv) Permohonan Defendan Kedua di dalam tuntutan balas untuk jaminan kos (Kandungan 38). [3] Mahkamah ini akan memutuskan Kandungan 6 terlebih dahulu, diikuti dengan Kandungan 28, Kandungan 24 dan akhirnya Kandungan 38. Permohonan Plaintif untuk penghakiman terus dalam tuntutan asal (Kandungan 6) [4] Plaintif menyatakan di dalam penyata tuntutan dan affidavit sokongan untuk permohonan penghakiman terus bahawa Plaintif (tuntutan asal) telah memberikan kemudahan perbankan dalam bentuk pinjaman kadar faedah tetap sebanyak RM85,000,000.00 kepada Defendan Pertama. Ini terdapat di dalam eksibit ‘CW-1’, affidavit Cherie Wu yang diikrarkan pada 04hb. Disember 2020. [5] Defendan Pertama dikehendaki membayar bagi tempoh bermula 06.03.2016 sehingga pinjaman kadar faedah tetap dan kesemua faedah ke atasnya selesai secara ansuran bulanan. Sementara itu Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat adalah penjamin dan jaminan korporat. Mereka adalah berperanan sebagai penanggung rugi dan penghutang utama kepada Plaintif. Terma-terma berkaitan adalah sepertimana di kausa 13 hingga kausa 19 perjanjian tersebut. Sementara itu, terma-terma berkaitan tanggungjawab penjamin terdapat di kausa 23 perjanjian tersebut. [6] Defendan Pertama telah dikatakan gagal membayar jumlah yang terhutang yang perlu dijelaskan kepada Plaintif. Pada 08.01.2018 Plaintif telah menamatkan kemudahan perbankan tersebut setakat 04.01.2018. [7] Ekoran daripada tunggakkan tersebut, Defendan Pertama telah memohon supaya sebarang tindakan undang-undang terhadap beliau ditangguhkan. Ia dipersetujui oleh Plaintif untuk memansuhkan tindakan undang-undang sehingga Januari 2019 dengan syarat untuk Defendan Pertama memasukkan suatu kaveat pemegang lien ke atas 30 lot tanah sebelum 30.03.2018. [8] Walau bagaimanapun Defendan Pertama telah gagal melakukannya. Ini telah menyebabkan Plaintif telah melantik seorang Chan Siew Mei dari Tetuan KPMG Deal Advisory Sdn Bhd (R&M) sebagai penerima dan pengurus hartanah bercagar Plaintif. Plaintif menyatakan Defendan-Defendan tidak mempunyai pembelaan bona fide. Oleh itu penghakiman terus sewajarnya dimasukkan terhadap Defendan-Defendan dalam tuntutan asal. Sanggahan Defendan-Defendan dalam tuntutan asal [9] Defendan-Defendan melalui affidavit jawapan Pheng Chin Kiat yang diikrarkan pada 28.12.2020 menyatakan bahawa surat-surat kemudahan perbankan yang dikeluarkan oleh Plaintif adalah saling mengatasi antara satu sama lain. Begitu juga terma pembayaran tersebut adalah berbeza dengan terma surat tawaran bertarikh 15.11.2011 di mana dikatakan pembayaran ditetapkan pada RM1,013,410.00 sebulan selama 120 bulan. [10] Defendan-Defendan menafikan telah menerima surat daripada Plaintif yang memaklumkan berkenaan tunggakan yang perlu dijelaskan. Defendan-Defendan juga mendakwa tidak menerima notis berkenaan yang di eksibitkan sebagai “CW-3” seperti dalam affidavit Plaintif. [11] Defendan-Defendan juga mengatakan bahawa Plaintif masih memegang 30 hakmilik yang dikatakan sewajarnya dibuat kaveat pemegang lien oleh Defendan-Defendan tidak timbul. Ini adalah disebabkan Plaintif sewajarnya memfailkan kaveat. Selain daripada itu, pelantikan dan urusan R&M adalah dibuat oleh Plaintif sendiri. Segala urusan berkenaan dengan hartanah yang berkaitan adalah di dalam kawalan Plaintif dan R&M. Ia memprejudiskan pihak Defendan-Defendan. [12] Defendan-Defendan juga mendakwa bahawa kenaikan pinjaman daripada RM68,601,473.13 kepada RM90,665,898.99 dalam tempoh dua tahun setelah R&M dilantik adalah sesuatu yang tidak wajar. Ini ditambah pula R&M tersebut dilantik oleh Plaintif sendiri. Oleh itu terdapat isu-isu boleh bicara yang memerlukan perbicaraan. Ia tidak boleh diputuskan berdasarkan affidavit pihak-pihak. [13] Defendan-Defendan juga menyatakan bahawa terdapat konspirasi di antara Plaintif dan R&M untuk memprejudiskan hak Defendan-Defendan. Analisa [14] Prinsip undang-undang berkaitan penghakiman terus telah mantap berdasarkan pemakaian Mahkamah atas berkenaannya. Ia telah dinyatakan dalam kes National Company For Foreign Trade v Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 2 MLJ 300, Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400 dan Merchant Finance Bhd v Majlis Agama Islam Negeri Johor [1999] 1 MLJ 657 yang tidak perlu diulangkali secara mendalam di sini. Mahkamah perlu meneliti sama ada terdapat isu boleh bicara yang memerlukan perbicaraan penuh setelah Plaintif telah menyerahkan writ saman dan penyata tuntutan kepada Defendan-Defendan mengikut tatacara yang ditetapkan di bawah Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM) 2012 serta tiada kecacatan prosedur lain yang boleh menjejaskan tuntutan Plaintif kepada Defendan-Defendan. Ia adalah menjadi rintangan yang pertama yang perlu diharungi oleh Plaintif sebelum Mahkamah meneliti sama ada terdapat isu boleh bicara di dalam kes ini. [15] Mahkamah berpendapat halangan pertama telah berjaya diharungi oleh Plaintif sehingga Mahkamah boleh merungkaikan sama ada terdapat isu boleh bicara. Adakah terdapat isu-isu boleh bicara? [16] Penelitian kepada affidavit-affidavit yang difailkan oleh pihak-pihak adalah jelas bahawa telah terdapat pembiayaan melalui kemudahan perbankan. Kemudahan perbankan tersebut telah dimeterai melalui perjanjian di antara Plaintif dan Defendan-Defendan. Adalah didapati pihak Defendan-Defendan tidak menafikan bahawa telah wujud kemudahahan perbankan yang diberikan oleh Plaintif. [17] Apa yang ditimbulkan oleh Defendan-Defendan ialah kadar faedah yang dikatakan sehingga menyebabkan jumlah mencecah RM90,665,898.99 adalah sesuatu yang tinggi dan dipertikaikan oleh Defendan-Defendan. Namun demikian tiada sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa Defendan-Defendan ada mempertikaikan sijil keberhutangan tersebut yang dikeluarkan oleh Plaintif. Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Cempaka Finance Berhad v Ho Lai Ying (berniaga atas nama K.H. Trading) and Anor [2006] 2 MLJ 685 di mana Mahkamah menyatakan: “…A certificate of indebtedness operates in the field of adjectival law. It excuses the Plaintiff from adducing proof of debt. Such a certificate shifts the burden onto the defendant to disprove the amount claimed.” [18] Adalah didapati bahawa sijil keberhutangan boleh dipertikaikan dalam keadaan apabila jelas dan nyatakan kesilapan di dalam sijil keberhutangan tersebut. Jika tiada sebarang cabaran yang disokong dengan keterangan yang jelas berkenaan sijil keberhutangan itu, wajar diterima sebagai konklusif. Peguam pihak Defendan berhujah bahawa apa yang berlaku di dalam kes ini adalah Plaintif telah mengeluarkan satu perakuan yang jelas kesilapannya. Ini adalah disebabkan pengiraan kadar faedah yang salah di antara Plaintif dan Defendan Pertama. Beliau telah menukilkan kes Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd v Armada TPCE Sdn Bhd & Ors [2021] 11 MLJ 273. Jika diteliti kes Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd v Armada TPCE Sdn Bhd & Ors (supra) sijil keberhutangan dipertikaikan atas alasan berikut: “[17] It is submitted by the plaintiff that the contents of the plaintiff’s affidavits is hearsay evidence as Lee Kuan Vun, the deponent of the affidavits, was not involved in the transactions relating to the first defendant and does not have personal knowledge of matters that have transpired in relation to the first defendant or any other defendants named in this suit. Further to this, the defendants submitted:
a
(a) the deponent has failed to provide any specific sources or grounds for the statement of information or belief relating to his assertions as required under O 14 r 2 of the ROC; and
b
(b) the plaintiff has not produced the documents to support the facts asserted in the affidavits although the defendants in their affidavits have questioned the validity and veracity of most of the facts deposed by Lee Kuan Vun.” Mahkamah di dalam kes tersebut berpendapat ia tidak bermerit. [19] Di dalam kes ini Defendan-Defendan hanya menyatakan ketidaktepatan pengiraan kadar faedah tanpa sebarang dokumen yang dapat menyokong dakwaan tersebut untuk menyatakan sijil keberhutangan tersebut tidak teratur. Ia akan menyebabkan perbicaraan penuh perlu diadakan bagi menentukan amaun sahih jumlah hutang Defendan-Defendan. Ini bermakna terdapat isu boleh bicara. Namun ia tidak berlaku sedemikian di dalam kes ini. Oleh itu sijil keberhutangan adalah suatu yang konklusif mengenai jumlah hutang kepada Plaintif. [20] Seterusnya Mahkamah perlu menimbangkan hujahan Defendan-Defendan yang menyatakan bahawa Plaintif telah menindas Defendan-Defendan dengan meletakkan R&M yang telah menjual harta-harta. Di dalam affidavit tiada keterangan sedemikian. Ia hanya sangkaan Defendan-Defendan yang tidak dinyatakan di dalam affidavit-affidavit dan keterangan bagi menyokong dakwaan tersebut. [21] Oleh yang demikian setelah meneliti affidavit-affidavit yang dikemukakan oleh pihak-pihak dan hujahan serta autoriti-autoriti yang dinyatakan Mahkamah mendapati bahawa kes ini adalah melibatkan penelitian dokumen-dokumen perjanjian di antara Plaintif dan Defendan-Defendan. Ia juga melibatkan kegagalan penjelasan bayaran bulanan yang sepatutnya dibayar kepada Plaintif oleh Defendan Pertama. Defendan kedua dan Defendan Ketiga pula adalah merupakan penjamin kepada perjanjian tersebut. Adalah jelas dan nyata apabila terdapat kemungkiran peminjam utama maka adalah menjadi tanggungjawab penjamin-penjamin untuk turut bersama-sama bertanggungan dengan jumlah terakru yang tidak dijelaskan oleh pihak Defendan Pertama kepada Plaintif. [22] Sijil keberhutangan dan notis-notis yang dikemukakan kepada Defendan adalah berdasarkan kepada persetujuan untuk tatacara penyerahan dokumen-dokumen tersebut kepada Defendan yang dinyatakan di dalam perjanjian pembiayaan perbankan tersebut. Oleh itu tidak timbul isu bahawa Mahkamah perlu menentukan sama ada benar atau tidak dokumen-dokumen tersebut telah diserahkan kepada pihak Defendan-Defendan. Dalam erti kata lain tiada isu-isu boleh bicara berkenaan dengan perkara tersebut. [23] Seterusnya berkenaan dengan dakwaan bahawa terdapatnya konsiprasi di antara pihak Plaintif dengan R&M, ia adalah tidak disokong dengan sebarang fakta di dalam affidavit. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa tugas pihak Defendan dalam kes ini hanyalah untuk menunjukkan bahawa terdapatnya satu isu boleh bicara di mana diperlukan perbicaraan lanjut. Walau bagaimanapun Mahkamah berpendapat isu bicara tersebut akan hanya timbul apabila terdapat fakta-fakta di hadapan Mahkamah bagi membolehkan diputuskan bahawa terdapatnya isu-isu boleh bicara di atas fakta yang dibetangkan di hadapan Mahkamah. Ia bukannya hanya disebabkan perkara tersebut telah dinyatakan di dalam penyataan pembelaan maka ianya secara automatik menyebabkan wujudnya isu-isu boleh bicara. [24] Pada masa yang sama Mahkamah perlu berhati-hati kerana pada peringkat ini Mahkamah tidak sewajarnya memutuskan permohonan Plaintif ini berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi sebaliknya Mahkamah hanya berdasarkan kepada affidavit-affidavit yang dikemukakan. Defendan-Defendan berpeluang untuk mengemukakan dan membentangkan fakta-fakta melalui affidavit yang difailkan bagi membolehkan Mahkamah untuk menolak permohonan Plaintif disebabkan terdapat isu-isu yang boleh bicara yang timbul ekoran daripada fakta-fakta yang dikemukakan oleh pihak Defendan-Defendan. Namun begitu di dalam kes ini fakta-fakta sedemikian tidak dikemukakan dengan sewajarnya. Ini menyebabkan Mahkamah berpendapat tiada isu-isu boleh bicara yang memerlukan kepada perbicaraan penuh bagi memutuskan kes ini. [25] Dalam erti kata lain tuntutan Plaintif kepada Defendan-Defendan adalah berdasarkan kepada penelitian dokumen-dokumen semata-mata dan kemungkiran Defendan-Defendan untuk menjelaskan bayaran kepada Plaintif dan kebertangungjawaban Defendan Kedua dan Defendan Ketiga sebagai penjamin serta Debentur Defendan Keempat sebagai jaminan korporat kepada perjanjian tersebut. [26] Mahkamah berpendapat Plaintif tidak boleh dihalang daripada memperolehi kembali bayaran kemudahan perbankan yang telah diberikan kepada Defendan-Defendan. Oleh itu permohonan penghakiman terus oleh Plaintif dibenarkan. Kandungan 28 [27] Ini adalah merupakan permohonan Defendan Kedua (dalam tuntutan balas) untuk membatalkan tuntutan balas pihak Plaintif (dalam tuntutan balas) di bawah A. 18 k. 19 KKM 2012. [28] Defendan Kedua di Kandungan 28 telah menyatakan bahawa alasan permohonan beliau ialah antara lain tuntutan balas tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah. Ia adalah bersifat skandal, remeh dan menyusahkan. Di samping itu tuntutan balas juga adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah. Akhirnya, Defendan Kedua dalam tuntutan balas tidak mempunyai apa-apa kewajipan kontraktual terhadap Plaintif-Plaintif (dalam tuntutan balas) serta tidak melakukan apa-apa tindakan yang menyebabkan kerugian kepada Plaintif-Plaintif (dalam tuntutan balas). [29] Defendan-Defendan (dalam tuntutan balas) melalui affidavit sokongannya yang dideposkan oleh Lok Peng Chuan telah menyatakan di perenggan 6 bahawa sebagai penerima ia tidak mempunyai apa-apa kewajipan dari segi kontrak kepada Plaintif-Plaintif (dalam tuntutan balas). Malahan dinyatakan bahawa sebagai penerima dan pengurus Defendan-Defendan (dalam tuntutan balas) telah menjalankan tugas yang sepatutnya seperti yang terdapat di dalam Debentur. [30] Dalam affidavit sokongan tersebut juga telah dinyatakan bahawa Plaintif-Plaintif (dalam tuntutan balas) sendiri telah cuba untuk melupuskan pusat beli belah tersebut tetapi kesemuanya tidak berjaya disebabkan tiadanya ada pihak yang berminat untuk memperolehi atau membeli pusat beli belah tersebut. Di samping itu penerima juga iaitu Defendan-Defendan (dalam tuntutan balas) telah mengambil langkah yang munasabah untuk menyelenggara pusat beli belah tersebut untuk memperolehi aliran wang tunai yang mencukupi untuk memulakan pembayaran balik kepada pemiutang-pemiutang bercagar termasuk bank. [31] Penerima juga iaitu Defendan-Defendan (dalam tuntutan balas) telah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membolehkan perjalanan terus operasi pusat beli belah tersebut bagi membolehkan pendapatan daripada operasi perniagaan tersebut dapat digunakan bagi melunaskan hutang kepada para pemiutang. Pada masa yang sama penerima juga telah memberikan maklumat operasi perniagaan yang berterusan kepada pihak Plaintif-Plaintif (dalam tuntutan balas). [32] Berdasarkan kepada affidavit sokongan tersebut Defendan-Defendan (dalam tuntutan balas) menyatakan bahawa tiada sebarang asas kausa tindakan Plaintif-Plaintif (dalam tuntutan balas) terhadap Defendan-Defendan (dalam tuntutan balas). [33] Selain daripada itu di dalam affidavit jawapan May Lim yang diikrarkan pada 26.04.2021 telah menyokong permohonan Plaintif untuk membatalkan tuntutan balas seperti berikut: “Saya mengikrarkan affidavit ini sebagai jawapan kepada AIR Defendan-Defendan dan bagi menyokong permohonan Plaintif untuk membatalkan tuntutan balas. Dalam menjawab IAR Defendan-Defendan, saya tidak bercadang untuk menjawab setiap dakwaan dan/atau penegasan di sana tetapi hanya kepada dakwaan dan/atau penegasan yang relevan kepada Plaintif bagi tujuan menyokong Permohonan Plaintif untuk membatalkan Tuntutan Balas. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang ketidaksangkalan terhadap mana-mana dakwaan dan/atau penegasan dalam AIR Defendan-Defendan hendaklah tidak dianggap sebagai satu pengakuan ke atasnya dari pihak Plaintif dan/atau saya sendiri. Untuk memudahkan rujukan, saya menggunapakai singkatan-singkatan dan terma-terma yang digunakan, dan pihak-pihak dalam permohonan ini akan dirujuk sepertimana dinyatakan, dalam AIS Plaintif.” Analisa Kandungan 28 [34] Adalah wajar untuk mahkamah ini terlebih dahulu memahami hakikat penerima dan pemegang amanah yang dilantik di bawah undang-undang syarikat. Ia bagi membolehkan mahkamah membezakan di antara peranan dan tanggungjawab penerima dengan pelikuidasi. [35] Bagi memahami hal ini wajar mahkamah merujuk kepada buku Company Law 2nd Edition Walter Woon di halaman 495 yang menyatakan seperti berikut: “Receivership differs from liquidation in this respect: at the end of a liquidation the company is dissolved, whereas at the end of a receivership the company is still an existing entity and may continue its business. The legal persona of the company is still intact and the company may be restored to full competence at the end of a successful receivership. That is the consummation devoutly to be wished, though unfortunately more often than not the next step receivership is liquidation. The sad fact of commercial like does not detract from the legal distinction between a receivership and liquidation. Receivership should also be distinguished from judicial management. In the case of judicial management, the aim is to rehabilitate an insolvent company. In the case of a receivership, the ultimate aim is to pay off the creditors on whose behalf the appointment of the receiver was made. The function of a receiver simpliciter is to gather in the assets subject to the charge, realize them and pay off the creditors. He has no power as such to run the company’s business. A receiver and manager in contrast has the power to manage the business with a view to eventual disposal as a going concern. Any surplus of assets after the claims of the charge have be satisfied must be returned to the company.” [36] Bagi memahami tugas dan peranan seorang penerima (receiver) dapat dilihat melalui penghakiman di dalam kes Parsons v Sovereign Bank of Canada [1913] A.C. 160 di mana Hakim Viscount Haldane L.C. menyatakan seperti berikut: “The position of Mr. Craig must be borne in mind. He had been the managing director of the company, and under the financial agreement of September 14, 1906, already referred to he had been one of the three members of the committee of supervision and management. By the order appointing the receiver and manager he had been appointed on behalf of the debenture-holders, whose security included the entire undertaking and assets, but with liberty to continue the business pursuant to and in accordance with the agreement of September 14, and to borrow money for this purpose. It was apparently contemplated that the business should be carried on without change, and Mr. Craig himself took this view. For, replying to an inquiry from one of the appellants, he wrote on November 3, 1906: "The appointment of Mr. Tait and myself as receivers was made in a friendly application, and was for the purpose of carrying through the reorganization scheme. This was done with a view to prevent any creditor or bondholder from intervening and perhaps upsetting the arrangement unless he were bought out, and was done in the interests of the general body of bondholders and the creditors. There is not only no likelihood of the mills being shut down, but in this appointment every assurance that the mills will be run.” [37] Hakim Mocatta di dalam kes George Barker (Transport) Ltd v Eynon [1973] 3 All ER 374 menyatakan seperti berikut: “The appointment of a receiver by the debenture-holders does not end the legal life of the company: the company is so to speak anaesthetised, but the receiver may carry on business on its behalf. The legal persona of the company will continue to subsist until liquidation and the company in the case of the most successful receiverships may be restored to full conscious activity when the anaesthetic is no longer applied after the debts owing the debenture-holders have been paid: see, on the general position, Parsons v Sovereign Bank of Canada ([1913] 3 AC 160, 168 and 170–172) and per Lord Atkinson in Moss Steamship Co Ltd v Whinney ([1012] AC 254 at 263, [1911–13] All ER Rep 344). In both these cases, as in Biggerstaff's case, the receiver was appointed by the court in a debenture-holders' action; there are a number of important differences between the positions of receivers appointed by the court and those appointed pursuant to the terms of a debenture, but they are not relevant here.” [38] Di dalam kes ini tuntutan balas adalah merupakan satu tuntutan yang boleh berdiri dengan sendiri berdasarkan kausa tindakan yang wujud di antara pihak Defendan dan Plaintif. Namun demikian ia boleh dimasukkan dalam pembelaan bagi satu tuntutan asal. Hakikat tuntutan balas ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Permodalan Plantations Sdn Bhd v. Rachuta Sdn Bhd [1985] CLJ Rep 242 seperti berikut: “What then is a counterclaim? A counterclaim on the other hand is also a cross-claim which a defendant has against a plaintiff but in respect of which the defendant can bring a separate action against the plaintiff if he wishes to do so. Thus, to all intents and purposes a counterclaim is a separate and independent action by the defendant, which the law allows to be joined to the plaintiff's action in order to avoid multiplicity or circuity of suits. Like set-off, a counterclaim is also the creation of Statutes. At common law the Court has no power to allow an action by a plaintiff to be met by a cross-claim of the defendant against the plaintiff. The Court simply left the defendant to commence a separate action. It was only by virtue of the Supreme Court of Judicature Act 1873, s. 24(3) that enabled the defendant's counterclaim to be added to the plaintiff's suit. In so far as our law is concerned, a counterclaim is governed by the provisions of O. 15 r. 2 which we have already set out earlier. It is, therefore, clear that a counterclaim is wider than a defence of set-off and that whilst the former is a separate action by a defendant against a plaintiff the latter is essentially a defence, although a defendant is entitled to add it as a counterclaim. Being a defence to a plaintiff's action, the matter sought to be set-off must essentially be connected with or form part of the matter upon which the plaintiff's action is founded.” [39] Pada masa yang sama mahkamah juga perlu melihat tentang apakah yang dimasukkan dengan satu kausa tindakan seperti yang dinyatakan di dalam kes Tuan Haji Ishak Bin Ismail & Ors v Leong Hup Holdings Bhd And Other Appeals [1996] 1 MLJ 661 “With respect, I think we should first ask ourselves what a 'cause of action' is. 1 Stroud's Judicial Dictionary (5th Ed) at p 378 gives 20 separate interpretations of this expression. I think the first is appropriate: A 'cause of action' is the entire set of facts that gives rise to an enforceable claim; the phrase comprises every fact which, if traversed, the plaintiff must prove in order to obtain judgment (per Esher MR, Read v Brown 22 QBD 128; this case was applied in Bennett v White [1910] 2 KB 643).” [40] Di dalam kes Read v. Brown. (1888) 22 Q.B.D. 128 Pollock B telah menyatakan bahawa kausa tindakan adalah keadaan di mana terdapatnya fakta-fakta yang material dikemukakan. Di dalam kes tersebut fakta yang material yang perlu ditunjukkan ialah terdapatnya assignment hutang yang perlu dinyatakan oleh Plaintif dalam kausa tindakan tersebut. Pollock B menyatakan seperti berikut: “The expressions "cause of action," and "part of the cause of action" have long been judicially defined as meaning respectively the material facts and any material fact in the case for the plaintiff. I need only refer to the judgment of Parke, B., in Buckley v. Hann (6) and to that of the present Master of the Rolls in Cooke v. Gill. (1) Here the fact of the assignment of the debt is a material fact in the case for the plaintiff, and therefore a part of the cause of action.” Di dalam kes Bennett v. White. [1910] 2 K.B. 643 keputusan di dalam kes Read v Brown. (supra) telah diikuti dan disahkan. [41] Selain daripada itu mahkamah juga perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan fakta-fakta material yang perlu ada di dalam tuntutan balas Defendan-Defendan (dalam tuntutan balas) bagi menentukan sama ada terdapat kausa tindakan atau sebaliknya. Ini adalah penting bagi membolehkan mahkamah menggunakan ujian yang digunakan dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors V United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 3 MLJ 36 yang menjadi asas kepada ujian bagi menentukan sama ada sesuatu tindakan atau tuntutan balas boleh dibatalkan di bawah A. 18 k. 19 KKM 2012. Fakta yang material telah dijelaskan maksudnya dalam kes Bruce v Odhams Press Limited [1936] 1 All ER 287. Di dalam kes ini melibatkan tuntutan fitnah terhadap Defendan. Di dalam kes tersebut Greer LJ telah menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan fakta material seperti berikut: “The material facts on which the plaintiff must rely for her claim in the present case seem to me necessarily to include the facts and matters from which it is to be inferred that the words were published of the plaintiff. Without a statement of these facts and matters, it seems to me impossible that the defendants could be in a position to decide how to plead to the statement of claim. The matters and facts referred to in the order of the Master seem to me to be material facts on which the plaintiff relies as a matter of necessity in support of her allegation that she was defamed by the article in question, and under the provisions of RSC Ord XIX, r 4, such facts ought to have been stated in the statement of claim, and if not so stated the defendants are entitled to have further particulars of the bald allegation that the words referred to the plaintiff.” [42] Frasa fakta yang material yang dinyatakan dalam kes Bruce v Odhams Press Limited (supra) ini telah dirujuk oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes YKL Engineering Sdn Bhd v Sungei Kahang Palm Oil Sdn Bhd & Anor [2022] MLJU 1504, [2022] 1 LNS 1531 seperti berikut: “The Order of the RHC 2012 which governs the general principles of pleadings is Order 18 rule 7(1). This rule lays down the requirements of the pleading, namely that pleadings should be statements in summary form, stating only the material facts in a manner which is brief and to the point, and not the evidence by which they are to be proved (see Malaysian Civil Procedure 2021, Sweet & Maxwell, Volume 1, paragraph 18/7/1). Material facts are facts which are necessary for the purpose of formulating a complete cause of action and for establishing a defendant’s defence (see Bruce v Odhams Press Ltd [1936] 1 All ER 287).” [43] Persoalan di dalam kes ini adakah terdapat apa-apa fakta yang material yang telah ditunjukkan oleh Plaintif-Plaintif (dalam tuntutan balas) bagi menunjukkan terdapatnya kausa tindakan terhadap Defendan-Defendan (dalam tuntutan balas). Fakta yang jelas ialah Defendan-Defendan (dalam tuntutan balas) adalah merupakan penerima dan pengurus yang dilantik bagi mengendalikan hal ehwal pengurusan syarikat Plaintif (dalam tuntutan balas) dengan tujuan untuk membolehkan syarikat tersebut boleh menjelaskan hutang-hutang kepada pemiutang-pemiutang. [44] Apa yang jelas daripada penyata tuntutan balas tersebut ialah dakwaan bahawa telah berlaku kecuaian oleh Defendan-Defendan (dalam tuntutan balas) seperti di perenggan 32 dan 33 Penyata Tuntutan Balas. Malahan di perenggan 33.5 Penyata Tuntutan Balas dinyatakan bahawa Defendan Pertama telah bertindak secara konspirasi jahat dan terancang dengan Defendan Kedua sehingga mengakibatkan kerugian berganda kepada Plaintif di dalam tuntutan balas berjumlah RM90,665,898.99. Mahkamah mendapati bahawa dalam tuntutan balas tersebut tiada sebarang fakta yang jelas berkenaan apakah kecuaian yang dimaksudkan dalam kes tersebut. [45] Sementara itu di perenggan 34 telah dinyatakan bahawa terdapatnya mala fide oleh pihak Defendan Pertama di dalam kegiatan-kegiatan yang menyebabkan berlaku pemotongan sewa kepada penyewa-penyewa di Mentakab Star Mall. Ini ditambah pula dengan dakwaan pula Defendan Pertama dengan sengaja tidak membatalkan pelantikan Defendan Kedua sebagai penerima dan pengurus walaupun mengetahui bahawa Defendan Kedua gagal menjalankan tugasnya dalam perniagaan Plaintif Pertama (dalam tuntutan balas). [46] Hal yang sama telah dibangkitkan berkenaan mala fide Defendan Kedua seperti yang dinyatakan di perenggan 38 Penyata Tuntutan Balas. [47] Penelitian kepada affidavit sokongan dan penyata tuntutan balas pada pandangan mahkamah tidak dapat menunjukkan bahawa terdapatnya sebarang perhubungan di antara Defendan-Defendan (dalam tuntutan balas) dengan Plaintif-Plaintif (dalam tuntutan balas) dalam konteks tanggungjawab fidusiari yang boleh dijadikan asas kepada tuntutan balas kepada Defendan-Defendan (dalam tuntutan balas). Ini adalah disebabkan Defendan-Defendan (dalam tuntutan balas) hanyalah merupakan pengurus dan penerima yang menjalankan tugas mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Ini bermakna sekiranya terdapat apa-apa kecuaian atau salah aturan yang dilakukan oleh Defendan-Defendan (dalam tuntutan balas) tindakan boleh dilakukan bukan oleh Plaintif-Plaintif (dalam tuntutan balas). Apa yang jelas daripada tuntutan balas tersebut ialah syak wasangka Plaintif-Plaintif (dalam tuntutan balas) terhadap tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Defendan-Defendan (dalam tuntutan balas). Mahkamah berpendapat syak wasangka semata-mata tanpa dikemukakan fakta yang material adalah sesuatu yang tidak mencukupi untuk menunjukkan bahawa terdapatnya kausa tindakan terhadap Defendan-Defendan (dalam tuntutan balas) oleh Plaintif-Plaintif (dalam tuntutan balas). [48] Ini bermakna kes ini adalah jelas dan nyata bahawa tiadanya kausa tindakan di antara Plaintif-Plaintif (dalam tuntutan balas) dan Defendan-Defendan (dalam tuntutan balas) yang mewajarkan mahkamah ini membatalkan tuntutan balas Plaintif-Plaintif (dalam tuntutan balas) di bawah A. 18 k 19 KKM 2012. Kandungan 24 [49] Seterusnya bagi Lampiran 24 ialah permohonan pihak Plaintif [United Overseas Malaysia Berhad (dalam tuntutan asal)] memohon supaya tuntutan balas Defendan-Defendan (dalam tuntutan asal) dibatalkan. Asas kepada permohonan tersebut ialah tuntutan balas tersebut tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah, mengaitkan remeh atau menyusahkan dan ia juga adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah. [50] Penelitian kepada affidavit sokongan permohonan adalah didapati bahawa Plaintif (dalam tuntutan asal) telah memberikan perkhidmatan pembiayaan kewangan kepada Defendan Pertama (dalam tuntutan asal). Mahkamah juga mendapati bahawa Plaintif (dalam tuntutan asal) telah menunjukkan bahawa Defendan Pertama (dalam tuntutan balas) telah tertunggak bayaran kepada pihak Plaintif. Ia telah menyebabkan Plaintif mengeluarkan surat tuntutan dan peringatan agar Defendan Pertama menyelesaikan jumlah tertunggak di bawah kemudahan perbankan tersebut. [51] Setelah pihak Defendan Pertama gagal untuk mematuhi syarat-syarat penangguhan pembayaran seperti yang dimohon oleh pihak Defendan Pertama pada 12.02.2018 Plaintif telah melantik Chan Siew Mei dari Tetuan KPMG Deal Advisory Sdn Bhd sebagai penerima dan pengurus ke atas hartanah bercagar Defendan Pertama. [52] Mahkamah mendapati bahawa isu perlantikan penerima dan pengurus tidak menjadi isu dalam kes ini. Apa yang jelas daripada tuntutan balas yang dikemukakan oleh pihak Defendan-Defendan menunjukkan bahawa Plaintif telah secara niat jahat berkonspirasi dengan penerima dan Pengurus sehingga menyebabkan kerugian yang dialami oleh pihak Defendan-Defendan. [53] Mahkamah mendapati bahawa kedudukan seorang penerima dan pengurus yang dilantik berdasarkan sesuatu debentur bukanlah merupakan agen kepada pihak Plaintif (United Overseas Bank (Malaysia) Berhad [dalam tuntutan asal]). Tugas penerima dan pengurus ialah untuk memastikan pengurusan kewangan dan perniagaan syarikat yang diletakkan di bawah terimaanya dan pengurusannya dapat dijalankan bagi membolehkan diperolehi sumber kewangan bagi melangsaikan hutang-hutang syarikat yang berkaitan kepada pemiutang-pemiutang. [54] Hakikat dan tugas serta tanggungjawab seorang penerima dan pengurus yang dilantik telah dinyatakan oleh Mahkamah Agong dalam kes Kimlin Housing Development Sdn Bhd (Appointed Receiver And Manager) (In Liquidation) v Bank Bumiputra (M) Bhd & Ors [1997] 2 MLJ 805 seperti berikut: “The position in this country is different. Because a receiver and manager of any part of the undertaking of the corporation appointed under a power contained in any instrument is by definition (see s 4(1)(b) of the Act) an officer of the corporation – and all officers of a corporation, whether past or present, are obliged under pain of prosecution under s. 300(1) of the Act, to deliver up to the liquidator appointed by the Court or as he directs: (i) all the moveable and immovable property of the corporation in his custody or under his control; or (ii) all books and papers in his custody or control belonging to the corporation, being by law required to deliver up the same (see s 300(1)(b)(i) and (ii)) – the clear implication is that liquidation does not merely terminate the agency of a receiver and manager but also his powers on winding up, since there is no estate for the receiver and manager to administer.” [55] Ia juga turut dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes K Balasubramaniam, Liquidator For Kosmopolitan Credit & Leasing Sdn Bhd (In Liquidation) v MBF Finance Bhd & Anor [2005] 2 MLJ 201 seperti berikut: “32 On appointment, a receiver and manager becomes an agent of the company and that agency ceases upon the winding-up of the company. Nevertheless, he still retains his possessory right to the charged assets and his status is best described by Edgar Joseph Jr FCJ in the case of Kimlin Housing Development Sdn Bhd (Appointed Receiver and Manager) (in liq) v Bank Bumiputra (M) Bhd & Ors [1997] 2 MLJ 805 (' Kimlin') to be as follows: To put it another way, winding up after a receiver and manager is appointed terminates his purely personal powers but not his in rem powers. The distinction between a receiver's and manager's in rem powers and his personal powers is this: the former flow from the security created by the debenture and relate to the assets of the company whereas the latter relate to everything else. So, for example, in Sowman v David Samuel Trusts Ltd [1978] 1 All ER 616, a receiver appointed over assets which included a mortgage debt could validly exercise the power of sale in the name of the company despite its liquidation. This power, being coupled with an interest, was irrevocable both at common law and by statute and accordingly, a power given to the receiver for the purpose of securing a benefit to the debenture holders was irrevocable as a power given to the debenture holders themselves. It was further held that the sale did not contravene s 227 of the Companies Act 1948 (equivalent to the Malaysian s 223) since although made in the name of the company, it was a sale of property which did not belong to the company but formed part of the debenture holder's security. 33 In practice the liquidator exists side by side with the receiver with each exercising his separate powers and duties conferred on them by the Act in the case of the former and by the debenture in the case of the latter. There is no question of any ranking or of one being superior to the other or of one taking precedence of the other and as explained by Needham J in Expo International Pty Ltd & Anor v Chant & Ors [1979] 3 ACLR 888 : ' a receiver, while he has a prior right to possession of the assets subject to the charge given to the person who appointed him over the right of the liquidator, nevertheless has possession for a limited purpose, namely, to comply with his duties to account to the mortgagee'.” [56] Oleh yang demikian seorang penerima dan pengurus adalah bertindak kepada syarikat. Dalam konteks ini ialah Defendan Pertama Mentakab Star Mall Sdn Bhd (dalam tuntutan asal). Mahkamah mendapati tiada keterangan yang dapat menunjukkan hubungan di antara Plaintif (dalam tuntutan asal) dengan Defendan-Defendan (dalam tuntutan asal) melainkan tuntutan Plaintif (dalam tuntutan asal) berkaitan dengan pembiayaan wang kepada Defendan Pertama. Ini bermakna segala tindakan yang dilakukan oleh penerima dan pengurus adalah tidak mempunyai kaitan dengan Plaintif (dalam tuntutan asal). Dalam erti kata lain tiada kausa tindakan di antara Plaintif-Plaintif (dalam tuntutan balas) terhadap United Overseas Bank (Malaysia) Berhad iaitu Defendan Pertama (dalam tuntutan balas). [57] Ini bermakna dalam keadaan yang sedemikian adalah sesuai untuk Mahkamah membenarkan permohonan Plaintif (dalam tuntutan asal) untuk membatalkan tuntutan balas Defendan-Defendan (dalam tuntutan asal) di bawah A. 18 k. 19 KKM 2012. Kandungan 38 [58] Seterusnya berkenaan dengan Kandungan 38 iaitu permohonan Plaintif-Plaintif dalam tuntutan balas untuk mendapatkan jaminan kos. Mahkamah telah dimaklumkan bahawa permohonan di bawah Kandungan 38 tersebut telah berhasrat tidak ingin meneruskan permohonan tersebut. Oleh yang demikian permohonan di bawah Kandungan 38 dibatalkan. Bertarikh: 05hb. Ogos 2022 (ROSLAN MAT NOR) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Plaintif (tuntutan asal) dan Defendan Pertama (tuntutan balas) G. Ratna dan Ng Kar Man Tetuan Skrine Wisma UOA Damansara 50, Jalan Dungun Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur Bagi Pihak Defendan-Defendan (tuntutan asal) dan Plaintif-Plaintif (tuntutan balas) Aiman As’ad bin Mohd Ghani Tetuan Irfan Aiman D10, 1st Floor, Jalan Haji Ahmad 7 Sri Pahang Business Centre 25300 Kuantan Pahang Darul Makmur Bagi Pihak Defendan Kedua (tuntutan balas) Teoh Chye Yi Tetuan Raja, Darryl & Loh Level 26, Menara Hong Leong No. 6, Jalan Damanlela Bukit Damansara 50490 Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.