Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO. BL-22NCC-16-11/2023 ANTARA UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD PLAINTIF
BL-22NCC-16-11/2023
High Court of Malaysia10 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“a sebagai penjamin untuk kemudahan pembiayaan ini. Mahkamah sekali lagi merujuk kepada otoriti yang dikemukakan oleh peguamcara Plaintif iaitu Malayan Banking Berhad v Rentas Jaya Sdn Bhd & yang lain [2012] CLJU 240 dimana Mahkamah Tinggi memutuskan: - “[41] Mengenai isu peletakan jawatan Defendan Kelima sebagai Pengar”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO. BL-22NCC-16-11/2023 ANTARA UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD PLAINTIF
1
1.
2
SUBRAMANIAM A/L NATESAN DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 8] Ini adalah permohonan Plaintif dibawah Aturan 14 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Defendan. A. LATAR BELAKANG [1] Defendan-defendan adalah secara bersesama dan beraingan untuk membayar sejumlah RM 240,312.39 setakat 31.10.2023 dibawah Kemudahan Biz Solution Product Package-Working Capital Guarantee Scheme Extension - Overdraft (No Akaun 231-302-835- 8) (“Kemudahan Overdraf tersebut”) bersama dengan faedah pada kadar 3.5% setahun atas Kadar Pinjaman Asas (“BLR”) (BLR aalah 6.82% setahun setakat 31.10.2023) dikira pada kadar harian pada rehatan bulanan dari 1.11.2023 sehingga penyelesaian penuh; dan Defendan-defendan secara bersesama dan berasingan untuk jumlah RM 1,406,889.61 setakat 31.10.2023 dibawah kemudahan Biz Solution Product Package - Working Capital Guarantee Scheme Extension-Banker’s Acceptance (“Kemudahan Banker’s Acceptance tersebut”) bersama dengan faedah pada kadar 3.5 % setahun atas BLR (BLR adalah 6.82% setahun setakat 31.10.2023) dikira pada kadar harian pada rehatan bulanan dari 1.11.2023 sehingga penyelesaian penuh. [2] Sesalinan Surat Tawaran bertarikh 30.1.2019 dan Surat-surat
11
Notifikasi bertarikh 31.5.2019, 18.9.2019, 17.2.2020,2.6.2020,
8
8.2020, 3.2.2021, 26.5.2022, 27.6.2022 dan 7.2.2023, Surat-surat Semakan bertarikh 8.5.2023, 1.6.2023 dan 7.8.2023 dan Perjanjian-perjanjian Kemudahan bertarikh 7.3.2019 yang dikeluarkan oleh Plaintif kepada D1 dengan kemudahan tersebut. Selain surat-surat tawaran dan notifikasi ini; Plaintif turut mengeluarkan Surat Jaminan yang dilaksanakan oleh D2,D3 dan D4, Memorandum of Legal Charge Over Deposits dan Surat Penolakan yang kedua-duanya bertarikh 7.3.2019, sesalinan Surat Ikatan Penyerahan daripada D2 yang telah menyerahkan kesemua hak Polisi Essential Life yang memihak kepada Plaintif, sesalinan Sijil Jaminan daripada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad bertarikh 16.3.2023 dengan jumlah jaminan sebanyak RM 1,260,000.00 bermula dari 17.5.2023 sehingga 16.5.2024, sesalinan penyata akaun bagi kemudahan overdraf bertarikh 25.2.2019 sehingga 31.10.2023, sesalinan Deb it Advice bagi kemudahan Banker’s Acceptance tersebut bertarikh 19.1.2023 sehingga 30.11.2023 dan sesalinan Sijil dibawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 berkenaan dengan Penyata Akaun Overdraf dan Debit Advice, Sijil Keberhutangan bertarikh 4.1.2024, surat penarikan tuntutan atas D1, surat tuntutan atas D2, D3 dan D4 selaku penjamin-penjamin kemudahan. [3] Plaintif menyatakan bahawa Defendan-defendan tidak mempunyai sebarang pembelaan bermerit disini. B. JAWAPAN DEFENDAN-DEFENDAN [4] D1 telah membuat permohonan untuk kemudahan perbankan daripada Plaintif untuk pembiayaan projek-projek pembinaan yang dikendalikan mereka. Permohonan oleh D1 telah diluluskan oleh Plaintif pada 30.1.2019. Kemudahan perbankan ini adalah bagi tujuan sebagai modal kerja untuk membiayai projek-projek pembinaan yang dibangunkan oleh D1. [5] Projek-projek yang dikendalikan oleh D1 telah terjejas teruk akibat negara dilanda Covid-19 dan PKP dilaksanakan. Pada 5.8.2021, Plaintif telah meluluskan permohonan D1 untuk menyertai Program Bantuan Pembayaran Balik untuk perusahaan mikro dan syarikat sederhana kecil untuk melanjutkan tempoh pembayaran. Ini adalah program bantuan yang ditawarkan oleh D1 kepada peniagaan-perniagaan yang terjejas akibat Covid-19 termasuk D1. Disebabkan Covid 19 juga, Plaintif telah mengkaji semula dan menyemak kemudahan perbankan yang diberikan beberapa kali melalui surat-surat notifikasi yang dikeluarkan. [6] Pada hakikatnya semenjak 18.9.2019, Plaintif melalui surat-surat notifikasi telah beberapa kali menyemak semula pembayaran balik. Ini jelas menunjukkan bahawa Plaintif pada semua masa yang material tidak mematuhi secara ketat kepada syarat-syarat kemudahan tersebut. Pada semua masa material, Plaintif telah memberikan lanjutan masa kepada D1 untuk membuat pembayaran balik terhadap kemudahan perbankan tersebut. [7] Adalah terma-terma tersirat bahawa kemudahan perbankan tgersebut akan diselanggara oleh D1 daripada hasil projek-projek yang dimajukan dan/atau dibangunkan oleh D1. Selepas pembayaran akhir yang dibuat oleh D1, pada sekitar April 2023, Plaintif telah dimaklumkan oleh D1 bahawa kesemua bayaran-bayaran yang perlu dibayar kepada D1 untuk projek-projek yang dikenalikan oleh mereka telah terjejas oleh pembayaran lewat akibat keadaan yang diluar kawalan mereka. D1 telah memohon untuk lanjutan pembayaran balik dan dipersetujui oleh Plaintif shingga Jun 2023 dan Plaintif bersetuju untuk tidak menamatkan kemudahan perbankan itu. [8] D1 mendakwa wujudnya perjanjian “collateral” antara Plaintif dan Defendan-defendan dan tindakan Plaintif menamatkan perjanjian kemudahan perbankan adalah jelas bertentangan dengan perjanjian “collateral” yang dipersetujui oleh pihak-pihak. Pada setiap masa material, D1 bersedia untuk membuat pembayaran sehingga Jun 2023 seperti yang dipersetujui. Klausa 6 Surat Kemudahan Pebankan jelas menyatakan bahawa tempoh pembayaran balik kemudahan adalah 60 bulan. Oleh itu, bulan terakhir pembayaran balik terhadap kemudahan prbankan tersebut adalah Januari 2024. Oleh itu, ,. penamatan kemudahan perbankan ini pada 8.5.2023 adalah pra matang. [9] Defendan-defendan menafikan menandatangani surat jaminan beratrikh 20.9.2019. D4 telah meletak jawatan sebagai pengarah D1 pada 26.2.2021 dan dia juga telah menarik diri dari menjadi pemegang saham D1. Plaintif telah dimaklumkan akan kedudukan D4 dan Plaintif sedia maklum bahawa D4 hanyalah proxi bumiputra D1 sahaja. Defendan-defendan juga menafikan menerima surat tuntutan dari Plaintif
para
[10] Undang-undang berkaitan Aturan 14 adalah mantap. Apabila Plaintif telah mematuhi syarat-syarat untuk mendapatkan penghakiman seperti yang dinyatakan didalam Aturan 14(1) KKM 2012, maka beban adalah atas Defendan-defendan untuk menunjukkan terdapatnya isu-isu untuk dibicarakan. [11] Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan didalam Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying (trading as KH Trading) & Anor [2006] 2 MLJ 685: - “In an application under O. 14, the burden is on the plaintiff to establish the following conditions: that the defendant must have entered appearance; that the statement of claim must have been served on the defendant; that the affidavit in support must comply with r2 of O.14 in that it must verify the facts on which the claim is based and must state the deponent’s belief that there is no defence to the claim (see Supreme Leasing Sdn Bhd v Dior Enterprise & Ors [1990] 2 MLJ 36). Once those conditions are fulfilled, the burden then shifts to the defendant to raise triable issues. The law on this is trite.” (penekanan oleh Mahkamah) [12] Defendan-defendan tidak menafikan bahawa mereka ada memohon kemudahan perbankan seperti yang didakwa Plaintif kecuali mereka mendakwa Plaintif telah memberikan lanjutan masa untuk pembayaran balik pembiayaan melalui surat-surat notifikasi oleh Plaintif. Plaintif dalam menjawab isu ini menegaskan bahawa tujuan surat-surat notifikasi itu dikeluarkan adalah untuk memberikan lanjutan masa selama 180 hari untuk dua (2) bil sahaja iaitu BA No. 346BA140027 dan BA No. 3461F096296 dari tarikh matang dan ianya tiada kaitan dengan bil yang masih tertunggak dan terhutang oleh Defendan-defendan. Surat-surat Notifikasi ini tidak mengubah terma-terma perjanjian kemudahan yang ditandatangani oleh Defendan-defendan dimana ianya mengkehendaki D1 membayar balik semua wang yang kena dibayar pada tarikh matang pembayaran mengikut terma-terma perjanjian kemudahan. Tiada sebarang perjanjian kolateral yang wujud antara pihak-pihak untuk lanjutan masa membuat bayaran. Jika benar adanya perjanjian kolateral yang dikatakan wujud, maka beban atas Defendan-defendan untuk menunjukkan kepada Mahkamah bahawa perjanjian kolateral ini telah mengambil alih terma-terma perjanjian kemudahan yang ditandatangani oleh pihak-pihak. Ianya boleh dibuktikan melalui keterangan affidavit kerana tiada keperluan untuk saksi lisan kerana jika benar ianya wujud, surat dari Plaintif mengatakan persetujuan mereka bahawa perjanjian kolateral (jika wujud) telah mengambil alih terma-terma berkenaan pembayaran balik kemudahan seperti yang dinyatakan didalam perjanjian kemudahan pembiayaan yang diberi kepada D1 oleh Plaintif; namun ini tidak dikemukakan oleh Defendan-defendan. Mahkamah merujuk kepada otoriti yang dikemukakan oleh peguamcara Plaintif iaitu Utama Merchant Bank Bhd v Dato’Mohd Nadzmi Mohd Salleh [2009] 6CLJ 371 Rohana Yusof J (ketika menjadi HMT) memutuskan: - “ [22] There is yet another dimension to the alleged collateral agreement. In commercial transactions especially, there is a substantial body of contemporaneous documentary evidence that explain the surrounding situation. In the present case, there is not a single piece of contemporaneous documentary evidence that remotely points to the existence of any form of oral representation from the plaintiff to the defendant. The defendant readily admits that at no point in time did he issue any letter to the plaintiff to confirm such representations were in fact given or made despite admitting that the representations were important factors that induced him to take up the loan and buy the shares. On the other hand, the defendant’s subsequent conduct throughout the loan period is wholly inconsistent with the conduct of a person who had purportedly been given oral representations or assurance as claimed. [13] Defendan-defendan hanya membuat dakwaan kosong tanpa mengemukakan butiran yang substantif bahawa Plaintif bersedia memberi lanjutan masa pembayaran sehingga Jun 2023 akibat D1 gagal mendapat bayaran untuk projek-projek yang dikendalikannya. Obligasi D1 untuk membuat bayaran kepada Plaintif untuk kemudahan pembiayaan yang diberi Plaintif adalah terma-terma jelas didalam Perjanjian Kemudahan dan Surat Tawaran dan ianya tidak tertakluk kepada syarat pembayaran diterima oleh D1 dari pihak ketiga. [14] Plaintif juga mendakwa Defendan-defendan tidak membuat bantahan apabila menerima surat bertarikh 8.5.2023 untuk Plaintif menarik balik kemudahan pembiayaan tersebut. Jika benar wujudnya perjanjian kolateral atas pembiayaan kemudahan itu, maka Defendan-defendan hendaklah menjawab kepada surat Plaintif ini dan memaklumkan kewujudan perjanjian kolateral itu dan butirannya tetapi ini tidak dilakukan oleh Defendan-defendan. [15] Dakwaan Defendan-defendan bahawa pembatalan perjanjian kemudahan pembiayaan ini adalah pra matang adalah tidak berasas. Defendan-defendan telah memungkiri Klausa 6.2 Surat Tawaran dimana D1 hendaklah membuat bayaran sejumlah RM 2,023,00 setiap bulan kepada Plaintif. Kegagalan Defendan-defendan dalam mematuhi Klausa 6 terjumlah kepada satu keingkaran dibawah Klausa 16.2(i) Standard Terms and Conditions Governing Banking Facilitis Granted by United Overseas Bank (Malaysia) Bhd. Tempoh pembayaran yang dinyatakan didalam perjanjian kemudahan pembiayaan berakhir pada Januari 2024 dan ini tidak bermakna hanya pada Januari 2024, Plaintif boleh menamatkan perjanjian kemudahan pembiayaan ini. Defendan-defendan telah memungkiri terma-terma perjanjian kemudahan pembiayaan ini apabila gagal mematuhi terma pembayaran balik kemudahan, maka hak Plaintif untuk menamatkan perjanjian kemudahan pembiayaan tersebut. [16] Klausa 20 Perjanjian Jaminan pula memperuntukkan penjamin-penjamin bagi perjanjian kemudahan ini adalah dianggap sebagai penghutang utama (principal debtor) “20. Principal Debtor Although, as between us and the Customer, we are sureties, that is, persons who have agreed to be responsible for the liabilities and obligations of the Customer, we agree that, as between you and us, we are to be deemed and to be treated in every way as principal debtors in respect of all the monies, liabilities and obligations guaranteed by us under this Guarantee. We therefore also agree that our liability under this Guarantee shall not be discharged or affected in any way whatsoever by anything whatsoever which would not discharged our liability if we had in fact been the principal debtor”. Berdasarkan Klausa 20 ini, jaminan ini adalah satu jaminan berterusan yang tidak akan tergugat dan/ atau terganggu atas apa jua keadaan yang berlaku dalam situasi Defendan-defendan sebagai penjamin. Oleh itu, peletakan jawatan D4 sebagai pengarah D1 tidak menjejaskan kedudukannya sebagai penjamin untuk kemudahan pembiayaan ini. Mahkamah sekali lagi merujuk kepada otoriti yang dikemukakan oleh peguamcara Plaintif iaitu Malayan Banking Berhad v Rentas Jaya Sdn Bhd & yang lain [2012] CLJU 240 dimana Mahkamah Tinggi memutuskan: - “[41] Mengenai isu peletakan jawatan Defendan Kelima sebagai Pengarah bagi Rentas Jaya dan isu berkaitan surat D18, isu ini telah dijawab dengan Panjang lebar dan mendalam sekali oleh peguamcara bagi pihak Plaintif. Hujahan-hujahan yang dimajukan oleh peguam yang bijaksana tersebut cukup meyakinkan mahkamah ini dan cukup bernas dan wajar diterima. Setelah meneliti Surat Jaminan yang ditandatangani oleh Defendan Kelima, saya berpuas hati bahawa jaminan tersebut adalah satu jaminan yang berterusan (continuing guarantee). Walaupun Defendan Kelima telah meletak jawatan sebagai Pengarah dalam Syarikat Rentas Jaya ini tidak melepaskan liability pihak Defendan Kelima…” [17] Kesimpulannya, berdasarkan alasan-alasan diatas, Mahkamah mendapati isu-isu yang diutarakan oleh Defendan-defendan tidak terjumlah kepada isu-isu untuk dibicarakan kecuali satu penyataan kosong tanpa sokongan apa-apa dokumen untuk membuktikan sebaliknya. Oleh itu, permohonan Plaintif untuk memasukkan penghakiman terus atas Defendan-defendan adalah dibenarkan dengan kos sebanyak RM 5000.00. Bertarikh 10 Mei 2024 t.t. (NORLIZA BINTI OTHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG PEGUAMCARA BAGI PIHAK PLAINTIF : Messrs. Benjamin Dawson C-11-5, Block C, Level 11, Unit 5, Megan Avenue II, 12 Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur PEGUAMCARA BAGI PIHAK DEFENDAN : Tetuan Vemal Arasan & Associates No.91-A, Jalan Rengas, Taman Selatan, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.