Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA SAMAN NO : TA-A52NCvC-4-03/TAHUN 2022 ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU …PLAINTIF
TA-A52NCvC-4-03/2022
Sessions Court of Malaysia7 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“dokumen ataupun saksi dipanggil oleh pihak perayu / Defendan Pertama bagi membuktikan segala tuntutan balas tersebut. Mahkamah telah merujuk kes NCR Century (M) Sdn Bhd Dan Satu Lagi Lwn Lai Yan Chee [2020] MLJU 1396. “[60] Untuk tuntutan ganti rugi, maka perlu dibuktikan bahawa pernyataan tersebut menyebabkan seseoran”
“ion from the party in default as if the person had contracted to discharge it and had broken his contract. Selanjutnya Mahkamah juga merujuk kepada kes Mangkubumi Sdn Bhd V. Kosi Engineering Sdn Bhd [2024] CLJU 78 dimana Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: “Section 74 provides that when a contract is breached, t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA SAMAN NO : TA-A52NCvC-4-03/TAHUN 2022 ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU …PLAINTIF
1
WAN MUHD ZULHILMI BIN ABDUL HALIM [ NO K/P: 840828-11-5783 ]
2
WAN ROHAYA BINTI WAN SULAIMAN [NO K/P: 591127-11-5102 ]
3
WAN NOR AZIAH BINTI WAN YUSOF [NO K/P: 660822-11-5186 ] ...DEFENDAN-DEFENDAN 29/12/2024 12:20:11 TA-A52NCvC-4-03/2022 Kand. 33 S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini adalah rayuan yang dikemukakan oleh pihak perayu-perayu / Defendan-defendan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah yang dibuat pada 7 November 2024 yang memutuskan di atas imbangan kebarangkalian, pihak responden / Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap pihak perayu-perayu / Defendan-defendan. Oleh itu, Mahkamah telah membenarkan tuntutan pihak responden / Plaintif terhadap pihak perayu-perayu / Defendan-defendan dengan kos sebanyak RM5000.00. Mahkamah juga memutuskan untuk menolak tuntutan balas pihak perayu-perayu / Defendan-defendan dengan kos sebanyak Pendahuluan [2] Ini adalah tuntutan yang dikemukakan oleh pihak responden / Plaintif yang merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti Kolej Universiti 1971 terhadap pihak perayu-perayu / Defendan-defendan untuk ganti S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw rugi pecah kontrak Perjanjian Biasiswa bertarikh 25 Mac 2013 yang berjumlah RM315,933.04 Tuntutan pihak responden/Plaintif [3] Melalui Surat Tawaran Jawatan di Universiti Malaysia Terengganu yang bertarikh 30 Jun 2008, pihak responden Plaintif telah menawarkan kepada perayu / Defendan Pertama jawatan sebagai Felo Akademik yang mana antara syarat perlantikannya adalah perayu / Defendan Pertama dikehendaki mengikuti kursus pengajian yang diluluskan oleh pihak responden / Plaintif bagi memperolehi Ijazah Ph.D di sebuah universiti di dalam atau di luar negara yang diluluskan oleh pihak responden / Plaintif. [4] Selanjutnya, melalui Surat Tawaran Biasiswa Melalui Skim Felo Akademik bertarikh 12 Mac 2013, pihak responden / Plaintif telah menawarkan kepada pihak perayu / Defendan Pertama untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ph.D dalam bidang Information Systems (Transport Marketing) di Liverpool John Moores University, United Kingdom. S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw [5] Sebagai persetujuan penerimaan tawaran biasiswa ini, pihak perayu / Defendan Pertama bersama perayu / Defendan Kedua sebagai Penjamin Pertama dan perayu / Defendan Ketiga sebagai penjamin Kedua telah menandatangani satu Perjanjian Biasiswa / Cuti Belajar bertarikh 25 Mac 2013 dan selanjutnya pihak perayu / Defendan-defendan adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian tersebut. Klausa 1 Perjanjian tersebut memperuntukkan seperti berikut: (dengan izin) “The ACADEMIC/FELLOW/TUTOR/LECTURER hereby covenants that: i. He will enter upon and diligently continue in the course of training specified in the Schedule to this Agreement and that he will complete the said course of training within the times prescribed in the said Schedule or such longer time as the UNIVERSITY may approve; Manakala Klausa 7 (i) hingga (iv) Perjanjian tersebut menyatakan seperti berikut: (dengan izin) “IT IS FURTHER DECLARED AND AGREED that if the ACADEMIC FELLOW/TUTOR/LECTURER: S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw
i
Abandons his course of training before the completion hereof without the consent of the UNIVERSITY or;
II
(ii) Has his studentship terminated as hereinafter mentioned or on the ground that his progress is unsatisfactory, or;
III
(iii) Is dismissed from the UNIVERSITY service for misconduct, negligence or indifference to his duties within the period of years during which he has agreed to serve the UNIVERSITY under this Agreement.
IV
(iv) Refuses or by his own misconducts renders himself unsuitable to serve or continue to serve the UNIVERSITY under the Agreement then and in any such case, the ACADEMIC FELLOW/TUTOR /LECTURER and the SURETIES shall be jointly and severally liable for themselves, their heirs, executors or assigns to refund to the UNIVERSITY on demand all monies which have been paid to the ACADEMIC FELLOW/TUTOR/LETCURER or on his behalf by way of allowances or otherwise and all other monies expendend or for which liability had been incurred by the UNIVERSITY by way of fees, passages, fares or S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw otherwise in connection with or arising out of the Agreement. [6]
Preamble
Menurut perjanjian Biasiswa tersebut, tempoh pengajian pihak perayu / Defendan Pertama adalah selama tiga puluh enam (36) bulan bermula daripada 1 April 2013 sehingga 31 Mac 2016. Walau bagaimanapun, pihak perayu / Defendan Pertama telah gagal untuk menamatkan tempoh pengajian dalam tempoh tersebut. Selanjutnya, pihak perayu / Defendan Pertama telah memohon lanjutan tempoh bagi menamatkan pengajiannya sebanyak 3 kali dan telah diluluskan oleh pihak responden / Plaintif. Tempoh-tempoh lanjutan tersebut adalah seperti berikut: i. Dari 1 April 2016 sehingga 30 September 2016. ii. Dari 1 Oktober 2016 sehingga 31 Mac 2017. iii. Dari 1 April 2017 sehingga 30 Jun 2017. Walau bagaimanapun, pihak perayu / Defendan tetap gagal untuk menamatkan pengajiannya dalam tempoh lanjutan yang telah dibenarkan oleh pihak responden / Plaintif ini. S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw [7] Selanjutnya, pihak responden / Plaintif telah memberikan tempoh lanjutan penamatan selama 2 tahun iaitu mulai 1 Julai 2017 sehingga 30 Jun 2019 kepada pihak perayu / Defendan Pertama. Namun pihak perayu / Defendan Pertama tetap gagal menamatkan pengajiannya dalam tempoh tersebut. Atas sebab itu, pihak responden / Plaintif mendakwa pihak perayu / Defendan Pertama telah gagal mematuhi syarat-syarat dan terma-terma di dalam Perjanjian tersebut khususnya Klausa 1 Perjanjian tersebut. [8] Oleh itu, pihak responden Plaintif telah menuntut daripada pihak perayu Defendan Kedua untuk jumlah sebanyak RM315,933.04 sebagai bayaran balik segala kos dan perbelanjaan yang telah dikeluarkan di sepanjang tempoh pengajian pihak perayu / Defendan Pertama. Satu Surat Tuntutan bertarikh 25 November 2020 telah dikeluarkan oleh pihak responden / Plaintif kepada pihak perayu-perayu / Defendan-defendan bagi menuntut jumlah tersebut. Lanjutan daripada itu, pihak perayu / Defendan Pertama telah menghantar Surat Rayuan kepada pihak responden / Plaintif di mana rayuan S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw pihak perayu / Defendan Pertama diterima dan pihak responden / Plaintif telah membenarkan pihak perayu-perayu / Defendan-defendan membuat bayaran tuntutan secara ansuran atas jumlah yang dituntut tersebut. [9] Walau bagaimanapun, pihak perayu-perayu / Defendan-Defendan telah gagal untuk membuat sebarang bayaran ansuran bagi jumlah tersebut kepada pihak responden / Plaintif. Justeru tindakan ini telah diambil oleh pihak responden / Plaintif terhadap pihak perayu-perayu / Defendan-defendan. Pembelaan dan tuntutan balas pihak perayu-perayu / Defendan-Defendan. [10] Pihak perayu Defendan Kedua di dalam penyata pembelaannya telah menafikan pernyataan tuntutan pihak responden Plaintif dan mendakwa pihak responden / Plaintif tidak layak untuk menuntut jumlah RM315,933.04 tersebut dari pihak perayu / Defendan-Defendan. Perayu Defendan-defendan juga mendakwa penamatan perkhidmatan perayu / Defendan Pertama adalah tidak sah dan S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw oleh itu turut menuntut balas daripada pihak responden / Plaintif untuk tunggakan gaji beliau sebagai seorang pensyarah dan Felo Akademik di universiti responden / Plaintif. Selain daripada itu, pihak perayu-perayu / Defendan-defendan juga turut menuntut ganti rugi am dan khas serta faedah daripada pihak responden / Plaintif. Saksi-saksi Saksi-saksi perayu Plaintif SP1 – Amirah Nabilah binti Ismail (Penolong Penasihat Undang-Undang, Universiti Malaysia Terengganu) SP2 - Norlinda binti A Ghani (Ketua Penolong Bendahari, Univeriti Malaysia Terengganu) Saksi-saksi perayu-perayu / Defendan-defendan: SD1 - Wan Muhd Zulhilmy bin Abdul Halim. S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw Dapatan Mahkamah [11] Setelah mendengar keterangan saksi-saksi kedua-dua pihak perayu Defendan Kedua dan responden Plaintif serta meneliti hujahan bertulis pihak-pihak di akhir kes, Mahkamah memutuskan di atas imbangan kebarangkalian, pihak responden Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap pihak perayu-perayu / Defendan-defendan. Oleh itu, Mahkamah telah membenarkan tuntutan pihak responden / Plaintif terhadap pihak perayu-perayu / Defendan-defendan dengan kos sebanyak RM5000.00. Mahkamah juga memutuskan untuk menolak Tuntutan Balas pihak perayu-perayu / Defendan-defendan dengan kos sebanyak Alasan-alasan bagi keputusan ini adalah seperti berikut:
1
Pihak perayu-perayu / Defendan-defendan telah melanggar terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat dalam Perjanjian Biasiswa Jaminan bertarikh 25 Mac 2013. S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw Berdasarkan keterangan adalah jelas bahawa pihak perayu-perayu / Defendan-defendan telah melanggar Perjanjian Biasiswa tersebut khususnya Klausa 1 Perjanjian tersebut. Keterangan dokumentari beserta keterangan perayu / Defendan Pertama iaitu SD1 sendiri mengakui bahawa pihak perayu / Defendan Pertama telah gagal untuk melengkapkan pengajiannya dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam Perjanjian tersebut walaupun setelah tempoh lanjutan dibenarkan oleh pihak responden / Plaintif atas rayuan yang dibuat oleh pihak perayu / Defendan Pertama. Rujuk Nota Keterangan di muka surat 41 Lampiran 22. “MK :Saya bukan tanya sikit atau banyak. Saya tanya dalam tempoh 2 tahun, dari 1 Julai 2017 sehingga 30 Jun 2019, habis ke tak pengajian? WMZ (SD1): Tak habis.” Rujuk Nota Keterangan di muka surat 8 Lampiran 24. “MK :..Setuju ataupun tidak, secara keseluruhan, doktor telah melanggar perjanjian Klausa 1 ini? S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw WMZ (SD1): Setuju.” Selanjutnya, surat bertarikh 22 Oktober 2019 (muka surat 66 Ikatan Dokumen B) yang ditulis oleh perayu / Defendan Pertama (SD1) yang menyatakan kekesalannya kerana gagal menamatkan Ph.Dnya dalam tempoh yang ditetapkan, juga menunjukkan bahawa pihak perayu / Defendan Pertama mempunyai pengetahuan tentang perlanggaran terhadap Perjanjian Biasiswa tersebut. Justeru atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, adalah jelas bahawa telah berlaku perlanggaran terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian Biasiswa Jaminan bertarikh 25 Mac 2013 oleh pihak perayu-perayu / Defendan-defendan;
2
Pihak responden/Plaintif berhak menuntut bayaran yang telah dibelanjakan untuk manfaat perayu/Defendan Pertama sebanyak RM315,933.04. Undang-undang adalah jelas bahawa apabila berlaku perlanggaran kontrak oleh mana-mana pihak yang memasuki S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw kontrak tersebut, maka pihak yang mengalami perlanggaran tersebut berhak menerima pampasan daripada pihak yang telah melanggar kontrak tersebut. Rujuk Seksyen 74 (1) Akta Kontrak 1970 yang memperuntukkan seperti berikut: “Sec 74 - Compensation for loss or damage caused by breach of contract;
1
When a contract has been broken, the party who suffers by the breach is entitled to receive, from the party who has broken the contract, compensation for any loss or damage caused to him thereby, which naturally arose in the usual course of things from the breach, or which the parties knew, when they made the contract, to be likely to result from the breach of it.
2
Such compensation is not to be given for any remote and indirect loss or damage sustained by reason of the breach. Compensation for failure to discharge obligation resembling those created by contract. S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw
3
When an obligation resembling those created by contract has been incurred and has not been discharged, any person injured by the failure to discharge it is entitled to receive the same compensation from the party in default as if the person had contracted to discharge it and had broken his contract. Selanjutnya Mahkamah juga merujuk kepada kes Mangkubumi Sdn Bhd V. Kosi Engineering Sdn Bhd [2024] CLJU 78 dimana Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: “Section 74 provides that when a contract is breached, the party harmed by the breach can seek compensation from the party responsible for the breach. This compensation includes any loss or damage that naturally resulted from the breach or was anticipated by both parties at the time of contract formation. However, it excludes any loss or damage that is indirect or not a foreseeable result of the breach. Therefore, Mangkubumi is entitled to compensation for the losses incurred due to Kosi's non-performance, which led to delays in the project.” S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw Berdasarkan nas undang-undang yang dirujuk ini adalah jelas bahawa pihak responden / Plaintif sebagai pihak yang terjejas akibat kemungkiran kontrak oleh pihak perayu / Defendan Pertama adalah berhak untuk mendapatkan ganti rugi daripada pihak perayu-perayu / Defendan-defendan. Selanjutnya, Mahkamah juga merujuk kepada eksibit P3 yang merupakan perakuan oleh perayu/Defendan Pertama (SD1) yang menyatakan seperti berikut: “Saya mengaku bahawa segala maklumat dan dokumen yang disertakan adalah benar. Saya juga faham dan sedar bahawa tindakan penamatan dan tuntutan ganti rugi pecah kontrak boleh dikenakan terhadap saya sekiranya saya gagal atau belum lulus pengajian dalam tempoh dua (2) tahun selepas tamat tempoh cuti belajar…” Pihak perayu / Defendan Pertama (SD1) juga telah membuat surat-surat rayuan yang tidak atas Tanpa Prejudis bagi mengurangkan bayaran balik biasiswa tersebut sepertimana surat bertarikh 15 Disember 2020 (muka surat 56 Ikatan Dokumen B) dan surat rayuan penangguhan bayaran biasiswa bertarikh 25 Mac 2021 (muka surat 61-63 Ikatan Dokumen B). S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw Pada peringkat ini, Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak responden / Plaintif bahawa kedua-dua surat jelas menunjukkan bahawa pihak perayu / Defendan Pertama mengakui keberhutangan beliau kepada pihak responden / Plaintif. Selanjutnya, pihak perayu / Defendan Pertama juga tidak pernah mempertikaikan jumlah yang dituntut oleh pihak responden / Plaintif. Hal ini dapat dilihat dalam keterangan beliau di Mahkamah. Rujuk Nota Keterangan muka surat 12 Lampiran 24; “MK: Tidak menafikan. Selepas doktor terima dokumen P4, iaitu muka surat 81-83, ada tak doktor pertikaikan amaun RM315,933.04 kepada pihak UMT melalui mana-mana medium ataupun mana-mana dokumen atau surat, ada tak doktor pertikaikan selepas doktor menerima surat ini? WZH(SD1): Saya tiada keupayaan untuk pertikaikan. MK: OK, soalan saya bukan berkenaan samada doktor upaya ataupun tidak. Soalan saya adalah samada doktor pertikaikan tak jumlah tuntutan ini selepas terima surat? S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw WZH (SD1): Tidak. Justeru, atas alasan-alasan yang diberikan ini adalah jelas bahawa pihak responden / Plaintif berhak untuk menuntut bayaran yang telah dibelanjakan olehnya untuk manfaat perayu / Defendan Pertama sebanyak RM315,933.04.
3
3.Perayu-perayu / Defendan-defendan adalah terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian Biasiswa tersebut apabila menandatangani perjanjian tersebut bersama pihak responden Plaintif. Adalah jelas di bawah undang-undang bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani dalam ketiadaan unsur-unsur penipuan terhadap Perjanjian tersebut. Dalam tindakan ini pihak perayu-perayu / Defendan-defendan tidak menafikan bahawa mereka telah memasuki dan menandatangani Perjanjian tersebut bersama pihak responden / Plaintif. Maka pihak perayu-perayu / Defendan-defendan adalah terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian tersebut. S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw Justeru itu, berdasarkan terma dan syarat dalam Perjanjian tersebut, pihak responden / Plaintif adalah berhak kepada tuntutannya terhadap pihak perayu-perayu / Defendan-defendan sebagaimana perjanjian yang telah dimasuki antara mereka.
4
Pembelaan pihak perayu-perayu / Defendan-defendan yang diplidkan adalah tidak konsisten dengan keterangan yang diberikan oleh saksi mereka iaitu SD1. Jika dirujuk kepada pembelaan pihak perayu-perayu / Defendan-Defendan sepertimana di para 5.1 di mana pihak perayu / Defendan Pertama menafikan beliau gagal dalam pengajiannya dalam tempoh yang diluluskan oleh pihak University responden / Plaintif. Semasa memberi keterangan di Mahkamah, SD1 bersetuju apabila ditanya oleh pihak peguam responden / Plaintif bahawa beliau telah gagal untuk menghabiskan pengajiannya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Selanjutnya, di dalam pembelaannya, pihak perayu / Defendan Pertama telah menyatakan bahawa pihak responden / Plaintif S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw tidak berhak menuntut jumlah RM315,993.04 sebagaimana yang dituntut di dalam tindakan ini daripada mereka. Namun, ketika diperiksa balas oleh peguam responden / Plaintif di Mahkamah, SD1 bersetuju bahawa beliau tidak pertikaikan jumlah tersebut sejak notis tuntutan diterima daripada pihak responden / Plaintif. SD1 juga selanjutnya mengakui dalam keterangannya di Mahkamah bahawa beliau telah menghantar surat rayuan kepada pihak responden / Plaintif bagi pengurangan bayaran untuk jumlah tersebut. Jelas bahawa pembelaan pihak perayu / Defendan-defendan adalah tidak konsisten dan seolah-olah satu pemikiran terkemudian (after thought).
5
Tuntutan balas pihak perayu / Defendan terhadap pihak responden / Plaintif adalah tidak bermerit dan gagal dibuktikan. Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak responden / Plaintif bahawa memandangkan penamatan perkhidmatan perayu / Defendan Pertama sebagai Felo Akademik adalah sah menurut Klausa 1 Perjanjian tersebut, tuntutan balas pihak perayu / S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw Defendan-defendan untuk tunggakan gaji tidak wajar dibenarkan. Manakala bagi kos pasport, wang pergi balik untuk mendapatkan kelulusan visa dan penginapan inap desa (homestay) selama 2 minggu, ganti rugi am serta khas yang diplid oleh perayu-perayu / Defendan-defendan, tiada sebarang keterangan dalam bentuk dokumen ataupun saksi dipanggil oleh pihak perayu / Defendan Pertama bagi membuktikan segala tuntutan balas tersebut. Mahkamah telah merujuk kes NCR Century (M) Sdn Bhd Dan Satu Lagi Lwn Lai Yan Chee [2020] MLJU 1396. “[60] Untuk tuntutan ganti rugi, maka perlu dibuktikan bahawa pernyataan tersebut menyebabkan seseorang mengalami kerugian pecuniari.” Mahkamah juga turut merujuk kepada kes-kes berikut: Kes Tenaga Nasional Berhad v Perwaja Steel Sdn Bhd (1998) 2 CLJ 740 yang mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan antara lain seperti berikut; (dengan izin) S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw
II
(ii) Selaras dengan Seksyen 101 Akta Keterangan 1950, bebanan adalah terletak pada perayu untuk membuktikan bahawa mereka adalah berhak kepada tuntutan mereka.
III
(iii) Bebanan adalah atas perayu dan ianya merupakan tugasnya untuk membuktikan tuntutannya secara tegasnya. Oleh itu atas kegagalan pihak perayu / Defendan membuktikan tuntutan balasnya, maka tuntutan balas mereka terhadap pihak responden / Plaintif ini haruslah ditolak. Kesimpulan [12] Atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah mendapati di atas imbangan kebarangkalian, pihak responden / Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap pihak perayu-perayu / Defendan-defendan. Oleh itu, Mahkamah telah membenarkan tuntutan pihak responden / Plaintif terhadap pihak perayu-perayu / Defendan-defendan dengan kos sebanyak RM5000.00. Mahkamah juga memutuskan untuk menolak tuntutan balas pihak perayu-perayu / Defendan-defendan dengan kos sebanyak S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw Tarikh: 17 Disember 2024 (Norashima binti Khalid) Hakim Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Terengganu. S/N nBT23Hup3EnsVO9kugSqw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.