Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. PA-A52NCvC-107-09/2021 Antara UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
PA-A52NCvC-107-09/2021
Sessions Court of Malaysia18 Apr 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. PA-A52NCvC-107-09/2021 Antara UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
1
Dan
2
2.
3
AHMAD ALDRIE BIN AMIR ABDUL RAHIM BIN OTHMAN ...DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN [1] Plainti merupakan sebuah Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia. Plaintiff telah menawarkan biasiswa kepada Defendan Pertama untuk mengikuti pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan di Universiti Sains Malaysia dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang yang sama di Unveristy of Sydney, Australia. [2] Defendan Kedua dan Ketiga merupakan penjamin-penjamin didalam kes ini. 15/07/2024 10:44:53 PA-A52NCvC-107-09/2021 Kand. 56 S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg [3] Defendan Pertama telah berjaya mendapat kedua-dua Ijazah tersebut dan melalui Perjanjian Rancangan Latihan Kakitangan Akademik bertarikh 30.3.2011 Defendan Pertama dikehendaki berkhidmat dengan Plaintif sebagai Pensyarah selama 7 tahun. [4] Plaintif mendapati Defendan Pertama telah gagal memenuhi syarat-syarat perjanjian yang ditetapkan. Justeru Plaintif telah tidak menyambung perkhidmatan Plaintif dan menuntut gantirugi didalam kes ini. Manakala, Defendan-defendan (Selepas ini dirujuk sebagai Defendan sahaja, melainkan dinyatakan sebaliknya) juga turut memfailkan tuntutan balas didalam kes ini disebabkan penamatan tersebut. B. SAKSI-SAKSI [5] Saksi-saksi didalam kes ini adalah seperti berikut:
i
Puan Habibah binti Mohamad (SP1)-Timbalan Pendaftar, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM.
II
(ii) Dr. Jamaludin b. Abdullah (SP2)- Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Maknik Plaintif
III
(iii) En. Wan Mazlan b. Wan Ab Rahman (SP3)- Timbalan Bendahari Kanan, Bahagian Operasi, Perakuanan dan Kewangan Plaintif.
IV
(iv) Ts Dr Muhammad Hafiz b. Hassan (SD1)-Pensyarah, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg
v
Dr. Amie Norfreeda binti Amir (SD2)- Defendan Pertama C. TUNTUTAN PLAINTIF [6] Plaintif didalam kes ini telah membuat tuntutan seperti berikut:
i
Jumlah sebanyak RM164,196.96
II
(ii) Kos pentadbiran semasa tempoh pengajian sebanyak RM16,419.70 (iaitu 10% daripada RM164,196.96)
III
(iii) Faedah pada kadar 5% setahun atas jumlah penghakiman dari tarikh pemfailan sehingga penyelesaian penuh.
IV
(iv) kos
v
Relif-relif yang selanjutnya dianggap patut dan suai manfaat [7] Adalah menjadi kes Plaintif bahawa berdasarkan:
1
Surat tawaran Resmi Fellowship Rancangan Latihan Kakitangan Akdemik bertarikh 25/3/2011,
2
Perjanjian Rancangan Latihan Kakitangan Akademik bertarikh 30/3/2011,
3
Surat tawaran biasiswa pada peringkat Ijazah Kedoktoran dibawah Rancangan Latihan Kakitangan Akademik bertarikh 23/3/2013. S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg adalah menjadi terma-terma perjanjian dan surat tawaran bertarikh 25/3/2011 dan 23/3/2013 bahawa:
i
Defendan Pertama perlu berkhidmat dengan Plaintif didalam jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan yang diperolehi oleh Defendan Pertama bagi tempoh selama 7 tahun bermula dari Defendan Pertama melapor diri untuk bertugas semula dengan Plaintif dan tempoh kontrak mesti dipenuhi dengan sepenuhnya.
II
(ii) Plaintif boleh menamatkan Perjanjian tersebut sekiranya dalam tempoh perkhidmatan dengan Plaintif, Defendan pertama diberhentikan daripada perkhidmatan Plaintif kerana kecuaian atau tidak mengindahkan kewajipan-kewajipannya dan/atau kerana salah lakunya sendiri menjadi dirinya tidak sesuai untuk terus berkhidmat dengan Plaintif dan
III
(iii) Sekiranya Defendan pertama memungkiri obligasinya untuk berkhidmat dengan Plaintif selama 7 tahun tersebut sama ada meninggalkan perkhidmatan dan Plaintif dan/atau diberhentikan daripada perkhidmatan Plaintif, Defendan Pertama akan diambil sebagai telah memungkiri Perjanjian tersebut. Dalam keadaan sedemikian, Defendan Pertama dikehendaki membayar gantirugi kepada Plaintif secara membayar balik kesemua perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh Plaintif bagi Pengajian Defendan Pertama dibawah perjanjian tersebut yang diproratakan berdasarkan tempoh Defendan Pertama telah berkhidmat dengan Plaintif bersama faedah dari tarikh kemungkiran dan kos pantadbiran sebanyak 10% daripada jumlah yang dikeluarkan itu. S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg [8] Plaintif setelah menamatkan pengajian nya telahpun ditawarkan sebagai “Pensyarah Universiti DS45 Kontrak” melalui surat tawaran jawatan bertarikh 9/3/2020 secara “month to month basis” selama 6 bulan. [9] Perenggan 4 Surat Tawaran Jawatan tersebut memperuntukan bahawa lantikan Defendan Pertama adalah tertakluk kepada antara lain, peraturan-peraturan Plaintif yang berkuatkuasa pada tarikh Defendan Pertama menerima tawaran lantikan tersebut kepada apa-apa tambahan, perubahan dan pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa. [10] Plainti merujuk kepada peraturan-peraturan yang dibuat oleh pihak Plaintif dalam Mesyurat Lembaga Pengarah Universiti ke 62 [27 Mei 2008] berkenaan perlantikan Pensyarah ke Gred 51 yang mana berkuatkuasa pada tarikh Defendan Pertama menerima tawaran jawatan Pensyarah Universiti Gred DS45 (Kontrak). [11] Peraturan-peraturan tersebut memperuntukan bahawa perlantikan Pensyarah ke Gred 51 adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: a) Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan nya dan S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg b) Memperolehi kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan nya oleh kerajaan dan c) Telah menyempurnakan satu penyelidikan yang berkualiti dan; d) Telah menghasilkan makalah dalam jurnal atau penulisan bab dalam buku atau artikel dalam prosiding dan e) Telah membentangkan kertas kerja dalam persidangan berkaitan bidang kepakaran atau pengalaman lain yang berkaitan. [12] Plaintif didalam plidingnya menyatakan Defendan Pertama telah gagal secara memuaskan memenuhi 2 kriteria yang diperlukan untuk membolehkan Defendan Pertama dilantik kejawatan Pensyarah Gred 51 (Tetap) seperti berikut:
i
Gagal dan/ atau secara memuaskan untuk menghasilkan makalah dalam jurnal atau penulisan bab dalam buku atau artikel dalam prosiding dan
II
(ii) Gagal dan/atau secara memuaskan untuk membentangkan kertas kerja dalam persidangan berkaitan bidang kepakaran atau pengalaman lain yang berkaitan [13] Memandangkan Defendan Pertama telah gagal memenuhi kriteria tersebut, Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia (PTJ) telah pada 10.8.2020 tidak memperakukan Defendan Pertama untuk dilantik ke jawatan Pensyarah Gred 51. S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg [14] Justeru, Perlantikan Defendan Pertama dibawah surat tawaran jawatan tersebut telah tamat tanpa disambung. [15] Oleh itu, Plaintif menyatakan Defendan telah gagal memenuhi para 4 (g) Perjanjian Rancangan Latihan Kakitangan Akademik bertarikh 30.3.2011 dimana Plaintif telah gagal berkhidmat selama 7 tahun. Justeru, Plaintif menuntut jumlah sebanyak RM 183,358.06 yang merupakan perbelanjaan pengajian Defendan Pertama sebelum ini dan memohon tuntutan Plaintif dibenarkan. D. TUNTUTAN BALAS DEFENDAN-DEFENDAN (DEFENDAN) [16] Defendan didalam kes ini telah membuat tuntutan balas seperti berikut:
a
Gantirugi Khas sebanyak RM446,560.85
b
Gantirugi Am
c
Gantirugi teladan
d
Faedah pra-penghakiman ke atas hutang atau ganti rugi dari 01.12.2020 sehingga tarikh penghakiman pada kadar 5% setahun menurut seksyen 11 Akta Undang-undang Sivil 1956 atau, pada kadar dan bagi tempoh yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia ini; e) Kos atas dasar tanggung rugi penuh; S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg f) Faedah pasca-penghakiman menurut Aturan 42 kaedah 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ke atas semua hutang penghakiman dalam tindakan ini pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman di sini sehingga penyelesaian. g) Relif-relif selanjutnya atau yang lain bagi defendan-defendan yang Mahkamah Yang Mulia ini berpendapat sesuai dan patut. [17] Defendan mengakui telah memasuki perjanjian-perjanjian tersebut dan telahpun dilantik sebagai “Pensyarah Universiti DS45 Kontrak”. Defendan Pertama menyatakan bahawa beliau telahpun menghantar “Borang Permohonan Jawatan Staf Akademik” bertarikh 30/6/2020 kepada Plaintif untuk jawatan sebagai Pensyarah Gred 51(tetap). [18] Plaintif kemudian nya melalui surat bertarikh 5/8/2020 telah menjemput Defendan Pertama untuk menghadiri temu duga sebagai Pensyarah Gred 51 (tetap) pada 10/8/2020. [19] Beliau kemudian nya menghadiri temu duga tersebut namun tidak dipanggil untuk masuk kedalam temu duga tersebut. [20] Kontrak Plaintif kemudian nya telah tamat pada 8/9/2020 dan kemudian telah dilanjutkan oleh Plaintif secara bulan ke bulan sehingga 30/11/2020. S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg [21] Pada 3/12/2020 Defendan Pertama telah dimaklumkan melalui panggilan telefon daripada Puan Norasyidah Mohd Yusoff (Penolong Kanan Pendaftar) bahawa kontrak beliau tidak akan dilanjutkan. [22] Defendan Pertama tidak dimaklumkan akan alasan ketidaklanjutan kontrak tersebut. [23] Defendan pertama menyatakan bahawa beliau telahpun memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan termasuklah keperluan:
i
menghasilkan makalah dalam jurnal atau penulisan bab dalam buku atau artikel dalam prosiding dan
II
(ii) membentangkan kertas kerja dalam persidangan berkaitan bidang kepakaran atau pengalaman lain yang berkaitan. [24] Jika sekalipun Defendan Pertama tidak memenuhi kriteria tersebut yang mana dinafikan oleh Defendan, maka beliau sepatutnya ditawarkan sebagai DS45 (tetap) sepertimana diperuntukan didalam Perjanjian Rancangan Latihan Kakitangan Akademik bertarikh 30.3.2011 tersebut. S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg [25] Atas sebab-sebab tersebut Defendan menyatakan bahawa Plaintif telah salah dalam menamatkan perjanjian tersebut dan Plaintif tidak layak untuk tuntutan mereka. Defendan juga menyatakan sebaliknya tuntutan balas Defendan perlu dibenarkan. E. DAPATAN MAHKAMAH [26] Adalah menjadi undang-undang mantap beban pembuktian didalam kes sivil sentiasa terletak diatas bahu Plaintif. (Rujuk seksyen 101 -103 Akta Keterangan 1950 dan kes Mahkamah Persekutuan Chettiar Alagappan @ L Allagappan (as executor to SL Alameloo Achi alias Sona Lena Alamelo Acho, deceased) & Anor v Secure Plantation Sdn Bhd [2017] 3 AMR 625; [2017] 5 CLJ 418; [2017] 4 MLJ 697; [2017] 3 MLRA 501)
i
Sama ada Defendan Pertama telah memungkiri Perjanjian didalam kes ini. [27] Adalah menjadi kes Plaintif bahawa setelah Defendan Pertama menamatkan pengajian nya Defendan pertama perlu berkhidmat dengan Plaintif selama 7 tahun. Defendan Pertama telah ditawarkan dan telah menerima perlantikan daripada Plaintif kepada jawatan sebagai DS45 Kontrak di Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik berkuatkuasa 9/3/2020 untuk tempoh 6 bulan. Perlantikan tersebut hanya untuk 6 bulan sahaja dan hanya akan diteruskan sekiranya Defendan Pertama berjaya dilantik ke jawatan Pensyarah Gred 51 (tetap). S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg [28] Plaintif menghujahkan perenggan 4 surat tawaran tersebut jelas memperuntukan bahawa lantikan Defendan Pertama adalah tertakluk kepada antara lain, peraturan-peraturan Plaintif yang berkuatkuasa pada tarikh Defendan Pertama menerima tawaran perlantikan dan kepada apa-apa tambahan, perubahan dan pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa. [29] Peraturan-peraturan yang relevan kepada tindakan ini yang mengikat Defendan Pertama adalah peraturan-peraturan yang telah dibuat oleh pihak Plaintif didalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Unversiti ke 62 [27 Mei 2008] berkenaan Perlantikan Pensyarah ke Gred 51 yang mana berkuatkuasa pada tarikh Defendan Pertama menerima jawatan Pensyarah Universiti Gred DS45 (Kontrak). [30] Peraturan-peraturan tersebut memperuntukan bahawa perlantikan Pensyarah ke Gred 51 adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: a)Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraff dengan nya dan b) Memperolehi kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan nya oleh kerajaan dan c) Telah menyempurnakan satu penyelidikan yang berkualiti dan; S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg d) Telah menghasilkan makalah dalam jurnal atau penulisan bab dalam buku atau artikel dalam prosiding dan e) Telah membentangkan kertas kerja dalam persidangan berkaitan bidang kepakaran atau pengalaman lain yang berkaitan. [31] Maka dalam tempoh 6 bulan tersebut Defendan Pertama perlu memenuhi 5 kriteria tersebut bagi membolehkan Defendan Pertama dilantik ke jawatan Pensyarah Gred 51 (Tetap). Plaintif menghujahkan Defendan Pertama sedar berkenaan syarat ini dan telah memohon untuk perlantikan ke jawatan Pensyarah gred 51 (tetap). [32] Sementara menunggu penilaian dan keputusan berkenaan sama ada Defendan Pertama layak dilantik ke jawatan Pensyarah Universiti DS45, Kontrak beliau telah dilanjutkan dari bulan ke bulan. [33] Pada 10.8.2020, Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia (PTJ) Plaintif telah menolak permohonan Defendan Pertama untuk dilantik ke jawatan Pensyarah Gred 51 (Tetap) dan keputusan ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilih Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Akademik). [34] Dalam mencapai keputusan tersebut pihak Plaintif telah mengambilkira penyelidikan-penyelidikan, penerbitan-penerbitan dan pembentangan-S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg pembentangan di persidangan-persidangan yang relevan yang dikemukakan Defendan Pertama ketika itu. [35] Oleh itu, Plaintif mendapati Defendan Pertama telah gagal memenuhi kriteria berikut:
i
Gagal dan/atau gagal secara memuaskan untuk menghasilkan makalah dalam jurnal atau penulisan bab dalam buku atau artikel dalam prosiding dan
II
(ii) Gagal dan/atau gagal secara memuaskan membentangkan kertas kerja dalam persidangan berkaitan bidang kepakaran atau pengalaman lain yang berkaitan. [36] Defendan Pertama juga tidak mempertikaikan atau merayu terhadap keputusan tersebut, maka Defendan Pertama telah terhenti perkhidmatan dengan Plaintif pada 1/12/2020. [37] Kegagalan Defendan Pertama untuk memenuhi 2 kriteria tersebut telah tidak melayakan Defendan Pertama untuk perlantikan jawatan Pensyarah (Tetap). Justeru, perlantikan Defendan Pertama dibawah Surat Tawaran Jawatan tersebut telah tamat tanpa disambung. Atas sebab tersebut, Defendan Pertama telah gagal memenuhi peruntukan klausa 4(g) perjanjian tersebut dan telah dengan itu melakukan kemungkiran Perjanjian tersebut. S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg [38] Saksi Plaintif iaitu Dr. Jamaludin b. Abdullah (SP2) semasa memberikan keterangan menyatakan antara sebab Plaintif telah mencapai kepada keputusan ketidakpatuhan kriteria tersebut disebabkan pensyarah gred 45 (kontrak) diperlukan menghasilkan makalah dalam jurnal atau penulisan bab dalam buku atau artikel dalam prosiding dalam tempoh 6 bulan dari tarikh perlantikan ke jawatan pensyarah gred 45 (kontrak) ke jawatan Pensyarah gred 51 (kontrak)kerana apa yang hendak dinilai adalah kebolehan dan kepakaran pensyarah-pensyarah tersebut pada tahap pasca ijazah kedoktoran mereka. [39] Defendan didalam hujahan nya menghujahkan Defendan pertama telahpun sebenarnya memenuhi kriteria tersebut dan telah menghasilkan makalah dalam jurnal atau penulisan bab dalam buku atau artikel seperti berikut:
a
"Freeda A. Amir, A. R. Othman and H. Md. Akil. (2013) Damage characterization of Polypropylene Honeycomb Sandwich Panels Subjected to Low - Velocity Impact.
b
"Amie Nor Freeda Amir, A. R. Othman. Failure Characterization of PolypropyleneThermoplastic Honeycomb Core Subjected to Low Velocity Impact; Proceeding of the 1" International Conference on Materials Engineering (ICME) and 3d AUN/SEED - Net Regional Conference on Materials (RCM), pp. 261 - 266; Yogyakarta,
c
"A. Freeda Amir, A. R. Othman. Residual Strength and Failure Criterion of PP Thermoplastic Honeycomb Sandwich Subjected to Low Velocity Impact; 8 th International Conference on Composite Science and Technology, March 2011. Kuala Lumpur." S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg
d
"A. Freeda Amir, A. R. Othman. (2011) Residual Strength and Failure Criterion of PP Thermoplastic Honeycomb Sandwich Subjected to Low Velocity Impact. Key Engineering Materials. Trans Tech Publications, Switzerland. Vols. 471 472. Pp 646-651.
e
"Abdul Rahim Othman, Amie Nor Freeda Amir. Hybrid Mats. Wiley Encyclopedia of Composites, Second Edition. Published 2012 by John Wiley & Sons, Inc."
f
"Freeda A. AMIR and Lin Ye. Drilling Conditions and Hole Quality in CFRP Laminates; ASC 31st Technical conference & ASTM Committee D30 Meeting. September 2016, Williamsburg, Virginia, United States of America."
g
"Freeda A. Amir, Hongjian Wang, Lin Ye and Li Chang. Measurement of Intralaminar Mode | Fracture Toughness of CFRP Using Orthogonal Cutting; 10th Asian Australasian Conference on Composite Materials (ACCM10), October 2016, Busan, Korea."
h
"Hongjian Wang, Freeda A. Amir, Li Chang, Lin Ye. On the determination of interlaminar fracture toughness of fibre reinforced polymer laminates using orthogonal cutting. Proceeding of the 21st International Conference on Composite Materials, Xi'an, China, 20-25th August 2017."
i
"K. K. Fu, H. J. Wang, Y. Chen, F. A. Amir, L. Ye. Modelling of drilling woven fabric composites using a dagger drill. Proceeding of the 9 th Australasian Congress on Applied Mechanics, UNSW Sydney, Australia, 27-29th November 2017.
j
"H. Ghazall, A N Amir, S Dullah and L Ye. Fracture toughness of epoxy adhesive containing dual-capsules self-healing system. On International Conference on Green
k
"Habibah Ghazali, Lin Ye and Amie N Amir Microencapsulated healing agents for an elevated temperature cured epoxy: Influence of viscosity on healing efficiency. (Polymers and Polymer Composites 2021, Vol. 0 (0) 1-11) S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg
l
"Freeda A. Amir, Habibah Ghazali, Hongjian Wang and Lin Ye. Fracture Energy for orthogonal cutting in unidirectional CFRP at different cutting directions, 2021. (Material and Energy Engineering For Sustainable Advancement Conference (MEESA)." [40] Namun begitu SP2 semasa keterangan nya menjelaskan artikel-artikel di perenggan perenggan (a) hingga (i) di atas adalah langsung TIDAK relevan kerana ianya tidak dihasilkan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh perlantikan Defendan Pertama ke jawatan Pensyarah gred 45 (kontrak). Artikel-artikel di perenggan-perenggan (a) hingga (i) tersebut dikatakan dihasilkan oleh Defendan Pertama dalam tempoh dari tahun 2011 hingga 2017. Ini bermakna artikel-artikel tersebut telah dihasilkan sebelum atau semasa pengajian ijazah kedoktoran Defendan Pertama. Justeru, artikel-artikel tersebut bukan sahaja TIDAK memenuhi kriteria Plaintif (iaitu perlu dihasilkan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh perlantikan Defendan Pertama ke jawatan Pensyarah gred 45 (kontrak)) malah juga TIDAK memenuhi tahap kualiti dan kepakaran yang diperlukan (iaitu tahap pasca ijazah kedoktoran). [41] Berkenaan artikel-artikel di perenggan-perenggan (j) dan (k) di atas,semasa penilaian dibuat oleh Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia PTJ pada 10.8.2020, artikel-artikel ini masih belum diterbitkan. Justeru, mereka tidak boleh diterima sebagai penerbitan yang relevan bagi tujuan perlantikan ke jawatan Pensyarah gred 51 (tetap). Manakala bagi artikel (l) Plaintif menghujahkan ianya hanya diterbitkan selepas keputusan Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia PTJ pada 10.8.2020 untuk tidak memperakukan perlantikan Defendan Pertama ke jawatan Pensyarah gred 51 (tetap). Justeru, ia TIDAK relevan bagi tujuan perlantikan ke jawatan Pensyarah gred 51 (tetap). S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg [42] Atas isu ini, Defendan mengujahkan kriteria gagal dan/atau gagal secara memuaskan juga keperluan keperluan artikel-artikel dihasilkan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh perlantikan ini merupakan kriteria tambahan yang telah diperkenalkan oleh SP2, sedangkan Defendan Pertama telah pun memenuhi kesemua kriteria yang ditetapkan termasuklah menghasilkan makalah dalam jurnal atau penulisan bab dalam buku atau artikel dalam prosiding dan juga membentangkan kertas kerja dalam persidangan. [43] Defendan juga membawa perhatian mahkamah kepada peruntukan selanjutnya didalam peraturan-peraturan tersebut dimana para ii menyatakan seperti berikut: “sekiranya staf masih tidak dapat memenuhi semua syarat DS51 dalam tempoh 6 bulan, maka staf akan dilantik ke jawatan pensyarah ke jawatan Pensyarah Universiti DS45 tetap.” [44] Oleh itu, Defendan Pertama menghujahkan berdasarkan para ii tersebut Plaintif tidak mempunyai hak untuk menamatkan perjanjian tersebut memandangkan perkataan “.. maka staf akan dilantik ke jawatan Pensyarah Universiti DS45 tetap” merupakan satu syarat perlindungan yang digubal untuk manfaat kakitangan. Malahan syarat tersebut juga dengan jelas menyatakan jika staf masih tidak memenuhi semua syarat DS51 dalam tempoh 6 bulan, staf akan dilantik ke S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg jawatan DS45 tetap. Hanya jika staf tidak bersetuju dengan lantikan ini, barulah Plaintif boleh menamatkan perjanjian tersebut. [45] Plaintif didalam kes ini, menghujahkan bahawa selepas menyempurnakan pengajian ijazah kedoktoran , Defendan Pertama perlu berkhidmat sebagai pensyarah untuk tujuh tahun. Walaubagaimanapun perlantikan ini bukan lah secara automatik kerana Defendan Pertama perlu terlebih dahulu membuktikan bahawa beliau telah mencapai tahap kepakaran yang diperlukan untuk tujuan dilantik sebagai pensyarah universiti Plaintif. Keperluan ini adalah juga adalah terpakai kepada semua kakitangan yang diberikan biasiswa untuk pengajian di tahap ijazah sarjana dan kedoktoran. [46] Atas isu ini, mahkamah merujuk kepada kes:
i
Malaysian Airline System Bhd v. Yong Chong Hee & Anor [2011] 7 CLJ 360; [2010] 3 MLRH 428: "I agree with the appellant's submission that the wordings or language used in the contract are clear. There is no ambiguity whatsoever. In the circumstances, the court must give effect to the intention of the parties by referring to the words used within the four corner of the agreement only." S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg [47] Berdasarkan kes tersebut, adalah penting untuk mahkamah melihat apakah yang terkandung didalam “the four walls of the contractual documents” tersebut. Didalam kes ini terma-terma perjanjian dan surat tawaran bertarikh 25/3/2011 dan 23/3/2013 dimana para i menyatakan:
i
Defendan Pertama perlu berkhidmat dengan Plaintif didalam jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan yang diperolehi oleh Defendan Pertama bagi tempoh selama 7 tahun bermula dari Defendan Pertama melapor diri untuk bertugas semula dengan Plaintif dan tempoh kontrak mesti dipenuhi dengan sepenuhnya. [48] Defendan Pertama telahpun ditawarkan biasiswa sebelum ini dan telahpun menyempurnakan Ijazah kedoktoran nya dan bersedia untuk berkhidmat dengan Plaintif seperti yang tertera didalam perjanjian tersebut. [49] Namun begitu, walaupun perjanjian Plaintif sendiri yang menetapkan syarat untuk mengikat kesemua pemegang biasiswanya selama 7 tahun, Plaintif telah bertindak sebaliknya dengan memberikan tawaran secara kontrak “month to month basis” selama 6 bulan. Plaintif kemudian memaksa kakitangan nya untuk berusaha “melayakkan” diri untuk berkhidmat dengan mereka selama 7 tahun sedangkan perjanjian asal sejak dari mula telah mengikat pemegang biasiswanya selama 7 tahun. S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg [50] Selepas ditawarkan kontrak tersebut, Defendan pertama diminta untuk mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam tempoh 6 bulan iaitu menghasilkan makalah dalam jurnal atau penulisan bab dalam buku atau artikel dalam prosiding dan telah membentangkan kertas kerja dalam persidangan. [51] Defendan Pertama semasa mengisi “Borang Permohonan Jawatan Staf Akademik” bertarikh 30/6/2020 kepada Plaintif untuk jawatan sebagai Pensyarah Gred 51(tetap) telahpun menyenaraikan hasil penulisan nya. Namun begitu, SP2 -Dr. Jamaludin yang merupakan Dekan kepada fakulti Defendan Pertama dan juga Pengerusi, Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia (PTJ) memberikan sebab bahawa penulisan-penulisan dan penerbitan Defendan Pertama tidak dibuat didalam tempoh masa 6 bulan dari tarikh perlantikan Defendan Pertama. Defendan Pertama juga didapati gagal secara memuaskan memenuhi kriteria tersebut. Oleh itu, Defendan pertama didapati gagal memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan didalam peraturan-peraturan tersebut. Berikutan kegagalan Defendan Pertama tersebut pada 10.8.2020 Jawatankuasa Pemilih Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Akademik) Plaintif telah menolak permohonan Defendan Pertama untuk dilantik ke jawatan Pensyarah Gred 51 (Tetap). [52] Atas isu ini, mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa peraturan-peraturan tersebut tidak pernah pada setiap masa menetapkan bahawa kesemua kriteria tersebut mesti dipenuhi didalam 6 bulan selepas lantikan dan S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg juga mesti memuaskan. Perkataan mesti dipenuhi didalam 6 bulan dan juga secara memuaskan tidak langsung tertera dalam peraturan di para (a) hingga (e) tersebut. [53] Mahkamah juga mendapati lantikan Kontrak Plaintif berdasarkan “month to month “ selama 6 bulan adalah kontrak perkhidmatan Plaintif. Kontrak tersebut terutama di para 4 hanya merujuk secara am berkenaan pematuhan perlembagaan, satatut-statut dan peraturan-peraturan secara am sahaja. Oleh itu, mahkamah bersetuju bahawa syarat yang menetapkan Defendan Pertama perlu memenuhi kesemua kriteria yang ditetapkan secara memuaskan didalam peraturan tersebut selama 6 bulan tersebut merupakan satu syarat tambahan dan ianya langsung tidak termaktub didalam peraturan-peraturan tersebut. Oleh itu, mahkamah mendapati tiada apa-apa pemecahan kontrak yang dilakukan oleh Defendan Pertama didalam kes ini. Malahan, kesemua kriteria yang ditetapkan sebenarnya telahpun dipenuhi oleh Defendan Pertama. [54] Didalam kes ini Plaintif telah ditawarkan sebagai Pensyarah gred DS45 kontrak. Syarat-syarat yang dinyatakan didalam peraturan tersebut adalah merupakan syarat-syarat untuk kenaikan pangkat pensyarah ke gred DS51. Oleh itu, mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa para ii peraturan-peraturan tersebut telahpun menetapkan jika staf Plaintif masih tidak dapat memenuhi semua syarat untuk kejawatan gred DS51 dalam tempoh 6 bulan, maka staf akan dilantik ke ke jawatan Pensyarah Universiti DS45 tetap. Justeru, mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa peraturan tersebut telahpun menetapkan kaedah yang perlu S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg dipatuhi jika kakitangan tidak dapat memenuhi kriteria tersebut dimana Defendan Pertama perlu lah dilantik ke jawatan Pensyarah Universiti DS45 tetap dan bukan menamatkan perkhidmatan Plaintif. [55] Atas alasan tersebut, mahkamah mendapati Plaintif telah gagal membuktikan bahawa Defendan Pertama telah gagal memenuhi perjanjian-perjanjian didalam kes ini. Justeru, tuntutan Plaintif adalah dengan ini ditolak.
II
(ii) Sama ada Plaintif yang memungkiri perjanjian tersebut [56] Mahkamah sebelum ini telahpun membuat dapatan bahawa Defendan Pertama telahpun memenuhi kriteria-kriteria seperti ditetapkan didalam peraturan-peraturan tersebut dan Plaintif telah mengenakan syarat tambahan didalam kes ini. [57] Mahkamah juga mendapati sebelum ini bahawa para ii peraturan-peraturan tersebut telahpun menetapkan jika staf Plaintif masih tidak dapat memenuhi semua syarat DS51 dalam tempoh 6 bulan, maka staf akan dilantik ke jawatan Pensyarah Universiti DS45 tetap. Namun begitu, Plaintif sebaliknya telah menamat kan perkhidmatan Plaintif. Oleh itu, mahkamah mendapati Plaintif lah yang memungkiri perjanjian tersebut. S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg [58] Plaintif sebelum ini telahpun mengeluarkan surat bertarikh 5/8/2020 untuk menghadiri panggilan temu duga untuk jawatan DS51 tetap kepada Defendan Pertama pada 10/8/2020 yang merupakan tarikh dimana Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia (PTJ) bersidang. Keterangan dari Defendan Pertama menunjukan bahawa beliau telahpun hadir untuk menghadiri temu duga tersebut tetapi beliau tidak dipanggil untuk masuk kedalam temu duga tersebut dan telah dibiarkan menunggu selama 2 jam. Beliau kemudian nya dimaklumkan bahawa kehadiran beliau adalah tidak diperlukan. [59] SP2 semasa memberikan keterangan menyatakan surat panggilan temu duga yang dikeluarkan kepada Defendan Pertama adalah prosedur biasa yang terpakai kepada semua calon dimana mereka perlu berada didalam keadaan bersedia “mode standby”. Jawatankuasa hanya akan memanggil masuk ke dalam mesyuarat jika perlu sahaja. Tidak ada mana-mana kemestian untuk dipanggil masuk kedalam mesyuarat temu duga. [60] Defendan pertama semasa memberikan keterangan telah pun memberikan keterangan sekiranya beliau dipanggil masuk kedalam temu duga tersebut sudah tentu beliau dapat menjelaskan berkenaan pematuhan kriteria-kriteria tersebut,terutama berkaitan penghasilan artikel-artikel dalam makalah dan juga penerbitan nya. S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg [61] Semasa Defendan Pertama memberikan keterangan beliau telah menjelaskan beliau telah pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian pada March 2020 dan kemudian telah ditawarkan sebagai pensyarah Gred DS45 bermula 9/3/2020- 8/9/2020. Semasa beliau baru melapor kan diri perintah kawalan pergerakan kemudian nya telah dikuatkuasakan. Beliau sebenarnya telah menghasilkan beberapa artikel dalam tempoh 6 bulan tersebut iaitu: i) “Fracture toughness of epoxy adhesive containing dual-capsules self healing system”- Penulisan tersebut telahpun dihantar pada 23.6.2020 dan dibentangkan didalam “6th International Conference on Green Design and Manufacture 2020” ketika persidangan pada 23-24 Julai 2020. Penulisan tersebut juga telah diterbitkan didalam jurnal pada 3.5.2021. ii) “Microenscapsulated healing agents for an elevated-temperature cured epoxy: Infleunce of viscosity on helaing efficiency”- Penulisan tersebut telahpun dihantar untuk penerbitan didalam “Polymers and Polymers Composites” dan akhrnya telah diterbitkan pada 2021. [62] Malahan selepas tamatnya kontrak beliau selama 6 bulan dan semasa tempoh kontrak beliau dilanjutkan beliau telahpun menghasilkan penulisan berikut: S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg iii) “Quality assesment and intergrity of circular drilled-holes in CFRP laminates”- Penulisan tersebut telahpun dihantar pada 18/9/2020 didalam jurnal “The International Journal od Advanced Manufacturing Technology” . iv) “Quality assesment and intergirity of circular drilled-holes in CFRP laminates”- Penulisan tersebut telah dihantar pada 10/11/2020 dan telah di terbitkan didalam jurnal pada “Part B: Jounal of Engineering Manufacture”. [63] Defendan Pertama juga semasa memberikan keterangan menjelaskan bahawa untuk sesuatu penulisan diterbitkan ianya akan mengambil masa. Tempoh bila ia akan diterbitkan adalah bergantung pada penerbit contohnya bagi artikel “Fracture toughness of epoxy adhesive containing dual-capsules self healing system”- Penulisan tersebut telahpun dihantar pada 23.6.2020 dan dibentangkan didalam “6th International Conference on Green Design and Manufacture 2020” ketika persidangan pada 23-24 Julai 2020 dan hanya diterbitkan didalam jurnal pada 3.5.2021. Semasa “Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia PTJ” bersidang, hanya borang “Permohonan Jawatan Staf Akdemik” bertarikh 30/6/2020 yang berada bersama jawatankuasa. Jika beliau dipanggil masuk beliau pasti dapat memberikan penjelasan berkenaan artikel-artikel tersebut dan penerbitan nya. [64]
Preamble
Menurut Kamus Dewan Perdana, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,Cetakan Pertama 2020 “Temu duga” bermaksud “soal jawab atau ujian lisan S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg antara majikan, pihak tertentu dsb dgn calon pekerja,calon pemegang biasiswa, calon pelajar ke institusi pengajian tinggi dsb untuk menentukan orang yang layak menerima jawatan,biasiswa,pengajian tsb dsb” [65] Oleh itu, mahkamah mendapati penjelasan SP2 bahawa Jawatankuasa hanya akan memanggil masuk ke dalam mesyuarat jika perlu sahaja dan tidak ada mana-mana kemestian untuk dipanggil masuk kedalam mesyuarat temu duga merupakan bukan sahaja sesuatu yang bertentangan dengan maksud temu duga itu sendiri dari segi bahasa tetapi juga dari segi amalan biasa yang diamalkan. [66] SP2 semasa memberikan keterangan menyatakan keputusan Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia PTJ didalam kes ini telah tidak dirayu oleh Defendan Pertama didalam kes ini. Atas isu ini Defendan menghujahkan Keputusan jawatankuasa pada hari temu duga tersebut tidak dimaklumkan kepada Defendan Pertama walaupun tempoh kontrak Defendan Pertama selama 6 bulan telah berakhir pada 8/9/2020. Keputusan jawatankuasa tersebut telah diluluskan oleh “ Jawatankuasa Pemilih Kumpulan Pengurusan dan Professional (Akademik)” pada 28/9/2020 dan seterusnya telah diluluskan oleh Timbalan Canselor pada 14/10/2020. Minit “Jawatankuasa Pemilih Kumpulan Pengurusan dan Professional (Akademik)” tersebut kemudian nya diedarkan kepada “PTJ, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik” pada 16/10/2020. S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg [67] Dalam tempoh tersebut, perlantikan kontrak Defendan Pertama telahpun dilanjutkan dari bulan ke bulan sehinggalah pada 3/12/2020 beliau dimaklumkan bahawa perlantikan kontrak beliau tidak akan dilanjutkan dan dimaklumkan oleh SP2 untuk menyerahkan kesemua tugas-tugas beliau kepada Dr. Hafiz (SD1) yang menggantikan beliau. Oleh itu, Defendan menghujahkan dalam keadaan dimana Defendan Pertama tidak pernah dimaklumkan berkenaan keputusan/minit jawatankuasa tersebut bagaimanakah Defendan Pertama ingin merayu keatas keputusan tersebut. Atas isu ini, mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan, tanpa makluman daripada Plaintif berkenaan keputusan tersebut adalah mustahil untuk Defendan Pertama merayu ke atas keputusan tersebut. Tempat Defendan Pertama juga telah di isi sebaik sahaja diminta dikosongkan. Oleh itu, rayuan selepas surat penamatan dikeluarkan juga kelihatan seperti sesuatu yang sia-sia. [68] Atas alasan-alasan tersebut mahkamah mendapati Plaintif lah yang telah melanggar perjanjian didalam kes ini dengan menamatkan perkhidmatan Defendan Pertama dan gagal mematuhi perjanjian didalam kes ini. Oleh itu, mahkamah membenarkan tuntutan-balas Defendan didalam kes ini. D. GANTIRUGI [69] Defendan didalam kes ini memohon gantirugi seperti berikut: S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg
a
Gantirugi Khas sebanyak RM446,560.85 [70] Defendan menghujahkan menurut pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 gaji bagi Pensyarah Gred DS51 adalah sebanyak RM5,885.00 dan harus dibayar untuk baki tempoh berjumlah 2,288 hari. Berdasarkan gaji tersebut mengikut klausa 4(g) adalah seperti berikut: RM5,885.00 x 76.27 sebulan (2,288 hari)= RM446,560.85. [71] Plaintif pula mengujahkan pengiraan gantirugi yang dipohon oleh Plaintif adalah SALAH kerana gaji yang diperolehi Defendan Pertama semasa berkhidmat dengan Plaintif adalah RM 3,380.37 dan bukan RM5,885.00 sebulan. Plaintif juga menghujahkan tuntutan kehilangan bagi sebanyak 76.27 juga adalah salah kerana Defendan Pertama telah mengaku bahawa beliau mempunyai pekerjaan dengan gaji yang melebihi RM5,855.00 sebulan sejak 1/9/2021 sehingga sekarang. Plaintif juga menghujahkan walaupun Defendan Pertama menyatakan bahawa beliau telah menganggur tetapi Defendan pertama langsung tidak membuktikan nya bahawa Defendan pertama telah mengambill langkah-langkah yang munasabah untuk memitigasikan kehilangan pendapatan ketika itu. [72] Atas isu ini mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif, gaji akhir Defendan pertama ketika berkhidmat dengan Plaintif adalah sebanyak 3,380.37 dan bukan RM 5,855.00. Oleh itu, mahkamah membenarkan kehilangan pendapatan sebanyak RM 3,380.37 sebulan sahaja. Memandangkan Defendan Pertama selepas S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg ditamatkan perkhidmatan dengan Plaintif pada 1/12/2020 telah mendapatkan pekerjaan sebagai Pensyarah di SEGI Universiti pada 1/9/2021, oleh itu, mahkamah memutuskan Defendan Pertama layak untuk kehilangan pendapatan selama 9 bulan sahaja. [73] Maka atas sebab-sebab tersebut, mahkamah membenarkan gantirugi khas didalam kes ini seperti berikut: RM3,380.37 x 9 bulan=RM30,423.33
b
Gantirugi am – Defendan memohon mahkamah membenarkan Gantirugi am namun begitu mahkamah menolak tuntutan ini kerana mahkamah telahpun membenarkan gantirugi khas. Oleh itu, tuntutan ini adalah tidak dibenarkan.
c
Gantirugi teladan [74] Defendan didalam kes ini memohon gantirugi teladan dibenarkan. Defendan merujuk kepada kes Alfred Templeton v Low Yat Holdings Sdn Bhd & Anor [1989] 2 MLJ 202, Dato’ Abdullah Hishan b. Haji Mohd hashim v harma Kumari Shukla 9No.3) 1999 6 MLJ 589, Federal Construction Co (Penang) Sdn Bhd v Chor Kai Gun [2012] 10 MLJ 571. Defendan memohon mahkamah mengambil kira perbuatan Plaintif yang “egrigious” Plaintif memohon gantirugi ini diberikan oleh mahkamah. S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg [75] Plaintif didalam kes ini menghujahkan bahawa Defendan gagal memenuhi kriteria untuk pemberian gantirugi teladan. Plaintif merujuk kes Rookes Appellant; And Barnard & Ors Respondents [1964] A.C 1129 Lord Devlin, House of Lords menyenaraikan 3 kategori dimana gantirugi teladan boleh diberikan adalah seperti berikut:
a
Oppresive, arbitrary or unconstitutional action by servents of the government.
b
Plaintiff’s conduct has been calculated by him to make a profit for himself which may well exceed the compensation payable to the defendant with a cynical disregard for a defendant’s right dan
c
where exemplary damages are expressly authorised by statute. [76] Plaintif juga merujuk kes KHAW CHENG POON & ORS v KHAW CHENG BOK & ORS AND ANOTHER APPEAL [2005] 6 MLJ 540 dimana Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa – “Exemplary damages are only awarded in very special circumstances. These circumstances are contained in the speech of Lord Devlin..." Kriteria-kriteria berikut bagi pemberian gantirugi teladan boleh dilihat dari nas-nas yang dirujuk di bawah -:
a
plaintiff must be motivated by malevolence or spite against the defendant;
b
there must be evidence of offensive conduct or of arrogance or insolence; S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg
c
conduct of the plaintiff must be calculated to reap some sort of profit; and
d
Exemplary damages are only awarded in very special circumstances as serious punishment to the plaintiff. [77] Plaintif juga merujuk kes CHEONG FATT TZE MANSION SDN BHD v. HOTEL CONTINENTAL SDN BHD (HONG HING THAI ENTERPRISE SDN BHD, THIRD PARTY) [2011] 4 MLJ 354, CASSELL & CO. LTD. APPELLANTS AND BROOME AND ANOTHER RESPONDENTS [1972] A.C. 1027, BUMIPUTRA-COMMERCE BANK BHD v. TOP-A PLASTIC SDN BHD [2008] 5 MLJ 34 [78] Oleh itu, Plaintif menghujahkan kes ini langsung tiada ruang bagi pemberian gantirugi teladan kerana:
i
Fakta dan keadaan kes ini TIDAK jatuh di dalam mana mana kategori kes yang dikenalpasti dalam kes Rookes v. Barnard;
II
(ii) Langsung TIADA sebarang "offensive", "high handed" or "oppressive behaviour" pada pihak Plaintif di sini. Langsung TIADA sebarang
III
(iii) keterangan yang dikemukakan bagi menunjukkan bahawa "plaintiff was motivated by actual malice" atau “conduct of the Plaintif was calculated to reap some sort of profit". S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg [79] Atas isu ini mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan Plaintif tersebut. Plaintif merupakan sebuah Instutitusi Pengajian Awam milik kerajaan dan mahkamah mendapati berlaku tindakan yang menindas/oppressive didalam kes ini. [80] Ini disebabkan Plaintif telah menawarkan biasiswa kepada Defendan Pertama dan perjanjian biasiswa telah pun dengan jelas mengikat Defendan Pertama selama 7 tahun sebaik sahaja Defendan Pertama telah menamatkan pengajian nya. Defendan Pertama kemudian nya telah berjaya menamatkan pengajian ijazah kedoktoran nya dan pulang untuk berkhidmat dengan Plaintif. Namun begitu, apabila Defendan Pertama telah bersedia untuk berkhidmat dengan Plaintif, Plaintif hanya menawarkan kontrak kepada Defendan Pertama secara bulanan. Ini adalah bertentangan dengan matlamat asal Plaintif didalam perjanjian biasiswa iaitu Plaintif adalah terikat selama 7 tahun. Adalah pelik Plaintif ingin Defendan Pertama berkhidmat selama 7 tahun tetapi kemudian hanya diberikan kontark secara bulanan. Oleh itu, mahkamah mendapati berlaku penindasan kepada Defendan Pertama dalam keadaan tersebut. [81] Setelah ditawarkan kontrak secara bulanan Defendan Pertama kemudian nya diminta terlebih dahulu membuktikan bahawa beliau telah mencapai tahap kepakaran yang diperlukan dalam tempoh 6 bulan. Sekali lagi mahkamah mendapati berlaku penindasan disini. Defendan pertama baru sahaja menamatkan ijazah kedoktoran nya dan kemudian nya Defendan Pertama diminta untuk S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg membuktikan kepakaran dalam tempoh 6 bulan iaitu satu tempoh masa yang singkat dan tidak munasabah untuk membuktikan kepakaran. [82] Akhir sekali perbuatan Plaintif yang memanggil untuk temu duga namun tidak dipanggil untuk masuk ke dalam temu duga adalah satu tindakan yang “opressive behaviour”, tidak musabah dan juga tidak adil dan bertentangan dengan amalan normal/biasa mana-mana temu duga yang dijalankan. [83] Justeru, berdasarkan alasan-alasan tersebut mahkamah mendapati perbuatan Plaintif adalah terjatuh dibawah kategori (a) kes Rookes v. Barnard iaitu Oppresive, arbitrary or unconstitutional action by servents of the government. [84] Atas alasan tersebut mahkamah dengan ini membenarkan tuntutan gantirugi teladan ini sebanyak RM 20,000. [85] Mahkamah juga membenarkan faedah didalam kes ini seperti yang dipohon didalam tuntutan balas defendan. S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg E. KESIMPULAN [86] Setelah mendengar keterangan dan hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah mendapati Plaintif gagal membuktikan kes atas imbangan kebarangkalian, maka dengan ini tuntutan Plaintif adalah ditolak dengan kos. [87] Tuntutan balas didalam kes ini dibenarkan seperti berikut:
i
Gantirugi khas sebanyak RM30,423.33 (RM3,380.37 x 9 bulan)
II
(ii) Gantirugi am-tidak dibenarkan
III
(iii) Gantirugi teladan-RM20,000
IV
(iv) Faedah dibenarkan seperti para (d) dan (f) tuntutan-balas
v
Kos mengikut skala Bertarikh pada 24 Jun 2024 ..................................................... (SHARMILA BT ABDUL SAMAD) HAKIM MAHKAMAH SESYEN GEORGETOWN PULAU PINANG S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg Peguam bagi Plaintif: Kanesh a/l Sundram (Tetuan Kanesh Sundrum & Co) Peguam bagi Defendan: Amir Feisal Ariff bin Mohamad Shukri (Tetuan Ariff & Associates) S/N 5rN8trp5ESr0froJolatg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.