Bagi saya, Yang Arif, ianya tidak bertindih kerana RM 766 juta ini adalah latihan penerbangan. Kita ada latihan penerbangan yang kita hantar dan kemudian bila kita ingin menghantar pelajar-pelajar ini ke satu sekolah penerbangan yang lain, dia perlu melaksanakan latihan penerbangan yang baru, yang memerlukan kos yang baharu yang mana kos ini sebenarnya tidak perlu dibayar sekiranya latihan yang dibayar untuk APFT ini dilaksanakan dengan sempurna. Untuk makluman, Yang Arif, sekiranya seseorang itu menjalani sebagai contohnya, menjalani latihan sebanyak 20 jam penerbangan, mereka ini sebenarnya dilatih mengikut competency skill yang diperlukan tetapi sekiranya terdapat jurang yang agak lama untuk pelajar-pelajar ini dilatih, skill tersebut yang telah dipelajari akan hilang, Yang Arif. Maka dengan itu, sekiranya kita hantar, dia terpaksa mengulang semula latihan itu supaya ianya dapat diteruskan dan mendapat lessen. Jadi, saya tidak setuju sekiranya duit RM 1.23 juta ini ditolak daripada RM 3.76 kerana ia adalah satu latihan yang baru. Pelajar-pelajar ini terpaksa menduduki peperiksaan yang baharu dan juga terpaksa juga ditambah latihan penerbangan kerana segala latihan-latihan yang telah dipelajari itu sebenarnya tidak boleh digunakan kerana skill nya telah hilang. Terima kasih, Yang Arif. Itu sahaja.” …. “VINCENT Saya tanya sekali lagi. Kalau masih tak pasti, saya akan tanya soalan lain. Sila rujuk kembali ke soalan 15 tadi. Doktor Fadhli, baca sekali lagi, jawapan anda, syarat perjanjian…tidak mengapa, terus baca bermula daripada masa yang sama, bayaran yang dituntut UTHM. Sebentar tadi, Doktor Fadhli telah memberi jawapan bahawa bayaran yang dituntut UTHM adalah RM 3 juta? Ok, perlahan-perlahan ya, dan perenggan lain seterusnya adalah pula perlu digunakan untuk membayar yuran pelajar yang akan dikenakan. So, soalan saya, yuran pelajar yang akan dikenakan oleh pusat latihan penerbangan yang lain, adakah ia sama dengan tuntutan 20.2? Baca sekali lagi 20.2. Biar saya bacakan, Defenden membayar balik RM 1.2 juta sebagai pendahuluan kepada institut latihan penerbangan yang lain. Ya, sama sebab ini adalah yuran… Terima kasih. Okey. Tidak mengapa. Saya cuma perlukan jawapan tersebut, Doktor Fadhli. Sebarang penjelasan, Doktor Fadhli boleh tunggu Peguamcara Doktor Fadhli. Terima kasih. … “SHAHAREEN Baik. Doktor Fadhli telah dirujuk kepada ayat kedua yang bermula pada masa yang sama, bayaran yang dituntut oleh UTHM pula perlu digunakan untuk membayar yuran pelajar yang akan dikenakan oleh pusat latihan penerbangan lain yang dipilih oleh UTHM. Boleh Doktor Fadzli jelaskan bayaran yang dituntut UTHM yang Doktor Fadhli rujuk ini merujuk kepada apa? Okay, yang dituntut oleh UTHM adalah semua yuran yang telah dibayar oleh UTHM kepada APFT seperti yang ditulis dalam 20.1 dan 20.2.”. [47] Adalah tidak dinafikan bahawa Defendan telah memungkiri Perjanjian Perlesenan. Oleh itu, Perjanjian Penyelesaian Lisan ini merupakan ‘way forward’ secara persetujuan bersama semasa mesyuarat pada 15/09/2016 untuk menyelesaikannya. Walaubagaimanapun, Defendan telah turut memungkiri Perjanjian Penyelesaian Lisan tersebut. [48] Oleh itu, Mahkamah ini seterusnya mendapati bahawa Defendan telah memungkiri Perjanjian Penyelesaian Lisan dan adalah bertanggungan atas kemungkiran tersebut. [49] Selanjutnya berkaitan faedah yang dipohon Plaintif, Mahkamah ini merujuk Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bil.I Tahun 2012 Arahan Penentuan Kadar Bunga, Di Bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang menyatakan bahawa kadar bunga ditentukan pada kadar 5% setahun menurut Aturan 30, kaedah 6(2); Aturan 42, kaedah 12; Aturan 44, kaedah 18(1Xb) & (2); dan Aturan 44, kaedah 19, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, yang berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2012. KESIMPULAN [50] Plaintif telah berjaya atas imbangan kebarangkalian, membuktikan tuntutannya berdasarkan keterangan dan hujahan yang dikemukakan dan tuntutan Plaintif dibenarkan dengan kos. Bertarikh : 22 SEPTEMBER 2025 -SGD- (SUZANA BINTI MUHAMAD SAID) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCVC 1 Kuala Lumpur PIHAK-PIHAK Plaintiff : Shahareen Begum Messrs Shahareen Begum Defendan : Vincent Lim Seng Liang, Sera Foong