First, effect must be given to the object and intent of the Legislature in enacting the statute. S/N I/1mB6LCl0e6bA8wltQieg Accordingly, the duty of the court is limited to interpreting the words used and to give effect to the words used. The court will not read words into a statute unless a clear reason for it is to be found in the statute itself. The court must begin by looking at the words in the statute and applying the plain and ordinary meaning of the words. [32] Pada hemat Mahkamah ini, kewajipan suami menafkahi isteri dalam perkahwinan yang masih berlangsung sewajarnya dibezakan dengan kewajipan suami yang sedang dalam prosiding perkahwinan atau pun bekas suami untuk menafkahi isteri atau bekas isteri. Mahkamah ini mengambil pendirian sedemikian dengan mengikuti keputusan majoriti Mahkamah Rayuan dalam kes Seetha Vijayaratnam v Vicknesh Visvalingam [2013] 7 CLJ 53, bahawa - [12] In our view, whether a law ought to be read restrictively or liberally must take into consideration the subject matter and its circumstances. An application for maintenance is made by one who is entitled to and needs financial support in the form of maintenance. An application for variation of a maintenance order is made by one whose circumstances have changed or there has been a misrepresentation of fact. Such applications are made by spouses. They are individuals, persons and not S/N I/1mB6LCl0e6bA8wltQieg businesses. A strict application of the law, that since the maintenance order had been obtained under the Marries Women and Children (Maintenance) Act 1950, a setting aside or variation can only be made under the same Act, and not under the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 even though there is a divorce petition pending, exposes such persons, imposes upon such persons unnecessary technicalities that only provide fodder for the lawyers whilst making no contribution to the merits of such application. In such cases, a more liberal application is to be preferred, to facilitate justice rather than handicap it. This is particularly so when the reference to order for maintenance in s.83 is not restricted by the Act to orders of maintenance made solely under it. [33] Berdasarkan panduan tersebut, Mahkamah ini perlu menggunakan pendekatan yang tidak ketat dalam memutuskan tuntutan nafkah isteri yang masih dalam perkahwinan di bawah Akta 263. Keperluan nafkah adalah asas bagi seseorang isteri untuk kelangsungan hidup. Saya mendapati Majistret telah terkhilaf nyata apabila menolak tuntutan nafkah oleh pemohon yang merupakan isteri yang sah kepada responden. Isu 4: Sama ada responden mempunyai keupayaan kewangan untuk memberi nafkah kepada pemohon. S/N I/1mB6LCl0e6bA8wltQieg [34] Responden membawakan naratif ketidakupayaan kewangan sebagai asas untuk tidak memberikan nafkah sebagaimana dituntut oleh pemohon. Menurut responden, pada usia 67 tahun responden hanya bergantung kepada sumber pencen dan wang persaraan daripada pekerjaan dahulu di negara asal dengan anggaran RM3,310 sebulan. Selain itu, sumber pendapatan responden sudah habis digunakan untuk membayar yuran guaman yang berterusan, hutang kad kredit yang tinggi dan sewa rumah selain kos perubatan. Responden selanjutnya berhujah kekangan kewangan timbul sejak daripada Covid-19 yang menyebabkan rumah perkahwinan dijual dan mereka berpindah ke rumah yang lebih kecil. [35] Peruntukan undang-undang adalah mantap bahawa penentuan jumlah nafkah yang akan diperintahkan adalah tertakluk kepada keperluan pihak yang menuntut dan kemampuan suami sebagaimana diputuskan dalam kes Parkunan Achulingam v Kalaiyarasy Periasamy [2004] 7 CLJ 175 – In determining the amount of maintenance to be paid, the assessment is based primarily on the means and the needs of the parties. The needs of the party seeking maintenance is the crucial factor for providing the maintenance. In deciding the quantum of maintenance, the capacity of the husband, his ability to pay and the realities of the husband or parties financial position should be taken into account. S/N I/1mB6LCl0e6bA8wltQieg [36] Dalam kes Tan Aik Ling v Heah Lee Peng [2022] CLJU 1106 diputuskan bahawa – Whenever the disclosure is by affidavit of facts, by affidavit of documents or by evidence on oath, the obligation of the husband is to be full, frank and clear in that disclosure. Any shortcomings of the husband from the requisite standard can and normally should be visited at least by the court drawing inferences against the husband on matters the subject of the shortcoming. [37] Penelitian terhadap afidavit responden mendedahkan bahawa responden tidak mengemukakan secara lengkap dokumen mengenai sumber pendapatan ataupun bukti pembayaran cukai untuk menyokong kedudukan kewangan defendan. [38] Responden menyatakan pekerjaan sebagai konsultan bebas telah terjejas dan tidak mempunyai pendapatan stabil selain bergantung kepada kebenaran dan permit kerja. Mahkamah ini mendapati responden ada mendedahkan pendapatannya namun dalam bentuk anggaran tanpa dokumen sokongan dikemukakan. [39] Bahkan daripada segi keupayaan kewangan responden, Mahkamah ini mendapati meskipun responden mendakwa mengalami sumber kewangan yang terhad dengan pendapatan S/N I/1mB6LCl0e6bA8wltQieg sekitar RM3,310.00 sebulan, defendan melalui afidavitnya sendiri mengaku menyewa sebuah kondominium di Armanee Terrace Condominium berjumlah RM3,500 sebulan. Sukar bagi Mahkamah ini mempercayai versi responden bahawa dengan sumber pendapatan yang rendah, beliau sebaliknya mampu menyewa unit kondominium RM3,500.00 sebulan. [40] Sekiranya perbandingan dibuat terhadap perbelanjaan dan komitmen bulanan responden, Mahkamah ini mendapati wujud kebarangkalian yang tinggi bahawa responden adalah bekerja sebagaimana dihujahkan oleh pemohon dan berkemampuan untuk menyara pemohon. Hal ini disokong melalui perbelanjaan langganan dan keahlian LinkedIn RM220.06 dan ChatGPT RM89.56 sebulan selain perbelanjaan pembangunan perniagaan RM500.00 sebulan yang menunjukkan responden bukanlah seorang pencen dan tidak mempunyai pekerjaan. [41] Justeru, Mahkamah ini mendapati bahawa Majistret yang bijaksana telah terkhilaf secara nyata apabila tidak memberi pertimbangan terhadap keupayaan responden dalam membayar nafkah kepada pemohon. Isu 5: Sama ada Majistret telah khilaf nyata dalam menolak tuntutan nafkah pemohon kerana gagal mengemukakan bukti perbelanjaan sebenar. S/N I/1mB6LCl0e6bA8wltQieg [42] Mahkamah ini mengambil pendekatan yang tidak rigid dengan berpaksikan panduan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Seetha Vijayaratnam v Vicknesh Visvalingam (supra). [43] Pemohon merupakan individu dan bukannya entiti perniagaan. Elemen perbelanjaan yang dikategorikan dalam nafkah bulanan pemohon pada hemat Mahkamah ini adalah munasabah dan tidak berlebih-lebihan. Tambahan pula subseksyen 3(1) Akta 263 menggunakan perkataan “…in proportion to the means of such person, as to the court seems reasonable.” [44] Tambahan pula, seksyen 6 Akta 263 memberi ruang kepada responden untuk memohon perintah supaya kadar nafkah diubah jika berlaku perubahan dalam keadaan responden mahupun pemohon dengan mengemukakan alasan yang baik sehingga mahkamah berpuas hati. Mahkamah ini berpandangan pemohon tidak diperlukan disisi undang-undang untuk membuktikan perbelajaan sebenar yang ditanggung sebelum suatu perintah nafkah boleh diperintahkan di bawah seksyen 3 Akta 263. Isu 6: Sama ada jumlah nafkah yang dituntut oleh pemohon adalah munasabah. [45] Meskipun demikian, pada hemat Mahkamah ini tuntutan nafkah oleh pemohon perlulah munasabah dengan mengambil kira keperluan asas sebagaimana yang diakui oleh pemohon S/N I/1mB6LCl0e6bA8wltQieg sendiri. Justeru, Mahkamah ini membenarkan tuntutan nafkah sebagaimana yang dipohon melainkan yang berikut – i. sewa rumah sebanyak RM2,000.00 tidak dibenarkan kerana mengambil kira pemohon tinggal bersama anak. Jika RM2,000 dibenarkan, seolah-olah responden turut menanggung kos bagi keseluruhan rumah yang disewa. Tuntutan sewa dibenarkan kerana rumah merupakan keperluan asas dengan kadar sewa munasabah RM1,000 sebulan. ii. tuntutan keperluan perubatan bulanan secara tetap tidak dibenarkan kerana pemohon tidak mendedahkan apakah keperluan perubatan bulanan yang diperlukan. KESIMPULAN [46] Berdasarkan alasan-alasan yang diperihalkan di atas dengan memberi pertimbangan kepada afidavit-afidavit pemohon dan responden selain hujahan bertulis oleh peguam cara terpelajar bagi kedua-dua pihak, Mahkamah ini mendapati wujud khilaf nyata oleh Majistret dalam menolak permohonan pemohon. [47] Justeru, Mahkamah ini memutuskan – i. Perintah Mahkamah Majistret bertarikh 4 Jun 2025 diketepikan; S/N I/1mB6LCl0e6bA8wltQieg ii. Rayuan pemohon dibenarkan dan responden diperintahkan membayar nafkah RM4,019.00 setiap bulan mulia bulan November 2024; dan iii. Kos ditanggung oleh pihak masing-masing. Bertarikh pada 31 Disember 2025. Ditandatangani ………………………………………. Hazizah binti Kassim Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam, Selangor