Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO: BA-B53KJ-26-05/2024 ANTARA UTHAYAKUMARI A/P KARUNAKARAN (NO. K/P: 710107-10-5854) ...PLAINTIF
BA-B53KJ-26-05/2024
Sessions Court of Malaysia21 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO: BA-B53KJ-26-05/2024 ANTARA UTHAYAKUMARI A/P KARUNAKARAN (NO. K/P: 710107-10-5854) ...PLAINTIF
1
CHOON SHEE CHIEN (No. K/P: 970522-10-5043)
2
CHOON SHEE FOONG (No. K/P: 931122-10-5165) …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Plaintif telah memfailkan suatu notis permohonan untuk suatu Perintah yang di bawah Aturan 34 Kaedah 1(5) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [“Notis Permohonan”]. [2] Ini adalah rayuan Plaintif terhadap perintah Mahkamah ini pada 21 November 2024 yang menolak Notis Permohonan Plaintif di lampiran 8 dengan kos RM3,000.00. Kertas Kausa Bagi Notis Permohonan S/N 3bKhuQrzLE2doRjqQNaQ8g a) Notis Permohonan Plaintif yang bertarikh 29.08.2024 (selepas dari ini dirujuk sebagai “Permohonan tersebut”); b) Afidavit Sokongan oleh Mehnagha A/P Luckhmana (selepas dari ini dirujuk sebagai “Afidavit Sokongan tersebut”); c) Afidavit Jawapan Defendan oleh Kishan A/L Govinda Raju yang diikrarkan pada 25.09.2024 (selepas dari ini dirujuk sebagai “Afidavit Jawapan Defendan tersebut”); dan d) Afidavit Jawapan Plaintif Kepada Afidavit Jawapan Defendan oleh Mehnagha A/P Luckhmana yang diikrarkan pada 15.10.2023 (selepas dari ini dirujuk sebagai “Afidavit Jawapan Plaintif tersebut”). Notis Permohonan [3] Notis Permohonan Plaintif pada dasarnya memohon perintah yang berikut:
a
Bahawa Mahkamah yang mulia ini memberi suatu perintah untuk mengembalikan semula “reinstate” tindakan ini;
b
Kos permohonan ini dijadikan kos dalam kausa; dan
c
Lain-lain relif yang dianggap adil dan suaimanfaat oleh Mahkamah Mulia ini. Alasan Permohonan [4] Plaintif mengemukakan alasan berikut bagi Notis Permohonan, antara lain,: S/N 3bKhuQrzLE2doRjqQNaQ8g
a
Kewujudan ralat di dalam Sistem E-filing Mahkamah (EFS). Tiada apa-apa kotak timbul (pop-up box) di menu muncul (pop-up menu) e-review untuk memaklum balas kepada Mahkamah;
b
Alasaan saya dan bayi yang baru lahir telah diwadkan juga terpaksa mendapatkan rawatan hampir setiap hari secara physio untuk masalah kesihatannya sehingga ke tarikh 16.08.2024. Keputusan Mahkamah [5] Setelah meneliti Notis Permohonan serta afidavit-afidavit yang difailkan. Dan setelah membaca hujahan bertulis oleh kedua-dua pihak, mahkamah dengan ini memutuskan bahawa Permohonan Plaintif di dalam Lampiran 8 adalah ditolak dengan kos RM3,000.00. Alasan Keputusan Mahkamah [6] S/N 3bKhuQrzLE2doRjqQNaQ8g
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.