Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO.: BA-22NCvC-534-12/2022 ANTARA VASANTHI A/P B BALAKRISNAN − PLAINTIF
BA-22NCvC-534-12/2022
High Court of Malaysia28 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“pada Plaintif untuk membuktikan elemen-elemen kecuaian perubatan yang diplidkannya agar Plaintif berjaya menuntut ganti rugi khas dll daripada Defendan-Defendan menurut peruntukan seksyen 101 dan 102 Evidence Act 1950. [Ini dinyatakan dalam keputusan Mahkamah dalam kes Datuk Mohd Ali Bin Hj Abdul Majid & Anor (Both Pra”
“d v Tai Soon Heng Construction Sdn Bhd [1993] 1 AMR 612; [1993] 1 MLJ 182. A mere opinion unaccompanied by reasons or rationale in support is not admissible: Sim Ah Song & Anor v Rex [1951] 1 LNS 83; [1951] MLJ 150. [96] Dalam kes Sim Ah Song @&Anor v Rex [1951] 1 MLJ 150, BROWN, AG CJ memutuskan bahawa − “The responsi”
“burden has been discharged, the defendant has to satisfy that legal duty was not breached.”. [52] Selanjutnya, rujukan dibuat kepada keputusan dalam kes Muthu a/l Subramaniam v. Dr Wan Hazmy Che Hon [2018] MLJU 1567. YA Abu Bakar Jais J (sebagaimana YA ketika itu) memutuskan bahawa − “… the burden to prove negligence l”
“ar error is manifested….” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [95] Dalam kes Jasmir Singh a/l Pajan Singh v Bir Singh @ Teja Singh &Ors [2021] MLJ 328, diputuskan bahawa − “Expert evidence was not conclusive as it was merely opinion evidence used to assist t”
“dan dan Mahkamah dalam kes ini memilih untuk bergantung kepada keterangan saksi pakar daripada Defendan Kedua selaras dengan panduan dalam kes Teoh Kiang Hong V Theow Say Kow @ Teoh Kiang Seng, Henry [2024] MLJU 3611, yang memutuskan seperti berikut: “[142] However, when there exist opposing opinions between experts, t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO.: BA-22NCvC-534-12/2022 ANTARA VASANTHI A/P B BALAKRISNAN − PLAINTIF
1
SUNWAY MEDICAL CENTRE SDN BHD (No. Syarikat: 341855-X)
2
DR AHMAD HISHAM ABD RASHID − DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Puan Vasanthi a/p B Balakrisnan (Plaintif) mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Ahmad Hisham Ab Rashid (Defendan Kedua) dan Sunway Medical Centre Sdn Bhd (Defendan Pertama). [2] Plaintif berumur 56 tahun ketika pernyataan tuntutannya difailkan. Pada masa material, Plaintif bekerja sebagai ejen insurans dengan Allianz Malaysia. 23/05/2025 12:27:18 BA-22NCvC-534-12/2022 Kand. 113 [3] Defendan Pertama menyatakan bahawa Defendn Kedua memasuki Perjanjian Amalan Doktor bertarikh 1-11-2013 dengan Defendan Pertama; Defendan Kedua ialah seorang kontraktor bebas yang menjalankan amalan perubatannya sebagai Pakar Perunding Pembedahan Saraf di Sunway Medical Centre; tiada perhubungan majikan-pekerja dan/atau agensi antara Defendan Pertama dan Defendan Kedua; segala rawatan, jagaan dan pengurusan pesakit adalah di bawah tanggungjawab, kawalan dan pengurusan tunggal Defendan Kedua dan bukan di bawah kawalan dan pengurusan Defendan Pertama. [4] Defendan Kedua menyatakan bahawa Defendan Kedua ialah Perunding Jurubedah Ortopedik & Trauma yang berkhidmat dan beramal sebagai kontraktor bebas di Sunway Medical Centre. Defendan Kedua mengakui mempunyai kewajipan berjaga-jaga semasa Plaintif berada di bawah jagaan Defendan Kedua untuk rawatan, penjagaan dan pengurusan. Butir-butir kecederaan Plaintif: [5] Plaintif memplidkan bahawa kecederaan yang berikut adalah disebabkan atau disumbangkan oleh Defendan-Defendan (perenggan 27 pernyataan tuntutan): a) kepatahan ulna distal kiri yang tidak dirawat; b) kepatahan radius distal “malunited”; c) kecacatan langkah pada radius distal yang menjejaskan sendi radiocarpal; d) kesakitan, ketidakstabilan dan kebengkakan pada pergelangan tangan kiri; e) julat pergerakan pergelangan tangan kiri yang terhad; f) koyakan TFCC; g) “chonromalacia” di sebelah tulang lunat kiri; h) synovitis pada pergelangan tangan kiri; dan/atau i) pembedahan ke-2. [6] Defendan Kedua mengakui bahawa tarikh 27-1-2017 ialah tarikh Defendan Kedua melihat Plaintif di kliniknya di Sunway Medical Centre. Defendan Kedua mencatatkan/merekodkan sejarah Plaintif dalam nota klinikalnya iaitu − i. dakwaan jatuh di rumah. ii. aduan sakit dan bengkak pada pergelangan tangan kirinya. iii. tiada kehilangan kesedaran. iv. tiada masalah perubatan. v. tiada alahan kepada ubat ponstan. [7] Laporan radiologi X-ray pada pergelangan tangan kiri dan tangan Plaintif oleh Dr Adam Pany, Pakar Radiologi mendedahkan keretakan tulang pada hujung ‘distal’ ‘radius’ kiri serta di ulna. Plaintif diberikan 2 pilihan rawatan oleh Defendan Kedua iaitu menggunakan ‘casting’ (yang membolehkan penyembuhan secara sendiri) atau pembedahan. Keretakan di ulna akan dibiarkan sembuh dengan sendirinya tanpa perlu pembedahan manakala kecederaan pada ‘radius’ ialah dengan menjalani pembedahan. [8] Plaintif bersetuju untuk menjalani pembedahan dan pembedahan dijalankan bagi keretakan pada ‘radius’. Arahan penjagaan selepas pembedahan diberikan oleh Defendan Kedua kepada jururawat dan Defendan Kedua telah menjelaskan keputusan pembedahan kepada suami Plaintif. [9] Sehari selepas pembedahan iaitu pada 28-1-2017, Defendan Kedua berjumpa Plaintif di wad dan merekodkan bahawa tiada apa-apa aduan kesakitan, tiada loya/tiada muntah dan tiada demam. Plaintif berada dalam keadaan selesa dan tanda vitalnya adalah stabil, peredaran darah adalah baik dan bengkak pada pergelangan tangan adalah minimum. Plaintif dipakaikan dengan anduh lengan dan pemeriksaan ulangan X-ray pada pergelangan tangan kiri dilakukan. Pada 29-1-2017, Plaintif didiscaj dan dijadulkan datang bagi temujanji susulan dengan Defendan Kedua iaitu dari 29-1-2017 hingga 4- 2-2017. [10] Plaintif hadir pada temujanji susulan dengan Defendan Kedua dan Defendan Kedua merekodkan bahawa tiada aduan kesakitan selain daripada pada 4-2-2017 itu, Plaintif mengadu kesakitan pada tangannya. [11] Pada 8-2-2017, Plaintif hadir pada temujanji susulan dan Defendan Kedua merekodkan keadaan Plaintif adalah baik dan X-ray akan diadakan pada tarikh akan datang. Pada 18-2-2017, X-ray dilakukan. Defendan Kedua memeriksa Plaintif dan tiada aduan kesakitan maka Defendan Kedua menanggalkan pendawaian-K (K-wires) dan menasihati Plaintif untuk menjalani fisioterapi dan hadir pada temujanji susulan. [12] Pada 6-3-2017, Defendan Kedua memeriksa pergelangan tangan kiri Plaintif dan merekodkan pemerhatiannya. Pada 27-3-2017, Defendan Kedua memeriksa pergelangan tangan kiri Plaintif dan merekodkan pemerhatiannya. Plaintif hadir pada sesi fisioterapi pada 27-3-2017, 30-3-2017, 4-4- 2017, 7-4-2017, 18-4-2017 dan 26-4-2017. Plaintif dirujuk kepada Nor Haryanny Mohd Sofian, Ahli Terapi Pekerjaan Kanan. [13] Pada 26-4-2017 dalam temujanji susulan dengan Defendan Kedua, Plaintif mengadu sakit pada bahagian ulna. Defendan Kedua menyatakan bahawa Defendan Kedua telah merancang untuk siasatan lanjut untuk kesakitan pada ulna kiri Plaintif dalam temujanji susulan. [14] Defendan Kedua menyatakan bahawa Plintif ingkar hadir bagi temujanji susulan dan hanya hadir kira-kira 3 bulan kemudiannya iaitu pada 2-8-2017. Defendan Kedua memeriksa pergelangan tangan kiri Plaintif dan memberikan pelan rawatan seterusnya. Plaintif dinasihatkan untuk kembali semula apabila diperlukan untuk mengeluarkan implant dalam ‘radius’. [15] Pada 16-12-2017, Plaintif hadir bagi temujanji susulan dan pertimbangan untuk mengeluarkan implant dalam ‘radius’. Plaintif memaklumkan kepada Defendan Kedua bahawa Plaintif akan berfikir terlebih dahulu dan memberitahu keputusan Plaintif pada tarikh temujanji susulan yang berikutnya. [16] Defendan Kedua menyatakan temujanji susulan pada 16-12-2017 ialah yang terakhir dengan Plaintif dan Defendan Kedua tiada pengetahuan tentang rawatan Plaintif di Pusat Perubatan Desa Park City (Desa Park City Medical Centre). Butir-butir kecuaian dan kemungkiran pelbagai kewajipan perubatan oleh Defendan-Defendan: [17] Tuntutan terhadap Defendan-Defendan adalah untuk kecuaian perubatan dan kemungkiran kontrak, statutori dan kewajipan lain. [18] Plaintif memplidkan bahawa Defendan-Defendan adalah − a) tidak menjalankan penjagaan, kemahiran dan ketekunan yang sewajarnya, tidak bertindak secara ikhlas dengan Plaintif dan tidak bertindak demi kepentingan Plaintif. b) gagal dengan secukupnya atau sama sekali dan tanpa kelewatan untuk mempunyai suatu sistem yang wajar, selamat dan efektif untuk − i. menyediakan nasihat dan maklumat kepada Plaintif tentang semua keadaan perubatannya. ii. mengelakkan ketinggalan atau penyekatan apabila memberikan nasihat dan maklumat kepada Plaintif. iii. mendapatkan persetujuan termaklum kepada Plaintif bagi sebarang pilihan rawatan yang dijalankan. iv. menyiasat mengenai aduan kesakitan atau kelainan bagi Plaintif sebelum merujuk Plaintif kepada fisioterapi. v. memberitahu nasihat dan maklumat tentang komplikasi berpotensi daripada rawatan konservatif dalam kes seperti Plaintif termasuk cara-cara untuk mencegah atau mengurangkan risiko komplikasi. vi. laporan radiologi dibaca atau dibaca sepenuhnya oleh doktor yang merawat dalam kes Plaintif. vii. mengekalkan indeks syak yang tinggi bagi kepatahan tulang dalam kes kecederaan impak seperti dalam kes Plaintif. viii. memeriksa dan memerhati intra-operasi yang mencukupi dibuat dan dicatatkan dalam kes seperti Plaintif. ix. reduksi tepat kepatahan tulang dalam kes seperti Plaintif. x. mengelakkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko kecederaan daripada plate atau skru yang dipasang dalam pesakit dalam kes seperti Plaintif. xi. menyemak selepas pembedahan yang mencukupi dalam kes seperti Plaintif dan memberikan nasihat dan maklumat yang mencukupi kepada Plaintif tentang kedudukan yang sama. xii. menjalankan pembedahan yang rumit atau susah seperti pembedahan pertama untuk dijalankan oleh doktor yang mempunyai kemahiran, kelayakan, pengalaman dan pengetahuan yang mencukupi. xiii. Plaintif diberikan nasihat dan maklumat yang mencukupi berkenaan dengan kemahiran, kelayakan, pengalaman dan pengetahuan doktor yang merawat Plaintif terutamanya jika Plaintif menjalani pembedahan yang rumit atau susah. xiv. merujuk Plaintif kepada doktor lain yang mempunyai kemahiran, kelayakan, pengalaman dan pengetahuan lebih baik dalam merawat keadaan seperti Plaintif dan/atau ke hospital yang mempunyai doktor sedemikian. xv. Defendan Kedua tidak menjalankan pembedahan yang di luar kemampuan mereka. xvi. berunding dan menyemak supaya Plaintif memperoleh nasihat dan rawatan yang berkualiti dan mencukupi. xvii. menasihati dan memberikan maklumat kepada Plaintif mengenai pengurusan keadaan perubatan dan pelbagai pilihan rawatan termasuk yang mungkin disediakan oleh doktor dan hospital lain, dan risiko kecederaan dan komplikasi yang berpotensi yang timbul daripadanya dan manfaat setiap pilihan supaya Plaintif dapat memilih daripada pilihan sedemikian. xviii. memantau rapi keadaan Plaintif. xix. mengesahkan awal komplikasi yang timbul daripada pembedahan pertama. xx. mengurus pelbagai disiplin pesakit seperti Plaintif. xxi. merujuk Plaintif kepada pakar. xxii. menjalankan siasatan yang mencukupi ke atas Plaintif. xxiii. pengukuran yang sesuai dan/atau siasatan lain untuk dijalankan sebelum pembedahan pertama. xxiv. memastikan rekod perubatan yang komprehensif, tepat dan mudah dibaca, disimpan dan dikekalkan untuk setiap pesakit, termasuk Plaintif. xxv. memberi amaran kepada Plaintif tentang risiko kecederaan dan komplikasi yang timbul daripada rawatan. xxvi. pengurusan kes Plaintif dan komplikasi yang timbul daripadanya. xxvii. mengelakkan kesilapan atau peninggalan dalam pengurusan pesakit seperti Plaintif. xxviii. mendapatkan bantuan semasa pembedahan seperti pembedahan pertama. xxix. memastikan di mana keadaan pesakit (Plaintif) tidak bertambah baik, pelan pengurusan pesakit akan disemak dan jika diperlukan pesakit akan dirujuk kepada pakar lain atau hospital lain. xxx. memastikan Defendan-Defendan bertindak menurut kewajipan statutori mereka masing-masing sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan perundangan subsidiari yang di bawahnya mengenai penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang bersesuaian, kebajikan dan keselamatan pesakit, keperluan kakitangan, rakaman, perkongsian dan penghantaran maklumat, penyaringan, siasatan, diagnosis, rawatan dan nasihat, pemberian maklumat dan nasihat kepada pesakit, nasihat dan kaunseling mengenai kemungkinan kos dan perbelanjaan bagi penyaringan, siasatan, diagnosis, rawatan dan pengurusan yang disediakan atau akan disediakan dan ketidakpuasan hati pesakit. c) secara alternatif, jika mana-mana atau kesemua sistem yang diplidkan Plaintif tersedia ada, Defendan-Defendan gagal untuk mengikuti mana-mana atau kesemuanya dengan secukupnya atau sama sekali dan tanpa kelewatan. d) Defendan-Defendan gagal dengan secukupnya atau gagal sama sekali dan tanpa kelewatan untuk − • menghargai bahawa terdapat kepatahan pada ulna. • memberitahu Plaintif bahawa terdapat kepatahan pada ulna. • menasihati Plaintif tentang pelbagai pilihan rawatan bagi kepatahan pada ulna, risiko dan manfaat setiap pilihan rawatan supaya Plaintif boleh memberikan persetujuan kepada rawatan. • menasihati Plaintif tentang komplikasi yang mungkin dialami jika kepatahan ulna menjalani rawatan konservatif. • menasihati Plaintif tentang langkah-langkah yang perlu diambilnya untuk mencegah atau mengurangkan komplikasi risiko sekiranya Plaintif menjalani rawatan konservatif bagi kepatahan ulna. • membaca laporan radiologi sebelum pembedahan yang menyatakan bahawa terdapat kepatahan pada ulna. • mengesyaki bahawa terdapat kepatahan pada ulna. • melihat secara intra-operasi bahawa terdapat kepatahan pada ulna. • membaca laporan radiologi selepas pembedahan dengan sepenuhnya yang menyatakan bahawa terdapat kepatahan pada ulna. • menghargai dan mempertimbangkan aduan kesakitan oleh Plaintif di bahagian ulna. • menyiasat punca kesakitan yang dialami Plaintif di bahagian ulna. • meletakkan penetapan dengan betul pada ‘radius’ ‘distal’. • mengurangkan sudut ulna dengan tepat (atau serpihan kepatahan medial) ‘radius’ ‘distal’. • menasihati Plaintif tentang penetapan kepatahan yang tidak tepat pada ‘radius’ ‘distal’. • memaklumkan kepada Plaintif tentang kecacatan langkah yang diakibatkan pada ‘radius’ ‘distal’. • mengekalkan jarak yang betul antara hujung skru penetapan dan sendi pergelangan tangan kiri Plaintif. • memastikan bahawa komplikasi yang timbul telah ditangani oleh pakar yang cukup berkelayakan dan berpengalaman. • merangka pelan pengurusan yang selamat dan komprehensif untuk keadaan Plaintif yang melibatkan pengurusan pakar yang rapat dan langsung. • memastikan bahawa siasatan dan pemeriksaan yang sesuai telah dijalankan. • memberi rawatan yang sesuai dan mencukupi bagi keadaan Plaintif. • mengesan tanpa kelewatan kesilapan dalam pengurusan kes Plaintif. • mengelakkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko kesilapan dalam pengurusan kes Plaintif. • memastikan bahawa Plaintif telah dirawat oleh doktor yang cukup berkelayakan, terlatih dan berpengalaman. • merujuk Plaintif kepada pakar atau hospital lain untuk mendapatkan pendapat kedua. • memastikan Defendan-Defendan bertindak menurut kewajipan statutori masing-masing menurut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan perundangan subsidiari di bawahnya mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang bersesuaian, kebajikan dan keselamatan pesakit, keperluan kakitangan, rakaman, perkongsian dan penghantaran maklumat, penyaringan, siasatan, diagnosis, rawatan dan nasihat, pemberian maklumat dan nasihat kepada pesakit, nasihat dan kaunseling mengenai kemungkinan kos dan perbelanjaan bagi penyaringan, siasatan, diagnosis, rawatan dan pengurusan yang disediakan atau yang akan disediakan dan ketidakpuasan hati pesakit. [19] Plaintif memplidkan bahawa Defendan-Defendan adalah dengan salahnya − a) membuat Plaintif menjalani rawatan konservatif bagi kepatahan pada ulna tanpa persetujuan termaklumnya. b) memilih untuk membuat Plaintif menjalani rawatan konservatif dan bukannya reduksi terbuka dan penetapan dalaman bagi kepatahan pada ulna. c) membuat Plaintif menjalani fisioterapi untuk kesakitan yang dialami di bahagian ulna. d) membuat kesimpulan atau menyatakan pada atau sekitar 2- 8-2017 atau pada semakan terakhir Plaintif bahawa pergelangan tangan kiri Plaintif telah sembuh. e) meletakkan penetapan pada ‘radius’ ‘distal’ Plaintif di mana hujung skru terlalu dekat dengan sendi pergelangan tangan kiri. f) mengurangkan bahagian ulna ‘radius’ ‘distal’ Plaintif dengan cara yang mengakibatkan keruntuhan dan kecacatan langkah. [20] Berdasarkan itu, Plaintif memplidkan ganti rugi khas yang perlu ditanggung oleh Defendan-Defendan sebanyak RM84,674.58 bagi butir-butir yang berikut: a) perbelanjaan hospital dan perubatan = RM49,224.58; b) perbelanjaan perjalanan (dikira pada kadar RM50.00 setiap perjalanan/28 kali perjalanan) dari tahun 2017 hingga 2018 = RM1,450.00; c) kos guaman (permohonan untuk penzahiran pra-tindakan) = RM10,000.00; dan d) nilai penjagaan (27-1-2017 hingga 27-12-2018) = RM48,000.00. [21] Perenggan 33 hingga 44 pernyataan tuntutan ialah perkara lain yang diplidkan berkenaan dengan ganti rugi am; kerugian jumlah pendapatan dari masa pembedahan dan seterusnya; kemungkiran kewajipan statutori Defendan-Defendan; hak asasi manusia untuk membuat keputusan sendiri; pemasangan implant dengan buruk pada ‘radius’ dan/atau penindasan kecederaan pada ulna; Defendan-Defendan bertindak secara komersial dalam mendapatkan daripada Plaintif suatu jaminan atau aturan insurans untuk membayar caj yang dikenakan oleh Defendan-Defendan dan kewajipan penzahiran mengenai indemniti mereka sendiri; penyediaan dokumentasi yang tidak benar dan bersifat berat sebelah; Defendan Pertama menggambarkan dirinya dan bertindak sebagai penyedia penjagaan kesihatan dan cuba secara salah untuk mengelak liabiliti; menggunakan taktik obstruktif seperti menyembunyikan punca sebenar kecederaan teruk yang dialami oleh Plaintif; Plaintif mengalami lebih kesukaran dalam tindakan bagi kecuaian perubatan berbanding dengan Defendan-Defendan; dan Defendan-Defendan tidak boleh memakai Ujian Bolam dalam tindakan ini. [22] Oleh itu, Plaintif menuntut relief yang berikut: a) ganti rugi khas sebanyak RM84,674.58; b) faedah ke atas ganti rugi khas yang dikira pada kadar yang sesuai dari tarikh 27-1-2017 sehingga tarikh penghakiman; c) ganti rugi am; d) ganti rugi teruk; e) faedah ke atas ganti rugi am dan ganti rugi teruk yang dikira pada kadar yang sesuai dari tarikh penyampaian writ sehingga tarikh penghakiman; f) kos pada kadar yang sesuai; g) faedah ke atas jumlah penghakiman pada kadar stautori yang digunapakai dari tarikh penghakiman sehingga tarikh pembayaran; dan h) relief lanjut atau lain yang dianggap sesuai oleh Mahkamah. Pembelaan oleh Defendan Kedua (Dr. Ahmad Hisham Abd Rashid) [23] Defendan Kedua menafikan dakwaan Plaintif bahawa rawatan yang diberikan oleh Defendan Kedua ialah penyebab atau penyumbang material kepada atau berkait dengan kecederaan, kerugian dan kerosakan yang dinyatakan pada perenggan 27 pernyataan tuntutan. [24] Defendan Kedua menegaskan bahawa kecederaan, kerugian dan kerosakan yang dikatakan itu adalah komplikasi yang timbul daripada kecederaan yang dialami pada pergelangan tangan semasa Plaintif terjatuh pada 27-1-2017 dan bukan disebabkan oleh rawatan yang diberikan oleh Defendan Kedua. [25] Aduan Plaintif mengenai kesakitan di bahagian ulna hanya sekali sahaja semasa rundingan susulan dengan Defendan Kedua iaitu pada 26-4-2017. Seterusnya, Defendan Kedua menegaskan bahawa sekiranya Plaintif hadir dalam pemeriksaan susulan selepas itu, Defendan Kedua akan menjalankan siasatan lanjut dan menyediakan rawatan yang diperlukan. [26] Walaupun tiada X-ray untuk menunjukkan bahawa Plaintif telah sembuh sepenuhnya, berdasarkan kepada rekod perubatan keadaan Plaintif telah pulih dengan baik apabila Defendan Kedua melihat semula keadaan Plaintif semasa pemeriksaan susulan. [27] Defendan Kedua menyatakan bahawa beliau telah mengamalkan penjagaan yang munasabah, kemahiran dan ketekunan, kewajipan berterus-terang dan bertindak demi kepentingan terbaik Plaintif. [28] Rawatan yang diberikan oleh Defendan Kedua kepada Plaintif ialah mengikut piawaian Perunding Pakar Bedah Ortopedik & Trauma yang kompeten. [29] Defendan Kedua menyatakan bahawa rawatan kecederaan pada ulna secara konservatif dan rawatan kecederaan pada ‘radius’ secara pembedahan adalah amalan standard rawatan. oleh Defendan Pertama (Sunway Medical Centre Sdn Bhd) [30] Defendan Pertama mengakui ada mengeluarkan bahan promosi berkenaan dengan Sunway Medical Centre, menggaji pelbagai kakitangan dan pekerja dengan pelbagai kelayakan dan pengkhususan untuk bekerja di Sunway Medical Centre. [31] Defendan Pertama berpendirian bahawa − • Defendan Kedua ialah seorang kontraktor bebas yang menjalankan amalan perubatan di Sunway Medical Centre dan Defendan Pertama membantu Defendan Kedua dengan menyediakan perkhidmatan sokongan. • perhubungan Defendan Pertama dan Defendan Kedua dikawal oleh, antara lainnya, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586), peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dan Perjanjian Amalan Doktor. [32] Defendan pertama menegaskan bahawa Defendan Pertama tidak bertanggungjawab secara vikarius terhadap kecuaian oleh Defendan Kedua (jika ada). Selanjutnya, Defendan Pertama menegaskan bahawa Defendan Pertama tiada kewajipan berjaga-jaga yang dapat diwakilkan (non-delegable duty of care) kepada Plaintif. Secara alternatifnya, Defendan Pertama tidak memungkiri kewajipan tersebut. [33] Bersandarkan rekod perubatan Plaintif, Defendan Pertama mengakui perenggan 16 hingga 23 pernyataan tuntutan setakat mengenai − • kehadiran Plaintif pada 27-1-2017 di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan Sunway Medical Centre. • pertemuan Plaintif dengan pegawai perubatan Sunway Medical Centre; • Plaintif dirujuk kepada Defendan Kedua. • Plaintif dimasukkan ke Sunway Medical Centre dan diletakkan di bawah rawatan, jagaan dan pengurusan Defendan Kedua. • Plaintif menjalani pembedahan Open Reduction & Plating of Left Radius ↓GA. • pada 29-1-2017 Plaintif menjalani X-ray dan laporan mengenai − “Left Wrist AP/LAT Post ORIF, for fracture of the distal radius Fixators insitu. alignment as shown Fracture ulna styloid” • Defendan Kedua merekodkan keadaan Plaintif sebagai sihat dan Plaintif dibenarkan pulang dan ubat-ubatan dibekalkan. • rawatan & temujanji susulan ditetapkan pada 4-2-2017, 8-2- 2017, 16-2-2017, 18-2-2017, 6-3-2017, 27-3-2017, 10-4- 2017, 26-4-2017 dan 2-8-2017. [34] Defendan Pertama menegaskan bahawa − • kewajipan berterus-terang dan niat baik tidak dikenakan terhadap Defendan Pertama. • Defendan Pertama tiada kewajipan untuk mendedahkan perkiraan tanggungrugi kepada pesakit (Plaintif). • hak asasi manusia adalah terpakai kepada Plaintif sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. • rawatan, jagaan dan pengurusn Plaintif terletak di bawah tanggungjawab Defendan Kedua. • rekod perubatan Plaintif telah diserahkan secara sukarela oleh Defendan Pertama kepada peguam cara Plaintif. • Plaintif telah memberikan keizinan/kebenaran/persetujuan untuk melantik Defendan Kedua untuk merawat, menjaga dan menguruskan perubatan Plaintif termasuk untuk melaksanakan pembedahan. • Defendan Pertama mempunyai sistem jagaan perubatan, kesihatan dan pembedahan yang selamat, diharap dan kompeten. • Defendan Pertama mempunyai kakitangan yang berkelayakan, berpengalaman dan benar-benar terlatih. [35] Defendan Pertama memfailkan Notis Permohonan untuk Menuntut Sumbangan dan/atau Tanggung Rugi terhadap Defendan Kedua (A. k. 8(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012) dan pernyataan tuntutan Defendan Pertama terhadap Defendan Kedua telah difailkan. Defendan Kedua memfailkan pembelaan terhadap pernyataan tuntutan Defendan Pertama. Defendan Pertama memfailkan jawapan pembelaan terhadap pembelaan Defendan Kedua. Keputusan Mahkamah (selepas perbicaraan) [36] Pada 28-2-2025, Mahkamah ini telah menulis dan membacakan keputusannya seperti yang berikut: KEPUTUSAN SELEPAS BICARA PENUH [1] Puan Vasanthi a/p B Balakrisnan, yang bekerja sebagai ejen insurans di Allianz Malaysia memplidkan dan menuntut terhadap Defendan-Defendan atas butir-butir kecederaannya dalam perenggan 27 pernyataan tuntutan. Plaintif memplidkan bahawa pada atau sekitar 27-1-2017 beliau jatuh di rumahnya dan hadir di Defendan Pertama pada hari yang sama mengadu mengenai kesakitan pada pergelangan tangan kiri dan bengkak. Defendan Kedua ialah doktor yang merawat dan/atau menasihati Plaintif. Plaintif menjalani pembedahan yang dilakukan oleh Defendan Kedua. Plaintif didiscaj pada 29-1-2017. Plaintif memplidkan bahawa tidak diberitahu dan tidak dimaklumkan mengenai terdapat kepatahan pada ulna distal kirinya. Pada atau sekitar 2-8-2017, pada lawatan susulan di Defendan Pertama, pergelangan tangan kiri Plaintif telah dinotkan sembuh. [2] Pada atau sekitar 19-6-2018, iaitu kira-kira 10 bulan dari tarikh 2-8-2017 itu, Plaintif pergi sendiri ke Desa Park City Medical Centre dan dinasihatkan untuk menjalani pembedahan termasuk pembuangan implant pada radiusnya dan untuk memasukkan implant pada ulnanya. Pembedahan ini dijalankan pada 20-6-2018. [3] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan ialah untuk kecuaian perubatan dan kemungkiran kewajipan kontrak, statutori dll. Ini diperihalkan pada perenggan 28 hingga 31. [4] Kini Plaintif menuntut ganti rugi khas berjumlah RM84,674.58, ganti rugi am, ganti rugi teruk, faedah dan kos terhadap Defendan-Defendan. [5] Defendan Pertama menuntut sumbangan dan/atau tanggung rugi terhadap Defendan Kedua. Prinsip Undang-Undang Berkaitan Kecuaian Perubatan: [6] Mahkamah telah memberi perhatian terhadap prinsip undang-undang berkaitan kecuaian perubatan dalam mendengar dan memutuskan tuntutan Plaintif. Beban Bukti: [7] Beban pembuktian terletak di bahu Plaintif untuk membuktikan kecuaian di pihak Defendan-Defendan dengan tahap pembuktian pada darjah kebarangkalian yang tinggi. Selagi mana Plaintif gagal memuaskan beban tersebut, beban pembuktian tidak akan berpindah kepada Defendan-Defendan. Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 (Akta 56) adalah dirujuk Standard Pembuktian: [8] Mahkamah merujuk kes Whitehouse v. Jordon & Anor [1980] 1 All ER 650, Mahkamah Rayuan England memutuskan – “Allegations of negligence against medical practitoners should be considered serious and the standard of proof is, therefore a high degree of probability”. Standard Amalan Perubatan dalam Konteks Kecuaian: [9] Berpandukan kepada nas undang-undang kes, Mahkamah ini perlu menilai jika rawatan yang diberikan oleh Defendan Kedua adalah mengikut amalan perubatan standard. Jika rawatan yang diberikan adalah menepati standard amalan perubatan, maka Mahkamah ini tidak boleh memutuskan Defendan-Defendan sebagai cuai. [10] Dalam hal ini, ada dua kategori penentuan amalan perubatan yang standard iaitu isu diagnosis dan rawatan dan nasihat perubatan. Bagi hal perkara diagnosis dan rawatan, amalan perubatan yang standard ditentukan oleh pakar perubatan dalam bidang yang berkaitan. Manakala bagi nasihat perubatan, amalan perubatan yang standard ditentukan oleh Mahkamah. Dalam kes Bolam v. Friern Hospital Management Committed [1957] 2 All ER 118 diputuskan bahawa − “…The test is the standard of ordinary skilled man exercising and professiong to have that special skill. A man need not possess the highest skill at the risk of being found negligent. It is well established law that is is sufficient if he exercises the ordinary skill of an ordinary competent man exercising that particular act.” “…A doctor is not guilty of negligence if he has acted in accordance with a practice accepted as proper by a responsible body of medical men skilled in that particular art”. [11] Mahkamah ini juga merujuk keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes antaranya Hasan bin Datolah v. Kerajaan Malaysia [2010] 2 MLJ 646; Dr. Gun Suk Chyn & Ors v. Kartar Kaue Jageer Singh & Anor [2014] 1 CLJ 838. Pendapat Pakar: [12] Mahkamah ini selanjutnya perlu bergantung kepada pendapat pakar dan menilai keterangan pendapat yang diberikan oleh pakar dalam menentukan sama ada rawatan yang diberikan oleh Defendan-Defendan adalah menurut amalan perubatan yang standard. Plaintif dan Defendan Kedua telah mengemukakan pendapat pakar masing-masing untuk penilaian Mahkamah ini. Isu-Isu Untuk Dibicarakan: [13] Terdapat 7 isu dikemukakan untuk diputuskan dan ditentukan oleh Mahkamah ini. [14] Berdasarkan keterangan dan dokumen termasuk keterangan pakar, tiada kecuaian dalam rawatan dan pengurusan rawatan dan/atau pembedahan dilakukan oleh Defendan Kedua. [15] Defendan Kedua telah bertindak menurut standard penjagaan yang dijangka, tiada kecuaian dan/atau kemungkiran kewajipan kontrak mahupun statutori yang menyebabkan atau menyumbang secara material kepada kecederaan, kehilangan dan kerosakan kepada Plaintif. [16] Mahkamah memutuskan tiada vicarious liability untuk Defendan Pertama. Maka tiada tuntutan sumbangan dan/atau tanggung rugi terhadap Defendan Kedua. [17] Mahkamah memutuskan, atas imbangan kebarangkalian, Plaintif gagal membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. Dengan ini, Mahkamah memutuskan untuk menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan dengan kos sebanyak RM10,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama dan kos sebanyak RM20,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Kedua. [37] Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah, Plaintif merayu ke Mahkamah Rayuan. Perbicaraan [38] Perbicaraan penuh dijalankan selama 5 hari iaitu pada 5-8-2024, 6- 8-2024, 7-8-2024, 14-8-2024 dan 11-9-2024. Mahkamah ini juga telah membenarkan Notis Permohonan oleh Plaintif untuk memanggil semula saksi pakar Defendan Kedua sebagaimana Kand. 69 iaitu pada 23-12-2024. [39] Saksi-saksi yang memberikan keterangan lisan masing-masing ialah − bagi Plaintif: SP-1: Plaintif sendiri (Pn Vasanthi a/p B Balakrishnan). SP-2: Dr. Jeremy Prakash a/l Silvanathan, Consultant & Microsurgeon di Desa Park City Medical Centre (saksi sapina). SP-3: Dr. Mohamed Faizal bin Hj Sikkandar, Pakar Bedah Ortopedik di Pusat Pakar Perubatan UITM. SP-4: Datuk Dr. Heric Corray a/l Soloman Corray, CEO di Malaysian Society for Quality Health (MSQH). bagi Defendan Pertama: SD-1: Dr. Seow Vei Ken, CEO Sunway Medical Centre. bagi Defendan Kedua: SD-2-1: Defendan Kedua sendiri (Dr. Ahmad Hisham Abd Rashid). SD2-2: Dato’ Dr. Sivananthan a/l K. Shanmugam, Pakar Bedah Ortopedik. Keterangan doktor dan keterangan pakar [40] Mahkamah ini telah mendengar keterangan penuh 2 orang saksi pakar dalam bidang ortopedik (orthopaedic) iaitu SP-3 dan SD-2-2. [41] Ekshibit P3 ialah afidavit saksi pakar Plaintif, manakala, Ekshibit D4 ialah afidavit saksi pakar Defendan. [42] Defendan Kedua ialah doktor yang mengendalikan pembedahan ke atas pergelangan tangan Plaintif di Sunway Medical Centre (Defendan Pertama) manakala Dr. Jeremy Prakash ialah doktor yang mengendalikan pembedahan ke atas pergelangan tangan Plaintif di Desa Park City Medical Centre. Butir-butir ekshibit: [43] Mahkamah ini telah ditunjukkan dan dikemukakan dokumen yang berikut: • oleh peguam Defendan Pertama: Google search mengenai “Shoulder-Pain-Explained.com” yang ditanda sebagai Ekshibit D1. − untuk menjelaskan mengenai kedudukan radius dan ulna; distal radius fracture: causes & treatment for wrist fractures. • oleh peguam Defendan Kedua: Cetakan X-ray Plaintif di mana keretakan pada pergelangan kiri Plaintif ialah pada muka surat 3 & 4; kemasukan plat, K-wire oleh Defendan Kedua ialah pada muka surat 5, 6, 7, 8 & 9. Isu untuk Dibicarakan [44] Kand. 23 ialah senarai isu untuk dibicarakan yang ditanda sebagai “C” yang difailkan oleh peguam cara terpelajar Plaintif. [45] Pada pandangan saya, 7 isu yang disenaraikan tersebut tidak terlepas dan tidak dapat mengelak untuk Mahkamah ini memutuskan isu dan penentuan kehakiman sama ada tuntutan Plaintif ini ialah suatu tuntutan yang meritorious atau tidak. [45] Mahkamah ini selepas perbicaraan ditutup, telah membenarkan permohonan oleh peguam cara terpelajar Plaintif untuk membuka semula kes Plaintif (Kand. 69) di mana saksi pakar Defendan Kedua iaitu Dato’ Dr. Sivananthan a/l K. Shanmugam dipanggil semula berkenaan dengan hal perkara − “… to give further evidence on a narrow factual point; the truth regarding his exact tenure as a Surveyor for the Malaysian Society for Quality in Health (MSQH). This application should be allowed because it is essential for this Court to know the truth. The truth cannot be brushed aside, as was suggested by the Defendants for being a “non-issue of credibility” or that it “would not impact the evidence provided by DW3” in this case. DW3 when overstating his tenure as a Surveyor for the MSQH had testified that in his long tenure as a Surveyor that he had seen the general practice of doctors keeping poor medical records so as to defend the 2nd Defendant’s poor record keeping. The further evidence will show that DW3 had grossly overstated his tenure as a Surveyor and that he had overstated his tenure so as to underplay the 2nd Defendant’s poor record-keeping. The role of the expert in this case is to state his expert opinion on matters of science so as to assist the court. The expert cannot be making findings of fact or giving excuses on behalf of a defendant regarding the acceptability in keeping poor medical records. There was already substantial material at trial for this Court to decide on DW3’s lack of credibility and to reject his evidence.”. Hujahan: [46] Mahkamah ini amat menghargai hujahan penuh dan terperinci yang difailkan oleh kesemua peguam yang mewakili Plaintif, Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Di samping meneliti keterangan lisan dan keterangan dokumentar yang dikemukakan sepanjang perbicaraan penuh di hadapan Mahkamah ini, hujahan bertulis dan hujahan lisan oleh peguam-peguam amat membantu Mahkamah mencapai dapatan dan keputusannya. Kecuaian perubatan adalah isu yang agak sukar difahami oleh profession yang bukan perubatan. Hanya melalui keterangan doktor yang merawat, membedah, mengurus dan menjaga Plaintif serta keterangan saksi pakar dalam bidang pembedahan mikro pada tangan, dapatlah Mahkamah ini memahami selok-belok isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah. [47] Bagi isu sama ada Defendan Kedua telah bertindak menurut standard penjagaan yang dijangka daripada seorang penyedia jagaan kesihatan adalah suatu penentuan yang membawa kepada isu kecuaian perubatan Defendan Kedua jika beliau gagal memenuhi kewajipan ini. [48] Sekiranya Defendan Kedua cuai dari segi perubatan dalam merawat, melakukan pembedahan, menjaga dan menguruskan Plaintif maka kecuaian dan/atau kemungkiran kewajipan di sisi undang-undang itu menyebabkan atau menyumbang secara material kepada kecederaan, kehilangan dan kerosakan yang dialami oleh Plaintif. [49] Selanjutnya, jika Defendan Kedua itu cuai maka, isu sama ada Defendan Pertama adalah bertanggungjawab secara vicarious dan sama ada kewajipan itu boleh atau tidak didelegasi terhadap Plaintif serta sama ada Defendan Pertama memungkiri kewajipan/tanggungjawab tersebut. Memandangkan Defendan Pertama memfailkan permohonan bagi indemniti maka isu sama ada Defendan Pertam a berhak untuk menuntut indemniti daripada Defendan Kedua adalah perlu diputuskan oleh Mahkamah. Analisa dan Dapatan Mahkamah [50] Dalam penghakiman ini, saya akan menyatakan secara berasingan atau bersesama isu untuk dibicarakan tersebut, mengikut masing-masing yang bersesuaian. Saya juga mengingati bahawa adalah undang-undang yang mantap bahawa “he who asserts must prove the particular facts he alleges”. [51] Dalam tuntutan ini, beban pembuktian terletak kepada Plaintif untuk membuktikan elemen-elemen kecuaian perubatan yang diplidkannya agar Plaintif berjaya menuntut ganti rugi khas dll daripada Defendan-Defendan menurut peruntukan seksyen 101 dan 102 Evidence Act 1950. [Ini dinyatakan dalam keputusan Mahkamah dalam kes Datuk Mohd Ali Bin Hj Abdul Majid & Anor (Both Practising as Messrs Mohd Ali & Co) v. Public Bank Bhd [2014] 4 MLJ 465; dan Tenaga Nasional Bhd v. Perwaja Steel Sdn Bhd [1995] 4 MLJ 673]. Rujukan juga dibuat kepada keputusan Mahkamah dalam kes Shalini a/p Kanagaratnam v. Pusat Perubatan Universiti Malaya (formerly known as University Hospital) & Anor [2016] 3 MLJ 742. Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa terdapat 4 elemen yang seseorang plaintif perlu membuktikan dalam kes-kes kecuaian perubatan iaitu − “[9] In cases of professional negligence and/or medical negligence, the plaintiff has to prove four elements. They are: (i) duty of care; (ii) breach of standard of care: (iii) breach of duty of care; (iv) caused damages. In consequence, the plaintiff has to lead evidence to show the standard of care has been breached. The doctrine of res ipsa loquitur will not ordinarily apply as the plaintiff will have to discharge the legal burden and only after the legal burden has been discharged, the defendant has to satisfy that legal duty was not breached.”. [52] Selanjutnya, rujukan dibuat kepada keputusan dalam kes Muthu a/l Subramaniam v. Dr Wan Hazmy Che Hon [2018] MLJU 1567. YA Abu Bakar Jais J (sebagaimana YA ketika itu) memutuskan bahawa − “… the burden to prove negligence lies on the Plaintiff and it is not the obligation of the Defendant to disprove the allegations of negligence in the Statement of Claim and it was held as follows: [34] It is trite that the burden of proof in cases of medical negligence such as this is on the Plaintiff. It is the Plaintiff’s burden to prove negligence against the FD on the basis that what was done was what a reasonably competent practitioner skilled in that particular act would or would not have done. The FD has no obligation to disprove the allegations of negligence in the statement of claim. (Lihat keputusan dalam kes Wu Siew Wong v. Pulau Pinang Clinic Sdn Bhd & Anor [2011] 1 CLJ 229; Mathew Scott Oakley & 2 Ors v. Dr. George Varughese & Anor [2010] 10 CLJ 322 dan Payremalu Veerappan v. Dr Amarjeet Kaur & Ors [2001] 4 CLJ 380).”. [53] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, selepas selesai mendengar keterangan dalam perbicaraan penuh, saya dengan hormatnya, memutuskan, atas imbangan kebarangkalian, bahawa Plaintif gagal melepaskan dan melunaskan beban pembuktian itu. Plaintif mempunyai beban untuk membuktikan 4 elemen yang berikut:
a
bahawa Defendan-Defendan mempunyai kewajipan berhati-hati kepada Plaintif;
b
bahawa Defendan-Defendan telah melanggar dan memungkiri standard berhati-hati yang dijangka ke atas mereka;
c
bahawa Defendan-Defendan telah melanggar dan memungkiri standard berhati-hati terhadap Plaintif; dan
d
bahawa perlanggaran dan kemungkiran itu menyebabkan kecederaan dialami oleh Plaintif dan Plaintif mengalami kehilangan/kerosakan akibat daripada kecederaan itu. Kewajipan berhati-hati oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif [54] Berdasarkan fakta kes ini, adalah jelas bahawa suatu kewajipan berhati-hati wujud melalui perhubungan fidusiari antara Defendan-Defendan dan Plaintif iaitu perhubungan seorang doktor dan pesakit. (Lihat keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Tengku Abdullah Ibni Sultan Abu Bakar & Ors v. Mohd Latiff bin Shah Mohd & Ors & other appeals [1996] 2 MLJ 265). Standard berhati-hati yang dijangkakan kepada Defendan-Defendan: [55] Ujian undang-undang yang terpakai dalam hal standard berhati-hati dalam kes-kes kecuaian perubatan, kini, tidak lagi perlu digusari. Dalam suatu keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Zulhasnimar bt Hasan Basri & Anor v. Dr Kuppu Velumani P & Ors [2016] 5 MLJ 438, Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti yang berikut: “[94] Thus, it is our judgment that in respect of the standard of care in medical negligence cases, a distinction must be made between diagnosis and treatment on the one hand and the duty to advise of risks on the other. This is because diagnosis and treatment are purely in the realm of medicine and that in the field of medicine, there are genuine differences of professional opinion in respect of diagnosis and treatment. Although as a discipline, medicine involves specific knowledge, its practice, however, often does not admit to scientific precision. It is not always the case that there is a definite answer one way or the other. In fact, medical experts do genuinely and frequently differ in opinion on diagnosis and treatment. [95] Given the fact that there are genuine differences in opinion in diagnosis and treatment, it is therefore not a matter that the court can, or is, equipped to resolve. It is in this context that the Bolam test makes good sense. It requires the court to accept, not just the views of medical experts simpliciter, but the views of a responsible body of men skilled in that particular discipline. It removes from the courts the responsibility of resolving a dispute that is not equipped to resolve. [96] On the other hand, different consideration ought to apply to the duty to advise of risks as opposed to diagnosis and treatment. That duty is said to be noted in the right of self-determination. As decided by the Australian High Court in Rogers v. Whitaker and followed by this court in Foo Fio Na, it is now the courts’ (rather than a body of respected medical practitioners) which will decide whether a patient has been properly advised of the risks associated with a proposed treatment. The courts would no longer look to what a body of respectable members of the medical profession would do as the yardstick to govern the standard of care expected in respect of the duty to advise.”. [56] Undang-undang yang berkenaan dengan kecuaian perubatan juga dibincangkan dengan jelas nyata dalam suatu keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Dr Premitha Damodaran v. GTK (a child suing through her father and litigation representative, Taranjeet Singh a/l Bhagwan Singh) & Anor and another appeal [2022] 3 MLJ 484 yang mengupas pelbagai kes-kes yang diputuskan termasuklah Bolam v. Friern Hospital Management Committee [1957] 2 All ER 118; Rogers v. Whitaker [1992] 175 CLR 479, HC; Bolitho v. City and Hackney Health Authority [1997] 3 WLR 1151 dan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Foo Fio Na v. Dr Soo Fook Mun & Anor [2007] 1 MLJ 593. Mahkamah Rayuan merumuskan seperti yang berikut: “[23] This anomalous situation was put to rest by the Federal Court in Zulhasnimar bt Hasan Basri & Anor v. Dr Kuppu Velumani P & Ors [2017] 5 MLJ 438; [2017] 8 CLJ 605 where it was held that the test in Rogers v. Whitaker, followed by Foo Fio Na, in regard to the standard of care in medical negligence is restricted only to the duty to advise the risks associated with any proposed treatment and does not extend to diagnosis or treatment. With regard to the standard of care for diagnosis or treatment, the Bolam test still applied, subject to the gualifications in Bolitho. The Federal Court was of the view that in ‘respect of the standard of care in medical negligence cases, a distinction must be made between diagnosis and treatment on the one hand and the duty to advise of risks on the other. This is because diagnosis and treatment are purely in the realm of medicine and in the field of medicine, there are genuine differences of professional opinion in respect of diagnosis and treatment’. [24] With that, the law as to the standard of care in medical negligence cases in Malaysia was well settled...”. Keterangan Plaintif: [57] Plaintif, seorang wanita yang berkahwin dan mempunyai 3 orang cahayamata berumur antara 23 hingga 29 tahun. Plaintif dalam penyata saksinya menyatakan bahawa beliau mengalami kecederaan pada tangan kiri kerana terjatuh di rumahnya (ketika itu Plaintif berumur 51 tahun). Plaintif menyebut “my left wrist was swollen and was very painful”. Pada 27-1-2017, Plaintif telah pergi ke hospital/Sunway Medical Centre dan ketika di unit kecemasan, Plaintif pertama sekali didatangi oleh seorang doktor perubatan (iaitu Dr Chen). Dr Chen memeriksa pergelangan tangan kiri Plaintif dan melakukan suatu X-Ray. Memandangkan Dr Chen bukan specialist dalam hal kecederaan tangan, maka, Plaintif dirujuk kepada Defendan Kedua. [58] Plaintif mengakui bahawa Defendan Kedua ada menasihati dan/atau memberikan maklumat mengenai kecederaan dan keretakan pada pergelangan tangan kirinya dan memerlukan suatu pembedahan. Defendan Kedua ada menunjukkan mengenai kecederaan dan keretakan pada pergelangan tangan kiri dan pembedahan adalah “best way to treat my injury. He also said he can pull the broken part to straighten it but it will take time to heal, so it is not advisable because it will take a long time to heal. So, it will be better to do a surgery instead.”. [59] Memandangkan Plaintif tidak memahami mengenai terma perubatan, Plaintif menyatakan bahawa Defendan Kedua hanya menyebut terdapat 1 tulang yang patah/retak dan pembedahan adalah cara terbaik untuk memulihkannya. Plaintif menyatakan bahawa “He did not mention to me about any other fractured bones.”. [60] Berdasarkan pemeriksaan, laporan perubatan Plaintif dan keterangan di hadapan Mahkamah ini, isu sama ada pembedahan yang dijalankan oleh Defendan Kedua ke atas pergelangan tangan kiri Plaintif untuk membaiki/merawat/memulihkan keretakan ‘radius’ menjadi perdebatan untuk menunjukkan bahawa Defendan Kedua gagal mengendalikan suatu pembedahan kepada Plaintif. Perdebatan juga berkisar mengenai pemasangan implant dengan buruk pada ‘radius’ dan/atau penindasan kecederaan pada ulna Seterusnya, Plaintif yang tidak faham sama ada Defendan Kedua ada memberitahunya mengenai kecederaan atau keretakan atau berlakunya serpihan pada ulna yang tidak dirawat dan tidak dibedah oleh Defendan Kedua, menjadikan Plaintif mengalami kesakitan walaupun selepas pembedahan di Sunway Medical Centre. [61] Kehadiran Plaintif secara konsisten kepada temujanji bagi rawatan susulan di Sunway Medical Centre termasuk menjalani fisioterapi masih gagal memulihkan kesakitan pada pergelangan tangan kirinya, walaupun pembedahan telah berjaya dilakukan. [62] Jawapan Plaintif sebagaimana pada soalan no. 24 hingga 34 penyata saksi Plaintif (PSP-1) menyatakan bahawa − • pada 19-6-2018, Plaintif sendiri hadir ke Desa Park City Medical Centre untuk memeriksa kesakitan yang makin meningkat pada pergelangan tangan kirinya. • Dr. Jeremy Prakash (SP-2) ialah doktor di Desa Park City Medical Centre yang menasihati Plaintif untuk melakukan pembedahan kedua bagi tujuan “rectify the pain and the bulging at the left wrist”. [63] Pada jawapan no. 30 penyata saksi Plaintif menyatakan “I was advised on the surgery of the fractured area. Dr Jeremy said the plate was not aligned and it has been about one year already so he would have to cut it and put it back in order. He told me that due to my old age, the pain will only increase and it will be difficult for me to move my hand.”. Plaintif menyatakan bahawa selepas pembedahan tersebut “it was better with less pain and the bulging was not there.”. [64] Plaintif dalam jawapannya pada penyata saksi menyatakan bahawa selepas pembedahan di Sunway Medical Centre − • Plaintif tidak dapat melakukan apa-apa aktiviti termasuk untuk mengangkat sebuah mug. • “I was in a lot of pain”. • “For the first operation, I went for physiotherapy because of the pain, but the pain was still there.”. • Plaintif tidak melakukan apa-apa fisioterapi selepas pembedahan di Desa Park City Medical Centre kerana Dr. Jeremy Prakash memberitahu Plaintif tangan Plaintif telah pulih. Plaintif menyatakan − “After the 2nd operation at DPC Hospital, I felt much better with smooth hand movement and no pain. There was also no bulging. … there was no more pain at my left wrist. I could carry cups for drinking. Earlier, I could not carry cups on the left hand due to the pain.”. Ketidakpuasan hati Plaintif terhadap Sunway Medical Centre (Defendan Pertama): [65] Jawapan Plaintif pada no. 46 hingga 52 penyata saksi Plaintif (PSP- 1) menyebut mengenai ketidakpuasan hati Plaintif berkaitan dengan rawatan dan pengurusan “kes” kesakitan Plaintif yang diterima di Sunway Medical Centre iaitu − • Defendan-Defendan tidak memberi nasihat mengenai kesakitan yang dialaminya. • Defendan-Defendan tidak menerangkan mengenai keretakan/kecederaannya. • aduan Plaintif mengenai kesakitannya diabaikan oleh Defendan-Defendan dan Defendan-Defendan tidak melakukan apa-apa. Plaintif hanya diminta melakukan fisioterapi dan kesakitannya akan pulih serta Plaintif diminta agar tidak menggunakan tangannya secara kerap. • Defendan Kedua tidak menerangkan kepada Plaintif selepas pembedahan dengan membuat rujukan kepada X-ray. • Plaintif menyatakan bahawa tiada nasihat dan maklumat mengenai kecederaan, rawatan dan pembedahan diberikan oleh Defendan-Defendan kepadanya. • Defendan-Defendan juga tidak berbuat apa-apa selepas pembedahan yang dilakukan dan hanya menyebut “the pain would heal and nothing else”. Sedangkan selepas hampir setahun hadir dalam temujanji susulan dengan Defendan-Defendan, masalah kesakitan itu masih ada dan tidak pulih. • Plaaintif menyatakan bahawa beliau percaya kepada doktor yang merawatnya dan menjangkakan doktor dapat menerangkan mengenai punca kecederaannya atau di manakah keretakan itu. • Plaintif kecewa dan sedih apabila Dr. Jeremy Prakash memberitahunya “the actual problem was not disclosed to me at Sunway itself.”. • Plaintif menyatakan bahawa “I was only wasting my time, money and energy going there when there was nothing said to me.”. Plaintif berpuas hati dengan rawatan di Desa Park City Medical Centre: [66] Di Desa Park City Medical Centre, Plaintif diberitahu mengenai keadaan pergelangan tangan kirinya sebelum dan selepas pembedahan. Maka, Plaintif kini faham apa berlaku kepada pergelangan tangan kirinya. [67] Di Desa Park City Medical Centre, Plaintif diberitahu bahawa pembedahan di Sunway Medical Centre “didn’t go well and I had to undergo another surgery just to rectify the problems.”. Sama ada pembedahan di Sunway Medical Centre itu suatu kecuaian oleh Defendan-Defendan? [68] Mahkamah ini meneliti Ikatan Dokumen Defendan Kedua iaitu yang ditanda sebagai B2 bertajuk “Laporan Perubatan Vasanthi A/P B Balakrishnan yang disediakan oleh Dr. Ahmad Hisham Abd Rashid” bertarikh 12-6-2023. [69] Mahkamah ini mendapati hal perkara kes Plaintif ini ialah mengenai 2 orang doktor yang merawat dan melakukan pembedahan ke atas pergelangan tangan kiri Plaintif iaitu Dr Ahmad Hisham (bagi pembedahan di Sunway Medical Centre) vs. Dr. Jeremy Prakash (bagi pembedahan di Desa Park City Medical Centre). [70] Bagi rawatan yang diterima oleh Plaintif di Sunway Medical Centre, Mahkamah ini mendapati tatacara yang diikuti oleh Sunway Medical Centre adalah suatu tatacara biasa dan standard di mana-mana hospital atau pusat perubatan iaitu − a) apabila seseorang pesakit berjumpa doktor, dalam kes Plaintif ini, beliau hadir di Unit Kecemasan Sunway Medical Centre, untuk memberitahu apakah kesakitan atau aduan perubatan yang dialaminya, sejarah aduan akan diambil oleh doktor yang memeriksa, dalam kes Plaintif ini, Dr. Chen mengambil aduan Plaintif bagi tujuan pemeriksaan dan diagnosis. b) selepas itu, proses selanjutnya ialah suatu X-ray diambil ke atas bahagian yang sakit itu dan pesakit dirujuk kepada doktor yang berkenaan. Dalam kes Plaintif ini, kecederaan dan/atau keretakan pada tulang di pergelangan tangan kiri Plaintif perlulah dirujuk kepada doktor ortopedik. c) Defendan Kedua yang memeriksa dan meneliti X-ray bahagian yang cedera itu, bertemu dengan Plaintif. Pertemuan Defendan Kedua dan Plaintif ialah bagi tujuan menasihatkan Plaintif mengenai pelan rawatan khusus kepada aduan. Ini dilakukan oleh Defendan Kedua. d) opsyen diberikan kepada Plaintif berkenaan dengan kecederaan dan keretakan pada tulang ‘radius’ dan ‘ulna’ seawal pertemuan pertama rawatan diberikan oleh Defendan Kedua. e) persetujuan Plaintif untuk menjalani pembedahan adalah atas kerelaan Plaintif sendiri. Hasil pembedahan ada diberitahu kepada Plaintif (laporan perubatan) dan kepada suami Plaintif. f) berkenaan dengan rawatan konservatif pada ulna pula, Defendan Kedua menjelaskan kepada Plaintif mengenainya dan tanpa perlu melakukan pembedahan. [71] Bagi rawatan yang diterima oleh Plaintif di Desa Park City Medical Centre adalah atas kerelaan Plaintif sendiri. Tiada rekod perubatan daripada Sunway Medical Centre ditunjukkan kepada Dr. Jeremy Prakash. Hasil pemeriksaan Dr Jeremy Prakash, kecederaan/keretakan dan kesakitan pada ulna dilakukan melalui pembedahan dan pemasangan ulna plate. Dr. Jeremy Prakash juga memeriksa dan meneliti implant atau radius plate yang dipasang pada pergelangan tangan kiri Plaintif dan perlu ditanggalkan/dicabut kerana Plaintif tidak selesa (discomfort) dan sakit. Dr. Jeremy Prakash juga menyatakan implant atau radius plate boleh dicabut/ditanggalkan kerana telah pulih. [72] Berkenaan dengan rawatan dan pembedahan oleh Defendan Kedua ke atas pergelangan tangan kiri Plaintif, Mahkamah ini tidak mendapati apa-apa pernyataan daripada Dr Jeremy Prakash bahawa pemasangan radius plate itu diletakkan secara salah atau tidak perlu dipasang radius plate. Rawatan melalui pembedahan ialah pada ulna dan tiada apa-apa pernyataan daripada Dr Jeremy bahawa pemasangan implant oleh Dr Ahmad Hisham adalah dibuat dengan buruk pada ‘radius’ dan/atau telah mengakibatkan penindasan kecederaan pada ulna [73] Walaupun laporan perubatan Plaintif disediakan oleh Defendan Kedua bagi tujuan tuntutan undang-undang terhadap Defendan-Defendan, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan Kedua telah melaporkan, antaranya, bahawa − “Surgery was done on 27th January 2017 for open reduction and plating distal end of left radius with percutaneous K-wires. Patient was discharged well on 29th January 2017. On follow-up on 4th February 2017, surgical wound and pin site were clean. There were no signs of infection. Dressing were done. On 8th February 2017 the surgical wound had healed. Pin site were clean and dressing changed. Both K-wires were removed on 18-2-2017 and patient was advised on physiotherapy. Patient complained of pain on ulna side on follow-up on 26th April
2017
She was treated with ultrasound by physiotherapy. She was given follow-up after 1 month. Patient did not come for the next follow-up. Patent came to clinic on 2nd August 2017 (about 7 months after surgery). She complaint of pain on and off. She was advised on removal of implant and was given and open appointment (PRN) for removal of implant when she decide for surgery. Patient came on 16th December 2017 for advice on removal of implant surgery. Patient undecided but will confirm later.”. [74] Mahkamah menolak keterangan Plaintif bahawa “Plaintif kecewa dan sedih apabila Dr. Jeremy Prakash memberitahunya the actual problem was not disclosed to me at Sunway itself”. Ini kerana Plaintif sekadar membuat andaiannya sendiri dan salah tafsiran kepada penerangan mahupun nasihat oleh Defendan Kedua kepadanya. [75] Kecederaan pada ulna dan/atau kawasan ulna telah dikenal pasti oleh Defendan Kedua dan kecederaan ulna diberitahu dan dimaklumkan oleh Defendan Kedua kepada Plaintif. Opsyen diberikan kepada Plaintif. Pembedahan dibuat terlebih dahulu pada bahagian ‘radius’ melalui pemasangan plate dan K-wires. [76] Ketidakpercayaan Plaintif mahupun Plaintif telah hilang kepercayaan kepada Defendan-Defendan dengan cara enggan kembali semula ke Sunway Medical Centre bagi mendapatkan rawatan atas kesakitan berulang ataupun ketidakselesaan Plaintif adalah kecuaian Plaintif sendiri. Tiada apa-apa bukti diberikan oleh Plaintif untuk menyokong dakwaan Plaintif bahawa Defendan-Defendan masih enggan merawat kesakitan berulang ataupun ketidakselesaan Plaintif mahupun meneruskan dengan rawatan secara konservatif pada kecederaan ulna. Berdasarkan rekod perubatan Plaintif, adalah jelas bahawa pemasangan plate pada radius perlu ditanggalkan (remove) dan ini ada dinyatakan oleh Defendan Kedua. Plate yang dipasang itu bukan untuk kekal selama-lamanya di dalam radius. Tindakan Plaintif sendiri yang beralih untuk mendapatkan rawatan di Desa Park City Medical Centre dan pembedahan yang dijalankan di Desa Park City Medical Centre. Plaintif menyatakan bahawa pembedahan di Desa Park City Medical Centre adalah berjaya dan dapat memulihkan kesakitan pada pergelangan tangan kiri Plaintif. Mahkamah mendapati fakta ini gagal membuktikan bahawa rawatan di Sunway Medical Centre dan pembedahan di Sunway Medical Centre itu adalah gagal sepenuhnya. Keingkaran Plaintif untuk mematuhi arahan Defendan Kedua hadir temujanji susulan untuk memastikan tindakan removal of the radius plate hanya sekadar janji Plaintif untuk berfikir mengenainya. Keterangan Pakar: [77] Terdapat 2 laporan pakar disediakan untuk membuktikan tuntutan Plaintif dan untuk menangkis tuntutan Plaintif. Saksi Pakar Plaintif [78] Dokumen yang ditanda sebagai P3 ialah afidavit saksi pakar Plaintif iaitu Dr. Mohamed Faizal bin Hj Sikkandar, seorang pakar bedah ortopedik di Pusat Pakar Perubatan UiTM. Dr Mohamed Faizal menyediakan “Expert Opinion Medical Report” ke atas Plaintif dan methodology yang digunapakai ialah meneliti dokumen yang dikemukakan kepadanya iaitu − • Patient’s medical records from Sunway Medical Centre (SMC) • Patient’s medical records from Desa Park Medical Centre (DPMC) • Imaging and radiography of the patient in CD form [79] Dr Mohamed Faizal telah mempertimbangkan isu yang berkaitan dengan kes Plaintif dan secara ringkasnya berkisar mengenai diagnosis of the ulnar styloid. [80] Dr Mohamed Faizal berpendapat bahawa − a) the patient should have been advised and given information on all injuries sustained (distal radius fracture and the ulnar styloid fracture) as well as options to treat these injuries, including the risks and benefits of the options proposed. There is mention of risks and benefit of fixation of the distal radius fracture in SMC records, but no mention on fracture of the ulnar styloid process or any treatment options proposed for this specific injury. b) the fracture of the ulnar styloid process should be informed to the patient, and options of treatment discussed (ORIF vs. conservative), as well as risks and benefits of these options weighted and informed. All these should have been documented well in the patient’s medical records. However, there are instances where fractures of the ulnar styloid are left alone (not surgically fixed) when the fracture frgment is small, minimally displaced and associated with a stable distal end radius fracture. These are partly the features of the ulnar styloid fracture in Ms Vasanthi’s wrist. However, there are many schools of thoughts to surgical fixation of ulnar styloid injuries. … Looking at the initial radiograph, the ulnar styloid fracture fragment is a small, undisplaced fragment and a reasonably good outcome can be expected here without the need to perform surgery for the ulnar styloid fracture as seen in Ms Vasanthi’s wrist. c) The ulnar styloid fracture should have been treated either conservatively or surgically. The point in making is that the fracture of the styloid process should have been identified for the treatment to be carried out. Treatment begins once the diagnosis has been made and informed to the patient, as well as discussing surgical and conservative options and risks and benefits of these options. All this has to be documented. Verbal discussion carried out, or proclaimed as being done but not documented, is paramount to not informing to the patient at all in the first place. d) Ms Vasanthi should have been made aware of the ulnar styloid fracture which occurred together with the distal radius fracture of her left wrist from the beginning. … e) The condition of the patient’s hand resulting in surgery being done in Desa Park City Medical Centre is materially contributed by the treatment rendered at Sunway Medical Centre. f) The injuries suffered by the patient and the subsequent surgery could have been avoided with the exercise of due care and skill at Sunway Medical Center. g) With regards to worsening of the injury (comparing both X-rays from 27-1-2017 and 20-7-2018), the fixation of the distal radius appears to have further collapsed (the ulnar corner of the radius has not been well fixed from the very first surgery done from Sunway Medical Center in 2017). The fixation of the distal radius from the first surgery done in SMC shows that the ulnar corner/medial fracture fragment of the distal radius not well reduced. … The lack caution on the patient’s part as a result of not knowing the extent of her injuries is unlikely the cause of the worsening the symptoms, rather it is the initial suboptimal fixation of the radius fracture which is likely the cause of the worsening symptoms. h) The intraoperative findings of the surgery done in Desa Park City Medical Centre is consistent with the preoperative xrays and the records. The fixation done in Sunway Medical Centre has resulted in malunion (step-deformity of the ulnar fragment of the distal radius fracture). The preoperative radiographs taken in Desa Park City Medical Centre reporting the screw tips being in close proximity to the wrist joint, could have resulted in the degenerative tear of the TFCC with chondromalacia of the lunate bone. … [81] Dr Mohamed Faizal merumuskan seperti yang berikut: Going through all the evidence and records at hand, it is in my opinion that Dr Hisham has not acted according to the current and accepted practice. He has erred in the context of not disclosing the entire information of the extent of injuries sustained by Ms Vasanthi. It is also likely that Dr Hisham has missed the fracture of the ulnar styloid from the very first instance, resulting in him not discussing options of treatment for the ulnar styloid fracture with his patient. Though conservative options of treating ulnar styloid do exist, the final outcome and option of treatment would depend on the treating surgeon, the nature of the injury, as well as the patient who gives his/her informed consent after obtaining all information regarding the risks and benefits of treatment options proposed. The fixation of the distal radius fragment is suboptimal as well. The fracture fragment has not been well reduced (in particular the ulnar corner/medial fragment of the distal radius fracture) resulting in malunion and step deformity, also a possible cause of the degenerative TFCC tear and chondromalacia of the lunate bone as observed in intraoperatively in Desa Park City Medical Centre. A suggestion in this scenario would be to obtain a specialist medical report from Dr Jeremy, who is credentialed in handling complex hand injuries, such as seen in Ms Vasanthi, as supporting documents. …”. Saksi Pakar Defendan Kedua [82] Dokumen yang ditanda sebagai D4 ialah afidavit saksi pakar Defendan Kedua iaitu Dato’ Dr Sivananthan a/l K. Shanmugam, seorang pakar bedah ortopedik. Dato’ Dr Sivananthan menyediakan “Expert Report” ke atas Plaintif dan dokumen yang dikemukakan kepadanya oleh peguam cara terpelajar Defendan Kedua ialah − a) Medical records Plaintif daripada Sunway Medical Centre; b) Medical records Plaintif daripada Desa Park City Medical Centre; c) writ saman bertarikh 29-12-2022; d) pernyataan tuntutan bertarikh 29-12-2022; e) pembelaan terpinda Defendan Pertama; f) pembelaan Defendan Kedua; g) CD of X-rays; dan h) Medical Report from Dr Ahmad Hisham bertarikh 12-6-2023. [83] Berdasarkan nota daripada Sunway Medical Centre, Dato’ Dr Sivananthan telah meneliti setiap tindakan yang diambil terhadap Plaintif dari mula Plaintif hadir di Sunway Medical Centre pada 27-1-2017 iaitu − • Clinical Assessment Form oleh Dr Chan Leed Wi. • Admission Advice oleh Dr Ahmad Hisham. • X-ray pada pergelangan tangan kiri dan tangan mencatatkan “Fracture of the distal radius and ulna”. • catatan oleh Dr Ahmad Hisham mengenai pesakit (Plaintif). • Consent for operation or procedure yang ditandatangani oleh Dr Ahmad Hisham dan Vasanthi. • Operation record. • penerangan kepada suami Plaintif mengenai pembedahan. Selanjutnya, Dato’ Dr Sivananthan meneliti catatan oleh Dr Ahmad Hisham mengenai pesakit (Plaintif) pada tarikh 28-1-2017, 29-1-2017, 4- 2-2017, 8-2-2017, 18-2-2017, 6-3-2017, 27-3-2017, 10-4-2017, 26-4- 2017, 2-8-2017 dan 16-12-2017. Dato’ Dr Sivananthan juga melihat sesi physiotherapy yang dihadiri oleh Plaintif pada tarikh-tarikh 27-3-2017, 30-3-2017, 4-4-2017, 7-4-2017, 18-4-2017 dan 26-4-2017. [84] Berdasarkan nota daripada Desa Park City Medical Centre, Dato’ Dr Sivananthan meneliti setiap tindakan yang diambil terhadap Plaintif di Desa Park City Medical Centre pada 19-6-2018 iaitu − • Plaintif dimasukkan ke Desa Park City Medical Centre dan didiagnos mengalami left wrist pain oleh Dr Jeremy Prakash. • catatan oleh Dr Jeremy Prakash mengenai pesakit (Plaintif). • General Consent Form for operation or procedure. Pada 20-6-2018, Dr Sivananthan meneliti X-ray pergelangan tangan kiri Plaintif dan nota pembedahan oleh Dr Jeremy Prakash. Pada 21-6-2018, Dr Sivananthan meneliti X-ray left wrist joint and distal radius/ulna dan X-ray left wrist pada 4-8-2018 yang membandingkan kedua-dua X-ray pada tarikh 21-6-2018 dan 4-8-2018. [85] Pendapat oleh Dr Sivananthan ialah − This patient had a fall on 27-1-2017 and sustained fracture distal end of left radius and ulna styloid. The treatment for this is either closed reduction and POP immobilization or open reduction and internal fixation of the distal end of left radius. The ulna styloid fracture is usually left alone and not treated by internal fixation. Dr Ahmad Hisham did the right procedure as expected by any orthopaedic surgeon i.e. open reduction and internal fix the distal end of the left radius. Post operatively when she was followed up on 2-8-2017, she had good range of movement of the wrist and the power of the left hand was normal. He again saw the patient on 6-12-2017 and there was discussion as regards removal of implants. Dr Jeremy saw her on 19-6-2018 and he had documented that the patient was well until January 2018 after which she complained of pain in the left wrist. Had the patient returned to see Dr Ahmad Hisham he would have undertaken the necessary steps to remedy the complaints. Sama ada laporan saksi pakar Plaintif dan laporan saksi pakar Defendan Kedua bercanggah? [86] Perkhidmatan 2 orang pakar ortopedik diambil oleh peguam cara terpelajar Plaintif dan peguam cara terpelajar Defendan Kedua untuk membantu Mahkamah menilai dan menentukan tuntutan Plaintif dan pembelaan Defendan Kedua, Mahkamah ini mendapati bahawa laporan pakar yang disediakan, keterangan lisan, kajian, pengalaman dan pendapat kedua-dua pakar ortopedik tersebut amat membantu Mahkamah. Dalam perbicaraan ini, Dr. Sivananthan telah membawa bersama-samanya model rangka tangan buatan dan beberapa peralatan seperti K-wires, skru dll. Dr Sivananthan menjelaskan mengenai kedudukan kawasan radius dan ulna; pemasangan plate bagi keretakan tulang tangan dan suatu Ikatan Kesusasteraan Medikal yang ditanda sebagai B5 (untuk bacaan Mahkamah). [87] Berdasarkan pengamatan Mahkamah ini kepada laporan saksi pakar Plaintif, rumusan oleh Dr Mohamed Faizal bahawa “Going through all the evidence and records at hand, it is in my opinion that Dr Hisham has not acted according to the current and accepted practice”, Mahkamah ini mendapati bahawa tiada apa-apa jua pernyataan apakah yang dikatakan current and accepted practice yang sewajarnya diambil oleh seorang doktor ortopedik untuk merawat kecederaan, keretakan pada tulang khususnya pemulihan pada radius dan ulna. Rumusan oleh Dr Mohamed Faizal juga menzahirkan bahawa Though conservative options of treating ulnar styloid do exist, the final outcome and option of treatment would depend on the treating surgeon, the nature of the injury, as well as the patient who gives his/her informed consent after obtaining all information regarding the risks and benefits of treatment options proposed. Mahkamah ini berpendapat bahawa Rumusan oleh Dr Mohamed Faizal tidak menunjukkan kegagalan, kecuaian dan kekhilafan Defendan Kedua mengenai cadangan rawatan secara konservatif bagi kecederaan pada ulna untuk diberikan kepada Plaintif. [88] Mahkamah juga mendapati bahawa isu yang dibangkitkan oleh Plaintif, Dr Jeremy Prakash dan Dr Mohamed Faizal bahawa Defendan Kedua tidak memberitahu hal keadaan sebenar mengenai keseluruhan kecederaan yang dialami oleh Plaintif adalah suatu yang tidak benar. Defendan Kedua ada memberitahu Plaintif sejak awal kehadiran Plaintif di Sunway Medical Centre iaitu pada 27-1-2017 mengenai keadaan kecederaan pada pergelangan tangan kiri Plaintif dan catatan Defendan Kedua itu telah diteliti oleh Dr Sivananthan. Persoalan yang dibangkitkan ialah pemberitahuan secara lisan oleh Defendan Kedua tidak didokumenkan bukanlah isu besar untuk Plaintif mendakwa bahawa Defendan Kedua itu cuai dalam memberikan rawatan kepada Plaintif. [89] Mahkamah ini mendapati bahawa laporan saksi pakar Plaintif (Dr Mohamed Faizal) yang mencadangkan bahawa suatu specialist medical report from Dr Jeremy, who is credentialed in handling complex hand injuries, such as seen in Ms Vasanthi, as supporting documents, adalah suatu cadangan yang berat sebelah. Tiada apa-apa perbandingan dibuat oleh Dr Mohamed Faizal mengenai kelayakan Dr Ahmad Hisham dalam mengendalikan rawatan bagi kecederaan pada tangan berbanding dengan kelayakan Dr Jeremy Prakash. Defendan Kedua dalam penyata saksinya menyatakan bahawa terdapat perancangan untuk meneruskan pemeriksaan ke atas aduan Plaintif mengenai kesakitan pada ulna apabila Plaintif kembali hadir pada temujanji susulan. Kegagalan Plaintif untuk hadir selepas temujanji susulan terakhir pada 16-12-2017 dengan Defendan Kedua mengakibatkan perancangan rawatan oleh Defendan Kedua tidak dapat dilaksanakan. [90] Berdasarkan pertimbangan Mahkamah ini, saya berpendapat bahawa Plaintif gagal untuk menunjukkan bahawa terdapat kecacatan dan percanggahan material dalam diagnosis yang disediakan oleh Defendan Kedua berbanding dengan rawatan serta pembedahan di Desa Park City Medical Centre. Mahkamah ini bersetuju dengan keterangan saksi pakar Dr Sivananthan bahawa sesuatu pembedahan itu dibuat berdasarkan case to case basis. Bukan semua rawatan sama bagi semua individu. Pemeriksaan ke atas Plaintif oleh Defendan Kedua memfokuskan untuk memulihkan kesakitan akibat kecederaan pergelangan tangan kiri Plaintif. Keengganan Plaintif untuk kembali mendapatkan rawatan di Sunway Medical Centre hanya kerana tiada apa-apa perubahan kepada kesakitan yang dialaminya adalah suatu tohmahan yang tidak baik. [91] Mahkamah ini mendapati jarak tempoh pembedahan di Sunway Medical Centre dan pembedahan di Desa Park City Medical Centre adalah agak lama iaitu lebih kurang 18 bulan. Mahkamah ini bersetuju dengan peguam-peguam Defendan-Defendan bahawa Plaintif telah pulih daripada kesakitan mengenai pergelangan tangan kirinya. Peguam cara terpelajar Defendan Pertama berhujah − “we will submit that SMC ought not to be found liable for Madam Vasanthi’s own decision in not seeking medical treatment where she alleged that she could not:- 15.1 Drive her manual car; 15.2 Lift the basket of clothes; 15.3 Hold the broom; and 15.4 Meet her clients, which then allegedly caused her to resign from Allianz Insurance. Based on the strength of her own subpoenaed witness notation, the reality remains is that she was well up to January 2018.”. Mahkamah ini berpendapat dakwaan Plaintif bahawa rawatan yang diterimanya di Sunway Medical Centre sekadar “membuang masa dan wang” sedangkan Plaintif masih mengalami kesakitan adalah suatu dakwaan yang tidak berasas. Keterangan Dr Jeremy Prakash yang memeriksa dan seterusnya membedah Plaintif hanya melakukan pembedahan bagi kecederaan pada ulna. Tiada apa-apa rawatan oleh Dr Jeremy Prakash dibuat ke atas radius. Jadi, adakah Defendan Kedua itu cuai dalam memberikan rawatan kepada Plaintif? Jawapannya ialah Defendan Kedua itu tidak cuai. Mahkamah ini menerima keterangan Defendan Kedua iaitu − “I had examined, diagnosed, managed and treated the Plaintiff with reasonable care and skill of a Consultant Orthopaedic & Trauma Surgeon to the best of my abilities until the last consultation on 16-12-2017.”. [92] Walaupun, peguam cara terpelajar Defendan Pertama berhujah bahawa − In fact, Madam Vasanthi readily admitted that all her medical expenses were covered by insurance and she need not pay for such expenses. She need not fork out a single dime for the medical bills which she incurred in SMC and Desa Park City Medical Centre. Flowing from the above, the natural question that ought to be answered by Madam Vasanthi is, if all medical bills pertaining to her wrist are fully paid by her insurance, why did she still not seek medical attention for the past six (6) months? The only obvious answer is, Madam Vasanthi was fully well after her last visit with Dr. Ahmad. She was indeed well up to January 2018. Mahkamah ini dalam menilai keseluruhan keterangan di hadapannya mempunyai tugas untuk menentukan sama ada wujud kecuaian oleh Defendan-Defendan terhadap Plaintif. [93] Keterangan Plaintif melalui keterangan Plaintif sendiri, Dr Jeremy Prakash (saksi sapina) dan Dr Mohamed Faizal (saksi pakar) gagal membuktikan bahawa Defendan-Defendan adalah − a) tidak menjalankan penjagaan, kemahiran dan ketekunan yang sewajarnya, tidak bertindak secara ikhlas dengan Plaintif, tidak bertindak demi kepentingan Plaintif. b) gagal dengan secukupnya atau sama sekali dan tanpa kelewatan untuk mempunyai suatu sistem yang wajar, selamat dan efektif untuk − i. menyediakan nasihat dan maklumat kepada Plaintif tentang semua keadaan perubatannya. ii. mengelakkan ketinggalan atau penyekatan apabila memberikan nasihat dan maklumat kepada Plaintif. iii. mendapatkan persetujuan termaklum kepada Plaintif bagi sebarang pilihan rawatan yang dijalankan. iv. menyiasat mengenai aduan kesakitan atau kelainan bagi Plaintif sebelum merujuk Plaintif kepada fisioterapi. v. memberitahu nasihat dan maklumat tentang komplikasi berpotensi daripada rawatan konservatif dalam kes seperti Plaintif termasuk cara-cara untuk mencegah atau mengurangkan risiko komplikasi. vi. laporan radiologi dibaca atau dibaca sepenuhnya oleh doctor yang merawat dalam kes Plaintif. vii. mengekalkan indeks syak yang tinggi bagi kepatahan tulang dalam kes kecederaan impak seperti dalam kes Plaintif. viii. memeriksa dan memerhati intra-operasi yang mencukupi dibuat dan dicatatkan dalam kes seperti Plaintif. ix. reduksi tepat kepatahan tulang dalam kes seperti Plaintif. x. mengelakkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko kecederaan daripada plat atau skru yang dipasang dalam pesakit dalam kes seperti Plaintif. xi. menyemak selepas pembedahan yang mencukupi dalam kes seperti Plaintif dan memberikan nasihat dan maklumat yang mencukupi kepada Plaintif tentang kedudukan yang sama. xii. menjalankan pembedahan yang rumit atau susah seperti pembedahan pertama untuk dijalankan oleh doktor yang mempunyai kemahiran, kelayakan, pengalaman dan pengetahuan yang mencukupi. xiii. Plaintif diberikan nasihat dan maklumat yang mencukupi berkenaan dengan kemahiran, kelayakan, pengalaman dan pengetahuan doktor yang merawat Plaintif terutamanya jika Plaintif menjalani pembedahan yang rumit atau susah. xiv. merujuk Plaintif kepada doktor lain yang mempunyai kemahiran, kelayakan, pengalaman dan pengetahuan lebih baik dalam merawat keadaan seperti Plaintif dan/atau ke hospital yang mempunyai doktor sedemikian. xv. Defendan Kedua tidak menjalankan pembedahan yang di luar kemampuan mereka. xvi. berunding dan menyemak supaya Plaintif memperoleh nasihat dan rawatan yang berkualiti dan mencukupi. xvii. menasihati dan memberikan maklumat kepada Plaintif mengenai pengurusan keadaan perubatan dan pelbagai pilihan rawatan termasuk yang mungkin disediakan oleh doktor dan hospital lain, dan risiko kecederaan dan komplikasi yang berpotensi yang timbul daripadanya dan manfaat setiap pilihan supaya Plaintif dapat memilih daripada pilihan sedemikian. xviii. memantau rapi keadaan Plaintif. xix. mengesahkan awal komplikasi yang timbul daripada pembedahan pertama. xx. mengurus pelbagai disiplin pesakit seperti Plaintif. xxi. merujuk Plaintif kepada pakar. xxii. menjalankan siasatan yang mencukupi ke atas Plaintif. xxiii. pengukuran yang sesuai dan/atau siasatan lain untuk dijalankan sebelum pembedahan pertama. xxiv. memastikan rekod perubatan yang komprehensif, tepat dan mudah dibaca, disimpan dan dikekalkan untuk setiap pesakit, termasuk Plaintif. xxv. memberi amaran kepada Plaintif tentang risiko kecederaan dan komplikasi yang timbul daripada rawatan. xxvi. pengurusan kes Plaintif dan komplikasi yang timbul daripadanya. xxvii. mengelakkan kesilapan atau peninggalan dalam pengurusan pesakit seperti Plaintif. xxviii. mendapatkan bantuan semasa pembedahan seperti pembedahan pertama. xxix. memastikan di mana keadaan pesakit (Plaintif) tidak bertambah baik, pelan pengurusan pesakit akan disemak dan jika diperlukan pesakit akan dirujuk kepada pakar lain atau hospital lain. xxx. memastikan Defendan-Defendan bertindak menurut kewajipan statutori mereka masing-masing sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan perundangan subsidiari yang di bawahnya mengenai penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang bersesuaian, kebajikan dan keselamatan pesakit, keperluan kakitangan, rakaman, perkongsian dan penghantaran maklumat, penyaringan, siasatan, diagnosis, rawatan dan nasihat, pemberian maklumat dan nasihat kepada pesakit, nasihat dan kaunseling mengenai kemungkinan kos dan perbelanjaan bagi penyaringan, siasatan, diagnosis, rawatan dan pengurusan yang disediakan atau akan disediakan dan ketidakpuasan hati pesakit. c) Defendan-Defendan gagal untuk mengikuti mana-mana atau kesemuanya dengan secukupnya atau sama sekali dan tanpa kelewatan. d) Defendan-Defendan gagal dengan secukupnya atau gagal sama sekali dan tanpa kelewatan untuk − • menghargai bahawa terdapat kepatahan pada ulna. • memberitahu Plaintif bahawa terdapat kepatahan pada ulna. • menasihati Plaintif tentang pelbagai pilihan rawatan bagi kepatahan pada ulna, risiko dan manfaat setiap pilihan rawatan supaya Plaintif boleh memberikan persetujuan kepada rawatan. • menasihati Plaintif tentang komplikasi yang mungkin dialami jika kepatahan ulna menjalani rawatan konservatif. • menasihati Plaintif tentang langkah-langkah yang perlu diambilnya untuk mencegah atau mengurangkan komplikasi risiko sekiranya Plaintif menjalani rawatan konservatif bagi kepatahan ulna. • membaca laporan radiologi sebelum pembedahan yang menyatakan bahawa terdapat kepatahan pada ulna. • mengesyaki bahawa terdapat kepatahan pada ulna. • melihat secara intra-operasi bahawa terdapat kepatahan pada ulna. • membaca laporan radiologi selepas pembedhan dengan sepenuhnya yang menyatakan bahawa terdapat kepatahan pada ulna. • menghargai dan mempertimbangkan aduan kesakitan oleh Plaintif di bahagian ulna. • menyiasat punca kesakitan yang dialami Plaintif di bahagian ulna. • meletakkan penetapan dengan betul pada ‘radius’ ‘distal’. • mengurangkan sudut ulna dengan tepat (atau serpihan kepatahan medial) radius’ ‘distal’. • menasihati Plaintif tentang penetapan kepatahan yang tidak tepat pada radius’ ‘distal’. • memaklumkan kepada Plaintif tentang kecacatan langkah yang diakibatkan pada radius’ ‘distal’. • mengekalkan jarak yang betul antara hujung skru penetapan dan sendi pergelangan tangan kiri Plaintif. • memastikan bahawa komplikasi yang timbul telah ditangani oleh pakar yang cukup berkelayakan dan berpengalaman. • merangka pelan pengurusan yang selamat dan komprehensif untuk keadaan Plaintif yang melibatkan pengurusan pakar yang rapat dan langsung. • memastikan bahawa siasatan dan pemeriksaan yang sesuai telah dijalankan. • memberi rawatan yang sesuai dan mencukupi bagi keadaan Plaintif. • mengesan tanpa kelewatan kesilapan dalam pengurusan kes Plaintif. • mengelakkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko kesilapan dalam pengurusan kes Plaintif. • memastikan bahawa Plaintif telah dirawat oleh doktor yang cukup berkelayakan, terlatih dan berpengalaman. • merujuk Plaintif kepada pakar atau hospital lain untuk mendapatkan pendapat kedua. • memastikan Defendan-Defendan bertindak menurut kewajipan statutori masing-masing menurut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan perundangan subsidiari di bawahnya mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang bersesuaian, kebajikan dan keselamatan pesakit, keperluan kakitangan, rakaman, perkongsian dan penghantaran maklumat, penyaringan, siasatan, diagnosis, rawatan dan nasihat, pemberian maklumat dan nasihat kepada pesakit, nasihat dan kaunseling mengenai kemungkinan kos dan perbelanjaan bagi penyaringan, siasatan, diagnosis, rawatan dan pengurusan yang disediakan atau yang akan disediakan dan ketidakpuasan hati pesakit. [94] Mahkamah ini mempunyai budibicara untuk memilih keterangan pakar yang dikemukakan oleh Plaintif atau Defendan-Defendan dan Mahkamah dalam kes ini memilih untuk bergantung kepada keterangan saksi pakar daripada Defendan Kedua selaras dengan panduan dalam kes Teoh Kiang Hong V Theow Say Kow @ Teoh Kiang Seng, Henry [2024] MLJU 3611, yang memutuskan seperti berikut: “[142] However, when there exist opposing opinions between experts, the Court has the discretion to prefer one expert’s opinion to the other. And the trial judge’s preference of one expert’s opinion to the other, is an aspect which the appellate court ought to have given considerable weight or deference, unless a clear error is manifested….” [95] Dalam kes Jasmir Singh a/l Pajan Singh v Bir Singh @ Teja Singh &Ors [2021] MLJ 328, diputuskan bahawa − “Expert evidence was not conclusive as it was merely opinion evidence used to assist the Court, and such expert evidence must not be used to compel the formulation of the judgment of the Court. The Court, in evaluating the expert evidence and after considering the credibility of the witnesses, must still come to its own opinion. The Court need not accept every opinion of an expert but needs to consider them: United Asian Bank Bhd v Tai Soon Heng Construction Sdn Bhd [1993] 1 AMR 612; [1993] 1 MLJ 182. A mere opinion unaccompanied by reasons or rationale in support is not admissible: Sim Ah Song & Anor v Rex [1951] 1 LNS 83; [1951] MLJ 150. [96] Dalam kes Sim Ah Song @&Anor v Rex [1951] 1 MLJ 150, BROWN, AG CJ memutuskan bahawa − “The responsibility for the determination of this question, as in the case of every question upon which expert evidence is called, rested upon the Court and not upon the expert. The business of an expert witness is to draw upon the store of his knowledge and experience in order to explain some matter which his experience should qualify him to understand. He is quite entitled to express his opinion, which indeed is the natural corollary of his explanation. But a bare expression of his opinion has no evidential value at all. Unless he gives an explanation, which supplies the understanding of the subject which the Court lacks, the Court is in no better position than it was before to determine the question which it is its duty to determine, and if the Court acts upon a bare expression of the expert's opinion the determination of the question becomes that of the expert and not of the Court.”. [97] Defendan-Defendan, secara khususnya Defendan Kedua sendiri adalah dengan teraturnya menasihati Plaintif menjalani rawatan konservatif bagi kepatahan pada ulna dan memilih untuk membuat Plaintif menjalani rawatan konservatif dan bukannya reduksi terbuka dan penetapan dalaman bagi kepatahan pada ulna. Sesi fisioterapi untuk kesakitan yang dialami di bahagian ulna adalah dibuat dengan tepat memandangkan selepas pembedahan pada radius adalah wajar fisioterapi diadakan dan bukan pembedahan secara back to back. Pemasangan plate pada radius mahupun K-wires ke dalam sendi pergelangan tangan kiri adalah dibuat dengan cermat dan bukan untuk meruntuhkan bahagian radius. Kesimpulan [98] Sebagai rumusan kepada penghakiman ini, berdasarkan kepada fakta dan keadaan kes termasuklah keterangan yang dikemukakan di hadapan saya, saya mempertimbangkan, atas imbangan kebarangkalian bahawa Plaintif gagal membuktikan tuntutannya ke tahap memuaskan hati Mahkamah ini. [99] Mahkamah ini menolak tuntutan Plaintif dengan kos kos sebanyak RM10,000.00 dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama dan kos sebanyak RM20,000.00 dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Kedua tertakluk kepada fi alokatur. Kos yang diawardkan ini adalah adil dan munasabah. Bertarikh: 23 Mei 2025 RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi Pihak Plaintif: Karthi Kanthabalan bersama-sama dengannya Alicia Chin & Teeloshini Baboo Tetuan P S Ranjan & Co., Kuala Lumpur Bagi Pihak Defendan Pertama: Felix Raj Tetuan Felix Raj Chambers, Petaling Jaya, Selangor Bagi Pihak Defendan Kedua: Anit Kaur bersama-sama dengannya Aishwarya Nair Tetuan Asbir, Hira Singh & Co., Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.