S: Gambar-gambar telah ditampal di dalam media-media massa pada ketika itu. Betul atau tidak? Media massa, stockman PDRM ada mengeluarkan kenyataan tersebut, mohon bantu mencari ataupun kedua-dua tampil ke hadapan untuk membantu menjalankan kes-kes bunuh ini. Bila pengecaman dibuat oleh Muniamah ke atas Vasuthevan dan suspek-suspek lain, gambar manakah yang dapat dipaparkan di dalam minda Muniamah? Boleh jelaskan? Itu atas peribadi saksi-saksi tersebut. Saya katakan bahawa oleh kerana ASP telah mengeluarkan gambar Vasuthevan dan Selvam dan telah dikeluarkan di dalam surat khabar dan media massa tempatan termasuk surat khabar Tamil, Cina dan bahasa Melayu, di dalam TV dan sebagainya, maka sudah pasti Muniamah iaitu jiran kepada si mati sudah mempunyai gambaran di dalam minda beliau. Maka apabila satu kawad cam dilaksanakan, sudah pasti kawad cam itu tidak betul kerana individu tersebut telah pun dipaparkan di dalam surat khabar. Saya agak tidak bersetuju sangat apa yang peguambela tanya. Itu atas peringatan Muniamah sendiri pada hari kejadian. Mungkin telah masuk ke dalam ingatan beliau dan tidak dapat dilupakan walaupun gambar-gambar “wanted person” telah disiarkan dalam media massa. Kawad cam itu adalah sebahagian untuk membantu siasatan kes bunuh saya. Adakah gambar keempat-empat suspek selain daripada OKT ada dipaparkan di mana-mana media massa bagi apa-apa kes lain pada bila-bila masa? Tiada.” [43] Wajar dinyatakan bahawa SP1 telah di tangkap pada 9/6/2015 (ekshibit P71), Perayu pula telah ditangkap pada 15/7/2017 (ekshibit P76) dan kawad cam terhadap Perayu oleh SP1 telah dibuat pada 21/7/2017 (ekshibit P53). [44] Sebelum Perayu ditangkap pada 15/7/2017, SP15 mengakui bahawa gambar Perayu telah dikeluarkan dan disiarkan di dalam surat khabar dan media massa tempatan termasuk surat khabar Tamil, Cina dan Bahasa Melayu, di dalam TV dan lain-lain lagi sebagai “wanted list". [45] Selepas Perayu ditangkap dan sebelum pengecaman dibuat oleh SP1 terhadap Perayu di dalam sesi kawad cam yang diadakan oleh ASP Vignesh Kumar a/l Subramaniam (SP13), SP1 telah pun mengakui di dalam pemeriksaan utamanya bahawa sebelum sesi kawad cam dibuat, SP1 ada ditunjukkan oleh SP15 gambar Perayu sahaja dan SP1 memberitahu SP15 bahawa Perayu ada bersama-sama Selvam semasa pembunuhan ini berlaku. [46] Berpegang kepada keterangan ini sahaja, kami dapati sudah mencukupi untuk kami memutuskan bahawa pengecaman positif yang dibuat oleh SP1 terhadap Perayu semasa kawad cam tersebut adalah cacat, tidak sah serta memprejudiskan Perayu. Pengecaman ini sewajarnya ditolak dan tidak diterima masuk kerana kami percaya bahawa gambar Perayu yang ditunjukkan oleh SP15 kepada SP1 telah membantu SP1 untuk mengecam Perayu dengan mudah. Dengan penolakan ini, maka tiada keperluan lagi bagi kami untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai peserta-peserta kawad cam yang didakwa oleh peguambela Perayu berbeza dari segi saiz fizikal, ketinggian dan bangsa. [47] Di dalam kes Public Prosecutor v. Kok Heng [1948] 14 MLJ 171, Laville J (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “Identification by photographs: this in certain circumstances may be reliable, but it is, in my opinion dangerous, if followed by an identification parade in that it must be inevitably tend to identification of the photograph rather than the person. In this case, identification of No. 3 accused cannot be accepted. Since there was doubt at the only real parade, i.e. that of photo, the second parade of individuals in regard to No. 3 is vitiated by the photographic parade, where there was failure to identify. While identification by photograph before arrest is acceptable in law, it has always been held that once a man has been arrested the identification should be by personal inspection. If there is identification by photograph, the identification and the method by which it is held must be flawless. In this case both drawbacks to the identification exits.” [48] Sarkar's Law of Evidence 15th Ed, 1999 Vol 1 (pp 209-231) menyatakan seperti berikut: “Showing the identifying witnesses two good photographs of the accused before process of identification is improper and conviction cannot be sustained. It is one thing for a police officer in doubt upon the question of arrest to show a photograph to persons in order to obtain clue. But it is most improper to inform a witness beforehand who has to be called as an identifying witness, by the process of making the features of the accused person familiar to him If the intention is to rely on the identification of the suspect by a witness his ability to identify should be tested without showing him the suspect or his photograph, or furnishing him the data for identification" [49] Di dalam kes Habee Bur Rahman v. Public Prosecutor [1971] 2 MLJ 194, B.T.H. Lee J (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “The next matter for consideration is the question of identification by way of photographs. The learned author of Sarkar on Evidence (11th Edition), page 88 has this to say: “If it is desired that a person, who may be a witness, should identify the photograph of an accused person, the proper course is to show that person a number of photographs of different people. There is no objection to the police who are seeking for information as to the person or persons who may have committed a crime showing the persons who are able to identify the criminal a photograph or series of photographs to see if they can pick out any one of them who resembles the person whom they think they will able to identify.” It was in evidence that the coffee-shop assistant (PW5) was shown only one photograph, and it was that photograph which helped him to identify the accused. As regards the test identification the learned magistrate rejected that part of the evidence as being unreliable. I therefore find no ground for interfering with his decision.” [50] Meskipun pengecaman oleh SP1 terhadap Perayu melalui kawad cam ini ditolak oleh Mahkamah ini, namun ini tidak melemahkan atau meruntuhkan kes pendakwaan. Identiti Perayu tetap dapat dikenalpasti oleh SP1 (walaupun tanpa bantuan kawad cam) kerana SP1 dapat melihat wajah Perayu dengan jelas dari jarak yang dekat semasa dan selepas kejadian. Pengecaman kandang (dock identification) oleh SP1 turut menguatkan lagi keterangannya. Bukan setakat itu sahaja, malah pengecaman positif oleh SP6 dan SP12 terhadap Perayu juga turut membantu memperkukuhkan keterangan SP1 bahawa Perayu adalah pelaku dalam kejadian bunuh tersebut. [51] Di dalam kes Ong Poh Cheng v. PP [1998] 4 CLJ 1, Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: "It does not follow, as a matter of course, that just because the learned judge rejected the identification at the identification parade, he must of necesstity also reject the dock identification of the appellant. His rejection of the evidence of the evidence of the identification at the identification parade was in no way fatal to the dock identification of the appellant as the person who had committed the offence. On the facts and circumstances of this case, the court or dock identification of the appellant was rightly accepted ... " [52] Di dalam kes Dorai Pandian a/I Munian & Anor v. Public Prosecutor [20121 1O CLJ 22, Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: "In this regard, concluding on his submission that the identification parades in this case were badly and unfairly conducted, he contended that the identification parade evidence should be rejected. He submitted that if the identification parade evidence was rejected, the court should not convict the second accused based on the evidence of dock identification. We do not agree. As we will demonstrate shortly, such a proposition is not supported by established authorities on the subject. The holding of an identification parade is a part of the investigation process carried out by the investigating authority. The evidence of identification parade is relevant and admissible under s. 9 of the Evidence Act 1950, and can be used to corroborate the substantive evidence given by the witness in court on identification of the accused as the perpetrator of the alleged crime. It is well settled that the substantive evidence is the evidence of identification in court...". [53] Fakta tentang pengecaman ini di zahirkan oleh SP1 semasa pemeriksaan utama (Nota Prosiding Kandungan 10 Jilid 2 (1) di m/s 92-94) bila beliau menyatakan seperti berikut: Di rumah Tammiya malam kejadian bila masa kamu nampak muka dia? Yang saya nampak muka dia semasa kejadian hari itu saya tengah kena cekik dengan kaki Selvam, masa itu saya terkejut bangun tidur masa itu saya nampak Selvam dan Tammiya pula kena pegang dengan tangan dan pisau sekali. Di belakang Tammiya saya nampak muka lelaki itu. Berapa kali dalam rumah Tammiya kamu nampak muka ini (ID13)? Saya tidak boleh kata berapa kali tapi dalam rumah itu yang jelas masa bangun tidur kena cekik dengan Selvam. Lepas itu, saya kena rapat di dinding saya nampak tiga ke empat kali. Masa Selvam cakap saya dapat jeling saja dalam tiga kali. Masa berjalan Selvam suruh pakai seluar saya nampak dengan terang muka dia 2 kali. Masa keluar dari bilik saya lalu dekat Tammiya dan lelaki itu masa itu memang jelas sangat dalam memori saya. Jadi kamu dapat lihat lebih kurang dalam 10 kali? 439: S: Selepas kamu pakai seluar jeans pergi ke Tammiya dengan lelaki itu masa itu sudah jelas dalam otak, betul? Ya, sudah jelas ingat. Masa dia cakap “kasi dia jalan” saya terus tengok dia sudah jelas juga. Sebelum itu saya tak pernah tengok dia. Bagaimana semasa di luar pintu grill itu kamu ada nampak lelaki India itu lagi? Masa itu nampak jelas juga sebab rapat antara baju saya dengan lelaki India itu. Bagaimana dengan kawasan di kuil India itu kamu ada nampak muka lelaki India itu lagi. Boleh saya kata masa itu kamu sudah ingat dan cam muka dia (tunjuk ID13). Sudah. Di kawasan flat pula? Saya nampak muka dia juga. Di kawasan kuil tersebut macam mana keadaan lampu di sana yang kamu nampak muka lelaki India itu? Ada lampu jalan di kawasan itu. Di kawasan flat itu ada lampu ke? Ya. Ada lampu tiang warna putih. Di kuil lampu jalan warna kuning. [54] Berdasarkan keterangan SP1 di atas, adalah jelas bahawa tanpa pengecaman melalui kawad cam sekali pun, SP1 mampu untuk mengecam Perayu tanpa apa-apa keraguan. [55] Dalam dapatan kami, keterangan SP1 mengenai identiti Perayu ini telah disokong secara material oleh keterangan SP6 (jiran si mati) dan SP12 (sami Kuil Hindu) dan juga oleh keterangan saksi-saksi lain pendakwaan seperti SP3 (Penolong Pendaftar Penjenayah), SP5 (Pakar Perunding Perubatan Forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang), SP7 (kakak si mati), SP8 (pegawai turus jenayah forensik IPK Selangor), SP9 (jiran si mati iaitu penghuni rumah no.308) dan SP15 (pegawai penyiasat kes). SP6 melihat Perayu keluar daripada rumah mangsa semasa kejadian dengan memakai baju warna biru corak petak dan memegang parang. [56] Keterangan SP1 ini diperkemaskan lagi dengan kewujudan kesan cap jari (F4 dan F5) Perayu di tempat kejadian yang jelas membuktikan bahawa Perayu sememangnya berada di rumah si mati bersama Selvam semasa kejadian tersebut. Ini menambahkan keyakinan kami tentang kebenaran keterangan SP1 dan pengakuannya bahawa beliau tidak terlibat dalam menyebabkan kematian si mati. SP3 juga turut mengesahkan kad lifting bertanda F4 dan F5 setelah dibuat pemeriksaan dan perbandingan dalam Sistem BIOFIS dikesan atas nama Perayu (Vasuthevan a/I Palaniappan K/P No. 881222-01-5893) yang pernah ditangkap bersangkut Semenyih Rpt. 793/12 (P22). [57] Malah Perayu juga di dalam pembelaannya tidak menafikan berada di tempat kejadian pada masa kejadian. Beliau hanya menafikan menetak atau memotong si mati sahaja. [58] Malah hasil bedah siasat yang dijalankan oleh SP5 ke atas tubuh si mati mendapati 25 Iuka hiris dan tetakan pada tubuh si mati adalah disebabkan oleh benda atau senjata tajam seperti pisau atau parang (P8(1-38). Menurut SP5, punca kematian si mati adalah disebabkan oleh Iuka hiris di leher (incised wound to the neck). Adalah nyata bahawa keterangan SP5 ini amat konsisten dengan keterangan SP1 yang mengatakan bahawa si mati telah dihiris dan dipotong oleh Selvam dan Tertuduh semasa kejadian. [59] Kesahihan keterangan SP1 menjadikan beliau seorang saksi yang kredibel dan bukannya seorang saksi berkepentingan atau rakan sejenayah sepertimana yang dihujahkan oleh peguambela Perayu. Alasan (c): Pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan ikut keadaan (circumstantial evidence). [60] Penghujahan yang dilontarkan ini tidak menyebelahi Perayu. Sudah terang lagi bersuluh bahawa keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah bersandarkan kepada keterangan langsung (dan bukannya keterangan ikut keadaan) dari SP1 yang berada di tempat kejadian dan menyaksikan sendiri apa yang telah dilakukan oleh Perayu dan Selvam ke atas si mati. SP1 melihat sendiri Perayu bergaduh dengan si mati dan Perayu telah menghiris atau memotong si mati dengan menggunakan pisau yang berada di tangannya. Alasan (d): Terdapat “break in chain of causation” apabila si mati telah dialihkan sebelum ketibaan pihak forensik. [61] Peguambela Perayu menghujahkan bahawa sebelum pasukan forensik dan pasukan bantuan kecemasan awal tiba ke tempat kejadian, si mati sebenarnya telah dialih serta diheret oleh individu-individu yang terdiri daripada orang awam sebagai cubaan untuk menyelamat mangsa. Bilangan orang awam yang dianggarkan memasuki tempat kejadian adalah 30 hingga 40 orang. Perkara ini disahkan oleh Puan Mohana a/p Muniandy (SP7). Berikutan daripada kemasukkan orang awam, si mati telah terdedah kepada pelbagai faktor yang berkemungkinan telah secara langsung mempercepatkan kehilangan nyawa mangsa. [62] Seterusnya, dihujahkan juga bahawa ASP Mohd Ali Hanafiah Bin Hashim (SP8) dalam keterangannya telah mengesahkan bahawa beliau sebagai Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah Forensik D10 gagal untuk membuat sebarang komen atau catatan tentang mangsa yang telah dialihkan oleh SP6 serta kesan heretan serta kesan darah yang terdapat di tempat kejadian. SP8 juga telah mengakui bahawa beliau telah terlepas pandang tentang perkara ini dan fakta ini adalah amat penting dalam menentukan samada wujudnya sebarang kerosakan pada keterangan yang seterusnya telah menyebabkan “break in the chain of causation’’. [63] Dengan hormatnya kami tidak bersetuju dengan hujahan peguamabela yang bijaksana ini. Laporan bedah siasat (P26) dan juga keterangan SP5 jelas membuktikan bahawa si mati telah mengalami banyak kecederaan akibat dihiris, dikelar atau ditetak pada tubuh si mati disebabkan oleh senjata tajam seperti pisau atau parang. Luka hiris yang paling bahaya ialah Iuka hiris di leher kiri yang menyebabkan pembuluh darah di bawahnya terputus dan menyebabkan si mati kehilangan darah yang banyak di mana si mati boleh mati dalam masa 10 minit hingga 45 minit selepas cedera di leher. [64] Di dalam konteks ini, kami bersependapat dengan dapatan hakim bicara bila beliau menyatakan bahawa semasa SP6 dan anak-anaknya mengangkat dan mengalihkan tubuh dimati ke tepi peti ais, si mati dipercayai telah pun meninggal dunia. lni disahkan oleh SP9 bila beliau menyatakan seperti berikut: “untuk memastikan mangsa masih hidup atau pun tidak, saya telah pegang pergelangan tangannya untuk check nadi. Memang tiada denyutan jantung. Ya, betul mangsa telah meninggal dunia. Saya tahu bahawa denyutan jantung (nadi) telah tiada sebab saya pernah menghadiri beberapa course untuk first aider. Dalam kelas first aider kita didedahkan untuk bantuan awal, cara bantuan cpr, check nadi. Selepas check nadi ramai orang datang masuk ke dalam rumah dan tengok. Sewaktu orang ramai datang masuk rumah saya sudah selesai check nadi.” (Nota Prosiding Kandungan 15 RR Jilid 2 (6) m/s 659-661). [65] Maka dengan itu, kami berpandangan tiada apa-apa kegagalan yang material di pihak pegawai atau pasukan forensik yang diketuai oleh SP8 dalam menjalankan siasatan forensik mereka di tempat kejadian tersebut. Dengan itu tiada wujud sebarang "break in the chain of causation" sepertimana yang didakwa. Alasan (e): Kegagalan pihak pendakwaan melakukan analısa DNA di tempat kejadian bagi membandingkannya dengan DNA Perayu. [66] Peguambela Perayu menghujahkan bahawa tidak ada analisa atau laporan forensik yang dilakukan terhadap DNA Perayu bagi mengesahkan kewujudan kesan DNA Perayu di rumah si mati atau pada tubuh si mati. Perkara ini telah diakui oleh SP15 semasa pemeriksaan balas bila beliau mengesahkan bahawa DNA profiling bagi Perayu tidak dihantar. [67] Di dalam menjawab persoalan yang ditimbulkan ini hakim bicara yang bijaksana di dalam alasan penghakimannya menyatakan seperti berikut: [115] Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan peguambela tertuduh mengenai isu ini kerana keterangan saksi mata iaitu SP1 telah membuktikan tertuduh berada di rumah mangsa semasa kejadian bersama Selvam. Tertuduh juga dilihat oleh SP1 memegang pisau dan menghiris atau memotong mangsa semassa kejadian. Keterangan SP6 juga membuktikan tertuduh berada di rumah mangsa semasa kejadian dan dilihat memegang parang semasa keluar dari rumah mangsa. [116] Keterangan SP1 dan SP6 juga telah disokong secara material oleh keterangan SP12 yang dapat mengecam tertuduh sebagai lelaki India yang bertanyakan di mana paip air dan telah memaki-hamun Tuhan Hindu semasa berada di kuil yang dijaga oleh SP12. Perbuatan tertuduh yang membasuh tangan, kaki dan pakaian semasa di kuil adalah bagi membersihkan kesan percikan dan tompokan darah semasa kejadian. [117] Dalam dapatan mahkamah ini, hasil analisis kesan cap jari yang dijalankan oleh SP3 dan siasatan forensik oleh pasukan SP8 adalah baik dan teratur dan menunjukkan tertuduh berada di rumah mangsa semasa kejadian dan terlibat dalam pembunuhan mangsa berdasarkan keterangan SP1 (saksi mata) yang berada di rumah mangsa semasa kejadian. Keterangan SP1 mengenai kehadiran tertuduh di rumah mangsa semasa kejadian juga disokong secara material oleh keterangan SP6. [118] Justeru hujahan peguambela mengenai isu ini tidak diterima oleh mahkamah ini. [119] Kami bersetuju dengan dapatan yang dibuat oleh hakim bicara berkaitan isu ini. Seharusnya ditegaskan bahawa DNA hanyalah merupakan suatu keterangan sokongan sahaja. Seperti yang telah dinyatakan, terdapat keterangan yang melimpah ruah mengaitkan Perayu dengan kesalahan ini. Identiti Perayu sebagai orang yang terlibat melakukan pembunuhan ini bukan lagi menjadi suatu persoalan bagi kami. Justeru itu, kami berpandangan bahawa analisa DNA (jika ada sekalipun) hanya mempunyai nilai relevan yang kecil sahaja dan ketiadaannya pula tidak mampu untuk memudaratkan kes pendakwaan. [68] Di dalam kes Yeo Kwee Huat v. Public Prosecutor [2011] 5 CLJ 630, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Sulaiman Daud HMR (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti berikut: “[31] Adalah tidak dipertikaikan bahawa kotak kek P13 dan kedua-dua bungkusan plastik asal dadah yang dipersoalkan (P14A dan P14B) telah dihantar untuk pengesanan cap jari tetapi tiada penimbulan cap jari yang positif dikesan pada ekshibit-ekshibit tersebut. Atas alasan ini, peguam terpelajar perayu menghujahkan ketiadaan cap jari pada ekshibit-ekshibit tersebut turut menjejaskan kes pendakwaan. Kami mendapati tiada merit mengenai penghujahan sedemikian. Tujuan untuk menimbulkan cap jari pada sesuatu ekshibit adalah untuk menentukan identiti pesalah atau orang yang pernah mengendalikan ekshibit tersebut. Dalam kes sekarang ini tidak dipertikaikan bahawa semasa ditahan perayu sedang membawa beg P15 yang di dalamnya terdapat kotak kek P13 yang mengandungi dadah yang dipersoalkan. Oleh itu tiada keraguan bahawa dia mempunyai jagaan dan kawalan ke atas beg serta kotak kek dan dadah yang terkandung di dalamnya. Setelah elemen jagaan atau kawalan ini terbukti, maka anggapan di bawah s. 37(d) terpakai bagi menunjukkan milikan atau pengetahuan. Oleh itu kami mendapati ketiadaan kesan cap jari pada ekshibit-ekshibit tersebut tidak langsung menjejaskan kes pendakwaan, lebih-lebih lagi setelah menolak watak “Peter” yang dikatakan oleh perayu orang yang memasukkan kotak kek tersebut ke dalam begnya.” [69] Di dalam kes PP v. Mansor Md Rashid & Anor [1996] 3 MLJ 233, di m/s 250, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Chong Siew Fai CJ (Sabah and Sarawak) memutuskan seperti berikut: “Where the identity of a culprit is in question or is required to be proved, fingerprint evidence will be of a great significance and immense value. In the present case under appeal, however, the charge alleged trafficking in the form of a ‘sale’ and there was evidence indicating the identities of the alleged offenders and the sale transaction. Fingerprint evidence on the newspaper wrapping, white plastic and the loytape, therefore, assumed little value or significance.” Alasan (f): Kegagalan pihak pendakwaan memanggil Prabhu/Pirabu dan majikan Prabhu/Pirabu untuk keterangan telah memprejudiskan Perayu. [70] Peguambela Perayu menghujahkan bahawa kegagalan memangil Prabhu/Pirabu dan majikannya untuk memberi keterangan telah memprejudiskan Perayu kerana ia merupakan kegagalan pegawai penyiasat untuk menyiasat kes dengan menyeluruh. Ini adalah kerana walaupun terdapat kesan cap jari Perayu di tempat kejadian, namun terdapat juga kesan cap jari pihak ketiga termasuk Prabhu yang gagal disiasat dengan mendalam oleh pegawai penyiasat. Fakta ini telah disahkan oleh keterangan SP15 sendiri. [71] Di dalam memutuskan persoalan yang dibangkitkan, ini hakim bicara yang bijaksana di dalam alasan penghakimannya memutuskan seperti berikut: [111] Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan peguambela tertuduh bahawa kesan cap jari pihak-pihak lain tidak dipanggil untuk memberi keterangan termasuk Pirabu. SP15 semasa memberi keterangan telah menyatakan Pirabu telah ditangkap oleh pihak polis pada 10 Jun 2015 [lihat P72] dan rakaman percakapan yang diambil menunjukkan Pirabu mengenali mangsa dan SP1. Siasatan polis menunjukkan Pirabu telah datang ke rumah mangsa dua hari sebelum kejadian untuk memasak, minum dan berhibur. lni menyebabkan kesan cap jari Pirabu ditemui di rumah mangsa hasil analisis SP3. [112] Selain kesan cap jari Pirabu, kesan cap jari tertuduh juga telah ditemui di rumah mangsa hasil analisis oleh SP3. Keterangan SP1 semasa memberi keterangan mengesahkan hanya tertuduh dan Selvam sahaja yang datang ke rumah mangsa semasa kejadian dan telah bergaduh, menghiris atau memotong mangsa menggunakan pisau. Menurut keterangan SP1, Pirabu tidak berada di rumah mangsa semasa kejadian dan tidak terlibat dalam pembunuhan mangsa. Siasatan SP15 menunjukkan Pirabu bekerja sebagai pengawal keselamatan pada hari kejadian dan ini disahkan oleh majikan Pirabu. [113] Mahkamah ini dapati tertuduh semasa memberi keterangan membela diri juga mengesahkan Pirabu tidak berada di rumah mangsa semasa kejadian. Yang berada di rumah mangsa semasa kejadian ialah tertuduh, Selvam, SP1 dan Najif (kawan Selvam). Dalam dapatan mahkamah ini, siasatan SP15 menunjukkan Pirabu tidak terlibat dan disebabkan itu tiada pendakwaan diambil terhadap Pirabu. Hanya tertuduh dan Selvam sahaja yang dituduh dengan niat bersama membunuh mangsa. [114] Justeru hujahan peguambela tertuduh mengenai isu ini tidak dapat diterima oleh mahkamah ini. [72] Sewajarnya ditekankan bahawa bukan lah menjadi kes pembelaan bahawa Pirabu berada di rumah si mati semasa kejadian atau terlibat dalam menghiris atau memotong si mati semasa kejadian. Oleh kerana itu, kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil Pirabu tidak mengundang sebarang inferens bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Tambahan lagi, penama Pirabu ini bukannya merupakan seorang saksi yang material untuk "unfold the narrative of the case". Sewajarnya diulangi saksi-saksi yang telah dipanggil oleh pihak pendakwaan sudah mencukupi untuk membuktikan penglibatan Perayu di dalam pembunuhan ini. [73] Bagi menunjukkan bahawa pihak pendakwaan tidak mempunyai apa-apa niat jahat (mala fide) untuk menyembunyikan keterangan Pirabu, penama ini telah ditawarkan kepada pihak pembelaan di akhir kes pendakwaan. (Nota Prosiding Kandungan 18 RR 2 (9) m/s 962). [74] Sehubungan dengan itu, tiada alasan untuk kami tidak bersetuju dengan dapatan ringkas tapi padat yang diberikan oleh hakim bicara yang bijaksana ini. Penghujahan peguambela Perayu tentang isu ini ditolak. Alasan (g): Terdapat keraguan munasabah yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan. [75] Hakim bicara yang bijaksana telah membuat penilaian maksima di atas kes pembelaan dan mendapati tiada keraguan munasabah yang berjaya ditimbulkan oleh pihak pembelaan terhadap kes pendakwaan. İni secara terang dizahirkan oleh hakim bicara di dalam alasan penghakimannya sepertimana berikut: [119] Mahkamah ini telah menimbangkan pembelaan tertuduh dan mendapati tertuduh telah menafikan terlibat dalam pembunuhan mangsa dan menyalahkan pihak yang lain. Semasa saksi-saksi pendakwaan diperiksa balas khasnya SP1, peguambela tertuduh mencadangkan SP1 yang terlibat dalam pembunuhan mangsa tetapi telah dinafikan oleh SP1. Peguambela tertuduh juga mencadangkan kepada SP1 bahawa pihak yang telah bergaduh, menyerang dan menetak mangsa semasa kejadian ialah Selvam dan seorang bernama Rajiv (abang saudara SP1) tetapi telah dinafikan oleh SP1. [120] Peguambela tertuduh juga mencadangkan kepada SP1 bahawa Rajiv yang bertengkar dengan mangsa kerana terdapat ugutan untuk membunuh SP1 tetapi dinafikan oleh SP1. Peguambela tertuduh juga mencadangkan kepada SP1 bahawa berlaku perselisihan faham di antara Rajiv dan mangsa tetapi dinafikan oleh SP1. Peguambela tertuduh juga mencadangkan kepada SP1 bahawa tertuduh tidak berada di rumah mangsa pada permulaannya tetapi dinafikan juga oleh SP1. Selanjutnya SP1 menyatakan Rajiv tidak berada di rumah mangsa semasa kejadian dan yang berada di rumah mangsa semasa kejadian hanya tertuduh dan Selvam sahaja. [121] Mahkamah ini dapati peguambela tertuduh tidak mencadangkan kepada SP1 semasa pemeriksaan balas bahawa tertuduh berada di luar rumah mangsa bercakap telefon dengan kakak tertuduh dan hanya masuk ke dalam rumah mangsa setelah terdengar bunyi. Tiada cadangan juga dibuat oleh peguambela tertuduh kepada SP1 bahawa semasa tertuduh masuk ke dalam rumah mangsa, tertuduh melihat mangsa dan Selvam bergaduh dan nampak Selvam menetak mangsa dengan parang. [122] Selanjutnya mahkamah ini dapati peguambela tertuduh tidak mencadangkan kepada SP1 semasa pemeriksaan balas bahawa semasa tertuduh melihat Selvam menetak mangsa semasa kejadian, tertuduh telah cuba menghalang Selvam dengan menarik badan Selvam dan berjaya merampas parang tersebut daripada tangan Selvam dan tertuduh menyerahkan parang tersebut kepada kawan Selvam bernama Najif (bukan Rajiv). Mahkamah ini dapati Rajiv dan Najif adalah dua individu yang berbeza yang dibangkitkan oleh tertuduh. Najif yang membawa tertuduh dan Selvam ke rumah mangsa dari Sunway dengan menaiki kereta lswara kepunyaan Najif mengikut pembelaan tertuduh. [123] Semasa SP1 diperiksa balas oleh peguambela tertuduh, tiada cadangan dibuat oleh peguambela tertuduh bahawa semasa kejadian parang yang digunakan oleh Selvam telah diambil oleh SP1 dari tepi televisyen dan diserahkan kepada Najif yang menyerahkan parang tersebut kepada Selvam. Semasa parang tersebut diserahkan kepada Selvam, SP1 tidak diperiksa balas oleh peguambela tertuduh bahawa Najif berkata “tetak dia tetak dia" semasa menyerahkan parang tersebut. [124] Dalam dapatan mahkamah ini, cadangan peguambela tertuduh kepada saksi-saksi pendakwaan semasa saksi-saksi tersebut diperiksa balas dan semasa tertuduh memberi keterangan membela diri bertujuan menunjukkan tertuduh tidak terlibat membunuh mangsa dan hanya berada di rumah mangsa kerana mengikut Selvam. Sebaliknya mahkamah ini dapati semasa membela diri tertuduh menyatakan Selvam adalah pakcik teman wanita tertuduh dan tertuduh membantu Selvam yang tidak mempunyai pengangkutan untuk ke Sunway dan seterusnya ke rumah mangsa dengan Najif. lni menunjukkan tertuduh mempunyai hubungan rapat dengan Selvam dan mempunyai tujuan yang sama dengan Selvam untuk pergi ke rumah mangsa. [125] Mahkamah ini dapati pembelaan tertuduh adalah jauh berbeza dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan. Keterangan SP1 (saksi mata) yang berada di rumah mangsa semasa kejadian menunjukkan tertuduh terlibat dalam menghiris atau memotong mangsa dengan menggunakan pisau. SP1 juga melihat tertuduh memegang pisau dan parang semasa keluar dari rumah mangsa. Selanjutnya keterangan SP6 menunjukkan tertuduh memegang parang semasa keluar dari rumah mangsa selepas mangsa dibunuh. Keterangan SP12 pula menunjukkan tertuduh berada di kuil yang dijaga oleh SP12 pada malam kejadian untuk mencari paip air untuk membasuh tangan, kaki dan pakaian yang dipakai oleh tertuduh. Tertuduh juga dicam oleh SP12 sebagai lelaki India yang bertanyakan di mana paip air dan lelaki India yang telah memaki-hamun Tuhan Hindu semasa di kuil tersebut. [126] Secara keseluruhannya dan berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, mahkamah ini dapati pembelaan tertuduh bertujuan menunjukkan tertuduh tidak terlibat sama sekali dalam pembunuhan mangsa dan hanya mengikut Selvam ke rumah mangsa semasa kejadian. Mahkamah ini dapatl pembelaan tertuduh sukar dipercayai atau diterima oleh mahkamah ini dan juga gaga! menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. [128] Dalam dapatan mahkamah ini, pembelaan tertuduh secara keseluruhannya telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [131] Setelah membuat penilaian maksima terhadap keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan serta pembelaan tertuduh mengikut kehendak s. 182A KTJ, mahkamah ini berpuas hati dan memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah terhadap tertuduh. [133] Mahkamah ini dapati pembelaan tertuduh sukar dipercayai atau diterima oleh mahkamah ini dan juga gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [76] Di dalam kes PP v. Ling Tee Huah [1980] 1 LNS 212; [1982] 2 MLJ 324, mahkamah memutuskan seperti berikut: “The accused’s defence was one of denial. A mere denial without other proof to reasonably dislodged the prosecution’s evidence is not sufficient”. [77] Mahkamah dalam mendengar rayuan ini berpandukan kepada prinsip undang-undang yang mantap di mana mahkamah di peringkat rayuan seharusnya mengambil pendirian untuk tidak mengganggu keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah perbicaraan melainkan ternyata keputusan tersebut mempunyai salah arah, tidak menurut undang-undang dan terdapat keterangan yang kuat yang menunjukkan bahawa hakim bicara telah terkhilaf di dalam menilai keterangan yang telah dikemukakan semasa perbicaraan. [78] Pada hemat kami tiada apa-apa kekhilafan yang telah dilakukan oleh hakim bicara di dalam membuat penilaiannya yang teliti dan mendalam terhadap kes pembelaan. Dengan itu, isu yang diketengahkan ini ditolak. [79] Bagi isu-isu lain yang diketengahkan oleh pihak pembelaan, dengan hormatnya kami tidak berhasrat untuk mengupasnya kerana kami dapati ianya tidak bermerit. Malah pada pandangan kami isu-isu sampingan tersebut tidak akan membawa apa-apa kesan terhadap dapatan yang telah kami buat di atas. Kesimpulan [80] Berkenaan rayuan terhadap sabitan, setelah meneliti alasan penghakiman dan mengambil kira hujahan kedua-dua pihak, kami dapati tiada sebarang kecacatan di dalam dapatan hakim bicara berkenaan isu- isu yang dibangkitkan oleh peguambela Perayu khususnya berkenaan dengan penglibatan SP1 dalam jenayah pembunuhan itu. [81] Hakim bicara yang bijaksana telah memberi tumpuan sepenuhnya terhadap hujahan ini dan menolak pendirian pihak pembelaan bahawa SP1 merupakan seorang rakan sejenayah kerana pada hemat kami tiada secebis keterangan pun yang menunjukkan penglibatan SP1 dalam pembunuhan ke atas si mati sebelum, semasa, atau selepas kejadian pembunuhan itu. Justeru itu, kami bersetuju dengan dapatan Hakim Mahkamah Tinggi. [82] Pada keseluruhannya, kami mendapati sabitan adalah selamat untuk dikekalkan. Rayuan terhadap sabitan adalah ditolak. [83] Berkenaan dengan rayuan terhadap hukuman, Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) yang berkuat kuasa pada 4/7/2023 memberi kami kuasa budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali. Setelah menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan, kami dapati fakta di dalam kes ini membolehkan kami melaksanakan budi bicara tersebut. [84] Rumusan yang dibuat ini adalah berpaksikan kepada keterangan daripada SP1 sendiri bahawa beliau melihat penglibatan Selvam di dalam pembunuhan si mati. Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana juga mengakui di hadapan kami bahawa motif pembunuhan terletak pada Selvam. Maka dengan menggunapakai prinsip undang-undang yang dihuraikan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Alowonle Oluwajuwon Gilbert v. Pendakwa Raya [ 2023] CLJU 2391, [2023] 1 LNS 2391, kami sebulat suara memutuskan untuk mengenepikan hukuman gantung sampai mati terhadap Perayu dan menggantikannya dengan hukuman pemenjaraan selama 35 tahun dari tarikh tangkap (15/7/2017) dan 12 kali sebatan rotan. Tarikh: 30 Januari 2024 - Sgd - Azmi bin Ariffin Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Kaunsel Bagi Perayu Pertama : Dato’ C. Vignesh Kumar & bersamanya S. Rubanyah [Vignesh Kumar & Associates] Bagi Responden : How May Ling Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Malaysia