Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MELAKA DALAM NEGERI MELAKA WRIT SAMAN NO.: MA-22NCvC-30-07/2020 ANTARA VELAO A/L SANMUGAM …PLAINTIF (NO. K/P : 710305-04-5039)
MA-22NCvC-30-07/2020
High Court of Malaysia14 May 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“a pihak gagal mengemukakan keterangan atau nilai keterangan kedua-dua pihak adalah sama maka pihak yang mempunyai beban pembuktian dianggap sebagai kalah (lihat Selvaduray v. Chinniah [1939] MLJ 253; [1939] CLJU 107; Lim Soh Meng & Anor v. Krishnan [1967] 1 MLJ 8; [1966] CLJU 89; [1966] 1 LNS 89; dan Ali Amberan v. Tun”
“di mana kedua-dua pihak gagal mengemukakan keterangan atau nilai keterangan kedua-dua pihak adalah sama maka pihak yang mempunyai beban pembuktian dianggap sebagai kalah (lihat Selvaduray v. Chinniah [1939] MLJ 253; [1939] CLJU 107; Lim Soh Meng & Anor v. Krishnan [1967] 1 MLJ 8; [1966] CLJU 89; [1966] 1 LNS 89; dan Al”
“yang membuat tuntutan mempunyai beban pembuktian di atas imbangan kebarangkalian (lihat seksyen 102 dan 103 Akta Keterangan 1950 dan keputusan Mahkamah dalam kes John v. Dharmaratnam [1962] MLJ 187; [1961] CLJU 35 dan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 Na”
“tap bahawa pihak yang membuat tuntutan mempunyai beban pembuktian di atas imbangan kebarangkalian (lihat seksyen 102 dan 103 Akta Keterangan 1950 dan keputusan Mahkamah dalam kes John v. Dharmaratnam [1962] MLJ 187; [1961] CLJU 35 dan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eF”
“-dua pihak adalah sama maka pihak yang mempunyai beban pembuktian dianggap sebagai kalah (lihat Selvaduray v. Chinniah [1939] MLJ 253; [1939] CLJU 107; Lim Soh Meng & Anor v. Krishnan [1967] 1 MLJ 8; [1966] CLJU 89; [1966] 1 LNS 89; dan Ali Amberan v. Tunku Abdullah [1970] 2 MLJ 15; [1969] CLJU 6). F. PENILAIAN DAN DAP”
“J 187; [1961] CLJU 35 dan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 Nanyang Development (1996) Sdn. Bhd. V. How Swee Poh [1970] 1 MLJ 145; [1967] CLJU 109). Selepas pihak yang menuntut memuaskan beban pembuktian, maka beban pembuktian kemudiannya berpindah kepad”
“lah (lihat Selvaduray v. Chinniah [1939] MLJ 253; [1939] CLJU 107; Lim Soh Meng & Anor v. Krishnan [1967] 1 MLJ 8; [1966] CLJU 89; [1966] 1 LNS 89; dan Ali Amberan v. Tunku Abdullah [1970] 2 MLJ 15; [1969] CLJU 6). F. PENILAIAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [12] Setelah menilai keterangan pihak-pihak dan mempertimbang hujahan,”
“7] CLJU 109). Selepas pihak yang menuntut memuaskan beban pembuktian, maka beban pembuktian kemudiannya berpindah kepada pihak yang menentang (lihat UN Pandey v. Hotela Marco Polo Ltd [1980] 1 MLJ 4; [1978] CLJU 223; [1978] 1 LNS 223). Jika berlaku keadaan di mana kedua-dua pihak gagal mengemukakan keterangan atau nila”
“is Court that the writ action by the Plaintiffs is not frivolous and vexatious and otherwise an abuse of process against the Defendants [see Malaysian French Bank Bhd v. Abdullah bin Mohd Yusof & Ors [1990] CLJU 1; [1990] 1 LNS 1 and Ho Hup Construction Company Berhad (supra )]." **Note : Serial number will be used to”
“eFILING portal 19 [29] Untuk menyokong hujahan Plaintif, peguam Plaintif telah membuat rujukan kepada keputusan Mahkamah dalam kes YB Dato’ Haji Husam bin Haji Musa v. Mohd Faisal bin Rohban Ahmad [2015] MLJU 53; [2015] 1 CLJ 787; dan Desa Samudera Sdn Bhd v Bandar Teknik Sdn Bhd [2012] 1 MLJ 729; [2012] 1 CLJ 429. [30”
“: Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 [21] Mahkamah ini merujuk kepada keputusan dalam kes Zul Ali & Ors v. Lembaga Lebuhraya Malaysia & Anor [2019] CLJU 585; [2019] 1 LNS 585, di mana telah diputuskan:- "[51] To make matters worse, the Plaintiffs have not pleaded”
“elaan ini disokong dengan keterangan cek-cek yang telah dikeluarkan oleh Defendan Pertama dan Kedua kepada Plaintif. Mahkamah merujuk kepada kes Matahvi a/p Narayanasamy v. Murugan a/l Krsihnan & Ors [2020] MLJU 2026 di mana diputuskan:- “[82] In Polygram Records Visu Sinnadurai J made the following observation:- There”
“Defendan Keempat dan Keenam kerana kedua-dua pihak tersebut tidak menjadi pihak kepada Perjanjian Pinjaman. Peguam Defendan-Defendan merujuk kepada keputusan dalam kes Pun Chan Tai lwn Chai Shan Foo [2025] MLRHU 651 yang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MELAKA DALAM NEGERI MELAKA WRIT SAMAN NO.: MA-22NCvC-30-07/2020 ANTARA VELAO A/L SANMUGAM …PLAINTIF (NO. K/P : 710305-04-5039)
1
SUNDARARASAN A/L KARUPPIAH
2
GEETHA SUNDARARASAN
3
MP MAJU ENTERPRISE (NO. PENDAFTARAN : 200003127252 [MA003868-U])
4
PRIYAN TEXTILE (NO. PENDAFTARAN : 20703419814 [UT0027098-A])
5
MPS TEXTILES (NO. PENDAFTARAN : 21403018050 [UT0003576-A])
6
MOUNESWARAN A/L SUNDARARASAN (NO. K/P : 980312-04-5061) …DEFENDAN-DEFENDAN 01/07/2026 11:31:00 MA-22NCvC-30-07/2020 Kand. 168 ALASAN PENGHAKIMAN A. PERKARA DI HADAPAN MAHKAMAH [1] Ini adalah keputusan Mahkamah di akhir perbicaraan penuh. Plaintif memohon penghakiman terhadap semua Defendan untuk beberapa perintah termasuklah deklarasi bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua memungkiri kontrak, semua Defendan melakukan pengkayaan tidak patut ke atas Plaintif, semua Defendan membayar kepada Plaintif sejumlah RM5,885,000.00, penjualan perniagaan Defendan Ketiga sehingga Defendan Kelima untuk memenuhi jumlah tuntutan RM5,885,000.00, pembayaran 20% daripada jumlah keuntungan perniagaan Defendan Ketiga sehingga Defendan Kelima bagi tempoh kewangan tahun 2017 sehingga 23.6.2020 kepada Plaintif, gantirugi am, gantirugi teruk, gantirugi teladan, faedah 4% ke atas gantirugi am, gantirugi teruk dan gantirugi teladan, faedah sebanyak 2% ke atas gantirugi khas dan faedah 4% ke atas jumlah penghakiman. B. KES PLAINTIF [2] Tuntutan Plaintif terhadap kesemua Defendan berbangkit dari satu Perjanjian Pinjaman wang bertarikh 17.10.2018 (‘Perjanjian Pinjaman’). Menurut tuntutan Plaintiff Defenden Pertama dan Kedua telah memohon pinjaman kewangan dari Plaintif untuk membiayai keperluan perniagaan Defenden Ketiga sehingga Kelima. Berikutan dari permintaan Defenden Pertama dan Kedua Plaintif telah bersetuju untuk memberi pinjaman tertakluk kepada terma dan syarat didalam perjanjian Pinjaman itu. Perniagaan Defendan Ketiga iaitu MP Maju Enterprise adalah milik tunggal Defendan Pertama, perniagaan Defendan Kelima iaitu MPS Textiles pula adalah milik tunggal Defendan Kedua manakala Defendan Keenam ialah pemilik tunggal Defendan Keempat iaitu Priyan Textile. Defendan Pertama dan Kedua adalah pasangan suami isteri manakala Defenden Keenam ialah anak mereka. [3]
Preamble
Menurut Plaintif, jumlah pinjaman yang telah diberikan oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan atas permintaan Defenden Pertama dan Kedua berjumlah RM6,000,000.00 dan pinjaman tersebut adalah tanpa faedah. Seksyen 4 Jadual Pertama dan Jadual Kedua Perjanjian Pinjaman tersebut memperuntukkan Defendan Pertama dan Kedua bertanggungan untuk membayar sebanyak RM100,000.00 setiap bulan untuk tempoh 6 bulan bermula 1.11.2018 sehingga 1.4.2019 yang mana semuanya berjumlah RM600,000.00 yang dirujuk sebagai Pembayaran Pertama pada perenggan 22.9 (a) dalam Penyata Tuntutan Plaintif. Seterusnya, kedua-dua Defendan bertanggungan membayar sebanyak RM140,000.00 setiap bulan untuk tempoh 6 bulan bermula 1.5.2019 sehingga 1.10.2019 yang mana semuanya berjumlah RM840,000.00 dan dirujuk sebagai Pembayaran Kedua pada perenggan 22.9 (b) dalam Penyata Tuntutan Plaintif. Akhir sekali, Defendan Pertama dan Kedua bertanggungan membayar RM152,000.00 setiap bulan untuk tempoh 30 bulan bermula 1.11.2019 sehingga 1.11.2022 yang mana semuanya berjumlah RM4,560,000.00 dan dirujuk sebagai Pembayaran Ketiga pada perenggan 22.9
c
dalam Penyata Tuntutan Plaintif. [4]
Preamble
Menurut Plaintif, Defendan-Defendan telah menyerahkan semua cek bertarikh ke hadapan bagi Pembayaran Pertama, Kedua dan Ketiga yang mana butiran-butiran tersebut disenaraikan pada perenggan 22.11, 22.12 dan 22.13 dalam Penyata Tuntutan Plaintif. Daripada jumlah tersebut, kedua-dua Defendan telah hanya membuat 2 pembayaran iaitu sebanyak RM100,000.00 pada bulan November 2018 dan RM15,000.00 yang merupakan sebahagian daripada bayaran bulan Disember 2018 yang mana kedua-duanya berjumlah RM115,000.00 sahaja. Kedua-dua Defenden kemudiannya gagal melunaskan bayaran seterusnya dan menyebabkan Plaintif membawa tindakan menamatkan Perjanjian Pinjaman itu dan membawa tindakan menuntut baki pinjaman sebanyak RM5,885,000.00. [5] Walaupun Defendan Keenam bukan peminjam di bawah Perjanjian Pinjaman tersebut namun Defendan Keenam turut disaman kerana perniagaan beliau iaitu Priyan Textile yang merupakan Defendan Keempat yang turut menerima bahagian daripada pinjaman berkenaan. C. KES DEFENDAN [6]
Preamble
Menurut Defendan-Defendan pula, kes yang diplidkan di dalam Penyata Pembelaan adalah, pinjaman sebenar yang diberikan Plaintif hanyalah sebanyak RM1,925,000.00 sedangkan Defendan-Defendan telah membuat bayaran berjumlah RM2,709,500.00 sehingga menyebabkan berlakunya lebihan bayaran sebanyak RM784,500.00. [7] Defendan-Defendan mengatakan Perjanjian Pinjaman tersebut dimasuki dalam keadaan terpaksa setelah diugut oleh Plaintif dan kesemua cek telah diperolehi secara salah melalui kekerasan dan dalam keadaan ketakutan. Maka Perjanjian Pinjaman tersebut dikatakan dibuat tanpa kerelaan sepertimana diperlukan di bawah seksyen 10 Akta Kontrak 1950. [8] Defendan-Defendan seterusnya memplid pada perenggan 22 dalam Penyata Pembelaan bahawa Plaintif merupakan peminjam wang tanpa lesen dan mengenakan faedah ke atas pinjaman yang diberikan kepada Defendan-Defendan sehingga menyebabkan Defendan-Defendan membuat bayaran lebih sebanyak RM784,500.00. [9] Berikutan daripada lebihan bayaran tersebut Defendan-Defendan membuat satu tuntutan balas terhadap Plaintif untuk pemulangan jumlah sebanyak RM784,500.00 berserta faedah yang dikenakan. Di samping itu, Defendan-Defendan turut memohon deklarasi bahawa Perjanjian Pinjaman tersebut adalah terbatal dan Defendan-Defendan tidak berhutang dengan Plaintif. D. PERBICARAAN [10] Seramai 2 orang saksi telah dipanggil oleh Plaintif termasuk Plaintif sendiri dan 3 orang saksi dipanggil oleh pihak Defendan-Defendan termasuk Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Keenam. E. BEBAN PEMBUKTIAN [11] Sebelum Mahkamah menyentuh keterangan yang dibawa oleh kedua-dua pihak, Mahkamah ingin menyatakan terlebih dahulu prinsip undang-undang dalam pembuktian kes di dalam suatu tuntutan sivil. Ianya adalah menjadi prinsip yang jelas dan mantap bahawa pihak yang membuat tuntutan mempunyai beban pembuktian di atas imbangan kebarangkalian (lihat seksyen 102 dan 103 Akta Keterangan 1950 dan keputusan Mahkamah dalam kes John v. Dharmaratnam [1962] MLJ 187; [1961] CLJU 35 dan Nanyang Development (1996) Sdn. Bhd. V. How Swee Poh [1970] 1 MLJ 145; [1967] CLJU 109). Selepas pihak yang menuntut memuaskan beban pembuktian, maka beban pembuktian kemudiannya berpindah kepada pihak yang menentang (lihat UN Pandey v. Hotela Marco Polo Ltd [1980] 1 MLJ 4; [1978] CLJU 223; [1978] 1 LNS 223). Jika berlaku keadaan di mana kedua-dua pihak gagal mengemukakan keterangan atau nilai keterangan kedua-dua pihak adalah sama maka pihak yang mempunyai beban pembuktian dianggap sebagai kalah (lihat Selvaduray v. Chinniah [1939] MLJ 253; [1939] CLJU 107; Lim Soh Meng & Anor v. Krishnan [1967] 1 MLJ 8; [1966] CLJU 89; [1966] 1 LNS 89; dan Ali Amberan v. Tunku Abdullah [1970] 2 MLJ 15; [1969] CLJU 6). F. PENILAIAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [12] Setelah menilai keterangan pihak-pihak dan mempertimbang hujahan, Mahkamah ini mendapati pertikaian dalam kes ini berkisar kepada isu-isu asas berikut:-
i
sama ada Perjanjian Pinjaman bertarikh 17.10.2018 adalah sah dan mengikat pihak-pihak;
II
(ii) jika perjanjian itu sah, berapakah jumlah wang sebenar yang dipinjamkan oleh Plaintif kepada Defendan Pertama dan Kedua;
III
(iii) berapakah jumlah bayaran yang dibayar oleh Defendan-Defendan Pertama dan Kedua kepada Plaintif dan berapakah jumlah wang baki yang sebenarnya terhutang kepada Plaintif, jika ada; dan
IV
(iv) adakah Plaintif telah mengenakan bayaran faedah atau bunga kepada Defendan-Defendan dan jika ada, adakah bayaran faedah tersebut menyebabkan Perjanjian Pinjaman berkenaan boleh dibatalkan. [13] Selain isu-isu di atas, Mahkamah akan juga menyentuh isu-isu sampingan lain di penghujung keputusan ini berkenaan:-
i
sama ada Plaintif berhak ke atas 20% keuntungan perniagaan Defendan-Defendan;
IV
(iv) sama ada Plaintif mempunyai hak kausa tindakan terhadap Defendan Keenam dan Keempat, dan;
III
(iii) sama ada Plaintif berhak kepada perintah gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk terhadap Defendan-Defendan. [14] Tuntutan Plaintif memerlukan pentafsiran terma-terma serta dapatan mengenai niat pihak-pihak dalam menandatangani Perjanjian Pinjaman tersebut. Ianya adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas bahawa dalam mentafsir sesuatu peruntukan atau terma sesebuah kontrak, Mahkamah tidak terikat hanya kepada pembacaan terma-terma yang diperuntukkan tetapi Mahkamah memberi tafsiran yang munasabah berpandukan tujuan kontrak tersebut. [15] Dalam kes Berjaya Times Square Sdn. Bhd. v. M-Concept Sdn. Bhd. [2010] 1 CLJ 269; [2009] 3 MLRA 1; [2010] 1 MLJ 597, Mahkamah Persekutuan memutuskan:- "[42] Here it is important to bear in mind that a contract is to be interpreted in accordance with the following guidelines. First, a court interpreting a private contract is not confined to the four corners of the document. It is entitled to look at the factual matrix which forms the background to the transaction. Second, the factual matrix which forms the background to the transaction includes all material that was reasonably available to the parties. Third, the interpreting court must disregard any part of the background that is declaratory of subjective intent only. Lastly, the court should adopt an objective approach when interpreting a private contract.". [16] Manakala dalam kes Catajaya Sdn Bhd v. Shoppoint Sdn. Bhd. & Ors [2021] 3 CLJ 159; [2021] 2 MLJ 374; [2021] 2 MLRA 46, Mahkamah Persekutuan telah merujuk kepada keputusan kes Charles Grenier Sdn. Bhd. v. Lau Wing Hong [1997] 1 CLJ 625; [1996] 2 MLRA 188; [1996] 3 MLJ 327; [1996] 3 AMR 3533 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut:- "[56] In his judgment Gopal Sri Ram JCA cited the speech of Lord Wright in Hillas & Co v. Arcos, Ltd [1932] All ER (Rep) 494, where His Lordship had said:- Businessmen often record the most important agreements in crude and summary fashion; modes of expression sufficient and clear to them in the course of their business, may appear to those unfamiliar with the business far from complete or precise. It is, accordingly, the duty of the court to construe such documents fairly and broadly, without being, too astute or subtle in finding defects; but, on the contrary, the court should seek to apply the old maxim of English law, verba ita sunt intelligenda ut res magis valeat quam pereat. That maxim, however, does not mean that the court is to make a contract for the parties, or to go outside the words they have used, except in so far as there are appropriate implications of law, as, for instance, the implication of what is just and reasonable to be ascertained by the court as matter of machinery where the contractual intention is clear but the contract is silent on some detail." [17] Di samping itu, keputusan kes Catajaya Sdn. Bhd. (supra) juga menetapkan:- “[57] The terms and conditions of an agreement that have been agreed to by the parties of the agreement cannot be simply brushed aside and ignored. This Court through the judgment of Azahar Mohammad FCJ in the case Lucy Wong Nyuk King (F) & Anor v. Hwang Mee Hiong (F) [2016] 4 CLJ 813; [2016] 3 MLRA 367; [2016] 3 MLJ 689;[2016] 3 AMR 101 explained the principle of construing a contract as follows:- ...it is an established principle of construing a contract that, among others, a contract must be construed as a whole, in order to ascertain the true meaning of its several clauses, and also, so far as practicable, to give effect to every part of it. Each clause in an ordinary commercial contract should be so interpreted as to bring them into harmony with the other clauses of the contract (see National Coal Board v. WM Neill & Son (St Helens) Ltd [1984] 1 All ER 555 which was cited in Royal Selangor Golf Club v. Anglo-Oriental (M) Sdn Bhd [1990] 3 CLJ (Rep) 37; [1990] 2 MLRH 383; [1990] 2 MLJ 163 and Mulpha Pacific Sdn Bhd v. Paramount Corporation Bhd [2003] 4 CLJ 294; [2003] 1 MLRA 577; [2003] 4 MLJ 357;[2003] 6 AMR 22). In Australian Broadcasting Commission v. Australasian Performing Right Association Limited [1973] 129 CLR 99, it was held that the whole of the contract has to be considered, since the meaning of any one part of it may be revealed by other parts, and the words of every clause must if possible be construed so as to render them all harmonious one with another. Adakah Perjanjian Pinjaman tersebut sah dan mengikat pihak-pihak? [18] Setelah meneliti terma-terma Perjanjian Pinjaman tersebut, adalah jelas kepada Mahkamah ini bahawa walaupun Perjanjian Pinjaman tersebut tidak menyebut secara tepat jumlah wang yang akan dipinjamkan kepada Defendan Pertama dan Kedua namun Jadual Kedua Perjanjian Pinjaman tersebut secara jelasnya menyatakan jumlah bayaran dan nilai setiap bayaran yang mana semuanya berjumlah RM6,000,000.00. Oleh kerana Perjanjian Pinjaman tersebut tidak menyebut tentang bayaran apa-apa kadar faedah atau bunga atau fi atau satu jumlah bayaran lebih daripada apa yang dipersetujui seperti bayaran keuntungan melebihi jumlah pinjaman yang boleh mengundang pemakaian seksyen 2 Akta Peminjam Wang 1951, maka Mahkamah mendapati Perjanjian Pinjaman tersebut secara prima facie bukan merupakan satu perjanjian pinjaman wang yang termasuk di bawah skop Akta Peminjam Wang 1951. [19] Setelah mempertimbang transkrip terjemahan keterangan rakaman audio 1, 2 dan 3 daripada Defendan Kedua dengan Plaintif dalam Ikatan B5 (Kandungan 66), keterangan Plaintif serta keterangan Defendan Pertama dan Kedua, Mahkamah ini berpuas hati di atas imbangan kebarangkalian bahawa Perjanjian Pinjaman tersebut telah ditandatangani secara sukarela oleh kedua-dua Defendan Pertama dan Kedua tanpa unsur paksaan dan ugutan. Ianya jelas bahawa kedua-dua Defendan amat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada Plaintif sehingga mencadangkan jumlah dan tempoh pembayaran semula pinjaman. Mahkamah ini mendapati tiada apa-apa dalam rakaman audio tersebut yang menyebut mengenai keterpaksaan, ugutan atau persetujuan untuk Defendan Pertama dan Kedua membayar satu jumlah lebih dalam bentuk faedah, bunga atau peratusan keuntungan perniagaan melebihi jumlah yang dipinjam. [20] Selain itu, Mahkamah mendapati dakwaan ketakutan dan ugutan pada perenggan 9, 17 dan 22 Penyata Pembelaan hanya merupakan dakwaan secara umum dan tidak memenuhi kehendak Kaedah 18 Aturan 12 Kaedah Kaedah Mahkamah 2012 mengenai butiran paksaan. Mahkamah mendapati dakwaan tersebut tidak disokong oleh apa-apa butiran ugutan atau paksaan yang membawa kepada ketakutan yang dialami oleh kedua dua Defendan Pertama dan Kedua. [21] Mahkamah ini merujuk kepada keputusan dalam kes Zul Ali & Ors v. Lembaga Lebuhraya Malaysia & Anor [2019] CLJU 585; [2019] 1 LNS 585, di mana telah diputuskan:- "[51] To make matters worse, the Plaintiffs have not pleaded any specific details of the alleged undue influence. No particulars of undue influence were given in the affidavits either. In any event, where particulars of undue influence are not pleaded in the SoC, the defect or omission in the SoC cannot be made good by affidavit evidence: see United Malayan Banking & Corporation Berhad (supra). [52] And the same goes for the alleged misrepresentation and fraud. Insufficient particularisation goes against the intent and mandatory requirement of O. 18, r. 12 RoC
2012
The Plaintiffs have to give such an extent of definite facts pointing to misrepresentation, undue influence and/ or fraud so as to satisfy this Court that the writ action by the Plaintiffs is not frivolous and vexatious and otherwise an abuse of process against the Defendants [see Malaysian French Bank Bhd v. Abdullah bin Mohd Yusof & Ors [1990] CLJU 1; [1990] 1 LNS 1 and Ho Hup Construction Company Berhad (supra )]." [22] Selanjutnya, Mahkamah juga mendapati dakwaan kedua-dua Defendan Pertama dan Kedua bahawa mereka tidak memahami isi kandungan Perjanjian Pinjaman tersebut tidak dapat diterima sebagai benar. Permintaan pinjaman serta kesanggupan Defendan Pertama dan Kedua menandatangani satu perjanjian sepertimana di dalam transkrip audio tersebut menunjukkan mereka sedar tentang keperluan menandatangani satu perjanjian. Berdasarkan keterangan, Defendan Pertama dan Kedua telah mengakui bahawa Defendan Kedua menghantar rakaman audio tersebut kepada Plaintif, yang mana menunjukkan satu kerelaan. Kerelaan ini disokong dengan keterangan cek-cek yang telah dikeluarkan oleh Defendan Pertama dan Kedua kepada Plaintif. Mahkamah merujuk kepada kes Matahvi a/p Narayanasamy v. Murugan a/l Krsihnan & Ors [2020] MLJU 2026 di mana diputuskan:- “[82] In Polygram Records Visu Sinnadurai J made the following observation:- There is no principle of law which states that where a party does not fully understand certain terms of a contract, the contract may be vitiated. The general principle of law, of course, is that a party who signs a written contract is bound by the terms of the contract, except in the limited cases where fraud, undue influence, or misrepresentation may be established. This rule is so strict that even if a party to a contract has not read the contents of a contract, he is held to be bound by its terms. As I intimated earlier, from the evidence led at the trial, it has not been proven, on the balance of probabilities, that the plaintiff’s case falls into one of the exceptions stated in Polygram Records or L’Estrange.” [23] Selain itu, Mahkamah juga tidak mendapati adalah menjadi satu kes yang diplidkan bahawa tandatangan kedua-dua Defendan Pertama dan Kedua telah dipalsukan. Tidak ada laporan polis dibuat terhadap satu dakwaan pemalsuan tandatangan. Mahkamah juga tidak mendapati keterangan Defendan-Defendan menyokong satu dakwaan bahawa Defendan Pertama dan Kedua telah diugut dengan satu ancaman ke atas keselamatan diri mereka. [24] Oleh yang demikian, Mahkamah tidak dapat menerima hujahan pihak Defendan-Defendan bahawa Perjanjian Pinjaman tersebut boleh dicabar kebolehterikatannya atas dasar perjanjian tersebut tidak menyebut bagaimana pinjaman harus dibayar semula. Pada pendapat Mahkamah ini, Jadual Pertama dan Kedua Perjanjian Pinjaman tersebut dengan sendirinya telah mencerminkan jumlah dan tatacara pembayaran semula pinjaman. Mahkamah ini berpandangan bahawa ketiadaan terma spesifik tentang tempoh dan cara pembayaran semula pinjaman pada bahagian utama Perjanjian (“body of agreement”) tidak mencacatkan Perjanjian Pinjaman tersebut. [25] Oleh yang demikian, Mahkamah tidak mendapati kes Khaw Ee Ric & Anor v. Tang Wing Kean & Anor [2023] 4 MLRH yang dirujuk oleh peguam Defendan-Defendan membantu kes Defendan-Defendan kerana dalam kes tersebut, pertikaian yang timbul adalah mengenai tatacara pembayaran yang berlawanan dengan cara pembayaran yang telahpun diperuntukkan pada bahagian 5 perjanjian sewaan dalam kes berkenaan. Manakala dalam kes semasa, Jadual Kedua dalam perjanjian secara jelas menetapkan tatacara pembayaran melalui jumlah dan nilai cek secara berskala dan bukan menjadi kes Defendan-Defendan bahawa tatacara itu telah dipinda kepada satu skala atau cara yang lain. [26] Sebagai kesimpulannya, Mahkamah ini mendapati kedua-dua Defendan Pertama dan Kedua telah memasuki Perjanjian Pinjaman tersebut dengan sukarela dan Mahkamah mendapati di atas imbangan kebarangkalian Perjanjian Pinjaman tersebut tidak terjumlah kepada satu perjanjian yang boleh dibatalkan atas sebab frod, pengaruh tidak wajar, paksaan atau salahrepresentasi. Berapakan jumlah wang yang dipinjamkan oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan? [27] Pihak Defendan-Defendan menghujahkan Plaintif telah gagal membuktikan bahawa wang berjumlah RM6,000,000.00 sebenarnya telah dipinjamkan kepada Defendan-Defendan.
Preamble
Menurut Defendan-Defendan, Plaintif hanya mampu membuktikan pembayaran setakat jumlah RM1,335,000.00 sebagai pinjaman kepada Defendan-Defendan. [28] Semasa sesi perbicaraan klarifikasi pada 7.11.2025, Mahkamah telah membangkitkan perkara mengenai pembuktian pembayaran secara tunai kepada Defendan-Defendan berjumlah RM3,761,000.00 sepertimana diplidkan pada perenggan 16.2 dan 16.3 Penyata Tuntutan. Semasa perbicaraan pada tarikh tersebut, peguam Plaintif mengatakan terdapat bukti pembayaran wang tersebut daripada saksi SP1 tetapi Hakim yang bersidang ketika itu tidak membenarkan keterangan dokumentar bayaran daripada SP1 ditandakan sebagai eksibit walaupun SP2, iaitu Plaintif telah mengemukakan sijil di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan. Maka, peguam Plaintif menghujahkan sekarang, demi keadilan, Mahkamah ini harus membenarkan tandaan ‘ID’ sedia ada ditukarkan kepada tandaan ‘P’ dan menerima keterangan penyata akaun SP1 untuk membolehkan Plaintif membuktikan kesnya. [29] Untuk menyokong hujahan Plaintif, peguam Plaintif telah membuat rujukan kepada keputusan Mahkamah dalam kes YB Dato’ Haji Husam bin Haji Musa v. Mohd Faisal bin Rohban Ahmad [2015] MLJU 53; [2015] 1 CLJ 787; dan Desa Samudera Sdn Bhd v Bandar Teknik Sdn Bhd [2012] 1 MLJ 729; [2012] 1 CLJ 429. [30] Plaintif menyatakan bahawa jumlah RM3,761,000.00 daripada telah diperoleh daripada SP1 yang merupakan kenalan Plaintif. Jumlah wang tersebut telah dipindahkan kepada Plaintif daripada SP1 dan Plaintif kemudiannya membayar jumlah yang sama kepda Defendan-Defendan. Setelah mempertimbang keterangan, Mahkamah ini mendapati keterangan pembayaran daripada SP1 hanya menunjukkan pembayaran tersebut dibuat kepada Plaintif dan bukan pembayaran langsung kepada mana-mana Defendan-Defendan. [31] Selanjutnya, Plaintif tidak mengemukakan keterangan yang menunjukkan jumlah wang yang sama telah kemudiannya dibayar secara tunai kepada mana-mana Defendan. Maka, kalaupun eksibit penyata bank SP1 dibenarkan menjadi eksibit ianya tetap tidak membantu Plaintif membuktikan bayaran berjumlah RM3,761,000.00 telah dibuat kepada Defendan-Defendan dan diterima oleh mereka. Berdasarkan pertimbangan tersebut, Mahkamah ini tidak mempunyai alasan untuk mengganggu ketetapan atau ‘ruling’ Hakim yang bersidang sebelum ini untuk menolak penerimaan keterangan tersebut sebagai eksibit Plaintif. [32] Seterusnya, Mahkamah telah mempertimbang keterangan Plaintif mengenai bayaran berjumlah RM2,239,000.00 yang dikatakan dibayar sendiri oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan. Setelah meneliti keterangan berdasarkan mukasurat 8-15 Ikatan Dokumen Bersama Tandaan B2 (Kandungan 58), Mahkamah mendapati keterangan yang jelas menyokong pembayaran jumlah pada no 2-12 dalam perenggan 16.1 Penyata Tuntutan adalah berjumlah RM1,325,000.00 sahaja. Bagi jumlah bayaran tunai pada senarai no 1 dalam perenggan 16.1 iaitu RM100,000.00 dan RM814,000.00 pada perenggan 16.2, Mahkamah mendapati ia tidak disokong oleh apa-apa keterangan yang membuktikan bayaran tersebut. [33] Namun begitu, pada perenggan 13 dalam Penyata Pembelaan, Defendan-Defendan telah mengakui perenggan 16.1 Penyata Tuntutan yang menunjukkan jumlah pinjaman RM1,425,000.00 dan selanjutnya mengakui bahawa Defendan-Defendan telah meminjam wang sebanyak RM1,925,000.00 daripada Plantiff. Oleh yang demikian, Defendan-Defendan adalah terikat dengan pengakuan tersebut. Maka, jumlah RM1,925,000.00 harus di terima sebagai telah dibuktikan. [34] Berbalik kepada semua cek yang telah dikeluarkan oleh Defendan-Defendan yang dikemukakan pada muka surat 16 sehingga 28 Ikatan Dokumen Bersama B2 (Kandungan 58) yang disenaraikan pada perenggan 22.11, 22.12 dan 22.13, adakah keterangan cek-cek tersebut boleh diterima sebagai keterangan yang menunjukkan satu pengakuan terhadap jumlah keseluruhan yang telah dipinjam dan perlu dibayar semula oleh Defendan-Defendan? [35] Plaintif menghujahkan bahawa pengeluaran cek-cek bernilai dengan sendirinya merupakan satu pengakuan mengenai jumlah yang terhutang. Plaintif merujuk kepada keputusan dalam kes Esso Malaysia Bhd. V. Hills Agency (M) Sdn. Bhd. & Ors [1994] 1 MLJ 740 yang mana Mahkamah memutuskan satu pengakuan merupakan keterangan yang kuat. Plaintif menghujahkan lagi pengakuan tersebut diperkuatkan lagi oleh peruntukan perenggan 1 Perjanjian Pinjaman tersebut yang menunjukkan Defendan-Defendan menyedari bahawa jumlah pinjaman merujuk kepada keseluruhan nilai pembayaran yang dirujuk pada seksyen 4 Jadual Pertama dan Jadual Kedua perjanjian tersebut. [36] Perenggan 1 dalam Perjanjian Pinjaman memperuntukkan bahawa Plaintif bersetuju untuk menyediakan sejumlah wang yang disebut sebagai “Payment” di mana ia merujuk kepada seksyen 4 Jadual Pertama. Seksyen 4 pula memperuntukkan bahawa “Payment” bermaksud jumlah bayaran di bawah
Schedule
Jadual Kedua. Jadual Kedua pula menyatakan nilai dan jumlah bayaran ansuran yang bakal dibayar. Plaintif menghujahkan nilai kesemua bayaran ansuran di bawah
Schedule
Jadual Kedua perjanjian berjumlah RM6,000,000.00, justeru keseluruhan Perjanjian Pinjaman tersebut harus diterima sebagai satu keterangan yang merupakan pengakuan terhadap jumlah yang dipinjam dan perlu dibayar oleh Defendan-Defendan. [37] Setelah mempertimbang hujahan dan keterangan, oleh sebab Mahkamah ini telah membuat dapatan bahawa Perjanjian Pinjaman tersebut adalah sah dan mengikat pihak-pihak, ianya bererti Defendan Pertama dan Kedua adalah terikat dengan terma-terma Perjanjian tersebut. Oleh yang demikian,
Schedule
Jadual Kedua secara prima facie merupakan satu pengesahan mengenai jumlah bayaran yang perlu dibayar semula oleh Defendan-Defendan di bawah Perjanjian Pinjaman itu. [38] Satu perkara penting yang diberikan pertimbangan ialah Defendan Pertama telah mengeluarkan kesemua cek-cek bertarikh ke hadapan atas nama Plaintif yang keseluruhannya bernilai selepas Perjanjian Pinjaman ditandatangani. Ini menunjukkan kaitan antara pengeluaran cek-cek tersebut dengan terma dalam Jadual Kedua. Adalah tidak munasabah untuk Defendan Pertama berbuat demikian jika Defendan-Defendan tidak berhutang sebanyak jumlah tersebut dengan Plaintif. Jika benar telah berlaku lebihan bayaran sudah tentu Defendan-Defendan akan menarik balik mana-mana jumlah atau nilai cek untuk menentukan jumlah yang sebenarnya perlu dibayar. [39] Seterusnya, Mahkamah mendapati persetujuan mengenai obligasi tersebut disokong oleh keterangan transkrip rakaman ketiga-tiga audio yang menunjukkan kesediaan Defendan Kedua untuk mengeluarkan semua cek tersebut. Rakaman dan penghantaran audio itu semuanya bertarikh 16.10.2018 sebelum Perjanjian Pinjaman ditandatangani. Maka, tidak ada alasan yang kukuh yang membolehkan Defendan Pertama dan Kedua menafikan kesediaan dan persetujuan mereka untuk mengeluarkan kesemua cek pembayaran semula pinjaman. [40] Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati Defenden Pertama dan Kedua telah berhutang dengan Plaintif sebanyak dan bukan hanya setakat jumlah RM1,925,000. Berapakah jumlah yang perlu dibayar oleh Defendan-Defendan? [41] Menurut kes Plaintif, Defendan-Defendan telah membuat 2 bayaran sebanyak RM115,000.00 yang merupakan pembayaran bagi bulan November 2018 dan sebahagian lagi pembayaran untuk bulan Disember 2018. Manakala Defendan-Defendan mendakwa telah membuat pembayaran sebanyak RM2,709,500.00. [42] Semasa perbicaraan klarifikasi pada 7.11.2025, berikutan arahan Mahkamah ini, pihak-pihak telah menyediakan jadual pembayaran untuk semakan bersama. Jadual tersebut telah disediakan oleh peguam Defendan-Defendan dan ditandakan sebagai Ikatan B7. Dalam perbicaraan tersebut, peguam Plaintif telah bersetuju bahawa terdapat pembayaran tambahan lain yang dibuat oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif seperti yang terkandung dalam Jadual 1.1 dan Jadual 1.3 selain daripada pembayaran melalui cek-cek berjumlah RM115,000.00. [43] Di bawah butiran 4, 7, 8, 12, 13, 16, 22, 30, 31, 33, 34 dan 35 dalam Jadual 1.1, peguam Plaintif bersetuju sebanyak RM88,500.00 dibuktikan telah dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif. Selain itu, peguam Plaintif juga bersetuju bahawa Defendan-Defendan telah membuat pembayaran di bawah butiran 2, 3, 4, 5, 7, 9, 10, 16, 18, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 31, 35, 36, 37, 39 sehingga 67, 69 dan 70 dalam Jadual 1.3, semuanya berjumlah RM264,000.00. Maka, jumlah keseluruhan pembayaran yang dipersetujui Plaintif adalah RM352,500.00 (RM88,500 + RM264,000). [44] Kecuali jumlah yang dipersetujui tersebut, Plaintif mempertikai semua pembayaran lain di bawah Jadual 1.1, keseluruhan pembayaran di bawah Jadual 1.2, pembayaran lain di bawah 1.
Schedule
Jadual 1.3 dan keseluruhan pembayaran di bawah Jadual 1.4, 5, 1.6 dan 1.7 kerana Defendan-Defendan gagal menunjukkan keterangan jelas bahawa pembayaran tersebut telah dibuat kepada Plaintiff dan diterima oleh Plaintif. [45] Sebagai kesimpulan, Mahkamah ini mendapati Defendan Pertama dan Kedua telah membayar sejumlah RM467,500.00 (RM115,000.00 + RM88,500.00 + RM264,000.00) kepada Plaintif dan meninggalkan baki RM5,532,500.00 (RM6,000,000.00 – RM467,500.00) yang tertunggak dan perlu dibayar oleh Defendan-Defendan. Sehubungan itu, Mahkamah mendapati Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Kelima telah memungkiri Perjanjian Pinjaman tersebut apabila gagal melunaskan baki wang yang perlu dibayar. [46] Oleh sebab Mahkamah ini mendapati Defendan-Defendan telah menerima pinjaman sebanyak RM6,000,000.00 dan jumlah pembayaran semula yang telah dibuat adalah hanya RM467,500.00 maka Mahkamah menolak tuntutan Defendan-Defendan bahawa mereka telah membuat bayaran sebanyak RM2,709,500.00 dan terdapat lebihan bayaran berjumlah RM784,500.00 yang perlu dipulangkan kepada mereka. Adakah Plaintif telah mengenakan bayaran faedah? [47] Plaintif berhujah bahawa dakwaan Defendan-Defendan bahawa Plaintif telah mengenakan bayaran faedah tidak harus diterima oleh Mahkamah ini kerana tidak pernah diplid dalam Penyata Pembelaan dan perkara tersebut juga tidak pernah dinyatakan dalam keterangan saksi sendiri tentang apakah kadar faedah yang dikenakan ke atas Defendan-Defendan dan bagaimana kadar faedah dikira. [48] Pihak Defendan-Defendan menghujahkan bahawa Plaintif telah mengenakan bayaran faedah dan perkara ini terbukti dalam salinan perbualan menerusi aplikasi Whatsapp pada muka surat 4, 16, 19, 28, 29, 30, 35, 38, 39, 57, 59, 66,70, 72, 76, 79, 80, 82, 90, 91, 93, 95, 96 dan 101 dalam Ikatan Dokumen B6-(Kandungan 74). Permintaan dan bayaran faedah tersebut menyokong naratif kes Defendan-Defendan bahawa terdapat pembayaran lebih terhadap pinjaman tersebut dan Perjanjian Pinjaman berkenaan merupakan pinjaman berfaedah oleh peminjam wang tidak berlesen. [49] Sebelum menyentuh isu tersebut, Mahkamah menyatakan terlebih dahulu bahawa Plaintif telah membantah penerimaan keterangan salinan perbualan melalui aplikasi Whatsapp dalam Kandungan 74 itu atas dasar ianya telah di tolak untuk di terima sebagai eksibit oleh oleh Hakim yang bersidang sebelum ini dan penerimaan keterangan ini pada peringkat kes Defendan akan memprejudis Plaintif kerana Plaintif tidak berpeluang untuk mencabar keterangan tersebut. [50] Setelah mendengar hujahan pihak-pihak, Mahkamah telah membenarkan Kandungan 74 diterima sebagai keterangan atas alasan berikut:- (i) Hakim yang bersidang sebelum ini belum lagi membuat ketetapan atau ‘ruling’ mengenai kebolehterimaan keterangan tersebut tetapi hanya menunda pertimbangan perkara berkenaan; (ii) Mahkamah ini telah memberi peluang kepada Defendan Pertama untuk membuktikan semua perbualan tersebut dengan mengemukakan telefon yang mengandungi kesemua perbualan tersebut dan perkara berkenaan telah dilakukan; dan (iii) Peguam Plaintif telah mengesahkan bahawa selepas pemeriksaan kandungan telefon Defendan Pertama dilakukan, kesemua perbualan dalam Kandungan 74 sememangnya ada dalam perbualan Whatsapp dalam telefon milik Defendan Pertama. Oleh itu juga Mahkamah ini berpendapat bahawa Defendan-Defendan tidak perlu memfailkan sijil di bawah seksyen 90A Akta Keterangan 1950 kerana pembuktian kandungan telefon itu telah menjadi keterangan utama atau ‘primary evidence’ dan bukan hanya sekadar cetakan salinan daripada sebuah telefon yang tidak dapat dikemukakan. [51] Mahkamah ini telah menerima Jadual Kedua secara prima facie yang menunjukkan jumlah pinjaman RM6,000,000.00 dan nilai ini merupakan jumlah prinsipal di bawah Perjanjian Pinjaman tersebut, maka ianya menjadi beban pembuktian Defendan-Defendan untuk membuktikan berapa jumlah prinsipal sebenar yang dipinjam jika bukan RM6,000,000.00, berapa kadar faedah yang dikenakan oleh Plaintif, bagaimana jumlah prinsipal telah menjadi berlipat ganda dan bagaimana pembayaran telah dibuat terhadap jumlah prinsipal dan bayaran faedah atau bunga. [52] Walaupun semua muka surat dalam Kandungan 74 yang dirujuk oleh Defendan-Defendan menunjukkan adanya permintaan bayaran ‘interest’ atau faedah, namun Defendan-Defendan tidak dapat menunjukkan bahawa permintaan tersebut terkait langsung dengan Perjanjian Pinjaman itu. Terutama penting, kesemua perbualan Whatsapp tersebut merujuk kepada tempoh bermula tahun Mac 2017 sehingga selewatnya 30.6.2018 sedangkan Perjanjian Pinjaman tersebut bertarikh 17.10.2018. Maka, Mahkamah tidak mendapati bahawa meskipun terdapat permintaan untuk bayaran faedah, permintaan tersebut adalah berkait dengan jumlah pinjaman di bawah Perjanjian Pinjaman itu. Kalaupun jumlah RM6,000,000.00 merupakan akumulasi semua hutang serta jumlah faedah yang lepas sebelum 17.10.2018, pada pandangan Mahkamah ini jumlah terakumulasi tersebut menjadi satu jumlah prinsipal di bawah Perjanjian Pinjaman lebih lebih lagi apabila tiada terma pengiraan faedah di peruntukan. Sama ada Plaintif berhak kepada 20% keuntungan perniagaan Defendan-Defendan [53] Mengenai tuntutan Plantif ini, Mahkamah tidak mendapati ianya menjadi satu terma yang terkandung di dalam Perjanjian Pinjaman tersebut atau mana-mana perjanjian lain. Plaintif hanya sekadar menyatakan tuntutan tersebut berdasarkan dakwaan kesefahaman atau perjanjian lisan antara Plaintif dan Defendan-Defendan. Defendan-Defendan menafikan bahawa mereka pernah membuat sebarang janji untuk memberikan 20% keuntungan perniagaan Defendan-Defendan kepada Plaintif kerana tidak ada apa-apa terma sedemikian dalam mana-mana dokumen perjanjian. [54] Mengenai tuntutan ini, Mahkamah mendapati Plaintif gagal membuktikan tuntutannya. Mahkamah tidak dapat menerima keterangan Plaintif bahawa terdapat satu janji mengenai pemberian 20% keuntungan tersebut daripada Defendan-Defendan. Ianya adalah menjadi satu keperluan undang-undang bahawa sesuatu kontrak yang sah memerlukan kesepakatan atau ‘consensus ad idem’ dan juga perlu disokong dengan balasan. Mahkamah mendapati tiada keterangan yang menunjukkan ada kesepakatan dan juga tiada sebarang balasan untuk perjanjian itu. [55] Tambahan pula, perkara tersebut tidak diperuntukkan dalam Perjanjian Pinjaman berkenaan dan ianya juga adalah menjadi prinsip undang-undang bahawa terma sesuatu kontrak tidak boleh ditokok tambah melainkan dengan persetujuan pihak-pihak. Mahkamah merujuk kepada kes Amoda Sdn. Bhd. V. Luxury Home Concept Sdn. Bhd. [2000] 6 CLJ 369 di mana Mahkamah dalam kes itu memutuskan bahawa sesuatu dakwaan mengenai terdapatnya satu perjanjian lisan selain daripada perjanjian bertulis antara pihak-pihak hendakah dipertimbang dengan berhati-hati dan tertakluk kepada pembuktian yang ketat:- “Such collateral contracts are viewed with suspicion by the law. They must be proved strictly. Not only the terms of such contracts but the existence of an animus contrahendi on the part of all the parties to them must be clearly shown. Any laxity on these points would enable parties to escape from the full performance of the obligations of contracts, unquestionably entered into by them, and more especially would have effect of lessening the authority of written contracts by making it possible to vary by suggesting the existence of verbal collateral agreement relating to the same subject matter.” Adakah Plaintif mempunyai kausa tindakan terhadap Mouneswaran a/l Sundararasan? [56] Plaintif menghujahkan bahawa tuntutan terhadap Defendan Keenam dan Defendan Keempat adalah atas prinsip pengkayaan diri kerana Defendan Keenam merupakan pemilik tunggal berdaftar perniagaan Defendan Keempat iaitu Priyan Textile dan Defendan Keempat telah mendapat manfaat daripada pinjaman yang diperoleh oleh Defendan Pertama dan Kedua. Plaintif telah merujuk kepada kes Banque Financiere De La Cite v. Parc (Battersea) Ltd and Others [1998] 1 ALL ER 737; dan Dream Property Sdn. Bhd. V. Atlas Housing Sdn. Bhd. [2015] 2 MLJ 441. [57] Peguam Defendan-Defendan pula menghujahkan bahawa Plaintif tidak mempunyai kausa tindakan terhadap Defendan Keempat dan Keenam kerana kedua-dua pihak tersebut tidak menjadi pihak kepada Perjanjian Pinjaman. Peguam Defendan-Defendan merujuk kepada keputusan dalam kes Pun Chan Tai lwn Chai Shan Foo [2025] MLRHU 651 yang telah merujuk kepada keputusan Privy Council dalam kes Kepong Prospecting Ltd & Ors v. Schmidt [1067] 1 MLRA 426; [1968] 1 MLJ 170 yang memutuskan berdasarkan prinsip ‘privity of contract’ hanya pihak yang menjadi pihak kepada sesuatu kontrak boleh menuntut atau bertanggungan di bawah kontrak tersebut. [58] Menyentuh terlebih dahulu mengenai prinsip pengkayaan dan ‘restitution’, Seksyen 71 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan apabila sesuatu pihak secara sah membuat sesuatu atau menyerahkan sesuatu kepada sebelah pihak lagi dan perkara tersebut tidak dibuat atau diserahkan atas dasar percuma atau sukarela, maka pihak yang menerima manfaat sesuatu yang dibuat atau diserahkan mesti membuat bayaran pampasan. Untuk menyokong sesebuah tuntutan di bawah Seksyen 71 Akta Kontrak 1950, pihak yang menuntut harus membuktikan perbuatan atau penyerahan tersebut sah atau ‘lawful’, perkara berkenaan dibuat oleh pihak yang menuntut, perkara yang dibuat atau diserahkan tidak dibuat atas dasar percuma atau sukarela dan pihak yang satu lagi telah menerima manfaat perkara tersebut. [59] Setelah Mahkamah mempertimbang keterangan-keterangan yang dikemukakan, adalah jelas bahawa perbuatan meminjam telah dibuat oleh Defendan Pertama dan Kedua yang merupakan ibu bapa Defendan Keenam. Dana yang diperoleh daripada Plaintif kemudiannya disalurkan kepada Defendan Keempat. Mahkamah meneliti keterangan Defendan Keenam dan mendapati beliau tidak mengenali Plaintif dan dalam pengetahuan beliau, wang yang dimasukkan datang daripada usaha Defendan Pertama dan Kedua sebagai ibu bapanya. Beliau hanya menyedari terdapat masalah melibatkan Plaintif setelah masalah kegagalan Defendan Pertama dan Kedua membayar semula wang pinjaman daripada Plaintif timbul. Mahkamah juga mendapati keterangan Plaintif tidak menunjukkan beliau telah berurusan dengan Defenden Keenam. [60] Atas pertimbangan perkara tersebut, Mahkamah mendapati Plaintif tidak dapat membuktikan bahawa Defendan Keempat dan Keenam telah mendapat manfaat pinjaman atas sesuatu urusan antara mereka. Maka, kausa tindakan Plaintif seharusnya terhad hanya kepada Defendan Pertama dan Kedua sebagai pihak yang berurusan dengan Plaintif. Tuntutan Plaintif untuk gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk [61] Setelah mempertimbang tuntutan Plaintif dan keterangan kes, Mahkamah mendapati tuntutan Plaintif adalah berdasarkan satu tuntutan kemungkiran obligasi di bawah sesebuah kontrak. Mahakamah tidak mendapati keterangan-keterangan yang dikemukakan mewajarkan Mahkamah ini untuk membuat perintah pembayaran gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk sebagai tambahan kepada tuntutan wang yang perlu dibayar balik di bawah Perjanjian Pinjaman tersebut. [62] Mahkamah mendapati fakta kes ini tidak termasuk dalam golongan kes tuntutan gantirugi teruk sepertimana keputusan dalam kes Sambaga Valli KR Ponnusamy v. Datuk Bandar Kuala Lumpur & Ors and Another Appeal [2018] 3 MLRA 488 dan Koperal Zainal Mohd Ali & Ors v. Selvi Narayan (Pentadbir Bersama Estet Dan Tanggungan Chandran Perumal, Si Mati) & Anor [2021] 6 CLJ 157; [2021] 3 MLJ 365 yang telah melibatkan hasil dapatan akibat daripada perbuatan menindas, niat jahat dan penyalahgunaan kuasa oleh Defendan. E. KESIMPULAN DAN KEPUTUSAN [63] Sebagai kesimpulannya, berdasarkan semua pertimbangan dan dapatan yang dihuraikan di atas, Mahkamah ini berpuas hati bahawa Plaintif telah berjaya di atas imbangan kebarangkalian membuktikan satu kausa tindakan di bawah Perjanjian Pinjaman tersebut dan Plaintif telah membuktikan tuntutannya terhadap Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Kelima. [64] Seterusnya, Mahkamah ini mendapati di atas imbangan kebarangkalian bahawa semua Defendan-Defendan gagal membuktikan satu tuntutan di bawah Tuntutan Balas mereka. [65] Oleh yang demikian, Mahkamah ini membuat perintah seperti berikut:- (a) tuntutan Plaintif dibenarkan terhadap Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Kelima untuk pembayaran semula jumlah RM5,532,500.00 (‘Jumlah Terhutang’); (b) Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Kelima diperintahkan membayar Jumlah Terhutang berserta faedah pada kadar 4% setahun daripada tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh sepertimana yang dipohon pada perenggan 37(l) Penyata Tuntutan; (c) Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Keempat dan Keenam ditolak; (d) Permohonan perintah deklarasi Plaintif pada perenggan 37(a) dalam Penyata Tuntutan tidak perlu dibuat atas dasar dapatan Mahkamah; (e) Permohonan Plaintif di bawah perenggan 37(b), (c), (e), (f), (g), (h), (i), (j) dan (k) dalam Penyata Tuntutan ditolak; (f) Tuntutan Balas Defendan-Defendan terhadap Plaintif ditolak; (MELAKA) Peguam Bagi Pihak Plaintif : Cik Gomathy A/P Balasupramaniam Tetuan Ganeson Gomathy Fadzlin M. Nava & Co. Suite A-1-5, 1st Floor Kuchai Exchange 43 Jalan Kuchai Maju 13 Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur. Bagi Pihak Defendan-Defendan : Encik Suresh A/L Balakrishnan Tetuan GK Ganesan D-6-1-3A, Bangunan Perdagangan D6, 801, Jalan Sentul 50100, Kuala Lumpur.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.