Content
AB-83D-1359-08/2025 1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (1) TAIPING 5 DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES JENAYAH NO.: AB-83D-1359-08/2025 ANTARA 10 PENDAKWA RAYA
AB-83D-1359-08/2025
Magistrates Court of Malaysia12 Jun 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ng kes tersebut, maka timbul 25 keraguan juga sama ada dadah yang dianalisis oleh Ahli Kimia adalah dadah yang sama yang menjadi asas kepada pertuduhan terhadap tertuduh (lihat PP v Zulkifli bin Desa [2022] CLJU 369). [41] Dalam kes ini, walaupun SP2 telah mengesahkan bahawa 30 kandungan yang dicampurkan daripada keemp”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
AB-83D-1359-08/2025 1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (1) TAIPING 5 DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES JENAYAH NO.: AB-83D-1359-08/2025 ANTARA 10 PENDAKWA RAYA
1
Alasan penghakiman ini disediakan bagi rayuan yang difailkan oleh pihak pendakwaan berikutan keputusan Mahkamah ini yang telah 25 melepaskan dan membebaskan Velmurugan a/l Manokaran (“tertuduh”) di akhir kes pendakwaan.
2
Tertuduh telah dituduh dengan pertuduhan pindaan (P1) seperti berikut: 30 “Pertuduhan Pindaan Bahawa kamu, pada 28 November 2022, jam lebih kurang 0200 hrs, di tepi Jalan Kampung Sungai Mati, 34700 Simpang, Taiping, dalam Daerah Larut 35 Matang, Negeri Perak, telah didapati ada dalam milikan kamu sebanyak 7.60 gram Methamphetamine. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu AB-83D-1359-08/2025 2 kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh 5 dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.”.
3
Tertuduh pada asalnya telah dituduh di bawah nombor kes AB- 83D-2045-11/2022 atas pertuduhan pindaan yang sama. Dalam prosiding di bawah nombor kes tersebut, pihak pendakwaan telah memanggil 10 empat orang saksi untuk memberikan keterangan iaitu SP1 - Sarjan Rosmawati binti Che Dan (Penerima Barang Kes dari Jabatan Kimia), SP2 - Puan Masnura binti Mukhtar (Ahli Kimia), SP3 - Inspektor Kamarul Ariffin bin Kamaruzaman (Pegawai Tangkapan) dan SP4 - Sarjan Zuraini binti Nayan (Pegawai Penyiasat). 15
4
Pada tarikh sambung bicara pada 11 Julai 2025, pihak pendakwaan telah memohon suatu penangguhan atas alasan saksi pendakwaan tidak dapat hadir. Walau bagaimanapun, Mahkamah tidak membenarkan permohonan tersebut memandangkan usia kes ini telah 20 hampir mencapai tiga tahun pada ketika itu. Sehubungan itu, Mahkamah telah memberikan perintah lepas tanpa bebas (DNAA) terhadap tertuduh.
5
Selepas itu, pada 6 Ogos 2025, tertuduh telah dituduh semula di bawah nombor kes sekarang atas pertuduhan yang sama. Dalam 25 prosiding di bawah nombor kes ini, keterangan empat orang saksi yang telah direkodkan di bawah nombor kes AB-83D-2045-11/2022 telah diterima pakai (reinstate) dan sambung bicara telah diteruskan seperti biasa selaras dengan peruntukkan seksyen 254A Kanun Tatacara Jenayah. SP5 iaitu Koperal Mohd Fauzi bin Abdul Samad (Anggota 30 Tangkapan) telah memberikan keterangan dalam prosiding di bawah nombor kes yang baharu ini sebelum pihak pendakwaan menutup kesnya.
6
Pada 8 Jun 2026, Mahkamah mendapati bahawa pihak 5 pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh bagi pertuduhan tersebut. Oleh yang demikian, Mahkamah telah memerintahkan supaya tertuduh dilepaskan dan dibebaskan.
7
Berikut ialah alasan-alasan Mahkamah bagi keputusan tersebut. 10
8
Kes pendakwaan adalah bahawa pada 28 November 2022, lebih kurang jam 2.00 pagi, SP3 bersama-sama pasukannya telah menemui 15 tertuduh sedang duduk bersendirian di atas sebuah motosikal yang tidak dihidupkan enjinnya di tepi jalan Kampung Sungai Mati, Simpang.
9
Hasil pemeriksaan fizikal yang dijalankan oleh SP3 terhadap tertuduh telah menemukan empat paket plastik lutsinar (P8(A) hingga 20 P8(D)) yang mengandungi bahan berbentuk kristal jernih yang disyaki sebagai dadah jenis Methamphetamine di dalam poket kanan hadapan seluar tertuduh.
10
Keempat-empat paket plastik tersebut kemudiannya dihantar 25 untuk dianalisis oleh Ahli Kimia (SP2). Setelah dianalisis, SP2 mendapati berat bersih bahan berbentuk kristal jernih yang terdapat dalam keempat-empat paket plastik ialah sejumlah 11.30 gram yang mengandungi 7.60 gram Methamphetamine. 30 [11] Methamphetamine adalah dadah berbahaya seperti mana disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.
12
Pihak pembelaan berhujah bahawa identiti keempat-empat paket plastik yang dirampas dalam kes ini telah terputus dan rantaian barang kes tidak dapat dibuktikan dengan sempurna oleh pihak pendakwaan. 10 [13] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa terdapat percanggahan material berkaitan tarikh yang dicatatkan oleh SP4 pada paket P8(A) iaitu salah satu daripada empat paket plastik yang dirampas. Walaupun tarikh sebenar rampasan keempat-empat paket plastik tersebut adalah pada 28 November 2022, P8(A) didapati mempunyai catatan tarikh 28 Julai 15 2022 manakala tiga paket plastik yang lain (P8(B-D)) ditandakan dengan tarikh 28 November 2022.
14
Pihak pembelaan berhujah bahawa tiada sebarang penjelasan diberikan oleh mana-mana saksi pendakwaan khususnya SP4 selaku 20 individu yang membuat tandaan tersebut berhubung bagaimana dan mengapa tarikh yang berbeza boleh terdapat pada paket P8(A). Lebih penting, semua saksi-saksi pendakwaan telah mengecam paket P8(A) sebagai barang kes yang sama tanpa menyedari kewujudan percanggahan tarikh tersebut dan tiada penjelasan diberikan bagi 25 percanggahan itu.
15
Pihak pembelaan juga berhujah bahawa berdasarkan gambar barang kes P11(A), tandaan IO kes iaitu ZN1 pada paket P8(A) adalah tidak jelas berbanding dengan tandaan ZN2, ZN3 dan ZN4 pada paket 30 P8(B), P8(C) dan P8(D). Keadaan tersebut menimbulkan keraguan terhadap kewibawaan dan kebolehpercayaan tandaan pada paket P8(A) AB-83D-1359-08/2025 5 khususnya apabila dibandingkan dengan tandaan pada tiga paket yang 5 lain.
16
Selanjutnya, pihak pembelaan berhujah bahawa walaupun isu rantaian barang kes hanya melibatkan paket P8(A), perkara tersebut memberi kesan kepada keseluruhan barang kes kerana SP2 tidak 10 menjalankan analisis secara berasingan bagi setiap paket plastik. Sebaliknya, kandungan bahan kristal daripada keempat-empat paket plastik tersebut telah dicampurkan, dihomogenkan dan kemudiannya ditimbang bagi mendapatkan berat bersih 7.60 gram Methamphetamine. 15 [17] Oleh itu, pihak pembelaan berhujah bahawa wujud kemungkinan bahawa dadah berbahaya yang membawa kepada keputusan analisis tersebut hanya datang daripada paket P8(A) sahaja, sedangkan identiti dan rantaian barang kes bagi paket P8(A) telah tercabar. Dalam keadaan tersebut, terdapat keraguan sama ada tiga paket plastik yang lain turut 20 mengandungi dadah berbahaya memandangkan kandungan kesemua paket tersebut telah dicampurkan dan dihomogenkan sebelum analisis dijalankan. Keraguan tersebut hendaklah memihak kepada tertuduh.
18
Dalam kes ini, isu utama yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan ialah identiti barang kes dadah dan kesinambungan rantaian barang kes.
19
Setelah meneliti keseluruhan keterangan serta ekshibit-ekshibit 30 yang dikemukakan dan setelah membuat penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak pendakwaan tersebut, Mahkamah AB-83D-1359-08/2025 6 mendapati bahawa hujahan pihak pembelaan berhubung isu ini 5 adalah berasas dan ini telah menjejaskan kes pendakwaan.
20
Pihak pendakwaan berhujah bahawa percanggahan tarikh yang dicatatkan oleh IO pada paket P8(A) tidak menjejaskan kes mereka kerana pada paket tersebut turut terdapat catatan tarikh oleh pegawai 10 tangkapan (RO) yang dikatakan betul dan selaras dengan tarikh rampasan.
21
Walau bagaimanapun, dengan hormatnya, Mahkamah tidak dapat menerima hujahan tersebut. Hasil penelitian Mahkamah terhadap paket 15 P8(A) mendapati bahawa terdapat catatan tarikh 28/7/2022 pada paket tersebut, sedangkan berdasarkan keterangan semua saksi pendakwaan, rampasan keempat-empat paket plastik tersebut hanya berlaku pada 28/11/2022. Percanggahan antara tarikh yang dicatatkan pada P8(A) dengan tarikh sebenar rampasan tersebut adalah material kerana ianya 20 melibatkan identiti salah satu barang kes yang menjadi asas kepada pertuduhan.
22
Mahkamah telah meneliti barang kes fizikal khususnya paket P8(A) dan mendapati bahawa tandaan yang dikatakan dibuat oleh 25 RO termasuk catatan tarikh padanya (yang disandarkan oleh pihak pendakwaan) tidak lagi kelihatan dengan jelas pada paket tersebut.
23
Dalam keadaan di mana tandaan RO pada barang kes fizikal tersebut tidak lagi kelihatan dengan jelas, Mahkamah telah meneliti 30 gambar barang kes yang dikemukakan bagi menentukan sama ada tandaan RO tersebut dapat dilihat melalui gambar berkenaan.
24
Walau bagaimanapun, setelah meneliti gambar barang kes yang 5 dikemukakan melalui P11(A), Mahkamah mendapati bahawa tiada satu pun gambar yang diambil bagi menggambarkan tandaan RO pada keempat-empat paket plastik yang dirampas.
25
Gambar P11(A) yang dikemukakan hanya menggambarkan 10 tandaan yang dibuat oleh IO dan tidak menggambarkan tandaan RO pada paket P8(A) walaupun pihak pendakwaan bergantung kepada tandaan RO bagi menyokong bahawa paket P8(A) adalah barang kes yang sama yang telah dirampas semasa tangkapan tertuduh. 15 [26] Dalam keadaan di mana tandaan RO pada barang kes fizikal tidak jelas dan tiada gambar yang diambil untuk menggambarkan tandaan RO tersebut, Mahkamah mendapati adalah tidak selamat untuk menerima hujahan pihak pendakwaan bahawa tandaan RO dapat mengesahkan identiti paket P8(A). Dalam erti kata lain, Mahkamah tidak dapat 20 bergantung kepada tandaan tarikh RO yang tidak dapat dikenal pasti dengan jelas untuk mengatasi percanggahan tarikh yang dicatat oleh IO pada paket P8(A).
27
Mahkamah berpendapat bahawa adalah suatu langkah yang wajar 25 bagi IO untuk mengambil gambar bukan sahaja tandaan yang dibuat olehnya tetapi juga gambar yang menunjukkan tandaan RO pada barang kes tersebut. Perkara ini penting kerana apabila tandaan pada barang kes fizikal tidak lagi dapat dilihat dengan jelas akibat faktor masa, gambar yang menunjukkan tandaan RO tersebut boleh membantu mengesahkan 30 identiti barang kes. Kegagalan untuk berbuat demikian telah AB-83D-1359-08/2025 8 menyebabkan Mahkamah tidak dapat meneliti tandaan RO yang 5 dikatakan penting oleh pihak pendakwaan.
28
Bertambah parah, tiada seorang pun saksi pendakwaan termasuk SP4 selaku IO yang membuat tandaan pada paket P8(A) tersebut menyedari kewujudan percanggahan tarikh itu atau memberikan 10 sebarang penjelasan mengenainya.
29
Malah, SP4 sendiri telah mengecam P8(A) sebagai paket plastik yang diterimanya berdasarkan tandaan yang dibuat olehnya tanpa menyedari bahawa tarikh yang dicatatkan olehnya adalah 15 berbeza daripada tarikh rampasan sebenar.
30
Tiada sebarang keterangan dikemukakan bagi menjelaskan bagaimana atau mengapa tarikh 28/7/2022 boleh terdapat pada paket P8(A). Pada pandangan Mahkamah, kegagalan memberikan penjelasan 20 terhadap percanggahan tersebut menimbulkan keraguan yang serius terhadap identiti barang kes tersebut.
31
Mahkamah juga ada meneliti gambar ekshibit P11(A) yang menunjukkan gambar keempat-empat paket plastik tersebut pada masa 25 rampasan. Mahkamah mendapati tandaan IO iaitu “ZN1” pada P8(A) adalah tidak jelas dan tidak setanding/sama dengan tandaan “ZN2”, “ZN3” dan “ZN4” pada P8(B), P8(C) dan P8(D) yang kelihatan lebih terang dan jelas. Harus diingat bahawa gambar tersebut telah diambil pada masa rampasan/material. Satu lagi fakta penting yang perlu ditekankan 30 di sini ialah paket P8(A) yang mempunyai tandaan ZN1 yang tidak jelas ini juga mempunyai catatan tarikh yang lebih awal daripada tarikh sebenar rampasan iaitu 28/7/2022.
32
Dalam keadaan ini, Mahkamah bersetuju dengan pihak 5 pembelaan bahawa terdapat kemungkinan bahawa tandaan pada paket P8(A) telah dibuat pada tarikh yang lebih awal iaitu 28/7/2022 seperti mana yang tercatat dalam paket P8(A) tersebut berbanding dengan tandaan pada paket P8(B), P8(C) dan P8(D) yang kelihatan lebih terang dan jelas yang bertarikh 28/11/22. Ini membuka kepada 10 inferens bahawa paket P8(A) bukanlah barang kes yang dirampas daripada tertuduh pada 28/11/22.
33
Ketiadaan sebarang penjelasan daripada mana-mana saksi pendakwaan khususnya SP4 yang membuat tandaan tersebut telah 15 menimbulkan keraguan terhadap identiti paket P8(A) sebagai salah satu daripada paket plastik yang dirampas dalam kes ini.
34
Mahkamah juga ingin menegaskan bahawa tarikh yang dicatatkan pada barang kes bukanlah suatu perkara kecil atau remeh. Tarikh pada 20 barang kes memainkan peranan penting untuk menunjukkan kesinambungan identiti barang kes tersebut iaitu bila barang tersebut dirampas, ditandakan dan seterusnya diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut. Ketepatan tarikh tersebut penting bagi memastikan bahawa barang kes yang dikemukakan di Mahkamah adalah barang yang 25 sama yang telah dirampas daripada tertuduh.
35
Dalam kes ini, apabila terdapat dua tarikh yang berbeza pada paket P8(A) dan tiada penjelasan diberikan oleh mana-mana saksi pendakwaan berhubung percanggahan tersebut, Mahkamah tidak boleh 30 menganggap perkara itu sebagai tidak material. Sebarang keraguan yang timbul berhubung identiti barang kes hendaklah memihak kepada tertuduh kerana pihak pendakwaan mempunyai kewajipan untuk AB-83D-1359-08/2025 10 membuktikan rantaian barang kes tanpa sebarang keraguan yang 5 munasabah.
36
Mahkamah juga mengambil kira bahawa walaupun keraguan identiti hanya timbul terhadap paket P8(A), Ahli Kimia (SP2) mengesahkan bahawa kandungan bahan daripada keempat-empat 10 paket plastik iaitu P8(A), P8(B), P8(C) dan P8(D) telah dicampurkan, dihomogenkan dan hanya selepas itu ditimbang bagi mendapatkan berat bersih. Oleh itu, berat bersih 7.60 gram Methamphetamine yang menjadi perkara pokok pertuduhan adalah hasil gabungan kandungan bahan daripada kesemua empat paket tersebut dan 15 bukannya hasil analisis secara berasingan bagi setiap paket.
37
Dalam keadaan sedemikian, apabila identiti salah satu paket iaitu P8(A) telah diragui, Mahkamah tidak dapat menolak kemungkinan bahawa dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 7.60 gram 20 yang menjadi perkara pokok pertuduhan adalah berpunca daripada bahan yang terkandung dalam paket P8(A) sahaja. Pada masa yang sama, oleh kerana kandungan setiap paket tidak dianalisis secara berasingan, Mahkamah juga tidak dapat memastikan sama ada baki tiga paket yang lain iaitu P8(B), P8(C) dan P8(D) mengandungi dadah 25 berbahaya atau tidak.
38
Kegagalan saksi pihak pendakwaan menjelaskan percanggahan berhubung paket P8(A) telah mewujudkan satu keraguan munasabah terhadap identiti paket tersebut. Keadaan ini membuka kepada satu 30 kemungkinan bahawa paket P8(A) bukanlah barang kes yang dirampas daripada tertuduh dalam kes ini. Apabila kandungan paket P8(A) kemudiannya dicampurkan bersama kandungan tiga paket yang lain AB-83D-1359-08/2025 11 untuk tujuan analisis kimia, Mahkamah tidak dapat memastikan sama ada 5 dadah berbahaya yang menjadi asas kepada pertuduhan terhadap tertuduh benar-benar berasal daripada barang kes yang sama yang dirampas daripada tertuduh.
39
Mahkamah mengambil panduan daripada keputusan dalam kes 10 PP v Poh Chee Huong [2016] 10 CLJ 123 di muka surat 133, di mana Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa apabila identiti barang kes dadah dicabar oleh pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk memastikan tiada sebarang kelompongan dalam rantaian barang kes serta mengemukakan keterangan bahawa 15 barang kes yang dihantar kepada Ahli Kimia adalah barang kes yang sama yang telah dirampas daripada tertuduh (lihat juga Sia Piang Liong v PP [2011] 6 CLJ 759).
40
Walaupun Ahli Kimia telah mengesahkan bahawa bahan yang 20 dianalisis adalah dadah berbahaya seperti yang disenaraikan dalam
Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952, pihak pendakwaan masih perlu membuktikan bahawa bahan tersebut adalah daripada barang kes yang sama yang telah dirampas daripada tertuduh. Jika terdapat sebarang keraguan terhadap identiti barang kes tersebut, maka timbul 25 keraguan juga sama ada dadah yang dianalisis oleh Ahli Kimia adalah dadah yang sama yang menjadi asas kepada pertuduhan terhadap tertuduh (lihat PP v Zulkifli bin Desa [2022] CLJU 369). [41] Dalam kes ini, walaupun SP2 telah mengesahkan bahawa 30 kandungan yang dicampurkan daripada keempat-empat paket plastik tersebut mengandungi dadah berbahaya Methamphetamine, pihak pendakwaan masih perlu membuktikan bahawa kesemua paket tersebut AB-83D-1359-08/2025 12 khususnya P8(A) yang identitinya telah dipersoalkan adalah barang kes 5 yang sama yang dirampas daripada tertuduh. Kegagalan menjelaskan percanggahan tarikh pada P8(A) serta kegagalan mengesahkan tandaan RO pada paket tersebut telah menimbulkan keraguan terhadap identiti barang kes dan seterusnya terhadap dadah yang menjadi asas kepada pertuduhan. 10 KESIMPULAN [42] Selaras dengan prinsip yang dinyatakan dalam Looi Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah telah membuat penilaian 15 maksimum terhadap keseluruhan keterangan pendakwaan. Setelah berbuat demikian, Mahkamah tidak berpuas hati bahawa sekiranya tertuduh memilih untuk berdiam diri, keterangan pendakwaan yang sedia ada adalah mencukupi untuk mensabitkan tertuduh. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu 20 kes prima facie terhadap tertuduh. [43] Maka seperti yang dikehendaki oleh seksyen 173(f)(ii) Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan ini tanpa dipanggil untuk membela diri. Mahkamah juga 25 memerintahkan supaya bon jaminan tertuduh yang telah didepositkan kepada Mahkamah dikembalikan semula kepada penjaminnya. Bertarikh: 11/07/2026. t.t 30 (PRABAKARAN RAJOO) Majistret Mahkamah Majistret (1) Taiping Perak Darul Ridzuan AB-83D-1359-08/2025 13 PIHAK-PIHAK: 5 Bagi pihak pendakwaan: TPR Puan Farihah Adilah binti Fazial Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Taiping 10 Lido Business Center, No 10/21 & 12/21 Tingkat Atas, Jalan Manecksha, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan. 15 Bagi pihak pembelaan: Mr. Ravee a/l Ponusamy (bersama-samanya Puan Amalina Wahidah binti Hamid) P. Ravee & Co., 20 41, Mezzanine Floor, Market Road 34000 Taiping Perak Darul Ridzuan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.